You are on page 1of 15

Topik 1

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah


Kod Kursus : RBT 3117

Analisis Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR)

Analisis Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR)

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

1.0. Analisis Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) Pengenalan


Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) merupakan satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang diajar kepada murid Tahap II. Mata pelajaran ini membantu kita untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui pengetahuan dan penguasaan kemahiran praktis serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pembentukan masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan kita peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini. Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu kita juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga dapat memberi kesedaran kepada murid tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang yang berasaskan kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan. Dari segi perkembangan individu, kita dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

perkembangan intelek mereka. Murid juga berpeluang menjalankan simulasi aktiviti jual beli. Topik ini menerangkan tentang kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Ia akan dapat membantu anda memahami dan menguasai kemahiran pedagogi di samping kemahiran mengurus bahan dan alat untuk proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran KHSR. Topik ini juga memberi peluang kepada anda mengkaji dan menghayati kepentingan mata pelajaran ini yang dihuraikan melalui sub-topik matlamat, objektif, organisasi kandungan dan huraian sukatan. Selain itu anda akan didedahkan beberapa strategi dan aktiviti P & P yang sesuai dengan pelajar tahun 4, 5 dan 6. Semua ini akan menyumbang kepada hasrat negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.1. KURIKULUM KHSR Sukatan Pelajaran KHSR menerangkan tentang matlamat, objektif dan organisasi kandungan.

1.1.1 Matlamat: Matlamat Tahun 4, 5 dan 6 Adalah Sama

(a) Kemahiran Teknologi, Kecenderungan Mereka Cipta, Semangat Keusahawanan

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap budaya kerja yang baik. Sukatan pelajaran ini menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk
RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 3

membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif, dan inventif. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan.

(b) Perubahan Kandungan Dari segi kandungan, beberapa topik dalam sukatan pelajaran KHSR telah disusun semula untuk mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskini kandungannya. Elemen reka bentuk diberi lebih fokus, dengan menambah elemen Kreativiti dan Reka Cipta. Terdapat dua bidang dalam sukatan pelajaran KHSR iaitu bidang Reka Bentuk dan Teknologi dan Perniagaan dan Keusahawanan.

1.1.2 Objektif
(a) Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4 Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 adalah untuk membolehkan murid:

(i) Menggunakan bentuk asas untuk menjana idea kreatif dalam penghasilan projek. (ii) Menerangkan hubung kait bentuk dengan fungsi produk. (iii) Membuka dan memasang produk untuk mengenalpasti fungsi komponen. (iv) Menghasilkan sesuatu projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam. (v) Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul. (vi) Mengenal pasti dan membezakan di antara litar siri dan selari. (vii) Menghasilkan projek elektrik. (viii) Menyenggara alatan tangan dan perkakas selepas menggunakannya. (ix) Menghasilkan tanaman hiasan.
RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 4

(x) Mengenal pasti ciri dan jenis barang yang boleh dijual. (xi) Merancang jualan dan menyediakan barang untuk jualan. (xii) Menyenaraikan ciri bungkusan yang menarik. (xiii) Mengira harga jualan dan untung. (xiv) Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(b) Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 5

Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5 adalah untuk membolehkan murid:

(i) Mengkaji reka bentuk kit model serta menerangkan kefungsian sistem pergerakan kit model melalui proses membuka dan memasang. (ii) Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah melalui pencetusan dan penjanaan idea projek eksperimental. (iii) Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula serta penghasilan projek elektrik. (iv) Menyenggara bahagian bangunan. (v) Mengenal pasti dan memilih ikan hiasan untuk dipelihara. (vi) Menghasilkan projek ikan hiasan. (vii) Mengenal pasti bahan serta peralatan jahitan dan membaiki pakaian. (viii) Merancang cara menjual dan menghasilkan barang jualan. (ix) Mereka bentuk dan menghasilkan poster untuk mempromosi barang. (x) Menentukan cara mendapatkan pesanan untuk jualan. (xi) Merekod pendapatan dan perbelanjaan diri serta merancang cara perbelanjaan yang bijak. (xii) Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

(c) Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 6 Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6 adalah untuk membolehkan murid

(i) Menjana dan mengembangkan idea melalui lakaran untuk menghasilkan projek. (ii) Mengumpul dan merekodkan maklumat mengenai proses penghasilan projek. (iii) Mereka bentuk dan menghasilkan projek elektronik. (iv) Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada mesin mudah dan perabot. (v) Mereka bentuk dan menghasilkan artikel mudah menggunakan bahan terpakai. (vi) Mengenal pasti langkah penyediaan tapak untuk penghasilan tanaman sayuran. (vii) Memilih jenis sayur-sayuran yang hendak ditanam. (viii) Menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah hidroponik. (ix) Mengenal pasti tempoh matang sayuran untuk dipungut hasil. (x) Mengenal pasti cara mendapatkan bekalan dan mengendalikan jualan melalui komisen
(xi) Mereka bentuk dan menghasilkan catalog untuk mempromosi barang.

(xii) Menyusun atur barang untuk persediaan jualan. (xiii) Mengenal pasti punca dan cara mengatasi risiko dalam perniagaan. (xiv) Mengenal pasti hak pengguna dan etika perniagaan serta mendapatkan maklumat barangan yang masih berkeadaan baik.

1.1.3 Kandungan Sukatan Pelajaran Jadual 1.1 menunjukkan kandungan sukatan pelajaran KHSR dan jam interaksi bagi tahun 4, 5 dan 6.

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

1.4 KAEDAH PROSES PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Subtopik ini akan membincangkan beberapa kaedah proses pengajaran dan pembelajaran.

(a) Sumbangsaran Tujuan kaedah ini ialah untuk merangsang murid mengambil bahagian dalam perbincangan. Kaedah ini biasa dijalankan pada permulaan kelas amali dan dalam kelas teori. Pelajar memberi maklumat kepada guru. Tiada jawapan yang betul atau salah.

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

10

(b) Amali Kaedah ini bertujuan supaya murid menjalankan aktiviti sebenar. Murid dapat pengalaman sebenar menjalankan aktiviti. Ia memerlukan peruntukan masa yang panjang. Ia juga memerlukan persediaan yang rapi supaya amali dapat dijalankan dengan berkesan. Selain daripada itu, ia memerlukan peralatan dan bahan yang mencukupi.

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

11

(c) Tunjuk cara Tunjuk cara biasanya dilakukan oleh guru sendiri, tetapi guru juga boleh mendapatkan bantuan dari orang yang pakar atau pelajar sendiri yang berkebolehan dalam aktiviti yang dijalankan.

Persediaan rapi perlu diberi perhatian sebelum menjalankan tunjuk cara. Tunjuk cara dijalankan dalam kumpulan yang kecil. Murid dipanggil rapat dengaan guru untuk memerhatikan tunjuk cara yang dijalankan. Pelajar perlu menjalankan aktiviti yang sama selepas tunjuk cara untuk melihat keberkesanan tunjuk cara.

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

12

(d) Kajian Kaedah ini dijalankan di luar bilik darjah. Guru perlu menyediakan panduan atau senarai semak sebelum murid menjalankan kajian. Murid menggunakan senarai semak untuk mendapatkan jawapan atau maklumat.

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

13

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

14

(e) Uji Kaji (i) Kaedah ini dijalankan di dalam makmal atau bengkel. (ii) Guru perlu menyediakan arahan yang jelas dan terperinci untuk mendapatkan jawapan / maklumat. (iii) Guru perlu memantau pelajar semasa aktiviti dijalankan untuk mendapat ketepatan Maklumat.

RBT3117 Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

15

You might also like