SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TAJUK 4

KONSEP BIODIVERSITI DAN SPESIS

1.1

Sinopsis Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi

semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata),bakteria,kulat dan serangga. Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta spesis. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: i. ii. 1.3 Menyatakan maksud biodiversiti dan kepentingan menghargainya Menyatakan konsep spesis

Konsep Biodiversiti Biodiversiti adalah kepelbagaian kehidupan yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang diwakili oleh spesis-spesis yang wujud. Biodiversiti termasuk sejumlah bilangan variasi dari aras-aras yang berbeza dalam dunia semulajadi yang melibatkan genetik, spesis dan ekosistem ( Ricklefs & Miller).Begon et al. pula menyatakan bahawa biodiversiti adalah istilah yang boleh digunakan untuk menerangkan jumlah spesis , jumlah variasi genetik atau jumlah jenis komuniti yang hadhir dalam sesuatu kawasan.

1.4

Kepentingan Menghargai Biodiversiti Biodiversiti adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan sangat penting bagi kita

menghargainya. Ini adalah kerana biodiversiti mempunyai kepentingan-kepentingan kepada keseimbangan alam dan juga manusia.

1

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

1.4.1 Kepentingan Kepada Alam Sejagat 1.4.1.1 Pengekalan Kitar Hidrologi (Kitar Air) Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerap air. Tumbuhan hijau menyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir. 1.4.1. 2 Memodifikasi Iklim Dunia Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim dunia. Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini. 1.4.1.3 Mengawal Hakisan Tanah Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak timpaan air hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi dan cerun bukit. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa. 1.4.1.4 Menyelenggara Kitar Oksigen dan Kitar Nitrogen Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

2

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

1.4.2 Kepentingan Kepada Manusia 1.4.2.1 Mempunyai Nilai Perubatan

3

Lengkuas. Mulberi. Lemba. Serai aceh. Selasih dandi. Penaga. Delima. Nam Nam. Lemon Balm. Lenjuang merah. Keladi candik. Terung asam. Sri Gading. Inai. Tomato. kancing baju. jintan hitam. Selasih.Embun tengahari. Sambung Nyawa. Ketumpangan air. Jambu batu. Kacang Malabar. Tepus Tanah. Kemunting. Pudina. Gadis Lompat. Limau kasturi. Salam. Gelam Tikus. Kunyit. Mengkudu. Temu lawak. Lemuju. Stevia. Hempedu beruang. Antara 234 spesis yang dapat dikesan di malaysia yang berupaya menyembuhkan penyakit adalah seperti berikut: Ceri barbados. Pokok Tea. kayu manis. Terung susu kambing. Ruku Hitam. Pokok Nilam. Jarum Mas. Misai Kucing (Orthosiphon staminues) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila). Setawar. Patawali. kembang semangkuk. kemoyang. seperti Tongkat Ali (Eurycoma longifolia). Kaduk. Mempelas. Jeruju. Depu Pelanduk. Teja. Rumput Israel. Maman Ungu. Gorek. Sungkai. Sirih. Kapalterbang. Kulim. Petai. Kemunting Cina. Gaharu/depu. Kerian. Lontar. Sembung. Keladi Tikus. Palas. Melada pahit. Kunyit Hitam. Putat. Daun Dewa. Sundal malam. Tepus Kesing. Pulosari. Larak. Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubat-ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Kancing Baju Merah. Kerak-kerak nasi. Pandan wangi. Hempedu bumi. Kesumba. Senduduk putih. Pokok lelipan. Mambu. Kantan. Kecubung. Derhaka Mertua. Sedap Malam. Serai Wangi. Garuda. Perah. chinese honeysuckle. Peria pantai.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai antikanser. Susun kepala. Lempoyang gajah. Lakum. Sepang. Senduduk. Selom. Terung Ranti. Jarak pagar. Tenggek Burung. Jarum tujuh bilah. Pokok ajaib. Senduduk Paksa. Temu kunci. Pala. Lemuni. Oregano. Memali. Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia. Laici. Mas cotek. Daun segugur. Terung Kemar. Halia. Paku Tunjuk Langit. Selai Jendela. Jerangau. Setawar Putih. Serai. Matakucing Pingpong. Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna menghasilkan pelbagai produk komersial. Sarang semut. Galak tua. Kacang telang. Jarak Minyak. Jelai. Petai belalang. Limau Purut. Durian Belanda. Lidah buaya. Timun betik. Sintok. Mengkunyit. Lengkuas geting. Maman Hantu. letup-letup. Periuk Kera. Ekor Anjing. Tutup 4 . Gajus. Ketumbar jawa. Hujan panas. Kari. jerun. Selada. Subang nenek. patikan kerbau. Jeremin. Kenerak. Teratai. Temu hitam. Kelapa. Kemangi. Gandarusa. Sagu Bemban. Kucing galak. Tebengau. Mengkirai. Gelenggang. Kesum. Mata Ayam. Lada Hitam. Senna mekah. Rozel. Dukung Anak. Rosemary.Cermai. mahkota dewa. Misai ali. pegaga. Hamba Raja. Kermak putih. Tongkat Ali Hitam. Sehelai setahun. Sekentut. Manggis. Cucur atap. Pokok Manjakani(mempening). Pulut-pulut.

Biodiversiti juga membekalkan bahan mentah untuk kegunaan industri seperti minyak kelapa sawit dan getah. Contohnya hidupan akuatik yang terpelihara dapat membekalkan sumber protin secukupnya kepada manusia. Anti Kanser 1. Urang-Aring. Yesterday. Ubat Kurap. Sumber Bahan Mentah yang penting Ikan adalah bahan makanan yang penting kepada Manusia. Ubat Kencing Manis Pegaga. Air bawah tanah boleh membekalkan air mineral . Ubi sarek.2. tomorrow. Sumber makanan berasaskan ikan didapati dengan banyak jika laut tidak tercemar. Vanila.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Bumi. manakala sungai membekalkan air minuman kepada hidupan. today. Ulam raja. 5 . Zodia dan banyak lagi yang tak dapat disebut disini. Pokok Misai Kucing.2 Membekalkan Bahan Mentah Kepada Manusia Pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti boleh membekalkan makanan dan minuman yang cukup kepada manusia seluruhnya. Ulat Bulu. Getah.4. Ubi jaga.

Aktiviti 1 Huraikan Kepentingan Biodiversiti. satu 6 . Kehijauan hutan hujan tropika yang membekalkan udara segar kepada manusia boleh membantu menyihatkan badan. Pesisir pantai juga menjadi tempat rekreasi yang menarik.2.2. Dalam pengelasan saintifik. Air Terjun adalah tempat rekreasi yang menarik Muara Sungai kaya dengan pelbagai spesis 1.4. Keindahan pantai dan muara sungai boleh mendatangkan ketenangan jiwa.4 Mempunyai Nilai Intrinsik Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “Nilai tersendiri” dan “Hak untuk hidup”.5 Konsep Spesis Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk pada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 1. 1. Kepandaian manusialah yang akan memastikan pengekalan semua benda hidup di muka bumi ini. Jika manusia melakukan kezaliman ke atas biodiversiti ini. Semuanya dijadikan Allah untuk kegunaan manusia. bermakna manusia menempah kesukaran hidup di masa depan dan memusnahkan peluang anak cucu mereka untuk hidup dengan sempurna.4. 3 Biodiversiti Menjadi Tempat Riadah Tempat-tempat riadah atau rekreasi biasanya dipilih di kawasan hutan simpan dan air terjun. organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama. Setiap fauna dan flora mempunyai “hak asasi” dan keistimewaan masing-masing. Biasanya.

1 Sinopsis Sebenarnya spesis baru adalah modifikasi dari spesis sedia ada melalui beberapa kaedah. Panthera tigris (Harimau) Aktiviti 2 Beri 5 contoh spesis haiwan liar yang terdapat di dalam hutan hujan tropika. Pemilihan ekologi merangkumi mana-mana mekanisme pemilihan sebagai kesan persekitaran . TAJUK 5 SPESIS BARU DAN KEPUPUSAN 1. Antara kaedah-kaedahnya adalah seperti pemilihan secara semulajadi. pemilihan ekologi dan pemilihan seks.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI spesies diberikan tatanama binomial dalam bentuk nama genus dan diikuti satu nama unik. ialah satu jantina mengawal pembiakan dengan memilih di kalangan pasangan-pasangan yang sedia ada dalam sesebuah populasi. Dalam intraseks. Panthera tigris dan Hibiscus rosa-sinensis. 7 . Panthera adalah genus dan tigris adalah spesis. berlakunya persaingan sesama individu yang sama jantina dalam sesebuah populasi manakala interseks. Pemilihan secara semulajadi ialah proses dimana sifat-sifat dominan diwarisi turun temurun oleh sesuatu organisma untuk bermandiri dan membiak dengan jayanya melalui variasi genetik. dan ditulis dalam keadaan condong. Contohnya ialah Homo sapiens. Berikan 5 contoh spesis tumbuhan herba yang boleh didapati dalam negara kita. Pemilihan seks terbahagi kepada dua iaitu intraseks dan interseks. Homo adalah genus dan sapiens adalah spesis.

Spesis fauna dan flora semakin pupus dan tidak muncul-muncul lagi. pencemaran alam sekitar dan pembukaan kawasan pelancongan dan kawasan sukan di dalam hutan.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Pengawanan secara berpilih menyebabkan berkurangnya aliran gen . individu yang lebih dominan akan lebih berpeluang menghasilkan zuriat untuk generasi seterusnya. sehingga beberapa generasi kemudiannya majoriti rama-rama ini berwarna gelap. Ini memberi peluang yang lebih cerah kepada rama-rama berwarna gelap untuk bermandiri dan membiakkan anak-anak berwarna gelap. Pemilihan semula jadi boleh bertindak pada mana-mana sifat fenotip dan sering menghapuskan varian-varian yang kurang dominan.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini. Pemilihan semula jadi berlaku di setiap peringkat hidup setiap individu. bencana alam.3 Kemunculan Spesis Baru Kemunculan spesis baru boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti berikut:1. sekaligus memberi kelebihan kepada rama-rama berwarna gelap untuk bersembunyi dari pemangsa. di United Kingdom rama-rama Biston betularia wujud dalam dua warna iaitu berwarna terang dan gelap. Contohnya. Menyatakan bagaimana spesis baru dihasilkan Menyatakan bagaimana kepupusan spesis boleh berlaku 1. anda dapat: i. 1. tetapi ketika revolusi perindustrian. pembersihan hutan. Dalam setiap generasi. Dari segi kedominanan . kebanyakkan pokokpokok yang didiami oleh rama-rama ini menjadi hitam akibat terkena jelaga. ii. manakala individu yang kurang dominan berkemungkinan mati awal atau gagal membiak.3. Rama-rama ini mengalami adaptasi (penyesuaian diri) mengikut ekologinya. Kepupusan biodiversiti ialah suatu fenomena yang menyebabkan biodiversiti semakin menghilang dan akhirnya lenyap. alel yang meningkatkan kedominanan secara amnya menjadi lebih banyak pada generasi seterusnya. manakala alel yang mengurangkan kedominanan itu semakin kurang. mutasi dan 8 . Kesannya.1 Pemilihan secara semulajadi Pemilihan secara semulajadi ialah proses dimana sifat-sifat dominan diwarisi turun temurun oleh sesuatu organisma untuk bermandiri dan membiak dengan jayanya melalui variasi genetik. Kepupusan spesis pula disebabkan oleh beberapa faktor seperti Variasi Genetik Berkurangan .

keadaan sebaliknya berlaku untuk sesetengah spesies. selain itu juga sesetengah spesies amfibia dan burung. misalnya. pemilihan intraseks melibatkan persaingan jantan lawan jantan. dan ini boleh diterangkan dengan pemilihan yang dilaksanakan oleh jantina lain ketika memilih pasangan. 1. ialah satu jantina mengawal pembiakan dengan memilih di kalangan pasanganpasangan yang sedia ada dalam sesebuah populasi.2 Pemilihan Ekologi Pemilihan ekologi merangkumi mana-mana mekanisme pemilihan sebagai kesan persekitaran . Secara amnya lagi.4 Pengawanan Secara Berpilih Pengawanan secara berpilih menyebabkan berkurangnya aliran gen. Ini seolah-olah menghasilkan satu spesis baru walaupun sebenarnya adalah spesis asal yang mengalami proses modefikasi . Ada ciri-ciri yang terhad kepada satu jantina dalam spesies tertentu. manakala pemilihan interseks melibatkan si betina memilih si jantan yang sesuai. 1. seperti si jantan paling cerewet memilih pasangannya. Pengawanan berpilih menyebabkan pengawanan sesama ciri dan mungkin menghasilkan spesis-spesis yang 9 .3. pemilihan intraseks sering dikaitkan dengan dimorfisme seks. kelangsangan sesama ahli-ahli yang sama jantina boleh dikaitkan dengan ciri-ciri yang amat menonjol. Namun begitu. Selalunya. sesetengah burung jantan memperagakan bulu yang berwarna ranggi. 1. Sesetengah organisma akan mengalami modefikasi mengikut ekologi dan habitat kehidupan mereka yang sering berubah.3. Begitu juga.3. Dalam intraseks. contoh terbaik diperhatikan pada sesetengah ikan dalam famili Syngnathidae. seperti tanduk rusa yang digunakan untuk berlawan.3 Pemilihan seks Pemilihan seks terbahagi kepada dua iaitu intraseks dan interseks. termasuklah perbezaan saiz badan antara jantan dan betina dalam suatu spesies.Setiap organisma yang boleh menyesuaikan diri dengan ekologi akan terus hidup sehingga mencapai usia dewasa dan membiak. berlakunya persaingan sesama individu yang sama jantina dalam sesebuah populasi manakala interseks.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI gabungan semula baru timbul secara spontan. dan mempunyai keupayaan kemandirian yang tinggi. maka terhasilnya spektrum fenotip yang baru dan akan menghasilkan spesis yang mempunyai ciri-ciri baru.

Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan spesies-spesies ini akan kehilangan habitat semulajadi mereka.4 Kepupusan Biodiversiti Kepupusan biodiversiti ialah suatu fenomena yang menyebabkan biodiversiti semakin menghilang dan akhirnya lenyap. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kepupusan ini. Jika sekiranya berlaku kurang ketahanan kepada penyakit.harimau. Di negara kita sendiri habitat hutan telah banyak di musnahkan bagi tujuan pembangunan. Pembiakan kacukan yang berlaku dalam tumbuh-tumbuhan dan spesies haiwan seperti ikan siklid boleh menghasilkan spesis-spesis baru. Pembiakan sesama sendiri dalam keluarga menyebabkan generasi anak mempunyai ketahanan kepada penyakit yang sama. dan juga mutasi-mutasi yang menyebabkan maladaptasi itu.gajah dan sebagainya memerlukan habitat yang luas bagi memastikan jumlah spesies dapat dikekalkan.4. Antaranya adalah seperti berikut:1.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI amat berbeza.dan sebagainya.2 Pembersihan Hutan Hutan adalah habitat semulajadi spesis-spesis. Ahli biologi menganggarkan bahawa kawasan seluas 10 km2 mengandungi dua kali ganda spesis dengan kadar purata 1 km2. Umum mengetahui bahawa hutan yang paling teruk terjejas ekoran ketamakan manusia ialah hutan hujan tropika di Amerika Syarikat. perumahan. Ini akan menyebabkan berlakunya kematian keseluruhan populasi yang mana akhirnya populasi itu akan pupus.1 Variasi Genetik Berkurangan Pemilihan semula jadi menyebabkan berkurangnya variasi genetik melalui penghapusan individu yang maladaptasi (kurang beradaptasi). maka semua anggota populasi tersebut akan terkena penyakit. 10 . kawasan pertanian. Spesis fauna dan flora semakin pupus dan tidak muncul-muncul lagi.contohnya haiwan aras tertinggi dalam kitar makanan seperti singa. 1. Asia Tenggara dan Afrika.4.langkah mengurangkan ekosistem kepada satu per sepuluh jumlah asal akan menyebabkan sesetengah daripada spesies akan mengalami kepupusan. 1.

Terbukti bahawa apabila sesuatu kawasan itu tercemar maka secara tidak langsung spesis di kawasan itu akan mula berkurangan mungkin kerana spesies mati atau berpindah ke tempat yang selamat.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 1.4 Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran alam sekitar mendorong kepada pencemaran ekosistem dan pencemaran habitat. tanah dan sebagainya. Pencemaran air tawar. Situasi seumpama ini akan menyebabkan kepupusan biodiversiti.4. 11 . Racun dan baja ini juga akan melarut lesap ke dalam aliran air bawah tanah di mana air ini memasuki sungai dan laut di mana ia akan menjejaskan segala hidupan akuatik di kawasan yang diliputinya. tanah runtuh dan sebagainya memberikan impaks yang tidak kurang hebatnya kepada biodiversiti.4.3 Bencana Alam Bencana alam seperti letusan gunung berapi . kebakaran hutan yang besar . 1. Pencemaran air dan tanah oleh bahan-bahan kimia hasil dari aktiviti manusia menyumbang kepada kepupusan spesis hidupan air dan hidupan tanah termasuk juga tumbuh-tumbuhan. Racun serangga dan baja pertanian yang berlebihan boleh meresap masuk ke dalam tanah dan menyebabkan pencemaran tanah. Manakala pencemaran atmosfera pula boleh menyumbang kepada perubahan iklim yang mendadak dan di jangka akan mengakibatkan gangguan kepada taburan spesis dan akhirnya membawa kepada kepupusan biodiversiti. air. Haiwan dan tumbuhan eksotik akan mengalami kepupusan yang ketara apabila kawasan semulajadi mereka tercemar.4. Banyak spesis tumbuhan dan haiwan mati disebabkan oleh pelbagai bencana yang melanda bumi. air laut dan tanah boleh membawa kepada lenyapnya jumlah spesis dalam sesuatu ekosistem. taufan. 1.4 Pembukaan kawasan pelancongan dan kawasan sukan di dalam hutan Hal ini dapat dilihat apabila sesuatu tempat baru yang ingin dibuka untuk dijadikan kawasan pelancongan dan sukan secara tidak langsung kawasan itu akan dibersihkan dan ciriciri geografinya akan turut terjejas seterusnya ekosistem di dalam hutan tersebut akan terganggu dan menyebabkan kestabilan alam turut terjejas. Pencemaran boleh berlaku dalam banyak bentuk seperti pencemaran udara. banjir.

Akhirnya semua makhluk bumi akan mengalami krisis makanan dan ini akan mempercepatkan lagi proses kepupusan.dan kadar penggunaan dalam atmosfera semasa proses fotosintesis. Semua ini akan mengubah hala tiupan angin dan juga arah aliran arus laut. Aktiviti manusia yang mengubah ekosistem akan menyebabkan hilangnya diversiti genetik sesuatu spesis sekaligus menyebabkan berlakunya kepupusan.5 Kesan Kepupusan Biodiversiti 1. Pencairan ais akan meningkatkan isipadu air laut yang menyebabkan paras air laut meningkat dan menenggelamkan daratan sedikit demi sedikit. Penggunaan karbon dioksida oleh pokok bagi tujuan fotosintesis akan berkurang dan ini akan menyebabkan paras karbon dioksida dalam atmosfera meningkat yang kemudiannya menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau yang membawa kepada fenomena pemanasan global.2 Kehilangan Sumber Bahan Mentah Kepupusan biodiversiti juga mengakibatkan kehilangan sumber bahan mentah yang berpotensi untuk pelbagai tujuan dan nilai yang tinggi. Pengurangan hutan akan mengurangkan proses transpirasi. Pemanasan global juga akan mempengaruhi tekanan angin dunia dan suhu akuatik dunia.1 Perubahan Iklim Aktiviti penyahutanan akan mengurangkan jumlah pokok yang amat ketara sekarang ini.6. 1.5.5. Kehilangan diversiti akan mempengaruhi rantai dan siratan makanan dalam ekosistem. Pemanasan global akan meningkatkan suhu bumi yang akan memberi kesan kepada kecairan ais dan glasier di kutub utara dan selatan. Ini akan menyebabkan perubahan iklim yang sangat ketara dewasa ini.1 Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan 12 . 1. Fenomena ini akan merubah lanskap muka bumi.Malah kepelbagaian diversiti juga akan berkurangan akibat daripada kehilangan takungan genetik yang sedia ada.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 1.6 Langkah Mengatasi Kepupusan Biodiversiti 1.kekerapan hujan.

13 .Undang-undang lama yang tidak relevan hendaklah diganti dengan undangundang baru yang sesuai dan mampu mengekang aktiviti yang amat merugikan negara ini. Penguatkuasaan oleh kerajaan boleh dilakukan dengan penggunaan teknologi pemeliharaan biodiversiti yang banyak terdapat sekarang ini. Sesuatu spesis boleh didefinisikan melalui dua kaedah (pendekatan) yang berbeza. Kerajaan juga hendaklah bertindak tegas dengan pihak yang melakukan aktiviti pembalakan dan pemburuan haram supaya ianya tidak terus membarah dalam kalangan rakyat negara ini. Paling kecil pada aras ini ialah kepelbagaian genetik (genetic diversity) dan paling luas termasuklah komuniti dan ekosistem. Langkah ini amat dperlukan bagi mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat bagi menyelamatkan dunia ini daripada terus dimusnahkan oleh tangan-tangan manusia.2 Penguatkuasaan Undang-undang Alam Sekeliling Akta Alam Sekeliling 1974 jelas memperuntukan undang-undang yang boleh diguna pakai dalam memelihara alam sekitar. Sensor dipasang di bahagian tertentu spesis haiwan terancam untuk memudahkan pemantauan dan kawalan yang lebih bersistematik.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI bermula pada peringkat awal kanak-kanak lagi. 1. Di samping itu bagi golongan pekerja dan masyarakat hendaklah didedahkan sebanyak mungkin dengan kempenkempen kesedaran tentang betapa pentingnya alam sekitar lestari. (1) Spesis biologi dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan jayanya (2) Spesis morphologi di mana individu-individu pada kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya. AKTIVITI 3 AMALI 2 : Bila di katakan satu Spesis? Taxonomi dan Pengekalan Aliran Kepelbagaian Biologi Pengenalan Kepelbagaian biologi dunia boleh dibahagikan kepada tiga aras. Pertama dan paling asas termasuklah semua spesis atas muka bumi.6. Teknologi GPRS (General Packet Radio Service) merupakan teknologi yang praktikal untuk digunakan secara global pada masa kini bagi pemantauan biodiversiti menerusi satelit. Subjek pendidikan alam sekitar hendaklah diwajibkan dalam semua peringkat persekolahan hinggalah ke universiti.

Gunting satu set dari moonmorphs dan kelaskan mengikut spesis dengan berdasarkan ciri-ciri sepunya yang terdapat pada mereka. Catatkan jumlah setiap spesis.spesis – menggunakan contoh hepotetikal. Kebanyakan tumbuhan dan invertebrata termasuk dalam kategori ini. Andaikan semuanya dewasa dan tiada perbezaan yang kelihatan antara 14 . tetapi tidak cukup berupaya untuk membezakan antara spesis atau keliru dalam memberi nama-nama spesis. Moonmorphs itu dibawa balik ke bumi untuk direkodkan sebagai biodiversiti dari bulan (Biodiversity of the Moon).MoonMorphs Seorang saintis mendarat di permukaan bulan dan dalam masa lima minit. Ini benar apabila kita hanya mempunyai beberapa sahaja ciri-ciri morfologi untuk membantu kita. Tugasan Contoh Hepotetikal ( Hypothetical Example) . Taksonomi sangat penting dalam pemuliharaan biodiversiti. dan ia mungkin sukar untuk memutuskan bagaimana untuk memisahkan kumpulan individu dalam spesis berasingan. Sebagai contoh. Dalam amali ini kita akan kita kan menyiasat kesukaran-kesukaran yang akan kita tempohi apabila kita cuba menentukan elemen-elemen asas biodiversiti. kaedah bagaimana kita mengelaskan organisma-organisma di bumi ini mempunyai pengaruh yang besar untuk tujuan pemuliharaan biodiversiti. Taxonomi hanyalah pemudahcara. yang membolehkan kita menamakan semua perkara yang berbeza (taxa) di atas muka bumi. beliau mula mengumpul sebilangan moonmorphs di permukaan bulan. Anda diberi tugas mengelaskan moonmorphs tersebut ke dalam kumpulan spesis yang berbeza. bagaimana ciri-ciri sepunya yang ada pada setiap individu perlu ada supaya mereka boleh dianggap spesis yang sama? Walaubagaimana pun.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Kaedah kedua inilah yang sering digunakan untuk menentukan spesis individu apabila kita tidak ada sebarang maklumat tentang perlakuan pembiakan individu. Sering terdapat perbezaan yang besar antara individu daripada spesis yang berbeza. Ini menyebabkan usaha-usaha perlindungan dan pencegahan menjadi lambat. • Pecahkan ke dalam 4 kumpulan. Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesis dalam sesuatu kumpulan dkenali sebagai taksonomis (taxonomists).

tetapi mestilah rujukannya betul. • Adakah anda mempunyai 29 “spesis”. Tarikh hantar: semasa interaksi ketiga Laporan ini memenuhi 5% dari jumlah besar markah. Laporan ini boleh ditulis sebagai soalan dan jawapan. Anda tiada maklumat tentang habitat atau perlakuan mereka.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI jantan dan betina. jadi anda hanya boleh menggunakan ciri-ciri morfologi sahaja sebagai pemerhatian. pengenalan yang menerangkan tentang amali tersebut dan perbincangan (lebih kurang 300 perkataan) berdasarkan soalan-soalan berikut. atau anda kelaskan individu-individu secara bersama ke dalam sesuatu spesis? Laporan Anda Laporan anda mestilah mengandungi tajuk. • • • • • • • Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa moonmorphs dalam kumpulan yang sama ? Mengapa anda memilih ciri-ciri tersebut ? Kenapa tidak pilih yang lain-lain ? Adakah semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya? Berapa banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesis? Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima tahap variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima tahap variasi yang terlalu rendah? Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesies kepada dua atau lebih spesies "baru Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu spesis terjadi? Bagaimana spesis “MoonMorphs” ini dipanggil “morphospecies”? Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan spesis biologi. 15 .

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI MoonMorphs 16 .

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 17 .

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 18 .

pengeluaran sumber secara berlebihan. anda dapat: i. memahami Populasi Semulajadi ii. Contohnya di Malaysia.1 Sinopsis Pemuliharaan in situ (in. Dalam topik ini. Taman Negara yang meliputi 19 . Strategi pemuliharaan “in-situ” adalah strategi pemuliharaan jangka panjang dan terbaik. serangan penyakit serta persaingan dengan spesies eksotik (spesies invasif).site) merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.site) merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini. Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan dan pembangunan. perubahan persekitaran. pembiakbakaan yang terhad.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI TAJUK 6 PEMULIHARAAN ‘ IN-SITU’ 1. 1. Namun begitu peningkatan aktiviti manusia boleh mengakibatkan spesies hidupan liar pupus melalui hakisan genetik. rekabentuk yang kreatif.3 Pemuliharaan In-Situ Pemuliharaan in situ (in. anda akan diberi pendedahan tentang populasi semulajadi dan habitat semulajadi. pemeliharaan habitat semulajadi dan rekreasi. memahami Habitat Semulajadi 1. Usaha pemuliharaan ini termasuklah pembangunan yang efektif. Kaedah ini banyak dijalankan dengan menubuhkan taman-taman negara di negara masing-masing. pengurusan kawasan hutan simpan (protected area) dan mempromosi serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pemeliharaan tumbuhan dan alam semulajadi secara mampan.

Hutan merupakan habitat semulajadi kepada fauna dan flora. Di antara spesies-spesies flora dan fauna ini ada yang tidak dapat ditemukan di negara-negara lain. 1. Hutan Malaysia mempunyai kepelbagaian hidupan atau biodiversiti serta menjadi habitat kepada pelbagai flora dan fauna. Taman Laut juga adalah jenis pemulihan in-situ seperti Taman Laut di Pulau Perhentian. Terdapat 280 spesies mamalia. Ahli-ahli genetik menyatakan bahawa populasi adalah sebagai wadah bagi pertukaran alel-alel yang dimiliki oleh individu-individu dalam populasi tersebut.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Kelantan Selatan dan Pahang. 20 . Terdapat 8 000 spesies bunga dan 2 600 spesies pokok kayu di hutan Malaysia. Terengganu. 1. 600 spesies burung dan 140 spesies ular. Konsep populasi banyak dipakai dalam bidang ekologi dan genetik. Para ekologis menyatakan bahawa populasi adalah satu unsur dari ekosistem yang lebih luas.5 Habitat Semulajadi Habitat semulajadi adalah kawasan kediaman setiap spesis atau populasi spesis secara semulajadi.4 Populasi Semulajadi Populasi semulajadi adalah sekumpulan individu yang sama spesies hidup dalam ruang yang sama pada masa tertentu dalam ekologi semulajadi mereka. Populasi suatu spesies adalah sebahagian dari suatu komuniti. Individu-individu dalam populasi semulajadi saling berinteraksi satu sama lain dan membiak di antara sesama mereka. 165 spesies katak dan 1 000 spesies rama-rama.

Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam. menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan. Sampel atau spesis tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu. arboreta dan bank benih. simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manafaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan. debunga.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI TAJUK 7 PEMULIHARAAN ‘EX-SITU’ 1. malah ia merangkumi biji benih. Bagi flora spesis tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya akan dipelihara dalam kawasan yang disediakan. sel dan tisu kultur. Pemuliharaan ex situ hidupan liar fauna dijalankan di zoo . Tujuan program pembiakbakaan hidupan liar flora dan fauna diwujudkan antara lain ialah: 21 . Program pembiakbakaan kurungan hidupan liar merupakan salah satu kaedah yang dijalankan untuk memastikan spesies-spesies hidupan liar tidak pupus. simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.1 Sinopsis Pemuliharaan ex-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada fauna dan flora di luar habitat semulajadi mereka. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam. bahagian vegetative seperti propagul. aquarium dan program pembiakaan kurungan manakala pemuliharaan flora dijalankan di taman botani. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Bagi fauna spesis yang dikategorikan sebagai terancam atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakbaka dalam kurungan atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesis tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai.

FRIM dan lain-lain organisasi telah membangunkan beberapa pusat pemuliharaan ex-situ seperti taman botani dan arboretum. Jabatan Pertanian. Pusat Pembiakan Burung Kuang. Membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi dan mempunyai nilai ekonomi di dalam kurungan. Membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi sepenuhnya ke satu tahap populasi yang sihat sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya. 2. Jabatan Pertanian. Memahami tentang Bank Benih 1. Pusat Pembiakan Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka. Program pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui beberapa kaedah seperti. pemindahan embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial incubation). permanian beradas (artificial insemination). 4. 1. FRIM dan organisasi-organisasi lain. Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaan ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar. permanian beradas (artificial insemination). Pusat Pembiakan Tapir. anda dapat: 1. peliharaan silang (cross fostering). Bagi hidupan liar flora pula. Impak ke atas hidupan liar di kawasan pemuliharaan in-situ dapat dikurangkan. Program pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui beberapa kaedah seperti.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 1.3 Pemuliharaan ex-situ 22 . Jabatan Perhutanan. 3.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini. Memahami tentang Zoo dan Akuarium 2. Pusat Pembiakan Rusa Sambar. pemindahan embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial incubation). Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar telah mewujudkan beberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat Pembiakan Seladang. Membiak spesies yang mempunyai nilai rekreasi. Memahami tentang Taman Botani dan Arboreta 3. peliharaan silang (cross fostering).

Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar telah mewujudkan beberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat Pembiakan Seladang. maka peranan zoo telah berubah daripada pusat pameran haiwan mamalia seperti zirafah. Bagi hidupan liar flora pula.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Pemuliharaan ex-situ merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada fauna dan flora di luar habitat semulajadi mereka. Pusat Pembiakan Rusa Sambar. FRIM dan lain-lain organisasi telah membangunkan beberapa pusat pemuliharaan ex-situ seperti taman botani dan arboretum. gajah dan lainlain kepada pusat perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti terancam seperti serangga dan lain-lain kumpulan haiwan. Organisasi-organisasi ini akan menyediakan kepakaran dan latihan penjagaan haiwan serta ubatan veterinar kepada pihak zoo manakala pihak zoo akan menguruskan penjagaan haiwan yang dilindungi dalam kurungan. Spesies ini akan dibiakbaka kurungan sehingga mencapai saiz populasi yang sesuai sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi. Namun begitu pelbagai persoalan timbul terhadap sejauhmana keupayaan haiwan kurungan tersebut berupaya menyesuaikan diri di habitat 23 . 1. Zoo juga menjalankan program pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat tentang keperluan aktiviti pemuliharaan hidupan liar dan telah mendapat banyak sokongan dan sumbangan daripada masyarakat. Jabatan Perhutanan. Zoo kini bekerjasama dengan organisasi lain seperti universiti dan organisasi kerajaan seperti Jabatan Perhilitan yang terlibat dengan aktiviti pemuliharaan hidupan liar. yang terancam kepupusan dilindungi di zoo. Pusat Pembiakan Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka. zoo merupakan tempat rekreasi. amfibia. Terdapat pelbagai spesies fauna seperti mamalia. pusat rujukan dan penyelidikan hidupan liar.3. reptilia. Pusat Pembiakan Tapir. Pusat Pembiakan Burung Kuang. Jabatan Pertanian.Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaan ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar. Jabatan Pertanian. FRIM dan organisasi-organisasi lain.1 Zoo dan Akuarium Seiring dengan keperluan untuk melindungi dan memulihara biodiversiti. serangga. burung. Matlamat zoo kini secara umumnya adalah untuk memantapkan program pembiakbakaan hidupan liar dan hidupan yang terancam kepupusan. Di samping itu.

FRIM juga berfungsi sebagai taman botani. institut penyelidikan mahupun institut pengajian tinggi awam turut memain peranan membangunkan pelbagai taman botani untuk tujuan pemuliharaan spesies flora serta dijadikan pusat rujukan penyelidikan serantau. Taman Botani. penyelidikan. Taman botani terbesar di dunia terletak di Kew. Tenom.3.2 Taman Botani dan Arboreta Taman botani adalah tempat di mana pelbagai tumbuhan di tanam dengan tujuan sebagai pusat rujukan pendidikan. pihak berkuasa tempatan dan badan-badan swasta. organisasi kerajaan. 1. Sabah . Pulau Pinang dan Taman Botani Kepong. Fokus taman botani kini tertumpu kepada usaha menanam tumbuhan yang jarang di temui dan tumbuhan tumbuhan yang diancam kepupusan. Pusat Orkid dan Stesyen Penyelidikan Pertanian. tenaga kerja terlatih. Universiti Malaya. Antara zoo yang aktif menjalankan program pembiakbakaan adalah Zoo Melaka dan Zoo Taiping manakala Zoo Negara dijadikan pusat rekreasi utama dan tempat rujukan serta penyelidikan oleh para penyelidik. taman paku pakis. Taman Botanikal. Shah Alam. Di Malaysia. Sarawak. ruang yang luas dan kos pengurusan yang tinggi. swasta. Usaha ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak seperti NGO. Taman Botani. Putrajaya. England dikenali sebagai Taman Botani DiRaja mempunyai 25000 spesies tanaman iaitu kira-kira 10% daripada jumlah spesies tumbuhan dunia dan 2700 daripada spesies yang ditanam merupakan spesies yang telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh badan IUCN (International Union Conservation N). Di Malaysia terdapat Zoo Negara dan beberapa zoo negeri. taman orkid. perhiasan serta rekreasi manakala arboreta pula adalah fokus kepada sesuatu jenis tanaman atau famili tumbuhan sahaja seperti taman herba. Selain berfungsi sebagai institut penyelidikan perhutanan. Antara taman botani yang terkenal sebagai pusat rekreasi dan pusat penyelidikan adalah seperti berikut iaitu Taman Botani Rimba Ilmu. Melaka. kebun buah-buahan dan lain-lain. Pusat Penyelidikan Botani. Pelbagai organisasi terlibat secara aktif membangunkan taman botani untuk memulihara pelbagai spesies flora yang terdapat di dunia. Taman Pertanian Bukit Cahaya. badan kerajaan. Sekurang-kurangnya 1098 spesies tumbuhan peringkat tinggi 24 .SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI semula jadi. Semengoh. Pengurusan zoo memerlukan kepakaran.

aquarium serta habitat air buatan. Arboretum yang ditubuhkan baru-baru ini. Namun begitu beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membangunkan taman botani seperti memerlukan kawasan yang luas. Pembangunan taman botani atau arboreta adalah satu usaha yang perlu diberi tumpuan memandangkan banyak spesies flora yang terdapat di hutan negara kita merupakan spesies endemik iaitu hanya terdapat di rantau Asia Tenggara sahaja. Kelantan. 1. Arboretum Dipterokarpa yang ditubuhkan pada 1929 mempunyai koleksi 92 spesies manakala Arboterum bukan Dipterokarpa mempunyai koleksi 96 spesies. Molluska air tawar juga perlu dilindungi kerana sensitiviti hidupan ini terhadap pencemaran dan perubahan persekitaran. Di negara kita terdapat beberapa aquaria seperti di KLCC dan di beberapa negeri lain. Penyelidikan tentang teknologi pembiakbakaan spesies marin juga sedang dibangunkan. Usaha kini tertumpu kepada membangunkan teknologi pembiakbakaan spesies marin yang jarang ditemui. Terdapat juga beberapa pusat penetasan penyu di Tanjung Bidara Melaka. manakala Arboretum Koniferatum dan monokot mempunyai 19 dan 39 spesies masing-masing. Pembangunan 25 . kos pengurusan.3.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI (Angiosperma dan Gimnosperma) direkodkan di kawasan institut yang meliputi 600 hektar. kepakaran. Segari Perak dan Pasir Panjang. Senarai ini termasuk spesies tempatan dan bukan tempatan yang dibawa masuk melalui program pertukaran. Program pembiakbakaan spesies marin dijalankan di pusat penetasan.3 Aquaria Aquaria awam kebiasaannya lebih cenderung mempamerkan spesis marin yang menarik dan luar biasa seperti singa laut. Namun begitu fokus aquaria kini telah berubah kepada pendidikan pemuliharaan spesis marin yang terancam kepupusan. tenaga kerja serta keperluan menyediakan habitat seperti habitat semulajadi setiap spesies yang ditanam. manakala Taman Botani yang dibangunkan oleh FRIM di Kepong (93 hektar) mempunyai pelbagai koleksi semaian spesies pokok liar. iaitu arboretum pokok buah-buahan mempunyai 65 spesies. ikan lumba-lumba dan lain-lain kepada pengunjung aquaria. Aktiviti pemuliharaan aquaria merupakan suatu keperluan memandangkan beribu-ribu spesis ikan kini mengalami ancaman kepupusan. Kawasan penyelidikan seluas kira-kira 391 hektar mempunyai 786 spesies.

26 . keratan tumbuhan dan juga dalam bentuk tisu kultur. Sebahagian germplasma tumbuhan di simpan dalam bentuk biji benih. Masalah yang dihadapi oleh bank benih adalah secara beransur-ansur benih yang disimpan akan kehilangan keupayaan untuk bercambah atau mengalami mutasi. Namun begitu pengurusan bank benih memerlukan kepakaran yang tinggi.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI aquaria juga perlu kepada kepakaran yang tinggi tentang hidupan marin. Pembangunan bank benih adalah usaha yang perlu diberi tumpuan oleh pihak kerajaan supaya germplasma yang diperlukan terutamanya tanaman makanan tidak mengalami kepupusan. Namun begitu bank benih juga memainkan peranan untuk mengumpul koleksi benih bagi spesies tumbuhan yang diancam kepupusan atau kehanyutan variasi genetik. Bertam dan lain-lain bank benih.4 Bank Benih Taman botani dan institut penyelidikan telah membangunkan bank germplasma tumbuhan-tumbuhan yang dinamakan bank benih. Terdapat beberapa bank benih telah dibangunkan di dunia seperti Svalbard Global Seed Vault yang terletak di Artik. kos yang banyak. Di bank benih terdapat koleksi pelbagai benih daripada tumbuhan liar mahupun tanaman. ruang dan peralatan penyimpanan serta tenaga kerja terlatih. Bank benih dijadikan pusat untuk mendapatkan germplasma untuk tujuan pertanian.3. lanskap. Kemudian benih ini akan dicambahkan untuk menghasilkan populasi baru dan sebahagiannya digunakan untuk menambah koleksi benih di bank benih. 1. kos yang tinggi dan tenaga kerja terlatih disamping penyediaan habitan seperti habitat semulajadi spesies marin tersebut. Benih tumbuhan di simpan dalam keadaan kering atau pada suhu rendah berupaya mengekalkan benih dalam jangka masa yang panjang. penyelidikan atau taman botani atau arboreta. Di negara kita terdapat beberapa bank benih dibangunkan oleh pihak MARDI seperti bank benih padi di MARDI. Bank benih memberi tumpuan kepada 100 spesies tanaman yang merupakan 90% daripada sumber makanan kepada masyarakat setempat.

(Buat dalam PCK 2) 27 . Bahagian 1 : Dalam kumpulan tidak lebih dari tiga orang. di mana anda menerangkan bagaimana kemandirian sesuatu tumbuhan dan haiwan yang anda perhatikan dari strategi pemuliharaan ex. program pembiakan dalam kurungan. membiasakan diri dengan biodiversiti biologi dengan melawat zoo dan taman botani. taman botani. jika boleh gunakan sebarang imej bagi menjelaskan lagi pembentangan anda. lawati Zoo Maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden) dalam rangkaian sesawang. aquaria. sediakan 10 minit pembentangan dalam kelas anda. Tugasan Lawati satu Zoo dan satu Taman Botani. tetapi anda akan temui banyak tapak sesawang jika anda meneroka.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI AKTIVITI 4 AMALI 3 Pemuliharaan ex-situ : Zoo & Taman Botani Pengenalan Strategi jangka panjang yang terbaik dalam memelihara dan melindungi biodiversiti dalam populasi dan komuniti ialah dalam habitat semulajadi mereka(in situ). dan kaedah alternatif terbaik bagi pemuliharaan yang boleh digunapakai ialah kaedah pemuliharaan ex situ ( off-site). Jika anda tidak dapat berbuat demikian.situ. Pertama. arboreta and bank benih. Laporan Anda Laporan anda mengandungi dua bahagian (1) Pembentangan Kumpulan dan (2) laporan bertulis individut. Walaubagaimana pun bagi kebanyakan spesis tiada banyak pilihan. kelemahan dan etika pemuliharaan ex situ. beberapa tapak sesawang boleh dilawati seperti yang tersenarai pada akhir amali ini. Amali ini menghendaki anda fokus kepada 2 aspek. Kemudahan-kemudahan pemuliharaan ex situ termasuklah zoo. dan keduanya membuat perbincangan tentang merit.

dalam zoo atau taman? • Kenapa ramai orang berfikir tidak betul untuk akibat dari tindakan ini? Tarikh Akhir Hantar “ membawa kembali” spesis yang pupus seperti Harimau Tasmania? Apakah implikasi terhadap usaha-usaha pemuliharaan Semak tarikh tugasan. 28 . Laporan bertulis 5% dari keseluruhan markah. • Apakah erti in situ dan ex situ ? Apakah kelebihan (merits) dan kelemahan (shortcomings) pemuliharaan ex situ? • Kenapa para ekologis percaya pemuliharaan in situ sebagai pengurusan habitat yang cermat. hanya diterima sebagai satu strategi pemuliharaan sahaja. • Apakah julat kedapatan kepelbagaian (diversity)? Bagaimana jumlah biodiversiti diwakili pada (a) peringkat kebangsaan (b) peringkat sejagat dari segi jumlah zoo dan taman botani? Apakah mereka fokuskan pada kumpulan utama atau lain-lain kumpulan yang diwakili? Terangkan.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Part 2 Secara individu bincangkan dan buat laporan berbentuk essei lebih kurang 300 patah perkataan tentang isu-isu di bawah. nyatakan teks rujukan dan senarai rujukan dengan format yang betul pada akhirnya. dan tidak sebagai strategi pemeliharaan untuk jangkamasa panjang bagi sebarang habitat semulajadi atau apakah jenis yang boleh membiak dalam keadaan liar. Pembentangan ini memperuntukkan 10 % dari markah keseluruhan . Termasuk satu huraian tentang tujuan amali.

rbgkew.amonline.html Arizona-Sonora Desert Museum : http://www.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI AKTIVITI 5 PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN 2 (PCK 2) Pembentangan Pemuliharaan ex-situ Tugasan Lawati satu Zoo (Zoological Garden) atau Taman Botani (Botanical Garden) .cbsg. Antara laman sesawangnya adalah seperti berikut:Zoos IUCN Conservation Breeding Specialist Group : (go to the Global Zoo Diresctory) http://www.com/~zoonet/www_virtual_lib/zoos.desertmuseum.org/CPC/welcome.html http://www.org/ Gardens/Plants http://www.html 29 .au/thylacine/index2.org/ Australian Museum http://www.org/ American Zoo & Aquarium Association : http://aza.org/ ZooNet (International Index) : http://www.org/ South East Asian Zoos Association http://www.htm San Diego Zoo http://www.mindspring. Jika anda tidak dapat berbuat demikian.mobot.uk:80/conservation/index.net. lawatilah Zoo Maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden) dalam laman sesawang.org.seaza.sandiegozoo.

uk/conservation/Conservation_Rimba_ilmu?Malaysia.au/ http://www.org/ http://www. jika boleh gunakan sebarang imej bagi menjelaskan lagi pembentangan anda.um.au/ Dalam kumpulan tidak lebih dari tiga orang.wcs.rbgkew.vic.rbgsyd.bgci.html Botanic Gardens Conservation International http://www.edu.rbg.html http://www.situ.bgci.defenders.environment. 30 .org. sediakan 10 minit pembentangan dalam kelas anda.anbg.florabank.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI http://www.gov.org/ http://www.org/ http://www.org/ http://www.gov.org/wri/wri. di mana anda menerangkan bagaimana kemandirian sesuatu tumbuhan dan haiwan yang anda perhatikan dari strategi pemuliharaan ex.org.au/ http://www.html http://www.edf.my/KebunBunga/main.sukpp.unep-wcmc.iucn.au/ http://www.gov.htm http://www.org.uk/botanic_gardens/Fruit_germplasm_collection_Malaysia.ht ml http://www.au/chabg/newsletter/3-july-02/ Botanical Gardens in Malaysia Rimba IImu Botanic Garden http://rimba.org/ http://www.gov.gov.my/ Penang Botanic Gardens http://www.uk/BGCI/australi.dse.ca/cbcn/ http://www.wri.org.

Sunderland.A. & Lindenmayer D.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Rujukan. Primack. Publishers. Chapter 2 What should be conserved ? sections 2. Chapter 14 “Ex situ Conservation Strategies” 31 . Massachusetts.B (1998) Conservation Biology for the Australian Environment. (2002) Essentials of Conservation Biology 3rd edition.B. Primack R. Burgman M. Sinauer Associates.B.1-2. Essentials of Conservation Biology 2nd edition. Surrey Beatty & Sons. R. (1998).5. Sinauer Associates. Chapter 2 What is biological diversity pp 27-33.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful