You are on page 1of 21

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.

html

JURANG PENDIDIKAN
1.0 Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia pada awalnya telah berkembang sejak zaman pemerintahan penjajah lagi. Kebanyakannya sistem pendidikan yang diperkenalkan adalah bersifat tidak formal iaitu secara lisan. Seterusnya kita diperkenalkan pula dengan sistem pendidikan formal seperti pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris. Pada masa itu, jurang pendidikan telah pun wujud kerana pihak penjajah telah mewujudkan jurang antara kaum pendekatandivide & rules bertujuan mengelakkan pembangkitan semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Perkembangan pendidikan di Malaysia pada peringkat awalnya lebih tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih serta sumber yang mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad.Sekolah luar bandar pula mengalami pelbagai kekurangan dari segiinfrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan mereka lebih tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan pada masa itu berbanding dengan kualiti pendidikan. Kini, kerajaan telah banyak memberi tumpuan terhadap kawasan luar bandar dan pedalaman bagi mengurangkan jurang pendidikan serta mengurangkan kadar keciciran. Jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Hal ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar. Kesan jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi status ekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar.

2.0 Konsep dan Pengertian

Di dalam buku Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan dasar bagi merapatkan jurang pendidikan yang wujud seperti antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysi telah pun mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan agar akses, ekuiti dan kualiti dalam pembelajaran dan pengajaran dapat ditingkatkan. Antara jurang pendidikan yang wujud adalah seperti, jurang antara bandar dan luar bandar, jurang digital, jurang antara tahap pencapaian pelajar, jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas serta juang sosioekonomi.

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

Jurang bandar dan luar bandar adalah merujuk kepada ketidaksamarataan yang berlaku. Contoh jurang yang wujud adalah daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan kepada para guru yang mengajar. Kekangan sebegini berlaku terutamanya di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan yang paling ketara sekali ialah sekolah di kawasan pedalaman. Selain itu juga, jurang bandar dan luar bandar ini merujuk kepada tahap atau taraf perbezaan dalam pelbagai aspek yang dicapai oleh kawasan bandar dan kawasan luar bandar adalah berbeza. Perbezaan ini biasanya merujuk kepada perbezaan daripada segi kemudahankemudahan seperti bas awam, perpustakaan awan dan sebagainya serta dari pelbagai aspek lain.

Seterusnya, wujud juga jurang digital. Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan Information dan Communication Techology (ICT). Jurang digital ini biasanya wujud di lokasi yang memiliki keadaan geografi yang berbukit bukau serta di kawasan pedalaman. Hal ini demikian kerana perkhidmatan bagi mengakseskan internet adalah terhad. Selain itu, jurang digital ini menunjukkan kepada tahap pencapaian tenaga pengajar dalam bidang ICT. Kebiasaannya, tahap pencapaian tenaga pengajar adalah berbeza disebabkan pelbagai aspek antaranya kurang pengalaman dan pengetahuan dari segi penggunaan ICT, kurangnya kemudahan dan banyak lagi. Menurut Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) pada tahun 2001 pula, jurang digital telah ditafsirkan sebagai satu jurang yang wujud di antara individu, isi rumah, perniagaan dan kawasan geografi pada peringkat sosioekonomi yang berbeza untuk mendapatkan peluang menggunakan internet dan mengakses ICT. Jurang antara tahap pencapaian pelajar pula ialah kesulitan pelajar dalam menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dalam situasi ini, kebanyakan pelajar sekolah rendah tidak mampu menguasai 3M ini disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada faktor dalaman mahupun faktor luaran. Selain itu, kegagalan mencapai standard minimum seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan salah satu faktor daripadanya. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang pelajar itu berisiko tinggi tercicir daripada sistem pendidikan.

Seterusnya ialah jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas. Ia merujuk kepada perbezaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai. Kemudahan ini adalah untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar berkeperluan khas termasuklah mereka yang kurang upaya, pintar cergas dan berbakat. Jurang ini biasanya menyentuh tentang perbezaan daripada pelbagai segi antara golongan kelainan upaya dan golongan pelajar biasa. Golongan kelainan upaya biasanya memerlukan kemudahan teknologi yang canggih bagi membantu mereka dalam sistem pembelajaran dan pengajaran.

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

Jurang yang terakhir pula ialah jurang sosial. Jurang ini merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam bandar dalam jurang sosial ini, lebih tertumpu kepada jurang kemiskinan. Kemiskinan biasanya sering menjadi faktor utama yang menyebabkan berlakunya jurang sosial yang ketara terutamanya antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar.

3.0

Isu Isu Berkaitan

3.1 Jurang Pendidikah Akibat Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)

Sejak kemerdekaan, masalah jurang pendidikan telah wujud dan masih tidak dapat dihapuskan sehingga zaman globalisasi ini. Masalah jurang pendidikan berterusan sehingga pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). PPSMI diperkenalkan secara berperingkat-peringkat pada tahun 2003 bermula daripada Tahun 1 bagi peringkat sekolah rendah manakala Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 bagi sekolah menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah bermula pada tahun 2007 manakala untuk sekolah rendah pula bermula pada tahun 2008.

Pelaksanaan PPSMI secara umumnya bertujuan untuk meningkatkan pembangunan sumber tenaga manusia bagi mencapai taraf negara maju dan persiapan daripada peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Selain itu, bahasa Inggeris ialah bahasa komunikasi antarabangsa dan penguasaan bahasa Inggeris memudahkan penguasaan ilmu dalam bidang Sains dan Matematik. Secara keseluruhan, dasar ini dilaksanakan dengan harapan memberi kelebihan kompetitif kepada negara dengan penggunaan bahasa Inggeris. Akan tetapi, PPSMI tidak begitu berjaya dan tidak mencapai objektif asalnya malah mendatangkan keburukan kepada pelajar, terutamanya pelajar luar bandar.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon, pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah mencatatkan tahap kelulusan sederhana dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dengan kelemahan ketara dikesan di sekolah luar bandar setelah pelaksanaan PPSMI. Melalui dapatan laporan kajian ini, kita dapat lihat bahawa pelaksanaan PPSMI banyak mempengaruhi pelajar terutamanya pelajar luar bandar. Ramai pelajar luar bandar telah menjadi

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

mangsa dalam pelaksanaan dasar ini. Keadaan ini juga menjadi salah satu faktor primer PPSMI menerima pembidasan dan tentangan dari pelbagai pihak, terutamanya Datuk Dr. Hassan Ahmad, Pengerusi Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) yang mengatakan pembatalan PPSMI harus diimplimentasikan untuk menyelamatkan pelajar luar bandar.

Jika disingkap daripada persepsi yang lebih terperinci, kewujudan masalah jurang pendidikan akibat pelaksanaan PPSMI dapat dilihat daripada beberapa aspek. Pertama, ramai pelajar menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Perubahan drastik dalam pembelajaran Sains dan Matematik menyebabkan pelajar, terutama pelajar luar bandar berasa tertekan dan tidak berkeyakinan untuk menguasai mata pelajaran yang berkaitan. Hal ini demikian kerana pelajar luar bandar kurang terdedah kepada bahasa Inggeris berbanding dengan pelajar di bandar. Pelajar luar bandar kurang berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris kecuali tugasan sekolah. Secara langsung, pencapaian prestasi Sains dan Matematik pelajar akan terjejas kerana penguasaan bahasa Inggeris mereka yang lemah. Selanjutnya, jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar akan menjadi semakin besar.

Selain itu, kebanyakan pelajar luar bandar pada asalnya tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik akan mengalami kesukaran untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Hal yang demikian akan mempengaruhi minat pelajar dalam mempelajari subjek Matematik dan Sains dan akhirnya mereka berputus asa untuk terus mempelajarinya kerana wujud kekangan dalam penggunaan bahasa. Hal ini berlaku kerana pelajar sukar memahami bahasa Inggeris di samping konsep dan teori Sains dan Matematik. Sebagai contoh, pelajar sukar memahami konsep mata pelajaran Kimia melalui petikan atau buku kerana penguasaaan bahasa Inggeris yang lemah. Pelaksanaan PPSMI bukan sahaja melemahkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik malah terdapat sebilangan pelajar mengalami keciciran. Pelajar yang sangat lemah akan terus melepaskan peluang mereka untuk belajar dan akhirnya mereka ketinggalan dalam mata pelajaran tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa ramai pelajar luar bandar telah menjadi mangsa dalam pelaksanaan PPSMI dan mewujudkan masalah dalam jurang pendidikan.

Pada persepsi yang lebih terperinci, faktor tenaga pengajar juga tidak kurang peranannya dalam membincangkan isu ini. Para guru yang biasa mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda masing-masing akan mengalami masalah untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Para guru yang tidak mempunyai kemahiran bahasa Inggeris tidak dapat menyampaikan mata pelajaran yang berkaitan dengan berkesan kepada para pelajar. Secara tuntasnya, guru yang

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

kurang berkelayakan dan berkualiti secara langsung akan mempengaruhi kualiti pelajar, terutamanya pelajar di luar bandar yang bergantung sepenuhnya terhadap pembelajaran di sekolah.

3.2 Kemiskinan

Kemiskinan bukan lagi menjadi masalah baru yang melanda di negara kita. Dalam International Encyclopedia of the Social Science (1972), kemiskinan didefinisikan kepada tiga maksud iaitu kemiskinan sosial, fakir dan kemiskinan moral. Kemiskinan sosial bukan sahaja melibatkan ketidaksamaan ekonomi, iaitu dari segi pendapatan, taraf kehidupan dan sebagainya tetapi juga meliputi ketidaksamaan sosial yang juga berkaitan dengan pendidikan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa isu kemiskinan merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan berlakunya jurang pendidikan di negara kita. Walaupun kerajaan sentiasa mengambil inisiatif dalam membendung masalah ini, namun masalah ini masih membelenggu masyarakat kita pada hari ini. Keratan akhbar pada April 2009 menyatakan bahawa kerajaan telah membelanjakan 3 bilion dalam masa dua tahun bagi merapatkan jurang pendidikan di negara kita. Kos tersebut adalah bertujuan membantu pelajar-pelajar miskin di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Hal ini menunjukkkan masih banyak lagi kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam mengatasi masalah kemiskinan ini. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Razali Ismail, peruntukan itu telah disalurkan di setiap jabatan pendidikan dalam negeri untuk membantu pelajar miskin dalam 12 skim termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Skim Pinjaman Buku Teks, Skim Baucer Tuisyen dan pelbagai biasiswa lain. Datuk Razali Ismail berkata, jumlah RM 3 Bilion merupakan jumlah peruntukan yang paling tinggi dalam usaha merapatkan jurang pendidikan dirantau ini. Namun begitu, jika jumlah ini masih tidak mencukupi, pihak kementerian akan menambah peruntukan ini dari semasa ke semasa.

Jika ditinjau dengan lebih teliti, ramai penduduk di kawasan luar bandar berorientasikan kegiatan ekonomi primer mengikut kaedah traditional. Mereka tidak berupaya mendapat pendapatan yang banyak melalui sektor ekonomi traditional dan secara tidak langsung keadaan ini akan menjejaskan perbelanjaan mereka yang termasuk pendidikan anak-anak. Kebanyakan daripada mereka tidak mampu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran kerana pendapatan keluarga tidak dapat menampung perbelanjaan persekolahan. Hal ini demikian, mereka perlu menampung perbelanjaan untuk keperluan asas yang lebih penting untuk meneruskan kehidupan. Contohnya, makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya merupakan elemen yang tidak boleh dikurangkan dalam kehidupan. Oleh itu, pendidikan anak-

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

anak telah diabaikan dan seterusnya dikorbankan dalam hal ini. Secara langsung, jurang pendidikan akan berlaku terutamanya di kawasan luar bandar.

Tambahan pula, kemiskinan yang mengakibatkan faktor jarak juga tidak kurang peranannya dalam mewujudkan masalah jurang pendidikan. Kebanyakan tempat tinggal penduduk luar bandar adalah terletak di kawasan pedalaman. Jarak antara tempat tinggal mereka dan sekolah biasanya sangat jauh. Keadaan ini telah menyusahkan pelajar untuk pergi ke sekolah. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelajar di Kampung Marudi, Sarawak yang perlu menaiki bot dan berjalan kaki ke sekolah. Kekurangan kemudahan pengangkutan akibat kemiskinan menyusahkan pelajar untuk menuntut ilmu. Terdapat ibu bapa sanggup melepaskan peluang pendidikan anak mereka demi keselamatan anak. Dengan ini, jurang pendidikan akan terus menjadi serius. Secara tuntas, kemiskinan telah mengundang masalah jurang pendidikan. Ramai anak bangsa telah menjadi mangsa dalam isu kemiskinan dan terabai daripada pendidikan.

3.3 Kekurangan Tenaga Pengajar Professional ICT

Seiring dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan dalam menerapkan ilmu ICT dalam setiap kehidupan masyarakat masa kini. Tambahan pula, ilmu ICT semakin berkembang di negara maju dan juga negara sedang membangun. ICT juga digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang sama ada dari segi ekonomi, sosial, pentadbiran mahupun pendidikan. Oleh yang demikian, warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perkembangan ICT pada masa kini. Warga kementerian pelajaran juga telah berusaha dalam melakukan anjakan paradigma bagi membudayakan kepelbagaian teknologi pendidikan meliputi penggunaan ICT.

Oleh yang demikian, para pendidik seharusnya memberikan perhatian yang serius terhadap perkembangan teknologi di sekolah bagi mempergiatkan penggunaan teknologi dan ICT di sekolah. Namun begitu, kebanyakan guru-guru di negara ini masih kurang mahir dalam penggunaan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang mahir berbanding generasi yang lahir selepas era 1990-an dalam penggunaan ICT. Kini, masih ramai guru-guru yang masih terkial-kial menggunakanmicrosoft word mahupun memasukkan data ke dalam komputer. Masalah ini menyukarkan pihak kerajaan dalam usaha mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah seluruh malaysia.

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

Kekurangan guru profesional ini telah menyebabkan jurang digital yang sangat ketara antara sekolah kawasan luar bandar dan sekolah di kawasan bandar. Hal ini disebabkan kebanyakan guru profesional tidak sudi ditempatkan di kawasan luar bandar. Hal ini mengakibatkan kekurangan guru mahir ICT di kawasan luar bandar. Ternyata keadaan ini mangakibatkan masalah buta ICT dalam kalangan pelajar luar bandar.

Selain itu juga, masalah kekurangan guru profesional juga adalah disebabkan oleh insfrastruktur ICT yang kurang lengkap terutamanya di kawasan luar bandar. Kekurangan bahan ICT menjadikan guru kurang mahir dalam penggunaan ICT dan tidak dapat mempraktikkannya di dalam kelas. Persoalannya, bagaimana guru-guru serta pelajar ingin mengaplikasikan penggunaan ICT jika bahan tersebut tidak mencukupi. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad berkata dapatan kajian mengenai pembudayaan ICT dalam kalangan pengguna memerlukan pengurusan perubahan yang sistematik dan terarah. Tambahan pula, kita tidak dapat membudayakan ICT jika kemudahan serta bahan pengajaran dan pembelajaran tidak lengkap.

Kekurangan tenaga pengajar profesional ini turut disebabkan oleh masalah kurangnya perhatian pihak kerajaan dari sektor pendidikan dalam memberikan galakan serta latihan kepada guru dalam penggunaan ICT. Pihak yang terbabit kurang menjalankan bengkel kemahiran kepada para pendidik. Kekurangan latihan menjadi punca dalam melahirkan guruguru yang cemerlang dalam penggunaan ICT. Jika bengkel ini dijalankan, mereka lebih memberikan tumpuan terhadap guru-guru di kawasan bandar berbanding luar bandar. Akhirnya guru-guru di kawasan bandar semakin mahir manakala guru-guru dikawasan luar bandar semakin ketinggalan dan mundur dari segi penggunaan ICT mahupun teknologi ini. Akhirnya hal ini telah mewujudkan jurang digital yang ketara antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar.

3.4 Jurang Pelajar Biasa Dengan Orang Kurang Upaya (OKU)

Jurang pendidikan antara pelajar biasa dengan OKU atau boleh dikatakan sebagai golongan ketidakupayaan pembelajaran merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) pelajar berkeupayaan khas termasuklah pelajar yang kurang upaya, pintar, cerdas dan berbakat. Pelajar yang dikategorikan bermasalah pembelajaran ialah mereka yang mengalami masalah seperti kognitif ringan, masalah tingkah laku, simdrom down serta autisme. Pelajar normal pula merujuk kepada mereka yang dapat belajar secara normal seperti dapat memahami sesuatu mata pelajaran dengan baik berbanding mereka yang kurang upaya.

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

Isu penyediaan kemudahan kepada kedua-dua golongan pelajar ini telah menjadi isu utama dan menjadikan jurang yang ketara antara mereka dari aspek pembelajaran. Sebagaimana yang sedia maklum, pelajar normal lebih mendapat keutamaan dalam penyediaan kemudahan infrastruktur berbanding pelajar OKU. Misalnya, penyediaan alat bantuan mengajar bagi pelajar normal. Mereka diberikan banyak pilihan dalam menentukan dan mendapatkan alat bantuan mengajar dalam proses pembelajaran mereka seperti komputer, LCD, rangkaian internet dan banyak lagi. Kini, alat bantuan mengajar semakin canggih dan tidak menjadi halangan kepada pelajar biasa untuk belajar serta mencari maklumat. Tapi malangnya bagi golongan tertentu khususnya golongan OKU, mereka kurang mendapat perhatian daripada pihak tertentu untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Golongan ini seharusnya diberikan kemudahan infrastruktur yang lengkap sama ada dari segi teknologi mahupun keperluan yang lain. Hal ini dapat membantu mereka dalam mendapatkan maklumat serta memudahkan mereka menjalani pembelajaran yang berkesan agar mereka tidak tercicir. Selain itu, terdapat golongan yang mempunyai alat bantuan tetapi tidak mahir menggunakannya. Di samping itu, terdapat juga masalah dari segi pengisian program khas kepada pelajar serta masalah guru pendidikan khas yang tidak terlatih dan kurang mahir dalam mengelola pelajar kurang upaya ini. Program yang dijalankan biasanya lebih tertumpu kepada kemahiran teori sahaja dan kemahiran dalam teknikal jarang dipraktikkan seperti kemahiran membuat kraftangan, kemahiran dalam sukan serta kemahiran-kamahiran lain. Selain itu, program yang dijalankan itu tidak bersesuaian dengan kategori pemasalahan pelajar tidak berkeupayaan khas ini. Berbeza pula dengan pelajar normal, pelbagai program telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi pelajar terutamanya bagi pelajar pintar. Program yang dijalankan adalah seperti bengkel kecemerlangan pelajar serta bengkel kemahiran teknikal.

4.0

Cabaran

4.1 Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Inggeris mengakibatkan Jurang Pendidikan

dalam bahasa

Robiah Sidin (1994) menyatakan bahawa guru merupakan aset utama bagi memastikan perkembangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Setiap guru perlu sentiasa bersedia dan mampu menghadapi perubahan dari semasa ke semasa. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) terutamanya di sekolah luar bandar amat memerlukan persediaan tenaga pengajar untuk

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

menerima dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Akan tetapi, keadaan ini tidak berlaku seperti yang dihasratkan. Jika ditinjau dengan teliti, banyak guru di luar bandar adalah terdiri daripada guru baru dan tidak begitu berpengalaman. Fenomena ini berlaku kerana ramai guru yang berpengalaman terutamanya yang sudah berkeluarga tidak sudi untuk berkhidmat di kawasan luar bandar. Hal ini kerana wujudnya masalah kekurangan kemudahan asas dan infrastuktur, masalah pengangkutan, masalah jarak sekolah dari tempat tinggal, masalah enggan berpisah dengan keluarga dan sebagainya. Oleh itu, pelaksanaan PPSMI yang amat memerlukan guru yang berpengalaman dan berkemampuan akan mengalami cabaran dalam hal ini.

Serentak dengan konteks yang dibincangkan, lumrahnya guru baru tidak begitu berpengalaman dan tidak mampu untuk membuat persediaan yang sempurna dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka masih tidak begitu memahami keadaan pelajar, terutamanya pelajar luar bandar. Kualiti guru baru yang terhad banyak mempengaruhi keberkesanan pengajaran kepada pelajar. Secara langsungnya, kualiti pelajar juga akan terjejas. Selain itu, masalah kemahiran bahasa Inggeris guru mata pelajaran Sains dan Matematik yang juga merupakan salah satu ranjau yang perlu ditempuhi. Sebelum pelaksanaan PPSMI, guru mata pelajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa ibunda, terutamanya bahasa Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, guru yang tidak begitu mahir untuk berbahasa Inggeris telah menjadi satu masalah untuk mengajar pelajarnya. Pelaksanaan PPSMI boleh dikatakan salah satu cabaran yang besar kepada mereka, terutamanya guru yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris. Mereka mengalami masalah untuk bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan tepat dan secara langsung mereka akan menghadapi masalah untuk menyampaikan ilmu yang berkenaan kepada pelajarnya. Oleh itu, ilmu pengetahuan tidak dapat disampaikan kepada pelajar dengan berkesan. Pencapaian pelajar luar bandar akan terjejas kerana kebanyakan pelajar luar bandar bergantung pada guru dengan sepenuhnya.

Omar Hashim (1991) berpendapat bahawa guru harus memiliki beberapa kemahiran dengan keperluan zaman globalisasi ini dan salah satunya adalah kemahiran menggunakan media elektronik serta komputer untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Penggunaan media elektonik seperti projektor, komputer, internet dan sebagainya telah menjadi satu keperluan dan ia merupakan wahana yang penting dalam pengajaran terutamanya mata pelajaran Sains. Penggunaan alat elektronik juga dapat membantu pelajar untuk memahami pelajaran kerana dapat menunjukkan gambaran atau situasi yang sebenar kepada pelajar. Contohnya, penggunaan tayangan video untuk mengajar mata pelajaran biologi dan fizik adalah lebih berkesan. Di samping itu, penggunaan tayangan slide yang penuh dengan animasi juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Malangnya, masih terdapat sebahagian guru yang tidak mempunyai kemahiran menggunakan media elektronik dan keadaan ini biasanya

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

berlaku di kawasan luar bandar. Pelajar yang tidak terdedah dengan pengajaran melalui media elektronik adalah lebih rugi dan proses pembelajaran mereka mungkin akan lebih lambat kerana mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk memahami pelajaran. Justeru, guru yang tidak mempunyai kemahiran menggunakan media elektronik dalam pengajaran akan menyusahkan pelajarnya dan seterusnya menjejaskan prestasi pencapaian akademik, terutamanya mata pelajaran Sains dan Matematik.

Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan PPSMI merupakan satu dasar yang berhasrat mendatangkan kebaikan kepada pelajar mahupun masyarakat dan negara. Jika ditinjau dengan lebih teliti, boleh didapati bahawa pelaksanaan PPSMI pada masa yang sama juga mengundang banyak kemelut kepada pelajar, dan terutamanya pelajar luar bandar. Pelajar luar bandar boleh dikatakan merupakan mangsa utama dalam pelaksanaan dasar ini. Kebanyakan pelajar luar bandar tidak mendapat manfaat melalui dasar ini malah memburukkan lagi pencapaian akademik mereka dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

4.2 Cabaran Kemiskinan Isu kemiskinan merupakan fenomana yang sering berlaku di luar bandar. Namun fenomena ini juga wujud di kawasan bandar. Walaupun peratusan kemiskinan di bandar adalah lebih rendah berbanding dengan peratusan kemiskinan di luar bandar, yang pasti kesan kemiskinan lebih terasa oleh penduduk miskin di kawasan bandar. Oleh itu, pelbagai cabaran perlu dikenalpastikan supaya pendekatan yang efisien dan betul dapat dilaksanakan untuk membendung fenomena ini. Kajian yang dijalankan mengenai kemiskinan dan pembangunan desa sering menunjukkan tahap pendidikan keluarga miskin adalah rendah. Misalnya kajian tentang sosioekonomi rakyat termiskin oleh Chamhuri 1994, pada tahun 2001 beliau mendapati bahawa tahap pendidikan keluarga miskin adalah lebih rendah berbanding bukan miskin.

Antara cabaran-cabaran yang sering diperkatakan ialah kurangnya kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pendidikan. Mereka lebih suka anak-anak mereka bekerja berbanding meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat juga segelintir ibu bapa membiarkan saja anak-anak mereka ponteng sekolah kerana meraka berpendapat bahawa ilmu tidaklah begitu penting. Bagi mereka ilmu yang dipelajari di sekolah hanya membazirkan wang mereka tanpa memberikan keuntungan kepada mereka. Ibu bapa mereka lebih rela untuk membiarkan anakanak mereka bekerja bagi menyara kehidupan keluarga seperti bekerja di sawah, ladang, kebun dan laut. Di samping itu, terdapat juga para pelajar yang membantu kerja-kerja rumah seperti menjaga adik ketika ibu bapa mereka bekerja. Oleh itu, mereka tidak mendapat peluang untuk ke sekolah seperti pelajar-pelajar lain.

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

Cabaran kedua ialah faktor jarak. Jarak ini merujuk kepada jarak di antara sekolah dengan tempat tinggal seseorang pelajar. Masalah jarak sering dialami oleh mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Hal ini disebabkan kemudahan pengangkutan dan infrastruktur di kawasan luar bandar yang kurang memuaskan seterusnya menyebabkan mobiliti pelajar terjejas. Dengan secara tidak langsung, pelajar tidak mempunyai motivasi untuk melanjutkan pelajaran dan tercicir daripada melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut laporan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Ahli, 34.31 peratus murid tercicir daripada memasuki sekolah menengah manakala 46.28 peratus lagi dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

Selain daripada faktor jarak, kekurangan kemudahan seperti sekolah, perpustakaan, dan sebagainya juga merupakan cabaran bagi pelajar miskin. Mereka yang miskin tidak berkemampuan untuk membeli buku amat bergantung pada kemudahan perpustakaan untuk menambah ilmu. Kekurangan kemudahan perpustakaan akan menyusahkan pelajar luar bandar untuk menambah ilmu. Oleh itu, peluang untuk mereka terdedah dengan ilmu terbaru adalah amat terhad. Dengan ini, mereka akan ketinggalan berbanding dengan pelajar di kawasan bandar. Jurang pendidikan antara pelajar luar bandar dan bandar akan menjadi semakin besar.

4.3 Cabaran Dalam Jurang ICT Masalah jurang literasi ICT berpunca daripada jurang digital yang wujud dalam semua peringkat masyarakat. Jurang ICT ini semakin ketara terutamanya antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Hal yang demikian adalah bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti. Jurang ICT ini turut memberi kesan ke atas sektor pendidikan di negara kita.

Pelbagai halangan yang wujud dalam jurang ICT seperti kekurangan pengalaman asas digital disebabkan oleh kurangnya minat masyarakat terhadap bidang ICT. Masyarakat luar bandar kurang berminat dalam bidang ICT disebabkan mereka kurang terdedah kepada penggunaan serta kepentingan ICT dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, mtelah memberi impak negatif ke atas sistem pendidikan negara. Kekurangan kesedaran masyarakat tentang kepentingan ICT telah menyebabkan bidang ICT ini kurang berkembang di kawasan luar bandar.

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

Selain itu, ia turut disebabkan oleh kekurangan akses yang diakibatkan oleh kekurangan peralatan dan perkhidmatan seperti perkakasan komputer dan rangkaiannya. Kebiasaannya masalah ini berlaku di sekolah kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman serta kawasan terpencil. Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar ini telah menyebabkan berlaku jurang ICT yang ketara antara kawasan tersebut. Sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman dikatakan jarang atau dengan kata lainnya kawasan sekolah di pedalaman tidak memperolehi langsung kemudahan ICT. Hal ini menyebabkan pelajar kurang terdedah dengan ICT dan akhirnya menjadikan mereka buta ICT.

Tambahan pula, wujudnya jurang digital ini juga disebabkan kekurangan kemahiran guru di sekolah yang berpunca daripada teknologi yang tidak mesra pengguna di samping tenaga pengajar yang kurang pengetahuan ICT dan sokongan sosial. Guru yang kurang pengetahuan ICT menyebabkan mereka tidak mampu dan kemahiran semasa menggunakan ICT yang disediakan oleh pihak kerajaan di sekolah. Hal ini telah memberikan impak yang besar kepada pelajar. Masalah ini boleh dikatakan berpunca daripada latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah. Kerajaan haruslah menyediakan peruntukan bagi membantu para pendidik dalam meningkatkan kemahiran mereka dengan cara yang lebih efektif.

Selain itu, kekurangan peluang penggunaan turut akan menjadi halangan dalam akses ini. Misalnya pelajar-pelajar di luar bandar yang kurang didedahkan dengan penggunaan komputer dan teknologi lain akibat daripada kekangan kemudahan infrastruktur ini menyebabkan peluang mereka untuk menggunakan kemudahan ini terbatas. Seperti yang kita ketahui, penggunaan ICT di kawasan bandar semakin meluas dari hari ke hari sedangkan kawasan luar bandar dan pedalaman masih dibelenggu dengan masalah kekurangan ICT dikawasan mereka malahan ia sangat ketara. Masalah ini disebabkan kesukaran untuk membawa masuk teknologi ini akibat kekangan geografi dan fizikal kawasan tersebut. Contohnya,di kawasan pedalaman sabah dan sarawak yang sukar untuk didedahkan dengan teknologi ini akibat kesukaran membawa peralatan teknologi akibat kekangan struktur muka bumi.

4.4 Cabaran yang timbul antara pelajar biasa dengan Pelajar Kurang Upaya Antara cabaran yang wujud adalah seperti masalah tenaga pengajar orang kurang upaya(OKU). Hal ini demikian kerana, kerajaan mengalami kekurangan guru yang berkemahiran dalam bidang ini berikutan ramai golongan mahasiswa dan mahasisiwa di Institusi Pengajian Tinggi sama ada di IPTA atau IPTS yang mengambil bidang pendidikan lebih cenderung memilih bidang pendidikan biasa berbanding pendidikan khas. Hal ini menyebabkan jumlah guru

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

yang mengajar pelajar pendidikan khas sangat terhad. Namun begitu walaupun terdapat tenaga pengajar yang ingin mengajar timbul pula masalah lain seperti golongan pengajar yang tidak berkemahiran dan tidak terlatih dalam subjek yang kritikal terutamanya di sekolah-sekolah pedalaman. Alasan mereka ialah kesukaran untuk memberikan maklumat dan cara penyampaian supaya pelajar kurang upaya memahami apa yang dipelajari. Mereka juga tidak mahu mengambil risiko yang tinggi untuk mengajar pelajar OKU terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman. Selain itu, cabaran kepada pihak KPM untuk menyediakan kurikulum yang sesuai kepada pelajar pintar cerdas dan menyediakan sekolah seni bagi mereka yang berbakat serta cenderung dalam bidang seni.

Selain itu, cabaran lain yang dihadapi ialah dari aspek pelajar OKU itu sendiri. Fenomana ini berlaku kerana mereka lebih suka mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat sekeliling berikutan malu dengan keadaan fizikal mereka yang tidak sempurna. Di samping itu, juga masalah ibu bapa yang kurang mendapat kesedaran bahawa anak mereka yang tidak upaya juga perlu diberi keutamaan dalam bidang pendidikan. Oleh itu, mereka tidak mahu belajar dan menganggap belajar sangat menyukarkan.

Di samping itu juga, cabaran yang dihadapi ialah ketiadaan bajet untuk menyediakan kemudahan infrastruktuk khusus bagi golongan pelajar pendidikan khas, misalnya penyediaan kawasan untuk membina sekolah pendidikan khas. Selain itu, kekangan dalam mendapatkan peralatan bantuan mengajar. Hal ini kerana, pihak kerajaan tidak memandang kes ini sebagai sesuatu yang serius sehinggalah menyebabkan pelajar pendidikan khas ramai yang tercicir dalam pendidikan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Tidak hairan juga ada antara kanak-kanak kurang upaya yang tidak terbela sehinggakan terpaksa ditempatkan di rumah-rumah kebajikan. Hal ini turut menjadi kekangan kerana mereka tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga mereka sendiri, sekaligus menyebabkan mereka menjadi tersisih dan menganggap diri sebagai seorang yang tidak membawa kepentingan kepada keluarga dan masyarakat.

Selain itu, kekurangan buku rujukan kepada pelajar pendidikan khas misalnya kepada pelajar buta yang kurang mendapat bahan rujukan untuk belajar. Bagi pelajar bisu dan pekak mereka tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan sumber rujukan tetapi meraka menghadapi masalah apabila meminta penjelasan mengenai apa yang tidak difahami. Untuk golongan pelajar sindrom down pula, mereka tidak mendapat pendidikan formal berikutan golongan mereka yang sukar diajar dalan sistem pendidikan formal, mereka hanya dapat

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

didedahkan dengan sistem pendidikan tidak formal sahaja seperti mengajar mereka dengan cara praktikal.

5.0

Pendekatan

5.1 Langkah mengatasi jurang pendidikan akibat pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Robiah Sidin (1994) mengatakan bahawa salah satu kriteria yang perlu dimiliki oleh guru untuk mempunyai kesediaan dan mampu mengahadapi persediaan adalah sentiasa mengikuti peredaran masa. Dalam konteks membincangkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris amat memerlukan tenaga pengajar yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri dari semasa ke semasa, terutamanya dari aspek peningkatan ilmu dan bahasa Inggeris. Sebagai contoh, guru harus banyak membaca buku tambahan dan menggunakan bahasa Inggeris. Di samping itu, guru juga harus selalu mengikuti perkembangan pendidikan global untuk menimbakan ilmu dan meningkatkan kaedah pengajaran. Dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris guru PPSMI, kerajaan juga tidak ketinggalan peranannya. Misalannya, latihan intensif bahasa Inggeris (Kursus ETeMS) telah dijalankan terhadap guru PPSMI. Nanum begitu, guru tidak harus bergantung pada Kursus ETeMS semata mata, inisiatif ini perlu disokong melalui usaha guru kendiri dengan membiasakan diri dengan bahasa Inggeris. Dengan peningkatan guru PPSMI yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, terutamanya di kawasan luar bandar, barulah jurang pendidikan dapat dieratkan.

Peningkatan bilangan guru berpengalaman juga tidak kurang penting dalam usaha mengurangkan jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar. Dalam hal ini, kerajaan harus meningkatkan elaun atau menambahbaikan infrastuktur di luar bandar untuk menarik minat guru untuk terus berusaha di kawasan luar bandar. Keperluan asas guru harus dijamin oleh kerajaan untuk memastikan guru dapat berusaha di luar bandar tanpa kekurangan. Seperti yang sedia maklum, kerajaan juga telah melaksanakan Bayaran Intensif Subjek Pendidikan (BISP) kepada guru mengikut syarat syarat yang ditetapkan sebagai dorongan. Pelaksanaan BISP dapat mendorong guru untuk berusaha dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya, Sains dan Matematik.

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

Selain meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris guru dan bilangan guru pengalaman, kemahiran guru menggunakan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik juga harus ditingkatkan. Guru juga harus diberi latihan penggunaan media elektonik agar guru dapat menggunakan alat media elektronik yang berkenaan untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Dengan menjaminkan keperluan dan kualiti guru barulah sistem pendidikan di kawasan luar bandar dapat berkembang dan meningkatkan kualiti pelajar.

Seterusnya, penguasaaan bahasa Inggeris pelajar kawasan luar bandar yang lemah harus ditingkatkan supaya mereka dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Beberapa kaedah atau strategi boleh diaplikasikan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Kelas tambahan Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik boleh diadakan supaya guru mempunyai masa yang mencukupi untuk mengajar pelajar, terutamanya pelajar luar bandar yang lebih lemah dalam bahasa Inggeris. Dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar, pihak sekolah memainkan peranan yang dominan. Pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Contohnya, Minggu Berbahasa Inggeris boleh dijalankan setiap bulan untuk membudayakan pelajar berbahasa Inggeris. Buku bahasa Inggeris di perpustakaan juga harus diperbanyak agar meningkatkan pendedahan pelajar kepada bahasa Inggeris. Dengan secara tidak langsung, penguasaan bahasa Inggeris, Sains dan Matematik pelajar dapat ditingkatkan dan selanjutnya jurang pendidikan dapat diminimumkan.

5.2 Pendekatan untuk membendung masalah kemiskinan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. KPM telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Pihak kerajaan amat mementingkan masalah keciciran dalam kalangan masyarakat. Kerajaan akan memperluaskan sekolah komprehensif di kawasan pendalaman terutamanya Sarawak khususnya di kawasan Baram bagi menangani masalah keciciran terutamanya di kalangan kaum Penan. Langkah ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

pendidikan dalam kalangan kaum Penan yang masih jauh ketinggalan. Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lebih 125,000 kanak kanak yang mencapai umur persekolahan tercicir daripada alam persekolahan di luar bandar dan pedalaman. Menurutnya banyak usaha perlu dilakukan bagi memastikan semua rakyat telah mengambil tindakan yang relaven untuk mengatasi masalah tersebut dengan memperkenalkan pelbagai program pemulihan atau penambahbaikan. Dengan menunaikan tanggungjawab ini, Jabatan Pendidikan Khas memutuskan untuk turun padang dengan melancarkan Program Outreach. Program ini merupakan satu perkhidmatan bergerak untuk mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan khas di bawah lingkungan umur persekolah. Melalau program ini, maklumat berkaitan program pendidikan khas, kebajikan murid serta hal berkenaan masalah pendengaran, pertuturan, penglihatan serta masalah pembelanjaran dapat disebarkan.

Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan dari segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar, bagi memantapkan sistem pengagihan bantuan, berbagai-bagai program perlu diwujudkan supaya kebajikan pelajarpelajar miskin terpelihara. Antara yang boleh dilakukan ialah memantau pelaksaan program secara berterusan, mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta. Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK) ditubuhkan pada 16 Mac 1990 yang berdaftar di bawah Akta Amanah Ordinan, 1952. YBK ini dilancarkan secara rasmi pada April 1990 oleh Tan Sri Haji Muhammad Haji Muhd. Taib untuk memastikan kemiskinan dan ketaksamaan dapat dikurangkan, kerajaan telah mempelbagaikan program terus pembangunan di luar bandar.

Selain itu, bantuan dari segi kewangan juga dapat mengatasi masalah keciciran pelajar disebabkan kemiskinan. Contohnya sebanyak 179,227 pelajar miskin menerima peruntukan tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM) berjumlah RM21.4 juta. Menurut Datuk Seri Hishammudi Tun Hussein, KWAPM akan mendahului Kelantan, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan kuala Lumpur serta Perlis. Setiap seorang pelajar miskin akan menerima RM120 bagi pembelian tersebut yang sebelum ini peruntukan itu disediakan dibawa Belanja Mengurus yang dikenali One-Off.

Selain memberi bantuan, menyediakan kemudahan dan perbekalan di semua sekolah terutamanya sekolah pedalaman. Kemudahan dan perbekalan pelajaran yang disediakan adalah banyak serta beraneka jenis masing-masing mempunyai hubung- kait yang tersendiri dengan kegiatan pengajaran dan pembelanjaran yang dijalankan di sekolah-sekolah. Antara kemudahan ialah kemudahan fizikal, asrama, buku teks, perpustakaan, bantuan makanan tambahan dan sekolah redah pusat. Bantuan tersebut ada memberi kemudahan kepada para pelajar dan membendung jurang pendidikan. Contohnya, asrama dibina dengan tujuan untuk member

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

ikemudahan tempat tinggal yang berdekatan dengan sekolah kepada murid-murid datang dari jauh, terutamanya mereka yang miskin.

5.3 Pendekatan Jurang ICT Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) merupakan salah satu asas dalam pembentukan generasi serta pelajar-pelajar yang berkualiti pada masa kini. Tambahan pula, ICT ini banyak member sumbangan kepada Negara samaada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Hal ini telah menyebabkan penggunaan ICT di negara kita berkembang dengan pesat. Kepesatan ini juga secara tidak disedari telah mewujudkan jurang ICT dalam kalangan masyarakat di negara kita dan hal ini sudah pasti turut memberikan kesan dalam sektor pendidikan di negara kita. Pelbagai langkah yang telah diambil serta wajar diambil oleh pihak kerajaan malaysia bagi mengurangkan jurang digital yang berlaku dalam sektor pendidikan.

Antara langkah serta pendekatan yang harus dijalankan adalah dengan mempergiatkan lagi kempen kesedaran dalam penggunaan komputer dan juga ICT terutama di kawasan luar bandar, kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli. Hal ini dapat membantu menyedarkan masyarakat malaysia di kawasan luar bandar tentang kepentingan ICT serta faedah yang boleh didapati dalam penggunaan ICT. Apabila golongan masyarakat sedar tentang kepentingan penggunaan ICT dalam kehidupan secara semulajadinya, mereka akan memberikan galakan kepada anak- anak mereka dalam mempelajari tetntang penggnaan Ict. Antara program yang dijalankan dalam kempen kesedaran yang telah dilancarkan oleh kerajaan ini adalah E-Komuniti Malaysia yang menempatkan bahan digital di setiap kawasan dalam menggalakkan penggunaan digital dalam kalangan masyarakat.

Selain itu juga, pihak kerajaan harus menyediakan lebih banyak kemudahan dalam bidang ICT ini di setiap sekolah-sekolah diseluruh malaysia tanpa mengambil kira kawasan, jarak atau jenis sekolah. Kerajaan kini telah dalam usaha meningkatkan kemudahan ICT diseluruh sekolah bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tanpa mengira peringkat umur tentang penggunaan ICT ini. Datuk Dr Ahamad pernah berkata bahawa segala kemudahan serta infrastruktur ICT telah diperkenalkan di sekolah dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, bahan- bahan ICT yang disediakan di sekolah-sekolah ini harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua guru, pelajar dan juga pihak pentadbir.

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

Salah satu pendekatan yang berkesan dalam memantapkan penggunaan digital disekolah dalam mengurangkan jurang ICT ialah dengan memberikan latihan serta bengkel kemahiran kepada guru-guru di setiap sekolah. Hal ini demikian bertujuan mengurangkan kadar guru-guru buta komputer. Dalam bengkel kemahiran tersebut, para pendidik harus diberikan penekanan dalam penggunaan komputer serta ICT bagi tujuan menambahkan pengetahuan mereka mendidik pelajar dalam menggunakan ICT. Oleh yang demikian kerajaan turut menjalankan program untuk para guru iaitu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dalam program ini guru-guru diberikan taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pembelajaran dalam pengajaran pelajar oleh tenaga pengajar terlatih. Kerajaan juga turut memperkenalkan pelbagai program dalam meningkatkan pengetahuan serta penggunaan pelajar dalam bidang ICT ini antaranya program pembestarian sekolah. Program pembestarian sekolah ini menggambarkan komitmen dan kesungguhan pihak kerajaan dalam membangunkan pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia. Program pembestarian sekolah ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar di sekolah bestari ini adalah sangat bertepatan dalam tujuan memberikan pendidikan tentang ICT dalam kalangan pelajar. Pendekatan serta penggunaan ICT ini tidak terikat kepada bidang kurikulum sahaja malahan ia turut melibatkan pelbagai bidang penting di sekolah. Hal ini turut memberikan kesan kepada pentakbiran sekolah kerana ia dapat melancarkan pengurusan di sekolah tersebut.

5.4 Pendekatan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah antara pelajar bias

dengan OKU

Antara pendekatan yang dibuat adalah seperti peranan pihak kerajaan, terutamanya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti memperluas dan mempertingkatkan pengisian program khas integriti bermasalah pembelajaran, iaitu dengan menyediakan guru pendidikan khas yang terlatih serta menyediakan pembantu pengurusan murid yang mencukupi. Seterusnya menjalankan kursus pra-vokasional pendidikan khas untuk guru pendidikan khas sekolah menengah dan kursus ko-kurikulum untuk guru pendidikan khas sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah dijalankan antara tahun 2006 hingga 2008. Pendekatan kedua ialah pihak kerajaan akan menjalankan latihan kepada golongan OKU ini, misalnya dengan menjalankan latihan penjagaan diri dan kemahiran hidup asas diberikan seawal mungkin agar mereka tidak merasakan diri sebagai seorang yang tidak membawa aset kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kemudiannya diikuti pula dengan kemahiran menyesuaikan diri dan pendedahan kepada pengalaman hidup sebenar sejajar dengan peralihan kehidupan inklusif dalam persekitaran keluarga, sosial dan komuniti.

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

Yang seharusnya menjalankan latihan kepada golongan ini, misalnya dengan menjalankan latihan penjagaan diri dan kemahiran hidup asas diberikan seawal mungkin, dan diikuti pula dengan kemahiran menyesuaikan diri dan pendedahan kepada pengalaman hidup sebenar sejajar dengan peralihan kehidupan inklusif dalam persekitaran keluarga, sosial dan komuniti. Di samping itu juga KPM perlu menyediakan lebih banyak infrastruktur dengan menambahkan bajet seperti, kemudahan dan program yang releven. Selain daripada itu, KPM juga menyediakan pentaksiran altenatif, menyediakan kemudahan ICT yang sesuai dengan mereka yang kurang upaya ini. Tambahan lagi, KPM juga turut menjalankan perkongsian pintar dengan badan sukarela dan kementerian lain yang turut menyediakan perkhidmatan untuk pelajar kurang upaya. Untuk memberi peluang kepada murid yang pintar dan cerdas pula, Kelas Rancangan Khas (KRK) diadakan di sekolah biasa. Mereka akan diberi penekanan yang lebih untuk meningkatkan lagi potensi mereka dalam pelajaran.

Pihak kementerian menyediakan pendidikan khas dengan membina sekolah pendidikan khas yang terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah. Pihak kementerian juga turut menjalankan program pendidikan khas integriti di sekolah harian bagi membolehkan lebih ramai OKU mendapat pendidikan formal. Program yang dijalankan ini dapat dibuktikan dengan kejayaan pada tahun 2000 meningkat daripada 564 kepada 973 pada tahun lalu. Dalam tahun 2005 pula sebanyak 32 program pendidikan khas integriti untuk pelajar bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa. Seterusnya, bagi kanak-kanak kurang upaya yang berusia kurang daripada 4 tahun akan mendapat pendidikan intervensi awal di pusat kelolaan kementerian kesihatan atau di Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat atau di pusat-pusat kelolaan badan sukarela. Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) juga menyediakan pendidikan kepada pelajar kurang upaya dengan lebih dari satu jenis kecacatan.

6.0

Penutup

Keseluruhannya, sistem pendidikan negara kita mengalami perubahan kepadapendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat. Perubahan ini memberi kesan langsung terhadap perkembangan pendidikan yang selaras dengan era globalisasi yang melibatkan semua peringkat sekolah seperti sekolah rendah, menengah dan juga institusi tinggi. Apa yang pasti, jurang pendidikan masih berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan penyediaan asas secara berterusan dan pada masa yang sama, kementerian perlu merancang untuk melonjak sistem pendidikan ke tahap yang lebih tinggi supaya masalah ini dapat diatasi. Hal ini demikan kerana kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi teknologi ataupun ekonomi amat bergantung kepada generasi muda yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, jasmani, rohani dan

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

emosi . Oleh itu, halangan-halangan melahirkan modal insan yang berdaya maju perlu dikenalpastikan supaya pendekatan yang betul dapat dilaksanakan. Oleh itu, bantuan Persekolahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajar Malaysia mampu memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Di samping itu, kejayaan dalam merapatkan jurang pendidikan boleh dicapai melalui usaha dan komitmen berterusan daripada semua pihak, terutamanya pegawai pelaksana, ibu bapa, badan bukan kerajaan , kumpulan masyarakat, dan penderma. Tambahan pula, semua pihak pelaksana haruslah mengambil perhatian dan komitmen yang tinggi bukan sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid, tetapi juga dalam aspek kebajikan dan keperluan sosial murid terutamanya di kawasan pedalaman.

Bibliografi Azlina Hilma Hillaluddin (2006) Isu isu & Pendidikan Kerja Sosial. Jabatan Penerbitan dan Teknologi Media UUM Izham Yusoff (10/10/06) Menggempur Kemiskinan Menerusi Pendidikan Utusan Melayu Norizan Abdul Razak, Rozainee Khairudin, Ravichandran Vengadasamy Isu - Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK-9) Pencapaian Dalam Mengatasi Jurang (18/01/2007) Utusan Malaysia pendidikanhttp://www.utusan.com.my/utusan/infor.asp?y 2007&dt=0118&pub=Utusan Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_04. Diperoleh pada 19 Januari 2010. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran dan Pembelanjaran Sains dan Matematik k d dalam_Bahasa_Inggeris

Pelajar Miskin 179227 Terima RM21.4 juta (12/03/05) Utusan Malaysia

Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html

Program Outreach Pasyi Anak Orang Asli Terima Pendidikan(21/09/06) Berita Harian Siti Masayu Rosliah Binti Abdul Rashid (2008) Peluang Dan Cabaran Pendidikan Dalam Kalangan Masyarakat Luar Bandar. http://eprints.usm.my/10323/1/PELUANG DAN CABARAAN PENDIDIKAN DALAM MASYARAKAT LUAR BANDAR .pdf .Diperoleh pada 19 January 2010.

You might also like