You are on page 1of 12

Assalamualaikum & Salam sejahtera, Terima kasih kepada Pengerusi majlis, Puan Rusilawati bt Mohd Zin, YDP PIBG,

guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Syukur kehadrat Allah SWT kerana pada petang ini bermulalah Perkhemahan Unit Beruniform yang telah dirancang. Tuan-tuan & Puan-puan, Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform seperti ini amat baik dijadikan sebagai acara tahunan kerana memberi pendedahan kepada murid-murid dalam kegiatan kokurikulum. Pembangunan kokurikulum perlu dirancang teliti dengan mengambil kaedah menyeluruh dan bersepadu. Segala bakat dan potensi murid-murid dapat dibangunkan dengan efektif. Dengan ini, sekolah akan dapat melahirkan generasi pewaris kepemimpinan negara yang memiliki semangat perpaduan dan semangat kekitaan yang mencakupi pelbagai rutin kehidupan, berketrampilan dalam pelbagai bidang, kritis dan kreatif. Hadirin sekalian, Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik semata-mata, sebaliknya generasi yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual, Murid-murid juga seharusnya mempunyai disiplin diri yang tinggi,berketrampilan, patriotik dan tidak bersikap individualistik malah mampu memainkan peranan dalam masyarakat. Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa akan menjadikan SK Puteri lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian koakademik dan kokurikulum murid-murid agar terus cemerlang serta dapat meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap sekolah ini.

Akhir sekali, saya dengan lafaz BISMILLAH merasmikan Perkhemahan Unit Beruniform 2013. Harapan saya agar sekolah ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan diceburi. Sekian, terima kasih.

Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh Yang Berusaha Puan Rusilawati bt Mohd Zin, YDP PIBG SK Puteri, Yang berusaha Puan Norlida bt Ayob, Guru Besar SK Puteri, Yang dihormati Barisan Guru Penolong Kanan, Fasilitator-fasilitator, Staf-staf Rantau Agro Park, Guru-guru, serta peserta-peserta perkhemahan dan hadirin hadirat sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama dalam majlis yang berbahagia ini untuk acara perasmian Perkhemahan Unit Beruniform SK Puteri 2013.

Hadirin yang dimuliakan Bagi menambah keberkatan Majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Izwan b. Hashim.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Bacaan Doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin, Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Izwan b. Hashim.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati Puan Norlida bt Ayob, Guru Besar SK Puteri untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Ucapan

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan, Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan Yang Berusaha Puan Rusilawati bt Mohd Zin selaku YDP PIBG SK Puteri untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Perkhemahan unit beruniform SK Puteri 2013. Dengan penuh takzimnya dipersilakan Ucapan

Terima kasih diucapkan kepada Puan Rusilawati bt Mohd Zin di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya ucapan itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis Perasmian Perkhemahan Unit Beruniform SK Puteri 2013. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah, guru-guru, fasilitator-fasilitator, staf-staf dan semua yang terlibat di dalam menjayakan program Perkhemahan Unit Beruniform . Terima kasih di atas segala kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan.

Sekian , Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Kepada, . . . Tuan, UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk. 2. Sehubungan dengan itu, kami merakamkan ucapan Program setinggi-tinggi Unit

penghargaan dan terima kasih atas sumbangan tuan sebagai Ahli Jawatankuasa . bagi Perkhemahan Beruniform SK Puteri 2013 yang telah diadakan pada butiran berikut; Tarikh Masa Tempat 3. : 8 Mac hingga 10 Mac 2013 : 2.00 petang : Rantau Agro Park

Kerjasama dan kesudian tuan menjayakan program tersebut, diucapkan

berbanyak terima kasih.

Sekian, terima kasih. .. (NORLIDA BT AYOB)

Guru Besar, SK Puteri, Seremban.

KELEBIHAN1. Kerjasama yang padu daripada barisan ahli jawatankuasa terutamanya guru-guru. Kem Komandan dan penyelaras aktiviti yang mantap dan sentiasa berusaha gigih. 3. Kesungguhan peserta menjalankan semua aktiviti yang telah diadakan dan mengikut semua arahan yang telah diberikan. KEKURANGAN/MASALAH1. Penyelaras untuk aktiviti Khidmas tidak datang dan tidak mengikuti perkhemahan dan tugasnya terpaksa diganti dengan guru lain.2. Kurang mendapat kerjasama dari segelintir guru yang hadir dan tidak membantu Kem Komandan dan penyelaras aktiviti dalam menjalankanaktiviti bersama murid.3. Ketua dan ahli jawatankuasa kerja kurang peka dengan skop kerja dan tugas masing-masing.4. Ada segelintir ketua dan ahli jawatankuasa yang menjalankan tugas sambil lewa umpama sekadar melepaskan batuk ditangga. PENAMBAHBAIKAN (CARA ATASI MASALAH) 1. Penyelaras aktiviti atau ketua jawatankuasa perlu dilantik dalam kalangan guru-guru yang berminat dengan perkhemahan dan berkaliber. 2. Semua ketua jawatankuasa perlu diberi taklimat yang lengkap tentang jadual tugasan serta skop kerja jawatankuasa masing-masing. 3. Mewajibkan semua guru terlibat dalam perkhemahan supaya adil dan telus. 4.

Menyediakan jawatankuasa kerja yang mencukupi dan selari dengan skop kerja jawatankuasa.

5. Semua ahli jawatankuasa kerja perlu bersedia dan bertanggungjawab menjalankan tugasan yang telah diamanahkan sejurus selepas dilantik.6. Semua ahli jawatankuasa kerja perlu ada sikap tolong- menolong dan bertanggungjawab serta amanah dalam melaksanakan tugas masing-masing.7. Tidak boleh ada sifat pentingkan diri dan mengharapkan orang lain menjalankan tugas.

JawatanKuasa Urusetia Pn Aini Bt Rahman (P) En. Faizan Kamari (K)Mat Lazim Bin Hj TaharPn Azirawati Bin BakarPn Fatimah Bt SallehPn Tn Rizawani Bt Tn YaakubPn NorBainy Bt MohamadPn Normala Mat SaidPn Norshaadah Bt Hj AbdullahPn Sopiah Bt BasariPn Zuridah Bt Syed AbdullahPn Zanariah SidikPn Rudizah Bt GhazaliPn Lizawati Mamat Jadual Pelaksanaan Tugas: Jadual diagihkan kepada dua sesi pada setiap hari:Sesi 1: 9.00 am 6.00 pmSesi 2: 6.00 pm 9.00 am Pelaksanaan Aktiviti: Semua aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya. Kerjasama antara ahli sangatmemuaskan. Masalah:

Bekalan air yang agak terganggu. Air tangki lambat dipenuhkan oleh pengurusantapak perkhemahan. Alternatif yang digunakan ialah air sungai. Meja dan kerusi urusetia tidak disediakan dan terpaksa meminjamnya dari kantin. Borang kebenaran keluarga tidak diserah oleh guru penasihat unit beruniformsemasa pendaftaran. Cadangan Penambahbaikan: Menjemput penceramah luar untuk slot kerohanian. Bilangan urusetia lelaki perlu ditambah, tidak cukup hanya dua orang sahaja. Sediakan kad peserta perkhemahan dengan disediakan borang dibelakangnyauntuk ditandatangani pegawai bertugas setiap kali menyertai aktiviti. Sediakan kad pegawai bertugas.

Jawatankuasa Aktiviti En Che Abdullah Bin Che Hussin (K)En Saiful Baharin Bin HamzahEn Azhar bin Abd RahmanEn Abdullah Hanif MohamadCik Martini Awang OmarPn Hjh Jamilah Bt MatPn Norlaili Bt Hj Abd RahmanCik Nor Farhana Faznor Bt FadzilPn Rohasima Bt Mohd DaudPn Zaitun ZakiCik Rosmarinie Bt Salleh

Jadual Pelaksanaan Tugas: Lihat lampiran. Pelaksanaan Aktiviti: Mesyuarat jawatankuasa bersama-sama PK Kokurikulum, Urusetia, dan KemKomandan. o Cadangan aktiviti o Agihan tugas o Jadual aktiviti Rujuk cadangan aktiviti. Masalah: Buluh lambat sampai untuk aktiviti hammock menyebabkan penyediaan model ataucontoh hammock tidak dapat disediakan. Kekurangan ahli Persatuan Rekreasi Hulu Terengganu menyebabkan aktiviti flyingfox tidak dapat dilakukan. Cadangan Penambahbaikan:

Lanjutkan tempoh perkhemahan menjadi 4 hari 3 malam supaya aktiviti dapatditambah. Tambahkan jumlah peserta. Aktiviti dibuat dalam bentuk aktiviti bercop supaya peserta mempunyaikesungguhan melakukan aktiviti dan memaksimakan aktiviti. Buat kursus aktiviti kepada semua guru.

Jawatankuasa Kerohanian Us Zulkifli bin Muda (K)En Yahya bin JusohPn Badariah bt Abd GhaniPn Faridah bt AhmadPn Rasidah Yaakob Pelaksanaan Aktiviti: Semua aktiviti dapat dijalankan dengan baik.

Jawatankuasa Perasmian/JuruAcara Pn Hjh Roslah Bt Awang (P) Pn Mariana bin Ishak (K)Pn Aniza AyobPn Julaini YahayaJadual PerlaksanaanDapat dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkanPerlaksanaan Aktiviti- Dapat dilaksanakan dengan baik 11.0 Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata Pn Hjh Zaitun BT Majid (P) Pn Fazlah Aida Bt Mustafa (K)Pn Asma Binti MohamadPn Hjh Norainen Bt Mamat

Jadual Pelaksanaan Aktiviti: Hadiah dan cenderahati: Puan Hjh Zaiton Majid & Puan Fazlah Aida Mustaffa Sijil Penyertaan: Puan Asma Mohamad & Pn Hjh Norainen Mamat Pelaksanaan Aktiviti: Berjalan lancar. Masalah: Tiada.

PENUTUP Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Unit Beruniform kali ke-6 dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah Seremban. Semoga tema PEMANTAPAN SIKAP TOLERANSI, BERTANGGUNGJAWAB, BEKERJASAMA DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR dapat direalisasikan semasa perkhemahan tersebut.

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI, JALAN LABU LAMA, 70200 SEREMBAN, NO.TEL : 06-7624954 NEGERI SEMBILAN. NO. FAX : 06-7642360

_________________________________________________________________ __ Tarik h : 15 Februari 2013 Tuan, TEMPAHAN TAPAK PERKHEMAHAN UNTUK PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM Merujuk perkara di atas, saya Salwana bt Ahmad sebagai Penyelaras Unit Beruniform ingin menbuat tempahan tapak perkhemahan daripada pihak tuan. Ini adalah kerana sekolah kami akan mengadakan program perkhemahan unit beruniform di sana pada 8 hingga 10 Mac 2013 akan datang. 2. Untuk pengetahuan tuan, kami membawa seramai 90 orang pelajar dan 10

orang guru untuk mengikuti program seperti yang tersebut di atas. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama kerana kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih. Yang benar, ............................... (SALWANA BT AHMAD) PENYELARAS UNIT BERONIFORM, SK PUTERI, SEREMBAN.

You might also like