You are on page 1of 10

FUNGSI BAHASA MELAYU

• Sebagai Bahasa Kebangsaan


• Sebagai Bahasa Rasmi
• Sebagai Bahasa Perpaduan
• Sebagai Bahasa Pengantar
• Sebagai Bahasa Ilmu
• Sebagai Bahasa Komunikasi
BAHASA KEBANGSAAN
• Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang
melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau
negara secara unik.
• Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi
bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan
lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut.
• Ia merupakan lambang jati diri negara dan
kewarganegaraan, bukti tentang kedaulatannya yang
membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain.
• Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana
politik dan undang-undang dan ditetapkan di dalam
sesebuah kerajaan negara.
Sambungan…
• Bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi
tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin
berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat
sesebuah negara.
• Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa
kebangsaan sendiri. Misalnya, Bahasa Melayu di
Malaysia, Bahasa Inggeris di United Kingdom, Bahasa
Perancis di Perancis, Bahasa Jepun di Jepun, dan
Bahasa Jerman di Jerman.
• Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa
kebangsaan.
• Contoh negara Kanada yang menggunakan bahasa
Perancis dan Inggeris sebagai bahasa kebangsaannya.
BAHASA RASMI

• Bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti


dalam ucapan rasmi dan surat-menyurat.
• Biasanya, bahasa kebangsaan sesebuah negara turut
berfungsi sebagai bahasa rasmi.
• Tetapi di Singapura, walaupun bahasa kebangsaannya ialah
Bahasa Melayu, tiga bahasa lain turut diisytiharkan sebagai
bahasa rasmi, menjadikan jumlah bahasa rasminya empat
iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
BAHASA PERPADUAN
BAHASA PENGANTAR

• Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa


pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti.
• Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan
kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan
sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu
pengetahuan.
• Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu
siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa
Melayu.
Sambungan…

• Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah


sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu,
dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah
menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu
dalam Bahasa Melayu.
• Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu
sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi
warganegara Malaysia.
• Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah
membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa
ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang.
BAHASA ILMU
• Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai
bahasa ilmu dalam dunia abad ke-21. Namun, kejayaan
Bahasa Melayu dalam tugas ini amat bergantung pada
kesediaan pengamal Bahasa Melayu untuk
menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu.
• Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
pengetahuan moden akan tetap kekal walaupun tidak
dinafikan bahawa di negara ini, Bahasa Inggeris turut
berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu.
• Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi
dasar pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar
yang dwibahasa sifatnya.
Sambungan…

• Itulah sebabnya Bahasa Inggeris diperkenalkan sebagai


mata pelajaran sejak tahun satu sekolah rendah supaya
pelajar menerima pendidikan Bahasa Inggeris selama 11
tahun dan sepatutnya telah menguasai bahasa tersebut
dengan baik.
• Jika rasa megah terhadap Bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu tidak ada dan jika semua pihak lebih selesa
menggunakan Bahasa Inggeris, lama-kelamaan fungsi
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berkurangan.
• Tetapi, kerana orang Melayu memang optimistik
sifatnya, berdasarkan kejayaan Bahasa Melayu dalam
30 tahun yang lalu, potensi yang ada bagi Bahasa
Melayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.
BAHASA KOMUNIKASI

• Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi atau


bahasa perhubungan di antara rakyat jelata kerana
bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah
sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan
ini.
• Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa,
bukan golongan elit yang, oleh sebab sifat dwibahasa
mereka, lebih selesa menggunakan bahasa campuran
(Melayu-Inggeris).
• Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa
perhubungan rakyat jelata.
• Maka, fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan
oleh bahasa itu kerana pembinaan jati diri mempunyai
ikatan yang erat dengan emosi.

You might also like