You are on page 1of 15

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

WACANA
PENSYARAH: ENCIK MD. NASIR BIN HAMID
HASIL KERJA:
7)KHARTINI BINTI WASLI
8)ROSELINA ANAK JOSTIM
DEFINISI WACANA
1. Kamus Dewan
Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan,
pertuturan, percakapan.
Kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan (seperti
pidato, khutbah atau tulisan seperti surat, artikel, novel, cerpen)

5. Kamus Linguistik
Unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada
deretan kata atau kalimat, sama ada dalam bentuk lisan atau
tulisan yang dijadikan bahan analisis linguistik.
Adakah pantun ini merupakan
satu wacana?

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
KONSEP WACANA
• Wacana ialah keseluruhan penglahiran bahasa oleh
penutur atau penulis, iaitu penglahiran sistem bahasa
dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang
menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau
tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna
dalam berkomunikasi.(Asmah Hj. Omar,1986)

• Wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang


terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, cerita,
dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukan
hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan.
CIRI-CIRI WACANA

Mempunyai
tujuan

Berlandaskan
Ada unsur
hubungan
susun
penutur dengan
atur
pendengar

CIRI-CIRI
WACANA

Berdasarkan
Mengandungi hubungan
informasi baru penutur dalam
masyarakat

Mempunyai
andaian dan
inferensi
PENANDA WACANA
• Penanda wacana ialah perkataan
ataupun rangkaian perkataan yang
berfungsi mempertalikan sesuatu idea,
hujah, dan pandangan seseorang
semasa menulis ataupun berucap.
Seandainya sesuatu wacana berkenaan
tidak mempunyai penanda wacana yang
tepat, ia akan menyebabkan seluruh
kandungan wacana berkenaan tidak
mempunyai kesatuan dan perpautan
yang lengkap.
Contoh penanda wacana adalah seperti berikut:

• Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan


pula,selanjutnya, seterusnya, di samping

• Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu,


kemudian, kemudian daripada itu,akhirnya

• Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang


diterangkan

• Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana,


macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai

• Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai


kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul
kata
• Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran,
jadi, dengan itu

• Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan


dengan,bertentangan dengan

• Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian,


selepas, pada mulanya, lama-kelamaan,
lambat-laun, akhirnya

• Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan,


sama juga dengan

• Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau


bagaimanapun, namun begitu, bertentangan
dengan

• Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya,


tentulah, pastilah, sememangnya
KEUTUHAN WACANA
• Satu aspek penting kerana ia menentukan apakah
sesuatu satuan itu boleh dianggap sebagai wacana atau
hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.
• Keutuhan sesebuah wacana dapat dilihat daripada
wujudnya hubungan-hubungan dari aspek:-

– Semantik
– Leksikal
– Gramatikal
– Fonologis
Aspek semantik
• Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana dapat diperincikan
sebagai berikut:
Jenis hubungan Contoh ayat

a) Hubungan sebab dan akibat Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.

b) Hubungan sebab dan hasil Dia seorang yang amat rajin bekerja.
Pendapatannya melebihi pendapatan
seorang menteri.
c) Hubungan sebab dan tujuan Murid ini rajin belajar. Dia mahukan kejayaan
yang cemerlang.
d) Hubungan latar dan kesimpulan Lukisan ini nampak cantik dan menarik
sekali. Rupanya Ibrahim Husain yang
melukisnya.
e) Hubungan syarat dan hasil Kita mesti belajar bersungguh-sungguh.
Kesungguhan menghasilkan kejayaan.

f) Hubungan perbandingan Dia kacak. Abangnya lebih kacak lagi.

g) Hubungan memperkuatkan isi Sungguh kejam pembunuh itu. Biadap dan


tidak kenal perikemanusiaan.
h) Hubungan aditif Pekerjaan saya sudah selesai. Saya sudah
mengantuk, jadi bolehlah saya tidur
sekarang.
Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana. Hubungan ini
dapat dilihat pada:

Hubungan Contoh

a) Kesatuan tajuk atau topik Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira


sekarang. Perubahannya sungguh di luar
dugaan. (orang yang dimaksudkan itu
dahulunya muram dan sering bersedih.
b) Hubungan sosial antara penutur dan A. Sudah siap?
pendengar B. Belum. Bekalan tidak mencukupi.
(Kedua-dua penutur memahami apa yang
dimaksudkan walaupun orang lain mungkin
tidak memahaminya.)
c) Laras bahasa yang digunakan Laras bahasa dalam iklan-walaupun ayat-
ayatnya diucapkan secara terputus-putus
tetapi kita dapat memahaminya dan dapat
menganggapnya sebagai wacana kerana
itu adalah cara penyampaiannya.
Aspek leksikal
Hubungan antara bahagian-bahagian wacana dapat dilihat daripada pertalian unsur-unsur
leksikal yang ada di dalamnya. Hubungan ini dapat diperincikan sebagai hubungan:

Hubungan Contoh

a) Sinonim atau ekuivalensi Kami menolak permohonannya. Penolakan ini


berasaskan kepada pertimbangan yang wajar.
b) Antonim Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang
negara.
c) Hiponim Dia menjaga motosikalnya dengan hati-hati.
Maklumlah itulah sahaja kenderaan yang
dimilikinya.
d) Kolokasi Air sudah tercemar. Ikan, udang, ketam dan
tumbuh-tumbuhan laut semuanya dah mati.
e) Unsur bersambut Guru memberikan teladan. Murid
mencontohinya.
f) Pengulangan Kebanyakan orang mengejar harta. Siang
malam bekerja untuk menambahkan harta.
Rupa-rupanya harta masih menjadi impian
manusia.
g) Pembuka dan penutup wacana Alkisah, sebermula, maka (dalam karya klasik)
dengan hormatnya, dengan bangga, dukacita
dan juga kata-kata sekalian, wasalam, hormat
dari kami dan sebagainya.
Aspek gramatikal

• Penanda gramatikal yang menunjukan keutuhan wacana antara lain ialah:

• Kata penghubung - ia digunakan untuk menghubungkan antara kata dengan kata, frasa,
klausa, ayat dan satuan-satuan yang lebih besar.
Contoh: dan, atau, tetapi, kerana dan lain-lain

Contoh penghubung yang dapat menghubungkan unit-unit yang lebih besar ialah seperti:
kerana itu, oleh yang demikian, sebelum itu, jangankan, sungguhpun demikian, lagipun,
tambahan lagi dan berbagai-bagai lagi.

• Elipis – pelenyapan satu bahagian , walhal biasanya diulang apa yang telah disebutkan
dalam bahagian sebelumnya.
Contoh:
a) Nampaknya saudara menyokong semua pendapatnya. Ini bererti saudara telah
menyebelahi pihaknya.
b) Memang. (Sepatutnya: Memang, saya telah menyebelahi pihaknya.)
Aspek fonologis
• Hubungan ini dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan suara, intonasi, tinggi
rendah tekanan dan nada suara. Unsur – unsur ini juga boleh menimbulkan
hubungan semantik antara bahagian – bahagian wacana.

Contoh:
Perkataan “Duduk” kalau diucapkan dengan nada lembut, bermaksud jemputan atau
pelawaan yang ikhlas tetapi kalau disuarakan dengan nada keras dan meninggi, ia
mengandungi maksud kemarahan atau perintah yang tidak boleh dilawan.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian

You might also like