You are on page 1of 30

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KPN 5053
PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

TUGASAN 1

Oleh :

ROSIADI BIN TAJUDIN


L20081002254
AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)
Pensyarah:
MOHD FARIDZUL AKMAM BIN ZULKIFLI
L20081002251 EN. OMAR
AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA) HISHAM
BIN MOHD
SARIZAL BIN JAMALUDIN BAHARIN
L20081002273
AT47D (GRAFIK BERKOMPUTER)

KUMPULAN F (DPLI), SEMESTER 1, 2008


Isi Kandungan
Muka Surat

PENGENALAN 1

1.0 PEMBINAAN JADUAL PENENTUAN UJIAN 2-16

2.0 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF 17-21

3.0 PEMBINAAN SOALAN ESEI 22-25

KESIMPULAN 26

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

PENGENALAN
Pengujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan amat perlu dalam membantu
guru-guru membina ujian dan seterusnya membuat penaksiran ujian yang berkualiti.

Tugasan ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu pembinaan jadual penentuan
ujian (JPU), pembinaan item objektif, dan pembinaan soalan esei.

Dalam bahagian pertama iaitu pembinaan jadual penentuan ujian (JPU), langkah-
langkah yang dilalui dalam pembinaan JPU dinyatakan secara spesifik beserta dengan
illustrasi jadual yang dihasilkan. JPU yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada huraian
sukatan matapelajaran produksi multimedia tingkatan 4 dan 5. pembinaan JPU ini
bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penentuan bilangan soalan yang ingin
diuji dalam sesuatu ujian mengikut topik yang dinyatakan dalam huraian sukatan
matapelajaran dan pada aras kemahiran yang berbeza. Pada kebiasaanya jadual penentuan
ujian untuk item objektif hanya akan mengukur 4 aras kemahiran sahaja iaitu aras
pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis. Manakala, untuk aras sintesis dan
penilaian biasanya diukur menggunakan soalan subjektif seperti soalan esei.

Dalam bahagian kedua pula, berdasarkan kepada JPU yang telah dihasilkan dalam
bahagian pertama, 4 contoh item objektif dihasilkan yang setiap satunya terdiri daripada
aras kemahiran yang berbeza. Pembinaan item objektif ini adalah bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada pembinaan item objektif yang berkualiti dan menepati
objektif hasil pembelajaran yang terkandung dalam huraian sukatan matapelajaran. Ia
juga memberi pendedahan kepada kepelbagaian jenis item objektif dan variasinya yang
boleh diaplikasikan dalam pembinaan soalan objektif.

Bahagian ketiga pula memberikan pendedahan untuk pembinaan soalan subjektif


iaitu soalan esei. Dalam bahagian ini soalan esei yang dibina mengukur aras kemahiran
pelajar pada peringkat sintesis dan penilaian. Skema pemarkahan turut disertakan bagi
soalan esei yang dihasilkan.

1.0 PEMBINAAN JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)


Langkah-Langkah Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Langkah awal:

1) Menentukan matapelajaran yang ingin diuji. Dalam konteks tugasan ini


matapelajaran yang ingin diuji ialah Produksi Multimedia.
2) Menentukan jenis ujian yang akan dijalankan. Dalam konteks tugasan ini, ujian
yang akan dijalankan ialah Peperiksaan Akhir Semester tingkatan 5.
3) Mengkaji sukatan pelajaran dan huraian sukatan matapelajaran bagi subjek yang
ingin diuji. Dalam tugasan ini sukatan matapelajaran yang ingin diuji meliputi
keseluruhan tajuk dalam Produksi Multimedia yang meliputi sukatan matapelajaran
bagi tingkatan 4 dan 5.
4) Menetukan jenis soalan dan bilangan soalan yang ingin dihasilkan. Dalam tugasan
ini jenis soalan yang ingin diuji ialah soalan objektif aneka pilihan yang terdiri
daripada 40 item soalan.

Rujuk Lampiran Untuk Huraian Sukatan Matapelajaran Produksi Multimedia Tingkatan


4 Dan 5.

Langkah 1:
Membina sebuah jadual 2 dimensi yang menunjukkan kandungan tajuk sukatan
matapelajaran yang akan diuji serta aras kemahiran yang merujuk kepada aras kognitif
dalam taksonomi Bloom.

Iaitu:
Paksi X : Aras kemahiran
Paksi Y : Tajuk yang akan diuji

Ilustrasi:

Paksi X
Paksi Y

Aras Kemahiran

Tajuk

Saiz jadual diatas hanya untuk ilustrasi sahaja dan bukan saiz sebenar bagi sebuah JPU.

Langkah 2:
Memasukkan isi kandungan (topik) yang hendak diuji dalam matapelajaran Produksi
Multimedia. Dalam tugasan ini semua topik dalam sukatan matapelajaran Produksi
Multimedia tingkatan 4 dan 5 akan diuji yang meliputi 8 topik.

Ilustrasi:

B Kemahiran
i Topik
l
1 Produksi
multimedia
2 Elemen
Multimedia
3 Perkakasan

4 Perisian

5 Rekabentuk

6 Pembangunan
Multimedia
7 Jenis dan bentuk
produk
8 Isu dan
kegunaan produk

Langkah 3:
Masukkan enam aras kemahiran yang akan diuji bagi setiap topik yang terkandung dalam
sukatan matapelajaran Produksi Multimedia. Aras kemahiran ini terdiri dari 6 aras
kognitif yang berasaskan kepada aras kognitif taksonomi Bloom.

Ilustrasi:

B Kemahiran
i Topik Penget Kefah- Pengg Analis Sintesi Penilai
l ahuan aman unaan is s an
1 Produksi
multimedia
2 Elemen
Multimedia
3 Perkakasan

4 Perisian

5 Rekabentuk

6 Pembangunan
Multimedia
7 Jenis dan bentuk
produk
8 Isu dan
kegunaan produk

Langkah 4 :

Meletakkan jumlah keseluruhan item yang hendak diuji dan wajaran bagi setiap topik
yang akan diuji. Dalam ujian ini jumlah item obejktif yang hendak diuji ialah 40 item.
Penentuan wajaran dibuat berdasarkan bilangan sub-topik yang terdapat dalam sukatan
matapelajaran Produksi Multimedia tingkatan 4 dan 5. Ini dilakukan kerana dalam
sukatan matapelajaran Produksi Multimedia yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak terdapat jumlah waktu pengajaran bagi
setiap topik.

Rumus:

Wajaran (%) = Jumlah sub-topik bagi setiap tajuk x 100


Jumlah keseluruhan sub-topik
Contoh:

Wajaran Untuk Tajuk 1 = 6 x 100 = 20%


30

Berikut merupakan pengiraan wajaran yang telah dibuat untuk menentukan wajaran bagi
setiap tajuk yang terkandung dalam sukatan matapelajaran Produksi Multimedia tingkatan
4 dan 5.

Bab Tajuk Bil Sub-Topik Wajaran (%)


1 Produksi multimedia 6 20
2 Elemen Multimedia 7 23
3 Perkakasan 2 6
4 Perisian 3 10
5 Rekabentuk 2 6
6 Pembangunan Multimedia 7 23
7 Jenis dan bentuk produk 2 6
8 Isu dan kegunaan produk 2 6
Jumlah 30 100

Ilustrasi:
Kemahiran J
B Waj-
uml-
a Topik Penget Kefah- Pengg Analis Sintesi Penilai aran
ah
b ahuan aman unaan is s an (%)
Item
1 Produksi
20
multimedia
2 Elemen
23
Multimedia
3 Perkakasan 6

4 Perisian 10

5 Rekabentuk 6

6 Pembangunan
23
Multimedia
7 Jenis dan bentuk
6
produk
8 Isu dan
6
kegunaan produk
Jumlah Item 40

Wajaran (%) 100

Langkah 5 :

Masukkan bilangan item yang perlu diuji untuk setiap tajuk berdasarkan kepada wajaran
(%) yang telah dikira di langkah 4. Jumlah keseluruhan item soalan ialah 40.
Rumus:

Bilangan Item = % wajaran bagi topik tersebut x Jumlah Item Soalan


100
Contoh:
Bilangan Item Untuk Tajuk 1 = 20 x 40 = 8
100

Berikut merupakan pengiraan bilangan item soalan yang telah dibuat untuk menentukan
bilangan item yang hendak diuji bagi setiap tajuk yang terkandung dalam sukatan
matapelajaran Produksi Multimedia tingkatan 4 dan 5.

Bil Sub- Bil


Bab Tajuk Wajaran (%)
Topik Item
1 Produksi multimedia 6 20 8

2 Elemen Multimedia 7 23 9

3 Perkakasan 2 6 3

4 Perisian 3 10 4

5 Rekabentuk 2 6 3

6 Pembangunan Multimedia 7 23 9

7 Jenis dan bentuk produk 2 6 2

8 Isu dan kegunaan produk 2 6 2

Jumlah 30 100 40

Dalam pengiraan ini didapati bagi tajuk yang wajarannya 2%, jumlah item ialah 2.4. Oleh
itu keputusan dibuat untuk memberikan 3 soalan bagi tajuk ke 3 dan ke 5 kerana secara
kasarnya huraian untuk tajuk ini lebih banyak berbanding tajuk ke 7 dan ke 8.

Ilustrasi:
Kemahiran J
B Waj-
uml-
i Topik aran
Penget Kefah- Pengg Analis Sintesi Penilai ah
l ahuan aman unaan is s an (%)
Item
1 Produksi
8 20
multimedia
2 Elemen
9 23
Multimedia
3 Perkakasan 3 6

4 Perisian 4 10

5 Rekabentuk 3 6

6 Pembangunan
9 23
Multimedia
7 Jenis dan bentuk
2 6
produk
8 Isu dan
2 6
kegunaan produk
Jumlah Item 40

Wajaran (%) 100

Langkah 6 : Tentukan wajaran dan jumlah item bagi setiap aras kemahiran.
Menentukan wajaran bagi setiap item yang akan diuji mengikut aras kemahiran
berpandukan huraian sukatan matapelajaran (HSP). Dalam pembinaan JPU ini, aras
kemahiran yang akan diuji ialah pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis.

Rumus:

Wajaran (%) = Jumlah bagi satu aras kemahiran x 100


Jumlah keseluruhan aras kemahiran
Contoh:

Wajaran Untuk Aras Pengetahuan = 20 x 100 = 53%


38

Berikut merupakan pengiraan wajaran yang telah dibuat untuk menentukan wajaran bagi
setiap aras kemahiran yang terkandung dalam sukatan matapelajaran Produksi
Multimedia tingkatan 4 dan 5.

Aras Kemahiran
Bab Tajuk Kefahama Aplikasi Analisis Jumlah
Pengetahuan
n
1 Produksi multimedia
2 Elemen Multimedia
3 Perkakasan
4 Perisian
5 Rekabentuk
Pembangunan
6
Multimedia
Jenis dan bentuk
7
produk
Isu dan kegunaan
8
produk
Jumlah Mengikut Aras 20 8 6 4 38
Wajaran (%) 53 21 16 10 100

Ilustrasi:
Kemahiran J
B Waj-
uml-
i Topik Penget Kefah- Pengg Analis Sintesi Penilai aran
ah
l ahuan aman unaan -is -s -an (%)
Item
1 Produksi
multimedia
2 Elemen
Multimedia
3 Perkakasan

4 Perisian

5 Rekabentuk

6 Pembangunan
Multimedia
7 Jenis dan
bentuk produk
8 Isu dan
kegunaan
produk

Jumlah Item 40

Wajaran (%) 53 21 16 10 100

Langkah 7 :
Masukkan bilangan item yang perlu diuji untuk setiap aras kemahiran berdasarkan
kepada wajaran (%) yang telah dikira di langkah 6. Jumlah keseluruhan item soalan ialah
40.

Rumus:

Bilangan Item = % wajaran bagi satu aras kemahiran 100x Jumlah Item Soalan

Contoh:
Bilangan Item Untuk Aras Pengetahuan = 53 x 40 = 21
100

Berikut merupakan pengiraan bilangan item soalan yang telah dibuat untuk menentukan
bilangan item yang hendak diuji bagi setiap aras kemahiran hendak diuji mengikut
kandungan sukatan matapelajaran Produksi Multimedia tingkatan 4 dan 5.

Aras Kemahiran
Bab Tajuk Kefahama Aplikasi Analisis Jumlah
Pengetahuan
n
1 Produksi multimedia
2 Elemen Multimedia
3 Perkakasan
4 Perisian
5 Rekabentuk
Pembangunan
6
Multimedia
Jenis dan bentuk
7
produk
Isu dan kegunaan
8
produk
Wajaran (%) 53 21 16 10 100
Jumlah Item 21 8 7 4 40

Ilustrasi:
Kemahiran J
B Waj-
uml-
i Topik aran
Penget Kefah- Pengg Analis Sintesi Penilai ah
l ahuan aman unaan -is -s -an (%)
Item
1 Produksi
multimedia
2 Elemen
Multimedia
3 Perkakasan

4 Perisian

5 Rekabentuk

6 Pembangunan
Multimedia
7 Jenis dan bentuk
produk
8 Isu dan
kegunaan produk
Jumlah Item 21 8 7 4 40

Wajaran (%) 53 21 16 10 100

Langkah 8 :
Menentukan bilangan soalan yang hendak diuji bagi setiap tajuk mengikut aras
kemahiran. Kemudian, memasukkan bilangan soalan ke dalam jadual.

Ilustrasi:

B Kemahiran Juml Waj-


i Topik -ah aran
Penget Kefah- Pengg Analis Sintesi Penilai
l ahuan aman unaan -is -s -an Item (%)

1 Produksi
6 2 8 20
multimedia
2 Elemen
5 2 1 1 9 23
Multimedia
3 Perkakasan 2 1 3 6

4 Perisian 1 1 2 4 10

5 Rekabentuk 2 1 3 6

6 Pembangunan
3 1 3 2 9 23
Multimedia
7 Jenis dan bentuk
1 1 2 6
produk
8 Isu dan
1 1 2 6
kegunaan produk
Jumlah Item 21 8 7 4 40

Wajaran (%) 53 21 16 10 100

Langkah 9 :

Menentukan urutan nombor soalan bagi setiap tajuk dan aras kemahiran. Dalam JPU ini
pemberian nombor kepada setiap soalan adalah tersusun mengikut tajuk.
Ilustrasi:

B Kemahiran Juml Waj-


i Topik -ah aran
Penget Kefah- Pengg Analis Sintesi Penilai
l ahuan aman unaan -is -s -an Item (%)

1 Produksi 1,2,3,4
7,8 8 20
multimedia ,5,6

2 Elemen 9,10,1
1,12,1 14,15 16 17 9 23
Multimedia
3
3 Perkakasan 18,19 20 3 6

4 Perisian 21 22 23,24 4 10

5 Rekabentuk 25,26 27 3 6

6 Pembangunan 28.29. 32,33,


31 35,36 9 23
Multimedia 30 34

7 Jenis dan bentuk


37 38 2 6
produk
8 Isu dan
39 40 2 6
kegunaan produk
Jumlah Item 21 8 7 4 40

Wajaran (%) 53 21 16 10 100


Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Peperiksaan Akhir Semester Tingkatan 5

Mata Pelajaran: Produksi Multimedia Semester: 2 Tingkatan: Tingkatan 5 Vokasional 1

Aras Kemahiran
Jumlah Wajaran
Bil Topik
Item (%)
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

1 Produksi Multimedia 1,2,3,4,5,6 7,8 8 20

2 Elemen Multimedia 9,10,11,12,13 14,15 16 17 9 23

3 Perkakasan 18,19 20 3 6

4 Perisian 21 22 23,24 4 10

5 Rekabentuk 25,26 27 3 6

6 Pembangunan Multimedia 28.29.30 31 32,33,34 35,36 9 23

7 Jenis Dan Bentuk Produk 37 38 2 6

8 Isu Dan Kegunaan Produk 39 40 2 6

Jumlah Item 21 8 7 4 40

Wajaran (%) 53 21 16 10 100


2.0 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF

Nombor Soalan : 21 (Dari Topik Perisian)

Objektif Hasil Pembelajaran

i) Menyatakan definisi atau maksud perisian pengarangan multimedia

Jenis Item : Objektif aneka pilihan Variasi: Stem terbuka.

Soalan

Perisian pengarangan multimedia adalah………..

A. Perisian yang digunakan untuk mengintegrasikan elemen-elemen multimedia seperti


teks, grafik, animasi, audio dan video dalam menghasilkan sebuah produksi
multimedia yang interaktif.
B. Perisian yang berasaskan metafora menggunakan ikon-ikon yang disusun dalam suatu
carta alir yang akan membentuk satu persembahan penuh.
C. Perisian yang boleh digunapakai bersama-sama dengan perisian pengarangan yang
dipilih hendaklah memenuhi keperluan mengimport dan menyunting elemen-
elemen multimedia yang digunakan.
D. Perisian yang membenarkan pengguna mengarang esei multimedia dan
mengintegrasikan dengan elemen-elemen multimedia.
Jawapan : A

Aras Taksonomi Bloom: Aras Pengetahuan

Ulasan:

Pernyataan tersebut menguji aras pengetahuan pelajar supaya melengkapkan pernyataan


ayat tersebut dengan definisi yang sesuai tentang maksud perisian pengarangan
multimedia.
Nombor Soalan : 15 (Dari Topik Perisian)

Objektif Hasil Pembelajaran

i) Mengenal pasti penggunaan Elemen Multimedia di dalam sesuatu persembahan


multimedia

Jenis Item : Objektif aneka pilihan Variasi: Stem tertutup.

Soalan

Pernyataan 2

Fatimah menghasilkan satu persembahan multimedia memaparkan fotograf dan klip


tayangan gambar. Penerangan ringkas dipaparkan di bawah setiap slaid.

Berdasarkan Pernyataan 2, kenal pasti elemen multimedia yang digunakan oleh Fatimah
dalam persembahannya.

I Teks II Grafik III Audio IV Video

A. I,II dan III sahaja


B. I,II dan IV sahaja
C. I,III dan IV sahaja
D. II,III dan IV sahaja
Jawapan : B

Aras Taksonomi Bloom: Aras Pemahaman

Ulasan:

Soalan ingin mengukur aras pemahaman pelajar dengan memberi rangsangan


berdasarkan situasi penggunaan elemen multimedia supaya pelajar dapat mengenal pasti
elemen multimedia yang digunakan dalam persembahan multimedia tersebut.
Nombor Soalan : 32 (Dari Topik Pembangunan Multimedia)

Objektif Hasil Pembelajaran

i) Mengetahui fasa-fasa pembangunan produk multimedia interaktif


ii) Meneliti media sebaran yang yang boleh diambil bagi tujuan penyebaran
sesebuah produksi multimedia
iii) Membandingkan faktor-faktor yang perlu sebelum memilih sesebuah media bagi
tujuan penyebaran.

Jenis Item : Objektif aneka pilihan Variasi: Stem tertutup.

Soalan

Terdapat pelbagai cara atau media yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran
sesebuah produksi multimedia yang mudah diperolehi di pasaran. Walau bagaimanapun
pemilihan media adalah bergantung kepada beberapa faktor. Nyatakan faktor-faktor
tersebut?

I. Saiz fail produksi multimedia yang dipakejkan


II. Masa capaian
III. Berapa kerap sesebuah aplikasi tersebut ingin dimainkan
IV. Kemudahan peralatan dan kepakaran yang ada
V. Anggaran kewangan yang diperuntukkan

A. I sahaja
B. II, III, IV dan V
C. II, III, IV
D. I, II, III, IV dan V
Jawapan :
Aras Taksonomi Bloom: Aras Analisis

Ulasan:

Soalan ini menguji kebolehan pelajar untuk mengasingkan bahan ke dalam bahagian-
bahagian kompenannya supaya struktur organisasinya mudah difaham. Ini melibatkan
aktiviti mengenal pasti bahagian-bahagian, analisi hubungan antara bahagian-bahagian
dan tindakan mengenal pasti prinsip-prinsip organsasi.

Nombor Soalan : 27 (Dari Topik Rekabentuk)

Objektif Hasil Pembelajaran

i) Menerangkan fasa-fasa pembangunan produk multimedia interaktif


ii) Menyatakan langkah-langkah dalam pembangunan produk multemedia interaktif
iii) Membuat perbandingan fasa-fasa dalam membangunkan produk multimedia
interaktif.

Jenis Item : Objektif aneka pilihan Variasi: Padanan.

Soalan

Perancangan Penyediaan Pengujian Pengedaran


Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4

Rajah 2.0 : Fasa utama dalam pembangunan media interaktif

I. Langkah 1 – Pembangunan Konsep


II. Langkah 2 – Menyatakan Tujuan
III. Langkah 3 – Mengenalpasti Kumpulan Sasaran
IV. Langkah 4 – Pembangunan Spesifikasi
V. Langkah 5 – Papan Cerita dan Navigasi
Rajah di sebelah menujukkan empat fasa utama dalam pembangunan multimedia
interaktif. Berdasarkan langkah-langkah tersebut tentukan di fasa mana langkah tersebut
dijalankan.

A. Fasa 3
B. Fasa 1
C. Fasa 4
D. Fasa 2
Jawapan : D

Aras Taksonomi Bloom: Aras Aplikasi

Ulasan:

Soalan ini menguji kebolehan pelajar menggunakan bahan-bahan yang dipelajari dalam
satu situasi baru dan konkrit. .Ini melibatkan aplikasi bebarpa perkara seperti kaedah,
langkah-langkah, konsep, prinsip, prinsip dan teori. Dalam perkataan lain, pelajar
menggunakan pengalaman mereka yang sedia ada untuk membentuk pengalaman-
pengalaman baru.
3.0 PEMBINAAN SOALAN ESEI

Dalam bahagian ini satu soalan esei yang hendak diuji dirangka beserta dengan skema
jawapan. Soalan esei yang dirangka adalah daripada Bab 4 (topik perisian) dan Bab 5
(topik rekabentuk), berdasarkan kepada huraian sukatan matapelajaran Produksi
Multimedia tingkatan 4 dan 5.

Objektif Hasil Pembelajaran

i) Pelajar dapat menggunakan perisian yang relevan bagi pembinaan dan


penyuntingan suatu produk multimedia.
ii) Pelajar memahami fasa-fasa yang terlibat beserta aktiviti bagi setiap fasa
dalam pembangunan sebuah produk multimedia.
iii) Pelajar dapat menghasilkan papan cerita untuk menghasilkan sebuah produk
multimedia berdasarkan prinsip rekabentuk, contohnya papan cerita untuk
laman web.

Sebab Pemilihan Soalan Esei

Pemilihan soalan esei untuk menguji pelajar bagi topik ini kerana:
i) Memberi kebebasan kepada pelajar untuk mengeluarkan idea dan kekreatifan
sendiri contoh nya dalam membina papan cerita.
ii) Menguji kemahiran yang lebih tinggi iaitu aras sintesis dan penilaian
contohnya dalam aras sintesis, kemahiran pelajar diuji untuk menghasilkan
suatu produk laman web dengan melakarkan papan cerita untuk laman web
tersebut. Untuk aras penilaian pula, pelajar diuji untuk membuat perbandingan
jenis aktiviti yang berbeza yang berlaku pada setiap fasa pembangunan produk
multimedia.
iii) Dapat mengetahui gaya berfikir seorang pelajar samaada mereka
mengeluarkan idea atau berdasarkan pada hafalan dari nota dan buku teks.
iv) Membentuk kemahiran menulis yang baik dan mengeluarkan idea yang
berkesan serta kreatif.
Soalan Esei:

Soalan 1

Fasa X

Analisis

Fasa Y

Pengujian

Rajah 1.1: Fasa pembangunan produk multimedia

a) Rajah 1.1 menunjukkan satu turutan fasa yang akan dilalui oleh seorang
pembangun produk multimedia dalam menghasilkan satu kandungan multimedia.
Apakah yang di wakili oleh Fasa X dan Fasa Y.

(2 markah)

b) Berikan penerangan secara ringkas dan contoh aktiviti yang berlaku bagi setiap
fasa tersebut.

(8 markah)

c) Dalam membangunkan sebuah produk multimedia perisian merupakan alat utama


yang digunakan untuk tujuan pembinaan produk dan penyuntingan. Nyatakan dua
contoh perisian yang boleh digunakan untuk penyuntingan video dan pembinaan
laman web.

(4 markah)

d) Dengan teknik penulisan papan cerita yang telah didedahkan di dalam kelas, anda
dikehendaki melakarkan sebuah papan cerita untuk halaman utama laman web
sekolah anda. Buat penerangan ringkas untuk menjelaskan lakaran anda.

(6 markah)
Skema Jawapan Dan Pemarkahan:

Soalan 1

a) Fasa X = Fasa Perancangan / Planning (1 markah)


Fasa Y = Fasa Pembangunan / Development (1 markah)

b) Fasa X
- Merupakan fasa awal dalam pembangunan suatu produk multimedia. Merupakan
fasa terpenting dimana segala persediaan dibuat. (1 markah)

- Contoh aktiviti seperti penghasilan papan cerita, pencarian ahli kumpulan (team
member), penyediaan perisian dan perkakasan, pencarian sumber kewangan,
pembahagian tugasan dan urusan surat menyurat. (mana-mana salah satu)
(1 markah)

Fasa Analisis
- Merupakan fasa di mana pembangun membuat semakan dan analisis keatas
kerja-kerja yang telah dilakukan pada fasa perancangan. (1 markah)

- Contoh aktiviti seperti memeriksa segala perkakasan dan perisian yang hendak
digunakan dari segi kebolehfungsian, memastikan semua ahli kumpulan telah
maklum dengan tugas masing-masing. Memastikan supaya papan cerita selari
dengan kehendak pelanggan. (mana-mana salah satu) (1 markah)

Fasa X
- Merupakan fasa dimana pembangun memulakan proses menghasilkan produk
yang dan menyiapkan produk tersebut seperti yang dirancangkan. Setiap ahli
kumpulan bekerja mengikut bahagian masing-masing dan di akhir proses
pembangunan semua hasil akan digabungkan menjadi satu produk. (1 markah)
- Contoh aktiviti seperti pengambaran, rakaman suara, penyuntingan muzik,
pembinaan pangkalan data, pembinaan laman web dan penyuntingan gambar.
(mana-mana salah satu) (1 markah)
Fasa Pengujian
- Merupakan fasa awal dalam pembangunan suatu produk multimedia. Pada fasa
ini pembangun membuat ujikaji kebolehfungsian terhadap produk yang dihasilkan
sebelum menghantarnya kepada pelanggan atau pengguna. (1 markah)

- Contoh aktiviti seperti mencuba produk tersebut pada platform komputer yang
berbeza, membuat penujian melalui penilaian oleh beberapa orang pengguna, dan
melakukan ujian alpha dan ujian beta. (mana-mana salah satu) (1 markah)

c) Perisian Penyuntingan Video


Adobe Premiere, Final Cut Pro, Avid, dan Sony Vegas. (mana-mana dua) (2
arkah)

Perisian Pembinaan Laman Web


Microsoft Front Page, Macromedia Dreamweaver, Macromedia Flash, DAN
Microsoft Publisher. (mana-mana dua) (2 markah)

d) Apa sahaja lakaran berdasarkan kreativiti pelajar. (6 markah)


Contoh,

Banner (1 markah)

Butang Utama
(1 markah)

Gambar, animasi, atau


video
(1 markah)

Butang pautan lain,


gambar, iklan dan
pengumuman.
(1 markah)
Hakcipta / Penafian
(1 markah)
Susunan layout - (1 markah)
Lakaran dalam bentuk lukisan - (+1 markah)

KESIMPULAN

Setelah menyiapkan kesemua bahagian dalam tugasan ini, penulis dapat merasai sendiri
pengalaman sebenar dalam membina item soalan ujian serta membina jadual penentuan
ujian (JPU) yang sememangnya berguna apabila penulis telah menjadi guru kelak.
Secara keseluruhannya, tugasan ini telah menyediakan satu platform latihan
terbaik yang memberikan pengalaman sebenar seorang guru dalam mengendalikan dan
mentadbir suatu ujian. Pembinaan jadual penentuan ujian (JPU) amat perlu supaya guru
dapat memastikan setiap topik yang sepatutnya diajar mengikut sukatan matapelajaran
sesuatu subjek dapat diuji dan setiap aras kemahiran dapat dinilai. Ini boleh membantu
guru untuk mengukur sejauh mana kefahaman pelajar terhadap topik yang diajar olehnya.
Bibliografi

Bhasah Abu Bakar. 2003. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim : Quantum
Books.

Bhasah Abu Bakar. 2007. Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian Pendidikan. Kuala
Lumpur : Pustaka Salam.

Mokhtar Ismail. 1995. Penilaian Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

33 set kertas jawapan objektif matapelajaran Sains 1, Tingkatan 4 pelajar Sekolah


Menengah Agama Al-Khairiah, 2800 Temerloh, Pahang, Darul Makmur.

Kertas soalan peperiksaan akhir tahun Sains 1, Tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama
Al-Khairiah, 2800 Temerloh, Pahang, Darul Makmur.

You might also like