You are on page 1of 16

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH : SATU

KAJIAN KES

Laura Annie Lalita Rajamoney Pensyarah Muzik Unit Muzik, Jabatan Kajian Sosial, Maktab Perguruan Ipoh, Perak
ABSTRAK Sebagaimana Pendidikan Muzik memainkan peranan penting di sekolah-sekolah di negara kita, pengajaran dan pembelajaran koir juga perlu dititik beratkan. Kajian ini yang merupakan satu kajian kes telah berupaya mencari strategi yang digunakan dalam 2 buah sekolah menengah dalam pengajaran dan pembelajaran koir, masalah-masalah yang dihadapi serta kriteria yang digunakan untuk menilai sesebuah koir yang berkualiti. Kaedah pemerhatian, temubual serta senarai semak telah digunakan untuk melihat strategi yang digunakan oleh tiga orang guru muzik sekolah menengah dan seorang guru koir swasta. Kedua-dua sekolah menengah ini telah diperhatikan dari hari pertama latihan koir sehingga ke hari pertandingan koir daerah masing-masing. Keputusan juga telah diperoleh dari keduadua dapatan serta pertandingan. Secara keseluruhan, strategi yang digunakan oleh Sekolah A terbukti lebih berkesan dari Sekolah B dari segi pemanasan suara dan kekerapan berlatih Walaupun terdapat masalah-masalah yang dihadapi oleh keempat-empat orang guru muzik, namun ia bolehlah diselesaikan dengan bantuan pihak-pihak tertentu seperti sokongan dari ibu bapa dan sekolah. Kriteria yang ketara sekali yang digunakan untuk menilai sesebuah koir dirujuk kepada kualiti vokal sesebuah koir itu sendiri. Kajian ini telah menunjukkan dengan jelasnya bahawa adalah penting untuk para guru menggunakan strategi yang berkesan apabila melatih sesebuah koir untuk menghasilkan sebuah koir yang berkualiti.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran koir di sekolah bukanlah sesuatu yang baru diwujudkan. Tidak boleh dinafikan bahawa perkara ini makin hari makin lebih diberi perhatian oleh pendidik-pendidik muzik. Sesetengah sekolah mampu membiayai tenaga pengajar dari luar (seperti sekolah-sekolah di bandar) walaupun ia menelan belanja yang besar, hanya untuk memastikan bahawa pasukan koir sekolah itu menjuarai pertandingan-pertandingan, baik peringkat daerah mahupun peringkat negeri. Apakah yang dimiliki oleh pengajar-pengajar luar ini yang tidak ada pada pendidik-pendidik muzik di sekolah? Melihat kepada matlamat program Pendidikan Muzik di kedua-dua peringkat persekolahan, nyata sekali mata pelajaran ini adalah ke arah pendidikan estetik (aesthetic education) yang tidak kurang pentingnya dalam perkembangan individu yang seimbang. Hal ini perlu dipandang serius lebih-lebih lagi pada masa munculnya banyak informasi dan dapatan baru tentang perkembangan individu seperti pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence) dan kecerdasan emosi (Emotional Intelligence) yang mengambil kira unsur-unsur afektif dalam usaha mencapai kecemerlangan. Dalam teori pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence) oleh Gardner (1983), muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri. Gardner membahagikan pelbagai kecerdasan manusia kepada lapan kategori; iaitu kecerdasan verbal-linguistik (mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat encoding dan decoding bahasa), kecerdasan logik- matematik (menyelesaikan masalah, penaakulan, logik dan kemahiran nombor), kecerdasan visual spatial (berkaitan dengan arah, arkitek, penyusunan dan hiasan), kecerdasan muzikal (mengarang, menggayakan, menghayati dan mengenal muzik), kecerdasan interpersonal (empati, mudah memahami, menyelesaikan konflik, kemahiran mencari konsensus), kecerdasan intrapersonal (pengetahuan kendiri, konsep kendiri, penilaian kendiri, emosi), kecerdasan kinestatik (menari, melompat, membuat pergerakan), dan kecerdasan naturalis (mengenal pasti, membuat kategori mengenai alam). Potensi individu dalam aspek ini telah pun dibuktikan melalui kajian saintifik dan maka itu terpulang kepada kita untuk mengeksploitasinya ke arah pembinaan insan yang seimbang dan berketrampilan. Ernest L. Boyer (1987) dalam bukunya College telah menyatakan, If the push for educational excellence is to yield results, the nations colleges and universities must ask hard questions about the quality of their own work. (p. xi) Kajian mengenai kecerdasan memberi impak yang hebat dalam bidang pendidikan apabila Gardner (1983) memperkenalkan Multiple Intelligence. Gardner mendefinisikan kecerdasan sebagai ability to solve problems or fashion products that are of consequences in a particular cultural setting or community. Ini menunjukkan bahawa kesepaduan kecerdasan-kecerdasan amat penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak. Guru-guru muzik di sekolah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan hakikat ini. Ini hanya boleh dibuat dengan penglibatan pelajar-pelajar sekolah dalam aktiviti-aktiviti yang berunsurkan muzik, seperti dalam pancaragam sekolah, orkestra sekolah, kumpulan kamar (chamber group) sekolah, dan tidak ketinggalan kumpulan koir sekolah yang akan diberi tumpuan dalam kajian ini. Pendidikan Muzik KBSM adalah program pendedahan secara umum untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Program pembelajaran muzik yang disediakan mempunyai ciri-ciri pembinaan insan dan perkembangan diri individu

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Sebagai satu mata pelajaran, program yang disediakan mengambil kira ilmu pengetahuan, kemahiran dan penerapan nilai. (PPK, Jan.2001) Di peringkat sekolah menengah, kurikulum Pendidikan Muzik yang disediakan merupakan program pembelajaran untuk lima tahun. Kurikulum yang disediakan adalah berkonsepkan general music program dengan matlamat untuk dilaksanakan di semua sekolah menengah, sekurang-kurangnya di peringkat menengah rendah. Matlamat kurikulum ini adalah untuk melahirkan murid yang berilmu, berketrampilan dan berpengalaman muzik bagi membolehkannya mempunyai disiplin dalam mereka cipta, membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang serta kreatif, inovatif dan inventif. Ini jelas kelihatan dalam penglibatan pelajar-pelajar dalam koir sekolah. Ini jelas kelihatan dalam pertandingan koir antara sekolah-sekolah peringkat negeri dan kebangsaan, sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri dan kebangsaan dan sebagainya. Kurikulum ini ditujukan kepada pelajar sekolah menengah yang mempunyai minat untuk mengetahui, memahami dan mendapatkan kemahiran dan pengalaman dalam seni muzik sama ada untuk meneroka dan memperkembangkan bakat sendiri atau sekadar berkebolehan menghayati seni muzik secara terdidik. (PPK, Jan. 2001) Di peringkat menengah rendah, Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran wajib alternatif kepada Pendidikan Seni Visual. Pelajar yang mengikuti kelas Pendidikan Muzik tidak perlu mengikuti kelas Pendidikan Seni Visual. Tiada peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah (P.M.R.). Di peringkat menengah atas pula, pendidikan muzik adalah mata pelajaran elektif dan pelajar mengambil peperiksaan muzik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (S.P.M.). Koir sekolah tidak diterapkan dalam kurikulum sekolah, tetapi adalah salah satu komponen dalam Ko-Korikulum sekolah. Biasanya latihan untuk mengajar sesuatu kumpulan itu dijalankan selepas waktu persekolahan dan bukan sewaktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekolah dijalankan. Ada juga sekolah yang tidak menerapkan koir dalam ko-korikulum sekolah. Hampir setiap sekolah mempunyai koir sekolah yang tersendiri. Walaupun sesebuah sekolah itu tidak mempunyai Pendidikan Muzik dalam kurikulum sekolah, koir sekolah tetap wujud. Didapati kebanyakan sekolah yang mewujudkan koir adalah hanya semata-mata untuk mengambil bahagian dalam pertandingan baik peringkat daerah, negeri ataupun untuk peringkat kebangsaan. Selain itu, wujudnya persaingan yang hebat antara sekolah-sekolah yang bertanding. Persaingan-persaingan ini wujud kerana masing-masing ingin meningkatkan mutu ataupun kualiti persembahan. Untuk mengendalikan sesebuah koir sekolah itu bukanlah mudah. mengekalkan kualiti sesebuah koir itu merupakan satu cabaran yang besar, khasnya kepada pendidik-pendidik muzik. Latar belakang ahli-ahli koir juga merupakan satu faktor yang menyumbang kepada pengekalan kualiti.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) Objektif Kajian Kajian ini bertujuan i mencari dan menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh pendidik muzik. ii untuk mencari kekurangan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran koir yang dihadapi oleh pendidik-pendidik muzik kita. Kajian perlu dijalankan untuk iii serta mencari apakah yang dapat meningkatkan lagi kualiti nyanyian sesebuah koir di sekolah serta rahsia yang digunakan oleh pendidik muzik, baik yang diupah mahupun guru di sekolah.

TINJAUAN LITERATUR Mengikut Van A. Christy (1990), menyanyi merupakan sifat semulajadi manusia di mana ahli antropologi sendiri mendapati bahawa terdapat nyanyian dalam semua jenis budaya sejak zaman dahulu. Misalnya, nyanyian dodoi (lullaby) membantu kanakkanak mempelajari sesuatu bahasa serta membantu dalam koordinasi pergerakan. Di samping itu, menyanyi juga menyampaikan kasih sayang atau cinta yang begitu mendalam. Sesiapa saja yang mempunyai suara bercakap yang normal dan boleh mengalunkan lagu boleh belajar menyanyi dengan baik dan menikmati menyanyi (enjoy singing). Christy (1990) juga berpendapat bahawa kita semua mempunyai alat muzik, iaitu alat vokal kita dan hanya perlu mengetahui kaedah untuk mempelajarinya sahaja. A Cappella, iaitu sejenis cara menyanyi berkumpulan seperti koir tanpa iringan muzik) merupakan satu kemahiran tersendiri. The Contemporary A Cappella Society of America (CASA) merupakan satu oraganisasi (non-profit support organization) yang bermula pada 1991. Jane Alexander McIntosh (1999), dalam kajiannya In Harmony : A Look At The Growth of Collegiate A Cappella Groups And The Future Of The Movement telah menemuramah pengkaji Robert Stebbins pada 1996. Dalam tinjauan Stebbins, beliau mendapati bahawa memenangi sesuatu pertandingan koir berbentuk A Cappella kerap kali dianggap satu pencapaian tahap nyanyian yang tinggi. Walaupun ramai penuntut yang ditemuramah oleh Jane menyokong mengadakan pertandingan, mereka mendapati ada banyak perkara lain yang sama penting dengan pertandingan. Apa yang mereka tidak berapa bersetuju ialah tahap kepentingan pertandingan yang berkaitan dengan kekerapan diadakan persembahan dan perbezaan sosial di antara kedua-dua genre. Dari hasil kajian dan metodologi Phillips (1983; cf. Aaron, 1990), beliau mengaplikasikan koordinasi arahan vokal terhadap peningkatan nyanyian pelajar. Kebanyakan ahli pedagogi berpendapat bahawa teknik pernafasan yang betul adalah asas untuk nyanyian selain dari postur nyanyian. Apa yang lebih penting ialah teknik pernafasan. Alderson (1979) juga berpendapat bahawa pernafasan adalah asas membentuk nyanyian. Pernafasan yang baik dan betul adalah asas untuk semua nyanyian yang baik. Beliau juga mengatakan bahawa tanpa respirasi, elemen-elemen untuk nyanyian yang lain tidak akan berfungsi.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) Sehubungan itu, Gackle (1987) telah memeriksa kesan teknik vokal yang dipilih serta telah melatih untuk memperbaiki penghasilan ton pelajar perempuan di sekolah. Hasil kajian beliau telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang menerima latihan vokal dalam kemahiran pengurusan pernafasan (breath management skills) menyanyi dalam pic yang lebih tepat. Dengan adanya pernafasan yang yang baik dan betul, ini dapat menghasilkan nyanyian yang baik. Terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk melabelkan pelajar yang menyanyi pada pic yang tidak tepat penyanyi yang kurang pasti,monoton, keluar dari pic, tidak boleh menyanyi, penyanyi pic lemah, dan sebagainya (Aaron,1990). Istilah sumbang mungkin merupakan istilah yang paling tepat yang boleh digunakan. Kekerapan nyanyian sumbang yang terdapat di kalangan kanak-kanak berbeza mengikut kriteria dan tahap gred yang digunakan untuk mengukur perbezaan pic. A. Oren Gould (1968), dalam kajiannya melapurkan bahawa 18% kanak-kanak di sekolah Amerika yang menyanyi dengan sumbang. Keputusan dari National Assessment of Educational Progress untuk tahun-tahun 1971-1972 telah menunjukkan bahawa 50% kanak-kanak dalam lingkungan umur 9 tahun, 45% kanakkanak yang berumur 13 tahun, 35 % yang berumur 17 tahun dan 30% orang dewasa tidak boleh menyanyi lagu America dengan pic yang tepat. Walau apapun rangka atau statistik yang didapati, masalah ketidaktepatan pic merupakan masalah yang besar dalam pendidikan muzik.

METODOLOGI Kajian kes mengkaji satu individu atau satu unit sosial seperti keluarga, kelab, institusi social, komuniti atau kumpulan. Kajian kes bertujuan untuk mengkaji keseluruhan perlakuan sesuatu subjek dan perhubungan antara perlakuan-perlakuan ini kepada sejarah dan persekitaran subjek (Ary, 1990). Plan penyelidikan kajian ini telah mendapatkan maklumat dari beberapa kaedah untuk mendapatkan data. Berikut adalah instrumen yang telah digunakan untuk menjawab soalan kajian. Soalan-soalan Kajian Instrumen

(i)Apakah strategi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Temubual, pemerhatian koir? melalui penggambaran video (ii) Apakah masalah-masalah dalam mengajar koir di sekolah? Pemerhatian, temubual (iii) Apakah kriteria atau ukuran yang digunakan oleh guru-guru untuk Pemerhatian, temubual dan senarai semak menilai kualiti sesebuah koir itu?

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) INSTRUMEN Tiga jenis instrumen telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen-instrumen yang telah digunakan adalah seperti berikut : (i) Temu bual individu / Secara Lisan Responden telah ditemu bual di sekolah ataupun di tempat lain untuk mengumpul data, fakta dan maklumat. Dengan cara ini, maklumat boleh diperolehi secara langsung. Soalan-soalan yang dikemukakan telah bersifat terbuka dan ada yang bersifat personal. Selain itu, soalan telah diubah suai dari segi susunan dan cara menyoal adalah lebih fleksibel supaya responden akan selesa apabila menjawab soalan-soalan berupa personal. Empat orang guru telah ditemubual untuk mendapatkan data - 3 orang pendidik muzik (Guru a(GA), Guru B(GB) dan Guru C(GC) di sekolah dan seorang guru koir dari luar guru swasta koir (GS). Pemerhatian - Responden juga telah diperhatikan apabila pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk koir. Apabila sesi latihan dan P & P dijalankan, penggambaran video telah diambil untuk melihat perbezaan teknik-teknik serta membandingkan hasil pengeluaran suara. Dalam proses pemerhatian, penyelidik telah mencatat apa yang perlu dicatat untuk dijadikan maklumat. Pemerhatian dan penggambaran video telah dijalankan tiap-tiap minggu selama satu bulan. Ini juga bergantung kepada berapa banyak latihan yang telah dijalankan di sesebuah sekolah dalam seminggu. Senarai Semak Satu senarai semak juga telah diberikan kepada responden untuk menjawab. Berdasarkan senarai semak ini, data telah dikumpul untuk rumusan. Kriteria yang digunakan disyorkan oleh Brinson, Barbara (1996), Alderson (1975), McRae, Shirley W.(1991).

(ii)

(iii)

SAMPEL / RESPONDEN Dua sampel dikenal pasti untuk kajian ini iaitu pendidik atau guru koir dan pelajar koir. Mereka telah dipilih secara rawak. Pelajar terdiri dari pelajar sekolah menengah dalam lingkungan umur 13 - 17 tahun (terdiri dari pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima). Mereka menuntut di sebuah sekolah di Ipoh (Sekolah A SA) dan sebuah di Batu Gajah (Sekolah B-SB) Dua sekolah menengah telah dikenal pasti untuk kajian ini. DATA ANALISIS Data-data yang dikumpul telah dikodkan mengikut kategori-kategorinya. Teknik untuk menganalisa data telah dibuat secara induktif. Apabila membuat kerja lapangan (Field work) data juga telah dikumpul (Bogdan dan Biklen, 1998). Nota-nota lapangan (field notes) dari transkrip-transkrip, catatan-catatan lapangan, temu bual telah dikategorikan dan dikodkan sehingga dapat dirumus menjadi objektif dalam kajian ini.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) KEPUTUSAN Jadual 1


Ringkasan Respon Guru-guru Koir Dan Swasta Dalam Temubual Soalan Kajian Satu
SOALAN TEMUBUAL S.1. GURU A (GA) 10 TAHUN SEKOLAH A (SA) GURU B (GB) I dont teach music and am not a music teacher S. 2. Status koir yang tinggi sudah wujud sebelum saya mengajar di sekolah ini The students themselves are eager, regular practices,strict discipline &vocal training by music teacher S..3. Cara-cara/teknik/factor yang diambil kira The steps we take to improve the quality of choir Teknik dan kaedah Performances experiences;and join choral festival or other choral activities,so that they can listen to other choirs(both amateur and professional choirs) S. 4. Sumber ahli-ahli,sokongan dari pihak sekolah & sumber tenaga mengajar. Interest of students,availability of teacher & music instruments & support of scholl admin.staff Minat pelajar dan sokongan dari pihak sekolah Students learning ability;voice type(SATB/SSAA/treble voices);commitment from students and teacher-incharge;support from the principal and parents. S. 5. Ya, saya sentiasa mencari jalan atau cara untuk memajukan pengajaran S. 6. The teachers dont teach choir, but only manage them. Only one teacher trains. Tidak, sebab tidak mempunyai banyak pengalaman Yes, from the past years result, my choirs have been doing well. All my choirs have been exposed to the proper choral Persembahan koir tempatan dan ne dari negara lain American Boys C choir. Yes. At choir competitions/performances.E.g. Vienna Boys & others. TIDAK technique. They have to participate in various choral activities to improve their standard. Students found that there are so many things to be learnt from singing in a choir. S. 7. Keyakinan diri, sentiasa meningkatkan ilmu tentang bidang koir, mestilah sabar, dapat berkomunikasi dengan ahli-ahli koir S..8. TIDAK NO Kaedah Kodaly Must know music, be disciplined & willing to learn / be committed Mestilah berpengalaman dan mempunyai pendengaran yang sensitive (peka) Choral conductors need to have a pair of good ears; good vocal and choral knowledge; good music back ground; and good communication skills. I use Kodaly method in my teaching. Its useful for awareness of pitch, rhythm, and score reading skills. S..9. Unison songs and canons for the beginners; 2-part songs and TIADA NO CONCEPT USED Enjoy your life with music songs with piano accompaniment for the medium level choirs; a cappella, more than 2-part songs, different instruments accompaniment (such as Sekolah tidak menpunyai status koir. SEKOLAH B (SB) GURU C (GC) 5 TAHUN ( Hanya mengajar koir sahaja dan bukan muzik) 12 years teaching experience Work on the vocal technique and provide the choir more performance experiences. BEBAS GURU SWASTA (GS)

drums, harp, flute, etc) for the more advanced choirs.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) SOALAN KAJIAN 1 Uji bakat (audition) untuk sebarang koir adalah penting kerana ia mengutamakan kepentingan penglibatan seseorang dalam sesebuah koir (McRae, 1991:14). Selain itu, McRae juga menyatakan bahawa uji bakat memberikan maklumat kepada guru tentang keadaan suara seseorang pelajar. Di samping itu, ini juga memberi peluang kepada pendidik untuk mengenalpasti sebarang masalah muzikal atau suara pelajar. Uji bakat dibuat untuk memilih pelajar yang boleh menyanyi serta memastikan bahagian suara ahli (soprano atau alto, dan sebagainya). Seramai 55 orang pelajar telah dipilih di sekolah A (SA) pada hari pertama selepas uji bakat dijalankan. Sekolah ini mengambil 4 hari untuk menjalankan pemilihan pelajar. Selepas keseluruhan lagu diajar, penyingkiran (elimination) ahli pula dijalankan. Hanya sekolah A sahaja yang menjalankan penyingkiran ahli setelah keseluruhan lagu diajar, iaitu selepas beberapa bulan. Penyingkiran ini tidak dibuat pada masa uji bakat. Pelajar boleh dipilih dengan serta merta oleh guru pada hari uji bakat, tetapi ini telah sengaja dilakukan. Cara ini merupakan satu cara yang sangat berkesan sebab apabila penyingkiran dibuat, hanya yang TERBAIK sahaja yang dipilih, iaitu ahli yang sudah boleh menyanyi bahagian-bahagian (parts) mereka dengan cekap. Semua pelajar yang telah lulus uji bakat memang boleh menyanyi dengan pic yang tepat, tetapi bukan semua pelajar yang boleh menyanyikan lapisan (parts) mereka dengan tepat dan cekap. Melalui cara penyingkiran ini, guru dapat melihat dan mendengar dengan sendirinya pelajar yang boleh menyanyi bahagiannya dengan cekap dan sebaliknya. Secara tidak langsung, kompetensi pelajar diuji. Setiap guru koir sekolah harus mencuba strategi penyingkiran untuk mengelakkan ahli-ahli koirnya dari tidak menghadiri latihan. Latihan adalah sangat penting untuk menguasai sebarang kemahiran. Di samping itu, ahli-ahli koir dapat memberikan komitmen yang serius dan sepenuhnya terhadap koir sekolah mereka. Pada hari penyingkiran, guru dapat melihat dan akan tahu pelajar yang selalu menghadirkan dirinya dan yang kerap kali hadir. Satu perasaan takut dibuang akan muncul pada sanubari ahli-ahli koir dan ini akan membawa kepada peningkatan kehadiran dalam latihan serta komitmen dari pelajar-pelajar. Sekolah B(SB) juga menjalankan latihan vokal. Tetapi, hasil nyanyian dan pengeluaran suara tidaklah begitu memuaskan. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya masa yang diperuntukkan untuk vocalizing. Latihan vokal atau vocalizing mestilah dibuat sekurang-kurangnya selama 2030 minit. Ini adalah untuk menyediakan suara pelajar menggunakan head voice dan chest voice. (Brinson, 1996, p.186 & 187). GC (Guru C) telah berusaha untuk membaiki mutu persembahan koir beliau. Tidak boleh dinafikan, memang ada perubahan yang positif dalam persembahan koir sekolah B. Walau bagaimanapun, masih ada ruang untuk pembaikian nyanyian. Kedudukan postur pelajar bolehlah dibaiki. Sekiranya pelajar duduk dengan postur yang betul, iaitu dengan tidak membongkok belakang, penghasilan suara boleh ditingkatkan. Pelajar-pelajar di sekolah patut ditunjukkan postur menyanyi yang betul. Ini merupakan asas untuk nyanyian. Postur yang betul, sama ada berdiri ataupun duduk adalah keperluan asas dalam proses repirasi. ((Phillips, 1992, p.148). Ini perlu dibetulkan supaya tidak menjadi tabiat (habit) yang sukar dibetulkan nanti. Sekiranya ini telah diperbetulkan, sudah pasti akan terdapat perbezaan positif yang nyata dalam

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) nyanyian pelajar-pelajar. Duduk sewaktu menyanyi adalah tidak digalakkan sama sekali. Di dapati GC telah memulakan latihan koirnya 3 bulan (bulan Mac) selepas sekolah A (4/1/2005). Dalam masa 3 bulan ini banyak latihan yang dijalankan. Pengkaji berpendapat sekolah B hanya menjalankan latihan koir sematamata untuk menyertai pertandingan. GC telah mencuba dengan sedaya upayanya untuk menaikkan mutu koir sekolahnya. Sekolah A yang telah mendapat pendedahan persembahan luaran telah dapat melihat persembahan koir bertaraf dunia (world class choirs). American Boys Choir dan Vienna Boys Choir adalah koir bertaraf dunia. Pendedahan ini dapat membuka minda ahli-ahli koir untuk membuat persembahan yang bermutu tinggi. Secara tidak langsung, ini dapat menaikkan semangat setiap ahli koir untuk berusaha meningkatkan mutu koir sekolah mereka. Dengan ini, tahap kualiti koir dapat ditingkatkan dan diperbaiki lagi ke tahap yang lebih tinggi. Kumpulan koir sekolah perlu diberi pendedahan luaran, baik menyaksikan koir antara bangsa mahupun koir tempatan yang bermutu. Sekiranya sekolah itu tidak mampu menghadiri persembahan-persembahan ini, mereka bolehlah mendapatkan sumber-sumber lain seperti menonton persembahan koir berbentuk VCD dan sebagainya. Kita bernasib baik kerana berpeluang menikmati meluaskan pandangan serta pendedahan. Dengan menonton persembahan koir antarabangsa, sesebuah kumpulan koir itu dapat melihat bagaimana pengeluaran dan pengawalan suara serta warna ton dalam sesebuah koir itu yang cemerlang. Guru A telah menyanyi dan menunjukkan cara menyanyi kepada pelajarpelajarnya sewaktu latihan. Beliau telah menunjukkan pengeluaran suara cara jatuhkan dagu (drop jaw) dan telah memeriksa setiap pelajar-pelajarnya untuk memastikan mereka mengikut cara yang betul. Untuk not-not yang tinggi bagi soprano, beliau telah menyuruh mereka untuk fikirkan rendah dan nyanyi (think low notes) dan menggunakan suara kepala (head voice). Cara ini tidak digunakan oleh sekolah B. Ini merupakan satu cara yang sangat berkesan. Setiap guru perlu tahu caracara dan teknik vokal supaya bolehlah diajar dan didemonstrasikan kepada pelajarpelajar sewaktu menyanyi dalam koir.

SOALAN KAJIAN 2 Masa merupakan faktor utama dalam sebarang latihan, apatah lagi untuk latihan koir yang memerlukan masa yang bermutu (quality time). Selepas memerhatikan masalah kedua-dua buah sekolah SA dan SB, mereka berkongsi masalah yang sama iaitu faktor MASA. Sekiranya latihan koir dijalankan pada hari lain selain hari aktivitiaktiviti lain, sudah tentu masalah masa tidak akan wujud. Percanggahan masa pelajarpelajar dengan aktiviti-aktiviti sekolah juga tidak akan berlaku. Untuk berlatih dan melatih sesebuah koir, masa yang lama diperlukan. Gangguan tidak boleh berlaku. Pihak sekolah haruslah memberi sokongan kepada koir sekolah. Didapati pihak sekolah kedua-dua buah sekolah memang memberi sokongan yang baik terhadap koir dengan memberikan mereka menjalankan latihan sewaktu mata pelajaran PJK, walaupun hanya untuk pertandingan sahaja. Walaupun pihak sekolah memberi sokongan kepada pasukan koir, pelajarpelajar juga mesti menunjukkan inisiatif mereka sendiri serta komitmen mereka terhadap koir sekolah.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) Guru-guru koir pada awalnya mestilah memberitahu pelajar-pelajar tentang peraturan-peraturan, syarat-syarat penyertaan serta penglibatan mereka terhadap koir. Para ibu bapa juga perlu dimaklumkan tentang latihan-latihan koir yang akan dijalankan. Ini adalah untuk menyediakan ibu bapa pelajar-pelajar koir terhadap kekerapan latihan yang akan dijalankan supaya mereka tidak akan merungut kemudian. Ibu bapa serta pelajar-pelajar perlulah serius terhadap penglibatan anakanak mereka dalam koir dan memahami tentang betapa mustahaknya diadakan latihan. Sekiranya ini dapat diatasi, langkah pertama terhadap membina satu koir yang mantap sudah wujud. Pelajar-pelajar dari SA mempelajari lagu atau bahagian (parts) mereka dengan lebih cepat. GA dan GB juga bersetuju dengan hakikat itu. Memori tonal pelajarpelajar SA adalah baik. Oleh itu, pengajaran guru adalah mudah dan guru dapat mengajar bahagian yang lebih kompleks kepada pelajar. Ini mungkin disebabkan kerana pelajar-pelajar ini adalah dari bandar. Selain itu, pelajar-pelajar itu sendiri menunjukkan minat untuk mempelajari lagu dan menyanyi. Terdapat juga keazaman pelajar-pelajar koir SA untuk memenangi pertandingan koir. Semangat positif inilah yang perlu ada pada setiap ahli koir, bukan hanya untuk memenangi sesuatu pertandingan itu, bahkan untuk memberikan yang terbaik kepada sesuatu persembahan. Sekiranya ini dapat dipupuk, pelajar-pelajar sendiri akan seronok menyanyi (enjoy singing). Seorang pemain piano yang berkaliber dan versatil adalah aset kepada sesebuah koir itu. Dengan adanya seorang pemain piano sedemikian, pengajaran koir adalah lebih mudah dikendalikan. Ini adalah kerana pemain piano ataupun kibod dapat menolong guru dalam latihan, terutamanya dalam latihan nyanyian bahagianbahagian suara (parts singing). Di samping itu, ia juga boleh mengendalikan warm ups semasa ketiadaan guru. Kedua-dua SA dan SB mempunyai pemain piano dan kibod yang agak versatil. Pemain piano SA merupakan seorang pemain piano yang baik. Beliau telah melatih seorang pemain piano baru untuk mengambil alih tempatnya untuk tahun hadapan. SA akan kehilangan seorang pemain piano yang cekap. Tindakan pemain piano dalam melatih pemain piano yang baru itu adalah satu cara yang baik untuk memastikan kesinambungan koir tersebut.. Tidak boleh dinafikan bahawa semua pemain piano adalah berbeza. Masingmasing mempunyai kebolehan yang tertentu dan tersendiri. Pendedahan bermain serta latihan juga adalah sangat penting untuk memastikan kaliber atau kebolehan seseorang pemain piano. Oleh itu, pemain piano baru seharusnya diberi peluang membuat persembahannya di hadapan penonton. Di samping itu, ramai bermain piano untuk acara-acara sekolah untuk membina keyakinan dirinya. Guru bolehlah membantu untuk membina pendengaran dalamannya (inner hearing). Adalah lebih baik sekiranya GC memilih pelajar-pelajar koir dari satu sesi persekolahan, baik sesi pagi, mahupun sesi petang. Ini adalah untuk memudahkan kekerapan berlatih. Sekiranya pelajar-pelajar adalah dari satu sesi, guru boleh memanggil mereka untuk latihan pada bila-bila masa luar dari waktu persekolahan. Tetapi sekiranya pelajar terdiri dari dua sesi persekolahan, maka pilihan untuk masa latihan adalah terhad. Ada pula pelajar yang terpaksa kerap meninggalkan kelas dan sebagainya. Bilik untuk berlatih adalah penting untuk sebarang latihan persembahan muzik. SB bergerak dari satu bilik ke bilik lain untuk latihan koir mereka. SB tidak mempunyai sebuah bilik ataupun sebuah dewan untuk berlatih. Beberapa bilik darjah

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) digabungkan untuk dijadikan sebuah dewan untuk mengadakan majlis atau upacara sekolah yang penting. Sebuah bilik harus diperuntukkan untuk menjalankan aktivitiaktiviti muzik. Mujurlah adanya alat kibod yang mudah alih. Walaupun terdapat kekurangan dari segi kemudahan tempat untuk berlatih dan sebagainya, namun SB bertekad untuk mengambil bahagian dalam pertandingan koir antara daerah. Inilah semangat dan sikap yang perlu disemai serta dipupuk pada setiap sekolah dan setiap pelajar. Disiplin adalah sangat penting dalam latihan koir. Didapati pelajar-pelajar tidak mengambil berat tentang ketepatan masa. GC patut lebih tegas apabila menjalankan latihan. Masa yang terluang dari kelewatan boleh digunakan unutk berlatih. Lagipun, berlatih untuk sesebuah koir memang memerlukan dan mengambil masa yang lama. Penyelia petang SB yang mencadangkan untuk mengambil masuk pelajar dari kelas yang lemah. Dengan adanya pelajar sedemikian, masalah disiplin dalam koir akan menular dengan lebih lagi. Apatah lagi dengan mempelajari lagu dan bahagianbahagian yang tertentu dan yang lebih kompleks. Memang adanya segelintir pelajar yang boleh menyanyi dengan baik tetapi sebaik-baiknya pemilihan pelajar koir haruslah berdasarkan kecerdasan pelajar selain dari ketepatan nyanyian untuk memastikan satu persembahan yang baik. Soalan Kajian 3 Beberapa perkara telah diperhatikan sebelum, semasa dan selepas pertandingan koir untuk kedua-dua daerah dan sekolah. Kedua-dua sekolah telah memberikan persembahan mereka yang terbaik untuk menghasilkan satu kumpulan koir. Nyanyian A Cappella merupakan satu kemahiran yang tersendiri. Pada pendapat pengkaji, bukan semua koir yang boleh menyanyi stail A Cappella. Selain dari kemahiran yang tertentu, perlu adanya pendengaran yang tajam. Ini adalah kerana apabila sesebuah koir itu menyanyi secara A Cappella, tiap-tiap ahlinya mestilah peka dan perlu dengar dengan teliti untuk memastikan mereka tidak keluar dari nada asal. Adalah baiknya sekiranya mereka mempunyai perfect pitch. Hal ini jelas kelihatan pada SA apabila mereka mendendangkan lagu Kesetiaan dalam pertandingan. SA telah berani mengambil cabaran ini dan dapat mengekalkan nada yang asal apabila menyanyikan secara A Cappella permulaan lagu Kesetiaan. Ini merupakan satu aspek untuk menilai kualiti sesebuah koir. Pelajarpelajar SA tidak mempunyai perfect pitch tetapi masa yang telah diluangkan untuk berlatih telah terbukti menghasilkan kejayaan. Modulasi merupakan penukaran lagu dari satu nada ke nada yang lain. SA telah menunjukkan kebolehannya dengan penggunaan modulasi dalam lagu Kesetiaan. Modulasi berlaku sebaik sahaja perkataan terakhir dalam rangkap pertama sewaktu gaya A Cappella dinyanyikan. Kemudian baharulah iringan piano muncul untuk bahagian lagu yang selanjutnya. Pelajar-pelajar telah berjaya membuat transisi tanpa sebarang nyanyian sumbang. Ini telah menunjukkan kebolehan koir untuk membawa lagu dari satu nada ke nada yang lain. Ini adalah satu kriteria yang penting dalam koir. Terdapat variasi atau kreativiti yang telah dipersembahkan dalam nyanyian koir SA. Variasi atau kreativiti yang dimaksudkan di sini ialah terdapatnya keratan dari lagu Happy Together yang telah membawa para pendengar ke mud atau suasana yang lebih rancak. Pelajar-pelajar telah dapat menggabungkan kesemua bahagian (parts) mereka dengan begitu baik sekali berserta dengan ekspresi mereka. Terdapat

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) penggunaan konsonan s yang berirama apabila keratan siulan dari lagu Dont Worry, Be Happy dinyanyikan secara du. Kreativiti sebegini perlu dikuasai oleh semua koir untuk meninggikan lagi mutu persembahan. Para pendengar akan turut terhibur juga. Pemilihan lagu yang sesuai untuk dinyanyikan oleh sesebuah koir juga adalah penting. Apabila hendak memilih sebuah lagu untuk dinyanyikan oleh koir, guru haruslah memilih lagu dari repertoir yang luas dan bukan hanya dari skop yang terhad. Guru juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar mampu menyanyi lagu yang dipilih itu. Pemilihan lagu juga perlu mengambil kira kebolehan pelajar untuk membawa lagu tersebut. Suara koir dari SA adalah lebih matang jika dibandingkan dengan suara koir SB. Ini mungkin disebabkan oleh pemilihan pelajar-pelajar. Apa yang dimaksudkan di sini ialah pelajar-pelajar dari tingkatan 4 dan 5 mempunyai suara yang lebih matang manakala pelajar-pelajar dari SB yang terdiri dari campuran tingkatan 1 hingga 5 mempunyai gabungan suara keanak-anakan. Ini mungkin disebabkan kerana terdapat pelajar-pelajar dari tingkatan 1 dan 2. Suara pelajar-pelajar ini masih lagi mentah dan belum lagi matang. Walaupun kedua-dua sekolah mempunyai pelajar-pelajar perempuan dalam koir masing-masing, namun terdapat juga perbezaan dari suara pelajar-pelajar dalam nyanyian mereka. Walau bagaimanapun, suara dari koir SA adalah rounded tone dan ini sangat penting untuk sesebuah koir. Ekspresi adalah penting dalam nyanyian baik nyanyian solo mahupun dalam nyanyian berkumpulan. Sesebuah lagu yang dinyanyikan itu dapat dihayati dengan baiknya sekiranya lagu itu dipersembahkan atau dinyanyikan dengan menggunakan ekspresi. Ekspresi dapat ditunjukkan apabila penyanyi itu menghayati lagu serta senikata lagu dengan sepenuhnya. Mimik muka pelajar-pelajar juga adalah penting untuk ekspresi. Wujudnya ekspresi dalam persembahan SA. Pelajar-pelajar telah menunjukkan keseronokan menyanyi (enjoyed singing). Apabila ini berlaku, timbul pula keyakinan diri dalam pelajar. Pendedahan guru-guru terhadap nyanyian koir yang bermutu juga adalah penting. GA telah mengambil beberapa latihan vokal dari seorang guru vokal di Ipoh. Dengan adanya pengajaran vokal tambahan ini, ini merupakan satu asset atau kelebihan yang dimiliki oleh GA. Oleh itu, GA sendiri bolehlah menunjukkan caracara menyanyi yang berkesan serta tindak-tanduk dalam nyanyian. Kelulusan seorang guru koir dalam bidang vokal juga adalah penting. Hampir kesemua guru muzik di negara kita mempunyai kelulusan dalam bidang pendidikan muzik, tetapi hanya segelintir sahaja yang telah menjalani latihan vokal (vocal training) secara persendirian. GS sendiri adalah seorang yang mempunyai kelulusan dalam piano dan menyanyi merupakan bidang kedua beliau. Beliau (GS) telah dipilih untuk menyanyi bersama Melbourne Chorale untuk beberapa majlis-majlis tertentu dan telah bekerja dengan beberapa pemimpin yang terkenal. Disamping itu beliau bekerja dengan Koir lelaki Australia dan telah dilantik sebagai penolong pemimpin koral serta pelatih vokal (Assistant Choral Conductor and Vocal coach). Selain itu, GS telah menubuhkan Ipoh Childrens Choir, The Young K.L. Singers dan The K.L. Childrens Choir. Kelulusan seseorang guru itu adalah sangat penting, terutamanya dalam bidang-bidang yang tertentu, seperti dalam kes ini, bidang vokal. Guru-guru sendiri harus didedahkan dengan persembahan-persembahan yang bermutu, baharulah mereka dapat melatih koir mereka menggunakan ukuran yang telah mereka didedahkan itu. Secara tak langsung, kualiti koir pun dapat dinaikkan.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

KESIMPULAN Dapatan kajian ini amat penting bagi pengetahuan pendidik-pendidik muzik, khususnya mereka yang berkecimpung dalam bidang vokal. Diharap kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada pendidik muzik serta membuka minda mereka tentang mengendalikan sebuah koir. Selain itu, diharap kajian ini dapat membuka jalan lagi kepada penyelidikpenyelidik muzik untuk meneruskan lagi kajian tentang koir di sekolah menengah di negara kita. Dengan adanya lebih kajian tentang koir sekolah di negara kita, sudah tentu mutu dan kualiti koir dapat dipertingkatkan lagi. Kajian ini boleh digunakan oleh pihak penggubal dasar kementerian untuk menilai sama ada komponen koir harus dimasukkan dalam sukatan pelajaran dan diajar dalam bilik darjah. Sehubungan itu, diharap agar komponen koir diberi tumpuan yang lebih serius oleh semua pihak, baik di sekolah, para ibu bapa mahupun pihak kementerian. Diharap penyelidik-penyelidik serta pendidik-pendidk tanah air akan mengambil peluang dan kesempatan untuk membuat kajian secara menyeluruh dalam bidang ini supaya lebih ramai yang boleh mendapat pengetahuan yang baru dari hasil kajian yang belum diterokai oleh sesiapa. Akhir sekali, Cooper (1984: pp.166-167), seorang ahli terapi pertuturan dan pakar dalam bidang latihan vokal (vocal training) telah mengatakan bahawa suara kanak-kanak yang tidak menerima sebarang latihan vokal akan menjadi kasar (hoarse) dan mereka akan terus menjerit dan memekik. Educate them gradually in the correct use of their voices. Without such guidance, children are susceptible to nodes and other growths on the vocal cords which might require surgical excision. They are particularly vulnerable to developing negative habits, unless otherwise instructed. Give them an advantage that you didnt have: a positive voice model and an education in the use of their voices. Morton Cooper (1984)

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) RUJUKAN Aaron, J.C. (1990). A study of the effects of vocal coordination instruction on the pitch accuracy, range, pitch discrimination and tonal memory of inaccurate singers. (Doctoral dissertation, The University of Iowa). Abeles, H.F., Hoffer, C.R. & Klotman, R.H. (1984). Foundations of Music Education. New York: Schirmer Books. Alderson, R. (1979). Complete Handbook of Voice Training. New York : Parker Ary, D. (1990). Introduction to Research Education. USA:Holt,Rinchart and Winston, Inc. Bertaux, B. (1989). Teaching children of all ages to use the singing voice and how to work with out-of-tune singers. In D.L. Walters & C.C. Taggert (Eds.), Readings in music learning theory (pp92-104). Chicago: G.I.A. Publications. Brinson, Barbara A. (1996). Choral Music Methods and Materials. New York: Schirmer Books Boyer, Ernest L. (1987). College . New York: Harper and Row Brody, V.A.(1947). An experimental study of the emergence of the process involved in the production of sound.(Doctoral dissertation, The University of Michigan). Dissertation Abstracts, 15,90.000 Cambridge International Dictionary of English (1995). Cambridge University Press, Cambridge Christy, Van A. (1990). Foundations In Singing : A Basic Textbook in Vocal Technique and Song Interpretation (5th Ed.) U.S.A. : Wm.C.Brown Cooper, M.C. (1984). Change your voice, change your life. New York: Macmillan. Gackle, M.L. (1987). The effect of selected vocal techniques for breath management, resonation & vowel unification or tone production in the junior high school female voice. (Doctoral dissertation, University of Miami) Dissertation Abstracts International, 48 (04), 862A. Gardner, H. (1983). Frame of mind. The theory of Multiple Intelligence. New York : Basic Book Gordon, E.E. (1981). Music learning and learning theory. In R.A. Choate (Ed.), Documentary Report of the Ann Arbor Symposium on the Applications of Psychology to the Teaching and Learning of Music (pp. 62-68). Reston, VA: Music Educators National Conference

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) Gould, A. O. (1968). Developing specialized programs for singing in the elementary school (Final report). Washington, DC: Research in Education, (ERIC Reproduction Service No. ED025530 Te 499967) Green, T.F. (1968). A Topology of the Teaching Concept MacMillam dan Nelson (eds). Concepts of Teaching : Philosophical Essays. Skokie.III : Rand McNally Herman, S (1988a). Building a pyramid of musicianship. San Diego : Curtis Music Co. Herman, S (1988b). Unlocking the potential of junior high choirs. Music Educators Journal, 75 (4), 33-36,41 Johami Abdullah (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Jones, M. (1979). Using a vertical keyboard instrument with the uncertain singer. Journal of Research in Music Education, 27(3), 173-184. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Muzik Sekolah Menengah (KBSM). Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum Kemp, H. (1985). Understanding and developing the childs voice. In D. Rotermund (Ed.), Children sing his praise. St. Louis: Concordia. Kirkpatrick, W.C. Jr. (1962). Relationships between the singing ability of prekindergarten children and their home environment. (Doctoral dissertation, University of Southern California.) Dissertation Abstracts International, 23,886. Lisk, Edward S. (1996). The Creative Director : Intangibles of Musical Performance. U.S.A. : Meredith Music Publications. Long, P.A. (1977). Relationships between pitch memory in short melodies and selected factors. Journal of Research in Music Education, 25(4), 272-282. Marafioti, P. Mario (1949). Carusos Method of Voice Production The Scientific Culture of the voice. New York: Dover McRae, Shirley W. (1996). Directing The Childrens Choir: A Comprehensive Resource . New York : Simon & Schuster Macmillan Mohd. Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Phillips, K.H. (1983). The effects of group breath control training on selected vocal measures, related to the singing ability of elementary students in grades

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) two, three and four. (Doctoral dissertation, Kent State University). Dissertation Abstracts International, 44,1017A. Phillips, K.H. (1985). Respiration for singing : Torso movement and related research. Journal of research in Singing, 9 (1), 1-10. Phillips, K.H. (1988). Choral music comes of age. Music Educators Journal, 75 (4), 22-27 Phillips, K.H. (1992). Teaching Kids To Sing. New York : Schirmer Books. Resolusi Mus. Ed 02 (2002). Prosidings Persidangan Kebangsaan Pendidikan Muzik Malaysia 2002 Sharifah Alwiah Alsagoff (1984). Falsafah Pendidikan. Heinemann Educational Books (Asia)Ltd. Kuala Lumpur Shelton, J.S. (1966). The influence of home musical environment upon musical response of first-grade children. (Doctoral dissertation, George Peabody College For Teachers). Dissertation Abstracts Internatioanal,41,6765-6766 Sidek Mohd. Noah (2002). Rekabentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis Serdang : Universiti Putra Malaysia Stebbins, Robert A. (1996). The Barbershop Singer. Toronto : University of Toronto Press. Tuckman, B.W. (1978). Conducting Educational Research, 2nd Edition, New York: Harcourt Brace Jovanovich, Inc. LAMAN WEB http://www.audioear.com/research.html http://www.battlelion.org/definition-of-strategy.html (13 March,2004) http://www.casa.org/index-4.html http://www.isme.org/article/articleview/247/1/36/ http://www.menc.org/networks/collegiate/bom.htm (1993) http://proquest.umi.com/pqdweb (Summer 2001,2004)) http://wwwlib.umi.com/dissertations/gateway

You might also like