You are on page 1of 12

Contributed by yamazie on Monday, April 16 @ 08:12:58 MYT

SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA


Satu Panduan Untuk Temuduga Yang Berjaya

Jadi, anda telah dipanggil untuk temuduga bagi sesuatu jawatan yang dianggap
menarik. Temuduga yang berjaya adalah perlu agar anda mampu melayakkan diri
untuk ditawarkan.

Sebagai kesimpulan, senaraikan kekunci kepada temuduga positif. Berikut ialah senaraisemak
mengandungi beberapa panduan menghadapi temuduga:

1. Kumpulkan maklumat mengenai organisasi dan jawatan yang dipohon. Mengetahui sebanyak
yang boleh mengenai syarikat boleh membuatkan temuduga anda lebih interaktif dan boleh jadi
apa yang betul-betul anda perlu untuk berjaya dalam pasaran pekerjaan yang berdaya saing.

2. Mengumpul maklumat mengenai majikan merupakan elemen penting sebagai persediaan


untuk temuduga yang berjaya. Jangan takut untuk memohon penerangan terperinci mengenai
jawatan yang anda akan ditemuduga.

3. Kemudian, berlatih menjawab soalan-soalan biasa bagi temuduga agar bersedia dan selesa
semasa temuduga sebenar. Juga, pastikan anda tahu arah tuju anda dan berikan diri anda masa
yang banyak agar anda boleh tiba awal.

4. Tiba lebih kurang 15 minit lebih awal. . Plan on what you are going to wear ahead of time.

5. Berpakaian kemas dan hias diri sebaiknya.

6. Lengkapkan borang permohonan dan lain-lain borang yang diberikan.

7. Perkenalkan diri dengan suara yang jelas.

8. Adakan perhubungan mata dan bahasa badan sewaktu berhadapan dengan penemuduga.

9. Ramai majikan masa kini lebih mengutamakan temuduga berasaskan tingkah laku sebagai
kaedah menyaring calon. Cubalah ketahui pendekatan kaedah ini.

10. Biarkan penemuduga mengatur soalan. Dengar dengan teliti.

11. Tunjukkan minat dan keyakinan setiap masa.

12. Berkelakuan formal dan tenang.

13. Berikan sebab-sebab yang logik kepada setiap tindak tanduk yang anda buat.

14. Bersedialah untuk bertanya soalan kepada penemuduga, jika disuruh. Tetapi, awas… Hadkan
soalan untuk anda menunjukkan anda mempunyai pengetahuan tentang industrinya.
15. Bercakap benar dan jangan terlalu membesar-besarkan kemampuan anda jika tidak boleh
menyokongnya.

16. Berikan gambaran bahawa anda bekerja untuk meningkatkan tahap pencapaian anda sendiri.

17. Berikan keyakinan bahawa anda menerima semua masalah dan kesulitan sebagai satu
cabaran.

18. Tunjukkan kepada penemuduga bahawa anda boleh menyesuaikan diri dengan pekerjaan
yang dipohon.

19. Jawab dengan sebaik-baiknya. Dengar dengan teliti dan perhatikan bahasa badan untuk
mengetahui sama ada penemuduga hendakkan jawapan yang panjang atau sebaliknya.

20. Perlihatkan kecerdasan pemikiran yang mendalam dalam perbualan dengan penemuduga.

21. Yakinkan bahawa anda dapat menyesuaikan diri dengan objektif dan matlamat syarikatnya –
gunakan kebolehan berfikir dan menjawab dengan secara terancang tetapi spontan.

22. Sediakan jawapan untuk soalan – “Bagaimanakah anda boleh memberi sumbangan kepada
syarikat ini…”

23. Dan… anda juga bolehlah menyediakan jawapan untuk – “Apakah yang anda rancang atau
matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang…” (Kalaulah disoal, alangkah
baiknya… kerana telah bersedia!)

24. Practice Makes Perfect (atau sekurang-kurang menambaik). Cuba aturkan satu temuduga
olok-olok, atau berlatih dengan seorang rakan dan rakam jawapan-jawapan anda agar boleh
dimainkan semula rakaman untuk mengetahui sebaik mana prestasi anda. Sediakan jawapan
kepada soalan-soalan lazim temuduga. Dengan cara ini, akan membantu anda menganalisis
latarbelakang dan kelayakan anda bagi jawatan berkenaan.

25. Akhir sekali, cuba relaks!

SOAL-JAWAB TEMUDUGA
Soalan-soalan yang akan ditanya

Temuduga selalunya menyebabkan stres – walaupun bagi pencari kerja yang telah menghadiri
banyak temuduga. Cara terbaik untuk mengurangkan tekanan ialah dengan bersedia. Ambillah
masa untuk mengkaji soalan-soalan “standard” temuduga yang paling berkemungkinan ditanya.
Juga, ambillah masa untuk membuat kajian mengenai syarikat agar anda boleh jawapan-jawapan
yang menggambarkan anda berpengetahuan luas.

Soalan-soalan Temuduga
1. Sejarah Kerjaya
○ Nama syarikat, nama dan keterangan jawatan, tarikh bekerja.
○ Apakah harapan anda terhadap jawatan dan sejauh manakah ia dapat dipenuhi?
○ Apakah tahap gred gaji permulaan dan akhir?
○ Apakah tanggungjawab anda?
○ Apakah cabaran dan masalah utama yang dihadapi? Bagaimanakah anda
menanganinya?
○ Apakah yang paling/paling kurang mengganggu?
○ Apakah pencapaian/kegagalan terbesar dalam jawatan tersebut?
○ Bagaimanakah anda bekerja untuk penyelia anda? Apakah kekuatan dan
kelemahannya?
○ Mengapakah anda meninggalkan pekerjaan tersebut?

1. Mengenai Diri Anda

· Terangkan hari-hari kerja anda.

· Berapa jamkah anda biasa bekerja?

· Bagaimanakah anda menerangkang kecepatan anda bekerja?

· Bagaimanakah anda menangani tekanan stres dan tekanan?

· Apakah yang memotivate anda?

· Apakah keputusan yang anda dapati paling sukar dibuat?

· Sekiranya mereka yang mengenali anda ditanya mengapa anda perlu diambil, apakah yang
mereka akan katakan?

· Adakah anda lebih suka bekerja bersendirian atau dalam satu kumpulan?

· Beri beberapa contoh mengenai kerja berkumpulan.

· Apakah jenis persekitaran kerja yang anda pilih?

· Terangkan satu situasi kerja/projek yang sukar dan bagaimana anda menanganinya.

· Bagaimanakah anda menilai sukses?

2. Pekerjaan Baru dan Syarikat

· Apakah yang membuat anda minat terhadap jawatan ini?


· Apakah sifat-sifat semulajadi/pengalaman berkaitan yang ada pada anda?

· Mengapakah anda merasakan diri anda terbaik bagi jawatan ini?

· Apakah yang anda ketahui mengenai syarikat ini?

· Mengapakah anda mahu bekerja dengan organisasi ini?

· Apakah cabaran-cabaran yang anda cari dalam sesuatu jawatan?

· Apakah yang anda boleh sumbangkan kepada syarikat ini?

· Adakah anda bersedia untuk berjalan/bekerja luar?

· Adakah apa-apa maklumat mengenai jawatan atau syarikat yang saya belum beritahu dan anda
ingin tahu mengenainya?

3. Masa Hadapan

· Apakah yang anda cari dalam jawatan berikutnya? Apakah yang penting bagi anda?

· Apakah matlamat anda untuk lima/sepuluh tahun akan datang?

· Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat ini?

· Berapakah gaji yang diperlu – jangka pendek dan jangka panjang?

· Sebagai tambahan kepada persediaan bagi menjawab soalan-soalan standard ini, bersedialah
untuk ditemuduga berasaskan tingkah-laku. Ini berasaskan kepada dasar bahawa prestasi kerja
terdahulu seseorang calon merupakan asas untuk menentukan prestasi akan datang. Anda perlu
bersedia untuk memberi jawapan terperinci termasuk contoh-contoh spesifik pengalaman kerja
anda. Cara terbaik untuk bersedia ialah dengan memikirkan contoh-contoh di mana anda telah
berjaya menggunakan kemahiran yang diperolehi.

· Ambillah masa untuk mengumpul senarai jawapan kepada kedua-dua jenis soalan dan
senaraikan kemahiran, nilai-nilai dan minat serta juga kekuatan dan kelemahan anda. Tekankan
apa yang anda boleh lakukan untuk member manfaat kepada syarikat, dan tidak hanya apa yang
anda minati.

· Orang-orang perseorangan yang anda jadikan sebagai rujukan dalam permohonan dijangka
akan dihubungi oleh syarikat sebelum tawaran dikeluarkan kepada anda. Rancang lebih awal.
Dan buat senarai rujukan serta beberapa surat sokongan di peringkat ini, agar anda sudah
bersedia apa majikan memintanya.

· Soalan terakhir yang mungkin ditanya penemuduga ialah “Adakah apa-apa soalan yang saya
boleh jawab?” Sedia beberapa soalan. Anda bukan hanya mencuba mendapatkan pekerjaan –
anda juga menemuduga majikan untuk menilai sama ada syarikat berkenaan dan jawatan
bertepatan.

TEMUDUGA BERASASKAN TINGKAHLAKU

Apakah temuduga brasaskan tingkahlaku? Menemuduga berasaskan tingkahlaku ialah


menemuduga berasaskan kepada mendapati bagaimana orang yang ditemuduga berkelakuan di
dalam situasi-situasi tertentu berkaitan dengan pekerjaan. Logiknya ialah cara anda berkelakuan
di masa-masa lalu dapat meramal cara anda berkelakuan di masa-masa akan datang, iaitu, tahap
kerja yang lalu dapat menelah tahap kerja akan datang.

Dalam temuduga tradisional, anda akan ditanya beberapa soalan yang mempunyai jawapan terus
terang seperti "Apakah kekuatan dan kelemahan anda?" atau "Apakah cabaran dan masalah besar
yang anda telah hadapi? Bagaimanakah anda menanganinya?" atau "Huraikan minggu kerja yang
biasa terdapat."

Dalam temuduga berasaskan tingkahlaku, seseorang majikan telah menetapkan kemahiran yang
perlu ada pada seseorang yang diambilnya dan akan bertanyakan soalan-soalan untuk
mengetahui sama ada calon tersebut memiliki skil-skil tersebut .

Sebagai ganti bertanyakan bagaimanakah anda berkelakuan, mereka akan bertanya


bagaimanakah anda telah berkelakuan. Penemuduga mahu mengetahui bagaimana anda
menangani sesuatu situasi, dan bukan apa yang anda lakukan di masa akan datang.

Soalan-soalan temuduga berasaskan tingkahlaku lebih menjurus, lebih menyiasat dan lebih
khusus. Misalnya:

• Berikan satu contoh ketika bilamana anda telah menggunakan logik untuk menyelesaikan
masalah.
• Berikan satu contoh matlamat yang anda telah capai dan beritahu bagaimana anda
mencapainya.
• Huraikan satu keputusan yang anda telah buat menjadikannya tidak popular serta
bagaimana anda menanganinya dalam melaksanakannya.
• Adakah anda telah melakukan lebih dari tugas-tugas hakiki? Jika benar, bagaimana?
• Apakah yang anda buat jika sesuatu projek terganggu? Beri satu contoh bagaimana anda
menanganinya.
• Adakah anda pernah meyakinkan sesuatu pasukan untuk melaksanakan sesuatu projek
yang mereka tidak berapa minat? Bagaimanakah anda melakukannya?
• Pernahkah anda menangani satu situasi yang sukar dengan rakan sekerja? Bagaimana?
• Beritahu saya bagaimana anda telah dapat bekerja dengan berkesan di bawah tekanan.
Soalan-soalan susulan juga akan diperincikan. And mungkin akan ditanya apakah yang telah
dilakukan, dituturkan, bagaimana reaksi anda atau bagaimanakah perasaan anda.
Apakah cara terbaik untuk menyediakan diri anda? Adalah penting untuk mengingatkan bahawa
anda tidak akan tahu apakah jenis temuduga yang akan berlangsung sehinggalah anda duduk di
dalam bilik temuduga berkenaan. Oleh itu, sediakan jawapan-jawapan bagi soalan-soalan
temuduga tradisional. Kemudian, oleh kerana anda tidak tahu sebenarnya akan situasi-situasi
yang akan disoal sekiranya ia temuduga berasaskan tingkahlaku, ingatkan semula dan fikirkan
beberapa situasi-situasi istimewa yang anda telah tangani atau projek-projek yang anda telah
kendalikan.

Anda mungkin boleh menggunanya bagi membantu anda merangka jawapan. Teliti keterangan
tugas. Dari keterangan kerja dan keperluan jawatan yang diperolehi melalui bacaan, anda
mungkin akan mendapat gambaran jenis kemahiran yang dapat dijadikan aset.

Semasa temuduga, sekiranya anda tidak pasti bagaimana menjawab soalan berkenaan, mintalah
penjelasan.

Kemudian pastikan anda memasukkan poin-poin berikut di dalam jawapan anda:


• Situasi yang khusus
• Tugas-tugas yang perlu dilaksanakan
• Tindakan yang anda ambil
• Keputusannya, iaitu, apa yang telah berlaku
Adalah penting untuk mengingatkan bahawa tiada jawapan yang betul ataupun salah.
Penemuduga hanya cuba memahami bagaimana anda berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu.
Bagaimana anda menjawab akan menentukan sama ada wujud keserasian antara kemahiran anda
dengan jawatan yang akan diisi syarikat berkenaan. Oleh itu, dengar baik-baik, jelaskan dengan
terperinci apabila anda respon, dan paling penting, bersikap jujur. Sekiranya jawapan-jawapan
anda bukan yang dicari penemuduga, jawatan ini mungkin bukan yang terbaik bagi anda.

ETIKA TEMUDUGA
Adab, Makan dan Temuduga

Temuduga selalunya merupakan satu tekanan – walaupun bagi pencari kerja yang telah
ditemuduga banyak kali. Temuduga boleh jadi lebih menekan apabila anda diminta makan dan
bercakap pada masa yang sama. Walaupun perkara ini jarang sangat berlaku, salah satu sebab
majikan membawa bakal pekerja keluar makan tengahari atau makan malam ialah untuk menilai
skil sosial anda dan melihat bagaimana anda mengendalikan diri anda dengan bersopan-santun di
bawah tekanan.

Makan dengan bakal pekerja membolehkan majikan mengkaji kemahiran anda berkomunikasi
sesama manusia, dan juga adab makan, dalam suasana yang lebih relaks (bagi majikan). Adab
makan memang penting. Mempunyai adab makan merupakan satu kelebihan berbanding dengan
calon-calon, oleh itu, ambillah masa untuk meningkatkan skil etika makan.
Tips Makan Untuk Temuduga:
• Adakah anda benar-benar gementar? Tinjau restoran terlebih dahulu sebelum tiba
masanya. Cara ini anda betul-betul tahu apa yang terdapat di menu, apa yang akan anda
pesan dan di mana rest rooms ditempatkan.
• Bersopan. Ingatlah untuk mengatakan “tolong” dan “terima kasih” kepada orang yang
menghidang dan juga tuan rumah anda.
• Adakah meja penuh dengan alatan? Mulakan dengan alat yang paling sebelah luar dan
disusuli dengan yang di sebelahnya ke dalam. Garpu salad anda paling kiri, disusuli
dengan garpu entree (makanan pembuka selera) di sebelahnya. Sudu dan garpu pencuci
mulut di sebelah atas pinggan anda.
• Cecair di sebelah kanan, pepejal di sebelah kiri. Misalnya, gelas air anda di sebelah kanan
dan piring roti di sebelah kiri.
• Letak napkin di atas peha apabila semua orang telah duduk.
• Ingatlah supaya anda menjauhkan siku dari meja, duduk tegak-tegak dan jangan bercakap
dengan mulut yang penuh makanan!

Semasa Makan:
• Jangan pesan makanan messy - pasta dengan sos yang banyak, ayam yang ada tulang,
rusuk, sandwich besar, dan udang galah/kara besar semuanya berbahaya.
• Jangan pesan emakanane termahal di menu.
• Pesan makan yang mudah dipotong kecil-kecil agar senang dimasuk ke dalam mulut.
• Cara sopan menyudu sop ialah menyudu jauh dari anda dan bukan hala ke anda.
Kebarangkalian sop tertumpah di atas peha anda adalah kurang.
• Pecah rol kecil-kecil dan suap ke dalam mulut anda secebis demi secebis.
• Sekiranya anda perlu meninggalkan meja, letak napkin anda di atas tempat duduk atau
tempat letak tangan kerusi anda.
• Apabila anda selesai makan, aturkan sudu, garpu dan pisau anda kepada kedudukan
“pukul empat” agar orang yang menghidang tahu bahawa anda telah selesai.
• Ingatlah, cuba relaks, dengar, dan ambil bahagian dalam perbualan.

Sesudah Makan:

• Letak napkin anda di atas meja bersebelahan pinggan anda.


• Biarkan bakal majikan meminta bil. Orang yang menjemput anda dijangka membayar bil
dan juga tip.
• Ingatlah untuk mengucapkan “terima kasih”. Fikirkan juga untuk menyusul dengan nota
terima kasih bagi mengulangi kenyataan bahawa anda berminat dengan jawatan tersebut.
NOTA UCAPAN TERIMA KASIH

Menulis nota terima kasih sesudah temuduga untuk jawatan adalah penting (tidak ramai yang
memikirkan perkara ini). Sesungguhnya, sesetengah majikan kurang memikirkan calon-calon
yang tidak membuat susulan segera. Rancang untuk menghantar surat terima kasih secepat
mungkin (sebaik-baiknya dalam masa dua puluh empat jam, atau tidak melebihi seminggu)
setelah selesai ditemuduga.

Adalah penting bagi anda untuk mengucapkan terima kasih setelah temuduga pertama untuk
jawatan dan juga temuduga kedua. Penting juga bagi anda untuk mengucapkan terima kasih
kepada semua mereka yang menemuduga anda dan juga yang telah membantu anda dalam
pencarian pekerjaan, termasuk yang anda telah temuduga. Berikut ialah beberapa panduan untuk
menentukan kepada siapa yang anda harus berterima kasih dan cara terbaik untuk menyampaikan
terima kasih anda kepada mereka.

• Bersyukurlah kepada Allah.


• Bertindak segera – Rancang untuk menghantar nota terima kasih anda secepat mungkin
setelah ditemuduga (seboleh-bolehnya dalam masa dua puluh empat jam).
• Amnya, surat-surat yang ditaip disarankan. Pertimbangkan “personaliti” organisasi
berkenaan serta hubungan erat yang dirasakan semasa sesi temuduga. Sekiranya
temuduga anda merupakan proses yang agak tidak formal dan/atau anda berjaya
menghasilkan hubungan baik dengan penemuduga, nota bertulis tangan sudah memadai.
• Sebagai tambahan kepada berterima kasih pada orang yang bercakap dengan anda, nota
terima kasih menguatkan lagi keazaman anda mahukan jawatan tersebut. (Nota:
Walaupun anda tidak mahukan pekerjaan berkenaan, tulislah surat secara hormat
menyatakan anda ingin menarik diri, kerana anda tidak mengetahui apa yang akan
berlaku. Jadi, mengapa membuang masa?)
• Anda boleh juga menganggap ucapan terima kasih sebagai surat susulan “jualan”. Dalam
lain perkataan, anda boleh mengulangi mengapa anda memerlukan jawatan berkenaan,
kelayakan anda, bagaimana anda boleh memberi sumbangan bermakna, dan sebagainya.
Surat ini juga merupakan peluang yang baik bagi membincang apa jua perkara penting
yang penemuduga terlupa bertanya atau anda telah tidak menjawabnya secara terperinci
atau tidak sebaik yang anda inginkan.
• Bagaimana sekiranya anda menghabiskan masa sehari suntuk ditemuduga (dan dibawa
makan tengahari) bersama-sama ramai orang? Adakah nota berasingan bersesuaian atau
haruskah anda menghantar satu surat sahaja untuk kesemuanya? Pilihlah pendekatan anda
berdasarkan apa yang anda fikirkan paling bersesuaian dengan “personaliti” organisasi
berkenaan. Juga, fikirkan sama ada temuduga-temuduga berkenaan mempunyai banyak
persamaan antara satu sama lain. Sekiranya terdapat banyak persamaan (seperti
perkongsian bersama di kalangan para penemuduga), mungkin satu surat sahaja sudah
memadai. Jika benar, alamatkan surat kepada semua orang dalam satu surat master,
reproduce surat berkenaan dan tambahkan nota personal bagi setiap seorang.
• Bagaimana sekiranya anda rasa gementar setiap kali menulis surat? Berilah masa –
carilah nota yang simpel untuk dihantar atau hantarkan nota terima kasih melalui e-mel
tanpa lengah; jimatkan usaha anda untuk masa yang lain.
• Ingatlah untuk membaca dahulu bagi menyemak: semak ejaan, nahu, cetakan dan lain-
lain. Sekiranya musykil terhadap nama, ejaan atau gelaran/jawatan para penemuduga,
hubungi atau telefon pejabat berkenaan. Usaha anda berbaloi!

Contoh Surat Terima Kasih

Nama Anda
Alamat Anda
Poskod, Bandar, Negeri Anda
Nombor Telefon Anda
Alamat e-mel Anda

Tarikh

Nama Penerima
Jawatan
Organisasi
Alamat
Poskod, Bandar, Negeri

Tuan/Puan/Encik/Cik:

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa peluang berbincang dengan tuan/puan berkenaan


dengan jawatan Penolong Eksekutif Akaun di Agensi tuan/puan merupakan satu Penghargaan.

Jawatan tersebut, sebagaimana yang tuan jelaskan, ternyata sangat sesuai dengan kemahiran dan
minat saya. Pendekatan yang kreatif terhadap pengurusan akaun yang tuan terangkan
menguatkan lagi semangat saya untuk bekerja dengan tuan/puan.

Sebagai tambahan kepada minat saya, saya akan meningkatkan kemahiran dalam penulisan,
kesungguhan dan kebolehan menggalakkan lain-lain kakitangan agar bekerjasama dengan
Jabatan. Latar belakang artistik saya akan membantu saya bekerja dengan staf untuk
menghasilkan kesefahaman dalam aspek kerja kita.

Saya memahami keperluan tuan/puan terhadap sokongan pengurusan. Pengalaman saya dalam
hal-hal berkaitan dengan organisasi akan membantu melapangkan tuan/puan agar dapat memberi
tumpuan untuk menangani isu-isu yang lebih besar. Semasa ditemuduga, saya terlupa untuk
memaklumkan bahawa saya telah bekerja sementara sebagai pekerja pejabat. Pengalaman ini
membantu saya membentuk kemahiran dalam bidang kesetiausahaan dan perkeranian.

Saya menghargai masa yang tuan/puan ambil untuk menemuduga saya. Saya sangat berminat
bekerja untuk tuan/puan dan berharap mendapat perhatian dan jawapan tuan/puan mengenai
jawatan ini.
Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

Tandatangan Anda
Nama Anda Ditaip

Terima Kasih Melalui E-mel


Menghantar Surat Elektronik

Menulis nota terima kasih sesudah temuduga pekerjaan boleh menjadi kunci kepada mendapat
tawaran pekerjaan. Dalam zaman komunikasi elektronik ini, adakah bertepatan menghantar surat
terima kasih melalui e-mel? Dalam kebanyakan hal, ya. Anda boleh menghantar surat terima
kasih serta merta, berbanding dengan masa menunggu untuk khidmat pos menyerahkan surat
tersebut kepada penerimanya. Sekiranya majikan membuat keputusan mengambil pekerja
secepat yang mungkin, masa adalah penting. Jika ini tidak memerlukan tindakan segera, anda
masih boleh mengirim nota terima kasih yang ringkas, beserta dengan surat atau nota, melalui e-
mel. Anda mengulangi minat anda terhadap jawatan berkenaan lebih cepat lagi.

Sebagai tambahan kepada ucapan terima kasih anda kepada orang yang bercakap dengan anda,
nota terima kasih mengukuhkan lagi hasrat anda benar-benar mahukan jawatan berkenaan.
Gunakan surat anda untuk memberi perhatian terhadap sebarang isu dan hal-hal yang timbul
semasa temuduga. Anda boleh juga menganggap ucapan terima kasih sebagai surat susulan
“jualan”. Dalam lain perkataan, anda boleh mengulangi mengapa anda memerlukan jawatan
berkenaan, kelayakan anda, bagaimana anda boleh memberi sumbangan bermakna, dan
sebagainya. Surat ini juga merupakan peluang yang baik bagi membincang apa jua perkara
penting yang penemuduga terlupa bertanya atau anda telah tidak menjawabnya secara terperinci
atau tidak sebaik yang anda inginkan. Ingatlah bahawa nota terima kasih seharusnya ringkas dan
menepati matlamatnya. Beberapa perenggan pendek sudah mencukupi.

Bagaimana sekiranya anda menghabiskan masa sehari suntuk ditemuduga bersama-sama ramai
orang? Hantar mesej berasingan kepada setiap seorang penemuduga. Buat pindaan mesej anda
agar setiap penemuduga menerima nota terima kasih yang unik. Mintalah kad bisnes di
penghujung setiap temuduga – cara ini anda akan memperolehi informasi kontak bagi surat-surat
terima kasih anda.

Akhir sekali, ingatlah untuk membaca dahulu bagi menyemak – semakan bagi e-mel adalah sama
penting sepertimana lain-lain surat-menyurat. Pastikan anda menyemak ejaan, nahu, cetakan dan
sebagainya. Juga simpan sesalinan untuk anda, dalam fail keluar mel anda atau hantar salinan
kepada diri anda sendiri, agar anda mempunyai sesalinan setiap mesej yang dihantar.

TIP BERPAKAIAN
Sebelum ditemuduga oleh sesebuah syarikat, buat kajian untuk mengetahui kod berpakaian
syarikat berkenaan. Berikut ialah beberapa saranan untuk membantu anda:

Sut

· Sut single-breasted dua butang dengan belah belakang selalunya selamat dipakai.

· Warna hendaklah biru kelasi, arang atau kelabu. Ingatlah untuk memakai warna gelap.

· Sut pinstripe, plaid atau solid paling diterima.

· Bagi jawatan bercirikan daya kreativiti, seperti pengiklanan atau pemasaran, anda boleh
mengenakan sut tiga atau empat butang. Olives dan tans juga boleh diterima.

· Sut hendaklah berkualiti dibuat dari bulu biri campuran.

Kemeja

· Kemeja putih terbaik untuk temuduga.

· Untuk kelihatan lebih profesional, pilih kemeja dengan tab collar atau point collar.

· Kemeja hendaklah dari kapas 100% dan ditekan licin.

Tali Leher

· Anda hendaklah memilih tali leher dari kumpulan warna merah – kekuasaan.

· Sekiranya tali leher anda bercorak, warna-warna corak hendaklah sepadan dengan warna sut
anda.

· Tali leher hendaklah dari sutera 100%.

· Jauhkan dari tali leher jenis clip-on.

Kasut

· Kasut lace-up pilihan baik untuk temuduga.

· Kasut seharusnya jenis wingtip atau cap toe.

· Hitam menjadi pilihan, walaupun burgundy/oxblood boleh juga diterima.

Tali Pinggang
· Tali pinggang mestilah sepadan dengan kasut.

· Ianya hendaklah seberapa konservatif yang boleh.

Stoking

· Stoking mestilah sepadan dengan sut.

· Warna-warna solid lazimnya selamat dipakai.

Petua

Sekiranya mengguna kolon atau pewangi, janganlah berlebih-lebih.

• Ingatlah untuk menekan sut sebelum temuduga.


• Hadkan barang kemas kepada satu bentuk cincin bagi satu tangan.
• Jangan memakai subang/anting-anting.
• Pastikan anda tidak memakai kasut yang baru yang belum dipakai lagi, dan kasut
hendaklah digilap sebelum pergi temuduga.
• Jangan memakai suspenders dengan tali pinggang.
• Pastikan nafas anda berbau segar.
• Pastikan rambut, kuku dan sebarang bulu/rambut di muka ditrim kemas dan bersih.
Insya Allah, kejayaan akan berada di pihak anda.

SELAMAT BERJAYA!!!

You might also like