P. 1
WACANA

WACANA

|Views: 73|Likes:
Published by shah bin om
wak canai
wak canai

More info:

Published by: shah bin om on May 06, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/30/2013

pdf

text

original

WACANA 1.

0 PENGENALAN Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Sebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan iaitu melibatkan hubungan pembicara dan pendengar manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang mana melibatkan hubungan antara penulis dengan pembicara. Setiap wacana mempunyai penanda yang juga dikenali sebagai penanda wacana. Antara fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan, penyataan semula, untuk menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat bandingan serta rumusan sesuatu wacana. Penanda wacana amat penting kepada sesuatu wacana kerana tanpa penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Secara umumnya penanda wacana dalam bahasa melayu terdiri daripada penanda leksikal, penanda rujukan, penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda elipsis atau pengguguran.

2.0 Definisi wacana Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris. Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti hubungan fikiran dengan kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan. Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi formal, kuliah, ceramah serta khutbah. Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993 : 1484 bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi hierarki tatabahasa , wacana terletak pada heirarki yang tertinggi selepas ayat, seperti yang tergambar dalam rajah berikut : Perkataan --> Ayat --> Klausa --> Frasa --> Wacana

Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan erti perkataan wacana di atas dapat disimpulkan bahawa perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini. Wacana ialah satu unit bahasa yang lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut: a. Pendahuluan b. Tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal) c. Penutup d. graf, jadual, peta dan statistik. Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. Untuk memperoleh gambaran yang lebih jelas, definisi wacana telah dihurai serta diterangkan oleh beberapa tokoh bahasa di bawah ini, antaranya ialah : Asmah Haji Omar (1982)3 menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem secara teratur. Asmah telah membezakan ayat sistem daripada ayat wacana. Ayat sistem adalah ayat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betulbetul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan. Menurut Raminah Haji Sabran (1984:218) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap. Menurut Fokker (1951)4 pula, hubungan kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan (verwijzing), kata-kata penghubung (verbindingswoorden) dan pengguguran (ellips). Kesatuan makna dalam wacana seperti yang diterangkan di atas akan dilihat dari segi makna logik dan makna tautan. Makna tautan inilah yang merupakan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana. Stubbs, Michael menyatakan bahawa wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas, yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran. Harimurti Kridalaksana (1984:204)1 menyatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap;

kohesi. wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat tatabahasa dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan (cohesion) dalam strukturnya. Terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu satuan bahasa. wacana menurut beliau suatu bentuk penggunaan bahasa yang melibatkan komunikasi dan interaksi. Crystal juga mendefinisikan wacana sebagai unit perlakuan. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti. berkesinambungan. 3. Werth (1999: 1) pula melihat wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yang sempurna yang mempunyai awal dan akhir. 2002:35-36). lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata. ensiklopedia. teratur atau tersusun rapi. Wacana. merujuk kepada kajian tentang unit tersebut. Makna kesinambungan di sini adalah diertikan sebagai kesatuan makna. iaitu seberkas ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa seperti perbualan.Moeliono (1995:407)2 mendefinisikan wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu. wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Dijk (1997: 1-34) menyatakan konsep wacana kabur kerana tentang fenomena yang rencam. wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Dalam bahasa Inggeris. Crystal menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat. khutbah dan temu duga. ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat. Menurut Chafe. paragraf. Cook mendefinisikan wacana sebagai bahasa dalam penggunaan dan untuk perhubungan (Sanat. Henry Guntur Tarigan menegaskan bahawa wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. mengatasi ayat atau klausa. dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Menurut Trask. Namun. Tetapi. menurut beliau lagi. Unit ini mempunyai status prateori dalam linguistik. discourse berasal daripada bahasa Latin discursus yang bermakna ‘larian ke dan dari’. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel. buku. terlengkap. dapat dilihat bahawa adanya persamaan dan juga perbezaan pendapat mengenai dengan definisi wacana yang diperolehi dari ahli-ahli linguistik ataupun penulis. . Secara tuntasnya. cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi atau sintaksis. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca.0 Konsep wacana Wacana berasal daripada perkataan wacana berasal daripada bahasa Jawa wocono. Anton M. Setelah dilihat beberapa huraian tentang beberapa definisi mengenai wacana yang diambil daripada berbagai-bagai sumber. pada umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. dan sebagainya.

Sebagai kajian.T. mahupun strategi di dalamnya. Ada tiga pandangan bahasa pada umumnya: Pandangan positivisme-empiris yang melihat bahasa sebagai jambatan antara manusia dengan objek di luar dirinya. penggunaan bahasa. Analisis wacana menurut Johnstone. Dijk. Sebagai unit bahasa yang tertinggi. B. Analisis wacana pula berkait dengan pandangan bahasa (Sanat. B. Pandangan kritis membetulkan pandangan konstuktivisme yang kurang sensitif kepada proses produksi dan reproduksi makna yang terjadi secara historis dan institusional. (2002:2-4). Malah. analisis wacana sekadar metodologi. wacana memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial. . Analisis wacana dalam konteks pandangan ini tidak melihat makna subjektif atau nilai yang mendasari penyataan. Subjek memiliki kemampuan untuk men guasai maksud tertentu dalam setiap wacana. Menurut beliau. Kepada ahli bahasa. (Schiffrin et. Oleh itu.2005a:131-132). topik wacana tertentu. dan amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. makna penyataan dilihat sebagai kebenaran atau ketidakbenaran sesuatu wacana dari segi aturan tatabahasa. Menurut Schiffrin et. wacana mempunyai makna yang berbeza kepada pakar yang berbeza bidang. Subjek dianggap sebagai faktor utama dalam kegiatan wacana serta hubungan sosialnya. al (2003:1).Selain itu. 2003:352) melihat analisis wacana peringkat kritis se-bagai sejenis kajian analisis wacana yang berfokus pada cara penyalahgunaan kuasa sosial. ditampilkan dan dipertahankan melalui wacana dalam konteks sosial dan politik. analisis wacana dimaksudkan sebagai suatu analisis untuk membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek. definisi wacana itu dapat dirangkumkan kepada tiga kategori besar. iaitu yang melampaui ayat. Wacana sebagai unit bahasa yang terbesar dianalisis melalui analisis wacana. Dapat disimpulkan di sini bahawa wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Pandangan konstuktivisme menolak pandangan positivisme-empirisme yang memisahkan subjek dengan objek. Wacana juga dalam bentuk jamak merujuk kepada pola kepercayaan dan tindakan lazim di samping pola bahasa. A. Oleh itu. analisis wacana dipakai untuk membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa. menurut Johnstone. penguasaan dan ketidaksetaraan dimuatkan. Bahasa dalam pandangan kritis difahami sebagai representasi yang berpe-ranan dalam membentuk subjek tertentu. Mereka melihat wacana dan analisis wacana sebagai sama. wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. seperti tautan dan runtutan. (2002:2-4). memfokus kepada proses memecahkan wacana kepada bahagian kecil dengan berdasarkan kriteria tertentu dan melihat ciri setiap bahagian itu. wacana biasanya didefinisikan sebagai apa sahaja yang melampaui ayat. wacana dilihat sebagai contoh sebenar komunikasi melalui bahasa. Wacana demikian merujuk kepada idea dan cara bertutur sehingga dapat mempengaruhi dan dipengaruhi. Selain melihat ciri struktur bahagian itu. analisis wacana juga melihat fungsi bahagian itu. Penganalisis wacana kritis mengambil pendirian yang jelas untuk memahami ketidaksetaraan sosial sehingga sanggup mendedahkan dan memeranginya. Sebaliknya. al.V.

dikatakan telah membuat penyataan awal tentang . Konsep tatabahasa ini sama dengan analisis wacana dari segi cakupan tumpuan pada wacana tetapi berbeza dari segi konteks amalan dan metodologi. “Descriptive Linguistics in Literary Studies”. juga mengambil kira asas penggunaan bahasa yang mengambil kira koteks dan konteks yang cukup luas sehingga memungkinkan pengguna peka teks. Daripada beliaulah lahir konsep struktur tema dan struktur maklumat yang menjadi asas runtutan teks. Retorik klasik mula malap dengan munculnya linguistik sejarah dan perbandingan pada awal abad ke-19. Di Jerman pula. wacana mendapat sumber sejarahnya daripada retorik klasik seawal abad kelima sebelum Masihi. muncul aliran linguistik teks oleh Hartmann. wacana sebagai bidang kajian mempunyai sumber sejarahnya yang panjang. aliran Stoik oleh Zeno pada 300 S. Beliau menggunakan prosedur formal tentang penyebaran struktur kelas keserupaan yang melebihi ayat. koteks.M. atau membongkar kuasa dan ketidaksetaraan sosial yang ada dalam setiap proses bahasa. Analisis wacana moden bermula pada pertengahan 1960-an dengan terbitnya analisis struktural wacana di Perancis. Halliday (1962) dalam artikelnya. B. wujud aliran tatabahasa fungsional oleh Halliday yang seterusnya dikenali dengan linguistik sistemik. iaitu bermula dengan peradaban keagamaan yang mengkaji kitab agama. Bidang ini mendapat tumpuan dalam aliran linguistik awal oleh Aristotle (384-322 S. Di Amerika Syarikat terdapat aliran tagmemik yang dipelopori oleh Pike. Metodologi analisis wacana sekadar menganalisis yang menurut Johns-tone. Dalam tradisi Barat pula. tatabahasa seperti ini dikenali sebagai tatabahasa wacana mega (Sanat. 2005 dan 2006). sama ada mental atau mekanikal dalam memecahkan sesuatu kepada bahagian kecil. jika disorot lagi.0 Latar belakang wacana Menurut Sanat Md. telah berkembang aliran Firth (1935) yang menghubungkan bahasa dengan sekitarannya melalui konsep keperihalan keadaan Malinowski. seperti teks Veda sejak 1200-1000 S. zaman suhuf-suhuf dan risalah nabinabi Allah jauh lebih awal. Dengan kata lain. Dan di Great Britain. Di Great Britain. (2002:2-4) merujuk kepada proses analisis secara eksplisit. Nasir (2002:1-8 dan12-18). Di Amerika Syarikat pula terdapat tulisan yang menggunakan ungkapan analisis wacana oleh Harris (1952). dan konteks amalan sosial dan amalan agama. Malah. iaitu wacana. membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek.M. etnografi pertuturan oleh Hymes dan aliran tatabahasa stratifikasi oleh Lamb. jelas analisis wacana bermaksud sebagai metodologi untuk melihat sama ada makna penyataan sebagai kebenaran atau ketidakbenaran wacana. Pada awal abad ke-20 lahir aliran struktural yang mempengaruhi formalis Rusia dan strukturalis aliran Praha seperti pada Morphology of the Folktale oleh Propp (1928) dan tentang perspektif ayat tugasan oleh Mathesius (1939). Konsep tatabahasa wacana pula dalam kertas ini selain sebagai tatabahasa yang mencakupi unit tertinggi bahasa. seawal Nabi Adam.M.Di sini.) melalui retorik dan seterusnya. 4.

dan pada waktu yang sama merencam dan mengkhusus. kajian wacana bahasa Melayu masih baru. iaitu tatabahasa transformasi generatif. An Introduction to Functional Grammar. Antara terbitan yang besar dalam tempoh tersebut ialah Beugrande dan Dressler (1981). Longacre (1983).D di luar negara tentang tautan sehingga 1993. Malah. Artikel itu membahaskan keutuhan wacana sebagai salah satu aspek analisis wacana. Pemuka aliran stratifikasi. Discourse.2001 dan 2003).0 Latar belakang wacana bahasa Melayu Menurut Sanat Md.tautan yang seterusnya kepada pemahaman struktur wacana. beliau telah menulis kertas kerja yang bertajuk “Keutuhan Wacana” dan diterbitkan sebagai artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa. Antara terbitan yang besar dalam tempoh itu ialah Halliday dan Hasan (1976). Pada tahun 1978. berpendapat dalam struktur wacana terdapat dua konstituen semologi. Halliday (1985). Seperti yang dinyatakan di atas. English Text: System and Structure. beliau telah menghasilkan karya lebih awal daripada itu seperti Discourse and Social Change pada 1992. dan Cook (1994). Aliran ini bergerak bebas dan bertentangan dengan aliran linguistik semasa. Nasir (2002: 9-12). Perkembangan ini merupakan tentangan terhadap tatabahasa formal dan bebas konteks transformasi generatif. Ruqaiya Hassan (1964) dalam tesis Ph. Analisis wacana pada dekad 1970-an merupakan analisis secara sistematis dalam disiplin yang sama atau antara disiplin. 15 buah daripadanya menggunakan kerangka sistemik Cohesion in English. menulis makalah beliau “NYA sebagai penanda anafora”. Demikianlah juga aliran tagmemik digunakan dalam Ph.Dnya memperkukuh konsep tautan Halliday tersebut. Setakat yang terkumpul. Menurut beliau. The Grammar of Discourse. Penelitian beliau kelihatan terpengaruh dengan aliran tagmemik dan linguistik teks. Mereka menghasilkan Cohesion in English yang oleh Brown dan Yule (1983:190) dikatakan paling komprehensif dan piawai dalam bidang tautan. Dekad 1980-an dan awal 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu dan berkembang. Martin (1992). Malah. dalam Sanat (2002:18) terdapat kesimpulan bahawa daripada 17 buah disertasi Ph. Kerancakan penyelidikan tentang wacana bahasa Melayu berlaku dalam tahun 1980-an. tautan berada dalam jalur peserta. iaitu . iaitu jalur peristiwa dan jalur peserta. Aja-miseba (1978). Ada pendapat yang mengatakan Muhammad Yunus Maris (1966) merupakan perintis analisis wacana dalam bahasa Melayu dengan menggunakan teknik keperihalan keadaan untuk menerangkan penggunaan ganti nama. Jika dilihat perkembangan pada dekad pertengahan 90-an dan awal abad ke-21. Dekad 1960-an ini menandakan perkembangan awal analisis wacana moden yang lebih bersifat deskriptif dan struktural terhadap genre wacana popular atau peribumi. analisis wacana ini lebih menumpukan pada usaha membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa kerana bahasa dilihat sebagai representasi yang memproduksi dan mereproduksi makna 5. Introduction to Text Linguistics. didapati analisis wacana memasuki tahap kritis seperti dalam Fairclough (1995. Gleason (1968).D. Harimurti Kridalaksana (1970: 1).

Penelitian di peringkat sarjana sepanjang tempoh tahun 1980-an setakat yang terkumpul ialah Sucipto (1987) dan Wong (1988). dan keterbacaan wacana buku pelajaran bahasa Indonesia di peringkat sekolah dasar. Artikel lain seperti Lufti Abas (1982) dan Soenjono Dardjowidjojo (1985). dan Tallei (1988). Abdul Aziz berfokus pada aspek struktur tema dan sistem hubungan logikal dalam teks pendedahan bahasa Melayu dan Inggeris. Dalam artikel yang pertama itu. Ebah (1992).1996a dan 1996b). Sucipto melihat unsur tautan manakala Wong. konteks situasional. kesinambungan topik.sepuluh tahun selepas wacana sebagai satu disiplin rancak di Eropah dan di Amerika Syarikat. Tumpuan beliau pada hubungan antara susunan ayat yang logikal dengan susunan maklumat. Azhar pula meneliti sintaksis wacana yang dalam bahasa Malaysia sedangkan Tallie. Selain yang berbentuk artikel. Dalam syarahan itu. referensi.1995a dan 1995b. Tarigan (1987) Pengajaran Wacana dan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia (1988: 334-360). inferensi. Di hujung syarahan beliau itu. disertasi dan buku. seperti Samsuri (1992). presuposisi. Ismail (1993. Indonesia. Soeseno (1992) dalam syarahan perdana sempena pengukuhan beliau sebagai profesor telah memilih tajuk “Analisis Wacana dan Penerapannya”. Dede Oetomo (1993). sarjana dan kedoktoran. Simin (1983). Farrerty (1982). perbezaan antara wacana lisan dengan tulisan. koherensi dan pengetahuan tentang dunia. Manakala peneliti lain yang menghasilkan artikel atau kertas kerja. Di peringkat disertasi kedoktoran pula. yang masing-masing bertajuk “Analisis Wacana” dan “Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi: Pendekatan Wacana”.1994) dan Zahrah (1995). Wong (1992. implikatur. Sanat (1992. prinsip interpretasi lokal dan analogi. Ramlan (1992). termasuklah Abdul Aziz Idris (1982).D. Daripada bibliografi latihan ilmiah yang diusahakan oleh Ismail (1994) dari tempoh 1977 hingga 1994. iaitu kaedah Harris.1993). beliau secara meluas menyentuh topik-topik seperti analisis wacana sebagai cabang ilmu bahasa. Terdapat 14 buah latihan ilmiah tentang kajian wacana sejak tahun tersebut hinggalah tahun 1989. penyelidikan wacana juga telah dilakukan secara serius di peringkat latihan ilmiah. pronominal. Penelitian wacana sepanjang tahun 1980-an dalam bentuk buku dan sebahagian daripada buku dapat dilihat seperti dalam Asmah (1987: 108-127) tentang teks saintifik. beliau telah menunjukkan penggunaan tiga jenis analisis wacana. didapati latihan ilmiah yang berkaitan dengan wacana hanya muncul mulai tahun 1984. dan kaedah Sinclair dan Coulthard. dengan tajuk “Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah”. Pemaparan penyelidikan itu berupa artikel. Perhatian juga diberikan terhadap analisis tetenunan dalam ayat yang berkaitan dengan hubungan tersebut. cuba mengkaji keterpaduan. ada dimuatkan contoh-contoh analisis wacana. Azhar M. keruntutan.1994. Asmah (1980a dan 1980b) telah menulis dua buah artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa. Dekad awal 1990-an diperteguh dengan kerancakan penelitian tentang wacana bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan oleh peneliti berikut. . dengan menggunakan pendekatan analisis wacana. kohesi. Sato (1991) menghasilkan tesis Ph. Rafferty pula melihat struktur wacana bahasa Indonesia yang dituturkan oleh orang Cina di Malang. kaedah Becker.

Selain itu. Universiti Malaya. kursus itu pun dianggap umum sebab sekadar menyatakan topik tentang teori sintaksis yang boleh dilihat daripada aliran lain yang bukan wacana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Unika Atma Jaya dan di Universitas Indonesia di Indonesia masih belum ada kursus seumpama itu di peringkat ijazah pertama. National University of Singapore. Namun menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “ pula terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu : I. Fakulti Bahasa Moden. tujuan. “Analisis Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu” dan Tan (1994). Universiti Kebangsaan Malaysia yang ada menawarkan kursus tersebut. Lufti. kajian wacana sebagai mata kursus peringkat sarjana muda di universiti tempatan masih belum menyeluruh. wacana sebagai satu disiplin hanya berlaku pada tahun 1970-an di Eropah dan di Amerika Syarikat. Pada waktu yang sama. iaitu tautan. berkesinambungan . Pada awal tahun 1990 diberitahu bahawa di IKIP Malang. satuan bahasa II. Jabatan Pengajian Melayu. dan didapati hanya Jabatan Linguistik.Jika ditinjau dari segi penghasilan latihan ilmiah dalam bidang ini bagi tempoh 1990 hingga 1994 di Malaysia. Di Rancangan Bahasa Melayu. Biasanya. Sebaliknya. Sanat dan Nuwairi (1985) telah membuat tinjauan tentang pengajaran linguistik di Malaysia dari segi konsep dan aliran. maklumat. seperti tranformasi generatif. Seperti yang telah dinyatakan di atas. Antaranya. aliran transformasi generatif yang dipelopori Chomsky masih kuat bertapak sehingga kebanyakan ahli bahasa kita yang belajar di peringkat kedoktoran dalam tempoh itu telah terpengaruh dengan aliran tersebut. terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh. Dua buah latihan ilmiah itu terdiri daripada Hasnah (1994). Demikian juga di Jabatan Pengajian Melayu. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. “Tautan dalam Bahasa Melayu”. Pengajian Bahasa Malaysia.0 Ciri – ciri wacana Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:81). Bahkan. teratur atau tersusun rapi V. Universiti Malaya kursus tersebut hanya dapat dimulakan pada sesi 1993/94 dengan tajuk “Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu”. Hal ini berlaku kerana beberapa sebab. Jabatan Pengajian Melayu. iaitu 15 buah dari Jabatan Linguistik. dan dua buah dari Rancangan Bahasa Melayu. terdapat 17 buah. kesannya akan memakan waktu antara 5 hingga 10 tahun untuk sampai ke sini. wacana sebagai bidang kajian dalam penelitian bahasa Melayu masih baru. keadaan dan interteks. terlengkap III. mengatasi ayat atau klausa IV. Kedua-dua latihan ilmiah tersebut menggunakan kerangka Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976). penerimaan. Universiti Sains Malaysia sudah menawarkan kursus “Analisis Wacana” di peringkat ijazah dasar bagi sesi 1989/90. Universiti Pertanian Malaysia belum lagi menawarkan kursus yang seumpama itu pada sesi 1995/ 6. runtutan.

“Tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu teks itu berkesatuan” (Halliday dan Hasan:1976) Menurut Halliday dan Hasan lagi. Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu. Penguasaan dan pengetahuan kohesi yang begitu baik akan dapat menghasilkan wacana yang baik." Halliday dan Hasan telah cuba melihat tautan makna itu dari dua sudut iaitu tautan nahuan dan tautan leksikal. meaning is put into wording and wording into sound or writing. Language can be explained as a multiple coding system comprising three levels of coding or 'strata'. terdapat dua ciri utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu. lisan atau tulisan VIII. The semantic (meaning). keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahaminapa yang didengar atau dibaca. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks. Contohnya: . "Cohesion is expressed through the strata organization of language. the lexicogrammatical (forms) and the phonological and orthographic (expression). tautan. and the forms are realized in turn (recoded) as expressions. kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan menghubungkan makna yang terkandung di dalam unsur. Kohesi juga disebut sebagai organisasi sintaktik yang mana merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga padat.VI. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula. kepaduan dan sebagainya. kohesi VII. kohesi (atau tautan) dan koheren (atau runtutan). maklumat yang terkandung. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan. To put this in everyday terminology.1 Tautan atau kohesi Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. frasa atau ayat dengan perkataan. Menurut beliau lagi. Tautan penting kerana tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk suatu kesatuan. Meanings are realized (coded) as forms. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan. Perkara ini bermaksud kohesi adalah hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. 6. Selain itu. penerimaan oleh pendengar atau pembaca. awal dan akhir yang nyata. terdapat juga ciri-ciri yang lain termasuklah tujuan sesuatu wacana.

Kata yang sering kali diulang ini adalah dari 'kata isi' (content word). Sesetengah kata dikatakan sinonim adalah disebabkan kedua-duanya merujuk kepada perkara yang sama. iaitu pengulangan kata. 6. jika kelas kata yang diulang itu tidak berubah. sinonim. Mereka ke sana untuk meminjam buku. Dalam bahasa Melayu.1 Jenis-jenis kohesi 6. kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami.1. Siti dan Faiznur ke perpustakaan. c) Superordinat Superordinat ialah penggunaan kata yang lebih khusus atau 'hiponim' kepada kata yang lebih umum atau dikenali sebagai 'hiperonim'. terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Syazwani. iaitu reiterasi dan kolokasi.1. i) Reiterasi (Pernyataan Semula) Reiterasi atau pernyataan semula berlaku melalui tiga cara. Manakala cara yang kedua ialah jika kata tersebut tidak diulang maka berkemungkinan teks itu akan terganggu sifat kesatuannya. Dalam contoh di atas. Perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Syazwani. Contoh : . kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana. kata yang akan diulang itu boleh berubah bentuk dari segi ataupun sudut morfologi. sementara sana merujuk kepada perpustakaan.1.1 Kohesi Leksikal Kohesi Leksikal diperoleh dengan cara memilih kosa kata yang serasi.1. Ini bermakna kata itu adalah kata yang amat penting bagi sesuatu ayat yang dibentuk dan dibina bagi teks ataupun wacana. a) Pengulangan Kata Pengulangan kata ini dikenali juga sebagai repetition. Oleh itu. superordinat dan kata-kata umum. 2. Tambahan pula. Sinonim ini digunakan kerana ianya untuk mengelakkan kebosanan bagi pengulangan kata yang sama di dalam teks dan juga sinonim ini memberikan variasi kepada sesuatu teks. Ini dapat dikategorikan di dalam pengulangan kata ini. Kata isi ini boleh dikenal pasti melalui dua cara. Ada dua cara bagi mencapai aspek kohesi leksikel ini. Cara yang pertama ialah kata itu atau 'kata isi' tersebut akan dijadikan sebagai unsur yang tidak boleh ditinggalkan ataupun tidak digunakan jika diperkatakan di dalam intipati teks. Siti dan Faiznur. b) Sinonim Sinonim ialah suatu kata yang mempunyai makna yang sama dengan 'kata seerti'.

Kenderaan ini meliputi kereta. 2001:25) ii) Kolokasi Bagi mengenal kolokasi adalah melihat dari dua sudut. ayam' adalah kata khusus yang juga dikenali hiponim. kerbau. Contoh : Bagi Awang Semaun. (Tarigan.G. d) Kata-kata Umum Kata-kata umum ialah kata-kata yang tidak tentu kelasnya. kerana ibu kotanya bernama Puni. ayam'. jika ia beroleh sesuatu hasil perburuan atau berkarang. H.2 Runtutan atau koheren Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesbuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. harus dibuatkan kandangnya secara teratur. laut dan udara. lembu dan ayam. biri-biri. kerbau. 2001:19) b) Dari Sudut Semantik Contoh : Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan perhubungan di tanah air kita. H. iaitu 'ternakan'. (Tarigan. 1995: 136) 6. iaitu a) dari sudut sintaksis b) dari sudut semantik. Kata 'kambing. 1995: 146) Superordinat bagi contoh di atas ialah kata umum yang merujuk 'kambing. runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna. Contohnya: . a) Dari Sudut Sintaksis Contoh : Ketika itu nama Brunei dikenali sebagai Puni. Dalam bidang perhubungan darat telah digalakkan pemanfaatan kereta api dan kenderaan bermotor.Semua yang ada di desa seperti kambing. Oleh itu. (Harun Aminurrashid. biri-biri. sebelum perolehan itu dibawanya balik ke rumahnya… (Harun Aminurrashid. kerbau. Pada zaman Sultan Muhyiddin iaitu Sultan Brunei yang ke-XIV baharulah Kerajaan Brunei itu dipindahkan ke tempat yang ada sekarang. motosikal dan lain-lain. iaitu perhubungan darat. Ketua Kampung mengarahkan penduduk desa membuat kandang ternakan masing-masing.G.

6. Kebanyakan wacana mempunyai tautan untuk menjadikannya runtut. teks yang bertaut tidak semestinya runtut. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. sesuatu teks itu perlulah koheren atau runtutan. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.5 Maklumat Setiap wacana mempunyai maklumat. Warna biru ialah warna kegemaran muda-mudi kini. Contohnya: . teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. Maklumat terdiri daripada dua jenis. ayat yang digunakan ialah ayat penyata. 6. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Contohnya: Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Oleh itu. gejala. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat.4 Penerimaan Sesuatau wacana sama ada lisan atau tulisan.3 Tujuan Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan. tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu. 6. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah Negara di Eropah. iaitu maklumat lama dan maklumat baharu. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju. Oleh itu. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. penyakit dan masalah ini. tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. untuk menghasilkan wacana. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya. setiap ayat mempunyai tautan. Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Walau bagaimanapun.Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Berdasarkan teks di atas. Malahan. tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

Tegasnya. Dalam tatabahasa tradisional.” Setiap wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. murid atau pelajar berhubung dengan guru. Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Begitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat. wujud apabila seseorang guru pelatih berkomunikasi dengan pensyarah. latar tempat kerja. Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.(1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah. jadi ayat yang terbentuk ialah ayat Tanya. Misalnya: “Cikgu Shafie mengajar dengan penuh dedikasi. misalnya latar rumah tangga. latar berekreasi. difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. andaian digelar judul dan inferensi disebut ulasan. Contohnya. latar tempat membeli-belah. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. keutamaan dan sebagainya.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9. misalnya. Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar. akibat. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri. Gaya formal.6 Keadaan Ciri seterusnya ialah keadaan. tempat. Ungkapan “Sila masuk”. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa antara rakan. jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan . Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan. 6.” Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab. dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. contohnya. ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat. dan bermacam-macam lagi. Contohnya: “Kelmarin dia tidur sehari suntuk. waktu. jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah.” “ia mendapat pujian daripada guru besar. latar beribadat. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan.00 pagi. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu. (2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh. Inferensi manambah maklumat kepada andaian dan . Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi.

Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. pidato dan siaran televisyen atau radio. gerak badan dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar. khutbah. Misalnya: 6. Hal ini beerti wacanawacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.7 Interteks Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan. Antara contoh wacana lisan adalah menerusi perbualan. Penulis tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Dalam wacana tulisan. Oleh : Siti Aminah bt Kasim Perkembangan ekonomi dalam tahun 80-an dan tahun 90-an menyediakan peluang pekerjaan yang amat banyak hingga negara tidak mempunyai tenaga buruh yang mencukupi. intonasi suara. Rencana di bawah adalah merupakan salah satu contoh wacana tulisan. 7.komunikasi yang terlibat ialah komunikasi tidak langsung. iaitu komunikasi satu arah. pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau penulis. iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. ceramah. temu ramah. Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akhbar. penulis tidak mendapat respon secara langsung daripada pembaca. Dalam wacana lisan.0 Jenis-jenis wacana Umumnya wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis. iaitu melibatkan pembicara dan pendengar. Wacana tulisan seringkali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang berkualiti dan tepat. . Dengan kata lain. kemasukan tenaga buruh asing menimbulkan pelbagai masalah sosial. Biasanya dalam wacana lisan. Contoh wacana tulisan : Rencana Tajuk : Masalah-masalah yang Dihadapi Akibat Kemasukan Pekerja Asing. majalah dan buku. Oleh itu. kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini ialah komunikasi interaktif. iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan pembicara dan pendengar secara langsung. pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah. Sebaliknya. Fenomena ini menyebabkan negara mengimport tenaga dari negara jiran. pembicara akan mendapat respon daripada pendengar pada ketika itu juga. Wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.lazimnya bahagian ini diberi tekanan suara yang tinggi.

tapak pembinaan. berlakulah jenayah seperti pencurian. mereka berupaya menjual barangbarang mereka dengan murah. Walaupun pada mulanya mereka bekerja tetapi setelah beberapa lama mereka berniaga dengan membuka gerai. Di samping itu.0 PENANDA WACANA Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea. sebahagian besar daripada buruh asing ini datang untuk mencari rezeki terdapat pula mereka yang berniat jahat. Mereka lari dari tempat mereka kerana mereka melakukan jenayah. Andainya. Kegiatan ini menimbulkan pelbagai masalah kepada peniaga tempatan. pengambilan buruh asing berlanjutan maka kawalan yang ketat dan saringan yang teliti perlulah diambil oleh pihak yang berwajib. di kalangan buruh asing itu terdapat juga mereka yang datang bukan untuk makan gaji tetapi untuk berniaga. dan penipuan. Kebanyakan daripada mereka berkahwin dengan gadis-gadis tempatan. terdapat pula golongan buruh asing yang cuba menganut budaya tempatan sehingga mereka menjadi seperti penduduk tempatan. Oleh itu. dan restoran rupa-rupanya membawa masalah yang berat. Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan. hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. peniaga tempatan yang tidak boleh bersaing meninggalkan tempat perniagaan mereka. Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara . Rancangan menerima buruh asing digunakan oleh sesetengah pihak untuk lari dari kampung halaman mereka. Apabila mereka datang ke sini mereka mungkin bertemu dengan seteru lama mereka. Golongan jahat ini datang untuk mencari kesenangan dengan cepat. kita kerapkali dikejutkan oleh pergaduhan dan pembunuhan di kalangan buruh asing terutama sekali yang datang dari Indonesia dan Filipina. Oleh sebab overhed mereka rendah. Setelah mengumpulkan wang dengan banyak mereka balik ke negara asal mereka dan meninggalkan anak-anak dan isteri mereka. hotel. (+348 patah perkataan) 8.Kedatangan buruh asing secara beramai-ramai yang tidak disaring latar belakang mereka membenarkan kemasukan penjenayah yang datang untuk mencari kesempatan. Selain itu. Tindakan ini menambah pula peniaga saing seperti di Chow Kit pada suatu ketika dahulu. Rancangan jangka pendek untuk mengisi kekosongan di kilang. Justeru itu. Fenomena ini jika tidak dikawal sudah pasti menimbulkan masalah sosial dan membebankan negara. rompakan. Sungguhpun. Justeru itu. Di samping itu. Mereka berniaga tanpa lesen dan kadang-kadang bersaing dengan peniaga tempatqan. kejadian rompakan dan kecurian kerapkali berlaku di mana buruh asing ramai didapati. ladang-ladang.

Selain itu pula. Kami juga amat menyayanginya. wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan. Contohnya ikan merangkumi makna yang khusus seperti tenggiri. Pengulangan kolokasi melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait dengan sesuatu idea. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana. cencaru. iaitu 8. selar dan kembung. banyak . Terdapat banyak jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu. Penanda leksikal melibatkan unsur pengulangan kata dan kebiasaannya pengulangan kata yang terlibat ialah pengulangan unsur yang sama. Antaranya Honda. kita akan menggambarkan situasi permainan bola sepak. topik.1 Penanda Leksikal Penanda leksikal ialah penanda yang melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik (makna) dalam sesebuah wacana. apabila kita mendengar ungkapan tendangan percuma. Contohnya: Pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai telah menyebabkan pencemaran air. Pengulangan hiponim pula ialah pengulangan yang melibatkan hubungan antara makna khusus dan makna yang umum yang mana merangkumi makna yang khusus. Oleh itu. Pengulangan unsur yang sama bermaksud setiap kata diulang secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan. Tetapi kini. bawal. Dalam ayat di atas. Nissan. Contohnya: Malaysia telah mengimport pelbagai jenis kereta dari luar negara. pengulangan sinonim. Pengulangan sinonim pula merujuk kepada pengulangan kata yang mempunyai makna yang hampir sama seperti: Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya.satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi. Contohnya seperti: Ibu amat menyayangi Ahmad. dengan kata lain tendangan percuma berkolokasi dengan permainan bola sepak. meja dan kerusi dikatakan sebagai perkataan yang berkolokasi kerana perkataan-perkataan ini mempunyai lingkungan yang sama iaitu perabot. Makna yang umum disebut sebagai superordinat manakala makna khusus disebut sebagai hiponim. situasi atau konteks. hiponim dan kolokasi. Perkataan wanita dan perempuan merupakan pengulangan kata yang sinonim iaitu sama makna. Lazimnya pengulangan kolokasi melibatkan hubungan leksikal selingkungan seperti perkataan almari. Toyota dan Volvo.

Dalam bahasa Melayu. di samping itu dan selanjutnya. sebaliknya. ikan dan udang merupakan perkataan yang berkolokasi kerana mempunyai lingkungan yang sama iaitu hidupan air. Contoh rujukan ganti nama diri adalah seperti yang berikut: Aku. Kami bertolak pada pukul empat petang. Dalam ayat di atas.ikan dan udang yang mati. Sani dan Udin akan ke Kuala Lumpur. lebih-lebih lagi. itu.3 Penanda penghubung Penanda penghubung berfungsi sebagai penjalin unsur-unsur linguistik seperti perkataan. Antara penghubung tambahan dalam bahasa Melayu ialah dan.2 Penanda rujukan Penanda rujukan melibatkan rujukan terhadap ganti nama diri dang anti nama tunjuk. kedua dan ketiga. penanda penunjuk terdiri daripada perkataan ini. malahan. 8. Antara contoh penanda penghubung tentangan ialah tetapi. sini dan situ. Contohnya : . Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang membawa maksud menunjukkan benda atau perkara. musabab dan tempoh. Contohnya : Tugasnya sebagai wartawan di salah sebuah syarikat penyiaran benar-benar member pengalaman kepadanya kerana dia sering diberikan tugasan di luar Bandar. namun dan walau bagaimanapun. Penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat sebelumnya dalam sesebuah wacana. Contohnya: Di manakah awak tinggal? Saya tinggal di sana. tentangan. frasa atau ayat yang terdapat dalam sesebuah wacana. Sani dan Udin. Perkataan kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku. Malahan dia juga berpeluang melawat negara-negara luar seperti Thailand dan juga India untuk menjayakan rancangan dokumentari itu. tambahan pula. Penanda penghubung terdiri daripada penghubung tambahan. 8. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Rujukan ganti nama diri melibatkan ganti nama diri orang pertama.

sememangnya. akhir kata. 11. Penanda penghubung musabab ialah penanda yang merupakan sebab berlakunya sesuatu. jadi. Sebab dan kesan oleh itu. akhirnya. walau bagaimanapun. mereka merupakan kaum yang berambut panjang dan hitam. pada mulanya. pastilah. seterusnya. kemudian. 4. sebagai. lambat-laun. 7. kedua. selanjutnya dan sebagainya. sewajarnya. ramai di kalangan ahli kami yang kepenatan. namun begitu. Waktu apabila.4 Penanda penggantian. sebagai penyimpul kata 6. selepas. oleh sebab dan oleh itu. bertentangan dengan. 8.30 pagi. sama juga dengan.Penghuni benua Amerika suatu ketika dahulu bukanlah kaum kulit putih dan berambut perang. kemudian. justeru itu. Akhirnya. bersebelahan dengan. selanjutnya. Contohnya: Pada peringkat awal pendakian. Pertentangan tetapi. lama-kelamaan. ibarat. ketiga. Contohnya: Dia kesuntukan masa. sebagai kesimpulan. 10. umpama. fasal. 1. bagai. kemudian. berbekalkan semangat juang yang tinggi kami berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu tepat jam 6. lagi. kesimpulannya. Tambahan dan. di samping. Tempat berhampiran dengan. lantaran. semasa. akhirnya. yakni. kemudian daripada itu. sebaliknya. seterusnya. Bandingan seperti juga. tambahan lagi. bertentangan dengan. Urutan Pertama. tentulah. bak kata. Contoh penanda musabab ialah kerana. laksana. Oleh sebab itu. ketika. macam. Sebaliknya. sebab itu. Penyataan semula iaitu. dengan kata lain. kami teruskan pendakian. Penanda penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Rumusan rumusannya. kami berhenti rehat untuk jangka waktu yang panjang dan selepas itu. Contoh penanda penghubung tempoh ialah pertama. sungguhpun. sesungguhnya. serupa dengan. Contoh contohnya. seperti. 8. sesuai dengan. serta. kedua. Pengesahan sebenarnya. Kemudian. 3. selepas itu. tambahan pula. seperti yang diterangkan. 2. 9. . 5. dia perlu menyiapkan tugasannya secepat mungkin. dengan itu.

5 Elipsis Elipsis melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. verbal dan klausal.5. Penanda penggantian terdiri daripada penanda penggantian nominal. Adiknya suka baju putih. Nanti baru saya lakukan. Walaupun ayat kedua tidak menyatakan unsur yang sama seperti ayat pertama. Contoh 1 : Pemuda itu kelihatan resah. tetapi ayat kedua ini masih difahami. 8.Penggantian ini dikenali sebagai Substitution. Contohnya : Saya sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu. perkataan lakukan menggantikan sebahagian ayat sebelumnya. Ini beerti pengguguran kata atau frasa melibatkan maklumat yang telah diketahui oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteksnya. 8. iaitu a) Pengguguran nomina Contoh : A: " Kita ini perlu anak. Walaupun dalam ayat pertama dan kedua menyatakan unsur yang sama iaitu unsur warna tetapi kedua-dua ayat tersebut masih boleh difahami. Tau anak! Adanya anak akan lebih bererti hidup …" B: "Kenapa diungkit-ungkit juga soal ^ itu?" (Leman Ahmad. Penggantian nominal ialah penggantian yang dilakukan terhadap kata nama tau frasa nama. Dalam contoh di atas. Penggantian adalah pengambilan alihan atau pertukaran bagi sesuatu segmen kata. iaitu menebang pokok durian itu. Dalam contoh di atas. Contoh 2 : Ah Meng suka baju berwarna merah. manakala penggantian verbal melibatkan penggantian terhadap kata atau frasa kerja dan penggantian klausa pula melibatkan penggantian sebahagian daripada ayat. frasa pemuda itu tidak diulang dalam ayat kedua. Tidak tahu arah mana yang harus ditujunya.1 Jenis elipsis. Terdapat tiga jenis elipsis . Penggantian seperti ini merupakan penggantian klausa. frasa atau klausa oleh kata ganti yang lainnya. 1984: 24) . Dalam ayat (1) di atas perkataan tidak diulang dalam ayat (2).

iaitu tautan. rujukan. Manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang melibatkan bidang penulisan.G.b) Pengguguran verbal Contoh : A: "Pernahkah kamu menaiki beca dan basikal?" B: "ya. Selain itu. penggantian dan juga ellips. penerimaan. Wacana juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana jenis lisan dan wacana jenis tulisan. Wacana jenis lisan merupakan wacana yang melibatkan antara penutur dan juga pendengar. Pertautan dan kesinambungan idea ini bukan sekadar antara ayat dengan ayat atau antara satu perenggang dengan satu perenggang. tujuan. Wacana mempunyai ciri-ciri yang terdiri daripada tujuh tahap ketekstualan. buku dan siri buku. Wacana bukan sekadar diperingkat ayat. Tujuh ciri ketekstualan perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang baik sama ada dalam penghasilan penulisan atau pengucapan. dengan menggunakan wacana yang betul melalui percakapan seseorang itu akan menyebabkan seseorang itu akan dihormati oleh orang lain. H. pernah ^ " (Tarigan. H. Sebagai contohnya ialah seorang guru yang bertanya kepada muridnya kenapa tidak hadir ke kelas. runtutan. Hal ini kerana seseorang itu mampu mempamerkan kesungguhannya menggunakan bahasa dengan betul ketika bercakap KEUTUHAN WACANA Keutuhan wacana adalah satu aspek yang sangat penting kerana ia menentukan apakah sesuatu itu boleh dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Hal ini penting untuk memperlihatkan kesatuan bagi menghasilkan wacana yang utuh. keadaan dan juga interteks. memo dan sebagainya. Wacana juga penting bagi menghasilkan kerja yang bermutu selain daripada boleh menyempurnakan sesuatu perkara. bahkan dari satu bab dengan bab yang lain. Sebagai contohnya ialah surat rasmi yang ditulis kepada kerajaan. Sesebuah wacana yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan kesinambungan idea.G. laporan. Sebagai contohnya. malahan meliputi perenggang. penghubung. . 1995:166) c) Pengguguran klausa Contoh : Guru: "Apakah kamu mahu mendapat biasiswa dari kerajaan?" Pelajar: "Ya tentu" (Tarigan.0 KESIMPULAN Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Melaluinya juga kita dapat memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam. penanda wacana pula terdiri daripada lima jenis yang disebut sebagai penanda leksikal. maklumat. bab. 1995:147) 11.

Melalui analisis keutuhan wacana juga kita dapat pula memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam. Kerajinan menjamin kejayaan. Dia kaya. a) Hubungan sebab dan akibat: Dia sangat malas. d) Hubungan syarat dan hasil: Kita mesti rajin berusaha. leksikal. berlesung pipit dan berhidung mancung. h) Hubungan memperkuat isi: Sungguh cantik gadis itu. g) Hubungan sampingan: Saya sudah membuat kerja rumah. Koheren merujuk kesinambungan ayat-ayat dan merujuk perenggan-perenggan yang membawa idea-idea tertentu. Dicirikan oleh sifat kohesi dan koheren. Merujuk kepada kebulatan dan kesepaduan esei. Saya letih jadi saya hendak tidur. Dia mahu memikat Aminah.Nasir yang menciptanya.1 Hubungan Dari Segi Aspek Semantik Jalinan makna di antara satu ayat dengan ayat lain atau perenggan-perenggan lain. c) Hubungan sebab dan tujuan: Hassan berpakaian kemas. Ia dapat dilihat daripada hubungan bahagian-bahagian dalam wacana daripada segi semantik. Keutuhan wacana bertujuan bagi menentukan sesebuh wacana itu berkualiti atau tidak. gramatik dan fonologi.Satu aspek penting dalam analisis wacana ialah keutuhan wacana. f) Hubungan perbandingan: Hasnah cantik. Dia bodoh. Rambut ikal mayang. Sebenarnya M.2 Hubungan Dari Segi Aspek Fonologi . Dengan menganalisis keutuhan wacana kita dapat menentukan sama ada sesuatu teks itu sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur. e) Hubungan latar dan kesimpulan: Lagu itu sungguh enak didengar. 9. Kohesi merujuk kepada idea atau isi esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu. b) Hubungan sebab dan hasil: Ali rajin bekerja. 9. Kakaknya lebih cantik lagi.

Himonim: Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi. cempaka. dan. tetapi. Intonasi suara berperanan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat. Antonim: Pemuda harapan bangsa. Hiponim: Dia menanam pokok melur. Malaysia. oleh itu. Kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perenggan dengan perenggan yang lain. selain itu. Berfungsi sebagai pengembangan idea: Seperti. contohnya seperti ayat di bawah: a. berikutnya. kemudian. (ayat tanya) 9. (ayat penyata) c. i. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga tersebut. i. pada masa dan ketika itu. kerana dan dengan.4 Hubungan Dari Segi Tatabahasa Wacana berkualiti mesti memperlihat hubungan berdasarkan binaan tatabahasa. Aman negara Malaysia?. Sinonim” Ali seorang yang rajin. Berfungsi sebagai penghuraian: Seterusnya. 9. iv. ii. Negara yang aman. Aku bersa sangat letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku dipeluhi dengan daki. selepas. Berfungsi sebagai penambahan: Sebelum. nada suara dan intonasi suara.3 Hubungan Dari Segi Leksikal Hubungan wacana berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan. Malaysia negara yang aman. Pemudi tiang negara. ii. b. iii. iii. bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. Ini dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatik seperti: a. Ini dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana.Dilihat daripada segi hentian suara. . Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti. pada sudut yang lain dan sebaliknya.

i Kata ganti nama: Saya. Peleburan dan penggantian: untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat daripada penyataan yang diberikan. kita. itu. Contoh: Ali menendang bola dengan laju manakala Hassan menendang dengan perlahan . ini dan siapa. c. kami. Kata rujukan: kata yang boleh menggantikan sesuatu sama ada benda atau manusia. mereka. dia.b.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->