You are on page 1of 4

Pergerakan Lokomotor

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.

Konsep Pergerakan Lokomotor


Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

Arah: Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan

Haluan: Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain

Masa: Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal.

Bentuk Pergerakan Lokomotor


1. Berjalan Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: a) Jalan berundur dan kemudian ke hadapan b) Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan c) Berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan d) Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan e) Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak f) Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan g) Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan h) Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan i) Berjalan naik tangga

2. Berlari Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: a) Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus b) Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi. c) Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan d) Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat di berikan dan berlari semula e) Berlari kehadapan serta berundur kesisi

f) Berlari mengikut seorang ketua g) Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan h) Berlari mengikut arah zig zag i) Lari beberapa langkah dan kemudian melompat

3. Melompat Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: a) Melompat seperti rusa melompat pagar b) Melompat tali atau garisan di atas lantai c) Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai d) Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan e) Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat f) Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat g) Melompat sambil mengubah arah lompatan

4. MELOMPAT KETINGTING Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: a)Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat kiraan b)Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan c)Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekanan mengikut isyarat Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak

5. MERANGKAK Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: a) Merangkak melalui pelbagai halangan b) Merangkak melalui bawah sarang labah-labah c) Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat d) Merangkak melalui tali

You might also like