P. 1
MORAL AKHLAK & ETIKA

MORAL AKHLAK & ETIKA

5.0

|Views: 4,611|Likes:
Published by gengkapak
Moral dan akhlak ada orang kata sama dan ada juga berbeza. Justeru itu, apa yang dikongsikan ini ialah slaid kuliah mengenai moral dan akhlak yang membincangkan kedua-dua perkara ini dari beberapa sudut
Moral dan akhlak ada orang kata sama dan ada juga berbeza. Justeru itu, apa yang dikongsikan ini ialah slaid kuliah mengenai moral dan akhlak yang membincangkan kedua-dua perkara ini dari beberapa sudut

More info:

Published by: gengkapak on Apr 05, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2013

pdf

text

original

KONSEP-KONSEP MORAL

AHMAD TAJIDIN HJ. ARIFFIN JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL IP TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN 014-8842737

ISTILAH ASAS MORAL

KONSEP MORAL

MORAL
( Peter Baelz: Ethics and Belief : 1) Membicarakan persoalan betul atau salah, benar atau tidak dan apakah yang perlu dibuat atau yang harus ditinggalkan terhadap sesuatu perkara dalam satusatu keadaan.

Contoh: Salahkah seseorang perempuan menumpang kereta seorang lelaki • Beberapa pertimbangan moral ( moral judgement ) oleh gadis itu akan melahirkan keputusan dan tindakannya. • Dia perlu menyoal diri sendiri? Masyarakatnya? Persoalan lain ?

( Peter Baelz: hal 6-8 ) Pertimbangan moral seseorang adalah bergantung kepada suasana atau keadaan: Di mana ia berada dan dibesarkan? Apakah sistem sosial atau kelas dianauti? Apakah agama yang dianuti?

Contoh: • Kanak-kanak kampung membuang sampah di tepi jalan mungkin dianggap tidak salah jika di bandingkan dengan kanak-kanak yang dibesarkan di bandar atau dari keluarga yang bersih dan berdisiplin. • Persoalan minum minuman keras dari sudut agama, Islam? Kristian? Atau agama lain?

Peter Baelz ( Ethics and Belief ) “ Moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, adalah berfaedah jika dapat dibezakan antara keduanya, sekalipun kita selalu tidak berjaya membezakannya”.

J.L. Mackie: Ethics: Inventing Right and Wrong tidak membezakan term-term moral dan etika: “ Kenyataan moral dan etika akan dapat menerangkan sesuatu perbuatan itu betul atau salah; atau perbuatan yang sejenis dengannya betul atau salah; ia mampu menyediakan garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan mengenai perbuatan atau kecenderungan seseorang; atau sekurang-kurangnya ia dapat memajukan garis panduan yang dengannya boleh dibuat berbagai-bagai pertimbangan moral”

( G.J. Warnock: The Object of Morality:hal 1-10 )

“Moral secara mudah boleh dikatakan sebagai cara atau berbagai-bagai cara untuk melihat dan mempersoalkan berbagai-bagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkah laku”.

Prof. N. Capaldi, Prof.E. Kelly dan Prof.L.E.Navia dalam kajian mereka: An Invitation to Philosophy

Menyamaertikan istilah moral dan etika: “Dari segi etemologi , perkataan Inggeris ‘ethical’ dan ‘moral’ adalah sama, dan kerana itulah, maka pengajian etika dan moral sebenarnya satu dan sama sahaja”.

A.R. Lacey: A Dictionary of Philosophy dan W.L. Reese: A Dictionary of Philosophy and Religon Menyamakan istilah ‘moral’ dalam bahasa Latin dan ‘etika’ dalam bahasa Greek. Kedua-dua istilah itu bersangkutan dengan kegiatankegiatan praktikal yang berhubung dengan tingkah laku, adat dan cara hidup: serta aspekaspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan satu-satu aktiviti.

“Moralis” (Latin): Tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila atau merangkumi nilai-nilai murni: Baik hati, berdikari, berhemah tinggi, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, bekerjasama, kesyukuran, berfikiran secara rasional

Amalan bermoral dilihat dalam situasi berikut: •Pengawalan diri terhadap sesuatu kehendak nafsu atau dapat menahan diri dari melakukan sesuatu tingkah laku yang dianggap salah. •Kawalan ke atas keperluan fizikal yang berdasarkan kepada peraturan-peraturan masyarakat yang telah diterima secara rasional. •Bertindak secara rasional terhadap sesuatu keputusan moral yang melibatkan pentafsiran tindakan ‘betul’ melalui maklumat atau pengetahuan yang cukup dan dihuraikan dengan pemikiran secara objektif dan kritis. •Sentiasa menjaga dan bertindak dalam keadaan yang berdisiplin serta menghayati sesuatu standard hidup yang dicapai oleh sosioekonomi masyarakat

AKHLAK

AKHLAK
( Dr. Miqdad YalJin ) Meringkaskan akhlak kepada 3 aspek: • Sifat semula jadi yang dimiliki oleh seseorang secara fitrah; • Sifat yang dimiliki oleh seseorang melalui latihan atau sebagainya yang akhirnya diterima sebagai adat atau tabiat; dan • Akhlak meliputi dua demensi, batin iaitu kejiwaan dan zahir iaitu kelakuan

( Jamil Saliba: al-Mu’jam al-Falsafi ) • Dari segi istilah: Akhlak bermaksud kejiwaan yang darinya akan terbit tingkah laku dan perbuatan manusia

( Ibn Athir dan al-Ghazali ) • Khuluq merupakan gambaran batin seseorang termasuk –jiwa, inspirasi, kehendak dsb; • Khalqu pula merupakan sifat lahiriah atau bentuk luaran seseorang. • Oleh itu, apabila dikatakan seseorang itu baik khuluq dan khalqunya maka – baik sifat batiniah dan lahiriahnya.

( al-Ghazali ) “Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, darinyalah terbentuknya perbuatan dengan mudah, dengan tidak berkehendakkan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.”

Menurut al-Ghazali; • Jika keadaan jiwa melahirkan perbuatan yang baik ( akal dan syarak)  dinamakan akhlak yang baik, jika sebaliknya akhlak yang buruk. • Akhlak bukan pengetahuan atau kebolehan untuk melakukan sesuatu perbuatan; bukan juga baik atau buruk itu sendiri; tetapi akhlak sebenarnya keadaan kejiwaan yang merupakan punca kepada wujudnya tingkah laku.

( Ibn Miskawayh ) “Keadaan jiwa yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran (terlebih dahulu)” • Keadaan jiwa seseorang terbahagi 2 bahagian: Tabii (natural) Dibentuk melalui latihan dan kebiasaan

• Jiwa tabii berpusat di sifat semula jadi seseorang - umpamanya cepat marah terhadap perkara yang kecil-kecil; cepat terkejut dengan berita yang didengar; cepat ketawa; cepat berputus asa dsb. • Jiwa yang dibentuk melalui latihan dan kebiasaan melalui dua peringkat: Peringkat pertimbangan dan pemikiran yang teliti Peringkat mempraktikkan sesuatu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidup seseorang

Ahmad Amin: “Akhlak adalah sifat batiniah (kejiwaan) bukan lahiriah (luaran). Adapun perbuatan lahiriah dinamakan ‘kelakuan’ atau ‘mu’amalat’, dimana ianya merupakan gambaran dan bukti adanya sifat kejiwaan atau akhlak”. Akhlak mempunyai ciri-ciri: • Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku • Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri, yang dilakukan bukan kerana tekanan emosi atau desakandesakan dari luar seperti paksaan dsb. • Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah daging kepada seseorang.

RUMUSAN

AKHLAK – Keadaan yang lahir daripada jiwa seseorang sebagai daya penggerak kepada wujudnya satu-satu perbuatan, dan perbuatan itu sendiri perlu dilakukan dengan motif yang baik, berterusan dan bukan disebabkan oleh desakan atau dorongan emosi. Ia merupakan gabungan moral dan etika. Akhlak lebih menekankan autoriti wahyu di samping tidak menolak akal, sedangkan moral dan etika lebih memberatkan taakulan manusia.

ETIKA

ETIKA
• “Perkataan etika juga mempunyai berbagai-bagai pengertian. Pengertian biasa digunakan sebagai satu peraturan yang menjadi panduan hidup manusia. Contoh: ‘etika perubatan’ (medical ethics) – bermaksud suatu kod (susunan undang-undang) yang dapat mengatur dan memberikan panduan tingkah laku kepada para doktor dalam perubatan antara mereka dan juga dengan para pesakit. ‘Etika perniagaan’ (bisuness ethics) adalah suatu kod yang dapat mengatur tindak-tanduk ahli-ahli perniagaan terhadap pelanggan, pekerja dan rakan-rakan seperniagaan mereka”. ( Stroll & R.H. Popkin: Introduction to Philosophy: hal 249-251)

“Moral dan etika memberi pengertian yang serupa, dan juga mempunyai metod kajian yang hampir sama, maka moral boleh diertikan sebagai satu disiplin yang akan dapat memberitahu kita apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu kelompok manusia tertentu; sementara etika pula mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut”. ( Peter Baelz: hal 2 ) “Etika bersifat reflektif dan teoritikal, sementara moral pula bersifat praktikal – etika adalah penyelidik atau pengkaji, sementara moral merupakan bahan yang di selidik atau dikaji oleh etika”. ( R.H. Popkin & A. Stroll: Philosophy Made Simple: hal 1-2 )

• Contoh: Seseorang yang percaya membunuh adalah salah dalam masa yang sama ia wajib mempertahankan tanah air jika dicerobohi. Apakah yang perlu dilakukan jika negara diancam? Jika enggan berjuang untuk negara bermakna tidak menjalankan kewajipan kepada negara, jika sebaliknya dia akan melakukan pembunuhan. Dalam keadaan seperti ini kemampuan sesuatu teori etika akan teruji keutuhannya dan akan terletak sejauh mana ia dapat menolong menyelesaikan situasi berkenaan.

Peter Baelz: Etika terbahagi kepada 2 bahagian: Etika Deskriptif Etika Normatif

Etika Deskriptif: • Satu disiplin yang membicarakan sejarah sistem moral. Ia menyatakan kepada kita apakah sistem moral yang dianuti oleh seseorang individu atau oleh segolongan tertentu. • Menyedarkan kita bahawa di dunia ini terdapat pelbagai sistem moral yang relatif. Seperti sistem moral kepada orang-orang Kristian, Buddha, Yahudi, Islam; moral pada abad pertengahan, moden dsb; apa yang dianggap tidak bermoral oleh golongan yang lain; dan kadang-kadang pula penilaian moral berbeza mengikut perbezaan individu, masa, tempat dan keadaan. • Menyatakan apakah bentuk atau karekteristik sebenarnya satu-satu sistem moral yang ada. Ia tidak akan membuat penilaian, pengadilan, atau keputusan terhadap sistem–sistem moral tersebut. ( Peter Baelz: hal 3)

Etika Normatif:
• Menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada. Ia juga akan mencadangkan suatu undang-undang moral yang dianggap terbaik atau sepatutnya, bukan undang-undang moral yang telah sedia ada dan sedia diterima. Ia akan mengemukakan suatu sistem yang standard dengan berpandukan sistem yang sedia ada, seperti membentuk ‘etika perubatan’ yang berfungsi bagi menentukan suatu bentuk perlakuan yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang terlibat dengan profesyen perubatan. (Peter Baelz: hal 3)

• Adanya nilai-nilai mutlak (ethical absolutism) yang sesuai mengikut perubahan, yang dihubungkan dengan ajaran-ajaran agama dan bukannya bersifat relatif ( ikut perubahan budaya ). Contoh; Berjudi, arak, zina, pembunuhan, penipuan adalah dianggap buruk oleh manusia sejagat dan sesuai dengan perubahan budaya, masa, tempat dan keadaan.

TEORI ETIKA
3 jenis ( menurut ahli falsafah ):

Metaetika:
• •   Meta  "di sebalik apa yang dilihat secara kasar" Mengkaji asal-usul serta maksud konsep etika ( ciptaan @ luahan emosi manusia )  Persoalan isu kebenaran ( sejagat, kuasa Tuhan, peranan akal )  Melibatkan isu-isu metafizik, psikologi, linguistik ( abstrak )

Etika Normatif ( Normative Ethics ):
• • Membuat kritikan dan penilaian ke atas sistem moral Cadang sistem yang standard ( ukuran unggul )  tentu kelakuan bauk buruk Contoh : • Jika saya mahu orang lain menghulurkan makanan ketika saya kebuluran, maka saya patut ( baik ) menghulurkan makanan kepada orang lain • Jika saya tidak mahu jiran mencuri kereta saya, maka saya tidak boleh ( salah ) mencuri kereta • Adakah boleh ( betul ) saya " meminjam " daripada rakan tanpa memberitahunya terlebih dahulu?

Persoalan: • Adakah nilai moral itu hakiki atau ciptaan manusia? • Nilai  berbentuk metafizik • Apakah sebab manusia perlu bermoral? • Sebab psikologikal • Apakah maksud baik? • Baik  linguistik

Etika Gunaan ( Applied Ethics ): • Analisis ke atas isu-isu dalam pelbagai bidang  khusus, kontroversi Contoh  etika sosial:   etika alam sekitar   etika perubatan   etika perguruan   etika perniagaan

Etika moden • Boleh ditentukan secara teori tindakan itu betul atau salah melalui tindakan; Pendekatan • Teori teolologikal  berdasarkan kesan tindakan • Teori deontologikal  berdasarkan tindakan

Etika dalam konteks Moral / Akhlak • Tatacara perlakuan:  betul - salah  baik -buruk  benar - palsu  boleh - tidak mudarat Menurut kamus Cambridge • Etika  kajian baik buruk perlakuan • Sistem kepercayaan  diterima mengawal t/laku manusia ( khusus moral ) • Ilmu etika  kajian tentang betul - salah dari sudut moral

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->