You are on page 1of 14

Perkhidmatan Pergigian Sekolah

Pengenalan

Perkhidmatan pergigian sekolah secara incremental telah diperkenalkan pada tahun 1985.

Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan

murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman

persekolahan.

Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid tersebut di

bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian.

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan melalui:

• Klinik Pergigian Sekolah

Klinik-klinik pergigian sekolah terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah

atau menengah tajaan kerajaan yang terpilih.

• Pasukan Pergigian Bergerak

Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid

sekolah, termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Klinik pergigian sementara

diadakan di tempat yang sesuai di sekolah, menggunakan peralatan mudah alih.

• Klinik Pergigian Bergerak

Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi dengan kerusi dan

peralatan pergigian. Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di

sekolah-sekolah yang mempunyai ruang terhad.

Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk

pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan, tampalan, penskaleran dan penggilapan gigi.


Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-sekolah tersebut akan dirujuk kepada pegawai

pergigian atau pakar pergigian. Rawatan asas yang diberikan kepada murid-murid sekolah

tidak dikenakan sebarang bayaran dan semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan

kerajaan yang diberi keizinan (consent) oleh ibu bapa atau penjaga, layak menerima rawatan

ini.
FAKTA MENGENAI GIGI

Gigi adalah bahagian keras yang terdapat di dalam mulut. Mereka memiliki struktur yang

bervariasi yang memungkinkan mereka untuk melakukan banyak tugas. Fungsi utama dari

gigi pada manusia adalah untuk merobek dan mengunyah makanan. Pada bahagian gigi

manusia terstruktur / tersusun atas 4 (empat) jaringan yakni :

1. Email

Email adalah jaringan yang berfungsi untuk melindungi tulang gigi dengan zat yang sangat

keras yang berada di bahagian paling luar gigi manusia.


2. Tulang

Tulang merupakan lapisan yang berada pada lapisan setelah email yang dibentuk dari ion

karbonat.

3. Rongga Gigi

Rongga gigi adalah rongga yang di dalamnya terdapat kapilari darah dan urat saraf

4. Semen / Sementum

Semen merupakan bagian dari akar gigi yang berdekatan dengan tulang rahang di mana gigi

manusia tumbuh.
Jenis-jenis Gigi dan Fungsinya

Gigi Kacip

Gigi taring

Gigi Geraham kecil

Gigi Geraham Besar

JENIS GIGI KEDUDUKAN FUNGSI


Insisor ( Gigi Kacip ) Di bahagian hadapan mulut memotong makanan
Menyiat dan mengoyak
Canine ( Gigi Taring ) Di sisi insisor ( gigi kacip )
makanan
Premolar ( Geraham Di belakang Canine ( gigi
Memecah makanan
Kecil ) taring )
Molar ( Geraham Di belakang premolar ( Geraham Menghancur dan melumatkan
Besar ) gigi kecil ) makanan
Kepentingan Penjagaan Gigi, Penyakit Gigi dan Rawatan

Aspek yang terpenting bagi penjagaan gigi dan gusi ialah kebersihan mulut yang baik sama

ada di rumah mahupun ketika di dalam bilik pembedahan bersama doktor gigi. Kebanyakan

gigi hilang/tercabut disebabkan penyakit gusi dan masalah ini boleh diatasi dengan penjagaan

di rumah yang sempurna dan temujanji berkala dengan doktor gigi.

Kepentingan gigi primer (gigi susu)

Sepertimana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan

sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah

makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia

juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan

gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari

kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan.

Panduan Penjagaan Oral

Baru lahir hingga 24 bulan

• Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum

tidur.

• Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia

diisi dengan air kosong sahaja.

• Mengatur tabiat makan anak anda.


• Berhentikan anak anda secara beransur-ansur dari susu badan atau botol apabila

mencapai umur 1 tahun.

• Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak

muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.

• Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan

sebelum tidur.

• Teruskan mencuci bahagian-bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau

kain.

• Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.

Umur 2-6 tahun

• Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka

mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.

• Mula menggunakan flos di bahagian-bahagian gigi yang rapat.

• Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.

Umur 6-12 tahun

• Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak di

bawah pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanak-kanak mampu

memberus gigi sendiri. Manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai

umur 10 tahun.
• Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang

disyorkan oleh doktor gigi mereka.

• Menggunakan pengedap (sealant) untuk gigi geraham kekal.

• Jika perlu teruskan mengambil florida tambahan seperti yang telah dipreskripsikan

oleh doktor.

Kanak-kanak dari semua peringkat umur

• Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.

• Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.

Penjagaan sendiri

• Makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai.

• Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebaik sahaja selepas makan. Jika anda

tidak dapat memberus gigi selepas makan, berkumurlah dengan air.

• Gunakan ubat gigi berflorida atau jel untuk menguatkan struktur enamel gigi.

• Jalani pemeriksaan dengan doktor gigi setiap 6 bulan - mulakan pemeriksaan gigi

anak-anak anda pada umur 3 tahun.

• Gunakan alat pelindung mulut jika anda terlibat dalam sukan seperti bolasepak dan

hoki.

• Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu.


• Jika anda menghadapi masalah mengunyah gigi semasa tidur, dapatkan nasihat doktor

gigi sama ada anda perlu memakai alat tertentu untuk mengelakkan dari menggesel

gigi.

• Jangan mengunyah ais, pen atau pensil.

• Jangan gunakan gigi untuk membuka klip kertas dan lain-lain.

• Jika anda menghisap paip, jangan menggigit batang paip tersebut.

• Berhenti mengambil alkohol dan menggunakan produk daripada tembakau.

• Elakkan daripada menghisap buah lemon atau mengunyah aspirin dan pil vitamin C,

mengambil minuman ringan, gula-gula, kek, pastri, karbohidrat yang halus (telah

disaring) dan apa-apa bentuk gula. Mengambil makanan bergula menyebabkan

bakteria membentuk asid yang akan _memakan_ gigi. Asid ini akan menghakis

enamel gigi.

Memberus gigi

Jika boleh beruslah gigi anda setiap kali selepas makan. Jika tidak beruslah gigi sekurang-

kurangnya 2 kali sehari - selepas sarapan dan sebelum tidur dan berkumurlah selepas setiap

kali makan dan snek. Pemberusan yang sempurna melibatkan pemilihan dan penjagaan berus

gigi serta penggunaannya yang betul. Terdapat banyak jenis berus gigi yang boleh didapati di

pasaran dalam pelbagai saiz, bentuk dan panjangnya. Ciri-ciri yang penting semasa memilih

berus gigi ialah:

 Pemegang yang mudah dikendalikan.

 Kepalanya leper dan disesuaikan supaya boleh sampai ke mana-mana bahagian mulut.
 Permukaan berus yang padat.

 Bulu-bulu berusnya diperbuat daripada filamen nilon yang lembut, panjang menirus,

anjal dan berbentuk bulat di hujungnya.

Terdapat 3 kaedah memberus gigi yang boleh dipilih. Bagaimanapun, tidak kira teknik mana

yang dipilih, ketelitian anda memberus yang menentukan kebersihan gigi, bukannya sekuat

mana atau sekerap mana.Semua teknik memberus berikut boleh digunakan:

 Letakkan kepala berus gigi pada sudut 450 di sisi barisan gigi. Dengan perlahan

gosokkan di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan setiap gigi.

 Letakkan berus gigi di sepanjang pangkal gigi-gusi dan berus dengan gerakan

memusing atau menyapu menghala ke permukaan gigi.

 Putarkan berus dalam gerakan membulat di sepanjang pangkal gigi-gusi dan

permukaan gigi.

 Dalam semua kaedah di atas, gusi dan juga lidah perlu di berus kerana ia biasanya

mengandungi kuman.

Kaedah-Kaedah Memberus

1. Gerakan membulat.: Putar berus dalam gerakan membulat dari pangkal gigi-gusi

mengelilingi permukaan gigi.

2. Gerakan menggetar : Pegang berus pada kedudukan 450 di sisi barisan gigi dan

gosokkannya di sepanjang permukaan pangkal gigi-gusi dan di atas permukaan gigi.

3. Gerakan menyapu: Letakkan berus pada pangkal gigi-gusi dan sapu atau pusingkan

berus menghala ke permukaan gigi.


Teknik memberus yang betul

 Bersihkan permukaan luar gigi atas, diikuti dengan permukaan luar gigi bawah.

 Bersihkan permukaan dalam gigi atas.

 Bersihkan permukaan dalam gigi bawah.

 Akhirnya bersihkan permukaan mengunyah gigi atas, diikuti gigi bawah.

Teknik flos

Flos gigi yang dilakukan secara tekal dapat membersihkan plak dan partikel makanan dari

celah-celah gigi yang tidak dapat dicapai dengan berus gigi. Flos juga merupakan alat yang

penting untuk mencegah penyakit gusi. Bagaimanapun, jika gusi di antara gigi tersebut sudah

menjadi rata/leper, menyusut dengan teruk, atau membentuk lekuk yang dalam (lekang dari

gigi), kaedah flos tidak lagi berkesan.

Teknik flos yang berkesan

• Tegangkan lebih kurang 1 inci flos di antara dua jari. (Memegang lebih dari satu inci

flos akan menyebabkan kurang kawalan oleh jari semasa menggerakkannya di celah

gigi).
• Untuk membersihkan gigi, gerakkan flos ke atas dan ke bawah juga ke depan dan ke

belakang secara lembut dan perlahan-lahan.

• Untuk membersihkan gusi, lengkungkan flos di sekeliling bahagian dasar gigi.

• Dengan perlahan-lahan, gerakkan flos berulang kali ke belakang dan ke depan di

bawah gusi.

• Untuk mengeluarkan flos, gunakan pergerakan yang sama iaitu ke belakang dan ke

depan untuk menggerakkannya ke luar dan menjauhi gigi. Jangan memaksa atau

merentap flos (semasa memasukkan atau semasa mengeluarkannya). Ini mungkin

akan mencederakan atau menyebabkan tisu gusi yang lembut menjadi lebam.

Penyakit Gigi dan Rawatan

Bila anda perlu berjumpa doktor gigi?

• Anda merasa sakit gigi apabila memakan makanan yang manis, sangat panas atau

sangat sejuk.

• Rasa dalam mulut yang tidak sedap berpunca darii makanan atau bakteria yang

terperangkap di dalam rongga.

• Gigi berlubang.
• Gusi berdarah semasa memberus gigi.

• Gusi bengkak, kemerahan dan sensitif.

• Gusi menyusut.

• Gigi longgar.

• Terdapat ruang di antara gigi (gigi menjadi jarang).

• Gigi yang terdedah di sepanjang garis gusi (pangkal gigi-gusi).

• Nafas terus-terusan berbau.

• Terdapat nanah di sekitar gusi dan gigi.

Masalah oral yang umum

Plak dan kalkulus

Plak merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa terbentuk di

dalam mulut. Ianya lembut dan mudah dihilangkan dengan memberus gigi atau flos. Selepas

makan, sisa makanan akan ditukarkan menjadi plak melalui tindakan penguraian bakteria.

Jika dibiarkan, plak ini akan menebal dan bakteria akan membiak. Jika ia tidak dibersihkan

dalam masa 24 jam, plak ini akan mula mengeras disebabkan enapan garam kalsium dari air

liur dan membentuk kalkulus, ataupun tartar. Struktur enapan yang keras dan melekat kuat ini

hanya dapat disingkirkan melalui pembersihan gigi oleh doktor iaitu "pengikisan".

Rawatan bagi kes plak adalah seperti berikut(bergantung kepada kes-kes)

• Penskaleran
• Root planning
• Pembedahan gusi
Penyakit Periodontal

Penyebab etiologi utama bagi penyakit periodontal ialah pengumpulan plak bakteria. Apabila

plak terbentuk di sepanjang permukaan gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan

mudah berdarah. Ini dikenali sebagai gingivitis. Jika plak ini tidak disingkirkan, toksin akan

menyebabkan gusi lekang dari gigi dan membentuk lekuk di antara gigi dan gusi. Jangkitan

di bahagian ini akan memusnahkan gentian yang memegang gigi di tempatnya. Tulang

penyokong gigi juga akan rosak. Keadaan ini dikenali sebagai periodontitis.

Karies gigi

Karies gigi merupakan penyakit disebabkan mikrob yang memusnahkan gigi. Ia menjejaskan

tisu-tisu gigi yang keras (enamel). Sesetengah bakteria plak akan menghasilkan asid dari

karbohidrat; asid ini akan melarutkan enamel gigi dan membentuk lesi karies yang akhirnya

memusnahkan gigi jika tidak dirawat.

Rawatan karies gigi adalah bergantung kepada keadaan yang ditentukan oleh doktor gigi

• Tampalan
• Rawatan akar
• Korona gigi
• Cabutan gigi

You might also like