You are on page 1of 5

Rekod anekdot Definisi : Menurut Pusat Pembangunan Kurikulum (2008) rekod anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai

peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan dimana berlaku. Prosedur ; Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku Mengenal pasti peristiwa yang penting/ signifikan kepada aspek perkembangan murid Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku

Panduan Menulis Rekod Anekdot ; Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan direkodkan tidak tercicir Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat Menulis apa yang dilihat secara objektif Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan

Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yang menggambarkan perkembangan murid

Rekod anekdot Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar. Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakan guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid itu. Kegunaan rekod anekdot: Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancangan aktiviti individu dan bagi kes konferensi. Kebaikan rekod anekdot: Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini. Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup. Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat saksikan dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan. Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di mana ia berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkannya kemudian. Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaja dan melupakan perkara atau tingkah laku lain. Keburukan rekod anekdot: Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkan kejadian yang diperlukan oleh pemerhati sahaja. Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod ini dibuat selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurang mendalam. Kejadian mungkin berlaku diluar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurang tepat ataupun digunakan secara berat sebelah. Sukar direkod atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik.

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SKDHZ REKOD ANEKDOT

Nama Murid : Muhamad Ashraf Fasihin bin Hasim Tarikh : 30 September 2010 Masa : 8.45 9.15 pagi

Aktiviti : Menyalin semula teks pendek ( Kemahiran Menulis ) Guru mengarahkan Adik Fasihin untuk menyiapkan tugasan yakni menyalin semula teks cerita pendek dari kertas lembaran ke buku kerja. Adik Fasihin mengikut arahan guru. Tidak sampai lima minit adik Fasihin menyoal guru...... Cikgu.... cikgu... kerja nie kena buat ke???? Macam mana nak buat??? Guru bergerak ke tempat Fasihin dan dapati Fasihin belum menyiapkan tugasannnya seperti rakan- rakan yang lain. Selain itu, adik Fasihin juga mula melakukan tingkah laku negatifnya iaitu membaling ketulan pemadam keluar melalui tingkap. Apabila ditegur oleh guru, adik Fasihin mula membuat kerja namun hasilnya, kerja beliau kelihatan comot dan tidak kemas, tidak mengikut garisan serta bertaburan di dalam satu helaian buku kerja. Selain itu terdapat juga baris serta perkataan yang tertinggal sehingga menyukarkan guru untuk membaca kembali isi kandungan teks tersebut. Beliau juga ingin cepat siap dan cepat hilang daya tumpuan. Ulasan : Fasihin adalah seorang murid yang sangat periang dan mudah bergaul serta cepat mesra. Namun demikian beliau memiliki masalah dari aspek tingkah laku dimana beliau sering menimbulkan tingkah laku negatif seperti mengacau rakan, mudah hilang daya tumpuan, mudah bosan, cepat terangsang dengan persekitaran dan sebagainya. Tingkah laku negatif ini menyebabkan beliau sering kali tidak dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna, beliau seolah- olah melepaskan batuk ditangga apabila disuruh menyiapkan tugasan dan hasilnya tidak memuaskan hati guru. Oleh sebab itu, guru perlulah memberi perhatian dan bimbingan secara individu kepada beliau dalam menyiapkan tugasan. Dan arahan yang diberikan perlu jelas dan satu langkah demi satu langkah dan perlu di pantau.

Minggu Kedua : 30 September 7 Oktober 2010

Kemahiran : Menulis Bahan : Teks Karangan Pendek ( Menyalin Semula )

Secara umumnya, saya dapati adik Fasihin adalah seorang yang lemah dalam aktiviti penulisan. Di mana, apabila diarah untuk menyalin semula bahan tersebut ke dalam buku atau kertas, beliau mula gelabah dan sering menyoal berulang kali dengan soalan Cikgu... cikgu.. nie kena buat ke??? sehingga dua tiga kali. Semasa beliau menyiapkan tugasan ini, saya dapati adik Fasihin tidak boleh menyalin semula dengan cantik. Didapati, kerjanya amat comot, tidak mengikut urutan, dimana bahan di garisan pertama di campur dengan bahan garis ketiga serta tidak mengikut garis. Dimana di bahagian atas beliau tidak melangkau satu baris kemudian melangkau, kemudian tidak dan sebagainya. Selain itu, beliau juga didapati sering meninggal perkataan, baris serta huruf semasa menyalin semula. Beliau juga tidak menyalin semula tanda bacaan yang ada. Keadaan ini menyebabkan beliau sering dimarahi oleh guru. Sikap beliau yang seringkali ingin cepat siap tugasan yang diberi dan sambil lewa menjalankan tugasan menyebabkan tugasannya tidak kemas dan cantik dan agak sukar untuk dibaca semula. Di samping itu, sikap beliau yang mudah bosan yakni menghadapi masalah daya tumpuan yang singkat menyebabkan beliau seringkali ingin cepat siap dan sering menghantar latihan ataupun tugasan yang tidak siap dan sempurna. Kesimpulannya, adik Fasihin adalah seorang murid yang bermasalah dari aspek daya tumpuan, yakni beliau hanya boleh mem beri tumpuan kepada sesuatu tugasan dalam tempoh masa 5 sehingga 10 minit sahaja. Dan selepas jangka masa ini beliau akan mula gelisah dan melakukan tingkah laku negatif seperti mengacau rakan, mem baling sesuatu ataupun menarik bulu stocking beliau.

Minggu Ketiga : 10 14 Oktober 2010

Kemahiran : Kefahaman Bahan: Teks Bacaan ( Anak Itik yang hodoh )

Pada minggu ketiga ini saya telah membuat pemerhatian terhadap adik Fasihin dari aspek kefahaman. Saya telah memberi pada adik Fasihin satu teks bacaan bertajuk Anak Itik yang Hodoh dan meminta beliau membaca dengan kuat di hadapan kelas. Kemudian, saya meminta adik Fasihin untuk kembali ke tempat asal beliau dan meminta beliau untuk membaca kembali teks tersebut sendiri dalam nada yang perlahan sebanyak 2 kali. Saya dapati Adik Fasihin membaca teks bacaan tersebut seperti yang diarahkan. Namun tidak sampai 2 minit, adik Fasihin telah datang kepada saya dan memberi tahu bahawa dia telah sudah membaca dan bila saya meminta beliau membacanya sekali lagi beliau tidak mahu. Kemudiannnya, saya mengedarkan lembaran kerja berkaitan lembaran kerja tersebut kepada beliau untuk menguji kefahaman beliau terhadap teks tersebut. Keputusannnya, saya dapati adik Fasihin tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan betul di sebabkan beliau tidak memahami kandungan teks tersebut. Menurut Puan Siti Norhasyimah binti Said, guru Bahasa Melayu kelasnya..... Adik Fasihin lazimnya tidak dapat menjawab soalan kefahaman secara sendirian, beliau perlukan bimbingan guru untuk membantunya menjawab satu soalan demi satu soalan. Hal ini di sebabkan adik Fasihin tidak dapat menghubungkaitkan apa yang dibacanya dengan soalkan yang dikemukakannya serta sukar mengaplikasikan.

You might also like