You are on page 1of 13

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

TAJUK 7 BAHAN BANTU MENGAJAR MATEMATIK

SINOPSIS

Topik ini membincangkan tentang kepentingan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan matematik. Ciri-ciri dan kategori bahan bantu mengajar yang sesuai untuk murid-murid permulihan kkas matematik juga akan dibincangkan. Perbincangan juga akan dibuat dalam menghasilkan alat bantu mengajar bagi kelas pemulihan matematik berasaskan ICT atau pelbagai bahan untuk kit bahan bantu mengajar

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan kepentingan bahan bantu mengajar. 2. Menyenaraikan ciri-ciri dan kategori bahan bantu mengajar yang sesuai untuk murid pemulihan khas matematik 3. Membina alat bantu mengajar untuk kelas pemulihan matematik berasaskan ICT/ pelbagai bahan untuk kit bahan bantu mengajar.

84

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

KERANGKA TAJUK

Bahan Bantu Mengajar Matematik (BBM)

Kepentingan BBM

Ciri-ciri BBM

Kategori BBM

Rajah 7.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan

KANDUNGAN ISI

7.1

Pengenalan

Sebagai

seorang

guru

pemulihan

yang

dipertanggungjawab

untuk

meningkatkan pencapaian, penguasaan kemahiran dan penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam matematik dari aspek akademik khususnya kepada murid-murid yang berpencapaian rendah perlu memikirkan pelbagai cara bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran pemulihan matematik adalah lancar dan berkesan. Selain menguasai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pemulihan, guru perlu berkemahiran dalam membuat pemilihan dan pembinaan bahan bantu mengajar.

7.2

Kepentingan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Fungsi utama bahan bantu mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Bahan bantu mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami

85

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

pengajaran guru, namun keperluan kepada bahan bantu mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik.

Penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada murid-murid memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran. Senarai bahan bantu mengajar yang dapat digunakan oleh guru matematik tidak terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru. Rajah 7.2 menunjukkan kepentingan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan matematik.

Rajah 7.2: Kepentingan Bahan Bantu Mengajar

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65), kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut: a. b. c. d. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar e. Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.

86

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

f.

Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.

g.

Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin (1988: 242) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut: a. b. c. Memberi rangsangan dan minat murid-muird. Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak Pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. d. Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan

pembelajaran mereka lebih kekal. e. Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. f. Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan

perbendaharaan kata. g. Mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.

Sebagai rumusannya kepentingan bahan pengajaran ialah:

a.

Menjimatkan Masa Dengan penggunan bahan bantu mengajar seperti carta-carta yang telah

disediakan dengan maklumat-maklumat penting dan kit manipulatif, guru dapat menjimatkan masa pengajarannya kerana guru tidak perlu menulis maklumatmaklumat itu di atas papan tulis. Kit manipulatif yang sedia ada menjimatkan masa guru membuat sendiri.

87

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

b.

Mempelbagaikan Kegiatan Atau Aktiviti-Aktiviti Murid-Murid Pelbagai jenis bahan bantu mengajar membolehkan pengajaran guru dapat

dipelbagaikan dengan kegiatan, menarik atau aktiviti-aktiviti dilaksanakan oleh muridmurid dengan bantuan guru. Ia juga boleh membantu guru menyampaikan pelajarannya dengan tepat, jelas dan mudah.

Manakala kepentingan bahan pembelajaran ialah:

a.

Menyeronokkan Murid-Murid Dan Merangsang Minat Pembelajaran Murid Bahan bantu mengajar yang menarik dan bewarna-warni boleh merangsang

minat dan menyeronokan murid-murid dalam proses pembelajaran matematik

b.

Menolong Dalam Kefahaman Dan Pemerolehan Pengalaman Bahan bantu mengajar membolehkan murid-murid menghubungkaitkan di

antara benda konkrit dengan fakta-fakta matematik yang abstrak. Dengan ini, ia dapat mebantu murid dalam kefahaman dan pemerolehan pengalaman semasa memperlajari atau menguasai konsep matematik

c.

Memperkukuhkan Ingatan Bantu bantu mengajar boleh memperkukuhkan ingatan. Murid-murid biasanya

boleh mengingat sesuatu yang berbentuk konkrit lebih lama berbanding dengan bahan-bahan abstrak.

d.

Penyelesaian masalah Murid-murid boleh bermain, mengkaji, dan membuat kesimpulan dengan

menggunakan bahan bantu mengajar dengan bimbingan arahan daripada guru secara jelas dan tepat. Ini secara tidak langung mengukuhkan penguasaan murid dan membantu murid menyelesaikan masalah matematik.

88

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

7.3

Ciri-Ciri Bahan Bantu Mengajar

7.3.1 Komersial

a. Bahan bantu mengajar siap yang diperoleh daripada pasaran. b. Guru mendapatkan bahan bantu mengajar mengikut kesesuaian topik yang ingin diajar dan sesuai dengan keupayaan murid serta bersifat mesra pengguna. c. Contoh : Carta, lego, flash card, pembilang, sempoa dan sebagainya.

7.3.2 Kitar Semula

a. Bahan Bantu Mengajar dihasilkan melalui penggunaan bahan-bahan terpakai seperti kotak, tin, plastik, botol air dan sebagainya. b. Bahan Bantu Mengajar dihasilkan secara kreatif dan sesuai dengan topik yang ingin diajar kepada murid. c. Bahan boleh berbentuk ringkas atau tidak. d. Contoh: model robot, model gunung berapi, model bangunan dan sebagainya.

89

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Model Robot

7.3.3 ICT

filem jalur dan slaid, radio, televisyen, perakam pita, video, projektor overhead, makmal bahasa, garamator, alat pemain piring hitam dan pembesar suara serta multimedia berasaskan komputer.

Overhead Projector (OHP) dengan transparensi dan LCD projector

90

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Alat Tayangan (OHP, visualizer)

7.3.4 Pelbagai Bahan

a. Bahan-bahan konkrit atau maujud Banyak digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Bahan maujud dapat dilihat dan dipegang (Galakkan perkembangan psikomotor). Contoh: daun, bunga, buah dan sebagainya

b. Bahan pelbagai deria Terdiri daripada alat pandangan, alat pendengaran dan alat pandang dengar. Alat pandang: buku teks bergambar, gambar berwarna, kad imbasan dan alat pemancar OHP. Alat dengar: Bunyi rakaman flora dan fauna Alat pandang dengar: TV Pendidikan, video

c. Bahan perkasasan elektronik Penggunaan komputer dan LCD Perisian Sains


91

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Internet Akses lembaran kerja, powerpoint dan permainan interaktif

7.4

Kategori Bahan Bantu Mengajar

7.4.1 Kesesuaian

Sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak Saiz bahan bantu belajar yang direka adalah sesuai digunakan di dalam bilik darjah untuk kelihatan semua murid. Sesuai dengan isi pelajaran murid-murid Harus membawa manfaat kepada guru dan murid-murid. Sesuai dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman murid-murid. Sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah, seperti sama adaelektrik, plug, dapat digelapkan dan sebagainya. Selamat digunakan oleh murid-murid supaya sebarang kemalangan yang tidak diingini. tidak mendatangkan

7.4.2 Pelbagai Guna

Ini dapat menjimatkan tenaga, kos, masa atau sebagainya dalam P&P. Contoh: Guru dapat menyimpan semua bahan pengajaran dalam komputer dan ini menjimatkan tenaga dan kos yang diperlukan untuk menyediakan BBM.

Boleh digunakan dalam beberapa subjek. Contohnya, bahasa melayu dengan matematik. Boleh digunakan oleh murid-murid pada bila-bila masa bagimengkukuhkan ilmu mereka

92

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

7.4.3 Mudah Alih

Senang dibawa, difahami dan dimudah alih oleh guru mahupun muridmurid. Ini memberi peluang kepada murid belajar dengan lebih berkesan. Menyenangkan guru untuk menyimpan. Senang digunakan semasa di dalam bilik darjah

7.4.4 Jimat Kos

Tidak semestinya mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.

7.5

Membina Bahan Bantu Mengajar

Guru perlu membina bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk digunakan dalam kelas pemulihan. Guru harus membina bahan-bahan sendiri ataupun mencarinya daripada sumber yang ada di sekolah atau internet. Bahan-bahan yang boleh digunakan dalam aktiviti pemulihan mesti memenuhi kriteria-kriteria yang berikut (Ragbir Kaur Joginder Singh, 2008:251):

a.

Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan visual yang kurang: i. bahan-bahan pemulihan mesti menarik dan berwarna-warni supaya ia dapat menarikperhatian murid-murid untuk membuat aktiviti-aktiviti

tersebut. ii. tulisan yang digunakan dalam bahan pemulihan mestilah besar saiznya supaya mereka dapat membaca arahan-arahan yang disediakan oleh guru dengan mudah.

b.

Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang rendah: i. guru pemulihan mesti memastikan yang dia memberikan semua

penerangan dengan suara yang kuat, terang dan jelas.


93

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

ii. jika guru menggunakan alat bantu mengajar seperti pita rakaman, dia mesti memastikan bahawa rakaman itu dibuat secara profesional.

c.

Untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal yang rendah: i. guru mesti memastikan yang bahan-bahan permainan/alat bantu mengajar adalah cukup besar supaya murid-murid boleh memegangnya atau memanipulasinya dengan mudah. ii. segala jenis alatan bergerak dan yang berbentuk permainan mesti jenis kuat, teguh dan bermutu.

7.5.1 Bahan-Bahan Aktiviti: a. Bertulis Lembaran kerja / Kad kerja b. Lisan Latih tubi / congak c. Bahan konkrit Benda-benda maujud ict, kubus / bongkah, alat pengukur / penimbang

7.5.2 Kit Bahan Bantu Mengajar Matematik

Kit bahan bantu mengajar matematik mengandungi berbagai jenis alat bantu mengajar matematik dan buku panduan menggunakannya. Alat-alat bantu mengajar matematik yang terkandung dalam kit ialah; a. Papan flanel bermagnet - semua topik b. Abakus/dekak-dekak - Topik: nilai tempat, operasi tambah, operasi tolak. c. Carta-carta - semua topik d. Kad-kad nombor / kad jalur Topik: nombor, susunan nombor mengikut urutan menaik atau menurun . e. Benda-benda pembilang - Topik: nombor, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi . f. Lembaran-lembaran kerja / kad kerja - semua topik
94

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Pada amnya, cara menggunakan alat bantuan mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap, supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka. Bahan-bahan ini boleh digunakan bersama dengan aktiviti pelajaran yang dicadangkan di dalam Buku Panduan Khas Matematik.

7.5.3 Set Permainan Matematik

Terdapat berbagai jenis permainan yang berunsur pendidikan yang sesuai dan boleh disuai guna seabgai aktiviti pengukuhan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah: Menyambungkan nombor-nombor mengikut susunan dari satu titik ke titik yang lain untuk menguatkan kemahiran susunan nombor dan mencari benda-benda yang tersembunyi. Menyambungkan garis putus-putus atau titik untuk mencari jalan keluar. Mencari benda-benda yang tersembunyi dalam gambar. Permainan catur untuk mengembangkan pemikiran murid. Permainan nombor/ domino untuk menguatkan kemahiran operasi nombor. Permainan ular dan tangga dengan tujuan untuk menguatkan kemahiran operasi tambah dan tolak Membentuk gambar daripada tangram. Permainan kad angka ganjil (disuaikan drp kad donkey) Jigsaw puzzle bernombor Boling nombor Roda impian Dart bermagnet Pancing ikan

95

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Latihan 1

Berikan contoh-contoh bahan batu mengajar berdasarkan ciri-ciri berikut: komerisial kitar semula ICT pelbagai bahan.

Perbincangan

Cari bahan rujukan daripada internet / buku yang menunjukkan pelbagai bahan bantu mengajar matematik. Bincangkan bagaimana bahan tersebut boleh diubahsuai untuk mengajar murid pemulihan.

Latihan 2

Bina set permainan matematik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan matematik yang sesuai mengikut kemahiran.

96

You might also like