You are on page 1of 19

DATA ANALISIS

Anas Bin Suray

ANALISIS DATA
1. Cara data dianalisis bergantung kepada jenis data yang dipungut 2. Secara am, data dikategorikan kepada: Data kuantitatif Data kualitatif 3. Biasanya data yang dipungut dalam penyelidikan tindakan adalah data kualitatif

Mengenal pasti aspek amalan


(Mengumpul data untuk mengenal pasti amalan yang ingin diperbaiki) Kitaran seterusnya

Perancangan
Tindakan/ Implementasi

Refleksi
1. Menganalisis dan menilai 2. Membuat refleksi mengenai keberkesanan tindakan data yang dikumpul

Pengumpulan data

Maksud analisis data dalam penyelidikan tindakan


Data analisis adalah proses sistematik dalam menyusun transkrip temubual, nota lapangan yang anda telah kumpulkan dengan tujuan meningkatkan pemahaman anda terhadap dapatan anda dan membolehkan anda membentangkan hasil dapatan anda kepada pihak lain. Analisis melibatkan bekerja dengan data, mengurus data dan memecahkan data kepada unit-unit yang boleh diurus, sintesis, mencari pola, menemukan apa yang penting dan boleh dipelajari dan membuat kesimpulan terhadap apa yang akan diberitahu kepada pihak lain. (sumber: Bogdan & Biklen)

Data analysis is the process of bringing order, structure and meaning to the mass of collected data. It is a messy, ambiguous, time consuming, creative and fascinating process. It does not proceed in a linear fashion: it is not neat. Qualitative data analysis is a search for general statements about relatioships among categories of data; it builds grounded theory. (Sumber: Marshall & Rossman, 1995)

Proses analisis data kualitatif


Membaca data Memilih data Pengumpulan data Aktiviti penyelidikan seterusnya Memaparkan data

Memperbaiki data dan membuat kesimpulan

1.Langkah 1 :Membaca data Meneliti data yang diperolehi untuk mengingat kembali peristiwa dan pengalaman yang berkaitan 2.Langkah 2 : Memilih data Menapis untuk memilih fakta yang penting. Mengumpul data mengikut kategori/kriteria Mempermudahkan maklumat yang kompleks

3. Langkah 3 :Mempersembahkan data Merumuskan data yang terpilih dalam bentuk yang mudah dipersembahkan, misalnya grafik

4. Langkah 4 :Menterjemah dan membuat kesimpulan Menjalinkan perhubungan antara data Menerangkan model/teori untuk menjelaskan situasi

Kawalan kualiti penyelidikan tindakan


1. Mempertimbangakn perspektif alternatif Menyemak secara silang pemahaman yang anda perolehi dengan mereka yang terlibat dalam kajian anda atau penyelidik lain. A. Perspektif alternatif termasuk: i. Perspektif orang lain sama ada yang terlibat secara langsung (murid dalam kelas kita) atau secara tidak langsung (pemerhati/rakan kritis)

ii. Perspektif daripada kaedah lain bagi situasi yang sama, misalnya pemerhatian terus disokong oleh temubual murid. iii. Perspektif daripada kajian lain dalam situasi yang serupa i. Pengujian melalui tindakan Adakah pemahaman yang diperolehi daripada penyelidikan diuji melalui tindakan?

Kaedah analisis data dalam Penyelidikan tindakan


1. Analisis kandungan Meneliti data yang diperolehi (contoh: transkrip rakaman audio sesi pengajaran dan pembelajaran) dan menggariskan/menandakan perkara-perkara yang dianggap penting berhubung dengan persoalan kajian. Merujuk balik perkara-perkara yang ditandakan dan menentukan kategori yang sesuai (contoh: penyoalan guru, pujian, dll)

Melabelkan bahagian-bahagian data dengan nama kategori atau singkatan/kodnya (contoh: PY bagi penyoalan, PJ bagi pujian dsb) digunakan, pastikan koding yang lebih terperinci digunakan agar punca data berkenaan dapat dikenal pasti Contoh: PJ : TSPP3/2/18 PJ : Kategori : Pujian TSPP3 : Punca : Transkrip Sesi P&P Ke 3 2 : Muka surat ke 2 18 : Baris ke-18

2. Analisis pola Selepas mengenal pasti dan membuat pengkodan, penyelidik membuat analisis berpandukan kepada soalan-soalan berikut: i. Apakah pola yang dapat dilihat? ii.Apakah signifikannya pola ini? iii.Apakah kesan pola perlakuan tersebut? iv.Sejauh manakah pola serta kesan daripadanya serasi/sepadan dengan hasrat guru? v. Sekiranya kesan pola berkenaan memang sepadan dengan hasrat guru, apakah teori yang dapat dirumuskan?

3. Analisis delima Meneliti data yang diperolehi (khasnya transkrip temu bual) untuk mencari kes-kes di mana sasaran kajian menghadapi delima yang bercorak On one handbut, on the other hand. Menuliskan satu pernyataan yang jelas tentang delima berkenaan Menjelajah delima tersebut untuk memahami faktor-faktor yang menimbulkan kesan serta tahap seriusnya Mencari penyelesaian

Teknik menyemak data (Triangulasi data)


Data yang dipungut mesti mempunyai kredibiliti, maka data perlu disemak untuk menentukan sejauh manakah ianya boleh dipercayai. Kaedah yang popular digunakan untuk menyemak kebolehpercayaan data kualitatif ialah triangulasi. Beberapa jenis triangulasi i. Triangulasi masa ii. Triangulasi metod iii. Triangulasi sumber iv. Triangulasi penyelidik

i. Triangulasi masa
Mengumpul data daripada sumber yang sama dalam satu jangkamasa yang panjang(juga dikenali rekabentuk longitudinal). Contohnya, berbincang atau menemubual seorang individu yang sama mengenai topik yang sama pada masa yang berlainan.

ii. Triangulasi Metod


Menggunakan kaedah mengumpul data yang berlainan ke atas subjek kajian yang sama(triangulasi antara kaedah, untuk menguji kesahan). Contohnya, mengumpul maklumat mengenai aspek yang sama melalui temu bual, pemerhatian dan borang soal selidik Menggunakan kaedah yang sama untuk situasi yang berlainan (triangulasi dalam kaedahbermaksud mengulang satu kajian untuk menguji kebolehpercayaan termasuk membut replikasi)

iii. Triangulasi sumber


Mendapat maklumat dan pandangan daripada sumber-sumber informasi yang berlainan. Contohnya mendapat pandangan murid, rakan guru, pemerhatian sendiri, pihak pentadbir, buku rekod dan lain-lain Rajah menunjukkan triangulasi tiga penjuru
Perspektif pihak ketiga

Perspektif guru

Perspektif murid

v. Triangulasi penyelidik
Menggunakan lebih daripada seorang penyelidik untuk mengumpul data
(Sumber: Altrichter et al, 1993; Cohen & Manion, 1994)

You might also like