You are on page 1of 18

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

DISEDIAKAN OLEH : MAZILAH BINTI MUHAMAD 640908-02-5298 EDI OSMAN BIN AHMAD 660228-02-5233 HAMDAN BIN HASHIM 660330-07-5819 KUMPULAN : KURSUS PGSR-BM AMBILAN NOV. 2008
PENSYARAH: ENCIK ABDUL LATIB BIN ABD RAHMAN JABATAN PEGAJIAN MELAYU

IPG KAMPUS PULAU PINANG

SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN

MAZILAH BINTI MUHAMAD

HAMDAN BIN HASHIM

EDI OSMAN BIN AHMAD

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Perkara Jadual Penentu Tugasan Borang kolobrasi Refleksi Halaman Pengakuan Penghargaan Pendahuluan Isi kandungan Lampiran

Muka Surat 4 5-6 7-14 15 16 18 19-36 39-53

9.

Rujukan

37

JADUAL PENENTU TUGASAN

TARIKH 6.6..2011

PERKARA Membincangkan tugasan BMM 3110 dengan rakan melalui telefon untuk membuat temujanji Pembahagian Tugas. Tajuk ini terbahagi kepada beberapa bahagian : Menjelaskan kandungan bidang kajian ilmu sintaksis. Menganalisis dan menghuraikan susunan konsituen frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Mengkategorikan jenis ayat dalam Bahasa Melayu. Difinisi ayat majmuk. Analisis kata majmuk berdasarkan petikan majalah Dewan Masyarakat keluaran Penyediaan Power Point. Perbincangan untuk memahami tajuk masing-masing.

8.6.2011

10.8.2011

Berhubung dengan rakan-rakan dari kumpulan yang lain untuk percambahan fikiran. Mengumpul maklumat dari ahli kumpulan dan mengemaskini penulisan ilmiah. Menyiapkan keseluruhan tugasan dan lampiran-lampiran. Menaip refleksi masing-masing.

18.8.2011

18.8.2011

25.8.2011

Menyemak & mencantum tugasan yang disediakan untuk binding.

BORANG REKOD KOLABORASI PENSYARAH DAN PELAJAR

Institut Perguruan Nama Pelajar

: :

IPGM Kampus Pulau Pinang Mazilah binti Muhamad Edi osman bin Ahmad Hamdan bin Hashim

Kumpulan Semester Mata Pelajaran

: : :

PGSR ( BM ) 2008 6 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (BMM 3110)

Bil Tarikh

Perkara yang dibincangkan

Catatan/ Tindakan

Tandatangan Pensyarah

1.

6.6..2011

Membincangkan tugasan BMM 3110 dengan rakan melalui telefon untuk membuat temujanji Pembahagian Tugas. Tajuk ini terbahagi kepada

Semua ahli kumpulan

2.

8.6.2011

beberapa bahagian : Menjelaskan kandungan bidang kajian ilmu sintaksis. Menganalisis dan menghuraikan susunan konsituen frasa nama,frasa kerja,frasa adjektifdan frasa sendi nama. Mengkategorikan jenis ayat dalam Bahasa Melayu. Difinisi ayat majmuk. Analisis kata majmuk berdasarkan petikan majalah Pelita Bahasa keluaran Penyediaan Power Point. Mazilah Edi Osman Hamdan Hamdan

Mazilah

Edi Osman

Hamdan Mazilah Edi Osman

Perbincangan untuk memahami tajuk masingmasing. 3. 10.8.2011 Berhubung dengan rakanrakan dari kumpulan yang lain untuk percambahan fikiran. Mengumpul maklumat dari ahli kumpulan dan mengemaskini penulisan ilmiah.

Semua ahli kumpulan

Semua ahli Kumpulan

4.

18.8.2011

Semua ahli Kumpulan

5.

18.8.2011

Menyiapkan keseluruhan tugasan lampiran-lampiran Menaip refleksi masingmasing.

Semua ahli Kumpulan

6.

25.8.2011

Menyemak & mencantum tugasan yang disediakan untuk binding.

Semua ahli kumpulan

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU


REFLEKSI KENDIRI

NAMA : EDI OSMAN BIN AHMAD NO.K/PENGENALAN : 660228-02-5233 KURSUS : PGSR-BM / AMBILAN 2008 SEKOLAH : SK. PERMATANG BERTAM, KEPALA BATAS

E-MAIL : eoba66@gmail.com

Sintaksis Bahasa Melayu adalah mata pelajaran untuk Pengajian Melayu bagi Semester keenam untuk program PGSR kali ini. Pensyarah yang membimbing kumpulan kami ialah Encik Ishak Bin Ayub. Bidang kajian dalam ilmu Sintaksis ini ialah yang merangkumi susunan konstituen frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama, ayat dalam Bahasa Melayu termasuk frasa, klausa, ayat dasar, ayat tunggal, ayat majmuk dan proses penerbitan ayat. Dari perincian sukatan pelajaran yang diedarkan kepada saya dan rakan-rakan memudahkan kami mengikuti kuliah yang disampaikan oleh pensyarah dan rujukan daripada bahan bacaan serta pencarian ilmu melalui internet. Pensyarah pembimbing menyampaikan kuliah mengikut perincian yang meliputi semua aspek kajian dalam ilmu Sintaksis. Walaupun aspek-aspek ini kami telah menguasainya, tetapi apabila diperincikan secara mendalamnya melalui frasa dan klausa ayat-ayat menyebabkan ada juga kekeliruan yang timbul dalam mengkelaskan sesuatu penerbitan ayat-ayat tersebut. Melalui apa yang dikuliahkan serta rujukan Kamus Tatabahasa Dewan dapat membantu saya memahami bidang kajian ilmu Sintaksis ini. Sepanjang interaksi dengan pensyarah saya didedahkan dengan bidang kajian ilmu Sintaksis yang terkandung dalam Bahasa Melayu.. Walaupun topik-topik ini pernah saya pelajari semasa mengikut pengajian sebelum menjadi guru dulu, ada yang saya ingat dan ada yang memerlukan saya membuat rujukan untuk mengukuhkan pemahaman saya. Dengan apa yang dipelajari ini dapat saya katakan bahawa semua ini pernah saya mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu agar murid-murid memahami tentang penerbitan sesuatu ayat dalam Bahasa Melayu. Masa yang diperuntukan untuk mempelajari mata pelajaran ini ialah selama 45 jam dengan agihan 30 jam masa untuk interaksi dengan pensyarah dan 15 jam untuk akses kendiri melalui perincian tajuk-tajuk yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan untuk mempelajarinya. Bagi diri saya waktu interaksi dengan pensyarah ini saya guna dengan sepenuhnya untuk mengikuti kuliah yang disampaikan kerana apa yang dikuliahkan tiada modul yang boleh membantu saya untuk membuat rujukan. Waktu bersemuka dengan pensyarah ini memudahkan saya bersoaljawab berkaitan dengan apa yang dikuliahkan untuk mengukuhkan pemahaman saya. Selain daripada itu dapat berbincang dengan pensyarah tentang tugasan yang berikan. Kalau kesempatan ini saya tidak menggunakan dengan sebaik mungkin, saya terpaksa menghubungi pensyarah melalui panggilan telefon atau emel untuk bertanya tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan subjek ini. Alhamdulillah saya dan rakan-rakan mendapat pensyarah pembimbing yang memahami dengan masalah saya dan rakan-rakan yang mempunyai tanggungjawab

sewaktu berada di sekolah apabila balik untuk menjalankan tugas di sekolah selepas kuliah. Cara pendekatan yang digunakan oleh pensyarah pembimbing ini amat menarik dan bersesuaian dengan perwatakan dan penampilannya. Saya suka dengan gaya dan perwatakan Encik Ishak selaku pensayarah pembimbing kami. Ini menyebabkan saya rasa seronok dan selesa sewaktu mengikuti kuliah yang disampaikan oleh beliau. Sewaktu menerima soalan tugasan ini saya rasa agak tertekan juga kerana selain daripada untuk menyiapkan tugasan ini, pada masa yang sama saya jperlu menyaipkan tugasan yang lain. Tambahan pula tarikh serahannya dalam masa yang hampir sama antara seseorang pensyarah pembimbing. Saya dan rakan-rakan terpaksa melaluinya juga dengan kerelaan hati memandangkan bidang kajian ilmu Sintaksis ini memerlukan saya membuat kajian tetang frasa dan kalusa ayat melalui penerbitan ayat-ayat tersebut. Melalui tugasan ini saya perlu memahami tentang ayat majmuk dengan membuat pelbagai rujukan berkaitan dengan ayat majmuk ini. Alhamdulillah atas kesabaran saya maka melalui pembacaan buku-buku rujukan maka dapatlah saya melengkapkan tugasan ini dengan apa yang fahami mengikut kotak pemikiran saya..Walaupun tugasan kali ini amat berbeza dengan tugasantugasan yang sebelum ini, saya amat bersyukur kerana tugasan yang berat ini mampu saya dan ahli kumpulan menyiapkannya mengikut masa yang diperuntukkan kepada kami. Pada keseluruhannya saya berasa amat berpuas hati dengan apa yang dikuliahkan oleh Encik Ishak Bin Ayub. Semoga apa yang saya dapat ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah nanti dengan lebik baik. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Ishak kerana berjaya mengajar saya dan rakan-rakan saya dengan cemerlang. Wasalam.

REFLEKSI

Nama No I/C Kursus Email

: Hamdan bin Hashim : 660330075819 : PGSRBM : hamdanpgsr@gmail.com

Bersyukur Kepada Ilahi dengan hidayahNya dapat sekali lagi saya dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman di dalam menghasilkan kerja kursus berkumpulan dalam mata pelajaran BMM 3110 iaitu Sintaksis Bahasa Melayu. Semoga apa yang saya kongsikan ini akan dapat memberi sedikit pengetahuan dan pengalaman yang boleh meningkatkan lagi daya kreativiti semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada pendapat saya Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas yang padu dan kukuh ini, Bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek yang berwibawa. Menurut Dr. Nik Safiah Karim Sintaksis atau ayat ialah unit tatabahasa paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat juga boleh terbentuk daripada satu perkataan. Manakala menurut pendita Zaba ayat ialah ikatan perkataan yang ada benda dan ada cerita. Oleh yang demikian sebagai seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah perlulah menguasai bidang sintaksis supaya pengajarannya lebih berkesan dan tepat. Apabila saya mendalami ilmu Sintaksis Bahasa Melayu berdasarkan modul BMM 3110 serta mendapat bahan dengan merujuk kepada bahan bacaan serta melayari internet untuk menyiapkan tugasan ini, kefahaman saya semakin meningkat , oleh itu pengetahuan yang lebih mendalam ini akan dapat membantu saya untuk mengajar murid-murid dengan lebih baik. Pada pandangan saya guru perlulah menguasai bidang sintaksis supaya berkemahiran untuk mengajar Bahasa Melayu lebih mantap dan dapat diaplikasikan kepada murid-murid di sekolah. Dengan hal yang demikian sudah tentulah dapat membantu mereka lebih bermotivasi dan bersemangat untuk belajar dan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas akan lebih berkesan. Apa pun, saya berasa gembira kerana pembelajaran BMM 3110 yang telah dikuliah kepada kami oleh En. Ishak mencapai objektifnya. Semoga apa yang telah

saya dan rakan-rakan sekumpulan hasilkan kerja kursus ini menepati tajuk dan kehendak pensyarah. Apabila saya memikir tentang pengalaman ini, maka saya benar-benar mengisafi bahawa murid-murid bukannya malas dan tidak mahu balajar tetapi perlu ada sesuatu ransangan yang menarik perhatian dan minat mereka untuk terus belajar dan belajar di dalam kelas samada di arus perdana mahupun di kelas pemulihan khas. Justeru

dengan itu, pengalaman yang ada selama lebih kurang 22 tahun sebagai guru yang mengajar Bahasa Melayu melihat bahawa guru perlu melengkapi ilmu bahasanya serta kreatif dalam pengajarannya terutama dalam bidang Sintaksis supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Apatah lagi jika mengajar murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan. Jika kita buat yang terbaik , murid juga akan dapat yang terbaik...InsyaAllah. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI

Nama Kad Pengenalan Kursus Nama Sekolah Emel

: Mazilah binti Muhamad : 640908-02-5298 : PGSR BM (2008) : Sekolah Kebangsaan Permatang Sintok : azizansaid_@yahoo.com

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini. Setelah mendapat tugasan yang telah diberikan oleh Encik Ishak bin Ayub saya mencari maklumat dari internet dan buku-buku nota dari pensyarah ataupun dari buku teks untuk mencari serba sedikit info untuk tugasan saya.

Kami dikehendaki menyediakan nota hasil rujukan kami dari dapatan maklumat pelbagai sumber rujukan seperti buku-buku rujukan dan internet. Maklumat yang disediakan perlulah merangkumi beberapa aspek seperti struktur ayat dan jenis ayat. Kami telah membahagikan tugas untuk mencari maklumat berkenaan dengan tajuk tugasan selain mendapatkan maklumat daripada nota-nota kuliah yang telah disediakan oleh pensyarah. Kami tetap bersemangat untuk menyediakan tugasan ini walaupun kami menghadapi banyak kesulitan sepanjang penyediaan kerja kursus. Kami menghadapi masalah semasa membuat analisis kerana terdapat di antara kami tidak memahami dan masih keliru tentang bentuk dan jenis ayat. Kami telah membuat banyak rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Setelah membuat banyak rujukan, masih banyak kekurangan dalam penyediaan kerja kursus dan memerlukan kami untuk membaiki dan mengubahsuai hasil tugasan yang telah kami sediakan.

Oleh itu, kami perlu lebih memahami setiap apa yang diajar oleh para pensyarah terutamanya berkaitan dengan struktur (binaan) dan juga jenis ayat. Kami juga perlu memahami jenis-jenis frasa agar dapat membezakan antara satu jenis frasa dengan frasa yang lain. Kami perlu merujuk kepada para pensyarah untuk mempelajari tatabahasa Melayu dengan lebih mendalam. Kami menggunakan Kamus Tatabahasa Dewan, Kamus Pelajar dan sumber rujukan yang lain dalam menyiapkan tugasan ini. Jika mengalami kesulitan, kami mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan bagi menyelesaikannya. Tugasan ini dapat memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan kami dalam bidang Bahasa Melayu disamping dapat menambahkan lagi ilmu pembelajaran kepada kami. Tugasan ini juga dapat membentuk sikap dan semangat kerjasama antara rakanrakan dan ahli kumpulan. Semasa membuat kajian ini, kami juga turut menghadapi sedikit kekangan di mana kami tidak dapat mengenal pasti jenis-jenis frasa dengan tepat. Kami juga turut mengalami percanggahan pendapat dengan rakan-rakan kerana masing-masing ingin mempertahankan pendapat sendiri. Namun, atas bantuan dari para pensyarah dan rakan-rakan, segala kekusutan itu akhirnya dapat dileraikan. Untuk tugasan Power Point saya mencari maklumat dari internet. Saya juga memperolehi Power Point dari dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Walaupun

istilahnya hampir sama tetapi tidak sesuai untuk dijadikan contoh kerana terdapat perbezaan dari segi makna perkataan Akhirnya, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Ishak bin Ayub iaitu pensyarah pembimbing kami kerana telah banyak membantu. Kepada semua pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga kepada rakan-rakan, terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar. Jasa anda semua amat kami hargai. Saya amat berharap agar hasil tugasan kami ini akan diterima dengan baik oleh pensyarah penilai. Ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dalam penyediaan tugasan ini.

PENGAKUAN

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya. Tandatangan Nama Penulis Tarikh Tandatangan Nama Penulis Tarikh Tandatangan Nama Penulis Tarikh : ................................................ : Edi Osman bin Ahmad : 15 Ogos 2011 : ................................................ : Hamdan bin Hashim : 15 Ogos 2011

: ................................................ : Mazilah bt Muhamad : 15 Ogos 2011

SEKALUNG PENGHARGAAN
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA dapatlah kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Kepada Allah swt, kami rafakkan sepenuh kasih yang bersih putih atas segala kebaikan dan kebenarannya memudahkan gerak kerja kami dalam menyempurnakan segala tugasan yang telah diberikan ini. Semoga barakahnya kekal berpanjangan hingga bila-bila. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Pn. Hamidah bt. Abdul Hamid kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada kumpulan kami sepanjang menjalankan tugasan. Juga kepada suami dan isteri kami yang sentiasa membawa damai ke sisi hati, turut sama memahami erti perjuangan seorang isteri dan suami yang akan mencintainya sehingga mati. Kepada ahli keluarga dan anak-anak juga kami hidangkan lautan apresiasi tanda cinta yang akan bersemi hakiki.

Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam

membuat tugasan ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya. Pengalaman membuat tugasan ini merupakan satu pengalaman baru dan cukup menarik bagi kumpulan kami yang tidak akan kami lupakan. Kami akan terus berjuang sehingga dapat menguasai segalanya. Pun begitu, bukanlah noktah kepada detik ini setelah segala kuliah berakhir nanti kerana seorang guru, ialah guru hingga berhenti nafas waktu. Akhir kata, segala yang baik itu hadiah dari Allah, yang tidak itu pula merupakan tanda cacat cela akan hamba-Nya yang tidak sempurna.

Sekian, terima kasih

You might also like