You are on page 1of 10

Simvastatin ( Zocor )

Jenama Ubat : 1. Covastin 2. Lipaco 3. Pharmaniaga Simvastatin 4. Simtin 5. Simvacor 6. Simvastatin Winthrop 7. Simvor 8. Stavid 9. Vascor 10. Vytorin 11. Zocor

Maklumat penting mengenai Simvastatin Dalam kes-kes yang jarang berlaku, Simvastatin boleh menyebabkan keadaan yang menyebabkan kerosakan tisu otot skeletal, yang membawa kepada kegagalan buah pinggang. Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mempunyai kesakitan otot yang tidak dapat dijelaskan, atau lemah terutamanya jika anda juga mempunyai demam, keletihan yang luar biasa, dan air kencing berwarna gelap. Jangan sekalikali mengambil Simvastatin dalam jumlah yang lebih besar, atau lebih lama daripada yang disyorkan oleh doktor anda. Patuhi arahan dos doktor anda dengan berhati-hati. Mengambil terlalu banyak Simvastatin boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius

Apakah itu Ubat Simvastatin ? Simvastatin (Zocor) tergolong dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai HMG CoA reductase inhibitors, atau "statin." Ia mengurangkan tahap kolesterol "jahat" (lipoprotein berketumpatan rendah, atau LDL) dan trigliserida dalam darah, disamping meningkatkan tahap kolesterol "baik" (lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL). Simvastatin digunakan untuk menurunkan kolesterol dan trigliserida (jenis lemak) dalam darah. Simvastatin juga digunakan untuk mengurangkan risiko strok (angin ahmar), serangan jantung, dan komplikasi jantung yang lain pada orang yang menghidap diabetes, penyakit jantung koronari, atau faktor-faktor risiko yang lain. Simvastatin digunakan di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak yang berusia sekurang-kurangnya 10 tahun. Simvastatin juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan di dalam panduan ubat ini.

dan boleh mengancam nyawa. Terdapat banyak ubat-ubatan lain yang tidak perlu digunakan bersama-sama dengan Simvastatin. Beritahu doktor mengenai semua ubat yang anda gunakan. Simpan senarai semua ubat anda dan tunjukkan kepada mana-mana pemberi jagaan kesihatan yang merawat anda. Sebelum mengambil Simvastatin, beritahu doktor anda jika anda pernah mempunyai penyakit hati atau penyakit buah pinggang, kencing manis, atau penyakit tiroid, jika anda berketurunan Cina, atau jika anda minum lebih daripada 2 minuman beralkohol setiap hari. Simvastatin boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau menyebabkan kecacatan kelahiran. Jangan gunakan jika anda mengandung. Limau citrus dan jus limau citrus boleh berinteraksi dengan Simvastatin dan membawa kepada kesan berbahaya. Jangan minum lebih daripada 1 liter jus limau citrus setiap hari.

Sebelum mengambil Simvastatin Anda tidak boleh mengambil Simvastatin jika anda ada alahan kepada simvastatin, jika anda mempunyai penyakit hati, atau jika anda mengandung atau menyusukan bayi. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, Simvastatin boleh menyebabkan keadaan yang menyebabkan kerosakan tisu otot rangka, yang membawa kepada kegagalan buah pinggang. Keadaan ini mungkin lebih cenderung untuk berlaku dalam orang tua dan orang-orang yang mempunyai penyakit buah pinggang atau hipotiroidisme yang tidak tekawal (tiroid tidak begitu aktif). Anda juga mungkin lebih cenderung untuk megalami keadaan ini jika anda yang berketurunan Cina dan anda mengambil dos Simvastatin tinggi dan juga jika anda mengambil ubat yang mengandungi niasin (Advicor, Niaspan, Niacor, Simcor, Slo-Niacin, dan lain-lain). Ubat berikut boleh meningkatkan risiko masalah otot yang serius jika anda mengambilnya bersama-sama dengan Simvastatin. Ubat yang tidak boleh digunakan semasa anda mengambil Simvastatin ialah : 1. cyclosporine (Gengraf, Neoral, Sandimmune); 2. danazol (Danocrine); 3. gemfibrozil (Lopid); 4. nefazodone (ubat antidepresan); 5. ubat antibiotik clarithromycin (Biaxin), erythromycin (EES, EryPed, Ery-Tab, Erythrocin), dan telithromycin (Ketek); 6. ubat antikulat itraconazole (Sporanox), ketoconazole (Nizoral), dan posaconazole (Noxafil); atau 7. ubat HIV / AIDS atazanavir (Reyataz), darunavir (Prezista), fosamprenavir (Lexiva), nelfinavir (Viracept), ritonavir (Norvir, Kaletra), saquinavir (Invirase), dan tipranavir (Aptivus).

Sebelum anda mula mengambil Simvastatin, beritahu doktor anda jika anda telah menggunakan manamana ubat ini: 1. amiodarone (Cordarone, Pacerone); 2. Amlodipine (Norvasc, Caduet, Exforge, Lotrel, Tekamlo, Tribenzor, Twynsta, Amturnide); 3. diltiazem (Cartia, Cardizem, Tiazac); 4. ranolazine (Ranexa), atau 5. verapamil (Calan, Covera, Isoptin, Verelan). Untuk memastikan anda boleh mengambil apa-apa dos Simvastatin dengan selamat, beritahu doktor anda jika anda mempunyai keadaan seperti: 1. sejarah penyakit hati; 2. sejarah penyakit buah pinggang; 3. kencing manis; 4. penyakit tiroid; atau jika anda minum lebih daripada 2 minuman beralkohol setiap hari. kategori Kehamilan X. Simvastatin boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau menyebabkan kecacatan kelahiran. Jangan mengambil Simvastatin jika anda mengandung. Berhenti mengambil ubat ini dan beritahu doktor anda dengan segera jika anda hamil. Gunakan kawalan kelahiran yang berkesan untuk mengelakkan kehamilan semasa anda mengambil Simvastatin. Simvastatin boleh masuk ke dalam susu ibu dan boleh membahayakan bayi yang menyusu. Jangan menyusukan anak semasa anda mengambil Simvastatin.

Bagaimanakah saya mengambil Simvastatin? Ambil Simvastatin seperti yang ditetapkan. Jangan sesekali mengambil Simvastatin dalam jumlah yang lebih besar, atau lebih lama daripada yang disyorkan oleh doktor anda. Patuhi arahan dos doktor anda dengan berhati-hati. Mengambil terlalu banyak ubat ini

boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius dan boleh mengancam nyawa. Simvastatin biasanya diambil sebelum tidur atau selepas makan malam. Jika anda mengambil Simvastatin lebih daripada sekali setiap hari, makan ubat selepas anda makan nasi. Doktor anda mungkin akan menukar dos anda untuk memastikan anda mendapat kesan yang terbaik. Untuk memastikan Simvastatin membantu keadaan anda dan tidak menyebabkan kesan berbahaya, darah anda akan selalu diuji . Fungsi hati anda harus diuji setiap 3 hingga 6 bulan. Jumpa dengan doktor anda seperti yang ditetapkan. Anda mungkin perlu mengambil Simvastatin secara jangka panjang untuk merawat kolesterol yang tinggi. Anda mungkin perlu berhenti menggunakan ubat ini untuk masa yang singkat jika anda menghadapi pembedahan atau perubatan kecemasan. Jangan berhenti mengambil Simvastatin kecuali jika doktor anda memberitahu anda. Simvastatin adalah sebahagian daripada program rawatan yang juga memerlukan program lain seperti diet, senaman, dan kawalan berat badan yang lengkap. Ikuti diet, ubat, dan rutin senaman anda. Simpan Simvastatin pada suhu bilik dan jauh dari kelembapan, haba, cahaya dan.

Apa yang harus saya buat jika terlebih dos? Dapatkan rawatan perubatan kecemasan atau hubungi talian Pusat Racun Negara (PRN) di : Waktu Pejabat: 1-800-88-8099 / +604-657 0099 (Isnin - Jumaat: 8.10am-5.10pm) Selepas Waktu Pejabat (Termasuk Hujung Minggu dan Cuti Umum) +6012-430 9499

Apa yang perlu saya elakkan semasa mengambil Simvastatin? Limau sitrus dan jus limau sitrus boleh berinteraksi dengan Simvastatin dan boleh membawa kesan berbahaya. Jangan minum lebih daripada 1 liter jus limau sitrus setiap hari. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak atau kolesterol yang tinggi. Simvastatin tidak akan berkesan dalam menurunkan kolesterol anda jika anda tidak mengikuti pelan diet kolesterol. Elakkan minum arak. Ia boleh meningkatkan tahap trigliserida atau lemak dan boleh meningkatkan risiko kerosakan hati. Kesan sampingan Simvastatin Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai apa-apa tanda-tanda tindak balas alahan

Apa yang Harus Saya buat sekiranya saya tertinggal satu dos? Ambil dos yang tertinggal dengan seberapa segera sejurus anda ingat. Jangan ambil dos yang tertinggal jika ia hampir masa untuk dos yang seterusnya. Jangan ambil lebih dos untuk menggantikan dos yang tertinggal.

terhadap Simvastatin seperti gatal-gatal, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak. Berhenti mengambil Simvastatin dan hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai apa-apa kesan sampingan yang serius seperti: 1. sakit otot yang tidak dapat dijelaskan, atau lemah; 2. demam, keletihan yang luar biasa, dan air kencing berwarna gelap; 3. kesakitan atau rasa terbakar apabila anda membuang air kecil;

4. bengkak, berat badan naik, kencing kurang daripada biasa atau tidak kencing langsung; 5. loya, sakit pada bahagian atas perut, gatal, hilang selera makan, air kencing berwarna gelap, najis berwarna kelabu seperti tanah liat, jaundis (kekuningan pada kulit atau mata). Kesan sampingan Simvastatin kurang serius mungkin termasuk: 1. sakit kepala; 2. sakit sendi, sakit otot yang ringan; 3. sembelit, sakit perut atau senak, mual yang ringan; 4. ruam kulit yang ringan; 5. masalah tidur (insomnia); 6. gejala-gejala selesema seperti hidung tersumbat, bersin, sakit tekak. Senarai ini mungkin tidak lengkap dan kesan-kesan sampingan lain boleh berlaku. Hubungi doktor anda untuk nasihat perubatan tentang kesan-kesan sampingan.

seperti sirolimus (Rapamune), atau tacrolimus (Prograf); 7. mana-mana ubat "statin" seperti atorvastatin (lipitor, Caduet), fluvastatin (Lescol), lovastatin (Altoprev, Mevacor), pravastatin (Pravachol), rosuvastatin (Crestor), atau ubat lain yang mengandungi simvastatin (Simcor, Vytorin). Senarai ini mungkin tidak lengkap dan terdapat banyak ubat lain yang boleh menyebabkan kesan serius atau masalah perubatan yang mengancam nyawa jika anda mengambilnya bersama-sama dengan Simvastatin. Beritahu doktor mengenai semua ubat yang anda gunakan. Ini termasuklah vitamin dan herba. Jangan memulakan ubat baru tanpa memberitahu doktor anda. Simpan senarai semua ubat anda dan tunjukkan kepada mana-mana pemberi jagaan kesihatan yang merawat anda.

Apakah Ubat Lain yang Boleh Mempengaruhi Simvastatin? Beritahu doktor anda tentang semua ubat lain yang anda gunakan, terutamanya ubat: 1. digoxin (Lanoxin); 2. pencair darah seperti warfarin (Coumadin, Jantoven); 3. fenofibric asid (Fibricor, Trilipix), atau fenofibrate (Antara, Fenoglide, Lipofen, Lofibra, Tricor, Triglide); 4. ubat antikulat seperti fluconazole (Diflucan) atau voriconazole (Vfend); 5. ubat yang mengandungi niasin (Advicor, Niaspan, Niacor, Simcor, Slo-Niacin, dan lain-lain); 6. ubat yang boleh melemahkan sistem imun anda seperti steroid, ubat kanser, atau ubat yang digunakan untuk mencegah tindakbalas pemindahan organ,

Amlodipine
Jenama Ubat 1. Amlibon 2. Amlodac 3. Amlodipine Winthrop 4. Amlong 5. Amvaz 6. Anlodin 7. Avevasc 8. Caduet (amlodipine + atorvastatin) 9. Camlodin 10. Covasc 11. Coveram (amlodipine besylate + perindopril arginine) 12. Exforge 13. Exforge HCT (amlodipine + hydrochlorothiazide + valsartan) 14. Hovasc 15. Lofral 16. Nordipine 17. Norvasc 18. Sunvasc 19. Vamlo 20. Zynor

Amlodipine juga boleh digunakan untuk tujuan lain yang tidak disenaraikan di dalam panduan ubat ini.

Maklumat Penting Mengenai Amlodipine Sebelum mengambil amlodipine, beritahu doktor anda jika anda mempunyai kegagalan jantung kongestif atau penyakit hati. Minum arak boleh merendahkan tekanan darah anda dan boleh meningkatkan kesankesan sampingan yang tertentu daripada amlodipine. Jika anda mengambil ubat ini untuk tekanan darah tinggi, terus gunakan amlodipine walaupun anda berasa sihat. Tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala. Anda mungkin perlu menggunakan ubat tekanan darah tinggi untuk sepanjang hayat anda. Amlodipine adalah sebahagian daripada program rawatan yang lengkap dan mungkin juga memerlukan kawalan lain termasuk pemakanan, senaman, kawalan berat badan, dan lain-lain ubat. Ikuti diet, ubat, dan rutin senaman anda selalu. Beritahu doktor anda mengenai semua ubat jantung yang lain atau ubat tekanan darah yang anda ambil. Sakit dada anda mungkin boleh menjadi lebih teruk apabila anda mula mengambil amlodipine atau apabila dos meningkat. Hubungi doktor anda jika sakit dada

Apakah itu Ubat Amlodipine ? Amlodipine adalah ubat dalam kumpulan yang dikenali sebagai penghalang saluran kalsium (calcium channel blockers). Amlodipine merehatkan (melebarkan) saluran darah dan meningkatkan aliran darah. Amlodipine digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensi) atau sakit dada (angina) dan keadaan lain yang disebabkan oleh penyakit jantung koronari. Ubat ini digunakan di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak yang berusia sekurangkurangnya 6 tahun.

teruk atau berterusan.

Sebelum Mengambil Amlodipine Anda tidak boleh mengambil ubat ini jika anda ada alahan kepada amlodipine. Jika anda mempunyai penyakit atau keadaan di bawah, anda mungkin perlu pelarasan dos atau ujian khas: 1. masalah jantung injap yang dipanggil aortic stenosis; 2. kegagalan jantung kongestif; 3. penyakit hati.

4. Jika anda juga mengambil ubat beta-blocker (seperti Betapace, Blocadren, Corgard, Coreg, Inderal, InnoPran, Lopressor, Normodyne, Tenoretic, Tenormin, Toprol, Trandate, Zebeta, dan lain-lain) jangan berhenti menggunakan beta-blocker secara tiba-tiba tanpa nasihat doktor anda. Anda mungkin perlu untuk menggunakan dos yang kurang sebelum anda berhenti mengambil ubat ini sepenuhnya. Menghentikan beta-blocker secara tiba-tiba boleh menyebabkan masalah jantung yang serius yang tidak boleh dihalang oleh amlodipine. Kategori kehamilan ialah C. Tidak diketahui sama ada amlodipine akan membahayakan bayi dalam kandungan. Beritahu doktor anda jika anda mengandung atau merancang untuk hamil pada masa yang sama menggunakan ubat ini. Ubat ini juga tidak diketahui sama ada boleh melalui susu ibu atau ia boleh memudaratkan bayi kejururawatan. Anda tidak harus menyusu anak semasa anda mengambil amlodipine.

Apa yang Harus Saya buat sekiranya saya tertinggal satu dos? Ambil dos yang tertinggal dengan seberapa segera sejurus anda ingat. Jangan ambil dos yang tertinggal jika ia hampir masa untuk dos yang seterusnya. Jangan ambil lebih dos untuk menggantikan dos yang tertinggal.

Apa yang berlaku jika saya terlebih dos? Dapatkan rawatan perubatan kecemasan atau hubungi talian Pusat Racun Negara (PRN) di : Waktu Pejabat: 1-800-88-8099 / +604-657 0099 (Isnin - Jumaat: 8.10am-5.10pm) Selepas Waktu Pejabat (Termasuk Hujung Minggu dan Cuti Umum) +6012-430 9499 Gejala dos berlebihan termasuklah degupan jantung yang cepat, pening yang teruk, dan pengsan.

Apa yang perlu saya elakkan semasa mengambil Bagaimanakah Saya Ambil Ubat Amlodipine ? Ambil amlodipine seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Jangan ambil dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan. Ikut arahan pada label preskripsi anda. Amlodipine biasanya diambil sekali sehari. Doktor anda mungkin boleh menukar dos anda untuk memastikan anda mendapatkan hasil yang terbaik. Sakit dada anda boleh menjadi lebih teruk apabila anda mula-mula mula mengambil amlodipine atau apabila dos meningkat. Hubungi doktor anda jika sakit dada teruk atau berterusan. Simpan amlodipine pada suhu bilik jauh dari kelembapan, haba, dan cahaya. Kesan Sampingan Amlodipine Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan terhadap amlodipine seperti: gatal-gatal, sukar bernafas; bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak. Hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius seperti: amlodipine? Elakkan bangun terlalu cepat daripada posisi duduk atau berbaring kerana anda mungkin akan berasa pening. Bangun dengan perlahan dan stabilkan diri anda untuk mengelakkan jatuh. Minum arak boleh merendahkan tekanan darah anda dan boleh meningkatkan kesan-kesan sampingan yang tertentu daripada amlodipine.

1. perasaan seperti anda mungkin akan pengsan; 2. bengkak di tangan, buku lali , atau kaki; 3. jantung berdebar-debar; 4. sakit dada atau terasa berat, sakit yang merebak ke lengan atau bahu, mual atau loya, berpeluh, sakitsakit.

Kesan sampingan amlodipine kurang serius termasuklah: 1. sakit kepala; 2. pening, mengantuk; 3. rasa letih; 4. sakit perut; 5. rasa kehangatan atau kemerahan Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan dan kesan lain boleh berlaku. Hubungi doktor anda untuk nasihat perubatan tentang kesan-kesan sampingan.

Apakah Ubat apa yang lain yang akan menjejaskan amlodipine? Beritahu doktor anda mengenai semua ubat jantung yang lain atau ubat tekanan darah yang anda ambil. Mungkin terdapat ubat-ubatan lain yang boleh berinteraksi dengan amlodipine. Beritahu doktor mengenai semua ubat yang anda gunakan. Ini termasuklah ubat vitamin, dan herba. Jangan memulakan ubat baru tanpa memberitahu doktor anda

Enalapril
Nama ubat : Enalapril Jenama : 1. Acetec 2. Danssan 3. Enalapril Stada 4. Enapril 5. Invoril 6. Renitec Kategori Ubat : Penghalang Enzim Penukar Angiotensin (ACEi)

2. Jika anda mengambil apa-apa preskripsi ubat, ubat herba atau ubat supplement 3. Jika anda ada alahan kepada ubat, makanan atau bahan-bahan lain 4. Jika anda menerima rawatan dialysis 5. Jika anda mengalami masalah sum-sum tulang, kiraan darah yang rendah, kandungan sodium yang rendah, penyakit darah porphyria, lupus, scleroderma atau collagen vascular disease. 6. Jika anda mengalami salur darah yang sempit atau keras di otak dan jantung dan sakit dada (angina)

Enalapril digunakan untuk mengubati darah tinggi, kegagalan jantung dan masalah jantung yang lain. Ubat ini mungkin digunakan secara tunggal atau digabungkan dengan ubat lain. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan lain yang ditentukan oleh doktor. Enalapril adalah penghalang enzym penukar angiotensin (ACEi). Ubat ini mebantu dengan merehatkan salur darah seterunya membantu mengurangkan tekanan darah. Jangan Gunakan Enalapril jika : 1. Anda alahan kepada elparil atau ubat yang sama seperti captopril atau lisinopril 2. Anda mengandung 3. Anda mengambil dextran sulfate atau potassiumsparing diuretic seperti amiloride Hubungi doktor atau farmasi jika anda mengambil enalapril dengan keadaan di atas.

Sesetengah ubat boleh berinteraksi dengan Enalapril. Sil baeritahu doktor dan farmasi anda jika anda mengambil ubat-ubat lain terutamanya :

1. Ubat duiretic seperti furosemide dan hydrochlorothiazide. Ubat ini boleh meningkatkan kesan penurunan darah tinggi yang boleh menyebabkan pening dan pengsan 2. Dextran Sulfate - kerana boleh meningkatkan risiko alahan seperti ruam yang teruk, gatal-gatal, susah untuk bernafas, bengkak di muka, mulut dan bibir. 3. Ubat tahan sakit bukan sterid (NSAIDs) seperti aspirin, indometacin dll kerana ubat ini boleh mengurangkan keberkesanan enalapril dan menginkatkan risiko kerosakan buah pinggang 4. Ubat kencing manis (pil) sepeti glyburide, glibenclamide - sebabkan kesan sampingannya iaitu kandungan gula yang rendah dan boleh menyebabkan pening, sakit kepala, menggeletar atau lemah dan

Sebelum Menggunakan Enalapril Sesetengah keadaan boleh berinteraksi dengan enalapril. Beritahu doktor atau hali farmasi anda jika anda mempunyai masalah perubatan seperti : 1. Mengandung, merancang untuk mengandung atau menyusukan anak

berpeluh 5. Lithium atau thiopurines seperti azathioprine -risiko kesan sampingan yang serius boleh meningkat dengan Enalapril

6. Sesetengah ubat yang mengandungi emas seperti Sodium aurothiomalate - boleh sebabkan rasa mual, muntah, muka merah padam dan kurang darah tinggi 7. Ubat Potassium-sparing diuretics seperti amiloride dll atau ubat mengandungi potassium tambahan boleh menyebabkan kandungan potassium sangat tinggi dalam badan jika diambil bersama enelapril dan menyebabkan sentuhan kulit yang tidak normal di tangan dan kaki, keliru, rasa badan yang berat, kelesuan, degupan jantung yang perlahan, dan menghentikan degupan jantung. Ini mungkin senarai yang tidak lengkap. Sila beritahu doktor dan ahli farmasi anda jika anda ada mengambil ubat-ubat lain

1. Enalapril boleh menyebabkan pening. Kesan ini mungkin akan lebih teruk jika anda mengmbil ubat ini dengan alcohol atau ubat lain. Jangan memandu atau membuat kerja yang memerlukan tumpuan yang tinggi melainkan anda tahu kesan ubat itu sebelumnya. 2. Periksa dengan doktor anda jika anda menggunakan garam gantian atau mubat yang mengandungi potassium didalamnya. 3. Jika berlaku muntah dan cirit birit, anda hendaklah mengelakkan diri daripada dehidrasi. Hubungi doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan nasihat 4. Pesakit yang mengambil ubat darah tinggi mungkin akan merasa letih untuk beberapa minggu setelah memulakan makan ubat. Pastikan anda terus mengambil ubat ini jika anda berasa letih. Beritahu

Bagaimanakah untuk Menggunakan Enalapril? Ambil enalapril seperti yang ditetapkan oleh doktor. Jangan ambil enalapril dengan kadar yang sedikit atau berlebihan atau terlalu lama daripada yang disyorkan. Ikut arahan pada label preskripsi.

doktor atau hali farmasi jika tanda-tanda lain berlaku. 5. Enalapril mungkin boleh menyebabkan anda mudah untuk terkena sunburn. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama. Guna sunblock atau pakaian tertutup jika anda keluar terlalu lama. 6. Beritahu doktor atau doktor gigi jika anda menerima

Apa patut saya buat jika terlupa makan ubat? Makan ubat sejurus anda ingat. Jika hampir dengan dos seterusnya, jangan makan dos yang tertinggal itu dan makan ubat seperti biasa untuk dos seterusnya. Jangan makan ubat lebih daripada yang diarahkan oleh doktor.

apa-apa ubat baru atau pembedahan 7. Ujian makmal seperti fungsi hati, fungsi buah pingang dan kiraan sel darah boleh dilakukan jika anda menganmbil enalapril. Ujian ini adalah untuk memeriksa anda atau memeriksa kesan sampingan ubat. 8. Enalapril tidak boleh digunakan untuk bayi yang

Apa harus saya buat jika termakan lebih? Pergi ke kelinik atau hospital berhampiran jika anda merasakan terlebih dos. Terlebih dos enalapril boleh menyebabkan rasa pening, rasa nak pitam terutamanya ketika berdiri

baru lahir. Keselamatan dan keberkesanan ubat ini kepada bayi mungkin belum dikenalpasti. 9. Enalapril boleh menyebabkan kecacatan atau kematian bayi dalam kandungan. Jika anda merasakan anda mungkin mengandung, sila hubingi doktor anda. jika anda menyusukan anak, bincang

Maklumat Keselamatan yang penting:

dengan doktor untuk mengetahui risiko kepada bayi.

Kesan Sampingan Enalapril

Dewasa : 2.5mg sekali sehari pada permulaan. doktor Semua ubat boleh menyebabkan kesan sampigan tetapi sesetengah orang tidak mengalami kesan sampingan ini. Sila berjumpa doktor jika kesan sampingan ini terlalu lama seperti cirit birit, pening bila duduk atau bangun, skait kepala, mual dan muntah, batuk kering dan letih Sila ke hospital dengan segera jika anda mengalami kesan sampingan yang serius seperti : Kesan alahan yang serius (ruam yang teruk, gatalgatal, susah untuk bernafas, jangkitan seperti demam dan sakit tekak, denyutan jantung yang perlahan atau tidak normal, sakit perut, dan mata atau kulit yang kuning. 3. Untuk ventrikel jantung yang tidak normal Dewasa : 2.5mg 2 kali sehari. doktor mungkin meningkatkan dos sehingga 20mg sehari dalam pembahagian dos. Kanak-kanak - dos mestilah ditentukan oleh doktor mungkin meningkatkan dos sehingga 20mg sehari dalam pembahagian dos. Kanak-kanak - dos mestilah ditentukan oleh doktor

Kesan sampingan ini mungkin tidak lengkap. Sila berjumpa doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang lain

Dos

Dos untuk enalapril berbeza untuk pesakit yang berbeza. Sila ikut arahan dan nasihat doktor dan label preskripsi ubat. 1. Untuk Penyakit darah tinggi Dewasa - 5mg sekali sehari pada permulaan. doktor mungkin meningkatkan dos kepada 10 hingga 40 mg sehari Kanak-kanak umur 1 bulan dan keatas - Dos adalah berdasarkan berat badan dan mestilah ditentukan oleh doktor Kanak-kanak dibawah umur 1 bulan - dos mestilah ditentukan oleh doktor

2. Untuk kegagalan jantung

You might also like