You are on page 1of 2

JURNAL PRAKTIKUM Minggu Ke 2 (27/1/2013 31/1/2013) MASALAH KAWALAN KELAS

1. MASALAH Kawalan kelas merupakan antara aspek utama yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Minggu kedua sesi P&P telah mula dilaksanakan. Saya menghadapi masalah untuk mengawal kelas terutamanya 4 Ibnu Khaldun. Hal ini kerana kelas ini terdiri daripada pelbagai aras kognitif yang berbeza. Contohnya, terdapat seorang murid yang pemikirannya seperti murid tahun dua.

2. ANALISIS Masalah ini mungkin timbul kerana saya tidak mendapatkan maklumat latar belakang murid terlebih dahulu. Selain itu, masalah ini terjadi mungkin murid tidak mengenali saya dengan lebih mendalam

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI Terdapat banyak langkah yang dapat saya laksanakan dalam menangani masalah ini. Antaranya ialah saya mendapatkan maklumat mengenai pelajar dan tegas dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan serta dalam masa yang sama murid masih dapat bergembira. Melaksanakan peraturan ke atas murid. Selain itu, mendekati murid dan cuba menarik mereka dengan aktiviti yang menarik minat mereka seperti konsep bermain. Mendapatkan nasihat terutama daripada guru kelas tersebut.

4. TEMPOH MASA Masalah ini perlu diselesaikan dengan kadar segera agar proses P&P dan persekitaran yang kondusif dapat dilaksanakan.

5. TINDAKAN SUSULAN Mempelbagaikan pedagogi pengajaran agar lebih menarik.

Disemak oleh guru pembimbing Tandatangan Nama Tarikh

Disemak oleh pensyarah pembimbing Tandatangan Nama Tarikh

You might also like