You are on page 1of 14

KATA GANDA PENUH DAN KATA GANDA SEMU

Ditulis Oleh: Robinson Anak Arun Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2013

1.0

PENGENALAN Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat unik. Bahasa melayu boleh menerima pelbagai proses untuk menjadikannya lebih baik. Proses penggandaan merupakan proses penting yang berlaku dalam bahasa Melayu. Terdapat pelbagai jenis proses penggandaan berdasarkan pendapat beberapa ahli bahasa seperti Nik Safiah

Karim et. al. (2010) dan Asmah haji Omar (2009). Terdapat tiga bentuk proses penggandaan dalam Bahasa Melayu iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan pengandaan berentak atau berirama. Namun demikian, beberapa ahli bahasa dan penulis buku lain seperti Asmah Haji Omar (2009), Ahmad Khair (2012), Liew Yock Fang dan Abdullah Hassan (1998), serta Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin (2005) menambah satu lagi jenis proses penggandaan iaitu gandaan semu. Walaupun setiap ahli bahasa atau penulis mendefinisikan kata ganda penuh dan kata ganda semu dengan hampir sama definisinya, tetapi terdapat perbezaan dalam proses penggandaan terutama dari segi golongan kata. Asmah Haji Omar (2009) membahagikan kata ganda kepada 9 bentuk, Arbak Othman (1985) memecahkan kata ganda kepada dua bentuk yang utama, Nik Safiah Karim et. al. (2010) membahagikan kata ganda kepada tiga bentuk yang utama, Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1998) pula membahagikan kata ganda kepada 6 jenis, dan Ahmad Khair (2012) memecahkan kata ganda kepada empat jenis. Walaupun terdapat perbezaan daripada segi bentuk dan istilah, tetapi bentuk gandaan kata masih mempunyai persamaan. Penulisan ini akan membincangkan kata ganda penuh dan kata ganda semu. Dua jenis gandaan kata ini mempunyai bentuk yang sama iaitu pengulangan penuh seluruh kata tunggal. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan khususnya berkenaan ciri dan golongan kata yang membentuk gandaan kata tersebut. Berdasarkan beberapa penulisan daripada ahli bahasa dan penulis buku, ciri-ciri, golongan kata, persamaan dan perbezaan akan dibincangan dengan teliti bagi mengkaji kata ganda penuh dan kata ganda semu.

2.0

DEFINISI DAN KONSEP Kata ganda merupakan proses pengulangan kata sama ada secara penuh, separa atau berentak. Arbak Othman (1985:35) menyatakan penggandaan adalah proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang. Menurut Ahmad Khair (2012:38), kata ganda dihasilkan dengan mengulang atau menggandakan kata dasar. Asmah Haji Omar (2009:251) pula menjelaskan kata ganda sebagai proses mengulangi sesuatu perkataan, seluruhnya atau pada bahagian-bahagian tertentu. Nik Safiah Karim et. al. (2010:76) mendefinisikan proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses mengandakan kata dasar sama ada secara penuh, separa ataupun berentak. Penggandaan dalam bahasa Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu penggandaan tulen dan penggandaan berentak (Arbak Othman, 1985:35). Terdapat dua jenis kata ganda yang akan dibincangkan iaitu kata ganda penuh dan kata ganda semu.

2.1

Kata Ganda Penuh Kata ganda penuh ialah proses penggandaan seluruh kata selapis atau kata berlapis yang berlaku untuk perkataan dalam semua golongan (Asmah Haji Omar, 2009:251). Nik Safiah Karim et. al. (2010:76) dan Ahmad Khair (2012:39) masing-masing menjelaskan kata ganda penuh berlaku apabila seluruh kata dasar, sama ada kata dasar itu mempunyai imbuhan atau tidak digandakan atau diulang. Menurut Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1998:166), kata ganda sempurna (penuh) ialah kata dasar yang diulang seluruhnya. Oleh itu, dapat difahami bahawa kata ganda penuh merupakan proses penggandaan sesuatu kata menggugurkan sebahagian daripada sesuatu kata. Gandaan penuh terdiri daripada dua jenis iaitu gandaan tunggal dan gandaan berimbuhan.

2.2

Kata Ganda Semu Kata ganda semu merupakan kata ganda yang diulang sepenuhnya dengan meletakkan tanda sempang (-) ditengah-tengah kata. Kata ganda semu merupakan bentuk kata ganda yang berbentuk seperti kata ganda penuh tetapi apabila kata dasarnya dipisahkan daripada kata ulangannya, kata dasar itu tidak memberikan sesuatu makna yang khusus, atau jika ada maknanya pun, maknanya berlainan sama sekali dengan makna kata ganda yang asal (Ahmad Khair, 2012:39).Lee Lai 3

Foon dan Raja Masittah Ariffin (2005:6) menjelaskan kata ganda semu ialah bentuk yang terhasil dengan menggandakan kata dasar dan sekiranya tidak digandakan, kata selapis berkenaan mungkin tidak membawa sebarang makna atau maksud lain. Seterusnya menurut Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1998:168), Kata ganda semu ialah kata ganda yang kata dasarnya tidak mempunyai makna atau tidak dapat berdiri sendiri atau kata dasarnya tidak lazim digunakan. Asmah Haji Omar (2009) mempunyai pendapat yang berbeza dengan Ahmad Khair (2012), Liaw dan Abdullah Hassan (1998), serta Lee dan Raja Masittah Ariffin (2005). Beliau mengkelaskan kata ganda semu sebagai kata gandaan asal. Menurut beliau gandaan asal ialah gandaan seluruh kata atau kata dasar yang tidak satu pun dari unsurnya pernah terdapat dalam bentuk bukan gandaan (Asmah Haji Omar, 2009:274). Ringkasnya, kata ganda semu hampir menyerupai kata ganda penuh dan mempunyai maksud yang khusus yang boleh merujuk kepada manusia, haiwan atau benda. Proses penggandaan membolehkan kata dasar bagi kata ganda semu mempunyai makna dan maksud yang khusus.

3.0

CIRI-CIRI DAN BENTUK SERTA GOLONGAN KATA 3.1 Kata Ganda Penuh Kata ganda penuhberlaku apabila kata dasarnya digandakan sepenuhnya. Kata ganda penuh juga perlu disertai dengan tanda sempang (-). Tanda sempang ini berfungsi untuk menunjukkan proses gandaan telah berlaku pada kata dasar atau tunggal. Selain itu, tanda sempang berfungsi untuk membezakan kata gandaan dengan kata majmuk. Di samping, antara ciri penting kata ganda penuh adalah golongan kata ganda penuh tersebut. Kata ganda penuh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata keterangan. Menurut Ahmad Khair (2012:39), terdapat dua bentuk kata ganda penuh iaitu gandaan penuh tunggal dan penggandaan penuh berimbuhan. Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa imbuhan atau kata dasar yang lain (Nik Safiah Karim et. al., 4

2010:47). Oleh itu, kata ganda tunggal merupakan gandaan kata yang belum menerima apa-apa imbuhan atau proses perubahan golongan kata. Contoh kata ganda tunggal boleh dirujuk dalam jadual 3.1. Jadual 3.1 Menunjukkan Contoh Gandaan Kata Tunggal Kata Tunggal Rumah Labah Cantik Besar Budak Cepat Gandaan Penuh Kata Tunggal Rumah-rumah Labah-labah Cantik-cantik Besar-besar Budak-budak Cepat-cepat

Jadual 3.2 Menunjukkan Contoh Penggunaan Kata Ganda Penuh Dalam Ayat Kata Ganda Penuh Angan-angan Contoh Ayat Angan-anganboleh menjadi kenyataan sekiranya berusaha untuk mencapainya. Budak-budak Taman permaian yang baharu itu menjadi tempat kegemaran budak-budak bermain pada setiap petang. Cantik-cantik Peserta yang bertanding dalam pertandingan ratu cantik itu cantik-cantik belaka.

Ahmad Khair (2012:39) dan Nik Safiah Karim et. al. (2010:76) menyenaraikan kata ganda berimbuhan terdiri daripada penggandaan berimbuhan awalan, akhiran dan apitan. Kata ganda imbuhan awalan terbentuk daripada imbuhan pe- dan ke- sebagai morfem terikat. Kata ganda imbuhan akhiran pula terbentuk daripada akhiran an, manakala kata ganda imbuhan apitan terdiri daripada morfem ke-....-an dan peR-...-an. Contoh kata ganda penuh berimbuhan boleh dirujuk dalam jadual 3.3. 5

Jadual 3.3 Menunjukkan Contoh Kata Ganda Berimbuhan Awalan, Apitan dan Akhiran Kata Gandaberimbuhan Awalan Pemimpin-pemimpin Pekedai-pekedai Ketua-ketua Akhiran Amalan-amalan Jualan-jualan Dapatan-dapatan Apitan Keadaan-keadaan Permainan-permainan Persatuan-persatuan

3.2

Kata Ganda Semu Kata ganda semu hampir menyerupai kata ganda penuh tunggal iaitu pengulangan pada kata tunggal sesuatu kata. Kata ganda semu juga menggunakan tanda sempang (-) di antara kata yang digandakan. Ciri utama untuk mengenal pasti kata ganda semua ialah kata ganda ganda semu mempunyai maksud yang khusus merujuk kepada sesuatu perkara misalnya haiwan atau sifat manusia. Selain itu, ciri-ciri seterusnya yang dapat membezakan kata ganda semu dengan kata ganda penuh ialah apabila kata ganda dipisahkan, ianya tidak mempunyai makna. Misalnya kura-kura apabila dipisahkan menjadi kura. Kata kura tidak membawa apa-apa makna yang khusus. Kata ganda semu secara khususnya terdiri daripada kata nama yang merujuk kepada manusia, haiwan dan benda. Namun demikian, Asmah Haji Omar (2009:274) menyatakan bahawa kata gandaan asal (semu) terdiri daripada tiga iaitu kata gandaan asal dari golongan kata nama, gandaan asal dari golongan kata kerja, dan gandaan asal daripada golongan kata sifat. Contoh kata ganda semu dan penggunaannya dalam ayat dapat dirujuk dalam jadual 3.4.

Jadual 3.4 Menunjukkan Contoh Kata Ganda Semu dan Penggunaannya dalam Ayat 6

Kata GandaSemu Kupu-kupu

Contoh Ayat Amin dan Lekir pergi ke belakang bukit untuk menangkap kupu-kupu.

Layang-layang Bibit-bibit

Layang-layang itu terbang tinggi di awan biru. Azman terkenang kembali bibit-bibit indah bersama arwah isterinya dahulu.

Agar-agar

Emak membuat agar-agar untuk hidangan minum petang.

Jadual 3.5 Menunjukkan Contoh Kata Ganda Semu Kata Ganda Semu Agar-agar Kura-kura Pura-pura Bibit-bibit Sumpah-sumpah Anai-anai Ura-ura Undang-undang Ubun-ubun Api-api Kunang-kunang Jemput-jemput Rama-rama Kanak-kanak Ari-ari Biri-biri

4.0

PERBANDINGAN KATA GANDA PENUH DENGAN KATA GANDA SEMU Perbandingan bagi kata ganda penuh dan kata ganda semu boleh dilihat daripada segi persamaan dan perbezaannya. Terdapat banyak penulis yang membincangkan berkenaan kata ganda penuh, manakala bagi kata ganda semu hanya beberapa orang penulis sahaja yang melibatkan kata ganda semu sebagai salah satu daripada bentuk kata ganda seperti Ahmad Khair Mohd Nor (2012), Asmah Haji Omar (2012), Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin (2005), serta Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1998). Setiap penulis ini mempunyai tanggapan yang berbeza berkenaan kata ganda penuh dan kata ganda semu. Terdapat penulis yang memecahkan kata ganda penuh kepada dua bentuk, manakala bagi kata ganda semu kebanyakan ahli bahasa mendefinisikannya dengan hampir sama maksud.

4.1

Persamaan Bagi Kata Ganda Penuh dan Kata Ganda Semu 7

Kata ganda penuh dan kata ganda semu mempunyai proses binaan gandaan yang hampir sama iaitu pengulangan pada kata tunggal. Kata tunggal diulang sepenuhnya bagi membentuk kata ganda penuh (kata tunggal) dan kata ganda semu.Persamaan dari segi tanda baca pula adalah kedua-dua kata ganda penuh dan kata ganda semu memerlukan tanda baca sempang (-) untuk memisahkan kata yang digandakan. Selain itu, kata ganda penuh dan kata ganda semu mempunyai persamaan daripada segi golongan kata. Kata tunggal atau dasar yang membentuk kata ganda semu terdiri daripada kata nama. Misalnya kura-kura merupakan kata nama yang merujuk kepada sejenis binatang. Kata nama juga merupakan salah satu golongan kata yang terbentuk dalam kata ganda penuh. Sebagai contoh buku merupakan kata nama dan apabila digandakan akan menjadi buku-buku. Asmah Haji Omar (2009:274) menambah lagi, kata gandaan asal (semu) dianggotai oleh kata kerja dan kata sifat selain daripada kata nama. Kata ganda penuh dianggotai oleh golongan kata nama, kata kerja, kata sifat dan kata adverba (Asmah Haji Omar 2009:252). Jadual 4.1 Menunjukkan Persamaan Golongan Kata Bagi Kata Ganda Penuh dan Kata Ganda Semu Golongan Kata Kata Ganda Penuh Kata Ganda Semu Kata Nama Kata Kerja Kata Sifat Rumah-rumah, orang-orang, permainan-permainan Putus-putus, buat-buat, mainmain, makan-makan Baik-baik, tajam-tajam, sukarsukar, tinggi-tinggi Paru-paru, biri-biri, agaragar, anai-anai Pura-pura, olok-olok, raguragu Renyai-renyai, was-was, muluk-muluk, sepoi-sepoi

Sumber: Dipetik dan Diubahsuai Daripada Asmah Haji Omar (2009)

Asmah Haji Omar (2009:261) menjelaskan penggandaan dapat berfungsi sebagai penetap golongan atau pengubah golongan. Kenyataan ini dikukuhkan dengan contoh yang diberikan oleh Ahmad Khair (2012) dalam bukunya. 8

Berdasarkan contoh yang diberikan terdapat persamaan berkenaan fungsi gandaan iaitu sebagai penetap dan pengubah golongan kata. Gandaan penuh apabila digandakan akan menyebabkan golongan kata tetap kekal dan juga berubah, manakala bagi kata ganda semu, golongan kata masih kekal. Hal ini kerana bila dipisahkan, sesuatu kata tidak membawa makna dan kalau ada ianya membawa makna yang lain daripada kata yang digandakan. Misalnya agar-agar merujuk kepada benda iaitu sejenis makanan. Apabila dipisahkan ianya akan menjadi agar yang merujuk kepada kata hubung pancangan keterangan. Asmah Haji Omar (2009:252) menyatakan proses gandaan penuh boleh mengubah golongan kata daripada kata nama kepada kata sifat, kata nama kepada kata adverba, kata nama kepada kata harapan, kata kerja kepada kata adverba, kata sifat kepada adverba dan kata nafi kepada kata sifat. Contohnya hati (KN) bila digandakan akan menjadi hati-hati (KA).

Jadual 4.2 Persamaan Antara Kata Ganda Penuh Dengan Kata Ganda Semu Persamaan Kata Ganda Penuh Disertai dengan tanda Sempang (-) Contoh: main-main Kata Nama, Kata Kerja dan Kata sifat Contoh: rumah-rumah (KN), buat-buat (KK) dan tajam-tajam (KA) Kata nama Kata Nama Contoh: Buku-buku Aspek Tanda baca Kata Ganda Semu Disertai dengan tanda sempang (-) Contoh: anai-anai Kata Nama, Kata Kerja dan Kata sifat Contoh: Kupu-kupu (KN), pura-pura (KK) dan was-was (KA) Kata nama Kata Nama Contoh: Rama-rama

Golongan Kata

Penetap Golongan Ayat

4.2

Perbezaan Bagi Kata Ganda Penuh Dan Kata Ganda Semu

Kata ganda penuh dan kata ganda semu menghasilkan golongan kata yang berbeza. Kata ganda penuh akan menghasilkan golongan kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata keterangan. Kata ganda semu pula adalah sebaliknya kerana proses penggandaan kata ganda semu menghasilkan kata nama yang merujuk kepada manusia, haiwan dan benda. Contoh golongan kata yang terbit daripada gandaan penuh dan semu boleh dirujuk dalam Jadual 4.3. Jadual 4.3 Menunjukkan Contoh Kata Ganda Penuh dan Kata Ganda Semu Berdasarkan perbezaan Golongan kata Perbezaan Golongan Kata Bagi Kata Ganda Penuh dan Kata Ganda Semu Kata Ganda Penuh Golongan Kata Rumah-rumah Buku-buku Cantik-cantik Kehendak-kehendak Kejadian-kejadian Makan-makan KN KN KA KT KK KK Kanak-kanak Ari-ari Kunang-Kunang Kelip-Kelip Anai-Anai Agar-agar Kata Ganda Semu Golongan Kata KN KN KN KN KN KN

Namun demikian, berdasarkan kepada Ahmad Khair (2012) dan Lee Lai Foon (2005) gandaan kata ganda semu juga boleh menerbitkan kata ganda semu yang merujuk kepada perbuatan (kata kerja). Hal ini dibuktikan berdasarkan contoh kata ganda semu yang dikemukakan. Misalnya kata pura-pura yang merujuk kepada perbuatan iaitu menafikan sesuatu perkara. Oleh itu, walaupun kata pura-pura merupakan kata kerja, namun ianya masih tergolong dalam kata ganda semu. Berdasarkan definisi kata ganda semu yang dikemukakan oleh Ahmad Khair (2012), Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin (2005), serta Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1998), kata ganda semu apabila dipisahkan tidak mempunyai makna atau maksud yang khusus. Kata pura yang 10

dipisahkan daripada pura-pura tidak mempunyai makna. Selain itu, Asmah Haji Omar (2009:252) menjelaskan gandaan semu boleh dianggotai oleh kata kerja. Justeru, kata ganda semu tidak khusus kepada kata nama sahaja. Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1998:166) menyenaraikan kata ganda kanak-kanak sebagai kata ganda sempurna (penuh). Berdasarkan kepada dapatan yang diperoleh daripada Ahmad Khair (2012) serta Lee Lai Foon dan Raja Masittah Ariffin (2005), kata ganda semu apabila dipisahkan tidak mempunyai makna yang khusus. Oleh itu, terdapat kekurangan dalam buku yang ditulis oleh Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1998). Hal ini kerana kata kanak-kanak apabila dipisahkan akan menjadi kanak dan tidak mempunyai makna yang khusus. Terdapat banyak pendapat ahli bahasa mengenai kata ganda penuh dan kata ganda semu. Nik safiah Karim (2010:76) dan Ahmad Khair (2012:39) mengkelaskan kata ganda penuh terdiri daripada dua bentuk iaitu gandaan penuh tunggal dan gandaan penuh berimbuhan. Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1998:166) pula hanya mengkelaskan kata ganda penuh dalam bentuk tunggal sahaja. Misalnya Liaw dan Abdullah Hassan (1998:166) hanya menyenaraikan contoh kanak-kanak, murid-murid, buku-buku, rumah-rumah, malam-malam dan pagi-pagi sahaja sebagai gandaan penuh. Bagi kata ganda semu pula, tidak semua ahli bahasa menyenaraikan kata ganda semu sebagai salah satu daripada bentuk penggandaan. Menurut Lee Lai Foon dan Raja Mashittah Ariffin (2005:7), penggandaan kata ganda semu menerbitkan kata nama yang merujuk kepada manusia, haiwan atau benda. Pendapat ini dapat dipertikaikan kerana berdasarkan kepada Ahmad Khair (2012:40), beliau menyenaraikan kata gandaan pura-pura dan mentangmentang sebagai kata ganda semu. Kata ganda semu pura-pura membawa maksud perbuatan, manakala kata ganda mentang-mentang berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud golongan kata tugas. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan kajian daripada Salbia hassan (2012), menyatakan bahawa kata ganda semu menerbitkan 4 jenis golongan kata iaitu kata nama, kata sifat, kata kerja dan kata keterangan. Kajian oleh Salbia Hassan (2012) 11

dibuktikan lagi dengan kenyataan daripada Asmah Haji Omar (2009:274) yang menyatakan gandaan asal (semu) dianggotai oleh kata nama (KN), kata kerja (KK) dan kata sifat (KA). Jadual 4.4 Menunjukkan Kata Ganda Semua Dalam Dialek Melayu Sarawak Kata Ganda Semu Dalam Dialek Melayu Sarawak Kata Ganda Semu Kata Nama Ane-ane Angan-angan Agar-agar Kata Ganda Semu Kata Kerja Lingo-lingo Kayap-kayap Lekang-lekang Kata Ganda Semu Kata Sifat Semek-semek Usei-usei Rendik-rendik Kata Ganda Semu Kata Keterangan Kojoi-kojoi Egeh-egeh Isak-isak

Sumber: Dipetik dan Diubahsuai Daripada Salbia Hassan (2012)

Jadual 4.5: Menunjukkan Perbezaan Antara Kata Ganda Penuh dan Semu Perbezaan Kata Ganda Penuh Terdiri daripada KN, KK, KA dan KT Berdasarkan pendapat: Asmah Haji Omar (2009), Nik safiah Karim et. al.. (2010) dan Ahmad Khair (2012). Aspek Kata Ganda Semu

Golongan Terdiri daripada KN, KK dan KA Kata Berdasarkan Pendapat: Asmah Haji Omar (2009), Selbia Hassan (2012) Terdiri daripada KN sahaja Berdasarkan pendapat: Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin (2005) Bentuk Kata Terdiri daripada kata tunggal sahaja Berdasarkan pendapat: Ahmad Khair (2012), Asmah Haji Omar (2009), Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin (2005)

Terdiri daripada bentuk kata tunggal dan berimbuhan Berdasarkan pendapat: Ahmad Khair (2012), dan Nik Safiah Karim et. al.. (2010) 5.0 KESIMPULAN 12

Berdasarkan kepada perbincangan yang dilakukan, didapati bahawa kata ganda penuh dan kata ganda semu mempunyai persamaan yang rapat. Misalnya persamaan daripada segi pengulangan penuh kata. Namun demikian, terdapat perbezaan nyata yang membezakan kata ganda penuh dan kata ganda semu. Kata ganda penuh bila dipisahkan bentuk gandaannya, masih mempunyai makna. Sebaliknya pula bagi kata ganda semu. Kata ganda semu bila dipisahkan bentuk gandaannya langsung tidak mempunyai makna. Selain itu, kata ganda semu tidak menerima apa-apa imbuhan. Sekiranya terdapat imbuhan, itu adalah tergolong dalam kata ganda penuh. Oleh itu, bagi memahami dan membezakan kata ganda semu dan kata ganda penuh adalah daripada segi gandaan kata itu sendiri sama ada mempunyai makna atau tidak sekiranya dipisahkan.

13

BIBLIOGRAFI Ahmad Khair Mohd Nor (2012). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Percetakan Salam Sdn. Bhd. Arbak Othman (1985). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin (2005). Petunjuk Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1998). Nahu Melayu Moden. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Nik safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Salbia Hassan (2012). Kata Ganda Semu Dalam Dialek Melayu Sarawak (DMS). Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak.

14

You might also like