You are on page 1of 15

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 3 SESI 2013


HIA 3011 (IMAN DAN KEHIDUPAN)

TAJUK ESEI ILMIAH TUGASAN 1: ASMA UL HUSNA

DISEDIAKAN OLEH NAMA

NO. MATRIK

MAIMUNAH BINTI HAMID

D 20112055458

PUSAT PEMBELAJARAN : EL-A30 NAMA TUTOR E-LEARNING : USTAZAH WAHIBAH BINTI TWAHIR @ HAJI TAHIR

TARIKH SERAH : 7 MEI 2013-05-07

PENDIDIKAN KEIMANAN

ISI KANDUNGAN Perkara 1.0 Pengenalan 1.1 Islam Dari Sudut Akidah 1.2 Asmaul Husna 2.0 Rancangan Pengajaran Harian 3.0 Huraian Pengajaran 4.0 Rumusan Bibliografi Lampiran 2-6 7-8 9 Muka Surat 1

PENDIDIKAN KEIMANAN

1.0

PENGENALAN 1.1 ISLAM DARI SUDUT AQIDAH

Aqidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Aqidah tersebut mestilah sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Sesuatu amal akan mempunyai nilai dan manfaatnya apabila ia bersifat baik serta berlandaskan dan didorong oleh aqidah dan Iman. Sebaliknya jika sesuatu amal walau bagaimanapun baiknya dari pandangan manusia, jika tidak berdasarkan pada dorongan aqidah dan iman maka amal tersebut tidak ada nilainya dari segi agama. Aqidah dari pecahan bererti ikatan atau simpulan-biasanya pada benda seperti tali. Aqidah dari segi istilah bermakna kepercayaan yang terikat irat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai atau terurai atau kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terurai atau terlerai walau oleh apa pun jua suasana dan keadaan. Aqidah yang betul mestilah beriman dan mempercayai perkara yang telah diimani dan dipercayai oleh para salafus-saleh dan para imam yang telah diakui kebaikan, ketaqwaan dan kefahaman mereka yang tepat dan benar terhadap Islam.

1.2

AL- ASMA AL-HUSNA

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "ALLAH mempunyai Asma-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." - (Surah Al-A'raf:180) "Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik) "Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8) Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" Riwayat Bukhari

PENDIDIKAN KEIMANAN

2.0

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh Masa Kelas Bilangan Murid Mata pelajaran Tajuk Pengetahuan sedia ada

: 1 April 2013 : 10.50 11.50 Pagi : 4 Dinamik : 40 orang : Akidah (Asmaul Husna) : AS-SAMI dan AS-BASIR : murid pernah menyanyi lagu Asmaul Husna setiap hari di perhimpunan sekolah

Objektif pelajaran : murid dapat menyatakan maksud atau pengertian as-sami dan al-basir Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat : Aras (1) Aras (2) Aras (3) : Menyebut pengertian sifat as-sami dan al-basir : Murid boleh membaca dalil naqli tentang nama-nama ALLAH : Murid boleh menyatakan dalil aqli tentang sifat as-sami dan al-basir : bahasa melayu, matematik (penolakan pecahan) : berani, bekerjasama, merendah diri, yakin : buku teks pendidikan islam tahun 4, audio lagu asmaul husna

Penyerapan ilmu Penerapan nilai Bahan bantu mengajar

PENDIDIKAN KEIMANAN

Langkah/ Masa Pendahuluan (5 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Guru dan murid membaca doa beramai sebelum memulakan pelajaran Guru membimbing murid mengucap dua kalimah shahadah

Catatan

Bacaan doa

2.

Dua kalimah shahadah

Set induksi (10 minit)

Asmaul husna Soalan : 1. Apakah asmaul husna? 2. Apakah makna nama-nama ALLAH yang kamu tahu?

1. Guru meminta semua murid menyanyikan lagu asmaul husna 2. Murid diminta menyanyi dengan penuh semangat 3. Berdasarkan nyanyian tersebut, guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid. 4. Di akhir soalan, guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran.

BBM : Audio lagu asmaul husna

Langkah 2 (40 minit)

Paparan gambar telinga dan mata

1. Guru memaparkan gambar telinga dan mata dan bersoaljawab dengan murid 2. Guru mengaitkan dengan sifat Allah iaitu As-Sami dan Al-Basir. 3. Guru menerangkan maksud as-sami dan albasir 2. Murid diminta mendengar penjelasan guru dengan

Teknik : Perbincangan Nilai murni : -Patuhi arahan -Berani -Yakin Penerapan Ilmu -matematik

PENDIDIKAN KEIMANAN

3.

4.

Soalan : 1. Apakah fungsi gambar yang ditunjukkan? 2. Apakah bukti ALLAH maha mendengar dan maha melihat? 3. Apakah hukum mengingati 99 nama ALLAH?

5.

6.

teliti KMT : Murid bersoal jawab -Menjana idea dengan guru tentang sifatsifat ALLAH as-sami dan al-basir Guru menjawab dengan menerangkan tentang dalil naqli yang terdapat dalam hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah Murid mendengar penerangan tentang dalil naqli dan berbincang bersama-sama dengan guru. guru juga bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang membuktikan ALLAH maha mendengar dan maha melihat

Penutup (5 minit)

Nyanyian lagu asmaul husna Soalan : 1. Apakah yang kamu pelajari pada hari ini? 2. Berapakah bilangan namanama ALLAH? 3. Sebutkan makna bagi as-sami dan al-basir

1.

2.

3.

Guru bersoaljawab dengan murid mengenai pembelajaran pada hari tersebut Guru merumuskan pelajaran pada hari tersebut Guru meminta murid menyanyikan lagu asmaul husna

BBM: Audio lagu asmaul husna Nilai murni: -yakin -berani KBT: Menjana idea

PENDIDIKAN KEIMANAN

3.0

Huraian pengajaran

As-Sami dan Al-Basir merupakan dua daripada 99 nama-nama ALLAH yang baik (al-Asma al-Husna). Maksud hadith Rasullullah (s.a.w) : "Sesungguhnya bagi Allah (s.w.t) itu 99 nama, iaitu seratus kurang satu, sesiapa yang mempelajarinya maka masuklah ia ke syurga. (diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah.)

As-Sami bererti Allah maha mendengar manakala Al-Basir bermaksud Allah maha melihat. Pendengaran dan penglihatan Allah S.W.T merupakan dua sifat tambahan ke atas ilmu-Nya dan kedua-dua sifat ini adalah pencapaian bentuk lain bagi Zat diri-Nya. Tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskan diri daripada pendengaran-Nya, tiada sesuatu pun yang luput daripada penglihatan- Nya dan tiada suatu pun yang hijap yang mampu menutupi keduadua sifat-Nya ini. Dia mendengar sesuatu yang dibisikkan atau dirahsiakan, dan dapat melihat sesuatu yang berada di kerak bumi sekalipun. Sesiapa yang mengenal bahawa Dia mempunyai sifat demikian, hendaklah sentiasa bersopan santun agar selalu waspada dan menghitung sriirnya secara teliti. Dalam sebuah cerita tentang seorang raja yang perhatiannya tertumpu kepada salah seorang hamba sahayanya melebihi hamba-hamba yang lain. Hamba sahayanya itu biasa sahaja, tidak begitu rupawan atau lebih tinggi nilai harganya. Ramailah orang kehairanan terhadap sikap raja yang demikian. Pada suatu hari raja melakukan perjalanan diiringi seluruh rakan karib dan hamba sahayanya, termasuklah hamba yang dibeerikan perhatian khusus oleh raja itu. Perjalanan itu menempuh padang pasir yang amat luas. Kemudian raja naik ke atas sebuah bukit dan melihat sebuah gunung yang amat tinggi dari kejauhan dan di puncak gunung itu terdapat gumpalan salji. Setelah memandang salji itu, raja itu menundukkan wajahnya. Melihatkan perilaku raja tersebut, hamba sahaya yang mendapat perhatian khusus tersebut segera memacu kudanya naik ke atas gunung bersalji dan kembali dengan mambawa salji lalu dipersembahkan kepada raja. Hamba sahaya itu ditanya, dari mana engkau mengetahui bahawa raja inginkan salji? hamba sahaya itu menjawab, kerana aku melihat paduka raja mengarahkan pandangannya ke arah gunung dan tiadalah pandangan seorang raja itu melainkan mengandungi erti.

PENDIDIKAN KEIMANAN

Raja pun berkata, kedudukanmu akan ku dekatkan dan akan aku jadikan engkau pemimpin ke atas mereka,kerana mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri sedangkan engkau memikirkan hal-ehwalku. Sesiapa yang memelihara pendengaran dan penglihatannya dariapda hal-hal yang tidak halal dilihat dan didengar kerana Allah S.W.T., nescaya akan dicintainya, maka dengan pendengaran Allah S.W.T , dia mendengar dan dengan penglihatan Allah S.W.T dia melihat. Allah S.W.T berfirman kepada Nabi-Nya :

Perhatikan bagaimana Allah S.W.T menghiburkan Nabi-Nya dengan sesuatu yang dapat meringankan beban gangguan itu dengan firman-Nya.

Maksudnya, jika engkau merasa terganggu atau sakit hat dengan pendengaran yang memburukkan dirimu, maka hendaklah engkau hiburkan dirimu dengan kesenangan pujipujian kepada Kami dan merasakan kelazatan tanzih (mensucikan) serta berzikir untuk kami. Sesunggguhnya yang demikian itu akan menggembirakan engkau daripada gangguan yang mereka lakukan. Kemudian setelah Rasulullah s.a.w menerima baik nasihat Allah S.W.T dan setia terhadap apa yang diperintahkan kepadanya, maka Allah .S.W.T memimpin pembelaan dan perlindungan-Nya. Ketika dikatakan orang Rasulullah s.a.w adalah gila, Allah S.W.T telah bersumpah menganggah tuduhan tersebut dengan firmannya :

PENDIDIKAN KEIMANAN

Ayat ini diturunkan untuk meringankan penderitaan Rsululllah s.a.w kerana hatinya berduka cita, apa lagi setelah baginda memathi untuk bertasbih mensucikan Tuhannya. Allah S.W.T mencerca orang-orang yang melemparkan kata-kata nista terhadap baginda melalui firmannya :

Juga firman-Nya

Itulah pembelaan Allah S.W.T kepada Nabi-Nya dan itulah pula cerca-Nya yang ditujukan kepada mereka, keranan ayat-ayat al-Quran itu berkekalan dan diulang oleh lisan sehinggan Hari Kiamat. Justeru, memperlihatkan bahawa Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar sesuatu.

Seterusnya, dalam menerapkan pengetahuan tentang dua daripada 99 nama Allah ini, saya telah menggunakan penerapan ilmu dalam bentuk merentas kurikulum Matematik menggunakan penolakan pecahan. Dalam langkah 1 pengajaran, saya cuba menerangkan dengan berdasarkan dalil naqli hadith Rasulullah S.A.W yang dimana ada menunjukkan tentang konsep penolakan pecahan. Saya cuba menerangkan supaya konsep asmaul husna yang sebenar supaya tidak terpesong. Asmaul Husna ada 99 nama dan apa yang hendak diterangkan ialah bukan dikatakan Allah itu ada 99. Allah tetap hanya ada satu, Cuma dibahagikan atau dipecahkan kepada 99 nama panggilan. 100 kurang 1 iaitu 99. Daripada 99 nama yang terdapat dalam asmaul husna, saya hanya mengeluarkan 2 nama iaitu as-sami dan al-basir untuk pelajaran ini iaitu dalam rumus matematiknya :

PENDIDIKAN KEIMANAN

1 97/99 = 2/99 99/99 97/99 = 2/99

Petunjuk:

1 mewakili semua dan dipecahkan kepada 99/99 bersamaan juga dengan 1

Penerapan ilmu ini diwujudkan bagi menggabungjalinkan dua subjek dalam satu mata pelajaran iaitu di samping belajar tentang makna-makna nama Tuhan, murid dapat merentas kurikulum dengan turut belajar berkenaan dengan ilmu matematik.

PENDIDIKAN KEIMANAN

10

4.0

Rumusan

ASMA-UL-HUSNA adalah merupakan nama-nama Allah s.w.t. yang terkandung didalam AlQuran dimana pada tiap-tiap nama tersebut mengandungi maknanya tersendiri. Allah tetap satu meskipun Allah S..W.T mempunyai 99 nama. Hal ini demikian sangat bersangkutan dengan akidah kita. Sekiranya ilmunya terpesong, kemunginan iman kita juga turut terpesong. Sesungguhnya, pembelajaran berkaitan akidah adalah penting dan harus diterapkan atau ditanam dalam diri anak-anak di usia mereka masih muda. Bimbang sekiranya, salah tafsiran menyebabkan iman seseorang itu runtuh. Dalam tiap-tiap nama tersebut juga mengandungi khasiatnya tersendiri misalnya, AsSami apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik manakala khasiat bagi Al-Basir, apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka. Sesungguhnya sesiapa yang mempelajarinya yakni mengingatinya maka masuklah ia ke syurga.

PENDIDIKAN KEIMANAN

11

Bibliografi Muhammad Sulaiman Hj Yasin. (1988). Pengantar Aqidah. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka Mariah Binti Haji Mansur, Hajah Kalthum Binti Abdul Aziz dan Mohd Fauzi Bin Mat Yatim. (2005). Pendidikan Islam Tahun 4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tiada nama pengarang. Dilayari pada 1 April 2013 di URL http://unitagamakmb.webs.com/aqidah1.htm

PENDIDIKAN KEIMANAN

12

LAMPIRAN

PENDIDIKAN KEIMANAN

13

PENDIDIKAN KEIMANAN

14

PENDIDIKAN KEIMANAN

15

You might also like