You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH


SAMBUTAN BULAN DAKWAH & MAULIDURRASUL
_________________________________________

[ALU-ALUAN: ]

Ketibaan Yang Berbahagia Encik Mohd Zaini Bin Said Yang Dipertua Persatuan Ibu
Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Terusan Baru dengan diiringi Encik Husin Bin
Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru
Murid-murid & Guru-guru diminta berdiri.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

[ALU-ALUAN: ]
‫بسم ال الرحن الرحيم‬

‫السلم عليكم ورحة ال وبركاته‬

.‫ والصلة والسلم على رسول ال المي وعلى آله وأصحابه أجعي‬،‫المد ل رب العالي‬

Yang Berbahagia Encik Mohd Zaini Bin Said


Yang Dipertua PIBG Sekolah Terusan Baru

Yang Berusaha Encik Husin bin Abdullah


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru

Yang Berusaha Encik Adam bin Abdullah


Guru Penolong Kanan I
/2

Puan Haisa binti Abd Hakim


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Ustza Syed Mohd Khairudin bin Syed Omar


Guru Penolong Kanan Kokurkulum
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekelian.

[ALU-ALUAN]

Selamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, ke Majlis Penutupan


Bulan Dakwah dan Sambutan Maulidurrasul serta penyampaian hadiah pada pagi yang
mulia ini, yang dianjurkan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Terusan Baru.

[BACAAN DOA]

Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan Yang Berusaha al-Fadhil Ustaz
............................................................. untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

(Bacaan doa)

Amin, Ya Rabb al-‘Alamin.

[UCAPAN ALU-ALUAN GURU PENOLONG KANAN I]

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Adam Bin Abdullah, Guru
Penolong Kanan I Sekolah Kebangsaan Terusan Baru untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan.
/3

Dengan penuh hormat, majlis mempersilakan.

(Ucapan Alu-aluan)

Jazakallahu Khayran Kathira diucapkan kepada Yang Berbahagia Encik Adam Bin
Abdullah atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

[UCAPAN PERASMIAN]

Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Encik
Mohd Zaini Bin Said, untuk menyampaikan ucapan.
Dengan penuh hormat dan takzim, majlis mempersilakan.

(Ucapan Perasmian)

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia tuan atas ucapan perasmian
penutupan yang disampaikan tadi.

[PENYAMPAIAN HADIAH]

Kini tibalah masa yang kita nantikan iaitu acara penyampaian hadiah kepada pemenang.
Majlis denga segala sukacitanya menjemput dan mempersilakan Encik Adam Bin
Abdullah dengan diiringi Encik Huszarudin Bin Hussin untuk menyampaikan hadiah
kepada pelajar.
/4

Majlis seterusnya mempersilakan Encik Husin bin Abdullah dengan diiringi Ustaz Syed
Mohd Khairudin bin Syed Omar untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Majlis seterusnya mempersilakan Encik Zaini Bin Said dengan diiringi Ustaz Syed
Mohd Khairudin bin Syed Omar untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

[PENYAMPAIAN CENDERAHATI]

Bila memandang ke muka laut,


Nampak sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu

Sebagai penghargaan kehadiran tetamu kehormat ke majlis perasmian penutupan pada


pagi yang mulia ini, pihak majlis mempersilakan Yang Berbahagia Encik Husin Bin
Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru, untuk menyampaikan
cenderahati sebagai tanda rasa terima kasih kepada perasmi

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan:


Yang Diraikan Encik Zaini Bin Said untuk menerima cerderahati.

Terima kasih Yang Berbahagia tuan guru besar.

[BERSURAI ]

Selesailah sudah Majlis Perasmian Penutupan Bulan Dakwah dan Sambutan


Maulidurrasul pada hari ini.

Majlis dengan hormatnya menjemput Encik Husin bin Abdullah Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Terusan Baru untuk mengiringi dan mempersilakan Yang Berbahagia Encik
Zaini Bin Said dan guru-guru ke dewan makan untuk menikmati hidangan juadah yang
telah disediakan .
/5

[BERSURAI]

Sebelum bersurai, marilah kita sama-sama membaca Surah al-‘Asr dan tasbih Kafarah

‫والسلم عليكم ورحة ال وبركاته‬

You might also like