P. 1
Teks Pengerusi Majlis Bulan Dakwah

Teks Pengerusi Majlis Bulan Dakwah

5.0

|Views: 3,530|Likes:

More info:

Published by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia on Apr 06, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/13/2012

pdf

text

original

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN BULAN DAKWAH & MAULIDURRASUL

_________________________________________ [ALU-ALUAN: ] Ketibaan Yang Berbahagia Encik Sebarudin bin Madun Ketua Kampung Pulau Timbang dengan diiringi Encik Husin Bin Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Murid-murid & Guru-guru diminta berdiri. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. [ALU-ALUAN: ] ‫بسم ال الرحمن الرحيم‬ ‫السلم عليكم ورحمة ال وبركاته‬ .‫الحمد ل رب العالمين، والصلة والسلم على رسول ال المين وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Yang Berbahagia Encik Shahbudin Bin Madun Ketua Kampung Pulau Timbang Yang Berusaha Encik Husin bin Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Yang Berusaha Encik Adam bin Abdullah Guru Penolong Kanan I Puan Haisa binti Abd Hakim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

/2

Ustza Syed Mohd Khairudin bin Syed Omar Guru Penolong Kanan Kokurkulum Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekelian. [ALU-ALUAN] Selamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, ke Majlis Pelancaran Bulan Dakwah dan Sambutan Maulidurrasul pada pagi yang mulia ini, yang dianjurkan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Terusan Baru. [BACAAN DOA] Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat; Angkat tangan jari sepuluh, Doa dipohon biar selamat. Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Yang Berusaha al-Fadhil Ustaz Syed Mohd Khairudin Bin Syed Omar untuk menyampaikan bacaan doa. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan. (Bacaan doa) Amin, Ya Rabb al-‘Alamin. [UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR] Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Husin Bin Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan penuh hormat, majlis mempersilakan.

/3

(Ucapan Alu-aluan) Jazakallahu Khayran Kathira diucapkan kepada Yang Berbahagia Encik Husin Bin Abdullah atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. [UCAPAN PERASMIAN] Buah langsat di tepi busut, Mari dimuat di dalam peti; Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Sebarudin Bin Madun, untuk menyampaikan ucapan. Dengan penuh hormat dan takzim, majlis mempersilakan. (Ucapan Perasmian) Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia tuan atas ucapan perasmian yang disampaikan tadi. [PERSEMBAHAN PELAJAR] Sekarang marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan nasyid dari kumpulan Hijrah dengan lagunya yang bertajuk ya Rsulullah Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan nasyid Hijrah atas persembahan itu tadi. [CERAMAH DAN TAYANGAN VIDEO] Seterusnya marilah kita sama-sama mendengar ceramah dan tayangan video yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Huszarudin Bin Hussin, majlis dengan segala hormat mempersilakan.

/4

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Huszarudin Bin Hussin atas ceramah dan tayangan video itu sebentar tadi. [PERSEMBAHAN PELAJAR] Majlis sekali lagi dihiburkan dengan persembahan syair oleh adik Razamli bin Sardi daripada kelas tahun 6. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik Razamli Bin Sardi atas persembahan sebentar tadi. Majlis sekali lagi dihiburkan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan mawar merah yang akan menyampaikan lagu bertajuk bila Allah beri rezeki majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan nasyid mawar merah atas persembahan sebentar tadi. [PENYAMPAIAN CENDERAHATI] Bila memandang ke muka laut, Nampak sampan mudik ke hulu; Bila terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu Sebagai penghargaan kehadiran tetamu kehormat ke majlis perasmian pada pagi yang mulia ini, pihak majlis mempersilakan Yang Berbahagia Encik Husin Bin Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru, untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda rasa terima kasih kepada perasmi Majlis dengan penuh takzim mempersilakan: Yang Diraikan Encik Sebarudin Bin Madun untuk menerima cerderahati. Terima kasih Yang Berbahagia tuan guru besar.

/5

[BERSURAI ] Selesailah sudah Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Dakwah dan Sambutan Maulidurrasul pada hari ini. Majlis dengan hormatnya menjemput Encik Husin bin Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru untuk mengiringi dan mempersilakan Yang Berbahagia Encik Sebarudin Bin Madun. dan guru-guru ke dewan makan untuk menikmati hidangan juadah yang telah disediakan . [BERSURAI]

Sebelum bersurai, marilah kita sama-sama membaca Surah al-‘Asr dan tasbih Kafarah ‫والسلم عليكم ورحمة ال وبركاته‬

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->