P. 1
TEKS UCAPAN PENUTUP

TEKS UCAPAN PENUTUP

|Views: 2,301|Likes:

More info:

Published by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia on Apr 06, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/17/2013

pdf

text

original

TEKS UCAPAN PERASMI PENUTUP

MOHD ZAINI BIN SAID

BULAN DAKWAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU SANDAKAN

TARIKH

: 13 MAC 2009

MASA

: 8:00 PAGI

TEMAPT

: TAHUN 6

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

terima kasih diucapkan kepada pengacara majlis,

Yang berbahagia Encik Sebarudin Bin Madun, Ketua Kampung Pulau

Timbang Daerah Sandakan.

Yang berusaha Encik Husin bin Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Terusan Baru.

Encik adam bin abdullah guru penolong kanan 1,

Puan haisa binti abd hakim guru penolong kanan Hal Ehwal Murid.

Ustaz Syed Mohd Khairudin bin Syed Omar guru penolong kanan

kokurikulum.

guru-guru serta murid-murid Sekolah Kebangsaan terusan baru yang

dikasihi sekalian.

Pertama kali marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran yang

tidak terhingga kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan

rahmat-nya pada hari yang berbahagia ini dapat kita sama-sama berhimpun

di dewan yang indah ini bagi menjayakan Penutupan bulan dakwah dan

penyampaian hadiah tahun 2009 peringkat Sekolah Kebangsaan Terusan

Baru.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Saya

diberitahu,

antara

yang

berlangsung

dalam

bulan

ini

ialah

pertandingan nasyid, kuiz pendidikan islam, pertandingan tulisan jawi,

pertandingan

azan,

pertandingan

membaca

khutbah,

pertandingan

bercerita

kisah-kisah

nabi,

pertandingan

teka

silang

kata

dan

pertandingan membina perkataan. Syabas dan tahniah kepada pihak

sekolah kerana telah berusaha menjayakan program sebegini yang dapat

memberi manfaat dan kebaikan yang berguna kepada murid-murid Sekolah

Kebangsaan Terusan Baru. Saya berharap program sebegini dapat

dijalankan di masa akan datang tanpa ada titik noktah penghujungnya.

Saya sebagai Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyokong

sepenuhnya usaha sebegini dan bersedia membantu bagi menjayakan

program seumpama ini di masa akan datang.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekelian,

Pepatah melayu ada mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari

rebungnya, pepatah melayu ini memang tepat sekali, di mana peringkat

yang paling sesuai dalam membentuk dan mencorak jiwa dan keperibadian

manusia untuk menjadi manusia yang berguna dan boleh diharap dalam

perjuangan bangsa, agama dan negara adalah seawal usia mudanya. Bila

mana mereka dibentuk dengan acuan yang betul di peringkat ini maka kita

akan mendapat hasilnya yang baik bila mana mereka sudah besar nanti dan

peringkat sebegini sangat mudah dan sesuai dalam pembentukan sahsiah

murid mengikut acuan pendidiknya. Dalam peringkat sebegini anak-anak

didik menerima sepenuhnya didikan kita tanpa ada sebarang bantahan dan

bangkangan. Pada pendapat saya program sebegini memang kena pada

tempatnya dalam mana mencungkil bakat yang terpendam dan mengasah

bakat yang telah sedia ada dalam diri pelajar.

Murid-murid yang dikasihi sekelian,

Saya berharap kepada para pelajar agar menyertai apa sahaja aktiviti dan

program yang dianjurkan oleh pihak sekolah samada program yang

berbentuk kurikulum mahupun kokurikulum. Dan kita jangan berputus asa

sekiranya kita gagal dalam pertandingan dan acara yang dipertandingkan

kerana adat perlawanan ada kalah dan ada pemenangnya. Mungkin pada

tahun ini kita kalah, tetapi yakin dan percayalah pada tahun hadapan

sekiranya kita berusaha dengan lebih gigih lagi insyAllah kita pula yang

akan menang dan berjaya.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Saya rasa tidak perlu berucap terlalu panjang kerana kita ada agenda

seterusnya iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang, maka dengan lafaz

Bismillah hirrahmanirrahim saya dengan ini merasmikan penutupan Bulan

Dakwah Peringkat Sekolah Kebangsaan Terusan Baru 2009. Sekian sahaja

ucapan saya pada kali ini. Wabillahi taufiq wal hidayah wa salamu ‘alaikum

warahmatullahiwabarakatuh.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->