P. 1
UJIAN PKSR 1 Kajian Tempatan

UJIAN PKSR 1 Kajian Tempatan

|Views: 10|Likes:
Published by Pramget Kaur
Rumah-rumah traditional di Malaysia
Rumah-rumah traditional di Malaysia

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Pramget Kaur on May 08, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $4.99 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

02/17/2014

$4.99

USD

pdf

text

original

UJIAN PKSR 1 TAHUN 4

MATA PELAJARAN : TAJUK : KAJIAN TEMPATAN RUMAH TRADIONAL DI MALAYSIA

1

KANDUNGAN 1. Penutup 6. Jenis Jenis Rumah Di Malaysia 5. Pengenalan Diri 3. Pengalaman Dari Projek 2 . Penghargaan 2. Tajuk Projek dan Isi Kandungan Projek 4.

3 . SAYA HARAP GURU-GURU BERPUAS HATI DENGAN PENYEDIAAN PROJEK SAYA YANG SAYA MENYEDIAKAN DENGAN BERSUNGGUH SUNGGUH DENGAN BANTUAN BUKU-BUKU DAN MELAYARI INTERNET UNTUK MENDAPATKAN ISI KANDUNGAN YANG TEPAT DAN MEMUASKAN.PERHARGAAN SAYA BERUCAP TERIMA KASIH KEPADA IBUBAPA DAN GURU SAYA UNTUK MEMBERI SAYA PELUANG UNTUK MENYEDIAKAN PROJEK INI. TERIMA KASIH.

BELIAU MENGAJAR SAYA KAJIAN TEMPATAN. SAYA ADALAH DARI KELAS ___________.PENGENALAN DIRI NAMA SAYA _______________. SAYA AMAT SUKA DAN MENGHARGAI GURU SAYA. 4 . NAMA GURU SAYA IALAH __________________________. SATU DARIPADA MATA PELAJARAN KEGEMARAN SAYA IALAH KAJIAN TEMPATAN. BELIAU MENGAJAR SAYA DENGAN SESUNGGUH HATINYA. SAYA BERUMUR 10 TAHUN. SAYA BELAJAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN ________.

5 .RUMAH. Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi. Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang di pisahkan oleh ruang dapur yang di pisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap.RUMAH DI MALAYSIA RUMAH KUTAI Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang. menggunakan kain langsir sebagai pembahagi ruang bilik. Terdapat juga rumah Kutai yang tidak memiliki dinding pembahagi bilik. Bahan-bahan binaan ialah dari kayu dan buluh. Di sudut dinding tepinya dipasang „tabir layar‟ yang dibuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki terdapat pula „alang para buang‟ (peran) iaitu merupakan ruang yang beratap dan berlantai sebagai tempat menyimpan barang-barang. ruang tamu dan bilik. sebaliknya. Kayu digunakan untuk tiang dan rangka bumbung manakala dindingnya dari pelupuh dan atapnya ialah atap rumbia.

Bumbungnya mempunyai lentik yang bervariasi. Terdapat rumah-rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan mengandungi ruang di bawah bumbung yang dipanggil peran atau loteng. Disamping itu. 6 . Ruang tersebut merupakan ruang tidur anak-anak gadis dan juga tempat simpan barang-barang.RUMAH MINANGKABAU Rumah Melayu Tradisional Negeri Sembilan(Rumah Minangkabau) mempunyai bumbung panjang iaitu jenis yang mempunyai satu perabung yang memanjang dari kiri ke kanan atau arah hulu ke hilir selari dengan jalan atau sungai. Rumah Melayu Tradisional Negeri Sembilan adalah jenis beranjung satu iaitu jenis berpangkal serambi. Antara ciri lainnya yang standard adalah mempunyai 12 tiang serta berlantai tinggi dari tanah dan bertangga kayu. Ia mempunyai rumah belakang (dapur) yang bergabung dengan rumah ibu. Kebiasaannya. rumah jenis ini mempunyai atap yang bertingkat antara atap bumbung rumah hadapan (ruang ibu) dengan atap serambi.

Reka bentuk rumah ini terdapat di Kampung Patau-Patau. rumah jenis ini juga boleh dijumpai di semenanjung seperti Kuala Kurau. Sabah. 7 . Labuan. Daripada gambar di atas. Kuala Gula. Rumah Bagan juga dikenali sebagai Rumah air. Jenis rumah ini sesuai dibina di kawasan pinggir pantai atau sungai kerana tahan air. Walaubagaimanapun. didapati rumah jenis ini disokong di atas air dengan menggunakan tiang yang panjang.RUMAH BAGAN Rumah Bagan adalah rumah yang dibina di atas air. Rumah jenis ini banyak dijumpai di Negeri Sabah. Penghuni-penghuni rumah jenis ini kebanyakan ialah nelayan.

Rumah limas dibina agak tinggi dari aras tanah bagi menggelakkan dimasuki air ketika musim banjir atau binatang buas pada waktu malam. Maksud Limas adalah bentuk timba atau takir yang diperbuat daripada daun pisang atau upih yang berbentuk tirus ke atas seperti piramid. 8 . Ruang anjung rumah limas juga lebih besar dan luas kerana ia berfungsi sebagai tempat melayan tetamu dan sebagai tempat melakukan kerja-kerja seperti membaiki jala. pencahayaan dan keselamatan. Seni bina rumah limas menitikberatkan aspek pengudaraan. Rumah limas sebegini biasanya dikenali sebagai rumah baju kurung. Rumah Limas tidak memiliki pangkal serambi dan beranjung di bahagian hadapan. Ukiran atau jejaring yang ada pada setiap tingkap.RUMAH LIMAS Rumah Limas banyak terdapat diJohor. Selangor dan Terengganu. Kebanyakan rumah limas Johor mempunyai “kolong” iaitu bahagian bawah rumah berpagar yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang. bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga untuk memudahkan cahaya dan udara masuk ke dalam rumah.

Pada zaman dahulu. seseorang terpaksa menaikinya melalui tanggatangga yang dibuat dari batang kayu. Untuk masuk ke rumah itu. rumah panjang merupakan sejenis bangunan kediaman yang terdiri daripada satu bilik yang panjang. ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. 9 . Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air bah (banjir). Jenis rumah panjang orang asli Malaysia Timur biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Kebanyakannya dibuat dari kayu dan merupakan bentuk binaan tetap yang awal dalam banyak budaya. Beberapa keluarga akan tinggal bersama di rumah panjang ini. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.RUMAH PANJANG Dalambidang arkeologi dan antropologi.

Binaan rumah ini memiliki tetapi persamaan rumah dengan gaya lima rumah Melayu orang Belanda.RUMAH PERABONG LIMA Rumah perabung lima merupakan salah satu rumah yang sering terdapat pada rumah Melayu. Binaan Rumah perabung lima merupakan bentuk binaan awal yang banyak terdapat di Kelantan. Selain itu bahagian dapur juga dibina berasingan daripada rumah ibu bagi memberikan ruang yang lebih luas. Rumah tersebut juga besar saiznya dan biasanya dibina dengan kawasan berlaman. Keistimewaan reka bentuk rumah tersebut kerana ia lebih etnik dan ringkas Rumah perabung lima tidak memiliki tebar layar. perabung memiliki bumbung yang lebih tinggi. 10 . iaitu seni binaan orang-orang Melayu.

Rumah tinggi Melanau dan dibina juga 40 kaki dari tanah. banjir. rumah panjang Melanau juga dikenali sebagai rumah tinggi Melanau. Struktur lantainya yang jarang. Ia adalah disebabkan oleh struktur susunan dan kombinasi lantai nibong yang unik.RUMAH TINGGI MELANAU SARAWAK Senibina rumah panjang Melanau berbeza dengan rumah panjang kaum lain di Sarawak. Disebabkan itu. Tujuannya adalah untuk melindungi dari serangan musuh/lanun permukaan tanah. tetapi orang yang berada di atas dapat melihat jelas pergerakan orang bawah rumah. namun peliknya orag yang berada dibawah rumah ini tidak akan dapat melihat pergerakan orang yang berada di atas. Ketinggiannya membolehkan ia tidak dapat di jolok dengan tombak dari Keunikannya juga boleh dilihat dari segi struktur lantai rumah tersebut. Rumah panjang Melanau adalah tinggi dan berbentuk segiempat tepat serta bertingkat. 11 .

tanah liat dan ikan hanya yang dibahagian dan bawah juga rumah dihubungkan boleh atasnya untuk pula menggunakan yang diperbuat berhubung pantaran (beranda). Indung terdiri daripada ruang tamu yang berfungsi sebagai tempat bersanding. Selain itu. Dalam pada itu. Biasanya rumah ini dibina mengunakan kayu yang bulat untuk gelagar dan tiangnya. tetamu dan turi merupakan tempat tidur anak gadis dara yang dipisahkan dengan kain atau kadang kala tidak. manakala lantainya diperbuat daripada buluh dan nibong (kayu nipah). Rumah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu keoyon dan serudung (dapur). Dinding dan bumbung pula diperbuat daripada daun nipah yang telah disusun. tempat tidur anak lelaki. Tambak yang berbentuk pelantar dipanggil salaian untuk mengeringkan kayu memanggang Bahagian ruang dipanggil diak tambak untuk menyimpan kayu api. Parapara berfungsi sebagai tempat menyimpan barang bernilai seperti peralatan muzik. dapur dipisahkan dengan indung yang serambi daripada api.RUMAH BAJAU SABAH Rumah Bajau terkenal dengan teknik menyambung kayu pada kedua-dua hujung rabung. 12 . terdapat juga hiasan ukiran yang dikenali sebagai layang-layang. senjata dan barang tembaga.

Rumah jenis ini semakin pupus. 13 . ruang tengah dan ruang tamu. bumbung mendatar dihadapannya dipasang tebar layar yang Berbentuk V terbalik.Rumah panjang perlis diperbuat daripada kayu cengal dan damar laut. bilik. Rumah dapur terdiri daripada sebuah yang tidak tersekat tetapi telah di pisahkan oleh ruang yang dipanggil ruang selang.RUMAH BUMBUNG PANJANG Di perlis terdapat rumah tradisional melayu yang dikenali rumah panjang yang berusi lebih 70 tahun.Rumah ibu mengandungi ruang yang disebut ruang leper (serambi). dindingnya daripada kelarai. adakalanya berjumlah 24 batang tiang pada rumah ibunya. atapnya daripada rumbia atau nipah dan adakalanya menggunakan genting senggora. Komponen bagunan rumah berkenaan terdiri dari rumah ibu dan rumah dapur. Rumah bumbung panjang ini mengandungi panjang banyak lurus tiang. Tebar layar merupakan sebahagian daripada tutup dinding bumbungnya yang diperbuat dari pelupuh yang berkelarai. Bentuk rumahnya memanjang.

meranti dan damar laut. Komponen bangunannya pula terdiri dari rumah ibu. Halaman Rumah Tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga Rumah Melaka didirikan menggunakan 12 hingga 16 batang tiang utama pada bangunan induk atau rumah ibu. Di ruang tengahnya pula terdapat sebuah bilik antara rumah ibu dan rumah dapur yang dipanggil selang. Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik. Ruang tersebut digunakan sebagai tempat tidur anak-anak gadis apabila terdapat majlis dan tempat simpanan barang-barang. di hadapan adakalanya ditambah dengan ruang anjung yang bertangga. Terdapat juga ruang tengah diantara bumbung dengan bilik yang dipanggil peran atau loteng. 14 . Ruang rumah Melaka terdiri daripada ruang serambi. ruang tengah dan dapur. Rumah Melaka biasanya dibina daripada kayu cengal.RUMAH MELAKA Rumah Melaka terkenal dengan tangga batu yang disalut dengan jubin beraneka warna yang menceriakan lagi keadaan rumah tersebut.

TAMAT 15 . Acheh. Seni bina rumah Melayu tradisional juga dipengaruhi oleh unsurunsur dari luar khususnya dari alam Melayu seperti Minangkabau.PENUTUP Orang Melayu di negara ini terdiri daripada pelbagai suku kaum. Rasional Projek ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada diri saya sebagai anak murid darjah 4D mengenai seni bina dan keistimewaan rumah Melayu tradisional amnya dan seni bina rumah Melayu di Malaysia. Pattani. Bugis.Rotan atau akar digunakan untuk mengikat persendian. Projek ini telah memberi tumpuan kepada seni bina rumah Melayu tradisional di Malaysia. Jawa. Bahagian dalaman rumah dihiasi dengan pelbagai bentuk ukiran yang bermotifkan alam semula jadi. Rumah orang Melayu berbumbung panjang dan bertebar layar serta tidak berpaku. Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar. Riau. oleh itu rumah-rumah tradisional Melayu mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Jambi dan Bajau.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->