You are on page 1of 6

TAWARAN PELAWAAN SEBAGAI CALON PENULIS BUKU TEKS SEKOLAH RENDAH UNTUK KEGUNAAN MULAI TAHUN 2015

Tawaran dibuka kepada calon penulis yang berkebolehan, berpengalaman, berkelayakan dan mempunyai kepakaran serta memenuhi syarat-syarat di bawah bagi menulis buku teks mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 5 untuk kegunaan mulai tahun 2015 yang dipertanggungjawabkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Calon penulis dipelawa untuk menulis buku teks mata pelajaran KSSR Tahun 5 seperti yang berikut: Bahasa Malaysia Tahun 5 SK/SJK English Year 5 SK Bahasa Arab Tahun 5 Pendidikan Islam Tahun 5 Pendidikan Moral Tahun 5 SK Pendidikan Jasmani Tahun 5 SK Pendidikan Kesihatan Tahun 5 SK Matematik Tahun 5 SK Sains Tahun 5 SK Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 5 SK Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 SK Pendidikan Seni Visual Tahun 5 SK Pendidikan Muzik Tahun 5 SK

Syarat Permohonan 1. 2. 3. 4. Calon penulis yang ingin menyertai program penulisan ini hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 60 tahun. Permohonan tawaran hendaklah dibuat secara individu. Calon penulis yang sedang menulis buku teks dengan penerbit lain untuk kegunaan tahun yang sama (tahun 2015) tidak layak menyertai program penulisan ini. Calon penulis sekurang-kurangnya mempunyai sijil, diploma, ijazah dalam mata pelajaran dan bidang berkenaan. Salinan sijil akademik yang disahkan oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional perlu disertakan sebagai bukti kelulusan akademik. Calon penulis mahir dan menguasai hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pedagogi mata pelajaran berkenaan. Calon penulis sebaik-baiknya mempunyai pengalaman menulis. Salinan kulit buku atau hasil penulisan atau bukti yang berkaitan perlulah disahkan oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional dan disertakan sebagai bukti hasil penulisan. Calon penulis mempunyai pengetahuan am yang luas dan terkini yang ada kaitannya dengan mata pelajaran berkenaan.

5. 6.

7.

8. 9. 10. 11.

Calon penulis mestilah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan masingmasing. Calon penulis yang dipilih mestilah sanggup menulis buku teks dalam mata pelajaran yang ditetapkan. Calon penulis yang dipilih mestilah sanggup serta berkemampuan dan berkeupayaan melaksanakan tugas penulisan dalam masa yang ditetapkan. Calon penulis yang dipilih mestilah sanggup memberikan kerjasama bagi menjayakan penulisan dan penerbitan buku teks dan boleh bekerja sebagai satu pasukan. Calon penulis yang dipilih tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan kebenaran menghadiri taklimat/bengkel/mesyuarat yang dilaksanakan oleh DBP atau Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Penulis yang tidak hadir bengkel/mesyuarat boleh digugurkan daripada program penulisan ini. Calon penulis yang dipilih mesti mengemukakan dokumen atau surat yang telah ditandatangani oleh majikan sebagai bukti memperoleh kebenaran daripada majikan. Calon penulis yang dipilih akan tertakluk kepada peraturan, jadual serta arahan daripada pihak DBP dan BBT, KPM dari semasa ke semasa. Calon penulis yang dipilih bagi mata pelajaran yang sama atau berlainan mata pelajaran bukanlah daripada pasangan suami isteri. Segala urusan dan kos bagi penulisan buku teks ini seperti menyediakan bab contoh, menghadiri taklimat, mesyuarat atau bengkel yang berkaitan adalah atas tanggungan penulis sendiri melainkan diputuskan sebaliknya oleh DBP. Pegawai DBP, serta Pegawai KPM dari BBT dan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) tidak layak untuk memohon tawaran ini. DBP berhak menggugurkan calon penulis yang dipilih sekiranya didapati melakukan sebarang bentuk penipuan yang berkaitan dengan permohonan.

12.

13. 14. 15. 16.

17. 18.

Cara Memohon 1. Permohonan hendaklah dibuat secara individu. Setiap calon penulis dikehendaki menghasilkan bab contoh berdasarkan Panduan Penulisan, Dokumen Kurikulum serta Spesifikasi Bab Contoh yang diperoleh dalam Dokumen yang dibeli. Bab contoh ini akan dinilai oleh Panel Penilai Bebas DBP. Dokumen dan maklumat lanjut tentang program penulisan ini boleh didapati dan dibeli dengan harga RM50.00 secara tunai mulai 18 April hingga 11 Mei 2013, dari pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang di Bahagian Kewangan dan Bekalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 27, Menara DBP. Dokumen juga boleh dibeli semasa sesi taklimat kepada calon penulis pada 11 Mei 2013 (Sabtu) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Dato Hassan Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Kuala Lumpur.

2.

3.

4.

Dokumen juga boleh dibeli dengan menggunakan Wang Pos/Wang Kiriman Pos atas nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Bagi tujuan pembelian dokumen, tulis perkataan PROJEK BUKU TEKS TAHUN 2015 dan nama mata pelajaran yang dimohon di sudut kiri sebelah atas sampul surat dan dialamatkan kepada: Ketua Bahagian, Bahagian Kewangan dan Bekalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 27, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Contoh: PROJEK BUKU TEKS TAHUN 2015 BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 SK/SJK Kepada: Ketua Bahagian, Bahagian Kewangan dan Bekalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 27, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Setem

5.

Bagi tujuan penyerahan dokumen yang dibeli oleh DBP, sila sertakan sampul surat berukuran A4 beralamat sendiri, bersetem RM3.50 dan nombor telefon pemohon. Sila tulis PROJEK BUKU TEKS TAHUN 2015 dan nama mata pelajaran yang dimohon di sudut kiri sebelah atas sampul surat. Contoh: PROJEK BUKU TEKS TAHUN 2015 BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 SK/SJK (No. Tel. Penulis: 09-7659711/013-3845149) Setem

Kepada: Azman bin Arshad, Kampung Selesa, 16150 Kota Baharu, Kelantan.

6. 7.

Sebarang kelewatan berhubung dengan pembelian dan penyerahan dokumen melalui pos bukan tanggungjawab DBP. Maklumat biodata penulis juga perlu dilengkapkan oleh penulis dalam borang biodata yang boleh dimuat turun dari laman web DBP mulai 18 April 2013.

Cara Penyerahan Borang Biodata Penulis dan Bab Contoh 1. Setiap calon penulis dikehendaki menghasilkan bab contoh. Bab contoh ini akan dinilai oleh Panel Penilai Bebas yang dilantik oleh DBP. Dua (2) hingga empat (4) orang calon penulis yang terbaik dan mengikut syarat yang telah ditetapkan akan dipilih dan digabungkan sebagai satu kumpulan bagi menangani satu mata pelajaran. Maklumat biodata penulis yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan dalam bentuk CD dan satu salinan keras yang disahkan oleh Ketua Jabatan atau Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan dimasukkan ke dalam sampul surat, ditulis perkataan PROJEK BUKU TEKS TAHUN 2015 dan nama mata pelajaran yang dimohon di penjuru kiri sebelah atas sampul. Maklumat tersebut hendaklah diserahkan kepada Ketua Bahagian, Bahagian Kewangan dan Bekalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 27, Menara DBP selewat-lewatnya sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari, 14 Mei 2013 . Setiap borang biodata yang diserahkan kepada DBP hendaklah dilampirkan dengan resit atau bukti pembelian dokumen sebagai bukti penyertaan. Manuskrip bab contoh yang telah disiapkan berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat, ditulis perkataan PROJEK BUKU TEKS TAHUN 2015 dan nama mata pelajaran yang dimohon di penjuru kiri sebelah atas sampul dan dihantar melalui pos atau serahan tangan ke Bahagian Kewangan dan Bekalan, Dewan Bahasa dan Pustaka Aras 27, Menara DBP selewat-lewatnya pada 21 Mei 2013 sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari. Bukti pos tidak akan diterima sebagai bukti penyerahan atau penyertaan.

2.

3.

4.

Taklimat kepada Calon Penulis Taklimat kepada calon penulis tentang program penulisan ini akan diadakan pada 11 Mei 2013, pukul 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato Hassan Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 2, Menara DBP, Kuala Lumpur. Sebarang maklumat lanjut berhubung dengan perkara ini, sila hubungi petugas yang berkenaan pada waktu pejabat: Maklumat Umum:
Encik Abang Patdeli bin Abang Muhi No. Tel: 03-21481220 E-mel: apam@dbp.gov.my

Maklumat Mata Pelajaran: Rujuk senarai petugas di bawah:

Bil. 1.

Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5 SK/SJK

Nama Petugas Puan Zaiton binti Ismail Ruslan bin Abdull Raffar Hasnah binti Ahmad Nadzar

No. Telefon dan E-mel No. Tel.: 03-21482797 E-mel: zaiton3@dbp.gov.my No. Tel.: 03-21481270 E-mel: arruslan@dbp.gov.my No. Tel.: 03-21481239 E-mel: hasnah1@dbp.gov.my No. Tel.: 03-21481152 E-mel: mariati@dbp.gov.my No. Tel.: 03-21481834 E-mel: mazfarina@dbp.gov.my No. Tel.: 03-21481059 E-mel: hanim@dbp.gov.my No. Tel.: 03-21481150 E-mel: ainol@dbp.gov.my No. Tel.: 03-21481145 E-mel: ros_omar@dbp.gov.my No. Tel.:03-21482155 E-mel: baizura@dbp.gov.my No. Tel.: 03-21481072 E-mel: zaida@dbp.gov.my No. Tel.:03-21481103 E-mel: zawin@dbp.gov.my No. Tel.: 03-21481280 E-mel: afifi@dbp.gov.my No. Tel.: 03-21481143 E-mel: midah_a@dbp.gov.my No. Tel.: 03-21482186 E-mel: n_azita@dbp.gov.my

2.

English Year 5 SK

Puan Mariati Josepha binti Mustafa Puan Mazfarina binti Marzuki

3.

Matematik Tahun 5 SK

Encik Abdul Hanim bin Musa Puan Ainol Rafezah binti Alias

4.

Pendidikan Moral Tahun 5 SK

Puan Rosmani binti Omar Puan Nor Baizura binti Ibrahim

5. 6.

Bahasa Arab Tahun 5 Pendidikan Islam Tahun 5 SK

Puan Zaida binti Ahmad Puan Zawinnajah binti Md Kaslan Wan Mohammad Afifi bin Wan Zainudin

7.

Pendidikan Jasmani Tahun 5 SK Pendidikan Kesihatan Tahun 5 SK Sains Tahun 5 SK

Puan Hamidah binti Ahmad Puan Nor Azita binti Umar

8.

9.

Puan Noraida binti Haji Ismail Encik Muhammad Faiz bin Mohamad Ali Puan Siti Hanim binti Yunus Encik Baharin bin Aiyob

No. Tel.: 03-21482081 E-mel: noraida@dbp.gov.my No. Tel.:03-21481215 E-mel.: faiz@dbp.gov.my No. Tel.:03-21481261 E-mel: shanim@dbp.gov.my No. Tel.:03-21481295

10.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 5 SK Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 SK Pendidikan Seni Visual

11.

12.

Bil.

Mata Pelajaran Tahun 5 SK

Nama Petugas

No. Telefon dan E-mel

E-mel.: baharin@dbp.gov.my 13. Pendidikan Seni Muzik Tahun 5 SK Puan Ana Suhana binti Zainuddin Puan Zaidah binti Ahmad Rosly No. Tel.:03-21481004 E-mel.: a_suhana@dbp.gov.my No. Tel.: 03-21481294 E-mel: zaidahar@dbp.gov.my

Ganjaran Ganjaran penulisan akan diputuskan oleh Mesyuarat Pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keputusan Penawaran 1. Calon penulis yang berjaya akan dimaklumkan secara rasmi. Manakala, calon penulis yang tidak mendapat pemakluman dalam tempoh sebulan selepas tarikh 21 Mei 2013 adalah tidak berjaya. Keputusan penawaran ini adalah muktamad. Walau bagaimanapun, penawaran ini tertakluk pada dasar perolehan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.

You might also like