You are on page 1of 8

Diambil pada 6/4/09 daripada: http://e-pendidikan.com/guruinternet.

html

Terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap teori


mempunyai konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan
berbezaan sudut pandang ini maka teori pembelajaran tersebut dapat dikategorikan
kepada beberapa bahagian .

a) Teori Tingkahlaku
Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris .Mereka berpendapat bahawa
pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku , iaitu cara seseorang bertindak
dalam suatu situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku
yang nyata dan dapat diperhatikan .Di antara pandangan atau definisi pembelajaran
mazhab behavioris yang boleh diterima umum ialah seperti yang diberikan oleh
Kimble (1961) yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi
tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan. Perubahan
pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan , pelaziman
klasik,pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian. Di antara prinsip-
prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
komputer ialah

a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif
didalamnya . Keadaan ini dapat diwujudkan dengan dengan menyediakan
aktiviti-aktiviti tertenti yang melibatkan pelajar secara aktif seperti
perbincangan dalam kumpulan, aktiviti amali, contohnya amali membuka dan
memasang komponen perkakasan komputer.

b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat
dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.
Contohnya dalam menyampaikan tajuk komponen perkakasan komputer
bahan-bahan bantu mengajar seperti kertas edaran atau hand out disediakan
terlebih dahulu di samping penggunanaan slaid powerpoint dapat
menjelaskan sesuatu konsep atau fungsi dengan jelas.Ini memudahkan
pelajar memahami tajuk yang diajar.
c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar
dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar. Penglibatan
dan perhatian pelajar dapat dikekalkan dengan memberikan ganjaran atau
rangsangan dengan tujuan untuk memotivasikan mereka bagi mengikuti
pembelajaran seterusnya. Setiap respon pelajar perlu diberikan maklumbalas
yang positif .

d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi
motivasi. Setiap kali pelakar berjaya melakukan sesuatu aktiviti ataupun
memberikan respon yang betul atau baik maka ia perlu diberikan ganjaran
untuk mengekalkan minat pelajar bagi meneruskan pembelajaran berikutnya.
Contohnya dalam aktiviti kumpulan pemasangan komponen perkakasan
komputer dalam kumpulan, guru boleh memberikan ganjaran seperti jumlah
markah yang tinggi, kakat-kata pujian atau sebarang bentuk tindakan yang
boleh memotivasikan pelajar.

Menurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkahlaku


(Behavioral) , terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu pengajaran .
Berdasarkan sembilan elemen ini , jika dikaitkan dengan pengajaran topik Konsep
Asas Sistem Komputer beberapa kaedah dan strategi boleh diterapkan semasa
proses pengajaran dijalankan di dalam kelas . Contohnya dalam pengajaran
pembelajaran perkakasan komputer ,pada permulaan pengajaran seorang guru itu
haruslah pandai menarik perhatian dengan menyediakan bahan bantu mengajar
yang boleh menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik
terutamanya untuk menerangkan tentang tajuk mengenai asas perkasan komputer
ke dalam kelas .Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarik
dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas
mengenai perkakasan sistem komputer . Guru perlu memberitahu pelajar tentang
objektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah selesai mengikuti pengajaran dan
pembelajaran . Contohnya ,guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini amat penting
untuk di pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar . Selain
itu , sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran , seorang
guru itu harus merangsang pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang
telah di pelajari sebelum ini . Guru juga harus mempersembahkan bahan yang
merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan , suara guru haruslah jelas dan
berintonasi , susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan
pelbagai media yang relevan contohnya carta alir , gambarajah dan juga slaid
projektor . Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar
mengajar rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari
itu . Guru haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau
memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari .
Sebagai contoh , guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk
mendapatkan data mengenai jenis perkakasan komputer terkini di pasaran tajuk
perkakasan komputer yang telah dipelajari sebelum itu .

b) Teori Kognitif
Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman
dan tidak dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran menyebabkan
perubahan tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu situasi yang khusus. Perubahan
tingkahlaku dianggap cuma mencerminkan perubahan dalaman yang sukar untuk
diperhatikan seperti pengetahuan ,perasaan ,harapan dan pemikiran. Menurut
Bruner untuk mengajar sesuatu tidak perlu menunggu sehingga kanak-kanak
mancapai tahap perkembangan tertentu. Aspek pentingnya ialah bahan pengajaran
harus disediakan dengan baik. Dengan lain perkataan perkembangan kognitif
seseorang dapat ditingkatkan dengan cara mengatur bahan yang akan dipelajari dan
menyajikannya sesuai dengan tingkat perkembangannya. Penerapan teori Bruner
yang terkenal dalam dunia pendidikan adalah kurikulum spiral di mana bahan
pelajaran yang sama dapat diberikan mulai dari tahap rendah sehingga ke tahap
menengah, disesuaikan dengan tingkat perkembangan kognitif mereka. Cara belajar
yang terbaik menurut Bruner ini adalah dengan memahami konsep, makna dan
hubungan melalui proses intuitif dan seterusnya menghasilkan suatu kesimpulan.

Menurut Hartley & Davies (1976), prinsip-prinsip kognif dari beberapa contoh di atas
banyak diterapkan dalam dunia pendidikan khususnya dalam melaksanakan kegiatan
perancangan pembelajaran. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut

a) Pelajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila


pelajaran tersebut disusun berdasarkan pola dan logik tertentu.
b) Penyusunan bahan pelajaran dari sederhana ke rumit. Pelajar harus lebih
tahu tugas-tugas yang bersifat lebih sederhana.

c) Pembelajaran dengan memahami lebih baik dari pada menghafal tanpa


pemahaman. Sesuatu yang baru harus sesuai dengan apa yang telah
diketahui pelajar sebelumnya.

d) Tugas guru di sini adalah menunjukkan hubungan apa yang telah diketahui
sebelumnya.

e) Adanya perbezaan individu yang harus diperhatikan dan faktor ini


mempengaruhi proses pembelajaran pelajar.

Kognitif berkaitan dengan mental,dan ianya berkait rapat dengan ingatan jangka
panjang dan ingatan jangka pendek. Ini boleh dilihat melalui teori Pemprosesan
Maklumat. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat
oleh pelajar . Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek. Kemudian
diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang. Kombinasi pengetahuan
(maklumat yang diproses) dan kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina
strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas yang
kompleks. Langkah langkah pengajaran mengikut teori pemprosesan maklumat
disampaikan seperti berikut.

a) Perhatian pelajar : Permulaan pengajaran dengan memberikan set induksi


yang dapat menarik perhatian pelajar kepada guru dan pengajaran.
Contohnya dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer guru boleh
bersoaljawab dengan pelajar dan menunjukkan beberapa contoh perkakasan
kompouter ke dalam kelas .

b) Membawa ingatan pelajar pada tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuk-


tajuk lepas yang sudah dipelajari dan dikaitkan dengan topik yang kan diajar.
c) Penekanan terhadap isi pelajaran yang penting ( utama). Pengajaran
pembelajaran sesuatu tajuk disampaikan dengan penggunaan bahan bantu
mengajar yang bertepatan dengan tajuk yang akan disampaikan. Contohnya
dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer beberapa handout
mengenainya diedarkan kepada pelajar sebagai banah panduan dan rujukan
untuk mengikuti pengajaran guru. Di samping penyediaan slaid powerpoint
yang baik dan dapat menjelaskan isi pelajaran yang disampaikan.

d) Persembahkan maklumat dengan teratur dengan menggunakan bahan


bantu mengajar yang bersesuaian . Contohnya seperti perisian kursus yang
berkaitan dengan tajuk perkakasan komputer .

e) Tunjukkan pelajar bagaimana mengkategorikan maklumat yang diterima.


Guru membantu dan memberikan bimbingan kepada pelajar untuk
melaksanakan memahami dan pembelajaran .

f) Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat yang baru


diterima

g) Pengulangan Contoh ialah mengingatkan pelajar beberapa isi penting yang


dipelajari (ingatan janga pendek) dan menyediakan
beberapa aktiviti atau latihan yang berkaitan dengan pelajaran lepas ( ingatan
jangka panjang)

c) Teori Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama
dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah,
maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut
kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada
guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu
pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil
daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk pelajar. Blok
binaan asas bagi ilmu pengetahuan ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang
digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan
pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara
terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dibina
sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.Untuk membantu pelajar
membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur
kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan
diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah
kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. .

Beberapa orang ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa


pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman
sedia ada pelajar. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa pelajar mempunyai
idea mereka sendiri hampir dalam semua perkara, di mana ada yang betul dan ada
yang salah. Jika kefahaman dan salah konsep ini diabaikan atau tidak ditangani
dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal
walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang
dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini
dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara
berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar di dalam setiap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari persepektif epistemologi yang disarankan
dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam
teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan
kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar meniru dengan tepat apa
saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menumpu kepada kejayaan pelajar membina skema pengkonsepan berdasarkan
kepada pengalaman yang aktif.

Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang
diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka
sendiri dan pada masa yang sama mengubah suai realiti tersebut. Ini adalah sesuai
dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputeri. Dalam
melaksanakan pengajaran perkakasan komputer pelajar aktif dalam membina realiti
mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar dalam modul tidak disokong
dari pengetahuan luar. Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya
mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusunatur
dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar.
Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan
melibatkan kerja-kerja amali. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu
untuk membuat penyelidikan, menganalisis dan mempersembahkan maklumat .

d) Teori Andragogi
Teori andragogi oleh Kowles adalah suatu percubaan untuk mengembangkan satu
teori yang khas tentang pembelajaran orang dewasa. Knowles menegaskan orang
dewasa adalah terarah diri dan dijangka bertanggungjawab atas keputusannya.
Program pembelajaran orang dewasa seharusnya menampung aspek asas ini.
Andragogi membuat andaian-andaian berikut tentang corak pembelajaran:

a) Orang dewasa perlu mengetahui sebab ia dikehendaki mempelajari sesuatu

b) Orang dewasa perlu belajar secara eksperimen.


c) Orang dewasa menganggap pembelajaran sebagai penyelesaian masalah.
d Pembelajaran orang dewasa paling berkesan jika topik pelajarannya
mempunyai nilai segera.

Secara praktiknya, andragogi bermakna instruksi untuk orang dewasa perlu


berfokuskan lebih kepada proses daripada isi kandungan yang diajar. Strategi-
strategi seperti kajian kes, main peranan, simulasi, dan penilaian kendiri adalah
paling berguna. Pengajar memainkan peranan sebagai fasilitator atau kakitangan
resos dan kurang sebagai pensyarah atau penilai. Andragogi diaplikasikan kepada
sebarang bentuk pembelajaran orang dewasa dan telah digunakan dengan
meluasnya dalam mencorak lahan organisasi .

Knowles memberi satu contoh aplikasi prinsip-prinsip andragogi dalam desain latihan
komputer peribadi:
a) Perlunya menjelaskan sebab sesuatu diajar (misalannya, arahan tertentu, fungsi,
operasi .
b) Instruksi perlu berorientasikan tugasan dan bukan hafalan -aktiviti pembelajaran
harus dalam konteks di mana tugas- tugas dilakukan.
c) Instruksi perlu mengambil kira pelbagai latar belakang pelajar; bahan dan aktiviti
pembelajaran hendaklah disesuaikan dengan jenis/tahap pengalaman
penggunaan komputer yang berbeza.
Oleh kerana orang dewasa adalah terarah diri, instruksi haruslah membenarkan
pelajar dewasa melakukan penemuan sendiri, dan memberi bimbingan dan bantuan
jika kesilapan berlaku. Marzano dan Arredondo mengutarakan teknik pemprosesan
mendalam (Deep Processing) yang menegaskan komponen-komponen pemikiran
iaitu imej, sensasi, emosi dan linguistik. Untuk mengingati sesuatu perkara dengan
baik, keempat-empat komponen dibangkitkan.

Prinsip-prinsip Andragogi adalah seperti beikut.


a) Orang dewasa perlu dilibatkan dalam perancangan dan penilaian instruksinya.
b) Pengalaman (termasuk kesilapan) menjadi asas untuk aktiviti pembelajaran.
c) Orang dewasa paling berminat mempelajari subjek yang mempunyai hubungan
yang segera dengan pekerjaan atau kehidupan peribadinya.
d) Pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan masalah dan bukan berorientasi
isi kandungan

You might also like