You are on page 1of 22

BSK 3033 KETERAMPILAN PENULIS

PERANAN DEWAN SASTERA MEMARTABATKAN SASTERA

MECHELLA RACHAEL HILBERT D20111047378 AT01 : PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU SEMESTER 4, SESI 2011/2012 KUMPULAN A

PENSYARAH ENCIK GHAZALI BIN DIN FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

KANDUNGAN

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 0 Penghargaan Pengenalan Sastera Demi Identiti

Isi Kandungan

Halaman 3 4 7 9 11 14 16 18 19 20

Perkembangan Majalah Dewan Sastera Usaha Dewan Sastera Memperkasakan Sastera Ulasan Majalah Dewan Sastera Ulasan Laman Sesawang Dewan Sastera Kesimpulan Rujukan Lampiran

PENGHARGAAN
Kami,pelajar BSK3033 Ketrampilan Penulis telah diamanahkan untuk memilih satu tajuk daripada 20 tajuk yang telah dikemukakan oleh pensyarah dan saya secara rasionalnya telah memilih tajuk Peranan Dewan Sastera Memartabatkan Sastera sebagai tugasan individu saya. Sebelum meneruskan bicara, rasa kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana telah mengurniakan saya kesihatan yang baik serta memberikan saya kesempatan untuk menyelesaikan artikel ini tepat pada tempoh waktu yang diberi. Kesyukuran ini dipanjatkan sekali lagi kerana telah memberi saya peluang untuk menimba ilmu di Universiti perguruan terulung di Malaysia iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sekalung rasa hormat dan terima kasih kepada pensyarah yang disegani, Encik Ghazali Bin Din selaku pengajar yang bertanggungjawab untuk mendidik kami dalam kursus BSK3033 Ketrampilan Penulis. Terima kasih Encik atas perkongsian ilmu pengetahuan dan buah pikiran kepada kami semua dalam mempelajari ilmu ketrampilan penulis ini. Serangkai kata kasih buat keluarga tersayang yang berada di bumi kenyalang, Sarawak. Semoga bahagia dan sihat hendaknya meskipun kita dipisahi Lautan China Selatan. Doakan pemergian anakanda jauh meninggalkan bumi bertuah adalah untuk membawa pulang segulung Izajah yang terukir nama anakanda. Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuang yang tidak pernah jemu untuk berkongsikan maklumat. Semoga visi murni kita sebagai anak kandung Suluh Budiman membuahkan hasil berlipat ganda dan berkeupayaan untuk mengembangkan ilmu yang dipelajari kepada bakal anak-anak didik pada masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyumbangkan buah pikiran yang bernas dalam proses penyiapan kajian ini.Tidak lupa juga buat mereka yang prihatin

dan sering memberi sokongan moral dan mental sehingga berjayanya kajian ini dilaksanakan dengan sempurna. Jasa kalian hanya Tuhan yang mampu balas.

PENGENALAN
Menyedari hakikat perkembangan kesusasteraan tanah air yang semakin prolifik dan melahirkan pelbagai bentuk kesusasteraan, termasuklah genre puisi, cerpen, drama, dan sebagainya yang perlu dikumpulkan untuk dijadikan khazanah penting untuk dibaca oleh generasi kini dan generasi akan datang, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan di tengah-tengah suasana dan semangat menyambut kemerdekaan tanah air pada 22 Jun 1956. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dicetuskan melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga yang diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 di Singapura dan Johor Bahru. Tokoh yang mencadangkaan penubuhan sebuah badan yang menjaga dan mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ialah Zainal Abidin Ahmad (Zaba). Atas daya sokongan dan usaha Dato Abdul Razak Bin Dato Hussein, Menteri Pelajaran ketika itu, maka Dewan Bahasan dan Pustaka merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran yang bertaraf sebuah badan umum yang mempunyai anggotaanggota lembaganya tersendiri. Berdasarkan resolusi kongres tersebut ditubuhkan Balai Pustaka yang kini dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil alih tempat Pejabat Karang-mengarang MPSI dan berpindah ke Kuala Lumpur pada 12 Julai 1957. Pejabat Karang Mengarang telah dimasukkan ke dalam DBP sebagai salah satu bahagiannya pada awal taun 1958. Melalui Rang Undang-undang DBP yang dikemukakan di Majlis Undangan Perseketuan pada tahun 1959, DBP dinaik taraf sebagai sebuah badan berkanun. Dewan Bahasa dan Pustaka diterajui oleh Profesor Ungku Abdul Aziz selaku pengarah yang pertama. Profesor Ungku Abdul Aziz merupakan seorang pensyarah ilmu ekonomi di Universiti Malaya, Singapura ketika itu, memimpin pentadbiran DBP hingga akhir Mei 1957. Selain itu, antara tokoh yang pernah menjadi pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ialah Tan Sri Syed Nasir Ismail, Datuk Ali Haji Ahmad, Datuk Haji Sujak Rahiman dan Tuan Haji Hassan Ahmad.
4

Tujuan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk memaju dan memperkaya bahasa kebangsaan, kesusasteraan Melayu, mencetak, menerbitkan buku, dan menyelaraskan ejaan bahasa Melayu selain sebagai sebuah badan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka amat peka serta prihatin dengan sebarang perkembangan bahasa serta sastera tanah air. Peranan DBP juga adalah untuk menyiasat, membongkar dan mengumpul semula serta menghalusi hasil-hasil kesusasteraan Melayu sejak zaman purba. Meneliti lima tujuan DBP yang telah diluluskan Rang Undang-undang DBP oleh Majlis Undangan Persekutuan pada tahun 1959, dua daripadanya berhubung soal bahasa, satu soal sastera dan satu lagi soal penerbitan. DBP diamanahkan untuk emlaksanakan lima tujuan iaitu : i) ii) iii) Memaju dan memperkayakan Bahasa Kebangsaan Memajukan bakat-bakat sastera, terutamanya dalam Bahasa Kebangsaan Mencetak, menerbitkan atau membantu percetakan atau penerbitan bukubuku, majalah-majalah, risalah-risalah, dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa Kebangsaan dan juga lain-lain bahasa iv) Menyamakan ejaan dan sebutan dan mencipta istilah-istilah teknik yang sesuai dalam bahasa Kebangsaan. Usaha-usaha Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mencapai matlamatnya ialah dari tahun 1956 hingga tahun 1975, Dewan Bahasa dan Pustaka telah berjaya menerbitkan 1347 judul buku dan 60% daripadanya buku-buku teks sekolah serta bacaan umum. Dewan Bahasa dan Pustaka juga menerbitkan majalah-majalah bulanan seperi Dewan Budaya, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Dewan Masyarakat. Penekanan yang akan diberikan dalam penulisan ini ialah tentang peranan majalah Dewan sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan sastera. Penerbitan majalah Dewan Sastera ini pada saya sudah mencapai tujuan
5

penubuhan DBP iaitu mencetak, menerbitakan atau membantu percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah, dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa Kebangsaan dan juga lain-lain bahasa. Di dalam majalah Dewan Sastera itu sendiri memberi ruang kepada pencinta sastera tanah air untuk bergiat aktif dalam menghasilkan karya. Peranan majalah Dewan Sastera ini juga sekali gus mencapai matlamat penubuhan DBP iaitu untuk memajukan bakat-bakat sastera. Penulisan ini akan mengupas dari segi sejarah penerbitan Dewan Sastera dan kepentingan Dewan Sastera itu dalam memperkasakan sastera tanah air, usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh majalah Dewan Sastera untuk menyemai ilmu kesusasteraan dalam kehidupan generasi kini dan generasi akan datang serta pengaplikasian majalah Dewan Sastera pada dunia maya.

SASTERA DEMI IDENTITI


Apakah sastera? Apakah yang dimaksudkan dengan kesusasteraan? Apakah kepentingan kesusasteraan dalam kehidupan kita? Banyak persoalan yang diutarakan dalam mencari erti sebenar dan kepentingan sastera itu sendiri. Ada masyarakat yang masih menanam sastera itu sebagai asas kehidupan tetapi lebih teruk ada juga yang beranggapan sastera itu adalah kolot apatah lagi dunia kini sedang aktif dan berlumbalumba mencipta pelbagai teknologi moden. Sedangkan pada hakikatnya, sastera memainkan peranan penting dalam perkembangan sosiologi, pengetahuan bahkan politik sekali gus dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sastera membawa maksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab (bukan bahasa basahan). Kesusasteraan pula bermaksud hasil seni (Karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Kata dasar Susastera membawa makna tertentu. Su bermaksud indah , baik, atau lebih berfaedah. Sastera pula bermaksud huruf atau buku. Imbuhan ke--an pada perkataan kesusasteraan membawa maksud kumpulan buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Kumpulan buku yang indah bahasanya kerap dianggap sebagai ciptaan sastera dan disebabkan ciptaan sastera itu indah, makan ia termasuk dalam ciptaan seni menggunakan bahasa sastera. Sastera ialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa. Melalui bahasa, keperihalan manusia dan kemanusiaan dibangunkan dengan penuh kesedaran tentang mesej dan keindahan. Sastera mengandungi falsafah tentang kehidupan dan membantu pembaca untuk memahami kehidupan dengan lebih berfalsafah iaitu dapat menerima sosiologi masyarakat lain yang kadangkala sukar diterima akal bernas. Pada masa ini, ramai menganggap mata pelajaran sains, matematik, dan bahasa Inggeris adalah lebih penting daripada mata pelajaran sastera. Hal ini disebabkan anggapan mereka yang menganggap mata pelajaran sains lebih mendorong untuk memperolehi pekerjaan yang baik pada masa hadapan. Tidak banyak yang dapat diketahui dan dikhabarkan kepada masyarakat hari ini tentang kehebatan, kekuatan
7

dan keterlibatan bangsa Melayu dalam sejarah peradaban tanpa merujuk kepada khazanah kesusasteraan itu sendiri. Oleh itu adalah logik dan rasionalnya jika Dewan Sastera dan Budaya mengambil banyak pendekatan untuk mengukuhkan sastera tanah air. Selain itu Dewan Bahasa dan Pustaka turun melaksanakan pelbagai usaha demi untuk mengangkat dan mengekalkan kesusasteraan seperti menerbitkan majalahmajalah dan melaksanakan aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan kerana dengan meneliti khazanah kesusasteraan yang terhasil daripada tradisi lisan dan bukan lisan sejak dari zaman lalu, masyarakat pada hari ini dapat menghayati kekuatan bahasa Melayu membina keperibadiannya sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa yang hidup berlandaskan sastera ketamaduan. Memahami kepentingan kesusasteraan di dunia moden ini, maka ia tidak dilupuskan meskipun ramai yang tidak mengambil tahu tentang sastera. Daripada pertubuhan kerajaan hingga bukan kerajaan, masih terdapat banyak aktiviti yang dilaksanakan untuk memperkasakan kesusasteraan. Usaha ini membuktikan betapa pentingnya sastera sebagai identiti masyarakat melayu dan kaum-kaum lain di Malaysia.

PERKEMBANGAN MAJALAH DEWAN SASTERA


Dewan Bahasa dan Pustaka dapat dibahagikan kepada tiga tahap perkembangan iaitu tahap pertama antara tahun 1971 hingga 1980, tahap kedua antara tahun 1981-1990 dan tahap ketiga antara tahun 1991-2000. Majalah berbentuk sastera yang diberi judul Dewan Sastera yang juga dikenali sebagai Dewan Sastra satu ketika dahulu, kali pertama diterbitkan pada 15 Januari 1971. Penerbitan ini merupakan hasil permuafakatan dan perbincangan pemangku pengarah, Hassan Ahmad dan penulis tanah air serta saranan daripada pencinta tanah air. Penerbitan awal ini menggunakan moto Peneroka Sastera Kreatif dan merujuk kepada buku Sastera Kebangsaan Isu dan Cabaran, antara sidang pengarang yang berganding bahu menjayakan penerbitan awal ini ialah Hassan Ahmad selaku ketua pengarang, Keris Mas, Usman Awang, Ahmad Kamal Abdullah dan Abdullah Hussain. Penerbitan kali pertama ini merupakan titik permulaan pengumpulan karya penulis tanah air ketika itu. Sebuah majalah Dewan Sastra dijual dengan harga 50 sen senaskhah pada tahun itu. Penerbitan awal majalah Dewan Sastra hanya memfokuskan puisi, drama, cerpen, esei, istilah kesusasteraan Dewan Bahasa dan Pustaka dan daripada ketua pengarang (rencana editor). Menurut esei penulisan Norza dalam buku Isu dan Cabaran, keluaran pertama majalah sastera mengandungi 60 halaman yang memaparkan cerpen, empat buah esei, puisi dan wawancara. Keluaran bagi Dewan Sastra adalah 12 keluaran setahun. Dari tahun 1971 hingga tahun 1973 keluaran bagi majalah Dewan Sastra masih ada 12 keluaran setahun dan pada tahun 1973, perubahan dilakukan demi kesesuaian dengan kegiatan sastera ketika itu. Pada tahun 1974, majalah Dewan Sastra menambah dan memperkenalkan ruangan sudut sastera, disamping sorotan cerpen, kegiatan pelukis dan sketsa. Pada tahun 1975, harga senaskhah majalah Dewan Sastra dinaikkan kepada 80 sen dan masih mengekalkan 60 halaman disamping mengetengahkan seni grafik sebagai pembaharuan pada kulit majalah dan banyak peristiwa-peristiwa menarik diturun pada majalah Dewan Sastra.
9

Pada bula Julai 1977, selepas enam tahun majalah Dewan Sastra diterbitkan dengan rancak akhirnya judul Dewan Sastra ditukar kepada Dewan Sastera yang terus digunakan sehingga kini. Pada tahun yang sama,sastera Islam turut diselitkan dalam majalah Dewan Sastera. Edaran majalah Dewan Sastera menjangkau 10,000 naskhah disamping mengalami pelbagai perubahan dan semakin rancak sehinggalah pada tahun 1979. Antara tahun 1981 hingga 1990, banyak perubahan berlaku sama seperti tahuntahun sebelumnya. Isi kandungan majalah yang biasanya sebanyak 60 halaman sudah bertambah kepada 94 halaman malah telah melepasi edaran ke luar negara iaitu di Singapura dan Brunei Darussalam. Harga senaskhah majalah Dewan Sastera turut meningkat dari 50 sen pada awalnya ke RM2.70 bagi semananjung Malaysia. Tahap Ketiga ialah dalam lingkungan tahun 1991 hingga tahun 2000. Dewan Sastera terpaksa bersaing denga majalah lain dalam pasaran. Gambaran lukisan abstrak berwarna diperkenalkan pada tahun 1991. Pada tahun 1995, harga majalah Dewan Sastera dinaikkan RM4.50, B.4.50 untuk Brunei, dan S4.50 untuk Singapura. Pada tahun ini, Zaen memperkenalkan ruang Kreativiti Puisi, Persada Puisi, Catatan Sastera dan pelbagai lagi ruangan. Dewan Sastera Mengalami banyak perubahan dan satu lagi perubahan terkini Dewan Sastera ialah menerbitkan ruangan sisipan Penghayatan Sastera untuk Pelajar SPM dan STPM iaitu sebanyak 16 halaman. Dewan Sastera turut menerbitkan sisipan Lembaran Mastera sebanyak 32 halaman, empat bulan sekali. Pertambahan halaman tidak melibatkan pertambahan harga majalah dan hal ini terbukti bahawa Dewan Sastera sangat bertanggungjawab untuk memperkembangkan sastera tanah air dan sastera antarabangsa. Kronologi masa dan keadaan dalam melalui liku pilu perkembangan menyedarkan kita betapa pentingnya peranan Dewan Sastera.

10

USAHA DEWAN SASTERA MEMPERKASAKAN SASTERA


Pemartabatan bahasa Melayu melalui karya kreatif telah bermula pada kurun ke-15. Pada masa itu, karya-karya kreatif seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-raja Pasai dan lain-lain telah mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa persuratan tinggi di kepulauan Melayu. Dalam konteks masa kini, karya-karya kreatif sastera seperti puisi cerpen, novel, pantun, seloka, gurindam dan lain-lain menjadi wahada bagi menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, penghayatan bahasa Melayu melalui karya kreatif ini secara tidak langsung memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa tinggi. Dewan Sastera sendiri menjalankan tujuan yang sama dengan penubuhan DBP iaitu untuk mencari bakat-bakat generasi baru dan menerbitakan kaarya sastera yang dianggap membawa kesan yang baik dalam jiwa pembaca. Disini saya ingin menghuraikan karya-karya yang dianggap baik dan amat diperlukan dalam penerbitan majalah Dewan Sastera. Fungsi karya sastera bukan sekadar memberi hiburan tetapi juga untuk mendidik masyarakat ke arah nilai-nilai yang mulis. Ciri-ciri karya baik yang memberi fungsi kepada rohani dan psikologi serta kognitif pembaca adalah seperti berikut : i) Sastera sebagai khazanah ilmu Karya-karya kesusasteraan Melayu banyak menyimpan pelbagai khazanah ilmu yang boleh dikaji dan diterokai. Karya sastera sejarah nayak menurukan maklumat dalam pelbagai bidang ilmu seperti sejarah perkembangan sesebuah kerajaan yang diceritakan secara kreatif. Contohnya Hikayat Hang tuah yang menggambarkan cara Melayu dari segi pembinaan istana, seni corak kain dan hubungan antara golongan pemerintah dengan rakyat biasa. ii) Sastera sebagai wadah intelektual

11

Karya-karya yang berbentuk bidalan, perbilangan, dan peribahasa adalah wadah yang mengisi keintelektualan Melayu yang tidak ternilai.

iii)

Sastera sebagai sumber pengajaran Pengajaran yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu moden mahupun tradisional dapat ditakrifkan dalam makna yang luas. Ia merangkumi pelbagai panduan dan nasihat serta memberi gambaran kepada para pencinta sastera melalui contoh-contoh menjadi raja yang adil, suami yang penyayang, isteri yang setia dan segala sifat manusia yang baik di sisi masyarakat dan agama.

iv)

Sastera sebagai medium kepuasan estetik Dalam kerya sastera banyak didedahkan gambaran-gambaran yang indah. Pengalaman mendengar cerita-cerita tentang pelbagai keseronokan dan keindahan ini, membawa khalayak mengembara kea lam emosi yang indah sehingga terlupa kehidupan reality yang mungkin membosankan dan penuh kepalsuan.

v)

Sastera menunjukkan kebenaran hidup Dalam kerya sastera terungkap berbagai pengalaman hidup manusia, sama ada baik, jahat, benar ataupun salah kerana itu manusia lain dapat memetik pengajaran yang baik dari karya sastera.

vi)

Sastera melampaui batas bangsa dan zaman Nilai-nilai kebenaran, idea atau gagasan dalam karya sastera yang baik bersifat universal sehingga dapat dinikmati oleh bangsa serumpun.

vii)

Sastera mengungkap pengalaman manusia Karya sastera ialah tulisan yang berkisar kepada pengalaman manusia melalui bahasa yang mengesankan.
12

Karya yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah contoh karya yang berkualiti yang tidak kira sama ada dalam penulisan prosa atau puisi. Karya seperti inilah yang disiarkan dalam majalah Dewan Sastera. Karya sasterawan negara dianggap bermutu oleh panel penilai dan memenangi hadiah serta melalui proses penyuntingan oleh editor sebelum disiarkan di dalam majalah. Syarat-syarat menghantar karya untuk disiarkan dalam majalah Dewan Sastera terbahagi kepada beberapa kategori. Bagi karya berbentuk rencana, jumlah halaman yang dikehendaki antara 6 hingga 7 halaman dan bertaip dua langkau jarak. Karya haruslah ditulis atas kertas bersaiz A4, ditulis dalam bahasa Melayu, merupakan karya asli dan tidak melakukan plagiat dan paling penting karya hendaklah belum pernah tersiar atau terbit dalam mana-mana media. Selain itu, penilaian latar belakang penulis seperti umur,muda atau sudah mapan, jumlah karya yang pernah dihantar, hadiah sastera yang pernah dimenangi akan dibuat yang bertujuan untuk menentukan penerbitan mana yang lebih layak diterbitkan sama ada ke majalah Dewan Sastera atau Tunas Cipta atau mana-mana majalah lain terbitan DBP. Disini saya akan senaraikan usaha-usaha yang dilakukan oleh Dewan Sastera sebagai bukti memartabatkan sastera dan bukan bersifat tertutup. i) Dewan sastera menyediakan ruangan pelukis tanah air yang

memperkatakan karya dan karya mereka dipamerkan dalam majalah Dewan Sastera. ii) iii) Pada tahun 1977, berlansung Persidangan Penulis Asean Berperanan sebagai penyampai hasrat dan pandangan penulis dalam memartabatkan kesusasteraan tanah air. Hal ini dapat dirujuk melalui isi kandungan majalah seperti rencana cita-cita membentuk kebudayaan baru oleh Ismail Hussein dan kesusasteraan bercirikan Islam turut tidak ketinggalan. iv) Dewan Sastera memainkan pernan mempromosikan majalah terbitan DBP, Dewan Budaya paada tahun 1978.
13

v)

Menyatukan kegiatan puisi. Hal ini dapat dilihat pada esei Timur dan Barat dalam Puisi Moden 1979.

Dewan Sastera merupakan alat komunikasi penting dalam merancakkan lagi kegiatan kesusasteraan tanah air. Majalah ini menjadi alat untuk menyampaikan hasrat dan kekreatifan penulis, penyair, pelukis dan pencinta sastera.

ULASAN MAJALAH DEWAN SASTERA


Kehidupan majalah sebagai alat perhubungan massa sukar berlangsung secara terusmenerus tanpa melayani selera pembaca dan tuntutan komersial. Hari puluhan majalah mingguan dan bulanan beredar di pasaran tetapi tidak semua majalah ini bertahan lama. Dewan Sastera adalah di antara majalah yang berbentuk sastera yang kekal sehingga ke hari ini. Faktor pentingnya Majalah Dewan Sastera ialah majalah ini diterbitkan tidak bergantung kepada keuntungan penjualannya. Keteguhan organisasi Dewan Bahasa dan Pustaka menunjang kelansungannya saban bulan. Kekuatan Dewan Sastera terletak pada pendiriannya yang tidak mudah tunduk kepada selera popular atau selera hiburan pembelinya dan tidak memerlukan sensional untuk merebut banyak pelanggan. Sifat berat sebelah penerbitan majalah sastera adalah bersifat khusus iaitu memihak kepada kepentingan awam, kebudayaan, ilmu, bahasa dan sastera bangsanya. Majalah Dewan Sastera dijadikan wadah penyampai ilmu dan pemikiran budaya masyarakatnya. Majalah Dewan Sastera yang diterbitkan kali pertama pada tahun 1971 ini mengandungi 100 halaman termasuklah kulit majalah. Majalah Dewan Sastera mempunyai dua bahagian iaitu bahagian Kreatif dan bahagian Bukan Kreatif. Bahagian kreatif mengandungi beberapa ruangan khas seperti ruangan puisi khas, Ujanan Klasik, Drama, Cerpen Khas, Cerpen, dan Puisi Bulan Ini. Ruangan Puisi Khas merupakan ruangan puisi pilihan selain menyiarkan kumpulan puisi daripada penyair pilihan.
14

Ruangan karya bukan kreatif pula mengandungi beberapa ruangan seperti ruangan Monolog Kecil, Ulasan Buku, Fokus, Bicaya Karya, Reaksi, Selingkar Bundaran Kata, Emmamalia, Sastera Tradisional dan Sastera Antarabangsa. Ruangan karya bukan kreatif ini menampilkan pemikiran kritis penulisnya dalam penulisan rencana menarik. Saya sempat membaca penulisan pada ruangan Sastera Tradisional pada bulan lalu yang bertajuk motif Wira Hodoh dalam cerita rakyat brunei oleh Noriah Taslim. Selain daripada ruangan yang disediakan untuk penulisan karya kreatif dan penulisan, terdapat juga ruangan Daripada Editor dan para peminat majalah Dewan Sastera adalah dialu-alukan untuk menghantar surat kepada editor melalui ruangan Surat Untuk Editor. Ruangan ini memberi peluang kepada pembaca untuk memberi sebarang pandangan dan cadangan penambahbaikan, memberi pujian dan memberi kritikan membina kepada pihak editor. Disamping itu, ruang ini turut menyiarkan eseiesei yang menarik daripada para karyawan. Kebanyakan esei yang disiarkan bersifat pengetahuan yang tidak pernah diketahui oleh masyarakat. Disini saya kongsikan petikan surat yang telah saya baca menerusi ruang Surat Untuk Editor. Kiriman surat itu ialah kiriman daripada saudara Helmi Ahmad. Saudara Helmi mencadangkan kepada peminat Dewan Sastera untuk melanggan kerena prosesnya lebih cepat berbanding membeli di kedai buku. Saudara Helmi Ahmad juga meminta pihak Dawana untuk mempertimbangkaan kaedah sistem langganan yang tidak lagi terhad kepada jangka masa tempoh setahun, sebaliknya boleh dikurangkan kepada enam bulan. Menurut Saudara Helmi Ahmad lagi, pelajar sekolah dan penuntut Universiti mungkin berasa terbeban untuk melanggan dengan sejumlah RM79.80 untuk semananjung Malaysia dan RM82.20 untuk Sabah dan Sarawak. Melanggan majalah Dewan Sastera membuktikan kita sebagai penyokong majalah berbahasa Melayu yang cukup baik mutu dan ilmunya. Selain itu, seperti juga majalah-majalah lain, majalah Dewan Sastera juga menyenaraikan organisasi penerbitan majalah Dewan Sastera pada muka hadapan majalah. Dewan juga diaplikasi pada alam maya dan boleh dilayari terus melalui laman terbawah :
15

1. www.facebook.com/dewansastera 2. http://dwnsastera.dbp.my

16

ULASAN LAMAN SESAWANG DEWAN SASTERA


Seiringan dengan perkembangan dan kepesatan arus teknologi maklumat, ekonomi dan gelombang dunia tanpaa sempadan, majalah Dewan Sastera turut mengembangkan sayapnya ke alam dunia maya. Mengetahui rata-rata masyarakat bandar mahupun luar bandar, tanpa mengira tua muda dan miskin kaya yang semakin berjinak-jinak dengan teknologi terkini, pihak Dewan Sastera mengambil kesempatan daripada peluang ini untuk mewujudkan laman rasminya sendiri. Laman rasmi majalah Dewan Sastera dapat diakses melalui laman sesawang dwnsastera.dbp.my. dan memaparkan banyak pengisian menarik yang boleh dibaca terus daripada laman berkenaan. Laman Dewan Sastera telah menyediakan ruangan esei yang memaparkan tentang sastera di dalam dan luar negara. Para pengunjung dan peminat sastera berkesempatan untuk meneroka perkembangan terkini sastera luar negara. Para pengunjung juga berpeluang untuk meninjau perkembangan kupasa sastera tradisional kita. Selain itu, laman sesawang Dewan Sastera ini turut memaparkan ulasan terhadap buku-buku yang dilakukan oleh para pengulas yang terpilih. Bermacammacam lagi aktiviti persatuan-persatuan sastera dan kegiatan memartabatkan sastera yang dikongsikan pada laman ini. Perkongsian ini memberi satu kelebihan pada pencinta sastera yang berkeinginan untuk menyertai aktiviti yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau mana-mana badan pertubuhan yang lain. Turut disediakan ialah Ruang Kolumis, Kajian, Cerpen, Puisi dan Drama. Pelbagai cerpen yang dipaparkan adalah dipetik daripada majalah Dewan sastera itu sendiri. Bagi peminat majalah Dewan sastera, dengan adanya laman Dewan Sastera ini memberi kesempatan kepada mereka untuk membaca karya-karya yang tersiar jika mereka terlepas jualan terkini. Ruangan puisi yang disediakan turut memberi peluang kepada para peminat puisi untuk menghantar karya mereka melalui alamat dan email majalah Dewan Sastera seperti yang dinyatakan. Puisi-puisi yang berkualiti akan terpilih untuk dimasukkan ke dalam majalah Dewan Sastera dan laman sesawang Dewan Sastera. Sama juga seperti ruang puisi, ruang cerpen dan dram turut memaparkan
17

banyak kisah menarik yang menggunakan pelbagai teknik penulisan. Kepelbagaian gaya penulisan ini memberi ilmu kepengarangan kepada genesari yang ingin mencuba nasib dan menebarkan bakat dalam penulisan karya kreatif. Para pencinta sastera diberi panduan untuk melanggan majalah ke alamat yang diberikan di dalam laman Dewan Sastera. Langganan juga boleh dilakukan melalui email Dewan Sastera itu sendiri. Para Pelawat juga diberi kesempatan untuk menyampaikan buah pemikiran terhadap paparan-paparan yang disiarkan yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan sekali gus melakukan penambahbaikan. Selain majalah Dewan Sastera, terdapat juga majalah lain terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang boleh didapati melalui laman rasmi Dewan Sastera. Antaranya ialah majalah Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Dewan Rakyat, Pelajar, Siswa, Budaya, Pelita Bahasa, Kosmik dan Ekonomi. Untuk carian lanjut, laman rasmi ini turut menyediakan rangkaian Dewan Bahasa dan Pustaka yang lain di bahagian sebelah kanan laman.

18

KESIMPULAN
Majalah Dewan Sastera terbukti sebagai sebuah majalah sastera yang berperanan besar dalam memartabatkan sastera tanah air. Jika ditijau dari segi sejarah penerbitan majalah Dewan Sastera dari tahun 1971 hingga sekarang, banyak perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan untuk memperkasakan sastera tanah air. Dengan mengaplikasikan kemajuan teknologi maya, Dewan Sastera mengembangkan sayapnya ke dunia maya. Majalah Dewan Sastera tidak mengamalkan gaya sehala tetapi mengamalkan dasar dua hala dengan pembelinya. Para pembaca yang mempunyai idea atau cadangan untuk memantapkan majalah Dewan Sastera adalah sangat dialu-alukan untuk menulis surat kepada editor. Bagi surat yang terpilih akan disiarkan pada majalah dalam ruang Surat Untuk Editor. Jualan majalah Dewan Sastera tidak sahaja terhad di Malaysia tetapi majalah ini turut melebarkan sayapnya di pasar luar negara. Majalah Dewan Sastera telah berada di pasaran negara Brunei dan Singapura sejak sekian lama dengan langganan harga yang berpatutan. Bagi pencinta sastera tanah air atau bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia kreatif ini, majalah sastera adalah majalah unggul yang banyak memberi pendedahan awal kepada masyarakat. Majalah sastera buka hanya sekadar menyiarkan karya-karya kreatif tetapi turut menyiarkan karya bukan kreatif seperti eseiesei yang yang banyak memberi pengetahuan kepada pembaca tentang dunia sastera yang belum pernah dibaca pada buku-buku teks sekolah.

19

RUJUKAN
1. Hamzah Hamdani 1980. Esei Sastera Baharuddin Zainal. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. HamzahHamdani 2006. Sastera Kebangsaan : Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Siti Aisah Murad 2008. Penelitian Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden 19401969. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. A. Halim Ali dan Rakan-Rakan 2011. Sasteraa Membina Peradaban Bangsa. Selangor : Univision Press Sdn Bhd. 5. Majalah Dewan Sastera bulan Januari 2013. 6. Laman Sesawang Dewan Sastera.

20

Lampiran

Laman Dewan Sastera

21

Majalah Dewan Sastera 2007

22

You might also like