P. 1
Lahuma_Wajadiri_Pembangunan Sahsiah

Lahuma_Wajadiri_Pembangunan Sahsiah

|Views: 209|Likes:
Published by Yen Way Way
Kajian tentang konsep wajadiri
Kajian tentang konsep wajadiri

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Yen Way Way on May 08, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/25/2013

pdf

text

original

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” KANDUNGAN 1.ABSTRAK…………………………………………………………………………………………3 2. PENGENALAN…………………………………………………………………………………..4 3.

TEORI PERSONALITI WAJADIRI ATAU RESILIENCE  Definisi wajadiri atau Resilience……………………………………………………………...4  Empat sifat yang terwujud pada Orang yang Berwajadiri atau Resillient People………..5 i . Sifat Penempatan ( Dispositional Pattern ) ii. Sifat Perhubungan ( Relational Pattern ) iii. Sifat Situasi ( Situational Pattern ) iv. Sifat Pegangan Falsafah ( Philosophical Pattern )  Faktor – faktor yang menjadikan seseorang berwajadiri atau Resillience……………5 – 9  Faktor Pertama : Rasa Pertalian atau Perhubungan Kekoheranan ( Sense of Coherence ) i . Pemahaman ( Comprehensibility ) ii. Pengurusan ( Manageability ) iii. Bermaknanya ( Meaningfulness )  Faktor Kedua : Kegigihan atau Ketabahan ( Hardiness ) i. Komitmen ( Commitment ) ii. Kawalan ( Control ) iii. Cabaran ( Challendge )  Faktor Ketiga : Penguasaan Kemahiran ( Learned Resourcefulness ) i. Perwakilan ( Representation ) ii. Penilaian ( Evaluation ) iii. Tindakan ( Action )      Faktor Keempat : Efikasi Kendiri ( Self – Efficacy ) Faktor Kelima : Pemusatan Kawalan ( Locus of Control ) Faktor Keenam : Potensi ( Potency ) Faktor Ketujuh : Stamina Faktor Kelapan : Penyebaban Peribadi ( Personal Causation )

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.”

 Faktor – faktor Yang Memupuk Personaliti Wajadiri atau Resillience……………………10  Sepuluh Cara untuk Memupuk Personaliti Wajadiri atau Resilience……………………...10

4. PENERAPAN TEORI MELALUI ANALISIS KARYA ………………………………..10 - 16 5. RUMUSAN ……………………………………………………………………………………….17 6. BIBLIOGRAFI……………………………………………………………………………………18

Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 1

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.”

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad

ABSTRAK Kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen ini melibatkan penelitian teori – teori personaliti wajadiri atau Resilience yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan yang dikarya oleh Shahnon Ahmad . Novel Ranjau Sepanjang Jalan telah mendapat pujian dari dalam dan luar negeri kerana membicarakan nasib petani selepas zaman merdeka . Shahnon Ahmad dianggap oleh Professor Ismail Hussein sebagai sasterawan yang ikrab dengan alam desa . Oleh itu ia dapat memaparkan gambaran kehidupan orang – orang desa dengan gaya yang hidup dan bersahaja . Aspek – aspek personaliti wajadiri atau Resilience terjumpa dalam watak Lahuma, Jeha dan anak – anak perempuan mereka . Sifat pegangan falsafah perlu diterapkan sebagai sifat pegangan agama adalah dominan dalam kajian Lahuma dan seisi keluarganya . Sifat perhubungan yang rapat juga terpapar dalam keluarga Lahuma . Sifat penempatan dan sifat situasi juga tidak diabaikan jika mengkaji sifat – sifat orang yang wajadiri atau Resilience people dengan watak – watak tersebut . Selain itu, terlihatnya faktor – faktor yang mempengaruhi seseorang bertindak dengan wajadiri atau Resilience dalam novel ini . Watak – watak utama seperti Lahuma, Jeha, Sanah dan anak – anak perempuan lain dapat mendidik pembaca supaya bersifat wajadiri atau Resilience semasa menghadapi segalanya kesusahan dalam kehidupan terutamanya bagi manusia yang begitu kerdil dan biasa seperti kita .

Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 2

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” PENGENALAN Kertas kerja ini akan cuba membincangkan kelahiran personaliti wajadiri atau Resilience dengan menganalisiskan watak – watak utama seperti Lahuma, Jeha dan anak – anak perempuan mereka yang terdapat dalam novel Shahnon Ahmad yang berjudul Ranjau Sepanjang Jalan . Kajian ini akan cuba menganalisiskan empat sifat personaliti wajadiri atau resilience . Sifat penempatan ( Dispositional Pattern ), sifat perhubungan ( Relational Pattern ), sifat situasi ( Situational Pattern ) dan sifat pegangan falsafah ( Philosophical Pattern ) telah ditunjukkan oleh watak – watak tersebut oleh pengarang . Beliau juga telah cuba menonjolkan faktor – faktor yang memupuk seseorang itu agar bertindak dengan wajadiri atau Resilience dalam novel ini . Faktor perhubungan yang berkoheranan dapat diperincikan dengan tiga komponen yang lebih specific lagi . Faktor kegigihan atau ketabahan juga terdapat tiga komponen yang lain dan faktor penguasaan kemahiran juga boleh dibahagikan kepada tiga komponen . Faktor – faktor lain iaitu efikasi kendiri, pemusatan kawalan, potensi, stamina, penyebaban peribadi juga tidak diketepikan . Selain itu, sepuluh cara untuk memupuk personaliti wajadiri atau Resilience juga merupakan kajian ini . TEORI PERSONALITI WAJADIRI ATAU RESILIENCE  Definisi Wajadiri atau Resilience

Wajadiri atau resilience merupakan suatu proses penyesuaian atau penambahbaikan yang melibatkan seseorang dan persekitarannya.Ia merangkumi unsur potensi dan kekuatan dalaman atau psikologi. Tanpa potensi dan kekuatan dalaman ini seseorang itu akan gagal dalam usaha menghadapi rintangan kehidupannya. Kekuatan dalaman ini adalah sangat penting sebagai pembekal tenaga dalam proses penyesuaian diri. Menurut George Vaillant ( 1993 ) , Resilience as the “ self – righting tendency ” of the person, “ both the capacity to be bent without breaking and the capacity, once bent, to spring back ”(p.248) ( Goldstein, 1997, p.30 ) Takrifan Resilience oleh ahli – ahli psikologi dari American Psychological Association ialah “ the process of adapting well in the face of adversity, trauma, tragedy, threats, or even significant source of stress – such as family and relationship problems, serious health problems, or workplace and financial stressors, it means “ bouncing back ” from difficult experiences.” ( The Road to Resilience, American Psychological Association, helping.apa.org ) Secara umumnya, Resilience telah didefinisikan sebagai “ Presence of protective factors ( personal, social, familial, and institutional safety nets ) ” which enable individuals to resist life stress dalam ( Kaplan et al. , p. 158 )

Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 3

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.”

 Empat sifat yang terwujud pada Orang yang Berwajadiri atau Resillient People i. Sifat Penempatan ( Dispositional Pattern ) Sifat fizikal dan ego yang berkaitannya ia merangkumi kesedaran autonomi atau kesedaran diri, kesedaran nilai diri pada asasnya dan kesihatan fizikal yang baik . ( Physical and ego – related psychosocial attributes ) Poses a sense of autonomy or self - reliance, a sense of basic self – worth, good physical health . ii. Sifat Perhubungan ( Relational Pattern ) Sifat aliran perhubungan dengan orang yang luas dan rapat. ( A individual’s role in society ) Manage a broad range of roles – from close and intimate to the roles in their broader social system . iii. Sifat Situasi ( Situational Pattern ) Sifat berkeupayaan untuk mengatasi masalah, berupaya menilai situasi tertentu dan membuat tindakan serta berdaya untuk mengambil tindakan. Poses good problem solving abilities, ability to evaluate situations and responses, have the capacity to take action .

iv.

Sifat Pegangan Falsafah ( Philosophical Pattern ) Sifat yang berkepercayaan kepada ideologi atau agama dengan positif dalam segala pengalamannya . Berkepercayaan bahawa sifat majudiri adalah penting dan berpatutan kerana tidak lari dari kehidupan. ( world view or life paradigm ) Belief that positive meaning can be found in all experience, belief that self development is important, the belief that life is purposeful and change inevitable . [ Resilience Theory. A Literature Review, Van Breda (2001,pp.5-6 )]

 Faktor – faktor yang menjadikan seseorang berwajadiri atau Resillience  Faktor Pertama : Rasa Pertalian atau Perhubungan Kekoheranan ( Sense of Coherence )

“ …global orientation that expresses the extent to which one has a pervasive, enduring through dynamic feeling of confidence that one’s internal and external environments are predictable and that there is a high probability that things will work out as well as can reasonably be expected.” ( Antonovsky,1979,p.103 ) Terdapat tiga komponen dalam faktor Rasa Pertalian atau Perhubungan Kekoheranan : i . Pemahaman ( Comprehensibility ) There is a fundamental conviction that internal and external stimuli or situations will make sense . Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 4

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” Seseorang itu bina keadaan seperti ini bagi diri mahupun bagi orang lain . Semua ini bermula dengan menjauhkan diri dari dicemar oleh semangat dan perasaan “ tidak terdaya ” atau “ tidak berdaya ” apabila menghadapi kesusahan dalam kehidupan . Pada hakikatnya, membina benteng di sekeliling diri seseorang semasa berdepan dengan halangan kehidupan dengan tiga sifat : a) Sifat “ Luaran ” Anggapkan sesuatu yang berlaku di luaran diri . “ SAYA BUKAN MANGSA KEADAAN .” malahan menjadikan diri fokus kepada aplikasi penyelesaian masalah dengan mencari iktiar atau sumber – sumber baik – pulih yang diperlukan . b) Sifat “ Di Sini Sahaja ” Mengenali bahawa sesuatu halangan bukan berlaku selama – lamanya . “ INI CUMA SATU – SATU PERKARA YANG PERLU SAYA LAKUKAN .” “ SAYA BOLEH MENGATASINYA . ” c) Sifat “ Sekarang ” Fikirkan “ BERADA ATAU HADIR PADA DETIK MASA INI . ” “ PADA MASA INI ATAU SAAT INI ” “ BUKANLAH BILA – BILA MASA DAN SENANTIASA BERLAKU . ” ii. Pengurusan ( Manageability ) The belief one has the resources to cope with problems – a sense things are under control . Percayai pada diri sendiri bahawa mempunyai daya pengurusan masalah dan keadaan adalah terkawal . iii. Bermaknanya ( Meaningfulness ) Life is emotionally worthwhile, sensible and meaningful . Kehidupan adalah bermakna dan terharu .  Faktor Kedua : Kegigihan atau Ketabahan ( Hardiness )

“ Hardy persons have considerable curiousity and tend to find their experiences interesting and meaningful . Further, they can be influential through what they imagine, say and do . At the same time, they expect change to be norm, and regard it as an important stimulus to development . ” ( Kobasa et al, 1981, p.368 ) Seseorang yang gigih dan tabah adalah seorang yang ghairah untuk menikmati pengalaman kehidupan yang bermakna . Tambahan pula, mereka boleh terpengaruh dengan apa yang diimaginasi, disebut dan dibuat mereka sendiri . Pada masa yang sama, mereka berharapan untuk transformasi dari kebiasaan dan harapan tersebut merupakan simulasi bagi mereka untuk memaju diri . Terdapat tiga komponen dalam faktor Kegigihan atau Ketabahan : i. Komitmen ( Commitment )

Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 5

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” The valuing of ones life, self, relationships and the investment of self in these values, a sense of purpose will carry us during difficult times . Komitmen pada diri sendiri seseorang atau ahli – ahli keluarganya boleh menjadi hala tuju seseorang untuk hidup dengan bermakna semasa menghadapi kesusahan . ii. Kawalan ( Control ) The belief that life events are in part a result of ones own actions and attitudes, and thus amenable to change . Kepercayaan bahawa perkara – perkara yang berlaku dalam kehidupan merupakan akibat seseorang bertindak dan bersikap, dan hal – hal tersebut dapat diubah dengan persetujuan . iii. Cabaran ( Challendge ) Based on the belief that change, rather than stability, is the normative mode of life . Biasa melihat perubahan mengikut kepercayaan, mengangkap bahawa cabaran adalan perkara biasa dalam kehidupan .  Faktor Ketiga : Penguasaan Kemahiran ( Learned Resourcefulness )

“ …an acquired repertoire of behaviours and skills ( mostly cognitive ) by which a person self – regulates internal responses ( such as emotions, cognitions or pain ) that interfere with the smooth execution of a desired behavior ” ( Rosenbaum & Ben – Ari,1988,p.200 ) Penguasaan kemahiran untuk mengawalseliakan diri dalam masalan emosi atau penderitaaan yang mengganggu pelaksanaan tingkah laku yang diingini . Terdapat tiga komponen dalam Pengawalseliaan Diri ( Self – regulation ) : i. Perwakilan ( Representation ) When and individual experiences a cognitive and / or emotional reaction to changes within him - / herself or the environment . Apabila seseorang itu mengalami keadaan kognitif atau beremosi untuk berubah pada dirinya dengan alam persekitarannya . ii. Penilaian ( Evaluation ) Of the changes, first, as desirable or threatening, then, if threat is appraised, evaluation whether anything can be done about it . Penilaian dibuat semasa perubahan dijalankan . iii. Tindakan ( Action ) Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 6

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” To minimize negative effects of the internal or external changes . Tindakan diambil untuk mengelakkan perkara – perkara yang negatif yang mungkin tertimbul secara luaran atau dalaman pada seseorang semasa perubahan . Menurut Strumpfer ( 1990 ), seseorang akan menyesuaikan diri dengan lekasnya dan bertindak dengan berkesan apabila menghadapi kerumitan yang datang pada kali kedua . “ Next time difficult situation arises, they are more adapt at regulating their internal processes and are thus better able to respond effectively to the situation ” ( Strumpfer,1990 ) …not a personality trait, but rather a cluster of cognitive skills .  Faktor Keempat : Efikasi Kendiri ( Self – Efficacy )

“ … people who entertain serious doubts about their capabilities slacken their efforts or give up altogether, whereas those who have a strong sense of efficacy exert greater effort to master the challenges …High perseverance usually produce high performance attainment ”( Bandura, 1982 ) Seseorang yang memandang serius terhadap perasaan putus asa pada diri mereka, dialah orang yang berefikasi untuk menghadapi cabaran dan mendapat pencapaian yang unggul .  Faktor Kelima : Pemusatan Kawalan ( Locus of Control )

“ The individual who has a strong belief that he can control his own destiny is likely to a) be more alert to those aspects of the environment which provide useful information for his future behavior; b) take steps to improve his environmental condition; c) place greater value on skill or achievement reinforcements and be generally more concerned with his ability, particularly his failures; and d) be resistive to subtle attempts to influence him ” ( Rotter, 1966, p. 25 ) Seseorang yang berkeazaman yang kuat akan mengawal dirinya supaya a) lebih cekap untuk menghadapi keadaan persekitarannya dan hal ini membuatnya memperoleh maklumat yang berguna pada masa kelak nanti . b) mengambil tindakan yang wajar untuk memajukan diri c) berazam tinggi untuk meningkatkan kemahirannya d) menentang kepada pengaruh dengan bijaksana  Faktor Keenam : Potensi ( Potency ) “ …a person enduring confidence in his own capacities as well as confidence in and commitment to his / her social environment, which is perceived as being characterized by a basically meaningful and predictable order and by a reliable and just distribution of rewards ” ( Ben-Sira, 1985, in VanBreda, 2001,p. 52 )

Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 7

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” Seseorang yang sentiasa berkeyakinan terhadap keupayaan dirinya dan berkomitmen kepada lingkungan sosialnya, di manalah dia disedari bahawa dialah diperlukan dan dianugerahi .  Faktor Ketujuh : Stamina

“ The physical and moral strength to resist or withstand disease, fatigue, or hardship; endurance” ( Strumpfer, 1990, p.70 ) Kekuatan secara fizikal dan moral untuk menentang penyakit yang kronik, keletihan atau kesusahan . Ketahanan.  Faktor Kelapan : Penyebaban Peribadi ( Personal Causation )

“ Being the master one’s fate ” or “ being an agent of change in the environment ”( De Charms, 1998 p.269 ) Menurut De Charms ( 1998 ), menjadilah tok guru demi nasib seseorang atau menjadilah agen kepada perubahan keadaan persekitaran .  Faktor – faktor Yang Memupuk Personaliti Wajadiri atau Resillience Secara umumnya, kasih sayang dan sokongan di antara ahli keluarga atau di luar keluarga terpupuknya personality wajadiri atau Resillience .Ini adalah sebab faktor tersebut dapat mewujudkan ciri - ciri seperti di bawah : a) Kesayangan dan Kepercayaan b) Teladan c) Galakan dan Jaminan Selain itu, keupayaan untuk melaksanakan pelan yang nyata dan mengambil tindakan untuk menjalankannya juga penting untuk memupuk personality wajadiri atau Resillience . Ketiga, menilai diri dengan positif dan berkeyakinan diri dalam aspek kekuatan dan kemampuan diri , Keempat, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mengatasi masalah . Kelima, keupayaan untuk menangani perasaan yang kuat.  Sepuluh Cara untuk Memupuk Personaliti Wajadiri atau Resilience 1. Menjalinkan hubungan Perhubungan yang rapat adalah sangat penting . Bantuan dan sokongan daripada orang yang dikasihi akan membantu seseorang itu berpersonaliti wajadiri atau resillience .

Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 8

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” 2. Mengelak untuk menilai sesuatu krisis dengan anggapan bahawasannya ia adalah tidak dapat ditangani . Mengubah cara menilai dan cara mereaksi kepada cara yang berkesan . Melaksanakan objektif yang perspektif dan memberitahu diri sendiri masa depan adalah lebih cerah . 3. Menerima bahawa perubahan adalah sebahagian daripada kehidupan Menerima apa yang tidak dapat dielakkan dan mengfokuskan kepada keadaan yang boleh diubah . 4. Melangkah ke gol Membuat sesuatu untuk membantu diri sendiri seseorang untuk sampai ke golnya. 5. Mengambil keputusan Mengambil keputusan untuk bertindak walaupun berada dalam keadaan yang buruk . 6. Mencari kesempatan untuk penemuan diri Ramai orang yang menghadapi tragedi dan kesusahan dapat dilaporkan bahawa dia mempunyai perhubungan yang lebih baik dengan orang lain dan mempunyai kekuatan diri semasa terdedahnya masalah emosi . Hal ini telah meningkatkan nilai diri mereka, mengembangkan tahap kerohanian mereka dan meningkatkan lagi tahap penghargaan mereka terhadap kehidupan . 7. Memupuk nilai positif pada diri sendiri Memupuk keyakinan untuk mengatasi masalah. 8. Melihat perkara secara perspektif Jangan menilai tekanan dengan perkadaran yang tidak munasabah . 9. Menampilkan diri dengan penuh harapan Cuba menggambarkan diri dengan apa yang hendak dicapaikan daripada apa yang ditakutkan . 10. Menjaga diri Perhatikan apa yang diperlukan dan apa yang dihendaki . Melibatkan diri dalam aktiviti yang diminati dan menyenangi diri . Bersenam selalu . Makan dan tidur dengan baik . Menjaga diri dengan baik akan membawa minda dan fizikal seseorang bertindak dengan wajadiri atau Resillience . PENERAPAN TEORI MELALUI ANALISIS KARYA Definisi wajadiri atau Resilience telah berjaya diterapkan melalui Lahuma seorang petani di Kampung Banggul Derdap . Dia tinggal bersama – sama dengan isterinya, Jeha dan tujuh orang anak Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 9

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” perempuannya . Pada mulanya, Lahuma mempunyai sawah sebanyak dua puluh relung, tetapi kemudiannya enam relung telah terlepas ke tangan Cina, dan kini tinggal empat belas relung sahaja . Dan sekiranya nanti anak – anaknya berkahwin, maka setiap orang daripada mereka akan mendapat dua relung . Dan hal pembahagian ini berterusan hingga ke cucu cicitnya . Ketika musim turun ke sawah hampir tiba, mereka mula membersihkan sawah dan tempat semaian yang penuh semak samun . Ketika membuat kerja itu, Jeha nyaris – nyaris dipatuk oleh ular tedung . Tetapi ular tersebut dapat dibunuh oleh Lahuma, dan akibat terkejut dengan peristiwa itu, Jeha terpaksa tinggal beberapa hari di rumah . Kerja – kerja di sawah dilakukan oleh Lahuma dengan bantuan dua anak perempuannya . Semasa Lahuma sedang membersihkan relung sawahnya, kakinya telah terpijak duri nibung . Oleh kerana luka ini tidak diubati, bahkan dibawa juga bekerja seperti biasa, bisanya menjalar ke seluruh badan . Akhirnya, Lahuma mati . Ketika Lahuma masih hidup, dia tidak dapat menyewa traktor Tuk Penghulu untuk mengerjakan sawah, kerana tidak mempunyai wang bagi membayar upah sewanya . Tetapi setelah kematian Lahuma, Tuk Penghulu menawarkan bantuan traktor untuk mengerjakan sawah Lahuma hingga siap . Selepas itu, Jeha dan anak – anaknya menghadapi serangan dari ketam . Akhirnya, Jeha menjadi gila dan dikurung di rumah . Setelah Jeha sakit, anak – anaknya terpaksa berjuang untuk menyempurnakan kerja – kerja di sawah tanpa bantuan orang lain . Kemudian mereka menghadapi banjir dan serangan burung tiak . Keputusan diambil untuk memotong sahaja padi mereka daripada habis dimakan oleh burung tiak yang sangat banyak itu . Walaupun hasil padi yang didapati adalah amat sedikit, rezeki anak – anak mereka masih diselamatkan . Jeha masih juga gila walaupun telah dibawa ke rumah sakit . Anak – anak perempuannya terutamanya anak sulung, Sanah pula terus berjuang dengan wajadiri dalam riwayat hidup seterusnya . Menurut Van Breda ( 2001 ), sifat penempatan ( Dispositional Pattern ) yang melibatkan aspek penyusunan atau pengaturan sifat – sifat semulajadi pemikiran dan perangai seseorang akan menyebabkan seseorang itu bertindak dengan wajadiri atau resilience . “ Mati Hidup dan Susah Senang Dipegang oleh Tuhan . Dipegang oleh Allah Azzawajalla .” Prinsip di atas telah terjumpa sebanyak lima kali hanya di bab pertama . Ini telah menunjukkan Lahuma menempatkan statusnya sendiri sebagai hamba kepada Tuhannya . Watak tradisional seperti Lahuma yang mewakili kaum petani telah didekati dengan cara pemikiran mereka sendiri, pandangan mereka tentang diri sendiri , perhubungan mereka dengan manusia lain, kaitan mereka dengan alam sekeliling dan juga pertalian mereka dengan Tuhan Yang Maha Kuasa . Tanah itu tanahnya….Tak ada tanah lainnya. Tak ada tanah lain baginya dan bagi keluarganya . Hidup mati di tanah airnya sendiri . Ungkapan tersebut telah menunjukkan penempatan Lahuma dan keluarganya adalah tidak boleh diasingkan daripada tanahnya relung – relung sawah kepunyaannya .

Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 10

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” Lumpur dan lintah dan matahari dan hujan tak dapat dipisahkan dari kehidupannya dan kehidupan anak – bininya turun – temurun . Dan semua ini dihubungkan dengan Tuhan yang menguasai segalanya, yang menentukan segalanya . Situasi Lahuma dan keluarganya telah ditentukan dengan bersama – sama dengan alam sekelilingnya . Tambahan pula, pengarang telah mengilhamkan pembaca bahawa maksud nama Lahuma bahawa perkataan huma yang bermakna lading padi telah menonjolkan situasi Lahuma adalah tidak dapat dipisahkan daripada tanahnya . Anak – anak yang betina kesemuanya itu diterima dengan penuh kesyukuran juga . ( Bab 1 : hlmn 1,2 ) Pagi itu seperti lazimnya Lahuma dengan Jeha tercetok di atas jemuran buluh bulat yang diikat – ikat sebatang demi sebatang . Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah berada di tanah bermain masak – masak nasi pasir dan periuk tempurung . ( Bab 1 : hlmn 2 ) Jeha menghembus pelita minyak tanah di hujung kepala . Badannya kemudian direbah di samping anak – anak yang bertumpang – tindih itu . Sinar bulan semakin Nampak menembusi lubang – lubang di bumbung rumah yang kecil itu . Sinar itu…Lahuma merebahkan badan di celah – celah badan manusia yang bertumpang – tindih itu dengan berbantalkan lengan . ( Bab 2 : hlmn12 ) Dalam Ranjau Sepanjang Jalan, kekeluaragaan terdiri daripada satu keluarga: seorang bapa – Lahuma, seorang ibu – Jeha dan tujuh orang anak perempuan – Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah . Hubungan antara satu sama lain, sama seperti hubungan keluarga dalam masyarakat Melayu, adalah tersangat erat dan kejap . Gambar – gambar seisi keluarga yang harmoni dengan duduknya bersama, main bersama dan tidurnya bersama berjaya dilukis melalui ungkapan – ungkapan seperti di atas . Sifat perhubungan di dalam keluarga yang rapat ( Relational Pattern ) juga terpaparlah melalui ungkapan – ungkapan tersebut . Selain itu, sifat pertalian dengan Tuhan juga patut dirangkumi dalam sifat perhubungan ( Relational Pattern ) . Dalam Ranjau Sepanjang Jalan, kaitan manusia dengan Tuhan tersangat jelas . yang itu daripada bentuk doa, penyataan kesyukuran atau rujukan yang serupa itu dan si pengucap baik saksi bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan di tangan – Nya sahajalah terletak segala – galanya . Hubungan ini begitu mesra dan begitu patuh tanpa berbelah bahagi . Untuk membuktikan kegigihan manusia dalam hubungan ini, manusia hanya menerima apa sahaja yang disampaikan oleh Tuhan; tidak kira pemberian itu apa bentuknya . Dalam Ranjau Sepanjang Jalan pemberian itu semua bersifat negatif, tetapi dalam diri manusia yang mati hidupnya di tangan Tuhan semata – mata . Justeru itu, soal kenegatifan tidak tertimbul . Semuanya disambut dengan hati yang bersih dan rela .

Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 11

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” Sifat situasi ( Situational Pattern ) juga tercari jika kita mengkaji Lahuma, Jeha dan Sanah dalam Ranjau Sepanjang Jalan . Contohnya, „ Besok akan bermulalah perjuangan, ‟ fikir Lahuma . Dan sesungguhnya demikian pendapat Lahuma, perut bininya dan perut – perut anaknya yang tujuh orang itu . ( Bab 2 : hlmn 14 ) “ Aku nak beritahu orang kampong semua mengatakan kita dah mula buat semai . Aku nak beritahu semua mengatakan aku dank au sekarang di bekas semai . …” ( Bab 3 : hlmn 23 ) “ Jangan bergerak ! Jangan bergerak ! ” tempik Lahuma . Dan dengan tempikan itu Lahuma menyerbu macam angin hala kepada ular yang melenggok – lenggok kepalanya itu . Ular itu…kepala ular itu ditumbuk – tumbuk hingga ranap masuk ke bumi . Dia berhenti bila melihat sisa – sisa daging ular itu hancur . Nafasnya deras dan peluh mercik membasahi muka dan seluruh badannya . ( Bab 3 : hlmn 28 ) Lahuma seorang bapa yang merupakan tunjang segala hidup, tempat segala tumpuan yang lebih bersifat fizikal . Dialah punca rezeki . Dialah penyelamat daripada segala bahaya . Dialah tiang seri . Dialah teraju . Lahuma pemberi hidup kepada keluarga . Hidup baginya bukan untuk mengejar kemewahan tetapi hanya sekadar cukup makan . Sifat falsafah ( Philosophical Pattern ) patut diterapkan sebagai sifat pegangan agama bila merujuk kepada Lahuma dan seisi keluarganya dalam Ranjau Sepanjang Jalan . Sifat ini merupakan dominan bagi sifat – sifat lain . Misalnya, Mati hidup…Dipegang oleh Allah Azzawajalla . Ini pegangan Lahuma sekarang malah menjadi pegangan yang kukuh sejak datuknya Haji Debasa dulu lagi …. Jeha juga serupa pegangannya… Kesenangan dan kebahagiaan diterima dengan penuh kesyukuran… Kini pegangan itu telah banyak member ketenangan hidup pada Lahuma dan Jeha . Dan ketenangan itu akan menjalar pula kepada anak – anak betinanya yang tujuh orang itu :Sanah…Kiah . ( Bab 1 : hlmn 1, 2 ) “ Nasi pemberian Tuhan ,” fikir Lahuma . ( Bab 1 : hlmn 2 ) “ Tuhan memberi dan aku hanya menerima ,” fikir Lahuma . ( Bab 1 : hlmn 2 ) Kesyukurannya, tetap juga kepada Tuhan, kepada Allah Azzawajalla . ( Bab 1 : hlmn 4 ) Tiap insan yang datang ke dunia ini …kalau Tuhan suruh anak cucunya bertelanjang . ( Bab 1 : hlmn 5, 6 ) Memang hal – hal dalam tangan Tuhan . ( Bab 1 : hlmn 7 )

Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 12

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” “ Ketam dan tiak…Hanya Allah Azzawajalla yang sanggup menegah mereka . ” ( Bab 2 : hlmn 13 ) Dia serah kepada Tuhan . Dia serah segala – gala kepada Allah Azzawajalla . ( Bab 2 : hlmn 17 ) Memandangkan atribut individu yang mempunyai konteks perkembangan manusia dengan memegang agama sebagai satu kemestian dalam kehidupan, faktor kerohanian dengan pegangan agama yang kuat merupakan cara hidup yang meletakkan elemen kerohanian sebagai atribut personaliti wajadiri yang tertinggi . ( Shahhabuddin Hashim & Rohizani Yaakub, 2002a ) Analisis ini akan menunjukkan bahawa pegangan agama ini telah mewarnai sikap dan pandangan hidup serta tindak – tanduk watak – watak . Dalam dunia naratif novel ini yang penuh dengan pancaroba, pegangan ini adalah satu contant atau ketetapan yang menjadi perujuk . Seyogia diingatkan bahawa sifat pegangan agama ini bukan hanya pada tahap pemikiran sahaja . Dalam naratif ini, falsafah ini diterjemahkan berulang kali dalam bentuk aksi yang konkrit . Sama ada Lahuma, Jeha atau Sanah, yang jelas tidak betapa bezanya reaksi mereka terhadap matapelaka yang menimpa . Hal ini memperlihatkan betapa mendalamnya dan bertautnya falsafah tersebut, dan betapa ia bukan sahaja diperkatakan mainan di bibir sahaja tetapi dikotakan dalam bentuk aksi yang benar dan jelas . Malah keredaan dan kegigihan inilah yang menjadi ciri khususnya perjuangan keluarga ini . Seterusnya nilai inilah yang menjadi penunjang pokok dalam novel ini . Faktor – faktor yang menjadikan seseorang berwajadiri atau Resillience  Faktor Pertama : Rasa Pertalian atau Perhubungan Kekoheranan ( Sense of Coherence )

Lahuma sedang bertimpuh di atas tikar mengkuang sambil kedua belah tangannya tercantum menadah langit…Masing – masing bermohon kepada Allah Azzawajalla . ( Bab 2 : hlmn 10 ) Lahuma tidak mahu melangkah turun tangga besok pagi – pagi tanpa keizinan Yang Maha Esa . Kedua belah tangannya ditadah . Dan sudut hatinya melupakan segala kerumitan, hanya tertumpu kepada Tuhan . ( Bab 2 : hlmn 10 ) Lusa Sanah akan turun ke sawah . Lusa juga Milah akan turun ke sawah dan Jeha bersama – sama anaknya yang lain akan menghantar mereka dengan doa . Doa kepada Tuhan . Doa kepada Allah Azzawajalla . ( Bab 4 : hlmn 49 ) Ayat – ayat tersebut telah membuktikan bahawa Lahuma dan Jeha mempunyai rasa pertalian Kekoheranan di antara satu sama lain malahan dengan Tuhan Yang Maha Esa juga .  Faktor Kedua : Kegigihan atau Ketabahan ( Hardiness )

Jeha memandang jauh ke tengah bendang…Dia akan turun ke tengah sawah mencabut rumput – rumput yang sama naik dengan padi – padi itu . ( Bab 4 : hlmn 46 ) Jeha serba salah… Hidup tidak akan berguna lagi kalau padi dalam setiap petak yang berjumlah empat belas relung itu habis menjadi hampa . Tak ada gunanya hidup lagi . Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 13

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” ( Bab 4 : hlmn 48 ) Sanah tersenyum … Dan darah mengalir keluar dari dagingnya dan daging lintah . ( Bab 5 : hlmn 51 ) Lahuma ketawa…Lintah hanya perkara sebesar kuman saja dalam riwayat hidup keluarganya . Perkara yang lebih besar masih banyak yang hendak ditempuhi. ( Bab 5 : hlmn 53 ) Shahnon Ahmad telah menarik perhatian terhadap satu sifat yang menurutnya telah menjadi darah daging para petani, iaitu kegigihan dan keazaman mereka untuk terus hidup tanpa putus asa . Nilai ini ditonjolkan dalam konteks perjuangan mencari rezeki yang halal . Lahuma bekerja bersungguh – sungguh dan sanggup pula berkorban untuk mencari rezeki . Bukan setakat itu sahaja, Lahuma juga merelakan anak – anaknya berbuat demikian, walaupun hatinya terasa sungguh pedih dan terharu kerana terpaksa menggunakan tenaga anak – anak perempuannya yang tidak seberapa itu . Tetapi kegigihan dan ketabahan Lahuma terserlah dengan nyata dalam episod dia menoreh kakinya sendiri kerana ingin mengeluarkan duri semata – mata kerana mahu terus bekerja . Hal ini bukannya tindakan seorang yang pesimis yang menyerah semata – mata kepada Tuhan dan sebaliknya seorang yang gigih , berani dan berjiwa kental yang sanggup melakukan apa – apa sahaja, walaupun bergadai nyawa, demi mencari rezeki yang halal .  Faktor Ketiga : Penguasaan Kemahiran ( Learned Resourcefulness )

Dia teringat kemarau yang akan menamatkan air di bendang…Dia teringat kepada serangan babi hutan menyondol – nyondol batas dan pokok – pokok padi bila nampak berisi buah . ( Bab 3 : hlmn 32 , 33 ) Lahuma dan Jeha sudah berkemas hendak turun ke belukar menebas untuk menyiapkan bekas tanam semai …Jeha yang mengekorinya mengepit golok besar di bawah ketiak kanan sedangkan tangan kirinya memegang juring bakul yang berada di atas kepala . ( Bab 3 : hlmn 21 ) “ Ular itu boleh dihalau … ” jawab Ali Ketopi . ( Bab 3 : hlmn 33 ) Sehubungannya, malapetaka yang dinyatakan dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan menimpa menurut giliran yang tertentu dan sesuai dengan rentak tahun padi itu . Justeru itu, Lahuma amat sedar bahawa tahap – tahap kerja harus diikuti dengan tepat supaya tidak ketinggalan atau bercanggah dengan musim . Hal ini kerana kegagalan menyelaraskan kerja yang tertentu dengan musim yang sesuai bagi kerja tersebut akan menjejaskan tanaman itu sendiri . Justeru itu, apabila dia sakit, Lahuma tetap menggesa Jeha terus bekerja bagi memastikan perkembangan padi mereka sama dengan perkembangan padi orang lain . Mereka mesti serentak dan seirama dengan musim . Penguasaan kemahiran ini bukan sahaja terdapat pada Lahuma dan Jeha meskipun anak – anak perempuan mereka .  Faktor Keempat : Efikasi Kendiri ( Self – Efficacy )

„ Besok akan bermulalah perjuangan , ‟ fikirnya lagi tak putus – putus sambil kakinya melangkah ke arah bendang yang samar – samar nampak itu …Sekurang – kurangnya Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 14

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” bermesra dengan rumput – rumput dan lintah – lintah yang berada dalam bendang . ( Bab 2 : hlmn 14 ) Lahuma bukan berbohong kepada lintah – lintah itu… „ Kauhisap darahku, kau aku bunuh habis – habisan , ‟ suara hatinya merintih lagi. ( Bab 2 : hlmn 16 ) Sifat berefikasi kendiri terlihat pada Lahuma kerana dia telah masuk ke sawah pada hari yang sebelum dia patut mengerjakan sawahnya . Di samping itu, dia hanya membunuh musuh – musuhnya seperti lintah yang mampu menyebabkannya mati kelaparan .  Faktor Kelima : Pemusatan Kawalan ( Locus of Control )

Tanah empat belas relung itu merupakan dunia keluarga Lahuma dari segi ruang yang konkrit . Cinta Lahuma pada tanah itu tidak berbelah bahagi dan beliau tidak mahu berpisah atau meninggalkan tanah tersebut . Sekiranya dia mahu meninggalkannya, dia tidak tahu ke mana dia mahu pergi kerana selama ini tanah itulah yang merupakan batas terakhir dunianya . Lahuma sudah terikat pada tanah itu . Begitu juga Jeha . Dia teramat ingin menaiki kereta api bersama – sama keluarganya sekiranya dia berpeluang . Tetapi dia tidak tahu ke mana hendak ditujui . Begitu juga Sanah yang tidak tahu di mananya letaknya Tanjung Rambutan, tempat ibunya dirawat . Sanah tidak tahu hal ini kerana dunianya tidak pernah melampaui tanah empat belas relung itu . Inilah memaksakan seisi keluarga mereka ini hanya menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam usaha mengerjakan sawah – sawah yang mereka ada itu .  Faktor Keenam : Potensi ( Potency )

Apabila Lahuma sudah tidak dapat mengerjakan sawah, Jeha mengambil alih tugas ini, dan Jeha sudah tidak dapat menjalankan tugas ini, Sanah dan adiknya Milah pula mengambil alih tugas tersebut . Kesinambungan jelas terlihat di sini . Seterusnya, apabila Sanah mula memegang kerja, ini bererti berakhirnya zaman kanak – kanaknya dan bermulalah zaman dewasanya yang penuh dengan tanggungjawab . Akan tetapi, yang lebih penting daripada itu ialah implikasi bahawa struktur masa ini menarik anak - anak Lahuma, seorang demi seorang, dalam lingkarannya untuk sama – sama tunduik dan tertakluk pada genggaman putarannya . Dan ini tidak berhenti dengan San ah sahaja . Bagaimana ibu bapanya mengajarnya dan menjinakkannya dengan kehidupan pertanian, begitu jugalah Sanah membahagi – bahagikan kerja sesama adik – adiknya . Seterusnya apabila mereka kahwin, mereka juga akan mengajar dan membawa anak – anak mereka masuk ke dalam kehidupan petani ini . Potensi yang dipikul akan berlanjutan dengan putaran generasi ini .  Faktor Ketujuh : Stamina

Pembaca memang tidak diperkenalkan kepada sanak saudara Lahuma dan jiran- jirannya . Ketiadaan mereka bukan satu kelemahan tetapi satu kekuatan yang menunjukkan stamina Lahuma yang kuat . Lahuma telah merupakan pekerja utama dalam hal membersihkan sawah dan menyemai . Walaupun terdapat pertolongan Tuk Penghulu dan juga jiran, pertolongan dari luar ini diselitkan dengan cara

Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 15

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” yang tidak menonjol atau mendadak . Tambahan lagi, Sanah yang terpaksa memendam segala kegetiran lantaran tidak dapat mengadu nasib hatta kepada ibunya sendiri memandangkan ibunya masih tidak sembuh juga membekalkan stamina yang baik .  Faktor Kelapan : Penyebaban Peribadi ( Personal Causation )

Pada Sanah malam yang penuh jeritan Jeha itu membawa sesuatu yang besar …Dan Jeha menjerit juga sepanjang malam itu . ( Bab 16 : hlmn 222, 223 ) Selepas mengakhiri kerja – kerja di sawah dengan kenduri padi, Sanah dan adik – adik dapat berehat buat seketika dan inilah dipercayai oleh pembaca ini masanya Sanah dan adik – adiknya mengimbas kembalikan fikiran mereka dengan apa yang telah berlaku sejak dulu hingga hari itu . Dengan melaksanakan faktor penyebaban peribadi ini, ketujuh – tujuh orang anak perempuan Lahuma dan Jeha akan terus berjaya berjuang dalam kehidupan mereka seterusnya dengan warisan semangat sifat berwajadiri daripada ibu bapa mereka .

RUMUSAN Ranjau Sepanjang Jalan tidak memperlihatkan „ penyelesaian ‟ dalam pengertian konvensional iaitu cerita diakhiri dengan penyudah yang kemas tanpa persoalan yang tergantung – gantung . Namun ini tidak bererti Ranjau Sepanjang Jalan tidak ada penyelesaian . Penyelesaian jelas hadir dalam novel ini dan ia terwujud di hati pembaca bahawa penyelesaiannya adalah positif . Pembaca akan terharu dan mengingati personaliti wajadiri yang dipamerkan oleh watak – watak tersebut .

Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 16

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.” BIBLIOGRAFI Shahnon Ahmad ( 1983 ), Ranjau Sepanjang Jalan,Kuala Lumpur : Teks Publishing . Sohaimi Abdul Aziz ( 1992 ), Mobiliti Sosial Perspektif Barat dan Islam dalam Novel Terpilih Shahnon Ahmad , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Shahnon Ahmad ( 1993 ), Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Shahnon Ahmad ( 1994 ), Sastera : Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya / Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka . Shahnon Ahmad ( 2003 ), Srengenge, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Shahnon Ahmad ( 2003 ), Tunggul – tunggul Gerigis, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Penyelenggara oleh Hamzah Hamdani & Zeti Aktar Jaffar ( 2007 ), Shahnon Ahmad: dalam Esei dan Kritikan,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Cherry, K. ( 2006 ). Guide to APA format. About.com Psychology.Retrieved from http:// psychology.about.com/apastyle/guide.htm PRPM@DPB Malaysia. Semangat waja.Retrieved from http:// prpm.dbp.gov.my Bruce Grierson. ( 2009 ). Weathering the storm. Retrieved from http:// www. Psychologytoday.com / articles / 200904 / weathering-the-storm Wikipedia. Resilience . Retrieved from http:// en.wikipedia.org / wiki / Psychologicalresilience American Psychological Association. The Road to Resilience. Retrieved from http:// www.apa.org/ helpcenter/ road-resilience.aspx

Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 17

“ Lahuma dan keluarganya, penjuang kehidupan yang waja.”

Jurnal Analisis Teori Personaliti Wajadiri dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad Page 18

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->