You are on page 1of 5

SMJK YUK CHOY, IPOH MINIT MESYUARAT AJK PENGADUAN KHAS KANTIN KALI KETIGA Tarikh : Masa : Tempat

: Kehadiran : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. En. Chan Hen Huan ..Pengetua En. Willian Chan Wakil Lembaga Pengurus Pn ConnieWakil Lembaga Pengurus En. Radha...Wakil Guru India Pn. Rosni Bt. HashimWakil Guru Melayu Pn Loh .Wakil Guru Cina Pn Ong Suan EngWakil PIBG BIL. 1.0 Ucapan Pengetua PERKARA 1.1 Tuan Pengetua mengalu-alukan kehadiran semua AJK ke mesyuarat AJK kantin Kali ketiga dan mengalu-alukan kehadiran ahli baru Pn Ong Suan Eng . 2.1 Minit mesyuarat yang lalu dicadangkan oleh En. Radha dan disokong oleh En. Willian Chan TINDAKAN Ucapan Pengetua 1.04.2013 (Isnin) 2.30 petang Bilik Meja Panjang

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu 3.0 Perkara-Perkara Berbangkit

PETI ADUAN 3.1 Untuk pengetahuan semua AJK, En William dan Pn Connie telah meletakkan sebuah peti aduan di kantin 3.2 En William mencadangkan supaya borang aduan yang selaras disediakan dan telah dipersetujui oleh pihak AJK supaya pihak pengusaha kantin dapat membuat aduan dengan lebih sistematik secara percubaan. MESYUARAT AJK 3.2 Tuan Pengetua juga mencadangkan supaya mesyuarat AJK Aduan Kantin diadakan sebulan sekali dan telah dipersetujui oleh semua AJK KEBERSIHAN 3.3 Pn Connie memberitahu daripada pemantauan beliau pengusaha kantin hanya mencuci bahagian atas meja kantin. Beliau menyarankan agar mereka memastikan meja dibersihkan semuanya 3.4 Pn Connie menyatakan tong-tong sampah yang sedia ada mempunyai penutup menyebabkan pelajar sukar untuk membuang sampah kerana penutupnya agak berat untuk dibuka dan tong-tong

Makluman semua AJK

sampah ini juga diletakkan agak jauh antara satu sama lain. 3.5 Beliau mencadangkan supaya disediakan tong-tong sampah yang mempunyai penutup yang mudah seperti dahulu yang berwarna hijau 3.6 Beliau juga berharap supaya dapat diadakan 2 kumpulan yang akan mencuci kantin pagi dan petang 3.7 En William mencadangkan pihak sekolah membantu pelajar kearah yang betul untuk menggalakkan mereka dapat mengamalkan sikap lebih bertanggungjawab terhadap penggunaan kantin sekolah 4.0 Kempen Budi Budaya Makluman semua AJK

4.1 Kebersihan kantin tidak memuaskan kerana pelajar belum ada budaya BERTANGGUNGJAWAB terhadap kebersihan kantin 4.2 Pengetua berharap sikap dan tingkah laku pelajar akan berubah apabila sekolah melancarkan kempen Budi Budaya nanti 4.3 Kempen Budi Budaya akan dilancarkan pada 8 April

4.4 Semua ahli PIBG dan Ahli Lembaga akan dijemput ke majlis pelancaran kempen tersebut 4.5 Kempen terbahagi kepada:a. Asas Budi Bahasa b. Budi Bahasa terhadap guru dan orang yang lebih dewasa c. Tingkah laku semasa penggunaan kantin 5.0 Penyediaan Bekas Dan Kedudukan Meja Kantin Makluman semua AJK

5.1 En Radha memberitahu AJK bahawa terdapat pelajar yang tidak meletakkan pinggan yang telah digunakan ke dalam bekas yang disediakan 5.2 Pengetua mencadangkan pengusaha kantin menyediakan 2 besen untuk pelajar-pelajar meletakkan pinggan 5.3 Beliau juga mencadangkan besen-besen diletakkan di antara meja makan supaya senang pelajar meletakkan pinggan 5.4 Seterusnya Pengetua mencadangkan besen-besen ini diletakkan diatas pelapik yang tinggi sedikit untuk memudahkan pelajar meletakkan pinggan-pinggan yang telah digunakan kedalamnya 5.5 Encik William mencadangkan supaya kedudukan meja di kantin disusun dan ditentukan semula bagi memudahkan pergerakkan dan penggunaan pelajar sebelum meletakkan besen-besen ini 5.6 Pn Connie meminta agar dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin nanti dibincangkan bagaimanakah cara mendenda pelajar yang engkar serta tidak meletakkan pinggan mangkuk kedalam bekas-bekas yang

disediakan oleh pihak pengurusan kantin 5.7 Guru-guru disaran supaya melakukan dahulu amalan meletakkan pinggan dalam bekas-bekas tersebut kerana Contoh Adalah Melalui Teladan 6.0 Hal-Hal Lain 6.1 Pn Connie mencadangkan supaya hanya pintu di sebelah selatan dibuka supaya senang mengawal pergerakkan pelajar 6.2 Seterusnya tindakan akan diambil terhadap pengusaha kantin jika menjual makanan diluar dari waktu rehat 6.3 Carta warna akan diletakkan dikantin bagi memudahkan pengusaha kantin mengenal pelajar pagi dan petang 6.4 Pn Connie menyarankan agar diletakkan arahan dan undangundang yang jelas berkaitan penggunaan kantin kepada pelajar 6.5 Pengusaha kantin India meminta kebenaran untuk menjual nasi lemak selain makanan yang sedia ada tetapi AJK berpendapat beliau hanya boleh menjual nasi putih sahaja seperti termaktub dalam perjanjian antara pihak sekolah kerana gerai lain juga telah menjual nasi lemak 6.6 Pihak AJK meminta agar Pengusaha kantin menyediakan makanan panas untuk guru kerana jumlah guru tidak ramai 6.7 Pengusaha kantin diminta mempamerkan harga makanan dan harga tidak boleh diubah ikut sesuka hati 6.8 Pengusaha kantin yang akan datang mesti meletakkan tanda harga pada makanan 6.9 Pn Connie mencadangkan pengusaha kantin menjual makanan dan minuman pada hari Sabtu kepada pelajar-pelajar yang datang bagi menjalani latihan Kokurikulum. 6.10 AJK berpendapat mana-mana pengusaha yang bersetuju menjual pada hari tersebut boleh melakukannya dan pengusaha kantin akan diberitahu pada mesyuarat akan datang. 6.11 Gerai 15 meminta persetujuan AJK untuk menjual pada sesi pagi sahaja kerana waktu petang jualan nya berkurangan. 6.12 Pihak AJK bersetuju dengan permohonan beliau tetapi mestilah membuat permohonan secara bertulis kepada pihak AJK kantin dahulu 6.13 AJK juga telah bersetuju membenarkan pengusaha kantin no 6 menaikkan harga makanan dari RM2.30 kepada RM2.50 (permohonan dalam bulan Disember 2012) Makluman semua AJK

6.14 Pengusaha pengusaha kantin juga dikehendaki menulis surat permohonan jika ingin menaikkan harga makanan dan hanya boleh dilakukan sekali sahaja ADUAN 6.15 En Radha memberitahu AJK bahawa tosai yang disediakan adalah sejuk. Beliau tidak pasti samada makanan ini masih segar atau tidak 6.16 Gerai Nasi Ekonomi menukar menu mengikut pelajar bukan mengikut guru 6.17 Gerai Pengusaha Melayu- minuman terlalu manis kerana menggunakan susu pekat manis. Disarankan menggunakan susu cair atau alternatif yang lain 6.18 Pn Connie mengadu mengenai pelajar petang yang telah merosakkan paip penyempur tanaman beliau dan Pengetua berjanji akan mengambil tindakan terhadap aduan tersebut 6.19 AJK diberitahu bahawa selama ini gerai 1 hingga 10 telah menerima bil elektrik yang rendah kerana kesilapan teknik pada bacaan meter pada meter-meter yang baru ditukarkan. 6.20 Setelah dibuat pengiraan pihak sekolah dengan kerjasama Pn Tay akan meminta mereka menjelaskan jumlah yang tertunggak 6.21 Bayaran sewa - masih terdapat pengusaha kantin yang lambat menjelaskan sewa bulanan. 6.22 AJK telah menetapkan bahawa tarikh akhir bagi bayaran sewa ialah 15hb setiap bulan dan jika melebihi tarikh tersebut surat amaran akan dikeluarkan oleh pihak sekolah

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang Disediakan oleh , Disahkan oleh,

[ PN.ROSNI BT HASHIM ]

... [ EN.CHAN HEN HUAN ]

You might also like