You are on page 1of 29

Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema.

Contohnya: gong, canang, kesi, bonang caklempong, mong dan kenung, angklung, seron, demung.

Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.

Alat muzik idiofon boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan :

Alat muzik idiofon

Knobbed gong

Slabedtype
Gambang kayu, saron barung

Tubedtype

Berlesong

Gong, kempul, kesi

Angklung, kertuk buluh

Alu bunyi, tingkah lesung

Jenis gong yang biasa digunakan dipanggil tawak-tawak. Gong dimainkan dalam pelbagai persembahan muzik tradisi misalnya dalam persembahan Mak Yong. Mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar.

Gong dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut getah dihujungnya dan bunyinya berdengung.

Gong ini diperbuat daripada besi.

1. Tempa : menggunakan penukul khas untuk membentul alat daripada logam seperti tembaga dan perunggu. 2. Acuan :membuat sarang atau mould sebelum proses penuangan alloy bermula. 3. Petri : mencantumkan bahagian-bahagian tertentu bagi membentuk sesebuah alat.

Mempunyai pic suara yang terendah dalam keluarga gong Gong agung daripada perunggu sering digunakan dalam permainan Joget Gamelan. Gong Agung digunakan secara berpasangan dengan Gong Suwukan

Alat kolotomik dalam rangakaian Gamelan di Malaysia. Disiplin asal yang hanya terdiri daripada alat-alat seperti Bonang/Keromomg, Gambang kayu, Saron Barung, Kenong, sebiji Gendang Dua Muka serta Gong Agung dan Gong Suwukan. Kempul yang disertakan dalam satu oktaf dan berlaras anhemitonic pantatonic, berkongsi tiang bersama-sama Gong Agung dan Suwukan dan dimainkan oleh seorang pemain.

Kenong disusun dalam satu oktaf mengikut skala anhematonic penatonic Diperbuat daripada perunggu Mendukung peranan sebagai alat kolotomik yang dominan dalam Gamelan Malaysia

Merupakan alat melodi utama dalam ensemble Gamelan Melayu Mengandungi dua oktaf yang berlaras anhemitonik pentatonik Disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsong.

Alat melodi dalam keluarga gong yang berukuran kecil Diiringi oleh alat-alat seperti Seruling Buluh, Salung, Rebana dan Gong. Dalam situasi tertentu alat Canang boleh menggantikan Cak Lempong.

Saiz canang kecil. Bahagian tepi canang melengkung ke dalam. Pada bahagian muka canang ada tombol kecil. Canang disusun di atas para khas dan dipalu. Pemalu canang diperbuat daripada kayu. Bahagian yang dipalu ialah bahagian tombol canang. Biasanya canang dimainkan secara berpasangan. Canang dimainkan untuk mengiringi persembahan wayang kulit dan wayang Melayu.
Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang.

Sejenis alat idiofon dari keluarga simbal yang dibentuk daripada kepingan tembaga. Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional.

Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasang dengan tali.
Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble paluan tradisional yang pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora.

Diperbuat daripada jenis kayu yang terpilih seperti Nangka. Ianya dipalu dengan kayu yang diperbuat dari jenis kayu keras untuk menghasilkan bunyi. Sering kelihatan digantung pada anjung Masjid ataupun Surau di kampungkampung dan dipalu bagi menandakan masuknya waktu-waktu untuk bersolat dan diikuti dengan laungan azan.

Diperbuat daripada tabung buluh dan pada permukaannya ditebuk satu lubang khas yang berfungsi sebagai lubang suara. alat ini pada asalnya digunakan bagi menghalau burung-burung daripada memakan hasil tanaman . Kini digunakan sebagai alat props untuk tarian rakyat yang bersifat kontemporari.

Tabung

Menyelaraskan melodi dalam jarak


ataupun jeda satu oktaf Menyeralaskan mengikut kaedah trinada(Tinic triad) dipersembahkan dalam kumpulan Iringan tarian seperti kuda Kepang dan barungan Berasal dari Tanah Jawa, Indonesia.
Ancak

Diperbuat daripada perunggu. Alat yang membawa melodi rangka serta pokok Melodi cincang dalam persembahan Gamelan Melayu. Mempunyai oktaf yang terendah mengikut skala anhemitonic pentatonic

mempunyai oktaf tengah(middle octave )dalam keluarga SARON yang terdapat dalam ensemble Gamelan Melayu. Bilah-bilah bagi alat Saron Barung berukuran lebih kecil daripada Saron Demung dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada Saron Demung. Pemukulnya diperbuat daripada jenis kayu yang lembut.

Alat penambahan baru bagi ensemble Gamelan Melayu. Teknik perdam diamalkan dalam konteks pemakaiannya Ianya mempunyai oktaf yang tertinggi dalam keluarga saron Mampu menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Alat pemukul diperbuat daripada tanduk kerbau.

Juga alat penambahan baru bagi gamelan Melayu. Ianya berperanan sebagai alat melodi yang dapat menghasilkan suara yang lembut dan mempunyai dengung yang agak panjang Alat selentem memerlukan resonator atau kotak gema untuk meningkatkan suaranya.

$ Berfungsi sebagai kotak gema(resonator)

$ Belira yang diperbuat daripada buluh dipercayai dapat menghasilkan suara yang lebih mantap $ Kayu jenis keras biasanya digunakan untuk membuat belira $ Gambang kayu mengandungi beberapa oktaf digunakan sebagai alat melodi. $ Ianya dipukul dengan sepasang kayu pemukul khas untuk menghasilkan bunyi dan dilaras mengikut sistem anhemitonic pentatonic

belira

Menggunakan prinsip clap untuk menghasilkan bunyi. Alat ini disertakan secara berpasangan, dimainkan oleh seorang pemain. Dalam persembahan berkenaan lazimnya disertai oleh beberapa orang pemain di mana seorang pemain akan memegang sepasang cerek dan menghasilkan rentak secara unison.

Merupakan sebuah alunan irama muzik melalui kegiatan menumbuk padi di perlis Terkenal di kalangan masyarakat petani dan dikaitkan dendan pesta menuai. Masyarakat Minanggkabau di negeri sembilan mengenalkan kesenian ini sebagai tumbuk kalang Di pahang, ia dikenali sebagai tingkat

lesung

Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang.
Idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta. Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.

You might also like