You are on page 1of 8

PROSEDUR PENGHASILAN TOPENG BELALANG

1. Mula-mula belon ditiup mengikut kesesuaian saiz kepala kita sendiri

2. Selepas itu,sediakan cebisan-cebisan surat khabar dan rendam surat khabar tersebut dalam air bagi menampalnya pada permukaan belon

3.Seterusnya permukaan belon tersebut disapukan dengan gam dan melekatkan cebisan surat khabar tersebut pada belon.

4.Seterusnya belon dijemur dan di biarkan kering

5.Langkah seterusnya,apabila belon sudah kering dan keras,belon tersebut boleh dipotong bagi memasukan kepala dan membentukkannya sebagaimana yang dikehendaki.

6.Yang terakhir sekali belon sudah siap dan boleh digunakan.

REFLEKSI

Assalamualaikum w.b.t. Pertama sekali, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya, saya telah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus bagi matapelajaran WAJ 3107 Seni Dalam Pendidikan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Ia juga adalah hasil bimbingan dan tunjuk ajar berterusan daripada pensyarah pembimbing saya, iaitu Encik Manan. Sebelum menjalankan kerja kursus. Pada semester 4, saya telah diwajibkan untuk mengambil subjek (WAJ 3107) Seni Dalam Pendidikan. Dalam subjek ini, dipecahkan kepada 3 iaitu pendidikan seni visual, pendidikan muzik dan seni pergerakan. Jadi saya perlu menguasai ketiga-tiga cabang dalam subjek ini. Oleh kerana subjek ini adalah wajib diambil maka saya telah diperuntukkan untuk menyempurnakan satu tugasan kerja kursus. Tugasan ini merangkumi ketiga-tiga bidang dalam seni. Tugasan ini mengkehendaki saya membuat satu pementasan berdasarkan tema yang sesuai untuk kanak-kanak. Oleh itu saya perlu menyediakan topeng, muzik/kesan bunyi dan papan cerita. Setelah berbincang dengan ahli kumpulan yang lain kami telah bersetuju untuk memilih sebuah cerita haiwan iaitu Sumpahan Ulat Tanah, dan telah memberi watak-watak dalam kisah tersebut kepada setiap ahli kumpulan. Dengan itu, saya telah memilih belalang sebagai watak untuk topeng rekaan saya. Tindakan awal yang saya lakukan sebelum mereka bentuk topeng saya sendiri ialah saya mencari dan melihat contohcontoh topeng muka belalang dengan melayari internet. Kemudian, saya mereka

bentuk topeng saya berdasarkan dapatan itu. Saya telah mereka bentuk kostum belalang saya dengan teliti pada setiap bahagian agar ianya benar-benar memperlihatkan sebagai seekor belalang apabila saya memakainya kelak. Pada mulanya saya berasa sukar untuk menjalankan tugasan ini kerana saya kurang berbakat dalam bidang seni. Tetapi atas tunjuk ajar pensyarah serta dorongan dari rakan-rakan saya telah mengatasi masalah ini. Sebelum membuat topeng, saya menganggap bahawa tugasan ini adalah sesuatu yang mudah tetapi apabila saya telah memulakan tugasan ini, saya berasa sedikit sukar. Ini adalah kerana untuk menghasilkan satu kostum yang baik, ia memerlukan masa yang agak panjang. Tetapi atas daya usaha berkumpulan dan bantuan rakanrakan akhirnya saya mampu untuk memulakan tugasan ini. Selain itu sebelum memulakan tugasan ini, saya kurang mengetahui aspek-aspek dalam seni. Ini kerana saya kurang berminat dalam subjek seni. Saya tidak tahu untuk mewarna dengan baik. Tetapi tugasan ini telah menjana kognitif saya untuk lebih kreatif dalam membuat sesuatu projek atau bahan. Sebelum menjalan tugasan ini, saya juga kurang peka tentang penghasilan bahan-bahan untuk kanak-kanak. Sebagai contoh, saya kurang memikirkan penerimaan kanak-kanak dalam setiap aktiviti atau projek saya lakukan. Jika saya lihat dari segi pendidikan muzik pula, sebelum menjalankan tugasan ini, saya agak kurang mahir dalam muzik. Contohnya saya agak kurang mahir dalam mencari bunyi-bunyi yang sesuai dengan jiwa atau aras pemikiran kanak-kanak. Kesimpulannya, sebelum saya menjalankan tugasan ini, saya banyak terlepas pandang bidang-bidang seni yang perlu saya kuasai untuk persediaan sebagai seorang guru walaupun seni ini ada disekeliling diri saya. Saya juga berasa teruja untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya kerana ia menyentuh semua aspek penilaian kendiri saya.

Semasa menjalankan kerja kursus. Setelah saya memulakan tugasan ini, banyak pengalaman baru yang saya tempuhi. Selain itu saya juga banyak mengalami kesulitan dalam menyempurnakan tugasan ini. Tetapi saya tidak menganggap semua itu sebagai penghalang dalam saya menjalankan tugasan ini. Contoh yang mudah saya boleh selitkan disini ialah, saya mengalami masalah dalam pengurusan masa menyiapkan tugasan ini. Oleh kerana tugasan ini tidak boleh disempurnakan dalam masa sehari, jadi ia menganggu masa saya fokus kepada tugasan subjek lain yang saya ambil semester ini. Jadi saya dan rakan-rakan telah mencuri masa-masa terluang kami untuk membuat tugasan ini secara beransur-ansur. Sungguhpun begitu, saya juga berasa seronok menjalankan tugasan ini kerana saya lebih cenderung kepada tugasan hands on berbanding penulisan akademik. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya banyak belajar ilmu-ilmu seni, seperti menghasilkan bentuk-bentuk konkrit melalui kretiviti sendiri yang sebelum ini saya tidak tahu. Bagi penghasilan topeng ini juga saya telah mengalami kesulitan dari segi mendapatkan bentuk yang sesuai kerana kurangnya sumber yang boleh dirujuk. Tetapi apabila saya mampu menyiapkan tugasan ini, saya berasa pengorbanan saya berbaloi.Pada hemat saya, saya telah belajar untuk mengaplikasikan bahan-bahan sekeliling dalam membuat tugasan ini. Ini semua dari aspek pembinaan kostum, berbeza dengan mendapatkankan kesan bunyi dalam lakonan yang ingin saya persembahankan, saya turut mengalami masalah dalam mengabungjalinkan cerita dengan kesan bunyi yang sesuai. Tetapi saya dapat mengatasi masalah ini dengan tunjuk ajar dari kawan-kawan yang mahir. Perasaan saya amat gembira semasa menjalankan tugasan ini. Permulaan tugasan ini untuk membuat topeng ini ialah dengan meniup belon mengikut saiz kepala masing- masing. Belon dijadikan sebagai bekas acuan untuk membentuk membentuk permukaan dasar topeng. Idea yang

bernas ini diberikan oleh pensyarah kami. Setelah semua belon tersedia, kami terus menampal dengan cebisan kertas surat khabar yang dipotong kecil untuk lapisan yang pertama. Masalah yang timbul semasa proses ini ialah masalah masa. Disini pengurusan masa amatlah penting kerana untuk mengeringkan kertas yang ditampal paling kurang memakan masa satu hari untuk satu lapisan. Sambil menunggu iannya kering, saya mengambil kesempatan masa yang terluang dengan melakukan tugasan- tugasan subjek lain yang diberikan pada masa yang sama. Jadi masa menunggu kami tidaklah terbuang begitu saja kerana saya menganggap masa adalah penting sepertimana pepatah mengatakan masa itu emas. Seterusnya kami meneruskan kerja ini dengan menampal cebisan kertas dan kotak sehinggalah ia menjadi lima lapisan dan keras. Langkah yang kedua ialah membuang belon yang dijadikan bekas acuan supaya tidak terlekat pada kertas yang ditampal. Masalah yang timbul disini ialah kami amat takut jika belon meletup dan akan menjejaskan bentuk topeng kami, namun begitu tiada apa yang berlaku kerana belon sudah pun terlekat pada kertas yang ditampal. Langkah ketiga ialah membelah belon kepada dua, ini bermakna satu bentuk acuan belon tersebut boleh dijadikan dua topeng. Ada juga yang tidak dibelah dan ia dipakai secara penuh seperti topi keledar. Ini mengikut keselesaan si pemakai. Sebelum membelah topeng tersebut, langkah berjagajaga dipraktikkan untuk memastikan belahan sama rata da tidak mencacatkan topeng. Kami terlebih dahulu menandakan garisan tengah pada topeng. Potongan dilakukan secara perlahan- lahan dengan menggunakan pisau. Setelah kami berjaya menzahirkan bentuk asas topeng, tibalah masanya untuk membentuk dan mewarnakan topeng mengikut watak dengan betul. Tambahan bentuk dilakukan seperti paruh, hidung, mata, mulut dan lain- lain lagi. Ini amat mencabar kreativiti kami semua kerana ini merupakan kali pertama kami menghasilkan topeng buatan sendiri tanpa bantuan daripada kedai topeng (beli-siap).

Untuk melakukan kerja ini kami terlebih dahulu memastikan warna yang sesuai mengikut watak. Dalam proses ini kami dapat mengaplikasikan kaedah yang diajar oleh pensyarah kami iaitu bagaimana cara untuk mencampurkan warna asas supaya memperolehi warna yang diingini. Kami berjaya mewarnakan topeng tesebut dengan warna yang sesuai walaupun tidaklah sesempurna pelukis profesional. Kesemua bentuk tambahan diwarnakan mengikut warna yang betul dan digabungkan menjadi satu bentuk topeng yang sempurna. Selain itu saya juga dapat meningkatkan penguasaan ilmu saya dengan mengaitkan pemikiran reflektif dengan penghasilan tugasan ini. Saya juga ingin menyentuh tentang pengalaman baru saya semasa menjalankan tugasan ini. Contonhya, saya telah belajar bagaimana untuk membuat topeng berdasarkan watak yang ingin dilakonkan. Saya juga berasa bertuah kerana mendapat ahli kumpulan yang bertanggungjawab dalam menyiapkan tugasan yang telah diagihkan. Tugasan ini juga telah mengisi masa lapang saya. Kesimpulannya, semasa menjalankan tugasan ini, saya berasa amat seronok dan dapat menghilangkan tekanan saya belajar didalam kelas dan mengisi masa lapang saya. Selepas menjalankan kerja kursus. Setelah mengharungi pahit getir dalam menyiapkan tugasan ini, akhirnya semua kerja yang diberikan telah dapat diselesaikan dengan jayanya. Saya berasa amat gembira kerana telah selesai menyudahkan tugasan ini dengan jayanya. Walaupun mengalami sedikit masalah, namun saya dapat atasi secara beransur-ansur dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan. Saya berasa amat teruja dengan watak yang telah saya pilih.Saya juga menanti untuk melakonkan watak saya dalam persembahan kelak. Sungguhpun berasa letih menyiapkan tugasan ini, tetapi berkat kerjasama kumpulan akhirnya saya dapat menghasilkan tugasan yang baik.

Apa yang saya boleh simpulkan di sini, saya dapat menjana ilmu dengan banyak dalam subjek seni melalui tugasan ini. Saya juga dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Saya juga berharap agar tugasan ini banyak membantu saya apabila keluar praktikum atau mengajar nanti. Ilmu-ilmu seni yang bermakna ini, akan saya simpan dalam memori supaya dapat membantu saya dalam kehidupan seharian. Saya juga belajar bahawa seni itu sesuatu yang abstrak dan dapat ditafsirkan mengikut penerimaan seseorang individu. Kesimpulannya tugasan ini amat berguna kepada saya dan rakan-rakan semasa latihan menjadi guru yang baik. Saya juga ingin memberikan sedikit penambahbaikan dalam tugasan ini iaitu pensyarah boleh memberikan masa yang lebih lama untuk menyiapkan tugasan ini. Semoga tugasan ini boleh dimanfaatkan oleh semua. . Sekian,terima kasih.

You might also like