You are on page 1of 16

KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

KONSEP DAN PELAKSANAANNYA DI BILIK DARJAH

PENGENALAN

Kaedah pembelajaran kontekstual menjadi kaedah pembelajaran utama dalam program Tech Prep USA (Hull, 1999) Pengenalan pembelajaran kontekstual disebabkan timbul persoalan-persoalan dalam sistem pendidikan di USA Pengenalan pembelajaran kontekstual dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan persoalan-persoalan yang timbul dalam sistem pendidikan itu sendiri

PERSOALAN-PERSOALAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN


Apakah bentuk kerjaya yang diperlukan pada masa akan datang? Apakah jenis pekerjaan yang diperlukan pada kurun ke21? Bagaimanakah kita boleh membina kurikulum yang boleh menyediakan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran atau kepakaran berteknologi tinggi? Adakah sistem persekolahan yang sedia ada ini telah mencukupi untuk menyahut cabaran ke arah penghasilan tenaga kerja bertaraf dunia? Bagaimana caranya kita boleh mengimbangkan keperluan mata pelajaran akademik dan vokasional supaya keduaduanya dapat mencakupi aspek teori dan praktikal dalam pekerjaan pada masa akan datang?

OBJEKTIF PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Untuk menyediakan pelajar menghadapi pekerjaan selepas persekolahan menengah dan kehidupan dewasa nanti Untuk menarik lebih ramai pelajar dalam kerjaya kesihatan, perniagaan, komputer, media, teknologi maklumat, elektronik dan kejuruteraan Untuk memperkukuhkan sikap, pengetahuan dan kemahiran pelajar dengan menambahkan isi kandungan akademik melalui applied academic

Makna pembelajaran kontekstual

Pembelajaran mengikut konteks atau dalam konteks Konteks= keadaan, situasi dan kejadian Secara umum, kontekstual membawa pengertian: 1. Yang berkenaan, releven ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. 2. yang membawa maksud, bermakna (meaningful)

Konsep pembelajaran kontekstual

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau bermakna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri. Ia mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semulajadi iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Membina persekitaran pembelajaran melalui proses pengalaman, penemuan, pengukuhan dan menghubungkait Pembelajaran melibatkan pelajar berfikir dan hands on Ahli pendidik lain menggunakan istilah experiental learning, real-world education, active learning dan learner-centred instruction

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

MENGHUBUNGKAIT (Relating)- menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup dan menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar dan bidang pekerjaan

MENGALAMI (experiencing)- memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Pelajar aktif membuat ujikaji dan menemui sendiri idea dan fakta.
MENGAPLIKASI (applicating)- pelajar menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah.aplikasi aktiviti dalam kelas dengan akitiviti di luar sama ada dalam kehidupan atau pekerjaan pada masa akan datang. BEKERJASAMA (cooperating)- pembelajaran dalam konteks perkongsian dan berkomunikasi antara satu sama lain bagi mewujudkan sikap kerjasama. Individu akan dapat mengenalpasti minat dan keperluan pembelajaran yang unik, perbezaan individu dan pelajar memahami aspirasi kumpulan MEMINDAHKAN (transfering)- pelajar menemui pengetahuan baru memalui penerokaan, pengujian dan mencari jawapan. Pelajar lebih mudah membuka peluang sedia ada mereka melalui pelbagai situasi pembelajaran

7 PRINSIP KELAS PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Prinsip berobjektif: Guru membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk; bukan sahaja apa yang mereka harus belajar tetapi mengapa tajuk itu harus dipelajari Prinsip membina: Pengetahuan baru dihubungkan kepada prapengetahuan pelajar supaya pembelajaran baru dibina di atas pengalaman lama pelajar Prinsip aplikasi: Pengetahuan baru dihubungkan secara spesifik kepada aplikasinya dalam peranan pelajar sekarang dan masa depan sebagai rakyat, pengguna, pekerja, ahli keluarga, ahli masyarakat yang berguna Prinsip penyelesaian masalah: Pelajar digalak menjadikan pembelajaran aktif dengan menggunakan pengetahuan baru untuk menyelesaikan masalah Prinsip berpasukan: pelajar membina semangat berpasukan dan kerjasama apabila bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah Prinsip penemuan: pelajar sentiasa digalakkan untuk cubalah. Mereka dibimbing ke arah menemui pengetahuan baru dan bukan menerimanya secara pasif. Guru membantu pelajar meneroka, menguji dan mencari jawapan Prinsip hubungan: guru membantu pelajar melihat hubungan antara isi kandungan pelajaran dan konteks, pengetahuan dan aplikasi satu bidang dengan bidang yang lain.

STRATEGI PENGAJARAN
I.

II.

III.

IV.

Objektif- menerangkan bahawa pada akhir pengajaran, pelajar seharusnya boleh mencapai objektif yang ditetapkan Langkah pembelajaran- memerlukan proses pengajaran mengikut langkah yang telah digariskan iaitu membaca teks, ambil bahagian dalam perbincangan kelas dan membuat latihan Idea utama- Pelajar didedahkan dengan proses berkaitan dengan isi pelajaran Teks- isi pelajaran yang dijelaskan secara keseluruhan

LANGKAH PEMBELAJARAN
Induksi set Mempelajari kemahiran Mempraktikkan kemahiran Renungan kembali

PENGGUNAAN BAHAN DALAM PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Komputer

untuk menghubungkaitkan secara langsung dengan tempat kerja dan dunia pembelajaran dan menyediakan motivasi untuk belajar

Teks

memperkembangkan lagi pengetahuan, membantu menjelaskan lagi senario, aktiviti, contoh dan tunjuk cara dalam kelas

Makmal

untuk memudahkan kajian kumpulan dan analisis serta gunakan alat yang releven untuk selesaikan masalah dalam makmal Bahan ujian dan penilaian penyediaan bahan ujian, kuiz dan soalan latihan. Penilaian melalui kaedah Competency base Education

SENARAI SEMAK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL


Belajar melalui pemerhatian dan amali Berhubungkait dengan dunia sebenar Mensimulasikan tempat pekerjaan Menghubungkaitkan teori dan amali Menggalakkan pembelajaran secara koperatif Membenarkan interaksi dengan orang lain Mempunyai penggunaan peribadi Menghubungkait dengan kehidupan seharian Memerlukan kemahiran minda dan tangan Membenarkan aplikasi di rumah Menunjukkan aplikasi pekerjaan x x x x x x x x x x x

PERBANDINGAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN SECARA ABSTRAK

ABSTRAK
Berpusat pada guru Pelajar dinilai berdasarkan fakta dan kemahiran yang tertentu Pengetahuan adalah satu bentuk maklumat Pengajaran adalah proses menyampaikan pengetahuan Bilik darjah adalah terasing daripada dunia sebenar Pelajar belajar sendiri

KONTEKSTUAL
Berpusat pada pelajar Pelajar dinilai berdasarkan prestasi Pengetahuan berkembang dan sentiasa dinamik Pengajaran ialah proses membantu pelajar memperolehi pengetahuan Bilik darjah dilengkapi dengan alat elektrinik dan dikaitkan dengan dunia sebenar Pelajar belajar secara kumpulan

BANDINGAN BILIK DARJAH


BILIK DARJAH KONVENSIONAL
Guru berperanan sebagai pemberi pengetahuan Hanya guru yang mengetahui jawapan

BILIK DARJAH SECARA KONTEKSTUAL


Guru sebagai fasilitator Terdapat lebih banyak jawapan/penyelesaian yang sesetengahnya guru tidak dapat menjawab Senario kerja dan profil kerjaya sentiasa dibincangkan Waktu anjal diamalkan Bilangan pelajar harus kecil Pemiliran secara penaakulan, penyelesaian masalah dan membuat keputusan digalakkan Aktiviti menitikberatkan kemahiran minda dan tangan Pelajar sendiri menilai dan menguji sendiri dengan bantuan guru Penilaian lebih daripada pen dan pensel, termasuk kerja amali Pelajar dan guru bersama-sama merancang dan membincangkan aktiviti

Perbincangan profil kerjaya tidak diberi penekanan Pengajaran dihadkan satu, dua atau tiga waktu Bilangan pelajar sangat besar Pemikliran biasanya adalah secara teori dan akademik Aktiviti lebih menitik beratkan kemahiran minda Guru yang memutuskan kaedah penilaian Penilaian lazimnya berasaskan pen dan pensel Guru merancang segala aktiviti

KEPENTINGANNYA

Berasaskan maksud kontekstual, mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diingini Membantu guru mengaitkan bahan

subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat san pekerja.
Mencetuskan impak yang mendalam kepada pengalaman dan perkembangan diri pelajar

KESIMPULAN

Pandangan John Dewey:

Education is not a mere preperations for life, but process of life itself. School should teach students practice living in a social context. Menurut Mark L. Merickel: Contextual Learning independent thinker Ini bermakna bahawa guru-guru harus melihat proses pengajaran dan pembelajaran dalam perspektif yang lebih luas ke arah membawa pelajar memahami dan mampu membawa diri dalam dunia yang serba mencabar

You might also like