You are on page 1of 3

TINDAKAN SUSULAN YANG BOLEH DIAMBIL

MOHD AMIR BIN HAMDAN PPG BM 3.07 AMBILAN FEBRUARI 2012 PSV3104 : Pengajian & Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Terdapat berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan bantu untuk tujuan di atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya. Terdapat beberapa tindakan susulan yang perlu diberi perhatian oleh guru panitia dan guru matapelajaran yang terlibat. Ini penting untuk memastikan segala pengurusan dan pengendalian pedidikan seni visual dan bilik PSV khususnya supaya segala peralatan sentiasa dijaga dengan rapi dan diselenggara dan baik. Di antara tindakan susulan tersebut ialah memastikan setiap bahan sumber diletakkan dan dipulangkan di tempat yang betul supaya memudahkan guru-guru lain mencari dan menggunakan bahan tersebut. Penggunaan bahan sumber amat penting untuk sesi pengajaran lebih-lebih lagi pengajaran di adakan di dalam bilik seni. Selain bilik, pendidiikan seni juga mempunyai ruangan stor yang sentiasa perlu dikemaskini penyimpanannya. Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan Pengajaran dan pembelajaran. Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor.

Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor. Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang

seumpamanya. Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih, maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan begitu mudah. Selain itu, untuk pemyimpanan hasil kerja murid, tempat dah ruang khas yang telah disediakan perlulah sentiasa diselenggara dari masa ke semasa. Proses ini boleh dilakukan selepas setiap kali pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru hendaklah memilih dan mengasingkan hasil seni yang berbeza bidangnya supaya mudah dan terancang. Hasil-hasil yang terbaik juga boleh dijadikan sebagai bahan-bahan pameran untuk mendedahkan murid tentang dunia pendidikan seni visul dan sebagai tanda penghargaan terhadap hasil seni yang telah sempurna. Selain dapat menarik minat murid-murid lain, ruangan letak yang menarik memudahkan murid melihat dengan jelas hasil seni yang telah siap disusun mengikut kategori. Seterusnya, untuk menjadikan bilik PSV yang kondusif, bilik yang bersih dan susunan perabot dan kedudukan meja yang menarik menjadi tumpuan kepada setiap murid yang akan menggunakan bilik tersebut. Jadi menjadi tanggungjawab guru PSV untuk sentiasa mengubah kedudukan-kedudukan perabot mengikut trend semasa. Selain menggunakan cat yang mampu menawan, lukisan grafik di dinding bilik juga memainkan peranan penting bagi memastikan minat pelajar akan terus tersemat sekaligus dapat memberikan keyakinan bahawa guru pendidikan seni telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap matapelajaran PSV. Jika terdapat kehilangan atau kerosakan bilik bahan sumber, guru perlu membuat laporan dengan segera untuk memastikan tindakan yang seterusnya boleh dilakukan oleh pentadbir sekolah. Biasanya kerosakan berlaku disebabkan kecuaian murid ataupun semasa kawal selia yang dilakukan oleh guru semasa menjalankan proses pengajaran. Begitu juga kepada pentadbir yang perlu sentiasa menyelia bilik seni supaya guru yang terlibat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna dari segi sistem penfailan, buku stok, penyelenggaraan bahan dan kekemasan perabot. Ini bagi menjamin kualiti pengurusan bilik seni dan bahan sumber yang merupakan hak kerajaan. Jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan, perancangan yang rapi sebelum dan selepas haruslah difikirkan terlebih dahulu

dan mendapat persetujuan oleh semua pihak di dalam mesyuarat tahunan yang dijalankan. Ini bagi memudahkan tindakan sususaln yang akan diambil selepas itu tidaklah menjadi isu atau masalah yang besar. Dari segi etika keselamatan murid pula, pencegahan adalah sebenarnya lebih baik dari merawat. Jadi sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini, semua guru matapelajaran haruslah sentiasa mengingatkan murid tentang keselamatan kepada murid terutamanya apabila proses pengajaran dilakukan di luar bilik darjah. Banyak implikasi yang boleh terjadi namun tindakan awal dapat mengubahnya. Tindakan susulan yang boleh diambil setelah terjadinya satu kemalangan atau kecuaian, guru harus mengambil tindakan yang sewajarnya dan jangan panik. Sebarang kemalangan mestilah dilaporkan kepada pentadbir untuk memudahkan tindakan seterusnya yang akan diambil. Terdapat banyak lagi tindakan susulan yang boleh diambil tetapi tanpa perancangan dan strategi yang rapi akan menyukarkan guru-guru dalam menguruskan bilik PSV dengan baik selain dapat menjaga nama sekolah, ia juga mampu mengubah persepsi ibu bapa dan murid-murid tentang kepentingan pendidikan seni visual di sekolah.

You might also like