You are on page 1of 6

BAB 5 - PERBINCANGAN DAN RUMUSAN PROGRAM KEKUATAN DAN KELEBIHAN PROGRAM Kecerdasan Kinestatik adalah salah satu cabang

daripada Teori Kecerdasan. Pelbagai. Teori ini amat penting kerana ia berkait rapat dengan dunia pendidikan. Adalah diakui bahawa setiap murid memiliki pelbagai kecerdasan. Namun, apa yang membezakan mereka ialah cara berfikir, bertindak dan belajar. Aplikasi Teori Pelbagai Kecerdasan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah bertujuan untuk menyokong proses pembelajaran bersepadu dan menyeluruh selaras dengan keperluan murid dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jesteru, inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru -murid yang diketengahkan ini melalui program bacalah saying ini, telah menggabungkan teknik permainan dan tunjuk ajar untuk mempertingkatkan kemahiran membaca perkataan suku kata KV dan KVK, di kalangan murid-murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh ini. Permainan kata - perkataan suku kata kv dan kvk dalam program ini dapat membantu meningkatkan penguasaan membaca perkataan suku kata kv dan kvk dikalangan murid tahun empat tadi. Responden ini, telah dirawat dengan program bacalah sayang selama 30 minit setiap sesi rawatan. Program ini dijalankan sepanjang tahun. Keputusan Ujian Post telah menunjukkan peningkatan prestasi penguasaan bacaan kv dan kvk pelajar. Dapatan daripada soal selidik pula menunjukkan pelajar amat berminat untuk membaca dan mereka telah memahami dan menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya. Mereka amat seronok ketika berada di dalam program ini. Akhirnya, program bacalah saying ini telah berjaya memupuk minat dan mempertingkatkan penguasaan kemahiran membaca pelajar.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan yang positif dari segi minat serta budaya membaca pelajar dan amalan pembelajaran pelajar. Kami mencadangkan untuk mengguna pakai program bacalah sayang ini sebagai salah satu program utama bagi peringkat Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh. Program ini boleh juga diselitkan dengan kemahiran membaca pantun dan simpulan bahasa. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran menulis perkataan berasaskan latih tubi membaca . Kami juga berhasrat untuk membina asas program bacalah sayang yang kukuh di sekolah ini dengan melengkapkan lagi model ini dengan unsur-unsur visual dan grafik yang lebih menarik, serta melengkapkannya dengan soalan-soalan serta kaedah yang lebih mencabar dan kreatif. Semoga hasil program kami ini akan dapat dimanfaatkan dan menjadi proses P&P lebih menarik, berkesan serta menyeronokkan. Akhir kata , GURU YANG KREATIF, AKAN MELAHIRKAN PELAJAR YANG DEDIKASI. KALAU SEORANG GURU MENGAJAR TANPA ALAT ,MURID BELAJAR DENGAN RALAT.

IMPLIKASI PROGRAM

Menurut Kamus Rujukan Dewan Bahasa Dan Pustaka implikasi membawa maksud kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: ~ perkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas; berimplikasi mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar terhadap skop analisis sosiologi; mengimplikasi membuat implikasi. Menurut laporan di akhir tahun tahun 70an terdapat ramai murid sekolah rendah terutamanya yang tinggal diluar bandar yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca atau cekap membaca bahasa mereka sendiri ( Bahasa Malaysia ). Masalah sebegini banyak memberi implikasi terhadap murid itu sendiri dan juga negara. Di antara implikasinya ialah : Negara kita akan mempunyai ramai orang yang buta huruf, justeru n egara kita akan menjadi negara yang mundur di dunia ini. Maka akan wujud sekelompok manusia yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Masalah seterusnya ialah seseorang murid itu sukar untuk bergaul dalam masyarakat. Kepincangan masyarakat jelas terbukti kerana masyarakat terutamanya terhadap pelajar tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruknya sesuatu perkara. Negara kita tidak dapat melahirkan masyarakat yang berkeliber, justeru itu kita tidak dapat dipimpin oleh ketua negara yang berpendidikan. Impak yang ketara sekali ialah wujudnya keciciran pelajar kerana pelajar tidak berminat untuk belajar. Seseorang pelajar itu akan berasa rendah diri seandainya seseorang murid itu tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Murid tidak dapat membina sikap yang baik dan tidak mempunyai cita cita dan fikiran yang terbuka dan positif . Seseorang murid itu tidak akan dapat memperolehi kemahiran ilmu pengetahuan yang yang tinggi. Seseorang pelajar itu tidak akan mempunyai kebolehan menilai, mengulas dan

mengkritik apa yang dibaca dengan saksama. Sukar bagi seseorang murid itu untuk menyelesaikan masalah masalah seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri dan masyarakat.

PENUTUP Semasa Program Bacalah Sayang ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh, kami berasa sangat gembira, terharu dan bangga, di atas kerjasama pihak sekolah yang terlibat serta minat yang ditunjukkan oleh setiap murid yang menyertai program ini. Walaupun program ini dijalankan dalam masa yang terhad serta penuh dengan kekangan, keyakinan yang lahir daripada setiap ahli kumpulan kami telah menyebabkan program ini telah berjaya memberikan impak kepada murid yang menyertainya. Setiap murid telah menunjukkan minat yang tinggi dalam menjayakan program ini. Murid yang kelihatan amat lemah bacaan mereka pun telah menunjukkan perubahan di dalam bacaan mereka. Mereka juga telah menunjukkan minat untuk datang ke sekolah dan menyertai program serta boleh membaca perkataan suku kata kvk walaupun pada awalnya, dia tidak mengenal huruf a z . Pelajar berjaya mengecam dan membetulkan kesalahan yang sengaja guru lakukan untuk menguji penguasaan bacaan mereka. Selepas menjalankan program ini juga, mereka suka membaca dan menyatakan aktiviti membaca itu sesuatu yang menyeronokkan. Inilah salah satu luahan kata yang telah diungkapkan oleh salah seorang murid kajian, Cikgu dulu saya takut nak baca, tetapi sekarang saya suka baca, ..Di sisi murid, pengaplikasian program bacalah sayang ini telah meningkatkan motivasi, menghilangkan rasa rendah diri, meningkatkan tahap kepuashatian murid dan semangat untuk terus belajar. Hal ini kerana mereka telah berjaya melepasi halangan iaitu kegagalan menguasai kemahiran membaca. Tanpa dapat dinafikan bahawa bahasa merentas kurikulum. Sesungguhnya situasi yang memberi sinar harapan ini disumbangkan oleh keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam program bacalah sayang yang telah dijalankan ini. Sesungguhnya aktiviti yang tidak membosankan ini telah menggalakkan murid untuk mencuba dan terus mencuba, untuk terus menghabiskan program dan memperoleh ganjaran sama ada dalam bentuk material atau non material (pujian dan sanjungan ). Rumusannya , program bacalah sayang di SK Pengkalan Pegoh ini secara tidak langsung telah membantu murid untuk menguasai 3M seiring dengan matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi , rohani dan intelek.

You might also like