You are on page 1of 5

Temu bual Temu bual yang akan saya jalankan adalah temu bual yang berfokus dan terbimbing.

Temu bual mesra ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di dalam bilik darjah. Saya akan menyediakan lima soalan berstruktur dan menemubual beberapa orang murid(responden) secara rawak berdasarkan tahap kebolehan mereka. Beberapa perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasaan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasaan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid. Lima soalan struktur yang dirancang adalah seperti berikut:

a) Adakah aktiviti pembelajaran secara berkumpulan ini menyeronokkan? b) Adakah anda telah memberikan idea semasa menjalani pembelajaran? c) Adakah anda bekerjasama bersama-sama dengan rakan-rakan semasa menjalankan aktiviti seni tersebut? d) Adakah anda dapat menjalankan aktiviti seni secara berkumpulan dengan selesa? e) Adakah anda berpuas hati dengan hasil kerja berkumpulan yang telah dihasilkan oleh kumpulan anda? Temu bual yang akan saya jalankan ini akan dirakam dengan menggunakan pita rakaman audio dan mencatat maklumat yang diperolehi oleh murid-murid secara langsung ke dalam buku catatan. Pemerhatian Pemerhatian adalah bersifat secara langsung dan membantu seorang guru untuk menilai proses penghasilan hasil kerja murid secara berkumpulan. Saya akan menjalankan pemerhatian terhadap setiap kumpulan dari masa ke semasa . Dalam pentaksiran, pemerhatian akan membantu seorang guru untuk mendapatkan maklumat secara langsung terhadap pemahaman murid tentang sesuatu konsep. Melalui pemahaman konsep tersebut, murid-murid akan dapat mencetuskan idea di dalam hasil kerja seni mereka dan seterusnya perubahan tingkah laku murid dapat diperhatikan. Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian iaitu pemerhatian berstruktur dan pemerhatian 22 tidak berstruktur. Pemerhatian

berstruktur selalunya menggunakan senarai semak pemerhatian manakala pemerhatian tidak berstruktur biasanya menggunakan catatan nota lapangan. Dalam kajian ini saya mefokuskan kepada pemerhatian berstruktur. Kaedah pemerhatian ini juga adalah proses penilaian yang melibatkan guru secara aktif. Guru akan memerhati, membuat interpretasi dan menilai pelbagai aspek yang diperhatikan. Melalui kaedah ini, penilaian dapat dijalankan ke atas proses dan hasil kerja murid. Pemerhatian proses adalah penilaian yang menitikberatkan proses penghasilan bahan. Guru perlu memerhati cara murid mentafsir, mengelola idea, pewujudan idea dan cara mereka menggunakan alat.

Melalui pemerhatian, saya akan dapat memerhati proses penghasilan hasil kerja murid-murid dalam kumpulan dan sekiranya mereka menghadapi masalah atau proses yang dijalankan tidak betul saya akan dapat membimbing murid-murid sewajarnya. Sepanjang pemerhatian saya terhadap aktiviti seni yang dilaksanakan, beberapa kriteria boleh diperhatikan dan diamati secara langsung seperti gubahan karya, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan serta kerjasama di dalam aktiviti berkumpulan. Di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual terdapat tiga aspek yang dapat diperhatikan semasa proses penghasilan kerja iaitu aspek koginitif, psikomotor dan afektif. Dalam aspek kognitif, seorang guru akan dapat menilai pemahaman murid terhadap konsep yang mereka pelajari. Guru akan dapat memerhati sejauh mana pemahaman mereka terhadap konsep dalam hasil kerja yang dihasilkan. Aspek psikomotor melibatkan cara-cara penggunaan alat, bahan dan media dengan tepat bersesuaian dengan tema yang diberikan oleh guru manakala bagi aspek afektif pula, perubahan tingkahlaku murid-murid dalam aktiviti berkumpulan dapat dinilai kerana murid-murid akan mengamalkan sahsiah yang baik seperti sikap tolong menolong, kerjasama, ketekunan, keselamatan, ketelitian, kekemasan dan kebersihan serta dapat menghargai hasil kerja yang mereka telah hasilkan. Portfolio Portfolio yang akan saya laksanakan merupakan suatu himpunan maklumat murid-murid dalam bentuk koleksi hasil kerja murid. Portfolio ini akan menjadi bahan bukti terhadap

penyelidikan kajian tindakan yang saya jalankan. Penilaian portfolio merupakan satu cara atau kaedah menilai perkembangan murid 23 secara sistemantik. Eviden yang

dikumpul akan dapat menerangkan tentang penguasaan serta peningkatan murid-murid untuk sesuatu kemahiran yang diajar sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Paulson dan Meyer (1991) menyatakan bahawa portfolio ialah satu koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam satu atau lebih bidang pelajaran. Hasil kerja murid akan dikumpulkan pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Senarak semak Dalam kajian tindakan ini juga, saya akan menggunakan senarai semak dengan skala Likert. Senarai semak denga skala likert ini bertujuan untuk mendapatkan tingkat penilaian, persepsi atau persetujuan sampel. Senarai semak yang akan digunakan ini adalah bertujuan untuk mengukur penglibatan murid dalam aktiviti berkumpulan. Terdapat lapan item yang akan dinilai semasa menggunakan senarai semak iaitu ; a) Ketekunan dalam menjalankan aktiviti b) Mematuhi arahan guru dan rakan sebaya c) Sumbangan idea/pendapat semasa proses penghasilan hasil kerja d) Bekerjasama dan berkongsi idea dengan ahli lain di dalam kumpulan e) Aktif dalam menjalankan aktiviti f) Mengamalkan nilai-nilai murni seperti kebersihan, kekemasan. Ketelitian dan menghargai hasil kerja. g) Hasil kerja/ pencapaian objektif kumpulan h) Komunikasi berkesan dalam perbincangan

24

SENARAI SEMAK Bil Perkara yang diperhatikan Mematuhi arahan guru dan rakan sebaya. i. ii. iii. iv. v. Murid-murid duduk dalam kumpulan selepas mendengar arahan guru. Murid-murid memberikan tumpuan kepada penerangan guru. Murid-murid memerhatikan demonstrasi yang dijalankan oleh guru. Suasana semasa penerangan adalah dalam keadaan terkawal. Murid-murid tahu dan faham soalan yang dikemukakan oleh guru dan memulakan perbincangan secara aktif.

Ya

Tidak

Sumbangan idea/pendapat semasa proses penghasilan hasil kerja. i. Ketua kumpulan memberi peluang semua ahli untuk memberikan pendapat. ii. Pendapat yang diberikan oleh setiap ahli adalah bernas. iii. Ahli kumpulan memberikan idea masing-masing. vi. Setiap ahli mendengar rakan-rakan yang memberikan idea. vii. Berbincang secara rasional dan beretika. iv. Keputusan dapat dicapai dengan segera melalui persetujuan bersama. v. Ketua kumpulan memberikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan.

a) Ketekunan dalam menjalankan aktiviti b) Mematuhi arahan guru dan rakan sebaya c) Sumbangan idea/pendapat semasa proses penghasilan hasil kerja d) Bekerjasama dan berkongsi idea dengan ahli lain di dalam kumpulan e) Aktif dalam menjalankan aktiviti f) Mengamalkan nilai-nilai murni seperti kebersihan, kekemasan. Ketelitian dan menghargai hasil kerja.

g) Hasil kerja/ pencapaian objektif kumpulan h) Komunikasi berkesan dalam perbincangan

You might also like