You are on page 1of 23

1

SITI AISHAH RAHMAT P59055 KESEDIAAN GURU DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Sains merupakan mata pelajaran yang menyediakan suatu peluang terhadap kesedaran mengenai peningkatan konteks aktiviti Sains dan juga evolusi ilmu saintifik dan pemahaman Sains di seluruh dunia. Saban hari, pelbagai evolusi dan invensi dalam Sains berlaku dan pastinya melibatkan seluruh aspek keperluan hidup dan global selanjar dengan tujuan pembelajaran Sains itu sendiri iaitu memudahkan dan menambahbaik kehidupan manusia. Ironinya, isi kandungan utama pembelajaran di sekolah masa kini masih bersifat dapatan dan pengulangan ilmu sebanyak mungkin, idea yang tidak disintesis dan diaplikasi, pemahaman dan pembelajaran terlalu bersifat permukaan dan tidak autentik. Jurang antara teknologi yang dihasilkan pada zaman ini dengan ilmu atau kurikulum yang perlu murid hadapi di sekolah dilihat tidak selanjar. Jurang ini akan menjadi semakin besar menuju abad ke-21 jika tiada tindakan drastik dan menyeluruh dalam pengubahsuaian persekitaran pembelajaran yang membudayakan ciri-ciri abad ke-21. Ini kerana dunia kerjaya di luar sedang berlumba-lumba menghasilkan invensi baru untuk kekal bersaing. Justeru pada tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif mengubahsuai kurikulum dengan mengubahsuai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berbeza dengan sistem KBSR yang menjadikan peperiksaan sebagai alat pengukuran prestasi murid, KSSR menggunakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan alat penilai yang lebih holistik serta memberi autonomi kepada guru untuk menilai semasa pembelajaran. KSSR juga telah ditambah dengan elemen-elemen abad ke-21 ke dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Ini kerana, Dunia Sains dan Teknologi (DST) merupakan gabungan elemen Sains, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang diajar di Tahap I. Dunia Sains dan Teknologi bertujuan untuk memupuk minat terhadap Sains dan Teknologi dan mengembangkan kreativiti dan inovasi murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi

menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran saintifik, dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni. Pendekatan bertema ini dalam DST adalah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi. Tema Dunia Sains dan Teknologi diperkenalkan kepada murid Tahap Satu bagi menggantikan mata pelajaran Sains. Tema ini menggabungkan elemen Sains, Reka Bentuk & Teknologi (RBT), dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Bagi tujuan pelaksanaan di Tahap Satu, elemen RBT dan TMK digabungjalinkan dalam Standard Sains. Selain itu modul penggunaan TMK turut disediakan bagi membolehkan guru membimbing murid mengaplikasikan TMK dalam pembelajaran. Gabungan tema-tema seperti Reka Bentuk & Teknologi serta Teknologi maklumat yang merupakan elemen ciri-ciri tenaga kerja abad ke-21 ini dilihat sebagai perubahan yang bagus bagi mempersiapkan murid. Ini kerana pembelajaran melalui projek yang berkonsepkan invensi teknologi sebenar mungkin tidak dapat mencapai objektifnya jika capaian maklumat adalah terhad; kesan daripada perkembangan dunia teknologi yang sentiasa berlaku. Keperluan kemahiran capaian limpahan maklumat dengan pantas ini adalah koheren dengan situasi sebenar kerjaya abad ke -21 di mana individu perlu mengsintesis pelbagai maklumat bagi menyiapkan projek yang kompleks dalam masa yang ditetapkan. Justeru, cara terbaik untuk mengadaptasi dan mendalami bidang-bidang abad ke-21 sebanyak mungkin dalam persekitaran pembelajaran Sains di sekolah adalah dengan memperluaskan amalan literasi digital seperti literasi media, ICT dan informasi yang juga adalah salah satu kriteria kemahiran yang dicari majikan abad ke-21. Persekitaran pembelajaran berasaskan literasi digital seperti media, ICT dan informasi ini dirasionalkan oleh Kellner (2000) yang mengatakan setiap individu perlu berkebolehan untuk bekerja dan bertindak dalam teknologi informasi yang tinggi; yang wujud dalam persekitaran sosial yang baru. Justeru, setiap individu mesti mempelajari kemahiran melibatkan literasi media dan komputer supaya setiap individu dapat bermandiri dalam menuju abad ke-21. Matlamat tema Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran serta nilai murni. Kemahiran yang ingin dikembangkan melalui

tema ini merangkumi kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif/ psikomotor dan kemahiran TMK. Fokus tema Dunia Sains dan Teknologi di Tahap I pula adalah menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. Justeru murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian, memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran praktis, mereka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Ia juga memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK di dalam DST serta mengaplikasikan secara merentas kurikulum dengan kreatif mengikut tahap kebolehan murid dan memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam Sains, RBT dan TMK bagi menyediakan murid dalam mata pelajaran Sains, TMK dan RBT di Tahap II. Berkuatkuasa tahun 2011, guru-guru yang terlibat secara soft landing KSSR perlu membuat Ppentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menilai tahap penguasaan dan kemahiran murid mengikut band yang digariskan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran psikomotor yang selaras bersifat dengan holistik Falsafah iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan

Pendidikan

Kebangsaan

dan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat, manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum. Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Pentaksiran di bilik darjah sangat penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah dipelajari. Maklumat yang diperoleh membantu guru untuk menambah baik kaedah pengajarannya. Hasil pentaksiran di bilik darjah ini juga memberi maklum balas awal kepada guru untuk merancang tindakan susulan bagi meningkatkan lagi penguasaan dan pemahaman murid.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengkaji kesediaan guru Dunia Sains dan Teknologi dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) guru sepatutnya merancang pembelajaran secara holistik dan bersepadu bagi membolehkan beberapa Standard Pembelajaran dicapai bergantung kepada kesesuaian dan keperluan pembelajaran. Guru seharusnya meneliti semua Standard Pembelajaran dalam Standard Kandungan yang berkenaan sebelum merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Standard Kandungan bagi domain afektif diterap secara tidak langsung semasa Standard Kandungan bagi domain kognitif dijalankan. Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Justeru, kajian ini dapat memperihalkan tahap kesediaan guru dengan membuat pemerhatian tentang bagaimana guru tersebut mereka bentuk, membuat persiapan, melaksana dan membuat penilaian semasa proses Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan sebuah sistem penilaian dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang telah ditransformasi secara besar-besaran dan amat berbeza dengan sistem pembelajaran berorientasikan penilaian peperiksaan dalam sistem KBSR sebelum ini. Sistem baru ini menimbulkan pelbagai respon daripada rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan ibu bapa dan guru sendiri. Pemberian autonomi kepada guru untuk menilai murid berdasarkan pentaksiran berasaskan sekolah dilihat sebagai penilaian yang begitu rapuh di mata ibu bapa. Ini kerana tiada soalan-soalan standard yang boleh dijadikan alat oleh ibu bapa ntuk mengukur dan membandingkan pencapaian anak-anak mereka. Sebagai contoh, dalam sistem KBSR anak mereka yang mendapat A hingga E dalam mata pelajaran tertentu dapat dibuktikan dengan jawapan mereka dalam peperiksaan manakala dalam sistem PBS sukar untuk mereka bandingkan pencapaian anak-anak mereka kerana bergantung kepada pemerhatian guru mata pelajaran. Guru juga mudah untuk dituduh

bias dalam membuat penilaian PBS kerana penilaian adalah secara holistik yang merangkumi banyak aspek pemerhatian semasa pembelajaran dan bukan hanya melalui peperiksaan. Sikap kurang percaya terhadap guru merupakan hasil daripada kurangnya kepercayaan terhadap kesediaan guru-guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini. Kajian ini diharapkan dapat menunjukkan tahap kesediaan guru-guru Sains dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sekiranya hasil kajian ini positif, secara tidak langsung dapat memberi ruang kepada peningkatan kepercayaan ibu bapa terhadap guru dan ia juga memberi ruang bagi pihak berkepentingan melaksanakan sebarang penambahbaikan sekiranya terdapat kelemahan dalam kesediaan guru melaksanakan PBS.

1.4 KERANGKA KONSEPTUAL A) Demografi guru iaitu jantina, bidang ilmu, lokasi sekolah dan tempoh berkhidmat B) Kecekapan guru sains meliputi kecekapan saintifik (pengetahuan) dan kecekapan manipulatif (keterampilan) C) Prosedur pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah meliputi membina rekabentuk, melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan melakukan penilaian.

6 Demografi guru Jantina Bidang ilmu Tempoh berkhidmat Lokasi sekolah

Kemahiran manipulatif

Kemahiran saintifik

Membina rekabentuk pentaksiran

Membina penilaian pentaksiran

Melakukan persiapan pentaksiran

Melaksanakan P&P pentaksiran

Kerangka konseptual diubahsuai dari Arends (2008) dan Fried (1995)

1.5 TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesediaan guru sains dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah serta mengenalpasti halangan-halangan dan kekangan yang dihadapi oleh guru sains dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sistem PBS.

1.6 OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenalpasti kesediaan guru melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam mata pelajaran Sains dari aspek: i) ii) iii) iv) Membina reka bentuk pentaksiran Melakukan persiapan pentaksiran Melaksanakan pengajaran untuk pentaksiran Melakukan penilaian pentaksiran

2. Mengenalpasti samaada terdapat perbezaan kesediaan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan demografi guru iaitu jantina, bidang ilmu, tempoh berkhidmat dan lokasi sekolah 3. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara kesediaan guru dalam membina rekabentuk, melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta melakukan penilaian PBS. 4. Mengenalpasti sama ada terdapat pengaruh kesediaan dalam guru membina reka bentuk, melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta membuat penilaian PBS. 5. Mengenal pasti apakah halangan-halangan dan kekangan yang dihadapi guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains Menggunakan sistem PBS.

1.7 PERSOALAN KAJIAN 1. Bagaimanakah tahap kesediaan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah: i) ii) Mereka bentuk pentaksiran Membuat persiapan pentaksiran

iii) iv)

Melaksanakan pengajaran berasaskan pentaksiran Melakukan pentaksiran

2. Apakah terdapat perbezaan kesediaan guru Sains dalam melaksanakan Pentaksiran berasaskan sekolah berdasarkan demografi guru, jantina, bidang ilmu, tempoh berkhidmat dan lokasi sekolah? 3. Apakah terdapat hubungan antara kesediaan guru dalam mereka bentuk, melakukan persiapan, melaksanakan serta melakukan pentaksiran? 4. Apakah terdapat pengaruh antara kesediaan guru dalam mereka bentuk, melakukan persiapan, melaksnakan serta melakukan pentaksiran. 5. Apakah terdapat halangann-halangan atau kekangan yang dihadapi guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

1.8 HIPOTESIS KAJIAN H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan membina rekabentuk, persiapan, pelaksanaan dan penilaian PBS berdasarkan jantina, lokasi sekolah, bidang ilmu dan tempoh berkhidmat guru.

HO2: tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap-tahap kesediaan membina reka bentuk, persiapan , pelaksanaan dan penilaian PBS berdasarkan jantina, lokasi sekolah, bidang ilmu, dan tempoh berkhidmat guru.

HO3: tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan guru dalam membina rekabentuk, melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta melakukan penilaian dalam PBS

HO4: tidak terdapat pengaruh yang signifikan kesediaan antara pembolehubah membina reka bentuk, melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan melakukan penilaian PBS.

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran terhadap tahap kesediaan guru-guru Sains sekolah rendah dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Hasil kajian dilihat penting dalam bertindak sebagai penanda aras kualiti pentaksiran atau penilaian yang dibuat oleh guru menggunakan sistem PBS seterusnya mewujudkan cadangan

penambahbaikan bagi pihak-pihak berkaitan seperti guru-guru Sains, pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Guru-guru Sains

Sebagai panduan dalam mengukur tahap kesediaan mereka melakukan Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Mereka dapat membuat refleksi terhadap kriteria-kriteria yang perlu ada atau kesediaan dalam diri mereka sebelum dapat membuat penilaian yang autentik dan adil. Ini kerana kesediaan yang jitu merupakan aspek yang amat penting dalam memastikan matlamat perancangan, pelaksanaan dan penilaian dalam pembelajaran menggunakan sistem PBS dapat terlaksana dengan berkesan.

Pihak Sekolah

Sebagai panduan dan memberi maklumat agar wujud kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang berkenaan sekaligus membantu guru-guru menangani masalah yang wujud di kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains dalam melaksanakan PBS khususnya terhadap guru-guru yang tiada pengkhususan dalam mata pelajaran ini.

Jabatan Pelajaran Negeri

Berdasarkan petunjuk tentang tahap kesediaan guru dalan kajian ini, Jabatan Pelajaran Negeri mungkin mendapat gambaran tentang bentuk-bentuk latihan yang boleh diberikan kepada guru-guru opsyen Sains mahupun yang bukan opsyen sekaligus memperbaiki dan

10

mempertingkatkan aspek kesdiaan guru untuk melaksanakan PBS.

Kementerian Pelajaran Malaysia Menjadi rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memperkasakan lagi bidang pendidikan dengan permasalahan yang wujud terutamanya dalam lingkungan guru-guru dan sistem PBS itu sendiri.

1.10

BATASASAN KAJIAN

Kajian adalah berbentuk kuantitatif deskriptif. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada seramai 30 orang guru yang mengajar mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi Sekolah rendah iaitu di kawasan bandar dan luar bandar.

DEFINISI OPERASIONAL

1.10.1 Kesediaan Guru Kesediaan Menurut Kamus Dewan (2002), kesediaan membawa maksud perihal sedia, kesanggupan, kerelaan. Dalam konteks kajian ini, kesediaan adalah kesanggupan guruguru mengajar mata pelajaran Sains yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan kursus. Pengetahuan Menurut Kamus Dewan (1999), pengetahuan membawa maksud satu bidang ilmu yang perlu diteroka dan diketahui untuk dimiliki bagi membentuk sikap dan tingkah laku. Dalam kajian ini, ia membawa maksud ilmu yang dimiliki oleh guru-guru dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Kemahiran

11

Menurut Kamus Dewan (2002), kemahiran membawa maksud kecekapan dan kepandaian. Dalam kajian ini, ia membawa maksud kecekapan dan kebolehan guru dalam menguasai kesemua aspek kemahiran-kemahiran saintifik dan amali yang memenuhi kurikulum mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Sikap Menurut Kamus Dewan (2002), sikap bermaksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat. Dalam kajian ini, ia membawa maksud perbuatan dan pandangan guru terhadap mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Kursus Menurut Kamus Dewan (2002), kursus bermaksud pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan dan sebagainya) yang diberikan dalam jangkamasa yang singkat. Dalam kajian ini, ia membawa maksud, pelajaran atau ilmu yang diterima oleh mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

1.10.2 Pentaksiran berasaskan Sekolah

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik (Kementerian Pelajaran Malaysia 2011)

Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah, guru seharusnya menggunakan Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid. Guru

12

diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif di akhir unit pembelajaran ataupun di akhir tahun. Untuk mentaksir, guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah.

13

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1

PENDAHULUAN

Bahagian ini akan menghuraikan reka bentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian dan alat kajian atau instrumen kajian serta kajian rintis yang mencakupi aspek kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Selain daripada itu, dihuraikan prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data. 3.2 REKABENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian yang digunapakai adalah rekabentuk kajian tinjauan rentas silang berdasarkan aliran pendidikan, jantina, bidang ilmu, tempoh berkhidmat dan lokasi sekolah. Ini adalah untuk mengkaji tahap kesediaan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan elemen i) membina reka bentuk pentaksiran, ii) melakukan persiapan pentaksiran, iii) melaksanakan pengajaran untuk pentaksiran, iv) melakukan penilaian pentaksiran. Kajian tinjauan rentas silang merupakan kajian penyelidikan yang melibatkan pengumpulan data daripada satu sampel kajian pada satu peringkat dalam satu titik masa (Cresswell. 2005). Kajian tinjauan digunapakai dalam kajian ini berdasarkan kepada aplikasinya yang membolehkan sesuatu isu dan persoalan diteliti daripada pelbagai perspektif terutamanya dalam menghuraikan tahap kefahaman, persepsi dan sikap responden berkenaan sesuatu isu yang dikaji (Chua. 2006). Rekabentuk tinjauan juga membolehkan pengumpulan data dibuat secara terus supaya data-data yang dikumpul boleh digunakan untuk menghuraikan fenomena-fenomena yang wujud. Selain itu juga, rekabentuk kajian tinjauan menggunakan saiz sampel yang besar, maka dapatan kajian boleh digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat dan berkesan. 3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian adalah penting untuk dikenalpasti dengan tujuan untuk menentukan bilangan sampel yang perlu diambil bagi mewakili populasi tersebut (Cresswell. 2005). Populasi kajian melibatkan guru-guru sekolah rendah yang mengajar mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi di Negeri Selangor. Keseluruhan guru-guru yang mengajar di kawasan bandar dan luar bandar

14

diambil kira dalam menjadi populasi kajian. Daripada keseluruhan populasi kajian ini, sebanyak 100 guru akan dijadikan sampel kajian. Jumlah ini adalah berdasarkan tinjauan literatur yang dijalankan. Mengikut Cohen, Manion, dan Morrison (2001) dalam Chua (2006), penentuan saiz sampel adalah berdasarkan aras kesignifikanan dan ralat persampelan. Penentuan saiz sampel mengambil kira saiz populasi serta aras kesignifikanan pada p<0.05 (aras kebolehpercayaan= 95%) dan p<0.01 (aras kebolehpercayaan 99%). Mengikut Cresswell (2005) pula, faktor penentuan saiz sampel yang minimum dipengaruhi oleh jenis penyelidikan kuantitatif yang hendak digunakan. Cresswell mencadangkan saiz sampel minimum bagi penyelidikan tinjauan ialah 30 responden. Bagi teknik persampelan pula, persampelan kajian ini dijalankan dalam dua fasa yang meliputi i) persampelan kluster; dan ii) persampelan rawak berstrata bagi memilih sampel kajian. Dalam fasa I, persampelan kluster telah digunakan ke atas keseluruhan populasi guru sekolah rendah yang mengajar Dunia Sains dan Teknologi di seluruh negeri Selangor. Persampelan kluster merupakan teknik persampelan yang digunakan dalam kajian yang meliputi kawasan yang luas dan bilangan subjek yang mempunyai pelbagai ciri, dan pengkaji tidak mempunyai senarai nama setiap subjek dalam populasi (Chua. 2006). Hasil daripada persampelan kluster, kesemua guru-guru sekolah rendah yang mengajar Dunia Sains dan Teknologi dari daerah Kuala Selangor telah dipilih bagi mewakili populasi negeri Selangor. Daerah ini dipilih kerana mengandungi struktur demografi guru yang seimbang dan dapat menggambarkan keseluruhan populasi Selangor yang terdiri daripada penduduk bandar dan luar bandar (Nor Suhaidah. 2011) Fasa seterusnya adalah dengan menjalankan persampelan rawak berstrata bagi sampel yang telah dipilih daripada teknik persampelan kluster. Persampelan rawak berstrata merupakan teknik persampelan yang diaplikasikan apabila rangka persampelan adalah heterogen (Chua. 2006).Persampelan ini digunakan bagi memperoleh ralat persampelan yang lebih kecil daripada ralat yang wujud daripada prosedur persampelan rawak sistematik dan persampelan rawak mudah.Dalam kajian ini, sekolah-sekolah di daerah Kuala Selangor yang telah dipilih daripada persampelan kluster akan diasingkan kepada dua kategori berdasarkan status sekolah bandar dan luar bandar. Kemudian daripada kategori-kategori ini, sekolah-sekolah yang terlibat telah dipilih secara rawak mudah. Justifikasi ini adalah untuk menyeimbangkan bilangan responden dari

15

kumpulan luar bandar dan dalam bandar. Akhir sekali, persampelan rawak mudah telah dijalankan ke atas kategori-kategori ini. 3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sepenuhnya sebagai alat penting bagi mendapatkan data. Justifikasi pengumpulan data melalui soal selidik adalah berdasarkan kepada faktor saiz sampel yang besar dan faktor kekangan masa, kewangan, tenaga dan limitasi daripada pentadbiran sekolah.. Menurut Cresswell (2005), rekabentuk tinjauan dengan soal selidik merupakan alat kajian yang paling sesuai kerana versatiliti, efisien, dan boleh membuat generalisasi kepada populasi. Selain itu, instrumen soal selidik mampu untuk merangkumkan pelbagai masalah yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang sikap, persepsi, kefahaman dan pengetahuan responden. Soal selidik yang dibina bakal terdiri daripada 5 bahagian, iaitu bahagian A- maklumat demografi guru, bahagian B- item kesediaan guru membentuk pentaksiran, bahagian C- item kesediaan guru membuat persiapan pentaksiran, bahagian D- item kesediaan guru melaksanakan pengajaran berasaskan pentaksiran, dan bahagian E- item kesediaan guru melakukan pentaksiran. Maklumat demografi guru yang akan dikaji adalah jantina, bidang ilmu, tempoh berkhidmat dan lokasi sekolah. Justifikasi bagi item-item ini dijelaskan dalam Bab 2. Skala pengukuran yang digunakan dalam soal selidik yang bakal dibina ialah skala Likert 1-5 sebagaimana petunjuk berikut; sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju, dan sangat setuju. Skala Likert bernombor ganjil digunakan adalah kerana penggunaan skala Likert bernombor ganjil akan mengurangkan ralat pengukuran berbanding penggunaan skala Likert bernombor genap. (Chua 2006) 3.4 KAJIAN RINTIS

Kajian rintis bakal dijalankan dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan instrumen kajian. Menurut Jackson (2006), kebolehpercayaan adalah merujuk kepada ketekalan dan kestabilan instrumen yang digunakan. Ini bermaksud kebolehpercayaan sesuatu instrumen yang tinggi adalah instrumen yang dapat memberi jawapan yang konsisten daripada kajian yang dilakukakan. Dalam konteks kajian ini, kebolehpercayaan instrumen akan diukur dengan merujuk krpada nilai Alfa Cronbach. Nilai Alfa Cronbach yang melebihi 0.7 merupakan nilai

16

yang baik dan boleh diterima (Pallant 2007). Walaubagaimanapun, menurut Pallant (2007) lagi, nilai Alfa Cronbach adalah sensitif terhadap bilangan item dalam sesuatu konstruk. Bilangan item yang kurang daripada 10 dalam sesuatu konstruk biasanya akan memberi nilai Alfa Cronbach yang rendah. Untuk keadaan seperti ini, penyelidik adalah digalakkan untuk menggunakan korelasi min antara item ( mean inter-item correlation) dalam julat optimum 0.15 hingga 0.50 seperti yang dicadangkan oleh Briggs dan Check (1986) (Pallant 2007). Menurut Jamil (2002) pula, nilai Alfa Cronbach yang melebihi 0.60 sering digunapakai sebagai indek kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan. Kesahan instrumen kajian pula ialah satu pengukuran sejauh mana instrumen dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur dalam kajian. Manakala Frankel dan Wallen (2006) pula menyatakan kesahan dalam kajian merujuk kepada kesesuaian, ketepatan, kebolehgunaan dan kesignifikan sesuatu inferens yang penyelidik dapat diperoleh daripada data kajian melalui penggunaan instrumen yang dibina. Ini bererti kesahan instrumen yang tinggi dapat membantu penyelidik untuk memperoleh maklumat yang penyelidik kehendaki mengikut konstruk-konstruk yang dibina dan menjawab persoalan-persoalan kajian. Menuru Jurs dan Wiersma (2005), kesahan sesuatu instrumen pada asasnya boleh ditentukan dengan menggunaan dua kaedah sama ada melalui analisis kandungan secara logikal atau melalui analisis secara empirikal iaitu pengukuran kriteria. Analisis kandungan secara logikal boleh digunakan dengan mendaptkan penyemakan instrumen melalui pakar-pakar bidang yang dikaji. Analisis secara empirikal pula boleh dilakukan melalui pencarian korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor mengikut konstruk berkaitan (Jamil 2002). Ini bermakna darjah kesahan dapat ditunjukkan dengan menggunakan kofisien korelasi. Dalam konteks kajian ini, soal selidik yang digunakan telah diuji kesahannya melalui analisis secara empirikal. Ini adalah kerana soal selidik yang digunapakai adalah soal selidik yang telah dibangunkan dan digunapakai oleh kajian-kajian lepas.Maka soal selidik ini telah mendapat pengesahan kandungan daripada pakar. Maka, penyelidik kajian ini berpendapat bahawa soal selidik yang digunakan mempunyai kesahan yang baik. Analisis kesahan secara empirikal digunakan sebagai penyokong bagi kesahan yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji lepas.

17

3.5

PROSEDUR PENGANALISISAN DATA

Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada borang soal selidik akan dikodkan dan dimasukkan ke dalam komputer. Data-data akan diproses dan dianalisis menggunakan program Predictive Analytic SoftWare (PASW). Program PASW yang digunakan adalah PASW versi 17. Dua jenis statistik akan digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dalam kajian ini, pemboleh ubah bersandar ialah kesediaan guru membentuk pentaksiran, kesediaan membuat persiapan pentaksiran, kesediaan melaksanakan pengajaran berasaskan pentaksiran, dan kesediaan melakukan pentaksiran. Manakala pembolehubah tidak bersandar ialah jantina guru, lokasi sekolah, pengalaman mengajar dan bidang ilmu guru. 3.5.1 Analisis Deskriptif Analisis statistik deskriptif digunakan bagi menghuraikan secara menyeluruh tahap, kesediaan guru membentuk pentaksiran, tahap kesediaan membuat persiapan pentaksiran, tahap kesediaan melaksanakan pengajaran berasaskan pentaksiran, dan tahap kesediaan melakukan pentaksiran. Statistik yang digunakan ialah skor min, sisihan piawai, kekerapan, peratusan dan juga interpretasi skor min seperti dalam Jadual 3.1

Jadual 3.1

Interpretasi skor min bagi tahap pengetahuan, persepsi dan sikap terhadap

bioteknologi dalam kalangan pelajar Skor Min 1.00 hingga 2.33 2.34 hingga 3.66 3.67 hingga 5.00 Sumber : Jamil 2002 Pengkelasan skor min yang digunakan adalah berdasarkan formula berikut: Julat = Skor maksimum Skor minimum Interpretasi Skor Min Rendah Sederhana Tinggi

18

Bilangan kategori yang dibentuk

Oleh kerana skala likert (1 hingga 5) digunakan dalam instrument kajian, maka skor maksimum ialah 5 dan skorminimum ialah 1. Bilangan kategori yang dibentuk ialah tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Dengan ini julat untuk setiap tahap adalah seperti berikut: Julat untuk setiap tahap = Skor maksimum Skor minimum = 5-1 = 1.33 Bilangan Tahap 3.5.2 Analisis Inferensi Statistik inferensi adalah statistic yang menggunakan data sampel daripada sesuatu populasi untuk membuat inferensi terhadap populasi tersebut (Wiersma dan Jurs 2005). Ia boleh digunakan untuk menghuraikan perhubungan antara suatu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain (Chua 2006). Dalam kajian ini, pembolehubah tidak bersandar yang digunakan adalah faktor demografi iaiti lokasi sekolah, jantina, bidang ilmu dan pengalaman mengajar. Manakala pembolehubah bersandar yang digunakan adalah kesediaan guru membentuk pentaksiran, kesediaan membuat persiapan pentaksiran, kesediaan melaksanakan pengajaran berasaskan pentaksiran, dan kesediaan melakukan pentaksiran. Statistik inferensi yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian-t tidak bersandar, analisis varians (ANOVA satu hala), dan korelasi Pearson. a. Analisis Varians (ANOVA satu hala) 3

Menurut Chua (2006), ujian ANOVA mempunyai kelebihan berbanding dengan ujian t dalam perbandingan skor min kerana ujian- t hanya membenarkan perbandingan dua skor min sahaja, namun ujian ANOVA membenarkan perbandingan dua, tiga, lima atau n skor min. Di samping itu, ujian ANOVA juga membenarkan penyelidik untuk membuat analisis ke atas dua atau lebih pembolehubah bebas secara serentak supaya kesan interaksi antara pembolehubahpembolehubah bebas dapat dilihat. Dalam konteks kajian ini, ujian ANOVA satu hala digunakan bagi menguji hipotesis tentang perbezaan skor min kesediaan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan

19

Sekolah (PBS) berdasarkan bidang ilmu dan tempoh guru berkhidmat. Menurut Chua (2006), syarat-syarat untuk ujian ANOVA adalah seperti penggunaan skala pengukuran selang atau nisbah, persampelan rawak dan data populasi bersifat taburan normal. Oleh itu, sebelum analisis ujian ANOVA dijalankan, penyelidik haruslah terlebih dahulu menjalankan ujian bagi menentukan sama ada data populasi memenuhi taburan normal. Taburan skor boleh disemak dengan menggunakan histogram atau graf (Pallant 2007). Di samping itu, pengkaji juga perlu menyemak kehomogenan varians bagi kumpulan pembolehubah bebas yang dikaji dalam pengujian hipotesis. Kehomogenan varian bagi kumpulan pembolehubah bebas yang dikaji adalah berdasarkan ujian Lavene. Jika didapati nilai signifikan ujian Lavene melebihi 0.05 (p>0.05), maka ini bererti syarat kehomogenan varians telah dipatuhi. Sebaliknya jika nilai signifikan kurang daripada 0.05 dalam ujian Lavene, ini bermakna syarat kehomogenan varians tidak dipatuhi. Mengikut Pallant (2007), jika kehomogenan varians tidak dipatuhi, maka jadual Ujian Robust tentang kesamaan min dalam ujian Welsh dan Brown-Forsythe perlu dirujuk. Namun, beliau juga turut mencadangkan penyelidik boleh merendahkan nilai signifikan piawai ujian ANOVA kepada 0.025 atau 0.01 jika syarat kehomogenan ini tidak dipatuhi. Sekiranya analisis ujian ANOVA menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan dari segi skor min, maka penyelidik akan menjalankan analisis statistik kesan saiz. Statistik kesan saiz akan menunjukkan sejauh mana magnitud perbezaan antara dua kumpulan (Pallant.2007). Dalam konteks kajian ini, penyelidik akan menggunakan eta squared untuk mencari kesan saiz dan seterusnya menggunakan Cohens d Eta squared untuk menentukan tahap kesan saiz yang didapati. Tahap magnitud kesan saiz adalah seperti dalam jadual 3.2 Jadual 3.2 Penentuan kesan saiz oleh Cohen (1998) Nilai eta squared 0.01 0.06 0.14 Kesan saiz Kecil Sederhana Besar

20

b.

Korelasi Pearson

Analisis korelasi digunakan untuk menghuraikan kekuatan dan arah linear hubungan antara dua pembolehubah (Pallant 2007). Terdapat beberapa ujian korelasi seperti pekali Pearson Productmoment, pekali Phi, pekali point biserial, pekali Spearman Rho, pekali Biserial, pekali Tetrachoric, pekali Cramer dan Lambda (Chua 2006). Dalam konteks ini, korelasi Pearson Product-moment akan digunakan untuk mengkaji persoalan adakah terdapat perhubungan antara kesediaan guru dalam membina rekabentuk, melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta melakukan penilaian PBS. Sebelum penyelidik menjalankan analisis korelasi pearson, satu scatterplot perlu dihasilkan untuk menentukan sama ada hubungan antara dua pembolehubah yang diuji adalah linear. Di samping itu, scatterplot juga boleh membantu penyelidik untuk memeriksa outliers, taburan data serta arah hubungan pembolehubah-pembolehubah yang dikaji ( Pallant 2007) Sekiranya analisis korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara dua pembolehubah yang diuji, maka penyelidik akan menghitung varians (r2). Varians digunakan untuk melihat sumbangan pembolehubah bebas kepada perubahan pembolehubah bersandar (Chua 2006). Nilai varians boleh dinyatakan dalam bentuk peratus. Formula varians dan kekuatan nilai pekali korelasi yang digunakan oleh penyelidik dalam konteks kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 3.3 Jadual 3.3 Kekuatan nilai pekali korelasi (Alias Baba.1992) Saiz pekali korelasi (r) 0.91 hingga 1.00 atau -0.91 hingga -1.00 0.71 hingga 0.90 atau -0.71 hingga -0.90 0.51 hingga 0.70 atau -0.51 hingga -0.70 0.01 hingga 0.30 atau -0.31 hingga -0.50 Kekuatan Korelasi Sangat Kuat Kuat Sederhana Lemah

21

0.01 hingga 0.30 atau -0.01 hingga -0.03 0.00

Sangat Lemah Tiada korelasi

Rumusan analisis-analisis data yang digunakan adalah seperti dalam jadual 3.4 Jadual 3.4 Rumusan analisis data dalam kajian Objektif Kajian Analisis Data

Mengenalpasti tahap kesediaan guru membina reka bentuk pentaksiran

Min, Peratusan, Interpretasi Skor Min

Mengenalpasti tahap kesediaan guru melakukan persiapan pentaksiran

Min, Peratusan, Interpretasi Skor Min

Mengenalpasti tahap kesediaan guru melaksanakan pengajaran untuk pentaksiran

Min, Peratusan, Interpretasi Skor Min

Mengenalpasti tahap kesediaan guru melakukan penilaian pentaksiran

Min, Peratusan, Interpretasi Skor Min

Mengkaji perbezaan kesediaan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan jantina Mengkaji perbezaan kesediaan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Ujian-t sampel tidak bersandar

Ujian ANOVA 1 hala

22

(PBS) berdasarkan bidang ilmu Mengkaji perbezaan kesediaan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan tempoh guru berkhidmat Mengkaji perbezaan kesediaan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan lokasi sekolah Mengkaji perhubungan antara kesediaan guru dalam membina rekabentuk, melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta melakukan penilaian PBS. Mengenalpasti sama ada terdapat pengaruh kesediaan dalam guru membina reka bentuk, melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta membuat penilaian PBS. Mengenal pasti apakah halangan-halangan dan kekangan yang dihadapi guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains Menggunakan sistem PBS. Korelasi Pearson Productmoment Ujian-t sampel tidak bersandar Ujian ANOVA 1-hala

23

BAB II TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENDAHULUAN 2.2 PEMBELAJARAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI 2.4 KESEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI BERDASARKAN PBS 2.4.1 Kesediaan guru membina rekabentuk PBS 2.4.2 Kesediaan guru melakukan persiapan PBS 2.4.3 Kesediaan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan PBS 2.4.4 Kesediaan guru melaksanakan penilaian berdasarkan PBS 2.5.3 Komponen penilaian PBS 2.5.4 Sasaran penilaian PBS 2.5.5 Model-model penilaian 2.6 Teknik penilaian PBS 2.6.1 Pemerhatian semasa pembelajaran 2.6.2 Latihan diakhir unit pembelajaran dan di akhir tahun 2.6.3 Kerja rumah dan projek 2.7 Hubungan penilaian pentaksiran dengan peningkatan hasil belajar 2.8 Hubungan portfolio guru dengan keberkesanan pentaksiran. 2.9 Rumusan.

You might also like