You are on page 1of 3

MUHAMMAD FAIS BIN ISMAIL

PISMP SN JANUARI 2011

Laporan Lawatan Penanda Arasan Bagi Kursus PJM 3112 : Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Tempat Masa Hari Tarikh : Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin, Penampang : 7.30 am 11.30 am : Khamis : 2 Mei 2013

______________________________________________________________________

Kami telah melaksanakan satu lawatan penanda arasan pengurusan Pendidikan Jasmani dan sukan bagi memenuhi tuntutan kerja kursus kami dalam kursus PJM 3112: Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan yang bertempat di sebuah sekolah yang menjadi pusat sukan bagi negeri Sabah yang banyak melahirkan atlet-atlet bertaraf antarabangsa dan menunjukkan kecemerlangan dalam sukan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin yang bertempat di daerah Penampang. Sebanyak 3 unit yang terbabit dalam menjayakan lawatan ini iaitu PISMP Pengajian Sains, PISMP Pengajian Bahasa Melayu dan PISMP Pengajian Sosial. Sebanyak 2 orang pensyarah Pendidikan Jasmani yang mengiringi lawatan kami iaitu Encik Daniel Hedwig Chew dan Encik Syhibin Bin Japar. Kami berkumpul di hadapan kawasan tempak meletak kenderaan bagi asrama lelaki untuk mengambil kehadiran dan bekalan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak Kafeteria. Kami bertolak dari IPG Kampus Kent pada jam 7.30 am dan tiba ke destinasi pada jam 9.00 am. Hal ini adalah kerana kesesakan lalu lintas yang berpanjangan sepanjang perjalanan ke daerah Penampang menyebabkan kami lewat tiba ke destinasi yang hendak dituju.

MUHAMMAD FAIS BIN ISMAIL

PISMP SN JANUARI 2011

Setibanya kami di sana, kedatangan kami disambut dengan meriah sekali oleh pihak sekolah dan mengiringi kami menuju ke bilik mesyuarat untuk tetamu yang datang membuat lawatan ke sekolah itu. Para pelajar turut membantu guru-guru mereka dan melaksanakan tugas masing-masing. Pengetua sekolah turut mengiringi kami dan mengalu-alukan kedatangan kami. Kami turut diedarkan borang maklum balas terhadap layanan dan sambutan dari pihak sekolah. Tambahan pula, kami turut mengisi nama di dalam buku lawatan yang disediakan di dalam bilik tersebut. Persembahan slaid PowerPoint dimulakan yang dipancarkan dengan LCD yang menerangkan mengenai latar belakang sekolah, sejarah sekolah, pencapaian sekolah dalam akademik mahupun dalam sukan, syarat-syarat kelayakan kemasukan ke sekolah, kriteria-kriteria yang dikehendaki untuk pemilihan atlet sukan dan kemudahankemudahan yang disediakan di sekolah itu. Persembahan slaid yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah itu termasuklah sesi soal jawab itu telah banyak memberikan maklumat penting yang berkaitan dengan kursus kami. Pelbagai soalan diutarakan dari pihak guru pelatih dari IPG Kampus Kent dan telah dijawab oleh pengurus sukan dan juga guru besar sendiri bagi memberikan jawapan terhadap setiap persoalan yang dikemukakan. Selepas sesi persembahan slaid berlangsung, kami diiringi oleh pihak sekolah untuk memantau ke sekeliling kawasan sekolah untuk meninjau kemudahan-kemudahan seperti gimnasium, padang bola, stadium sukan dan kawasan kantin sekolah. Apabila kami tiba ke stadium sukan, kami dapat melihat kemudahan yang serba lengkap dan kami juga turut didedahkan mengenai penjagaan rumput di padang bola berkenaan. Setelah selesai penerangan yang diberikan oleh pengurus sukan itu, kami mengadakan sesi bergambar bersama pihak sekolah yang berlatarkan stadium sukan sekolah itu. Selepas selesai, kami diiringi pula untuk menjamu selera ke kantin sekolah.

MUHAMMAD FAIS BIN ISMAIL

PISMP SN JANUARI 2011

Sememangnya, kami kagum dengan layanan yang diberikan oleh pihak sekolah dari awal setibanya kami datang sehingga kami hendak berangkat pulang. Ternyata, sekolah ini memang layak menjadi pusat sukan yang bertaraf tinggi kerana bakat yang diasah oleh atlet-atlet sekolah dengan kerjasama jurulatih yang mempunyai kepakaran yang tinggi serta kemudahan yang lengkap di sekolah itu menjurus kearah kecemerlangan dalam bidang sukan sehingga mampu mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa. Kami bertolak balik ke IPG Kampus Kent semula lebih kurang pada jam 11.30 am dan kami bersyukur kerana mendapat banyak maklumat yang berguna yang berkaitan dengan kehendak kursus kami ini. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

(AARON JIM JR JAMES) SETIAUSAHA, PISMP SAINS JANUARI 2011, IPG KAMPUS KENT, TUARAN.

You might also like