You are on page 1of 114

2.

0 Nota Resos dalam Matematik dan Pengurusan Grafik

2.1 Bahan Cetakan

10

11

12

13

14

15

Ciri-ciri

Buku Teks

Mudah didapati Murah Bersifat kekal Mudah dirujuk semula Mudah diperbanyak Darjah kesesuaian tinggi Kepelbagaian Dapat menggambarkan sesuatu yang konkrit kepada abstrak Set induksi Perkembangan Penutup sesi pembelajaran Kerja rumah Aktiviti dalam bilik darjah Nota/bahan rujukan

Peranan dalam P&P

Tidak Bergambar Bergambar


Limitasi

Jenis-jenis percetakan

BAHAN CETAKAN

Bahan cetakan yang digunakan dalam P&P

Kurang interaktif Terlalu banyak maklumat Persembahan kurang menarik Elemen sensitif yang perlu tidak diterokai Bahan tambahan yang perlu tidak disertakan Kurang mengikut kesesuaian pelajar

- Sesuatu hasil pemikiran, kajian, penulisan, laporan, pemberitahuan, promosi dll. yang dicetak dan diedar kepada umum

Jurnal/ Artikel Majalah atau terbitan berkala yang diterbitkan oleh badan/pertubuhan professional sebagai edaran kepada ahli dan mengandungi maklumat dan sumbangan relevan terhadap bidang dan aktiviti mereka

Ciri-ciri

Pengintegrasian Jurnal/Artikel dalam P&P - Jurnal boleh diterimapakai pada semua peringkat dalam proses P&P

Jurnal bersifat penemuan baru, belum tersebar luas dan boleh jadi belum disahkan kesahihannya jadi ia sesuai digunakan dalam konteks mengembangkan minda murid

16

2.2 Bahan Bantu Belajar

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

Bahan manipulatif Papan geo

Huraian/kegunaan - Mengenali konsep asas dalam satah geometri

Gambar

BAHAN MANIPULATIF

Blok Dienes/ Blok Asas 10

- Memahami konsep nilai tempat bagi P&P Matematik sekolah rendah - Menyediakan model konkrit untuk membantu murid mengaih daripada peringkat konkrit ke peringkat separa konkrit dan seterusnya ke peringkat abstrak

Rod Cuisenaire

BAHAN BANTU BELAJAR


definisi

Bentuk 2D yang terhasil apabila bungkah 3D dientangkan dengan semua permukaannya terbuka rata

BENTANGAN DAN BUNGKAH

ALAT PENGUKUR
Ukuran masa (jam, kalendar, jadual kelas, program televisyen dll.) Ukuran panjang (kertas jalur, tali, pita pengukur, rod meter, pembaris) Ukuran berat (pemberat dan alat penimbang) Ukuran cecair (sudu, cawan, botol, silinder penyukat)

ALAT MENGIRA
kalkulator Abakus/sempoa Rod Batang kayu

36

2.3 Teknologi dalam Matematik

37

2.3 TEKNOLOGI DALAM MATEMATIK 2.3.1 Perkakasan (hardware) o Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. o Merujuk kepada pelbagai komponen fizikal bagi suatu sistem komputer. o Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device). 2.3.1.1 Komputer Perkakasan komputer boleh diklasifikasikan kepada 5 kategori utama iaitu: Masukan (input) Pemproses Ingatan Keluaran (Output) Storan

Rajah 1: Contoh perkakasan komputer

38

2.3.1.2 Projektor LCD Singkatan bagi Liquid Crystal Display untuk memancar imej lebih besar daripada monitor untuk kegunaan audian secara berkumpulan. Panel LCD disambung terus daripada komputer dan apa sahaja yang muncul pada skrin monitor akan dipancarkan ke skrin besar. Ia juga boleh disambung terus dengan menggunakan peralatan lain seperti perakam video, perakam kamera dan pemain VCD atau DVD.

Rajah 2: Projektor LCD

39

2.3.2 Pakej Perisian (Software) Menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Perisian komputer terbahagi kepada dua, iaitu:

PERISIAN KOMPUTER

PERISIAN SISTEM

PERISIAN APLIKASI

1. Perisian Sistem Mengandungi beberapa jenis perisian yang bekerjasama untuk membantu pengguna komputer menggunakan sistem komputer dengan efektif. Diperlukan oleh komputer untuk mengurus sumbernya. Membenarkan CPU berkomunikasi dengan peralatan Input/Output Merupakan penghubung di antara sistem aplikasi dengan komputer
Sebagai penterjemah bahasa supaya kod perisian aplikasi dapat difahami Contoh: sistem operasi (Windows, Linux)

2. Perisian Aplikasi
Perisian yang direka untuk kegunaan pengguna Contoh : MS Office (Word, Excel, PowerPoint) Perisian freeware, shareware dan sumber terbuka termasuk dalam

kategori ini juga.

40

2.3.2.1

Pakej Pengajaran

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam matapelajaran Matematik boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara melalui: I) Penggunaan perisian-perisian yang sesuai seperti internet, hamparan elektronik (MS Office) II) Aksesori yang terdapat di dalam komputer seperti kalkulator. pengajaran boleh dipelbagaikan melalui tutorial, latih permainan, penyelesaian masalah dan lain-lain lagi. Teknik

tubi, simulasi,

Teknik Pengajaran: 1. Tutorial Guru menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti dalam bentuk persembahan (MS Power Point) untuk menerangkan konsep-konsep asas dalam Matematik seperti fakta asas, peratus, pecahan dan lain-lain lagi. Guru juga boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan. 2. Latih tubi Latihan atau gerak kerja yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Memberi gambaran sejauh mana penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran yang dipelajari. Terdapat banyak perisian-perisian yang dijual di pasaran yang sesuai mengikut objektif pelajaran terkini. Kaedah ini boleh dijalankan secara pengajaran berkumpulan, berpasangan dan individu.

41

Boleh dilakukan di dalam kelas atau dibawa ke rumah sebagai latihan kerja rumah. Murid-murid boleh menggunakan kalkulator yang terdapat pada aksesori bagi menyelesaikan sesuatu pengiraan. 3. Permainan Pengajaran Matematik boleh dilakukan secara kaedah permainan. Guru dapat menarik minat murid. Dengan menggunakan kaedah ini melalui komputer, murid-murid akan merasa lebih seronok dan gembira kerana dilampirkan dengan pelbagai bentuk grafik yang menarik. Objektif pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah tercapai. 4. Penyelesaian Masalah Kaedah pengajaran yang sesuai dalam pelajaran Matematik bagi menguji penguasaan murid-murid dalam kemahiran yang dipelajari. Guru boleh menyediakan pakej pembelajaran yang mengandungi data-data yang perlu diselesaikan oleh murid. Dapat melatih murid-murid membuat analisis masalah. Contohnya, guru menyediakan pemasalahan berbantukan komputer dan murid menyelesaikan masalah tersebut berbantukan komputer samada secara individu ataupun berkumpulan.

42

2.3.2.2 Perisian (software) dan Perisian kursus (courseware) Pengajaran Contoh-contoh Perisian PPBK Di Pasaran i) Fun Math With Arti Level 1/Level 2

Perisian ini dapat memperbaiki kemahiran Matematik dengan cara menyeronokkan dengan penggunaan elemen bunyi dan grafik yang berwarna-warni.

ii)

Counting With Arti

Perisian ini mengandungi kemahiran mengira,menulis, menyesuaikan dan menyusun nombor. Di samping itu, murid-murid juga boleh menambah, menolak dan membuat perbandingan nombor. Di dalam perisian ini juga mengandungi 6 permainan pembelajaran yang menarik.

iii)

Matematik Metalogix1

Perisian ini merupakan satu perisian pembelajaran yang berkesan di mana ia mengandungi pelajaran Matematik dengan nota yang sistematik dan komprehensif. Teknologi multimedia interaktif terkini dapat membentuk pemahaman, menarik minat dan merangsang daya serap mental murid. Ia juga mengandungi permainan yang menarik dan menyeronokkan.

iv)

Cerdas IQ

Melalui perisian ini, ia dapat menolong murid-murid mencapai kecemerlangan dengan menggunakan teknik multimedia. Merupakan perisian Multimedia Educational

Courseware (MEC) yang canggih mengikut sukatan KBSR Malaysia.

43

2.3.2 Internet dan Arahan atas Talian

Mel Elektronik (E-mail)

Perminda han Fail (FTP) Integrasi Internet Dalam Pendidikan

Kumpulan berita dan diskusi

Laman Web (World Wide Web)

Pengkalan data katalog perpustak aan

a) Mel Elektronik (E-mail) Mel eletronik adalah satu perkhidmatan internet yang popular dan memudahkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain. Setiap pesanan yang dihantar akan melibatkan kos yang amat minimum. Pesanan dan pertanyaan boleh ditulis bila-bila masa dan dihantar dari rumah atau pejabat dan akan sampai kepada penerima dalam masa yang singkat. Selain daripada bentuk teks, penghantaran melalui e-mail boleh melibatkan imej grafik dan suara (voice mail). Penghantaran maklumat tersebut boleh dilakukan sama ada dari seorang ke seorang atau dari seorang kepada ramai, yakni sekumpulan penerima secara serentak. Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail.

44

b) Kumpulan Berita Dan Diskusi Di internet, kita boleh membaca atau menyertai perbincangan tentang pelbagai subjek mengikut minat dan cita rasa kita. Kumpulan berita dan diskusi secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan e-mail secara berkesan. Komuniti-komuniti yang terbentuk secara elektronik yang mempunyai minat yang sama membolehkan ahliahli yang menyertai kumpulan diskusi berkongsi pendapat dan membantu di antara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi. Terdapat beribu-ribu kumpulan diskusi yang boleh disertai oleh pendidik mengikut minat mereka. c) Pengkalan Data Katalog Perpustakaan Di Amerika Syarikat , pengkalan data seperti ERIC dan ETS Test Collection adalah merupakan pengkalan data yang paling polular di kalangan pendidik dari semua peringkat. Kita boleh mendapatkan data soal-selidik, artikel-artikel, rancangan pengajaran, ujian, dan lain-lain alat pengukuran dari dua pengkalan data tersebut. Kita juga boleh mengakses katalog dari perpustakaan misalnya perpustakaan Universiti Malaya dan lain-lain universiti luar negara serta mengakses bahan-bahan teks bercetak dari badan kerajaan Amerika. d) Laman Web ( World Wide Web) Rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai halaman web (TMB, 1998, Crumlish, 1996). Halaman web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya. Dengan lebih 50 juta tapak halaman web dan dengan pertumbuhan 10 peratus setiap hari, halaman web merupakan sumber maklumat tak terhingga kandungannya. Para pendidik boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran , dan lain-lain bahan pengajaran pembelajaran seperti maklumat mengenai projek-projek yang boleh dijalankan oleh pelajar , pendidikan keibu-bapaan, dan maklumat kesihatan serta bermacam-macam maklumat lain yang boleh diperolehi dengan mudah dan cepat. e) Permindahan Fail ( FTP ) 45

Menerusi internet, segala fail sama ada dalam bentuk teks, grafik, audio atau video amat mudah untuk dipindahkan dari satu komputer kepada komputer yang lain dengan menggunakan "File Transfer Protocol (FTP)". Segala bahan pembelajaran yang terdapat dalam sesuatu server (di mana-mana institusi pendidikan) boleh dipindahkan ke dalam komputer kita di rumah atau di sekolah tanpa mengalami sebarang perubahan. Pada hari ini, terdapat pelbagai perisian yang boleh dimuat turun (download) sama ada secara percuma ataupun berbayar. Kita juga boleh memuatkan kembali (upload) segala fail ke dalam sesuatu server untuk dipamerkan atau dimanfaatkan oleh orang lain, terutama para pendidik dan pelajar di seluruh dunia. Semuanya menggunakan kemudahan FTP.

46

2.4 Kemudahan dalam Matematik

47

2.4 KEMUDAHAN DALAM MATEMATIK 2.4.1 Kebaikan Makmal Matematik, Taman Matematik dan Sudut Matematik Makmal Matematik Mencambahkan minat terhadap mata pelajaran Matematik. Mengatasi masalah kurang minat dan takut Matematik di kalangan pelajar. Mengatasi masalah kelemahan Matematik di kalangan pelajar. Pendekatan yang sangat menarik, iaitu melalui tiga konsep makmal yang diperkenalkan iaitu makmal lengkap, separuh lengkap dan makmal bergerak. Menggunakan ABM seperti polydron bagi menarik minat pelajar mendekati Matematik Taman Matematik Mesra alam. Murid dapat menghubungkaitkan alam semulajadi dengan konsep Matematik. Menggunakan ruang atau kawasan di sekolah dengan sepenuhnya untuk P&P Matematik. Sebagai satu alat bantu mengajar. Mampu merangsangn minda murid untuk belajar Matematik. Sudut Matematik Memaparkan maklumat-maklumat penting untuk tatapan murid-murid. Maklumat-maklumat baru sentiasa diperbaharui dalam minda murid-murid. Masa khas diperuntukkan untuk berada di sudut bacaan Matematik. Kelas menjadi lebih ceria dengan adanya sudut Matematik yang berwarnawarni.

48

i)

Makmal Matematik

Gambarajah 2.4.1 Terdapat banyak peralatan Matematik dalam Makmal Matematik

49

ii)

Taman Matematik

Gambarajah 2.4.2 Landskap di Taman Matematik menggunakan alam semulajadi sebagai medium konsep Matematik

50

iii)

Sudut Matematik

Gambarajah 2.4.3 Pelbagai info baru diletakkan di sudut Matematik

51

2.5 Pengurusan Resos

52

53

54

55

56

57

58

59

60

61

62

63

Penyimpanan/rekod stok - Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatat dengan lengkap di dalam buku stok rasmi seperti mana yang dikehendaki oleh pihak audit

(a) Inventori: senarai terperinci barangbarang yang terdapat di tempat-tempat tertentu (b) Rekod: kleksi data/maklumat Inventori dan rekod 1. Buku Stok Am-Pembelian/Penerimaan Alat dan Bahan 2. Buku Stok Alat Alat Kekal 3. Buku Stok Bahan Bahan Habis Guna 4. Buku Rekod Pinjaman Alat

Pemantauan & Penyelenggaran

PENGURUSAN RESOS

1. Sistem Pengurusan Bahan Bercetak dan tidak Bercetak di PSS Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Perisian PUSTAKAWAN Peralatan elektronik (projektor LCD, kamera digital dll.) Peminjam perlu ada kad ahli PSS/Automasi 2. Peralatan Urusan peminjaman dibuat melallui Guru Media/Penyelaras Pusat Sumber/Pembantu Pusat Sumber Rekod pinjaman alatan &bahan pada Buku Rekod Pinjaman Bahan/Alatan Bahan/alatan dipulangan pada masa yang ditetapkan 3. Bilik BBM Bahan yang dipinjam perlu direkod (carta, peta, glob, kit dll) Hanya guru dibenarkan meminjam bahan Bahan tidak dibenarkan dibawa keluar sebelum direkod Definisi: langkah-langkah tertentu digunakan bagi memperoleh&memperuntukkan sumber kewangan berasarkan keutamaan tertentu

Perancangan dan Bajet

Bajet

Belanjawan: penyediaan satu pelan kerja yang spesifik dan terperinci untuk mencapai matlamat Pembiayaan: peruntukan sumber-sumber kewangan untuk melaksanakan program-program Pengawalan : penetapan aktiviti dilaksanakan mengikut belanjawan

Kawalan Peruntukan

Definisi: peruntukan diterima, dibelanja, dan diakaunkan mengikut peraturan yang ditetapkan

Perolehan

Runcit Pembelian Melalui Kontrak Pusat Pembelian Terus


Definisi: proses mengumpul, mengelas, merekod dan menginterprasikan urusniaga mengikut standard yang telah ditetapkan

Definisi: memperoleh input yang diperlukan dengan cekap pada kos yang menguntungkan untuk output berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan

Pembayaran

Definisi: apa yang dibayar adalah sahih dan berpatutan serta tidak melebihi wang yang diperuntukkan

64

Perakaunan

3.0 Set Kit Pengajaran dan Pembelajaran

65

3.1 Bahan Bercetak tentang Bentuk & Ruang (2D & 3D) Berserta Abstrak

66

67

68

69

70

71

72

73

74

75

76

77

78

79

80

81

82

83

84

85

3.2 Proses Penghasilan Kit Pengajaran dan Pembelajaran berserta Manual

86

Bagi tugasan ini, kumpulan kami telah membuat keputusan untuk membina satu bahan bantu mengajar (BBM) yang mempunyai dua fungsi dari aspek bentuk 2D dan objek 3D. Bahan bantu mengajar tersebut dihasilkan daripada sekeping kadbod putih yang terdiri daripada Tangram Playground yang menumpukan kepada aspek bentuk 2D di sebelah manakala Geo Dots yang memfokuskan kedua-dua bentuk 2D dan 3D di sebelah yang satu lagi. 3.2.1 Tangram Playground BBM yang mula-mula dibina ialah Tangram Playground. BBM ini seperti set tangram yang lainnya tetapi bagi hasil kerja kami, kami menitikberatkan rupa BBM tersebut dengan memfokuskan kanak-kanak sebagai penggunanya. Set tangram tersebut dihias berwarna-warni dan bersaiz besar sedikit kerana berdasarkan ilmu yang telah kami perolehi dalam subjek Literasi Bahasa sebelum ini, kanak-kanak akan lebih tertarik dengan sesuatu yang berwarna-warni dan besar. 3.2.1.1 Manual Penggunaan 1. Murid dikehendaki untuk menggunakan 7 bentuk tangram yang disediakan untuk membina bentuk-bentuk menarik seperti yang ditunjukkan di dalam gambar yang disediakan dalam sampul surat. 2. Syarat-syarat: kesemua 7 bahagian tangram mesti digunakan untuk membina apaapa bentuk tiada mana-mana 7 bahagian tangram dibenarkan bertindih antara satu sama lain kesemua bahagian tangram boleh diterbalikkan bila perlu

87

3.2.1.2 Sasaran Set Tangram Playground ini berdasarkan saiznya, amat sesuai dengan aktiviti berkumpulan 2 hingga 3 orang murid Tahun 2 (KSSR). 3.2.1.3 Kekuatan BBM ini membantu memperkembangkan lagi keupayaan visualisasi kanak-kanak. Selain itu, ianya membantu kanak-kanak untuk memahami hubungkait bentuk 2D dengan objek nyata. BBM ini juga berhasil untk mendapatkan respon yang segera di mana apabila kanak-kanak mengetahui bentuk yang patut dihasilkan olehnya, dia akan terus menyusun bahagian-bahagian tangram di atas BBM. Di samping itu, kanak-kanak juga semestinya berpeluang untuk meneroka bentuk-bentuk 2D yang wujud dan digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. 3.2.1.4 Kelemahan Penggunaan BBM ini kadang-kala memakan masa kerana teknologi yang rendah. Selain itu, tidak ada respon yang lebih terperinci untuk membantu murid-murid memahami konsep 2D yang diketengahkan.

88

3.2.1.5 Prosedur Penghasilan Tangram Playground LANGKAH 1 Menyediakan bahan DESKRIPSI

Bahan-bahan: kadbod putih, gunting, alat geometrikal, pisau,gam, pensel, gam UHU, pembaris, kadbod hitam dan kertas warna

2 Melukis bahagianbahagian tangram

89

Sediakan sekeping kadbod putih yang berbentuk segi empat sama, berukuran kira-kira 15cm X 15cm. Kemudian, lukis 7 bahagian tangram iaitu dua segitiga sama besar, dua segitiga sama kecil, satu segitiga yang sederhana saiznya, segi empat sama dan parallelogram.

3 Menggunting/memotong bahagian-bahagian tangram

Memtong/menggunting bahagian-bahagian tangram dengan kemas.

4 Membalut bahagianbahagian tangram dengan kertas warna supaya lebih menarik.

90

5 Membina tapak Tangram Playground dan menyediakan satu sampul surat yang mengandungi teka-teki tangram dan manual penggunaan. Menggunakan kadbod putih yang berukuran kira-kira 70 cm X 70 cm. Tapak dihias mengikut kreativiti. Menyediakan satu sampul surat yang mengandungi teka-teki tangram dan manual penggunaan

6 Set tangram Tangram Playground yang telah siap

Bahagian-bahagian tangram yang telah disediakan mula-mula tadi disusun di atas tapak Tangram Playground mengikut bentuk tangram pilihan.

91

3.2.2 Geo Dots BBM ini merupakan BBM kedua yang dibina setelah Tangram Playground. Geo Dots merupakan inovasi daripada Geo Board yang menggunakan paku tekan dan gelang getah di mana gelang getah diregangkan dan disangkutkan pada paku untuk membentuk bentuk-bentuk 2D yang dikehendaki. Bagi BBM ini pula, pakupaku diganti dengan pelekat-pelekat bulatan kecil yang lebih selamat. BBM ini juga dibuat berwarna-warni untuk lebih menarik perhatian kanak-kanak dan mencetus keinginan mereka untuk menggunakan BBM ini. 3.2.2.1 Manual Penggunaan 1. Murid dikehendaki untuk melukis bentuk 2D pada papan Geo Dots dengan menyambungkan titik-titik pada skala yang sesuai. 2. Arahan: Bagi kepingan gambar yang menunjukkan bentuk-bentuk 2D, murid dikehendaki untuk menyebut nama setiap bentuk tersebut dengan betul (dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia) dan melukis semula imej bentuk tersebut ke atas papan Geo Dots dengan menggunakan pen marker non-permanent yang disertakan sekali di dalam kit. Bagi kepingan gambar yang menunjukkan objek-objek 3D, murid dikehendaki untuk menyebut nama setiap objek tersebut dengan betul (dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia) dan melukis bentuk-bentuk 2D yang terdapat pada setiap permukaan objek 3D tersebut. 3.2.2.2 Sasaran Seperti mana dalam Tangram Playground, Geo Dots juga sesuai digunakan dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 2 hingga 3 orang murid Tahun 2 (KSSR).

92

3.2.2.3 Kekuatan BBM ini membantu mencetuskan daya imaginasi yang tinggi kepada murid-murid apabila mereka dikehendaki untuk mengenalpasti bentukbentuk 2D yang terdapat pada satu-satu objek 3D. Selain itu, BBM ini juga membantu murid-murid untuk memahami hubungkait antara bentuk 2D dengan objek 3D. Melalui BBM ini juga murid dapat mengenal bentukbentuk 2D dan objek-objek 3D memandangkan mereka dikehendaki untuk menyebut nama-nama tiap satunya terlebih dahulu sebelum menghasilkan imej dengan menyambungkan titik-titik. Secara tidak langsung, BBM ini juga membantu melatih kemahiran motor halus murid-murid.

3.2.2.4 Kelemahan Secara kasarnya, BBM ini tidak ada kelemahan yang signifikan. Namun begitu, masalah mungkin timbul apabila ada murid yang mempunyai kelemahan dalam berimaginasi dan tidak mempunyai keupayaan dalam menghasilkan visualisasi kendiri. Dalam keadaan seperti itu, BBM ini adalah tidak relevan digunakan.

93

3.2.2.5 Prosedur Penghasilan Geo Dots LANGKAH 1 Menyediakan bahan DESKRIPSI

Bahan-bahan: kadbod putih, gunting, alat geometrikal, pisau,gam, pensel, gam UHU, pembaris, kadbod hitam dan kertas warna, plastik pembalut buku

94

2 Melukis bahagianbahagian tangram

Tapak untuk Geo Dots ialah yang bersebelahan dengan Tangram Playground. Bahagian tersebut dibalut dengan kertas warna berwarna keemas-emasan. Kemudian, pelekat yang berbentuk bulatan kecil dilekatkan di atas pembalut keemasn tersebut dengan jarak dari satu titik ke satu titik adalah sama.

3 Membalut tapak Geo Dots dengan plastik pembalut buku

Setelah pelekat selesai dilekatkan, plastik pembalut buku digunakan untuk membalut tapak Geo Dots supaya dakwat pen marker non-permanent yang digunakan untuk

menconteng di atasnya senang dipadamkan. 5 Menyediakan satu sampul surat yang mengandungi arahan aktiviti dan manual penggunaan.

95

6 Set Geo Dots yang telah siap

Pelbagai jenis bentuk boleh dilukis di atas papan Geo Dots.

96

3.3
Aplikasi Perisian Komputer Dalam Pengajaran & Pembelajaran Konsep Bentuk 2D Dan 3D

97

1. Perisian Flash Player

98

99

2. Perisian Microsoft Powerpoint

100

101

3. Perisian Geometers Sketchpad

102

103

104

4. Perisian Microsoft Word

105

106

4.0 Kesimpulan

107

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dengan mengaplikasikan bahan bantu mengajar yang sesuai agar murid-murid dapat menguasai konsep pengekalan bagi topik 2D dan 3D serta topik matematik sekolah rendah yang lain. Penggunaan bahan bantu mengajar akan meningkatkan lagi tahap penguasaan dan pemahaman murid bagi membandingkan bentuk-bentuk sama ada dari aspek 2D atau 3D. Namun begitu, murid perlu dibimbing agar tidak berlaku salah faham konsep. Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang sedia ada di persekitaran murid contohnya, alat bantu mengajar yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti alatan yang terdapat dirumah. Bahan-bahan untuk pengajaran dan pembelajaran amat mudah diperoleh serta murah. Dengan adanya alat tersebut, murid dapat memahami dengan lebih jelas tentang konsep bentuk dan ruang. Terdapat pelbagai bahan yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk merangsang minda murid. Oleh itu, guru seharusnya lebih kreatif dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat memhami sesuatu konsep dengan lebih jelas. Dengan penggunaan pelbagai BBM juga, guru dapat mengenalpasti tahap pembelajaran murid. BBM boleh membantu mengesan pelajar yang benar-benar lemah dan cerdas dan seterusnya guru boleh mengambil tibdakan yang sewajarnya. Jadi, guru boleh menjadi kreatif dan inovatif dalam membina BBM yang sesuai untuk muridmurid dari pelbagai tahap perkembangan kognitif. Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa penghasilan BBM yang berkesan akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.

108

5.0 Rujukan
BAHAN BUKU Fisher R. & Vince A. (1989). Investigating Maths. United Kingdom: Basil Blackwell Ltd. Guok Soon Leng. (2005). Reference Text Series: Mathematics. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Mohamad Khairuddi bin Yahya, Abdul Razak bin Salleh& Rabiyah binti Fakir Mohd. (2008). Mathematics Year 3. Selangor: Aras Mega Sdn. Bhd. Tucker K. (2005). Mathematics: Through Play in the Early Years. Great Britain: SAGE Publications Ltd. Williams B., Cunningham D. & Lubawy J. (2005). Preschool Math. United States of America: Gryphon House, Inc.

BAHAN INTERNET Murphy A. & Nolan J. (2007). Tangrams: Why are tangrams important and Interesting?. Dipetik pada 15 Mac 2013 daripada tangrams-

jodyandrea.blogspot.com/2007/03/why-are-tangrams-important-and.html Tom Scavo. (1997). Geoboards in the Classroom: Introduction to Activities-Area. Dipetik pada 15 Mac 2013 daripada mathforum.org/trscavo/geoboards/intro3.html

109

6.0 Refleksi Kendiri

110

JACKSON BIN STANIS (920224-12-6035) Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan baru. Lebih-lebih lagi, subjek sumber dalam Matematik ini merupakan subjek yang pertama yang pernah saya ambil ketika ini dan ternyata, subjek ini bukan seperti subjek Matematik yang lainnya yang biasanya melibatkan pengiraan semata-mata. Subjek ini mengkehendaki kami untuk mengkaji mengenai sumber yang terdapat dalam Matematik misalnya, kemudahan-kemudahan atau perisian-perisian yang digunakan untuk mempelajari Matematik. Sebagai contohnya, perisian komputer digunakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah. Sebagai seorang guru Matematik, saya telah mengaplikasikan pelbagai konsep dan kemahiran yang sesuai yang saya perolehi sepanjang kursus ini. Contohnya, saya dan rakan saya telah membina satu kit Matematik. Untuk membina kit Matematik ini memerlukan kekreatifan dan juga daya cipta yang tinggi dan selaras dengan tajuk-tajuk dalam Matematik. Selain itu, saya juga telah dapat memahami tentang bagaimana sumber dalam Matematik diuruskan. Sumber dalam Matematik diuruskan dengan menggunakan sepenuhnya sumber tersebut untuk dijadikan sebagai bahan untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk murid-murid. Terdapat pelbagai jenis sumber boleh didapati dan guru hendaklah menggunakan sepenuhnya sumber tersebut bagi melaksanakan p&p yang berkesan di dalam kelas. Tambahan lagi, kami juga telah dikehendaki untuk mencipta satu sudut Matematik. Oleh hal yang sedemikian, kami telah mencetak pelbagai bahan yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Kami juga telah menggunakan sumber Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Perisian komputer seperti Microsoft Powerpoint, Geometers Sketchpad dan banyak lagi perisian komputer yang lain. Sebagai kesimpulannya, kerja kursus ini sedikit sebanyak telah membantu saya untuk menjadi seorang guru yang bijak menguruskan resos Matematik kelak di samping mampu menghasilkan kit-kit pengajaran Matematik yang berkualiti. 111

SITI AZIRA BINTI JOSE (921202-13-5832)

Sebagai seorang pelajar semester 3 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, saya telah diberikan satu kerja kursus projek untuk subjek Resos dalam Matematik (MTE 3106) bagi memenuhi syarat subjek tersebut. Tugasan ini dijalankan dalam bentuk berkumpulan. Saya berasa berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Jackson Bin Stanis. Saya memilih untuk bekerjasama dengan dia kerana saya tahu tahap komitmen dan cara dia melakukan sesuatu tugas. Bagi tugasan kali ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan sebuah kit pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk pilihan kami iaitu Bentuk dan Ruang: 2D & 3D. Tugasan ini telah memberi banyak pengajaran, pengetahuan dan pengalaman baru bagi saya. Melalui tugasan ini, saya dapat mengasah kemahiran saya dalam menggunakan Geometer Skechtpad (GSP). Walaupun saya telah belajar cara menggunakan GSP, saya dapat membina lakaran yang kreatif dan menarik bagi bentuk 2D untuk tugasan ini. Keadaan ini sekaligus melatih saya dalam menggunakan kemahiran teknologi maklumat(ICT) yang sangat penting terutamanya sebagai seorang bakal guru pada zaman teknologi ini. Hal ini supaya saya tidak ketinggalan dan menjadi seorang bakal guru yang berilmu dalam bidang ICT. Selain itu, saya juga dapat mengasah pemikiran kritis dan kreatif saya melalui tugasan ini. Hal ini penting bagi saya yang merupakan seorang bakal guru kerana saya perlu menilai baik buruk seseuatu perkara sebelum membuat keputusan dan membuat sesuatu perkara yang membosankan menjadi lebih menyeronokkan. Semasa menjalankan tugasan ini, kami perlu mencipta dan membina BBM yang menarik. Kami dikehendaki untuk memikirkan konsep BBM tersebut serta menganalisis kekuatan dan kelemahannya dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi pemahaman murid terhadap topik Matemati yang diajar. Pada akhir Geo Dots perbincangan, kami memutuskan untuk menamakan dua BBM kami masing-masing dengan nama Tangrams Playground dan

112

Di samping itu, saya dapati bahawa saya dapat menambahkan kemahiran berkomunikasi saya setelah menjalani kerja kursus ini. Kemahiran berkomunikasi amat penting terutamanya bagi seorang guru kerana mereka biasanya akan berurusan dengan pelbagai jenis dan ragam manusia semasa menjalankan tugas mereka. Saya berasa kerja kursus ini telah membantu saya membaiki kemahiran komunikasi saya kerana kerja kursus projek ini perlu dijalankan dalam bentuk berkumpulan dan kami perlu bentangkan hasil kerja kami di depan kelas. Apabila melakukan sesuatu perkara secara berkumpulan, memang tidak dapat dinafikan akan berlakunya percanggahan dari segi fahaman dan cara kerja. Oleh itu, kemahiran berkomunikasi perlu ada bagi menangani masalah tersebut. Tidak lupa juga bahawa nilai bekerjasama dan bertolak ansur juga harus ada dalam diri setiap ahli kumpulan supaya sesebuah kerja yang susah dapat dijayakan dengan senangnya. Di samping itu, saya mendapati bahawa kolaborasi dengan pensyarah merupakan aspek yang penting dalam memastikan kelancaran perjalanan kerja kursus. Melalui kolaborasi bersama pensyarah, saya dapat mengetahui kelemahan kelemahan saya dan seterusnya bertindak untuk memperbaiki kelemahankelemahan saya itu dengan membuat penambahbaikan pada BBM yang telah kami bina. Melalui kolaborasi juga, segala keraguan dan persoalan dapat dibincangkan dengan lebih lanjut. Semasa menjalankan kerja kursus ini, banyak keraguan yang kami alami terutama sekali dari segi pengesahan konsep tetapi segala keraguan tersebut terjawab melalui kolaborasi dengan pensyarah. Oleh itu, saya pelajari bahawa pentingnya kolaborasi melalui kerja kursus ini supaya tugasan yang kami sediakan tidak jauh terpesong dan menepati kehendak soalan. Dan yang paling penting ialah, penghasilan BBM haruslah secara kreatif, inovatif dan kritis untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dinamik ke arah pembentukan murid-murid yang proaktif dan berfikiran di luar kotak. BBM yang berkesan menjadikan aktiviti pembelajaran lebih bermakna dan hal ini membantu untuk mencetuskan pemikiran kritis dalam kalanagn murid. Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak perkara sama ada dari segi mental, rohani dan emosi melalui tugasan ini. Saya berasa bersyukur kerana mendapat 113

kerjasama yang baik daripada Jackson Stanis dan pensyarah pembimbing iaitu Encik Mohamed Azli yang tidak jemu membimbing kami di sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini. Saya berharap saya dapat membaiki kelemahan diri dan membina insan guru saya melalui tugasan ini.

114

LAMPIRAN

115

You might also like