You are on page 1of 9

STRUKTUR 1.

Kemahiran Bertutur- satu cara berkomunikasi yg kompleks dan melibatkan proses mental yang mengerakkan alat pertuturan utk mengeluarkan bunyi. -Keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan meklumat, pendapat, perasaan, serta idea yg kritis dan kreatif dgn sebutan dan intonasi yg betul dan sopan. Penekanan kepada penggunaan tatabahasa yg sesuai. 2. peringkat kemahiran membaca: Jawapan 1: [peringkat pengajara bacaan] 1. Kesediaan Membaca Apabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah mengenal pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu membuat ujian atau penilaian untuk menentukan tahap kebolehan membaca dalam kalangan murid berkenaan. Guru harus menyedari bahawa murid yang memasuki tahun satu terdiri daripada murid yang datangnya daripada latar belakang keluarga serta sosioekonomi yang berbeza. Oleh itu, kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan mereka kemungkinan tidak sama. Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar telah memasuki tadika dan boleh membaca dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar bandar, kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya akan menghadapi masalah membaca apabila mereka berada di sekolah. Bagi mengatasi masalah kemahiran membaca, guru hendaklah memberi perhatian kepada dua perkara yang berikut; (a) perasaan murid (b) bahasa murid Guru hendaklah memberikan pengalaman kepada murid supaya mereka bersedia untuk membaca. Oleh itu, peringkat kesediaan murid ini penting bagi mencapai tujuan yang berikut; 1. Untuk memberi peluang kepada murid merapatkan dirinya dengan guru. Ini boleh menimbulkan keyakinan mereka. 2. Supaya dapat menimbulkan kemahiran dan keinginan murid untuk meluaskan lagi pengalamannya yang sedia ada. 3. Untuk membina tabiat gemar membaca dan menghargai apa yang dibaca. 4. Melatih murid supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba mengecamnya. Untuk mencapai tujuan ini langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru ialah: 1. Adakan aktiviti yang melibatkan murid seperti menyanyi, berlakon, bercerita dan sebagainya yang menarik hati. 2. Banyakkan bermain-main dengan murid misalnya berbual-bual, bersoal jawab dengan cara yang tidak formal. 3. Perbendaharaan kata yang difikirkan perlu hendaklah ditambah dari semasa ke semasa secara tidak langsung. 4. Bina asas bahasa murid melalui pertuturan. Beri galakan dan pimpinan yang sepatutnya supaya murid mahu bertutur. Pada peringkat kesediaan ini, guru hendaklah memerhati kesediaan murid sama ada murid telah bersedia untuk membaca atau sebaliknya. Oleh itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian

oleh guru bagi menentukan sama ada murid telah bersedia atau belum ialah dengan menjawab soalan-soalan yang berikut; 1. Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-warna asas serta membezakannya? 2. Bolehkah murid itu faham atau dapat mengikuti percakapan orang lain terutama gurunya 3. Dapatkah dia melihat dengan baik? Kenalkah dia bentuk-bentuk seperti garisan, bulatan dan lain-lain. 4. Dapatkah dia melahirkan perasaan atau fikirannya? 5. Bagaimana dengan kesihatannya? Dapatkah dia belajar dengan baik? 6. Tahukah dia memegang alat baca dan tulis seperti buku, pensel dan sebagainya? 7. Bagaimana dengan latar belakang keluarganya? Beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca 1. Keadaan fizikal

penglihatan pendengaran pertuturan umur jantina

2. Pengalaman dan persekitaran

pendedahan bahan bacaan di rumah

3. Emosi dan motivasi


adakah kanak-kanak menghadapi masalah emosi? adakah kanak-kanak bersikap negatif terhadap buku? adakah kanak-kanak menghadapi masalah sosial? adakah kanak-kanak mempunyai minat tertentu?

4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif


daya kecerdasan kebolehan mental secara keseluruhan adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara perkataan dengan gambar? adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara huruf dengan perkataan?

2. Prabacaan Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini merupakan persediaan awal untuk mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan. Beberapa cara untuk memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi bayi sejak mereka dilahirkan. Antaranya,

Jadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi. Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini adalah selepas memandikan bayi pada waktu pagi dan semasa waktu makan.

Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi. Bayi suka mendengar suara anda semasa menyusu dan ini dapat menanamkan semangat mendengar cerita. Selain daripada bercerita, bayi juga boleh diperdengar lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama.

3. Aktiviti prabacaan Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah ialah; 1. mengenal gambar yang berlainan 2. mengenal bentuk yang berlainan. Pengalaman bayi melakukan aktiviti prabacaan merupakan proses untuk menyediakan seseorang kanak-kanak kepada peringkat pramembaca. Oleh itu, tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk membaca. Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf itu. Pada tahap ini murid perlu didedahkan kepada aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

4. Mekanis Pada peringkat ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang. Tujuan bacaan mekanis ialah; 1. Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. 2. Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat berhenti yang betul. 3. Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul. 4. Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata muridan yang lain. 5. Untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca secara kuat. Pada peringkat bacaan mekanis ini, guru boleh melaksanakan langkah-langkah yang berikut; 1. Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid. 2. Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu. 3. Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru. 4. Guru membaca dan murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan. 5. Guru membimbing murid membaca secara individu dan bergilir-gilir. 6. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka.

Contoh aktiviti Aktiviti yang boleh dijalankan dalam bacaan mekanis ialah bacaan kuat dengan menggunakan kad imbasan yang mengandungi huruf, suku kata, frasa dan ayat. Contoh kad adalah seperti yang di bawah; 1. Kad huruf Kad Huruf 2. Kad Suku Kata Kad Suku Kata 3. Kad Perkataan Kad Perkataan 4. Kad Frasa Kad Frasa 5. Kad Ayat Kad Ayat 5. Membaca dan Memahami Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk; (a) mengumpul maklumat dan makna daripada bahan yang dibaca. (b) Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang bahan yang dibaca. Penguasaan kosa kata boleh membantu murid memahami kandungan dan mesej yang hendak disampaikan melalui bacaan. Tanggungjawab utama guru dalam mengajarkan bacaan dan kefahaman adalah untuk membantu murid menambah dan meluaskan kosa kata. Pengajaran kosa kata seharusnya dapat membantu murid dalam hal yang berikut; 1. Mengaitkan perkataan baru dengan pengalaman sedia ada. Dengan cara ini murid akan dapat memahami makna perkataan baru dengan lebih cepat dan berkesan serta mengekalkan makna perkataan itu dengan lebih lama. 2. Mengkaji perkataan untuk melihat persamaan dsan perbezaannya, meneliti pertalian antara perkataan dan menggunakannya dalam konteks. 3. Membina pengetahuan tentang makna perkataan dengan luas dan rapi. 4. Membina strategi pembelajaran yang berkaitan dengan perkataan dan konsep secara bebas. Ini membolehkan murid berusaha sendiri tanpa sentiasa dibimbing atau dibantu oleh guru. 5. Menggalakkan penglibatan secara aktif. Murid akan memberi tindak balas melalui perbincangan, soal jawab atau menggunakan perkataan dalam ayat. Peringkat membaca dan memahami juga hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan kecenderungan murid. Guru janganlah hanya mementingkan sebuatan suara dan kelancaran sahaja tetapi mestilah juga sekaligus menyediakan soalan-soalan yang mudah untuk kefahaman. Dalam hal ini bacaan senyap hendaklah juga digalakkan supaya murid dapat melatih diri sendiri untuk

menangkap maksud isi muridan yang dibaca. Guru hendaklah memberi perhatian kepada perkaraperkara yang berikut; 1. Memulakan membaca setelah murid dapat membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengecam perkataan, suku kata dan huruf. 2. Banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman murid selepas membaca. 3. Beri murid peluang membaca dan memaham dalam mata muridan lain seperti Sejarah, Geografi, Sains dan sebagainya. 4. Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-prinsip yang betul. 5. Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan kemahiran membaca. Kategori kefahaman bacaan Kefahaman bacaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kefahaman literal, kefahaman inferensi dan kefahaman kritikal. 1. Kefahaman literal

makna perkataan makna ayat huraian isi idea utama urutan idea perbandingan hubungan sebab dan akibat

2. Kefahaman inferensi

membuat kesimpulan mengeluarkan idea utama membuat perbandingan menunjukkan hubungan sebab dan akibat membuat jangkaan memahami dan menghuraikan bahasa kiasan

3. Kefahaman kritikal

membezakan kenyataan daripada fantasi membezakan fakta daripada pendapat menentukan kecenderungan dan gaya bahasa penulis menentukan kecekapan penulis dalam sesuatu bidang menentukan tujuan penulis

Pada peringkat membaca dan memahami, seseorang pembaca perlu menjadi pembaca yang aktif. Konsep pembaca aktif berasaskan interaksi antara sesuatu teks dan seorang pembaca. Kita merupakan pembaca aktif apabila kita membaca untuk kefahaman dan maksud. Hal ini berbeza dengan pembaca hafalan kerana pembaca hafalan hanya membaca untuk mengingati dan mengulang. Mereka tidak berusaha untuk memahami apa yang ditulis.

Kita berkata sesorang membaca dengan aktif kerana sebahagian daripada teks adalah bergantung kepada input pembaca. Misalnya, kita memahami tentang dunia tempat kita tinggal melalui pengetahuan kita mengenainya. Oleh yang demikian, jika kita mempunyai perbendaharaan kata yang lebih untuk menerangkan objek, manusia dan situasi,maka interpretasi kepada apa yang kita baca adalah berbeza, berbanding dengan sesorang yang mempunyai perbendaharaan kata yang terhad. Seterusnya, kita memahami tentang hidup dengan bergantung kepada kecekapan bahasa kita serta pengetahuan kita mengenai dunia. Jika kita tidak biasa dengan sesuatu situasi, kita tidak akan dapat memahaminya. Biasanya, kita cuba memahami sesuatu situasi baru dengan menggambarkan pengalaman masa lampau kita. Kita menggunakan pengetahuan masa lampau kita untuk memahami masa sekarang. Jika situasi itu sama dengan pengalaman masa lampau kita maka kita fikir kita telah tahu mengenainya. Akhirnya kita akan membuat kesimpulan. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesimpulan pertama yang kita buat mungkin salah. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Perbezaan budaya dan beberapa perkara yang bergantung kepada aspek yang diketahui, boleh menyebabkan kita membuat kesimpulan yang salah. Jadi, kita mesti menilai semula atau memikir semula konteks situasi berkenaan.

Jawapan 2: Bacaan Mekanis mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan -batang suku kata -Sebut perkataan Bacaan Mentalis Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. -baca teks dlm hati Bacaan intensif Bacaan intensif adalah bacaan yg pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami n mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. - detect isi penting, kesimpulan, kosa kata dgn bimbingan gru

Bacaan Ekstensif tumpuan kepada aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina n mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. -sme dgn intnsif tp tnpa guru

3. BBM yang sesuai untuk mengajar kemahiran membaca peringkat Kesediaan membaca [uji daya diskriminasi deria Mendirikan asas BBM Rakaman audio, radio, cd, internet, jigsaw puzzle, gambar, rajah. Paparan huruf, kad suku kata, kad gambar, kad perkataan, kad huruf, menyanyi berdasarkan lirik yg guna suku kata yg diajar, perdengarkan bunyi huruf guna radio sebelum minta murid baca huruf di hadapan, powerpoint, tayang gambar dan suruh murid eja, carta suku kata, CD utk ajr huruf, bina perkataan dari huruf dan suku kata yg diberi, silang kata, eja berdasarkan gambar,

4.berikan sebab murid dapat markah yang rendah dlm karangan -tajuk karangan di luar pengalaman sedia ada murid -tiada bahan bantuan seperti gambar untuk menjadi panduan murid membina isi -tidak memahami format karangan yang betul -lemah dalam kemahiran memba dan membina ayat -kelemahan dalam penguasaan tatabahasa -karangan terlalu pendek - Tidak memahami/menghayati kehendak soalan.

-Huraian biasa-biasa. -Ayat biasa/selamat/mudah -Tidak dapat mengembangkan isi. -Pemerengganan lemah (ada yang panjang,ada yang pendek dan huraian isi tidak tersusun)

ESEI 1. Kemahiran yg boleh digunakan guru dlm menyampaikan cerita dgn berkesan Kemahiran Kemahiran menyanyi huraian -Guru menyampaikan cerita dengan menyanyi pada bahagian yang tertentu -Nyanyian tersebut mengandungi kandungan cerita -guru boleh menggunakan alat muzik atau BBM yg menghasilkan muzik dan bunyi-bunyian yg menark -guru membuat gaya berdasarkan lirik yg dinyaynyikan. -guru meminta murid bertepuk tangan sambil guru menyanyi. -Guru bersoal jawab berkenaan isi cerita yang disampaikan -Guru boleh mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid. -Guru membuka soaan kepada semua murid sebelum memanggil beberapa orang murid untuk jawab soaan. -Guru bersoal jawab sama ada di beberapa bahagian cerita atau pada akhir cerita. -Guru juga boleh bertanya kesudahan sambungan cerita pada akhir penyampaian cerita. -guru menghafal cerita yang ingin disampaikan -kemahiran ini mendorong guru menghayati cerita -kemahiran ini membantu guru menyampaikan cerita dengan lancar dan berkesan -cerita yg dihafal mudahkn guru berhenti dan mengabungkan dengan kemahiran lain yg mnrik cerita Guna bahasa baik, tatbahsa mudah, intonansi pelbagai, bhse bdn, mimik muka -bahasa bdn ialah gaya yg menunjukkan sesuatu situasi. -digunakan utk menunjukkan situasi atau pergerakan berdasarkn cerita -mmbntu murid menggmbrkn situasi cerita yg disampaikan -murid dpt hayati dan faham cerita dgn baik -guru boleh menggunakan kemahirn berlakon dlm menyampaikn cerita -guru memakai pakaian mengikut watak dlm cerita -make up juga digunakan dismpingkn menyediakan tempat yg sesuai utk blakon -dialog sesuai dgunakn utk menyaampaikn lakonn dengan bsmgt -pergerkn yg sesuai ditunjukkn utk mengmbrkn situasi cerita tersebut. Penggunaan lcd boleh digunakan utk memaparkan suasana cerita

Kemahiran soal jawab

Kemahiran menghafal

Kemahiran komunikasi

kemahiran berlakon

2. proses kaedah pandang sebut yang boleh digunakan guru Pendekatan seluruh perkataan Fasa 1: Murid diperkenalkan dengan perkataan. Bagaimana harus memulanya? Perkataan apakah yang harus guru gunakan? Empat ( 5 ) alternatif untuk mendapatkan perkataan.

1.

Guru menyuruh murid menamakan benda-benda yang terdapat dalam bilik darjah, seperti meja kerusi papan tulis pintu. 2. Memulakan dengan gambar (Calhoun Picture-Word Inductive Model). Murid melihat benda-benda dalam gambar, dan menyebutnya, misalnya kucing

2.

lembu,pokok, Mula dengan membaca cerita kepada kanak-kanak, kemudian pilih perkataan untuk diajar; (Big Book) Marie Clay, New Zealand method) 4. Murid bercerita. Guru menulis cerita yang diceritakan secara lisan oleh seseorang murid. Kemudian guru mengguna beberapa perkataan dalam cerita itu untuk mengajar murid mengeja dan membacanya. 5. Mengguna tema: eg buah-buahan. Guru bincang dan mengajar murid membaca dan mengeja perkataan seperti betik durian.

Fasa 2: Perkataan dicerakinkan Guru menulis perkataan yang dipilih di papan tulis meja. Murid membaca bersama guru. Guru mencerakin perkataan meja, menjadi suku kata me ja. Murid baca suku kata itu. Guru mencerakin lagi menjadi huruf yang terpisah-pisah: m e j a. Murid mengeja. Murid menyalin perkataan dan huruf.

Fasa 3: Proses yang sama diulang 1. Perkataan baru diperkenal, contohnya cawan . Murid ikut guru menyebut cawan 2. Guru mencerakin perkataan cawan menjadi suku kata ca wan 3. Guru mencerakin lagi menjadi huruf c a w a n. Murid sebut huruf dan salin.

You might also like