You are on page 1of 6

2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA NKRA PENDIDIKAN

LINUS 2.0 (LITERASI BAHASA INGGERIS)

MANUAL AM PENTADBIRAN INSTRUMEN LITERASI 2013 (SARINGAN 1 (BASELINE))

Manual Am Pentadbiran Instrumen Saringan 1, Tahun 1 (2013) Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

1.0

PENGENALAN Satu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Pernyataan NKRA tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk menentukan sama ada NKRA itu dapat dicapai atau tidak. Mekanisme ini juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi standard prestasi Literasi Bahasa Inggeris, supaya diagnosis dapat dijalankan tentang konstruk yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan Instrumen Saringan. Tujuan penghasilan instrumen ini adalah untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia. Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas Literasi Bahasa Inggeris sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan.

2.0

DEFINISI LITERASI (LITERASI BAHASA INGGERIS) a) Able to communicate with peers and adults appropriately b) Able to read and comprehend simple texts and stories c) Able to write a range of texts through a variety of media

2.1

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI BAHASA INGGERIS

Construct 1: Able to identify and distinguish shapes of the letters of the alphabet Construct 2: Able to associate sounds with the letters of the alphabet Construct 3: Able to blend phonemes into recognizable words Construct 4: Able to segment words into phonemes Construct 5: Able to understand and use the language at word level Construct 6: Able to participate in daily conversations using appropriate phrases Construct 7: Able to understand and use the language at phrase level in linear texts
Manual Am Pentadbiran Instrumen Saringan 1, Tahun 1 (2013) Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

Construct 8: Able to understand and use the language at phrase level in non-linear texts Construct 9: Able to read and understand sentences with guidance Construct 10: Able to understand and use the language at sentence level in non-linear texts Construct 11: Able to understand and use the language at paragraph level in linear texts Construct 12: Able to construct sentences with guidance

3.0

FASA PELAKSANAAN Enam saringan LINUS, iaitu: 1) Saringan 1 (Baseline) dan Saringan 2 akan dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 1, tahun 2013. 2) Saringan 3 dan Saringan 4 akan dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 2, 2014. 3) Saringan 5 dan Saringan 6 akan dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 3, 2015.

JADUAL PELAKSANAAN SARINGAN LITERASI BAHASA INGGERIS BAGI TAHUN 2013

AKTIVITI

SARINGAN 1 (BASELINE)

SARINGAN 2

SARINGAN MEMBACA

13 Mei 17 Mei

September / Oktober

SARINGAN MENULIS

20 Mei 24 Mei

September / Oktober

MEMASUKKAN SARINGAN

DATA

27 Mei 7 Jun

Oktober / November

Manual Am Pentadbiran Instrumen Saringan 1, Tahun 1 (2013) Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

4.0

PENTADBIRAN 4.1 4.2 4.3 Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris mengandungi 12 konstruk. Instrumen ini ditadbir oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan. Instrumen Saringan Literasi Membaca ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (tidak melebihi 3 orang murid). Instrumen Saringan Literasi Menulis pula ditadbir secara kelas. Jika kesemua konstruk telah ditaksir, pentaksir boleh kembali mentaksir manamana konstruk yang belum dikuasai oleh murid dalam Saringan Literasi Membaca sahaja. Dicadangkan guru duduk bersebelahan dengan murid ketika pentaksiran Saringan Literasi Membaca dilaksanakan.

4.4 4.5

4.6

5.0

KAEDAH PELAKSANAAN Kedua-dua Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris, iaitu Instrumen Saringan Literasi Membaca dan Instrumen Saringan Literasi Menulis dibina oleh Lembaga Peperiksaan. Instrumen saringan beserta manual pengendaliannya disalurkan melalui Pejabat Pelajaran Daerah dalam bentuk CD. Proses saringan boleh dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung tetapi dalam masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.0

TINDAKAN SUSULAN SELEPAS SARINGAN Selepas Saringan 1 (Baseline), murid yang menguasai kesemua 12 konstruk dianggap telah menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris. Murid ini akan meneruskan pembelajaran di kelas arus perdana. Murid-murid yang tidak menguasai mana-mana 12 konstruk akan meneruskan pembelajaran menggunakan modul Literasi Bahasa Inggeris. Saringan 1 (Baseline) Menguasai kesemua 12 konstruk Tidak menguasai mana-mana 12 konstruk Arus Perdana Program LINUS (LBI)

Manual Am Pentadbiran Instrumen Saringan 1, Tahun 1 (2013) Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

7.0

PROSES PEMANTAUAN Pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia, yang diketuai oleh Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, akan menjalankan pemantauan pelaksanaan proses saringan dan Program LINUS (LBI) di sekolah dari semasa ke semasa.

8.0

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN INSTRUMEN SARINGAN Antara aspek penting yang diketengahkan dalam proses perekaan bentuk saringan ialah: 8.1 Kesahan Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara, iaitu releven dan cakupan. Pereka bentuk instrumen saringan ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum, spesifikasi dan mempunyai kesesuaian ujian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi.

8.2

Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen saringan untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Hal ini untuk memastikan ketetapan instrumen saringan.

8.3

Kebolehlaksanaan Instrumen Saringan Literasi Membaca dan Menulis ini telah mengambil kira semua aspek bagi memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan.

8.4

Penjaminan Kualiti Instrumen saringan ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan sebagai mekanisme bukan sahaja semua 12 konstruk dapat direalisasikan tetapi juga menepati kualiti yang dihasratkan.

Manual Am Pentadbiran Instrumen Saringan 1, Tahun 1 (2013) Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

9.0 BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU 9.1 9.2 9.3 Pentaksir hendaklah melengkapkan Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) dengan nama murid, kelas dan tarikh taksiran dijalankan. Borang Pelaporan Penguasaan Individu mengandungi 12 konstruk. Murid dikatakan menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat menjawab jumlah item minimum yang ditetapkan dalam Saringan Literasi Membaca dan Saringan Literasi Menulis. Pentaksir perlu mencatat penguasaan setiap konstruk pada ruang yang disediakan mengikut respons murid. Tahap penguasaan minimum membaca dan menulis yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti yang berikut:

9.4

Konstruk 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Membaca

Kuasai

3 4 3 4 2 3 2 3 2 3 2 3 3 4 2 3 2 3 3 4 2 3 2 3

Saringan 1 Belum Menulis Kuasai 3 4 3 4 2 3 2 3 2 3 2 3 3 4 2 3 2 3 3 4 2 3 2 3

Kuasai

Belum Kuasai

Penguasaan Saringan 1 Belum Kuasai Kuasai

Manual Am Pentadbiran Instrumen Saringan 1, Tahun 1 (2013) Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

You might also like