You are on page 1of 13

1.

0 Pengenalan

Sebelum meneruskan dengan artikel yang telah dipilih sebagai bahan untuk
membuat ulasan, marilah kita sama-sama mengenali apakah yang dimaksudkan
dengan muzik dan apakah pula yang dimaksudkan dengan terapi muzik.

Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar
pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan
minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan
tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

“ Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku
ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan
ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi
seseorang.”
(http://ms.shvoong.com/huminities/musicology)

Epik India juga telah membuktikan bahawa muzik adalah punca oyang paling
berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi.
Nota muzik yang berbeza juga dikatakan mampu untuk mencipta perubahan
dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi
kepada muzik. Apalagi jika ia dikaitkan dengan manusia yang boleh bertindak
balas dengan muzik pada tahap-tahap tertentu.

Bagaimana pula dengan terapi muzik? Menggunakan muzik sebagai terapi


bukan sesuatu yang baru diperkatakan, sebaliknya ia sudah digunakan dengan
meluas sejak lama dulu. Terapi muzik merupakan satu bidang profesional yang
menggunakan muzik untuk pemulihan, pemuliharaan dan peningkatan taraf
kesihatan mental dan fizikal seseorang. Perubahan dari segi kognitif, sosial dan
emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik muzik tertentu.

1
Seramai 6000 hingga 10 000 orang pakar terapi di seluruh dunia memberi
perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya yang menghadapi
trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, stress, termasuk penyakit kanser dan
AIDS.

Di antara matlamat muzik terapi adalah pemulihan kekuatan fizikal, menyediakan


pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi sokongan emosi kepada
pesakit dan keluarga serta memberi peluang melepaskan perasaan dan
menenangkan fikiran.

Setelah penaksiran klinikal dibuat, pakar terapi muzik akan menjalankan program
terapi muzik yang mungkin melibatkan teknik-teknik seperti mendengar, seleksi
muzik tertentu, bermain alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik lagu, menari
atau melukis dengan muzik.

1.2 Artikel 1

Tajuk Artikel : Music Theraphy for Disabled Children

Penulis : Ashley Bell

Tempat : Brooke Point High School, Stanford, California

1.1.1 Tujuan / Objektif :

Artikel ini ditulis untuk membincangkan bagaimana terapi muzik dapat membantu
kanak-kanak bermasalah pembelajaran membina dan mempertingkatkan skil
asas dalam kehidupan seharian mereka. Artikel ini juga dapat membantu ibu
bapa serta orang awam bagaimana untuk membantu dan memahami kanak-
kanak bermasalah pembelajaran ini dengan terapi muzik.

2
Di dalam artikel ini penulis menyatakan bahawa terapi muzik boleh digunakan
untuk merawat bukan hanya kanak-kanak autisme, tetapi juga kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran syndrom down, masalah pendengaran,
lemah anggota badan dan masalah kerencatan mental.

Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal biasanya sukakan muzik, maka


penulis telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Hasilnya begitu menggalakkan.

1.1.2 Latar belakang kajian:

Sebenarnya artikel ini tidaklah membuat kajian yang sepenuhnya kepada kanak-
kanak bermasalah pembelajaran. Artikel ini ditulis hanya berdasarkan
pemerhatian kepada tiga orang kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan
sekumpulan kanak-kanak yang mengandungi 11 orang kanak-kanak yang
mempunyai kesukaran untuk bercakap.

Tiada pemerhatian yang khusus dan berapa lama pemerhatian dijalankan ke


atas kanak-kanak tersebut. Juga tiada data terpeinci mengenai pemerhatian
yang dilakukan, contohnya dimana, masa dan hasil dapatan penulis semasa
pemerhatian dijalankan.

1.1.3 Kaedah kajian :

Selebihnya artikel ini hanya menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan


terapi muzik, sejarah perkembangan terapi muzik dan bagaimana terapi muzik
digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Tiada
kaedah yang dinyatakan oleh penulis dalam artikel ini, iaitu bermaksud samada
pemerhatian dibuat secara klinikal atau sebaliknya.

3
1.1.4 Dapatan kajian:

Penulis artikel hanya menyatakan bahawa terapi muzik memang sesuai


digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran berdasarkan
daripada artikel-artikel lain, jurnal dan juga kajian yang dilakukan oleh pakar-
pakar terapi muzik

Walaubagaimana pun saya amat bersetuju dengan penulis bahawa terapi muzik
amat berkesan bukan sahaja dengan kanak-kanak normal terapi ia amat
membantu dalam sessi pengajaran dan pembelajaran dengan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran. Satu contoh yang diberikan di dalam artikel ini di
mana seorang kanak-kanak down syndrom bernama Josh Clark berumur lapan
tahun. Josh di rawat oleh seorang pakar terapi muzik iaitu Giannina,
L.Hofmeister-Connoly.

Mereka melakukan latihan berbeza untuk mengenali nombor, huruf dan juga
nama akhir Josh. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk
menolong Josh mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya
iaitu “Twinkle, twinkle, twinkle little star”. Gianna dapati bahawa Josh dengan
mudah mengingati rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam
nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja “Clark”. Di sini,
penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa yang
lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama akhir keluarganya. Mungkin
beberapa minggu atau beberapa bulan.

Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai


berbagai cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak
dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi
muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut.

4
Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan
yang amat menggemari muzik dan nyanyian. Oleh kerana itu, maka peluang
harus diambil oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan muzik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama untuk kanak-
kanak bermasalah pembelajaran. Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan
elemen nyanyian dan bermain alat muzik khususnya untuk menghafal dan
memahami gambarajah.

Bagi murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran, cara nyanyian


didapati amat berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi,
menghafal dan menyebut huruf-huruf dalam nyanyian dengan lebih mudah.
Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid atau kanak-kanak
bermasalah pembelajaran tersebut mengenali, menyebut dan menghafal huruf,
malah aktiviti pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menghiburkan dan
menyeronokkan bukan sahaja murid malahan guru juga.

Ini terbukti apabila kanak-kanak yang menjadi responden di dalam artikel ini
mampu untuk mengingat dan menghafal malah kanak-kanak yang menghadapi
masalah sukar bercakap, akhirnya memberi respon melalui terapi muzik. Ini
dipercayai merupakan hasil daripada aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh
kanak-kanak tersebut dengan bimbingan ahli terapi mereka.

Temu bual dengan ibu bapa responden dan ahli terapi jelas membuktikan
bahawa kaedah nyanyian melalui terapi muzik amat berkesan dan
menyeronokkan kanak-kanak tersebut.

5
2.0 Seni dan Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Bidang pendidikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mendapat perhatian


yang serius daripada pihak kerajaan dan berbagai usaha telah dilakukan untuk
mempastikan kanak-kanak ini mendapat perhatian yang sewajarnya. Kurikulum
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia digubal berasaskan
keupayaan individu berkeperluan khas. Kurikulum ini terdiri daripada empat
bidang iaitu bidang pengurusan hidup, bidang akademik dan berfungsi, bidang
kerohanian dan nilai-nilai murni serta bidang sosial, riadah dan aktiviti. Salah
satu dari bidang ini komponennya adalah pendidikan seni yang terletak di bawah
bidang sosial, riadah dan kreativiti.

Komponen pendidikan seni mempunyai matlamat yang menjurus kepada


memenuhi keperluan perasaan individu. Pendidikan seni dalam kurikulum
pendidikan khas bermasalah pembelajaran bertujuan untuk mengembangkan
potensi kanak-kanak bermasalah pembelajaran supaya mereka dapat
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi. Oleh itu
pengajaran dan pembelajaran seni dapat mengembangkan bakat, kreativiti
kanak-kanak tersebut serta menggalakkan perkembangan sosial mereka
menerusi nilai yang dipelajari.

Kepentingan pendidikan seni dalam pendidikan khas ialah bagi meningkatkan


kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran persepsual-motor dan
kreativiti seni. Seni digunakan sebagai medium meluahkan perasaan dan
ekspresi murid bermasalah pembelajaran. Seni juga secara umumnya
menggalakkan murid meneroka imaginasi, membentuk kecerdasan, meneroka
fungsi simbolik dalam seni dan membina kemahiran penilaian kendiri.

6
2.1 Terapi Seni

“Jangan ambil mudah luahan artistik orang di sekeliling anda. Ia mungkin


menjadi ‘kunci’ kepada sesuatu di dalam diri mereka. Setiap lukisan mempunyai
kaitan psikologi dengan si pelukisnya. “
(20 Oktober 2008 - Fatimi Nadiah Zainudeen)

Lukisan bukan sahaja memiliki seribu makna malah pelukisnya mampu


meluahkan perasaannya. Justeru itu seni lukis sudah lama diiktiraf sabagai salah
satu daripada jenis terapi membantu pesakit yang berhadapan dengan psikotik.

Sebuah lukisan pernah menimbulkan persoalan Paul Jambunathan, pakar


konsultan psikologi klinikal dan pensyarah kanan dalam Sains Tingkahlaku di
Sekolah Perubatan, Pusat Perubatan Sunway, Selangor.

Gambaran seorang yang tidur di katil pada kedudukan terbalik dengan bahagian
kepala diletakkan di hujung dan kaki di kepala katil jauh daripada telahan
literalnya. Setelah ditanyakan kepada pemilik lukisan, nyata ia menyimpan luka
yang dalam.

Menurut Paul (2008) medium lukisan, atau seni, termasuk menghasilkan


skulptur, lagu, skor muzik dan sebagainya, boleh menjadi satu bentuk terapi di
mana seseorang itu dapat meluahkan diri mereka yang sebenar.

Beliau juga mengatakan bahawa, seni dapat membantu menggambarkan


perasaan yang sukar untuk diluahkan dalam bentuk perkataan, kerana bukan
semua orang dapat berkata-kata dan menyampaikan mesej secara lisan dengan
baik. Malah cara ini sebenarnya menggalakkan curahan perasaan menggunakan
pendekatan yang selamat dan diterima ramai.

7
Artikel kedua yang dipilih ialah berkaitan dengan kajian terhadap seorang kanak-
kanak autisme dengan terapi seni. Apakah autisme? Autisme merujuk kepada
kecacatan perkembangan disebabkan gangguan neurologikal yang
mempengaruhi fungsi normal otak. Kanak-kanak yang menghidapi masalah itu
mengalami masalah dari segi komunikasi, interaksi sosial, kecacatan deria, cara
bermain dan kelakuan. Bangsa, keturunan, tahap pendapatan dan pendidikan
ibu bapa, kelas sosial bukan punca autisme. Pakar Fizik terkemuka dalam
sejarah, Albert Einstein dikatakan memiliki ciri autisitk.

Ada 18 simptom pesakit autistik termasuk terlalu aktif atau terlalu pasif, menolak
perubatan rutin, kemahiran motor kasar atau halus yang tidak sekata, gemar
memutar objek, menolak kaedah pendidikan biasa. Mereka juga lazimnya
sayang kepada objek yang tidak sepatutnya, enggan bertentang mata,
berkelakuan pekak atau amat sensitif kepada bunyi, sukar bergaul dan
mengekalkan satu corak permainan untuk masa yang lama.

Simptom lain termasuk enggan bergaul atau mempedulikan orang lain, tiba-tiba
ketawa tanpa sebab, meniru percakapan orang lain seperti burung kakak tua,
tidak takut pada situasi bahaya dan tidak peka pada kesakitan.

Simptom autisme :

Tidak suka bergaul


Tidak peka kepada kesakitan
Tidak suka dipeluk
Berkomunikasi menggunakan gerak syarat atau tangan
Terlalu aktif/pasif
Gemar memutarkan objek
Tidak bertentang mata bila berkomunikasi .

8
Ramai ahli dan pakar terapi mendapati kanak-kanak autisme mempunyai bakat
dalam kerja seni, samada jahitan croshtich atau menggulung kertas untuk dibuat
bakul atau kraf tangan. Cuma perlu peruntukkan masa yang lama untuk
mengajar mereka membuatnya. Kerja yang mereka buat sangat teliti dan kemas.

Seterusnya kita akan membincangkan mengenai artikel 2 yang melibatkan


kanak-kanak autisme dan terapi seni:

2.2 Artikel 2 :

Nama Jurnal : Advocate Third Edition 2001


Tajuk Artikel : Weekeend Outings Provide Creative Outlet
Penulis : Donna J.Betts, M.A., A.T.R
Tahun Terbitan : 2001

2.2.1 Tujuan / Objektif :

Artikle ini ditulis oleh Donna J. Betts seorang Pengarah Seni Terapi di National
Children’s Centre di Washington, Amerika. Ia adalah laporan khas mengenai isu-
isu terapi alternatif untuk merawat kanak-kanak yang menghidapai autisme.
Ramai ibu bapa dan ahli profesional bersetuju bahawa pendidikan awal
intervensi adalah kunci kepada perkembangan dalam kehidupan dan hasil
luahan seseorang yang mengidap autisme.

Artikel ini juga ditulis untuk membantu kita memahami apa yang dikatakan terapi
seni, teori-teori yang digunakan dalam menggunakan terapi ini dan bagaimana
kajian dilakukan. Juga di beri contoh kanak-kanak dan ibu bapa yang terlibat
dalam menggunakan teknik terapi ini.

9
2.2.2 Latar belakang kajian :

Artikel yang di tulis bukanlah merupakan kajian yang sebenar yang dijalankan
oleh Donna J. Betts. Ia hanyalah sebuah laporan khas beliau untuk menunjukkan
bagaimana terapi seni dapat membantu kanak-kanak autisme. Laporan ini hanya
tertumpu kepada seorang remaja yang mengidap autisme. Remaja ini iaitu Tony
Meredith, berumur 18 tahun dan merupakan salah seorang yang mendapatkan
bantuan Donna dalam menghadapi autisme.

Donna menyatakan dalam laporannya bahawa selepas Tony melukis lebih


daripada 30 gambar berkaitan dengan bas awam di dalam sessi terapi seni yang
dilaluinya, dia terfikir mengapa bas-bas tersebut begitu bermakna sekali kepada
Tony. Ibu Tony pernah bercerita sebelumnya bahawa Tony sering menaiki bas
metro iaitu sebuah perkhidmatan bas di bandar Washington setiap hari Sabtu
bersama bapanya.

Walaupun Tony mempunyai masalah kerencatan akal dan kelewatan dalam


percakapan serta tidak pernah menyatakan tentang pengalamannya menaiki
bas, tetapi hasil-hasil seninya menunjukkan bahawa bas yang sering dinaikinya
setiap hari sabtu mempunyai makna yang mendalam dalam kehidupannya.

Menurut Donna lagi, apa yang menarik bagi setiap lukisan bas yang dilukis oleh
Tony, dia akan melabel setiap bas tersebut dengan nombor yang berbeza.
Mungkin menunjukkan sesuatu tentang daya ingatan Tony. Tetapi tidak dapat
dipastikan mengenai nombor-nombor bas yang ditulisnya kerana dia
menghadapi kesukaran untuk bercakap.

10
2.2.3 Kaedah Kajian / Dapatan Kajian :

Tiada kaedah yang dinyatakan didalam laporan ini. Cuma dinyatakan bahawa
Tony mendapat impak positif daripada terapi yang dijalankan. Seperti kanak-
kanak autisme yang lain, komunikasi Tony adalah terhad kerana menghadapi
masalah kesukaran untuk bercakap, dan sikapnya walaupun telah berumur 18
tahun, hasil seninya adalah seperti kanak-kanak berumur antara 7 – 9 tahun.

Donna menyatakan, secara keseluruhannya mod rawatan secara terapi seni


adalah efektif untuk Tony. Dia (Donna) telah cuba berkomunikasi dan membina
hubungan yang baik dengan Tony. Tony juga cuba membangkitkan
keupayaannya melibatkan diri dalam kumpulan kecil terapi seninya. Dari terapi
ini Donna berharap Tony boleh menggunakan seni terapi untuk meninggalkan
dunia tersendirinya walaupun hanya untuk sementara.

Sebagai pakar terapi Tony, Donna amat berharap dapat membantu Tony
berhadapan dengan masalah autistiknya. Katanya (Donna), Tony perlu
merasakan bahawa ada orang lain yang mengakui kewujudannya dengan cara
berkomunikasi dan sama-sama berkongsi dunianya. Walaupun Tony kelihatan
wujud dengan segala karekternya, berbeza daripada orang lain,bertingkah laku
khusus, mempunyai masalah dalam berkomunikasi, Donna merasakan bahawa
dia dapat melihat proses kreatif Tony dan dialu-alukan dalam kehidupan
tersendiri Tony.

Hasil karya seni Tony telah dipamerkan di American Art Theraphy Association
National Client Art, di Washington, Amerika.

11
3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya kedua-dua artikel telah membincangkan beberapa


perkara berkaitan dengan isu dan masalah dalam terapi muzik dan juga terapi
seni. Secara ringkas dapat dijelaskan bahawa kedua-dua terapi tersebut amat
perlu dalam menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah
pembelajaran.

Kerjasama daripada ibu bapa, masyarakat, keluarga, komuniti dan para


profesional amat perlu bagi memberi intevensi yang berkesan kepada kanak-
kanak tersebut supaya perkembangan dalaman kanak-kanak tersebut dapat
dipertingkatkan.

Semua pihak perlu sedar tentang kepentingan terapi ini yang boleh memberi
impak positif terutamanya terhadap perkembangan efektif dan kognitif dalam
kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Dengan demikian negara
akan dapat melahirkan masyarakat berkeperluan khas yang berimiginatif, kreatif,
berpengetahuan dan berdikari.

12
RUJUKAN :

Ashleigh Bell. (2003). Music theraphy for disabled children. Dimuat turun pada 2
mac 2009.
http://www.nshss.org/Academic_Paper_Awards/Bell.pdf

Boon, R. (2003). Learning Disabilities. Dimuat turun pada 5 Mac 2009, daripada
http://home.iprimus/rboon/LearningDisabilities.htm

Osman Hashim. (2007). Ke arah peningkatan pengajaran dan pembelajaran


pendidikan seni dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Dimuat turun pada 5 Mac 2009.
http://myais.fsktm.um.edu.my/4794/1/3.pdf

http://gabunganpelukis.blogspot.com/2008/10/terapi-seni.html

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20081123131448/Ar
ticle/index_html

http://www.personal.psu.edu/sma5008/Scholarly Work.htm

13

You might also like