You are on page 1of 23

1.

0 Pengenalan

Tatabahasa ialah satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa
dan ayat. Urutannya seperti ini :

- Perkataan bergabung membentuk frasa, frasa bergabung membentuk ayat


- Dua atau lebih ayat membentuk satu ayat majmuk. Ayat-ayat dalam ayat
majmuk dikenali sebagai klausa (klausa juga dikenali sebagai ayat kecil)

Pengetahuan tatabahasa membantu pengguna bahasa membuat ungkapan


yang lebih kompleks, dengan canggih dan betul.

1.1 Morfologi

Dua bidang penting dalam tatabahasa bahasa Melayu iaitu morfologi dan
sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan
golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang
(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa
unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses
menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan
anggota lain dalam golongan kata yang sama. Aspek morfologi yang diberikan
tumpuan ialah:

i. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi:


- kata asli bahasa Melayu
- kata pinjaman bahasa Melayu
ii. Bentuk kata terdiri daripada:
- kata tunggal
- kata terbitan
- kata majmuk
- kata ganda

1
Manakala proses pembentukan kata bahasa Melayu meliputi:
- pengimbuhan
- penggandaan
- pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan di atas, yang amat kompleks ialah


pengimbuhan. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan pada aspek
penggunaan imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna, termasuk aspek
baru dalam proses pengimbuhan.

iii. Golongan kata terdiri daripada:


- kata nama
- kata ker ja
- kata adjektif
- kata tugas

Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah
morfem. Morfem dan kata berbeza dari segi fungsi dan konsep.

Morfem

Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak
boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-
kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Contoh :

‘berpeluh’  2 morfem : ber+peluh

‘berkakikan”  3 morfem : ber+kaki+kan


‘saya’  1 morfem : saya

2
Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada
mi dan num

Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan
minum. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya
wujud bersama-sama morfem lain). Contoh :
- Morfem bebas – ‘saya’
- Morfem terikat – ‘ber’ dan ‘kan’, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi
membentuk perkataan seperti ‘berkakikan’

Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi
makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa.
Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya
ialah kerusi, dapur dan meja.

Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada
morfem yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua
perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa
perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu
perkataan.

3
Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut:

Morfem bebas
Morfem terikat

Morfem bebas Morfem terikat/imbuhan


1. Dapat berdiri sendiri, misalnya, 1. Bentuk imbuhan, misalnya,
minum, cuti, sekolah, periksa mem, per, kan, ber

2. mempunyai makna sendiri 2. Tidak mempunyai makna, tapi


mempunyai fungsi tatabahasa
atau nahu. Boleh mengubah
makna sesuatu kata, dan
seterusnya makna ayat.

Morfem terikat/imbuhan pula boleh dibahagikan seperti berikut:

Morfem terikat/imbuhan
Awalan - ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya, membaca,
menghafal.
Akhiran - ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar
Sisipan - diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar - misalnya, telapak (tapak).

Apitan - ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya,
imbuhan per……..an, permainan.

4
1.2 Sintaksis

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan
atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum
atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis
yang diberikan tumpuan ialah:
i. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan pembinaannya,
serta pembahagian subjek dan predikat
ii. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan
iii. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif
iv. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang
v. Binaan ayat:
- ayat dasar
- ayat tunggal
- ayat terbitan atau majmuk

vi. Proses penerbitan ayat:


- konsep ayat terbitan
- proses pengguguran
- proses penyusunan semula

5
- proses peluasan
vii. Aspek tanda baca

2.0 Aspek Morfologi

2.1 Jenis-jenis kata

Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata


terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.

2.1.1 Kata Tunggal

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk
kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain.
Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk
diperluaskan dengan bentuk terbitan.

Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.
Contoh:
satu suku kata – am, dan, roh, skru
dua suku kata – itu, ubi, aku

Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada


tiga jenis:

6
a) Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai
satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol
b) Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan
sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas
nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk
c) Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan
beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-
bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.
Contoh :
berdikari – berdiri di atas kaki sendiri
komuter – keretapi berkomputer
kugiran – kumpulan gitar rancak
pawagam – panggung wayang gambar

2.1.2 Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat
atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan
iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan
empat bentuk kata terbitan :
a) Kata Terbitan Berawalan
b) Kata Terbitan Berakhiran
c) Kata Terbitan Berapitan
d) Kata Terbitan Bersisipan

Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang
menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dapat dibahagikan pada
empat jenis :
a) imbuhan awalan
- unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar.
Contoh : imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’  ber+sukan

7
b) imbuhan akhiran
- unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar
Contoh : imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’  makan+an
imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’  kembali+kan

c) imbuhan apitan
- imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian
imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan
Contoh : imbuhan ‘men…..kan’ dalam ‘mendebarkan’  men+debar+kan
imbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’ pen+didik+an

d) imbuhan sisipan
- unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi
produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak
lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan
Contoh : imbuhan ‘…er…’ dalam ‘keruping’
imbuhan ‘…el…’ dalam ‘telunjuk’

2.1.3 Kata Terbitan Berawalan

Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja
terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : pelari, perakus ( imbuhan ‘pe’)


pembawa, pembuat (‘pem’)
suprakelas, supranasional (‘supra’)

b) Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa (‘me’)


berjalan, berganti, berserta (‘ber’)

8
c) Kata Adjektif : terbesar, tercantik (‘ter’)
secerah, setebal, senipis (‘se’)

2.1.4 Kata Terbitan Berakhiran

Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja
terbitan sahaja. Contoh :

a) Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan (‘-an’)


sasterawan, angkasawan (‘-wan’)
budiman, seniman (‘-man’)
peragawati, seniwati (‘-wati’)
nasionalisme, patriotisme (‘-isme’)

b) Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan (‘-kan’)


duduki, turuti, berkati (‘-i’)

2.1.5 Kata Terbitan Berapitan

Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja
terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : pelaksanaan, perasaan (‘pe…an’)


kelainan, kedukaan (‘ke…an’)

b) Kata Kerja : memainkan, melukakan (‘me…kan’)


beralaskan, berlaukan (‘ber…kan’)
diyakini, disirami (‘di…i’)
dipergunakan (‘diper…kan’)
memperdagangkan (‘memper…kan’)
keselesaan (‘ke…an’)

9
c) Kata Adjektif : kemelayuan (‘ke…an’)

2.1.6 Kata Terbitan Bersisipan

Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata
terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan
sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam
perkataan –perkataan lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata
terbitan bersisipan dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata adjektif
terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : kelingking, telunjuk (‘..el..’)


keruping, seruling (‘..er..’)

b) Kata Adjektif : kelebak, selerak (‘..el..’)


gemilang, semerbak (‘..em..’)

2.1.7 Kata Majmuk

Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata
dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa
makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah,
melainkan kata majmuk yang telah mantap.

Kata majmuk terbahagai kepada tiga :

a) Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji,


kebolehubahan

b) Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani, bertanggungjawab,


memberitahu

10
c) Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita

d) Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana

Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok:

a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.


Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam
kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti
perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya.

b) Kata majmuk berbentuk istilah khusus.


Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta
tangan.

c) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.


Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih.

Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:

a) dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh :


duka + cita = dukacita
jawatan + kuasa = jawatankuasa

b) perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan.


Contohnya walaupun dan adalah.

11
c) dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan,
sebaliknya kekal sebagai dua perkataan. Contohnya uji bakat, ulang tayang,
temu janji, hak milik.

d) dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan


imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh :
pindah milik  dipindahmilikkan
tukar ganti  ditukargantikan

e) kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak
dicantum. Contoh :
campur aduk  bercampur aduk
temu bual  ditemu bual

Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya sudah dianggap


mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut
ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja
sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera,
jawatankuasa, setiausaha.

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata


sahaja, contohnya alat-alat tulis, balai-balai raya. Penggandaan yang melibatkan
bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya setiausaha-
setiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.

2.1.8 Kata Ganda

12
Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut
diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan
imbuhan atau tanpa imbuhan.

Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana


suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang.

Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau
mengikuti dasarnya.

Terdapat tiga jenis kata ganda :

a) Penggandaan penuh
- proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh
boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan
kata sifat jua boleh digandakan. Contohnya pulau-pulau, cantik-cantik,
anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga
boleh digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih.

b) Penggandaan separa
- proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh
merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh
berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Contohnya kekura,
pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.

c) Penggandaan berentak
- proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu
dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar
digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.

13
- Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

i) Penggandaan berentak pengulangan vokal - penggandaan yang


mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu,
iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya sayur-mayur,
selok-belok, hina-dina

ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan - iaitu


penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-
bunyi konsonan tertentu. Contohnya gunung-ganang, batu-batan,
mandi-manda.

iii) Penggandaan berentak bebas - iaitu penggandaan yang tidak


mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.
Contohnya susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.

Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata.

a) gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. Contohnya


meja-meja, bukit-bukau
b) gandaan sebagai penanda nama haiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan
kupu-kupu
c) gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula
d) gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuih-
muih.
e) Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa.

3.0 RAGAM AYAT

Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan pasif.

14
3.1 Ayat aktif
Ayat aktif mengandungi kata kerja aktif yang mengutamakan subjek asal sebagai
judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif
dan ayat aktif tak transitif.

Ayat aktif transitif mengandungi kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh frasa
nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Kata
kerja transitif mempunyai dua bentuk : yang pertama tidak menerima imbuhan
( seperti makan, minum) dan yang kedua menerima imbuhan ‘men-‘ ( seperti
memanggil, melanda)

Contoh :
- frasa nama sebagai objek:
Guru disiplin memanggil pelajar itu.
Banjir kilat melanda Kuala Lumpur.

- ayat komplemen sebagai


Pengawas memberitahu bahawa pelajar itu sudah pulang.
Pengetua mengumumkan bahawa kawasan sekolah perlu dibersihkan setiap
hari.

3.2 Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang dibina dengan mengutamakan objek asal sebagai
pokok atau bahagian yang diterangkan. Ayat ini mempunyai kata kerja yang
ditandai oleh penanda pasif seperti imbuhan ‘di-‘, ‘ter-‘, ‘ber-‘ serta ‘ke-‘dan ‘-an’.
Contoh :
Kain itu belum berlipat
Penjenayah itu ditangkap oleh polis.
- bagi ayat pasif yang berkata kerja pasif ‘di-‘, kata sendi ‘oleh’ dan frasa nama
yang berkedudukan selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa merosakkan
makna struktur ayat

15
Contoh : Penjenayah itu ditangkap polis malam tadi.
Namun jika binaan ‘oleh’ dan frasa nama itu terletak jauh daripada kata kerja,
maka ‘oleh’ tidak boleh digugurkan.

Bagi ayat pasif dengan kata ganti diri orang pertama dan kedua, jenis kata ganti
nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Ini kerana kata ganti nama diri
pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif ‘di-‘.
Contoh : Buku itu jangan sekali-kali kau baca lagi.

Ayat pasif dengan kata bantu pasif ‘kena’ pula mempunyai perkataan ‘kena’ di
hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
Contoh : Pengedar dadah itu kena tangkap.

4.0 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Minggu : Minggu Keenam (6)


Tarikh : 10 Februari 2009

16
Tingkatan : 5C
Tajuk : Kata Majmuk
Objektif : Pada akhir pelajaran, para pelajar diharapkan dapat:
1. Mengetahui definisi kata majmuk.
2. Menyatakan jenis-jenis kata majmuk dan memberikan contoh bagi
setiap jenisnya.
3. Mengetahui tentang pembentukan kata majmuk yang mengandungi
kata adjektif tunggal, kata adjektif terbitan, kata adjektif majmuk,
dan kata adjektif ganda.
4. Menyenaraikan contoh-contoh kata majmuk dari keratan akhbar
dengan betul secara bertulis.
5. Menjawab 8 daripada 10 soalan kata majmuk dengan betul di
dalam lembaran kerja.

HPU : 7.0
HPK : 7.1 7.3
HHP : Aras 1 (ii) Aras 1 (iii)
Aras 2 (iii) Aras 2 (iii)

Aktiviti :
 Guru menjelaskan tentang kata majmuk dan pecahan-pecahan kata
majmuk .
 Guru mengemukakan soalan ringkas bercorak kritis kepada para pelajar
untuk dijawab secara lisan (menggunakan ayat sendiri).
 Komentar akan diajukan oleh guru terhadap setiap jawapan yang
diberikan oleh pelajar.
 Para pelajar akan menyenaraikan beberapa contoh kata majmuk di atas
kertas mahjong dan pembentangan kumpulan akan dijalankan.

KBT : Kontekstual
: Kecerdasan Pelbagai

17
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan menyeronokkan
kerana para pelajar gemarkan penyelitan unsur komedi dan jenaka di samping
penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk keratan akhbar dan persembahan
power point.

Rancangan Harian

Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti murid / aktiviti Catatan


guru
Masa
Set Keratan akhbar : • Guru • Kecerdasan
Induksi
• Sayang- memaparkan pelbagai
(5 minit) menyayangi keratan akhbar • Interpersonal
• Tolong- menggunakan Nilai
menolong power point.
• Jujur • Murid diminta Patriotisme

• Ikhlas melihat paparan


slaid secara aktif
• Bertanggu
• Guru bersoal
ngjawab
jawab dengan
murid mengenai
isi penting yang
terdapat dalam
keratan akhbar
yang dipaparkan.
Langkah 1 Aktiviti 1 Kontekstual
• Murid diminta Kecedasan
(10 minit) Paparan power point :
membentuk Pelbagai
• Definisi kata
kepada beberapa • Interpersonal
majmuk
• Contoh kata kumpulan kecil.
majmuk • Guru

18
bercantum memaparkan
dengan partikel
slaid power point
pun
• Contoh kata mengenai kata
majmuk yang majmuk.
mantap
penggunaannya • Guru
dan dieja
menerangkan
bercantum
• Contoh kata mengenai definisi
majmuk yang kata majmuk
dieja terpisah
menggunakan
slaid power point
dan bersoal
jawab dengan
murid.

Aktiviti 3
• Guru
menunjukkan
contoh-contoh
kata majmuk
dengan paparan
slaid power point
Langkah 2 Aktiviti 1 Nilai:
• Guru • Patriotisme
( 15 minit) Keratan akhbar :
mengedarkan
• Kata majmuk
keratan akhbar. Belajar cara
dengan partikel
pun Guru membaca belajar
• Kata majmuk keratan akhbar • Mencatat nota
yang telah
mantap tersebut terlebih • Mencirikan
penggunaan dahulu.

• Kata majmuk • Murid membaca


yang dieja bersama-sama
terpisah

19
guru.

Aktiviti 2
• Murid diminta
menyenaraikan
beberapa kata
nama majmuk
yang terdapat
dalam keratan
akhbar di atas
kertas mahjong
yang diberi.
Aktiviti 3
• Semua kumpulan
hendaklah
memaparkan
hasilan kumpulan
masing-masing di
hadapan kelas.
Langkah 3 Aktiviti 1 Belajar Cara
• Guru dan murid Belajar
(15 minit) Hasilan perbincangan
kumpulan : membincangkan • Membuat

Pembentangan mengenai hasilan rujukan


setiap kumpulan Kecerdasan
secara lisan. Pelbagai:
• Interpersonal
Langkah 4 Aktiviti 1 Kecerdasan
(15 minit) • .Guru Pelbagai
Lembaran kerja :
mengedarkan • Interpersonal
• Isi tempat kosong
lembaran kerja • Intrapersonal
berdasarkan kata
berkaitan kata
majmuk yang

20
majmuk.
diberi.
• Murid diminta
untuk menjawab
soalan-soalan di
dalam lembaran
kerja.
• Perbincangan
mengenai
lembaran kerja
yang telah di
jawab oleh murid.

5.0 LATIHAN :

1. Mereka berangkat ke Amerika Syarikat dengan _________________

(kereta, kapal, layar) terbang dari Singapura pagi semalam.

2. Pegawai pertanian itu menasihatkan mereka menggunakan baja ______

21
(tanah, pasir, bata) bagi menyuburkan tanamannya.

3. Mesir memberi __________ (fikiran, amaran, kata) dua kepada Israel


supaya meninggalkan Semenanjung Gaza.
4. Semua (maha, warga, para) siswa yang mendaftar dikehendaki menyertai
program orientasi.
5. ___________ (rakyat, marhaen, warga) negara yang bertanggungjawab
sentiasa taat terhadap hukum dan undang-undang negaranya.
6. Sultan itu tidak mahu melantik ________________ (putera, puteri, raja)
untuk menggantikannya.
7. ____________ (lebuh, jalan, lorong) raya timur barat yang dibina dari
Kelantan ke Kedah memakan masa bertahun-tahun sebelum disiapkan.
8. Pulau Pinang dan Melaka mesti melantik ________________ (ketua,
perdana, datuk) menteri masing-masing.
9. Mamalia mempunyai ________________ (tulang, batang, urat) belakang
sebagai pusat sistem sarafnya.
10. Semua anggota yang baru perlu berangkat ke __________________
(padang, lorong, jalan) tembak untuk latihan menembak.

RUJUKAN :

1. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi ( Siri pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu. Batu Caves : PTS Publications &


Distributors Sdn. Bhd.

22
2. Ali Mahmood. Dr (2008). HMBL2103 Pembelajaran morfo sintaksis

Bahasa Melayu. Seri Kembangan : Open University Malaysia.

3. Arbak Othman. (1985). Mengajar tatabahasa. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

4. Arbak Othman. (2000). Pengajaran nahu Bahasa Melayu. Serdang :

Penerbit Universiti Putra Malaysia.

5. Nik Safiah Karim. (1989). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

6. Sulaiman Masri. (2006). Tatabahasa melayu. Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

23

You might also like