You are on page 1of 24

Di sampaikan Oleh: Cikgu Ramlee Pertubuhan Ikram Bandaraya Johor Bahru

Nabi s.a.w bersabda: Tiada akan lurus keimanan seorang hamba sehingga lurus pula hatinya, dan tiada akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.

Berkata Muaz bin Jabal kepada Rasulullah s.a.w: Apakah kita akan dihisab juga atas apa yang kita katakan, wahai Rasulullah?, Rasulullah s.a.w menjawab: Wahai Muaz! Tidakkah engkau ketahui bahawa manusia itu akan ditelungkupkan menerusi hidung-hidung mereka disebabkan hasil tuaian lidah-lidah mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w : Barang siapa yang memelihara lidahnya, Allah akan menutup kecelaanya. Barang siapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya dari siksaNya. Dan barang siapa yanga menyatakan keuzurannya kepada Allah, Allah akan menerima uzurnya. Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun berdiam saja. Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik. Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaitan.

1. Berkata Yang Tidak Perlu


2. Mengambil tahu tepi kain orang 3. Melibatkan diri dalam kebatilan 4. Berbantah-bantah dan bertengkar 5. Pertelingkahan 6. Meniru percakapan yang indah-indah 7. Berkata kotor, memaki dan lidah yang cabul 8. Melaknat 9. Bernyani dan bersyair 10. Bersenda gurau

11. Menghina atau mengejek


12. Membocorkan rahsia 13. Janji bohong 14. Berdusta dalam tutur kata dan sumpah 15. MENGUMPAT(GHIBAH) 16. Mengadu domba 17. Percakapan dua mata 18. Memuji 19. Menjaga diri dari kesalahankesalahan yang merbahaya 20. Pertanyaan yang pelik-pelik

MENSIA-SIAKAN MODALNYA
Rasulullah
antara

s.a.w bersabda:

kebagusan Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tiada sangkutpaut dengan dirinya.

Menghabiskan

masa pada perkara yang tidak mendatangkan faedah atau mendatangkan pahala diakhirat!!

Fudhul- berlebih lebihan dari kadar yang perlu

Berkata

Atha: orang-orang mulia sebelum kamu sangat membenci berlebih-lebihan dalam tutur kata. Mereka menganggap semua kata-kata itu adalah fudhul jika selain dari kitabullah, sunnah Rasulullah, atau suruhan berbuat kebajikan, cegahan dari berbuat kemungkaran atau berkata sesuatu yang perlu dalam kehidupanmu yang tidak boleh tidak kamu mesti lakukan. Apakah kamu mengingkari adanya Malaikat penjaga Kiraman Katibin, berada di kanan dan kiri tugasnya mencatit semuanya

Berbual-bual berkaitan maksiat

Berbual-bual berkaitan maksiat seperti hal berlainan jantina, duduk bersama orang fasik, bercerita tentang kesombongan orang yang takabbur dan rancangan mereka yang terkeji serta tingkahlaku mereka yang buruk. Rasulullah s.a.w bersabda: sebesar-besar dosa seseorang di hari kiamat ialah orang yang banyak melibatkan diri dalam perkara kebatilan Firman Allah: Jangan kamu sekalian duduk bersamasama mereka sehingga mereka mula dengan perbicaraan yang lain, kalau tidak tentulah kamu sekalian serupa dengan mereka

Perasaan besar diri- suka menunjuk keutamaan/kelebihan diri

Rasulullah

s.a.w bersabda: Tiada akan sempurna hakikat keimanan seseorang, sehingga ia meninggalkan berbantah-bantahan, sekalipun yang diperbantahkan itu ialah kebenaran. Punca:
mengalahkan hujah orang lain, menunjukkan kelemahannya sehingga ia tidak sanggup menjawab, hendak meninggikan diri dengan menunjukkan banyaknya ilmu atau keutamaan, manakala ia menyerang orang lain kerana hendak menunjukkan kekurangan dan kecetekan pengetahuan lawannya

Permusuhan punca dari segala kejahatan begitu juga sikap suka berbantah-bantah dan bertengkar

Sifat

yang terkeji Disebabkan pertengkaran dan berbantahbantah mengakibatkan permusuhan Tujuan untuk memperoleh harta benda dunia ataupun sesuatu hak yang tertentu. Rasulullah s.a.w bersabda: sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah adalah orang yang paling degil dan suka bertelingkah Sehingga dalam solat diganggu pemikiran mencari hujah untuk mengalahkan lawannya.

Bercakap

fasih yang dibuat-buat dan memaksa diri berkata-kata dengan bersajak atau meniru cara orang lain bercakap. Disampaikan secara berbunga-bunga yang tidak perlu

Rasulullah

s.a.w bersabda: bukanlah seorang mumin itu yang jadi pencaci, pelaknat, bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut kata-kata yang hina. Sabdanya lagi: sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bercakap kotor, berlaku cabul, suka berteriakteriak dalam pasar. Untuk menunjukkan tanda tidak senang kepada orang yang dilemparkan katakata tersebut.

Rasulullah

s.a.w bersabda: Seberatberat dosa besar ialah bila seseorang itu memaki-maki kedua-dua ibu bapanya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah seseorang itu akan memaki-maki kedua ibu bapanya? Jawab Rasulullah s.a.w: bila seseorang memakimaki bapa orang lain, maka orang itu akan membalas dengan memaki bapanya pula.

Sabda

Rasulullah s.a.w: seorang Mumin yang sejati, bukanlah orang yang suka melaknat Pengertian laknat: tersingkir dan terjauh dari rahmat Allah Taala. Termasuk melaknat binatang atau benda yang mati (kaku)

Yang

dilarang adalah yang mengandungi bahan-bahan tercela seperti


perkataan yang diharamkan dan mengajak melakukan yang haram Memuja-muja muda orang tertentu Mengejek Menyerupai kaum wanita Menaikkan semangat untuk melakukan kejahatan Menggalakkan pergaulan bebas

Dilarang apabila: Apabila kerap dan keterlaluan Menimbulkan terlalu banyak ketawa

Hukumnya Haram

Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman, jaganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, sebab mungkin sekali mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina.. al-Hujurat: 11

Memandang rendah atau menjatuhkan taraf orang lain, ataupun mendedahkan segala keaiban dan kekurangan mereka dengan tujuan menjadikan bahan ketawa. Mengakibatkan orang yang ditertawa itu tidak senang dan marah, tetapi jika dia suka ia akan menjadi senda gurau yang keterlaluan

Memecahkan

rahsia orang lain dikira suatu pengkhianatan Mengkhianati akan menimbulkan kemarahan, bahaya atau mudharat haram hukumnya.

Tanda-tanda

adanya sifat nifaq pada seseorang itu; Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga perkara barang siapa yang berada didalamnya maka ia dicap munafik, sekalipun ia puasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang muslim, iaitu: Bila berbicara ia bohong, bila berjanji ia mungkiri, dan bila menerima amanah ia khianati

Rasulullah

s.a.w bersabda: Janganlah kamu berdusta, sebab sifat dusta itu setingkat dengan kecurangan dan keduadua sifat ini akan dihumbankan ke dalam neraka Sabdanya lagi: Tiga golonga kelak Allah tidak akan berbicara kepadanya, tidak melihat kepadanya di Hari kiamat iaitu: orang yang menganggap berbudi dengan pemberiannya, orang yang melakukan barang jualannya dengan bersumpah palsu, dan orang yang melabuhkan kainnya.

Sabda Rasulullah s.a.w: Wahai golongan orang yang beriman lidahnya, tetapi belum beriman hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin dan janganlah pula menginti-intip keaiban-keaibannya, Sebab barangsiapa yang mengintip keaiban saudaranya, niscaya allah akan mengintip keaibannya, dan siapa yang Allah mengintip keaibannya, nescaya Dia akan mendedahkannya, meskipun ia berada ditengah-tengah rumahnya.

Setiap

nafas yang dihembus adalah modalnya. Ibnu umar: Perkara yang patut disucikan oleh seseorang ialah lidahnya. Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang baik. Bercakap sekadar untuk menjelaskan tujuannya tidak berlebihan. Apabila berjanji maka ucapkanlah InsyaAllah!

You might also like