You are on page 1of 21

PERMAINAN RAKYAT

PENGENALAN
PERMAINAN GASING PERMAINAN WAU PERMAINAN CONGKAK SEPAK RAGA SABUNG AYAM

PENGENALAN
Permainan rakyat merupakan permainan masa lapang yang berfungsi sebagai alat hiburan dan juga berperanan dalam aktiviti sosial yang menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya.

Terdapat beberapa jenis permainan rakyat yang terdapat dalam kebudayaan dan diwarisi oleh masyarakat Melayu daripada generasi masa lalu antaranya ialah: a) Permainan Gasing b) Permainan Layang-layang c) Permainan Congkak d) Sepak raga e) Sabung ayam

PERMAINAN GASING
Sejenis permainan yang amat digemari oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Cara bermain adalah berbeza mengikut negeri. Di negeri-negeri pantai barat gasing diperbuat dari kayu manakala pantai timur (Kelantan) diperbuat daripada timah. Terdapat beberapa cara bermain gasing seperti uri, pangkah, pangkah dan uri, kadang, koto, payung dan rantuk dara.

Permainan gasing dibahagikan kepada tiga jenis : a) Untuk bersuka ria b) Pertandingan bagi tujuan persahabatan / menguji kepandaian. c) Permainan untuk pertunjukan sempena perayaan

PERMAINAN GASING

PERMAINAN WAU
Berkaitan dengan kepercayaan semangat padi iaitu memohon maaf kepada semangat padi yang telah menjelma sebagai seorang gadis disebabkan kesilapan petani mengusirnya maka padi petang tersebut tidak menjadi. Oleh yang demikian dibuat lembaga berbentuk bulan & dinaikkan ke udara menggunakan tali bagi memanggil semula semangat padi. Terdapat beberapa jenis wau seperti wau bulan, wau kucing, wau ikan dan sebagainya.

Permainan wau diadakan bagi tujuan-tujuan tertentu bukan sahaja sebagai hiburan yang dilakukan oleh berbagai peringkat umur dengan cara dan gaya tersendiri. Permainan wau juga dimainkan dalam upacara pertabalan raja dan bagi tujuan melepaskan niat/ untuk pemujaan semangat padi selain dari dipertandingkan. Pertandingan wau dilihat dari segi kecantikan, keindahan, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukirannya. Selain dilihat dari segi ketinggian.

PERMAINAN WAU

PERMAINAN CONGKAK
Sejenis permainan Melayu yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Mula berkembang dari Istana di kalangan wanitawanita istana dan pembesar. Ia dimainkan untuk menghibur hadi dan mengisi masa lapang Congkak / jongkak adalah sempena perkataan jong perahu. Jongkak sesuai dengan bentuk papan congkak yang berlakunya hampir sama dengan jong perahu. Congkak sejenis permainan dalam rumah yang memerlukan kecekapan berfikir dan kemahiran mengira semasa bermain.

Permainan ini juga dapat mewujudkan hubungan mesra dan persahabatan antara rakyat dengan fungsinya sebagai alat komunikasi antara golongan masyarakat Melayu tradisional. Permainan ini menggunakan 2 bahan iaitu papan congkak dan buah congkak yang terdiri daripada guli-guli kaca, batu-batu kecil dan sebagainya. Terdapat 16 lubang dan 1 daripadanya rumah, setiap lubang digunakan untuk mengisi 7 buah biji congkak.

Setiap papan congkak hanya dimainkan oleh 2 orang pemain sahaja. Tiap-tiap pemain mempunyai 8 buah lubang dan hujung lubang mesti cuba memasukkan seberapa banyak biji congkak ke dalam rumahnya. Setiap pemain mesti cuba memasukkan seberapa banyak biji congkak ke dalam rumahnya dan siapa yang memperolehi buah congkak yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

PERMAINAN CONGKAK

SEPAK RAGA
Sepak raga adalah sejenis sukan yang menggunakan bola yang diperbuat daripada rotan yang dianyam 2 3 lapis. Dimainkan oleh beberapa orang pemain yang berdiri membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulai dengan salah seorang pemain melambungkan bola kepada rakannya dengan tangan dan rakannya itu akan menimbang-nimbang bola dengan kaki beberapa kali. Seterusnya semua pemain dalam bulatan tersebut berusaha mengambil bahagian menimbang dan mengawal bola agar tidak jatuh ke bumi sekiranya jatuh maka permainan dalam pusingan tersebut tamat.

Kepandaian sesebuah pasukan pemain dilihat pada kecekapannya mengawal bola tersebut supaya tidak jatuh ke bumi. Tidak ada unsurunsur pertandingan dalam permainan ini cuma menanam sikap setiakawan dan gotong royong di kalangan pemain. Dalam usaha memodenkan permainan ini, cara-cara bermain dimodenkan dengan menggunakan corak permainan badminton malahan sukan ini juga dicipta berdasarkan cara bermain badminton dan akhirnya permainan sepak raga bentuk baru dikenali sebagai sepak takraw.

Sepak takraw mengandungi 3 orang pemain, seorang tekong dan kedudukannya di tengahtengah gelanggang dan 2 orang pemain lagi dikatakan pengapit yang berdiri di kiri dan kanan tekong. Kini permainan ini menjadi lebih popular sehingga dijadikan salah satu sukan yang dipertandingkan dalam sukan SEA dan sukan ASIA.

SEPAK RAGA

SABUNG AYAM
Permainan sabung ayam diadakan sempena sesuatu upacara tertentu yang disambut oleh masyarakat tradisional. Contohnya, menyambut kelahiran bayi, perkahwinan dan pertabalan raja yang bertujuan memberi hiburan kepada seluruh anggota masyarakat. Permainan ini melibatkan pertaruhan wang / sejenis bentuk perjudian, tetapi pemilik ayam boleh mendapat bayaran tanpa turut serta dalam pertaruhan menyabung iaitu dengan menyewakan ayamnya. Penentuan jenis ayam yang handal dilihat dari segi bentuk muka, sisik, kaki, paruh dan mata.

Jenis-jenis ayam yang handal selalunya dinamakan Sitan Asli, Sitan Roma, Manisan Hangus, Ranting Emas dan sebagainya. Cara memasuki pertandingan sabung ayam ditentukan mengikut masa dan waktu yang sesuai bagi melepaskan ayam sabung dalam gelanggang diadakan amalan perbomohan bagi membantu ayam menjadi garang dan handal dan bagi menjamin kemenangan wujud pelbagai pantang larang. Misalnya, semasa melepaskan ayam dalam gelanggang hendaklah mengikut kedudukan matahari.

SABUNG AYAM

You might also like