You are on page 1of 19

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

GERAKAN ORIENTALISME DAN HUBUNGANNYA DENGAN


KRISTIANISASI DI DUNIA ISLAM

Motto:
Firman Allah Azza Wa Jalla yang bermaksudnya:
"Patutkah orang-orang (Munafiq) yang hati mereka berpenyakit (syak/agu-
ragu) :menyangka bahawa Allah tidak akan mendedahkan perasaan
dendam dan hasad dengki mereka ( erhadap Nabi Muhammad SAW dan
umatnya)? .Dan sekiranya Kami mahu ,tentulah Kami akan
memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap
akan mengenali mereka dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat)
mereka;dan demi sesungguhnya ,engkau akan mengenali mereka dari gaya
tutur kata mereka dan ( ingatlah bahawa),Allah maha mengetahui segala
yang kamu lakukan."
(Surah Muhammad: 29-30)

Rasulullah bersabda yang bermaksud:


"Setap bayi dilahirkan dalam (lingkungan) agama ini (Islam),;sehinggalah
lidahnya petah mengungkapkan (hakikat) dirinya. (Sebenarnya) ibu-
bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Musyrik. Para
Sahabat bertanya, Ya Rasulullah bagaimana pula halnya orang yang
sebelum ini (sebelum Islam diturunkan). Baginda menjawab :Allah lebih tahu
apa yang mereka lakukan."
(Hadith Riwayat Ahmad)

Pendahuluan

Kemelut berfikir di kalangan umat Islam ternyata masih belum berakhir. Akhbar dan
media massa selalu sahaja mengejutkan umat dengan berbagai bentuk tulisan dan pola
pemikiran yang sekular, meterialistik, pragmatik dan sebagainya yang membelakangkan
nilai serta norma yang paling teras dalam masyarakat Melayu iaitu Islam. Persepsi Islam
di kalangan segolongan cendikiawan bukan merupakan asas untuk menilai sesuatu;
samada perkara atau gejala. Jika uniform anak-anak sekolah dibincangkan, maka yang
menjadi asas penilaian adalah aspek ekonomi dan psikologinya sahaja. Kalau soal
pembangunan yang dibincangkan maka yang dilihat adalah aspek teknologi dan
pragmatiknya sahaja, tanpa melihat sudut agamanya. Islam bagi sesetengah pihak
1
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
bagaikan bayang yang tidak punya kenyataan. Ia bukan suatu perspektif yang patut
disorot.

Mengapakah pertimbangan Islam selalu dilupakan atau disingkirkan oleh elit


muslim berkenaan. Sudah tentu persoalan ini perlu dicarikan jawabannya oleh mereka
yang prihatin. Permasalahan inilah barangkali yang disebabkan oleh agen-agen
imprealis dari segolongan orientalis, journalis, akademis, zionis, pendia'yah kristien dan
kuncu-kuncunya.Oleh itu wajarlah disorot peranan golongan di atas secara terpeinci agar
dapat dicari jalan yang sesuai untuk mengatasinya.

Dalam kesempatan yang terhad ini penulis hanya menyorot peranan orientalis dan
gerakan kristianisasi secara khusus untuk memenuhi hasrat penganjur simposium.
Selaras dengan tujuan itu kertas ini akan membincangkan pengertian orientalisme,
peranan orientalis, motivasi penyimpangan mereka, kesan gerakan orientalis dan
kristianisasi terhadap umat Islam dan akhirnya langkah-langkah menghadapi gejala serta
masalah yang dihasilkan oleh gerakan tersebut.

I. PENGERTIAN ORIENTALISME

Orientalisme atau dalam bahasa Arabnya disebut " Al Istisyraq" adalah ilmu
tentang Timur atau hal Ehwal Ketimuran, lebih jauh ia adalah kegiatan atau pengkajian
berhubung dengan ehwal Ketimuran, sejarah, keyakinan penduduk di sebelah Timur,
susun lapis penduduk, lokasi, persekitaran tabi'enya, bahasa, gaya pertuturan, watak dan
syahsiyyah mereka. Kajian ini menyelidiki aliran pemikiran tradisi dalam pelbagi bentuk,
untuk pelbagai tujuan.

Dalam konteks yang berlainan ada pula pandangan yang mengatakan bahawa
Orientalism sebagai sebuah disiplin ilmu yang mempunyai methodologi yang tersendiri. Ia
dipengaruhi oleh faktor luaran yang berfungsi sebagai dasar atau tujuan kewujudan dan
operasinya.1

Gerakan Orientalism ini dipelopori pada mulanya oleh para Mubaligh Kristian dan
Paderi untuk tujuan mendakyahkan agama Kristian .Tetapi akhirnya bergandingan

1
1 . Hendro Orasetyo dalam tulisannya  Pembenaran Orientalism?: Kemungkinan Dan Batas­batasnya, Islamika, 
Januari­Mac 1994,Mizan Press,Indonesia ,Hlm 100)

2
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
dengan kehadiran Imperialisme barat ke Dunia Islam untuk mengukuhkan penjajahan
mereka ke atas negara-negara jajahan tersebut.

Dr Hamdi Zaqzuq menegaskan: "Terdapat suatu kesefahaman mutlaq di kalangan


mubaligh Kristian kurun ke 13 tentang betapa perlunya menguasai bahasa-bahasa orang
Islam.Seandainya mahu dijayakan usaha pengkristianisasi ke atas mereka
.Persefahaman yang telah diterjemahkan dalam bentuk agenda bertindak ,itu merupakan
faktor penting dalam perkembangan Orientalisme ,pada masa itu tidaklah mudah untuk
memisahkan Orientalisme dengan Kristianisasi atau motivasi keagamaan .Motivasi
keagamaan inilah menjadi pencetus utama bagi lahirnya Orientalismeî"2

Kajian Ketimuran yang bercambah di Eropah di abad -abad pertengahan adalah


didorong oleh pertentangan agama dan suasana perang Salib pada ketika itu.Pengaruh
dan semangat untuk mengembangkan Kristian pada ketika itu jelas dalam nota rasmi
pembentukan kursi pengajian Bahasa Arab di Universiti Cambrigde, England, yang
bertarikh 9 Mei 1636 masihi oleh pengasasnya. Nota tersebut antara lain menyebutkan:
"Kita sedar bahawa dengan usaha ini kita bukan sahaja bertujuan untuk mendekati
kesusteraan yang baik untuk mendedahkan sebahagian besar ilmu pengetahuan yang
ada kepada cahaya dan tidak membiarkannya terkatup dalam bahasa yang ingin kita
pelajari sahaja akan tetapi kita juga sebenarnya bertujuan untuk mengajukan khidmat
bakti kepada pemerintah dan negara memlalui perdagangan kita dengan negara-negara
Timur, selain untuk mengagungkan tuhan melalui perluasan batasan gereja dari seruan
kepada agama Kristian di kalangan orang-orang yang masih hidup dalam kegelapan.3

Antara Orientalist yang begitu mementingkan ajaran Ketimuran ini untuk tujuan
pengkristianan ialah Roger Bacon (1214 - 1294 m). Beliau menganggap hanya melalui
gerakan pengkristianan ini sahaja Dunia Kristian dapat diperluaskan. Selaras dengan
tujuan ini, maka harus dipenuhi syarat berikut:

1. Memahami bahasa-bahasa penting.

2. Mengkaji jenis-jenis kekufuran dan mengenalpasti perbedaan antara satu sama

2
2.Dr Hamdi Zaqzuq, Al Isytiraq Wa Al Khalfiah Al Fikriah Li Al Sira? Al Hadhan?, Kitab Al­Ummah, Pimpinan 
Mahkamah Syariah Qatar, 1983 ,hlm 27

3
3. Ibid. hlm 30

3
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
lain.

3. Mengkaji hujjah-hujjah lawan agar dapat ditumpaskan.

Pendapat Becon dikongsi bersama oleh Raymond Lull (1235 - 1316 Masihi )yang
ikut berjasa mewujudkan kursi pengajian bahasa Arab dipelbagai pusat pengajian di
Sepanyol. Tujuan dari pembentukan kajian Ketimuran pada masa itu dan masa-masa
selepasnya adalah Tansir (?‫ )?غ?و‬atau kristianisasi seperti mana yang ditegaskan oleh
Rudi Paret, seorang Orientalis Jerman yang terkenal. 4

Perkara ini ditegaskan lagi oleh C.E Bosworth dengan ungkapan beliau :

Oleh yang demikian bolehlah disebutkan bahwa sejarah Orientalisme di peringkat


awalnya adalah sejarah pertarungan antara dunia Kristian Barat dalam kurun
pertengahan dengan Dunia Timur atau Islam dalam arena ideologi dan keagamaan.5

Menurut Al Jabri :
"Peranan yang paling serius yang dijalankan oleh Orientalis dalam memerangi Islam
secara amalinya ialah dengan membina rentetan pusat pengajian dari tadika hingga ke
peringkat Universiti yang mendidik generasi baru umat Islam dari pelbagai lapisan
khasnya peringkat yang mempunyai kelayakan kepimpinan yang tinggi dan
sederhana.Mereka juga mengeksploit Profesion Kedoktoran ,Nurse serta Rumah Sakit
dan Hospital Missionary. Untuk tujuan tersebut mereka hidup bergaul denagan orang
Islam dan Arab di negara jajahan tersebut .Mereka cuba meyakinkan kepada orang Islam
akan kebaikan tamadun Eropah yang palsu itu . Mereka mengajak ke arah pergaulan
bebas, pendedahan aurat ,dekadensi moral atas dakwaan kebebasan diri atau
personal,mereka mendakyahkan fahaman keliru seperti Sekularisme, Existensialism dan
lain-lain.Orang yang menyahut seruan mereka akan dididik agar menafikan kerasulan
Muhammad SAW.6

4
4.  Ibid. hlm 20

5
5. C.E. Bosworth, Orientalisme And Orientalist  (In : Arab Islamic Bibliografi) 1977,Great Britain

6
6. Al Jabri, Abdul Muta'al Muhammad, Al Isytisraq Wajhun Li Al Isti?mar Al Fikri?  Maktabah Wahbah, Kaherah 
1995 /1416, hlm 225.

4
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
Institusi agama, ekonomi dan politik di Barat kini memainkan peranan yang sama
dengan peranan raja-raja Eropah masa lampau yang membiayai kerja Orientalis. Mereka
mengajukan biasiswa dan bantuan serta hadiah yang banyak kepada golongan
Orientalis.Yayasan Ford, umpamanya menganugerahkan bantuan yang besar kepada
Richard Mitchell untuk menyiapkan tesis P.hd. nya mengenai Ikhwan Al Muslimin.7

Sejarah Orientalism menunjukkan bahawa ia mempunyai hubungan kait yang rapat


dengan 'needs and goals' golongan Kolonialism dan juga rencana missionary Kristian.
Ianya berlanjutan sehingga ke hari ini dan sekarang ini sedang menjadi sebahagian dari
strategi 'geo-political' kebanyakan kerajaan Barat dan perkhidmatan perisikan mereka
untuk mengkaji serta menyusun strategi bagi menghadapi Islam.

Orientalis melalukan berbagai jenis peranan pada masa dahulu dan sekarang.
Peranan ini perlu kita fahami dengan jelas. Untuk itu ada baiknya kita huraikan peranan-
peranan tersebut.

II . Peranan Orientalis

Meskipun ada golongan Orientalist yang berusaha untuk menonjolkan dampak


objektiviti dalam kajian mereka dan kita tidak menafikan akan sumbangan positif mereka
dalam bidang bahasa dan lain-lain namun rata-rata peranan mereka tidak banyak
berubah dari zaman dahulu.

Antara peranan yang mereka lakukan ialah:

1. Melemahkan Bahasa Arab Fushah untuk digantikan dengan bahasa


'Amiyyah' atau 'Colloquial Language' .

Dengan cara ini kesepaduan dan kelancaran hubungan antara Arab sesama Arab
dan bukan Arab akan semakin sulit. Dalam masa yang sama mereka juga akan
melemahkan Bahasa Arab itu sendiri. Dalam tahun 1980 orang-orang Keturunan Barbar
di Universiti Morocco menimbulkan tentang perlunya dibina kursi Pengajian Bahasa
Barbar di Universiti tersebut.

7
7. Ibid. hlm 93.

5
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
2. Menjalankan kajian mengenai "Firq" Islam atau kumpulan
-kumpulan Islam.

Kajian-kajian tersebut rata-rata tidak objektif dan sebenarnya memendam tujuan-


tujuan tertentu iaitu antara lain melebarkan lagi lagi jurang ketidak persefahaman antara
umat Islam .Umpama tulisan S.de Sacy (1758 - 1838 ) mengenai Druz dan agama mereka
dan lain-lain.

3. Membuat periwayatan palsu secara bertahap.

Kadang-kadang ada Orientalist yang meriwayatkan sesuatu berita palsu yang


dikaitkan dengan Rasulullah atau Al-Qur'an. Ia menyatakan bahawa teks yang ditemuinya
ini belum ada dalil yang menguatkannya atau tidak diketahui tarikhnya . Kemudian datang
pula Orientalist lain yang mengutip periwayatan itu tanpa menyebut tentang status
keraguannya. Selepas itu datang pula Orientalist lain yang menyatakan bahawa ianya
memang sah dan terbukti Shahih. Demikianlah hal ini dikutip seterusnya oleh penulis
-penulis kebelakangan.Mereka terus merumus dan menyimpulkan sesuatu pengertian
daripadanya.

4. Memejamkan mata terhadap fakta kebenaran.

Adakalanya para ilmuan terkenal dan penulis ternama dalam konteks pengajian
yang serius menulis kajian perbandingan mengenai bangsa dan agama sengaja
memicingkan mata mengenai pandangan Islam dalam konteks tertentu.Mereka hanya
menulis sekadar sekelumit dan itupun aspek yang tidak penting untuk menunjukkan
betapa Islam sebagai agama yang tersisih dan tidak perlu disorot. Umpamanya S.K
Northobs dalam kajiannya yang bertajuk 'Kajian Mencari Persefahaman Dunia' yang
mengandungi 496 halaman hanya menyentuh mengenai Arab dan orang Islam sekitar 12
halaman sahaja. Walhal mereka merupakan kumpulan ketujuh yang terbesar menjadi
penghuni dunia ini. Begitu juga Betrand Rusell dalam bukunya Sejarah Falsafah Arab.

5. Mencari-cari riwayat dhaif dan mungkar.

Adakalanya juga para Orientalis yang sengaja mengambil riwayat yang Dhaif yang
memang ditolak oleh ulama? Islam. Riwayat Al Waqidi yang ditolak oleh Syafi?e dan Ibnu
Khaldun di diterima sebagai benar walhal adalah sebaliknya. Ada Orientalis yang

6
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
mengatakan bahwa "Hukum Berubah Mengikut Perubahan Masa" sebagai hadis nabi
walhal ia adalah imbasan daripada pendapat Imam Malik R.A yang mengatakan:
"‫???و?? ططغ?? عغ ?ط? ??و? ?ع???? ع? و‬µ‫"????? غ عغ‬
Peryataan tersebut sebenarnya merujuk kepada persoalan fatwa dalam hal-hal yang tidak
ada nas Qa'tie mengenainya dalam hukum Islam.

6. Menggunakan ukuran kebendaan

Di antara kesilapan Orientalis lagi ialah mereka sering menggunakan ukuran


kebendaan dalam mengukur nilai - nilai ruhaniah Islam. Walhal itu adalah suatu yang
amat tidak sesuai.

7. Bersemangat mulhid dan meragui kebenaran Nabi.

Segolongan Orientalis adalah 'Free Thinker', Atheis dan menentang agama.


Mereka menolak sama sekali saranan agama dan idealismenya ,sebab itulah mereka
tidak teragak-agak mencemoh agama dan mendustakannya. Ini jelas apabila mereka
menyerang Nabi Isa dengan mengatakan beliau gila .Begitu juga bila mereka merendah-
rendahkan Nabi Muhammad S.A.W. Mereka bukannya pengkaji yang objektif. Mereka
memang sengaja mahu menghina dan memperkecilkan Nabi Muhammad SAW. Voltire
umpamanya mengarang drama bertajuk 'fanatik' dalam tahun 1718 untuk menyerang Nabi
Muhammad SAW. Beliau menghadiahkan kerjayanya itu kepada Pope Benwa Ke-empat
belas. Semangat seperti ini juga mempengaruhi penulis seperti Taha Husin dan lain-lain.

8. Melakukan serangan secara tidak langsung.

Kadangkala Orientalis menulis mengenai Muhammad SAW dan misinya terbagi di


bawah tajuk lain.Namun dalam membicarakan tajuk tertentu mereka sempat
memesongkan pembaca secara halus .Agnatius Kratsykoysky, Orientalis Russia menulis
dalam bukunya Sejarah Geografi Sastera Arab "Bahawa Al Quran ialah himpunan ilmu
pengetahuan yang diperolehi oleh Muhammad SAW melalui pendengaran . Ia merupakan
contoh umum dalam bidang ini "8.

8
8. Ibid. hlm : 234 ­235

7
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
9. Mengelirukan pembaca antara makna letral atau hakikat dengan
metafora.

Bahasa Arab memang mengandungi maksud hakikat dan majaz atau metafora. Ada
yang bersifat baku dan ada pula Amiyyah .Orientalis dalam menghuraikan maksud nas Al
Quran atau hadith sengaja memutar balikkan perkara ini. Nas yang dimaksudkan makna
letral dikatakan bermakna metafora. Begitu pula sebaliknya. Kadang-kadang yang
dimaksudkan makna bakunya akan tetapi Orientalis mamahamkannya sebagai makna
Colliqualnya. Ayat-ayat yang sering disalah fahami ialah seperti :
?ٍٍ‫?غٍ?ف‬
ٍ ُ??ٍ‫ع‬°ٍ ?‫?( ?ع· ?ط‬µ?? ?27: ?????‫)طغ‬
µٍ?ٍ‫ٍ?·?ِ ?ط·ع‬°?‫ُ?·?ط‬µ?ِ (?µ?? ?‫?ط‬µ?:5)
?ٍٍ‫?( ٍ?ٍ?·?ٍ? ٍ?طٍع· غٍ?·?ٍ?· ط‬µ?? ?1:???‫)طغ‬
10. Penafsiran sejarah yang mengelirukan.

Pengeliruan dalam memahami hakikat sejarah yang tersirat dalam Al-Quran


kadangakala disebabkan oleh kejahilan terhadap sejarah. Umat Islam Arab dan keadaan
sosial ekonominya sebelum Islam. Kratsykoysky umpamanya menjelaskan ; ( ?‫)??ططغ‬
sebagai perbedaan antara bulan Qamariah (perkiraan tahun yang mengikut edaran
bulan) dengan bulan Syamsyiah ( perkiraan yang berasaskan kepada matahari), walhal ia
bermakna penangguhan. Justeru menjadi amalan orang Arab menangguhkan Al Syuhur
Al-Hurum (bulan-bulan yang dilarang berperang) untuk membolehkan mereka
melancarkan peperangan dalam bulan haram (al-syahru al haram )tersebut.
11. Pemalsuan teks.

Goldzher adalah antara Orentalis yang licik melakukan kerja seperti ini. Apabila
Waki' mengatakan tentang Ziad bin Abdullah bahawa Ziad terlalu mulia untuk berdusta.
Goldzher mengatakan Ziad meskipun orang yang mulia dalam hadis namun ia adalah
pendusta. Waki' memuji Ziad. Beliau menjadikannya boleh dipercayai. Manakala
Goldzher membayangkan sebaliknya.

12. Mentaliti orang Barat menjadi asas ukuran.

Jika sekiranya aliran berfikir saintifik lumrah menjadi asas pemikiran di Barat maka
atas alasan tersebut nereka menolak mukjizat Rasul dengan alasan logik akal semata-
mata. Mereka akan mentakwilkan fenomena ini dengan sesuatu yang boleh diterima logik

8
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
akal yang terhad dengan menafsirkannya secara tabie dan enggan menerima sesuatu
yang disebut luar biasa.

13. Menyemarakkan kemarahan orang-orang bukan Islam.

Kadangkala motivasi Oreintalis dalam kerja-kerjanya ialah untuk menyemarakkan


rasa marah, dendam dan benci orang-orang Kristian dan Yahudi supaya semakin galak
menakluki dunia Islam. Mereka akan memandang rendah terhadap umat Islam hasil
daripada penulisan Orentalis tersebut. Dengan itu pertarungan antara Islam dan ajaran
lain akan semakin sengit dan bergejolak.

14. Untuk memenuhi tujuan politik dan missionary Kristian.

Kadangkala kekeliruan disengajakan untuk memenuhi tuntutan Orentalisme politik


dan missionary. Mereka memaparkan musuh Islam dengan imej yang mulia. Berperi
kemanusiaan serta luhur. Sebaliknya orang-orang Islam dan tokoh-tokohnya tidak bersifat
demikian. Ini dipaparkan kepada anak-anak orang Islam yang berguru kepada Orientalis
tersebut. Jadi bila mereka pulang mereka membawa semangat yang membara untuk
memerangi apa yang telah diajarkan oleh guru mereka sebagai kesesatan dan
kelemahan Islam. Mereka laksanakan pesanan Oreintalis ini atas nama reformasi dan
tajdid.

15. Merujuk Sumber-sumber Kristian

Adakalanya Orientalis menulis sejarah nabi dan tajuk-tajuk yang menyentuh Islam.
Tetapi mereka merujuk sumber-sumber Kristian dan bukan sumber originalnya dalam
bahasa Arab. Ini menyebabkan pembaca menjadi keliru dan salah faham.

Selain dari peranan di atas Orientalis juga berperanan menjadi mahaguru dipusat-
pusat pengajian tinggi Barat yang menawarkan kursus-kursus pengajian ketimuran, Islam
dan bahasa Arab. Menurut Al-Jabri terdapat sekurang-kurang enam puluh 'department' di
universiti-universiti barat yang diketuai oleh mahaguru-mahaguru Yahudi 9. Mereka juga
menjadi 'think-tank' kepada politikus barat dalam melakarkan polisi ekonomi, politik dan
budaya terhadap negara-negara Islam dan negara-negara Dunia Ketiga.

9
9. Ibid. Al Jabri : 69.

9
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Peranan diatas sebenarnya didorong oleh motivasi-motivasi tertentu dan latar


belakang budaya yang melatari kehidupan orientalis berkenaan. Motivasi kenapa mereka
melakukan kerja-kerja tersebut perlu didedahkan untuk meningkatkan kewaspadaan umat
terhadap tipudaya mereka.

III. Motivasi dan sebab penyimpangan Orientalis .

1) Golongan Orientalis menyeleweng kerana pengaruh agama Kristian semasa kecil


dan cerita-cerita karut yang dinyatakan oleh Paderi-paderi kerana hendak menonjolkan
agama Kristian dan menjatuhkan Islam dan Rasulnya.

2) Ketiadaan keperihatinan atau kepekaan terhadap ajaran Islam yang sebenarnya.


Ini kerana mereka rata-rata hidup di luar lingkungan Islam, hal mana menyebabkan
mereka tidak mempunyai tanggapan yang betul terhadap Al Quran dan Hadis.

3) Tidak ada keikhlasan dan kemurnian niat dalam mengkaji aspek Ketimuran. Di
samping itu mereka kurang mengkaji Metodologi dan displin ilmu-ilmu Islam seperti ilmu
Mustalah Al Hadis, ilmu Al Rijal, Ilmu Usul Al Fiqh, juga ilmu Mantiq, sehingga
menyebabkan mereka terpesong.
4) Adakalanya disebabkan oleh keinginan mereka mengambil masyarakat yang
bukan Islam sebagai model denagn memburuk-burukan Islam di samping ingin
melariskan jualan buku hasil tulisan mereka dalam masyarakat bukan Islam.

5) Usaha memburukkan Islam, mencaci rasulnya juga dilakukan atas dorongan untuk
melemahkan pegangan umat Islam kepadanya kerana andaian bahawa Islam menjadi
penghalang kemaraan Imprealisme budaya dan ketenteraan Eropah seperti yang
diungkapakan oleh Gladstone, Lawrence Brown, Kalhan Simon dan lain-lain.

6) Mereka memburukkan Islam dengan menuduh Islam dikembangkan dengan mata


pedang untuk mencemarkan kemurnian motif penyebaran Islam.Dengan demikian mereka
menghalang kepesatan berkembangnya mesej dakwah Islam.

7) Mereka sengaja melakukan Provokasi kepada penulis -penulis Muslim agar


mereka melatah dan menampilkan jawapan sebaliknya sehingga melupakan peranan
murni Islam sebagai Aqidah yang dinamik sekaligus sebagi gerakan menyeluruh untuk

10
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
membebaskan manusia dari kongkongan sistem atau rejim yang menyekat penyebaran
Islam.

8) Dalam laporan Suruhanjaya Buruh Maghribi di Eropah Sikand: berkata Islam


dalam semangatnya yang khusus merupakan suatu kekuatan yang bercanggah dengan
kepentingan hasrat dan citarasa kita.Kekuatan ini boleh dilumpuhkan namun tidak
mungkin dapat dikawal selama-lamanya.Oleh itu,adalah baik untuk kitra berusaha setakat
yang terdaya agar meremehkan /mengurangkan perananya di kalangan bangsa -bangsa
yang tunduk di bawah kekuasaan kita.

Seorang orientalis lain berpendapat : Untuk kepentingan kita, kita mesti


memastikan bahawa pembangunan orang Islam adalah di luar dari paradigma Islam.

9) Kadangkala kesalahan Orientalis adalah disebabkan kejahilan mereka tentang


sesuatu perkataan seperti perkataan ‘Al-Asr’, mereka memahaminya sebagai Al-
Mu’asarah (?‫ )?????ططططع‬dalam konteks ‘Colloquiel Language’ atau Kontemporari.
Sedangkan yang dimaksudkan adalah pada masa tertentu. Kadang-kadang mereka
fahami perkataan Al-Sa’id (?‫ )?ط??و‬sebagai (?‫ )?ط??و‬sedangkan yang pertama ialah nama
satu daerah di Mesir manakala yang kedua bermakna bahagia.
10) Tidak jarang pula kesalahan mereka kerana meraka begitu lama bergelumang
dengan budaya totok masyarakat Barat sehingga penafsiran mereka terhadap fenomena
Sosial dan sejarah Jahiliyyah dan Islam mereka lakukan dengan kacamata @ ukuran
Barat. Walhal terdapat perbedaan yang nyata dari sudut watak. Budaya, Masa dan
Lingkungan.

11) Adakalanya pula, dalam menulis sesuatu mereka cuba menimbulkan kejijikan
pembaca kepada Budaya hidup orang Islam masa kini dan masa lampau ,umpamanya
dalam penulisan sejarah dan perjalanan ,mereka menggambarkan corak hidup umat Islam
sebagai ketinggalan zaman, manakala adat dan tradisi mereka begitu mundur.Ini dapat
kita lihat dalam penulisan Safari apabila menangisi kematian pejuang Kafir Quraisy, juga
ketika ia menceritakan bagaimana wakil Quraisy datang menemui nabi dan memegang
janggut nabi dalam peperangan Hudaibiyyah. Acapkali pula mereka menggambarkan
secara dusta gambaran buruk terhadap tokoh-tokoh Islam dan silam untuk memperkecil
kehebatan dan kewibawaan mereka dan Islam itu sendiri.

11
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
12) Kadangkala Orientalis menulis untuk memecah-belahkan umat melalui penampilan
aliran-aliran pemikiran Barat yang bersimpang siur atau mereka menangani konsep-
konsep Islam yang dahulunya dapat menyatupadukan umat Islam agar tidak lagi
berfungsi.Mereka tahu bahawa umat yang berpecah belah dari segi pemikiran bukan
sahaja tidak mungkin dapat bersatu padu dari sudut politik dan Ekonomi bahkan juga dari
sudut ketenteraan. Inilah faktor yang memudahkan penjajah menguasai dunia Islam pada
masa dahulu. 10

Menurut Ahmad Ghorab, seorang penulis yang mengkaji peranan Orientalis bagi
menghancurkan Islam, 'Distortation' yang dilakukan oleh golongan Orientalis
mempunyai dua objektif yang khusus;

A) Untuk menimbulkan kebencian terhadap Islam di dalam minda dan pemikiran


golongan bukan Islam.
B) Untuk melemahkan umat Islam dengan menimbulkan keraguan mengenai aqidah
,tradisi kenabian serta sejarah Islam yang mengakibatkan umat Islam menolak
kesyumulan Islam. 11

Umat Islam kini harus sedar akan peranan yang dimainkan oleh agensi -agensi
berita antarabangsa dalam usaha "propaganda" mereka untuk memesongkan ajaran
Islam yang sebenar.Agensi-agensi berita anrabangsa yang terbesar seperti Asosiated
Press (AP), Reuters dan United Press International ( UPI) menggunakan teknik
"disinformation" untuk menyalurkan berita kepada masyarakat umum. Agensi-agensi
berita ini di samping mencerminkan kepentingan negara Zionis Israel ,juga turut manjadi
platform golongan Orientalis bagi menyebarkan berita yang boleh meragukan serta
menanam sifat kebencian kepada ajaran Islam kepada umum.Golongan Orientalis ini juga
turut memperkenalkan istilah-istilah yang ëmenggerunkan? seperti "Islamic Terrorist"
dan "Islamic Bomb" ,yang mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan fundamentalisme
Islam, Fanatik Islam dan Extremis Islam. Kategori yang diberikan ini meletakkan seolah-
olah kelompok Islam ini sebagai golongan yang "sesat dan merbahaya" kepada masa
depan toleransi peradaban antara barat dan Islam .

10
10. Ibid. Al Jabri : 226­240.

11
11. Ahmed Al Ghorab, Subverting Islam : The role of Orientalist Centres, The Open Press Kuala Lumpur, 1995 
hlm. 3.

12
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
Pandangan ini lebih jelas ialah apabila kita meneliti 'teori Pertembungan Tamadun'
12
yang di kemukakan oleh profesor dari Harward, Samuel Huntington yang
menggambarkan abad yang ke 21 akan menyaksikan peperangan diantara Gabungan
Islam-Confucious dengan Barat i.e. Kristian. Islam diletakkan di 'kandang orang salah'
dan secara tidak langsung teori Huntington ini mahu meniupkan kembali semangat
Salibiah yang berusaha untuk menghapuskan Islam dari muka bumi ini lebih 900 tahun
yang lalu. Ia seolah olah mahu menggerakkan kembali dunia barat (Kristian) agar bersiap
untuk menghadapi ancaman Islam yang dipelopori oleh kelompok 'Fundamantalis dan
Ekstrimis' ini. Yang nyata teori Hungtinton ini mempunyai kaitan rapat dengan polisi luar
kerajaan Amerika syarikat bagi mengekalkan hegemoni politiknya sebagai kuasa utama
dunia. Polisi 'The New American Order' dengan agenda 'penjajahan ekonomi' sebagai
teras terpenting terutamanya di negara umat Islam akan berterusan."Puppet
Leadership" yang diwujudkan di kebanyakan negara umat Islam yang kaya dan
berkedudukan strategik jelas membuktikan polisi ini adalah untuk kepentingan ekonomi
dan politik Amerika Syarikat serta sekutu terapatnya Israel.

IV) Kesan Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi

Tiada diragukan lagi bahawa kesan penjajahan mental dan budaya lebih sukar
untuk dirawat, berbanding penjajahn meliter. Kesan dari kerja-kerja orientalis dan
Kristianisasi memang banyak.
Antaranya ialah :

1. Kerancuan Akidah

Di Mesir umpamanya, umat Islam dikejutkan oleh berbagi telatah kebaratan yang
amat menyolok. Antara yang terakhir ialah hukuman murtad yang dijatuhkan oleh
mahkamah Mesir terhadap seorang terpelajar; Dr. Nasr Abu Zaid yang menafikan
kerasulan Muhammad, hukum hudud dan lain. Di Bangladesh umat Islam berhadapan
dengan manusia seperti Taslima Nasrin. Di England umat dikejutkan dengan Salman
Rushdi, di Amerika dengan Rashad Khalifa sementara di negara kita umat dikejutkan oleh
golongan anti-hadis dan berbagai lagi gejala dan figure lain yang menjadi mangsa
gerakan jahat ini.

12
 12. Samuel P. Huntington, The Politics of Civilizations: Islam, Japan and the West, U. Malaya, Second Seminar on 
Civilizational Dialogue,  Sept. 2nd. 1996.  

13
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

2. Kekeliruan minda atau penyimpangan pemikiran.

Umat Islam khasnya setengah golongan elit budaya, pemikiran, sasterawan,


wartawan, ilmuan terbawa-bawa dengan paradigma Judo Kristien dalam teori-teori,
pandangan-pandangan yang mereka ajukan untuk menyelesaikan masalah umat.

3. Fahaman Sekularisme Yang Menular Dalam Amalan Politik dan Pendidikan.

Fahaman politik Michiavili, pragmatic, nationalistic dan bersifat kekinian dan liberal
adalah menjadi asas pemikiran elit politik. Mereka menjadi watch dog imperialis untuk
tidak mengizinkan sama sekali Islam memainkan peranannya di pentas politik.Perjuangan
politik atas dasar Islam adalah haram dalam beberapa negara umat Islam.

4. Sistem undang-undang Barat menggantikan sistem perundangan tempatan.

Elite pemerintah di negara-negara umat Islam pasca penjajahan umumnya


meneruskan sistem perundangan Barat. Mereka masih "beriman" bahawa undang-undang
Islam tidak dapat memberikan keadilan berbanding undang-undang penjajah Inggeris
atau Perancis. Lebih jauh mereka beri'tikad bahawa undang-undang Islam jika diamalkan
akan membawa kepada kezaliman. Mereka yakin akidah mereka seperti ini adalah
mewakili akidah yang betul. Manakala akidah yang sebenarnya adalah sesat.

5. Dasar Budaya dan amalan yang mengukuhkan faham Materialisme.

Budaya hedonism bercambah dengan pesat di negara-negara umat Islam, khasnya


yang menikmati tahap kemajuan ekonomi yang baik. Faham kebendaan,korporatism,
semangat untuk memperdagangkan apa sahaja eset yang ada begitu mempengaruhi hati
budi umat. Media massa saban hari memperagakan cara gaya hidup mewah melalui
iklan-iklan yang menggeliurkan. Para pemimpin kecil menunggu kesempatan untuk
menjual kuasa pengundian kepada para pemimpin yang lebih besar dengan harga yang
paling lumayan. Rakyat sendiri disunglap dan disuap dengan habuan kebendaan dalam
membuat pemilihan pemimpin masyarakat atau negara.

6. Kepimpinan Elit dari golongan Modernis.

14
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
Masyarakat umat Islam rata-rata diperintah oleh golongan yang dididik khusus oleh
penjajah untuk melanjutkan model politik, budaya dan ekonomi kapitalis. Mereka adalah
golongan modenis, anak didik orientalis tokoh-tokoh penjajah atau yang ditatang oleh
agen-agen penjajah. Melalui kepimpinan mereka yang berfaham liberal tentu akan lebih
memudahkan kuasa ekonomi dan budaya penjajah kembali semula menangani nasib
negara yang baru merdeka.

7. Terpinggirnya golongan ulama

Ilmuan tradisional yang mantap dalam ilmu syara' dan beriltizam dengan ilmu
tersebut selalu dilihat sebagai golongan yang rigid dan tidak berguna. Semakin kurang
komitmen mereka kepada tuntutannya semakin dianggap moderat dan boleh diterima
oleh segolongan pemerintah. Golongan ulama yang liberal inilah yang kerap dijadikan
alat menjustifikasikan tindakan politik sekular mereka. Manakala ulama yang luhur dan
beriltizam dengan ilmunya adalah mereka yang selalunya terpinggir, sebagai balasan
kepada
kesetiaan mereka terhadap pronsip-prinsip agama. Mereka kerap menjadi sasaran fitnah
media dan tindakan aniaya golongan penguasa.

8. Bertambahnya keadaan jenayah dan salah laku sosial.

Akibat dari dasar Liberalisme, pengenyahan Syariat Islam, dasar langit terbuka,
faham materialism yang bercambah mengakar dengan teguhnya dalam tiap lapangan
hidup, penyakit masyarakat semakin merebak dan menular. Kes bunuh, rogol, curi,
rompak dan buang anak kian meningkat. Amalan bohsia, lepak dan berbagai macam
bentuk salah laku belum berjaya ditangani oleh kebijaksanaan pentadbiran pihak yang
bertanggungjawab. Gejala-gejala tersebut bagaikan sumpah laknat Ilahi kepada golongan
yang engkar terhadap suruhannya iaitu golongan yang sering patuh menurut telunjuk dan
saranan Nasrani dan Yahudi.

Kesan gerakan Orientalis, Zionis, Kristianisasi berlaku dalam berbagai badan dan
organisasi, di dalam dan luar negeri.Di peringkat antara bangsa -umpamanya - ada
agensi-agensi sosial di bawah pertubuhan tertentu yang menyarankan perubahan
menyeluruh termasuk dalam nilai-nilai dan konsep kekeluargaan, akhlak, sosial dan lain-
lain kepada kerajaan, badan-badan berkanun dan NGO di negara-negara Islam.

15
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
Daniel Pipes, seorang oreantalis yanmg banyak menulis dan mengkaji mengenai
Islam serta diagung agungkan oleh seseytengah cendikiawan Islam adalah juga orang
yang sama menulis satu dokumen mengenai "Muslim Fanatics and US Policy" . Di dalam
dokumen ini, Daniel Pipes telah mencadangkan kepada kerajaan Amerika dan sekutunya
di benua Arab agar mengambil empat strategi bagi menghadapi golongan fanatik Islam :

1)  Mereka jangan sekali-kali memberi sebarang bentuk bantuan kepada golongan
fanatik ini, tetapi terus mengadakan hubungan dengan mereka bagi memahami
pemikiran serta menilai pengaruh mereka dari semasa ke semasa.
2)  Mereka jangan sekali-kali membenarkan golongan ini terlibat dalam kerajaan
terutamanya memegang jawatan-jawatan penting yang mana golongan ini akan
menggunakan jawatan ini bagi melemahkan pengaruh serta kepentingan
Amerika.
3)  Di dalam menghadapi golongan fanatik ini, Amerika hendaklah hanya
mengadakan hubungan dalam bentuk "Non- Public Contacts" dengan kerajaan
negara-negara Arab yang di anggap "Friendly".
4)  Amerika jangan sekali-kali membenarkan peminpin-peminpin negara Arab yang
"Friendly" ini untuk menentukan 'kaedah dan kondisi' hubungan ini. 13

Menurut Dr. Ghazali Basri (1994), gerakan misionari Kristian mempunyai cara
bekerja yang efisyen dan ‘modus operandi’ yang efektif. Network media massa mereka
amat meluas dan mempunyai kepakaran bagi menjalankan penyelidikan yang berhubung
dengan keperluan misionari. Bagi beliau, tuntutan-tuntutan yang di laksanakan oleh
gerakan misionari di Malaysia adalah dalam bentuk ‘Modus viviendi’ iaitu dengan
menyalurkan kehendak-kehendak mereka melalui pihak kerajaan. Ini jelas dengan
penubuhan “Majlis Perundingan Agama-Agama’ yang ditubuhkan pada tahun 1983
dengan membuat tuntutan agar pemerintah Malaysia kembali memenuhi semangat
Rukunegara. 14
Bagi menghadapi ‘proses Islamisasi’ yang sedang berjalan di negara ini, golongan
misionari ini telah menubuhkan ‘Christian Federation of Malaysia’ yang menyatukan
Roman Catholics dengan seluruh gereja Protestant pada tahun 1986. Umat Islam perlu

13
13. Lihat Majalah Al Mujtama' (Kuwait), 26 hb. 11, 1985, hal. 28­29)

14
14. Dr. Ghazali Basri, Peranan Badan­badan Misionari: Satu Tinjauan, Budaya Ilmu, Petaling Jaya, 1994, hlm. 45.

16
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
sedar bahawa kewujudan Kristian di Malayisia sebagai agama dan Kristianisasi sebagai
satu ancaman yang boleh menggugat keutuhan dan kesucian Islam.

Menurut kajian yang di buat oleh D.B. Barret (1982), lebih dari 50% dari jumlah
penduduk Malaysia adalah merupakan potensi sasaran golongan Misionari. Manakala
jumlah penganut baru pada sepanjang tahun 1970an sahaja, pertambahan agama
Kristian adalah 3.9. % dari jumlah penduduk manakala pertambahan Islam hanya 0.7%.
Mereka menjangkakan menjelang tahun 2000 peratusan ini akan meningkat sebanyak
1.2% bagi agama kristian sedangkan Islam hanya 0.1% sahaja. 15

Hasil dari resolusi perhimpunan Christian Federation of Malaysia yang telah


berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 19sahakan bagi memperbanyakkan lagi ahli
politik yang ‘Christian committed” didalam kerajaan kerana melalui ‘Kuasa’ yang ada akan
memudahkan lagi pergerakan mereka. Tunpuan yang di berikan adalah ke negeri Sabah
dan Serawak dengan menwujudkan lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin politik seperti
Datuk Amar Stephen Yong dan Datuk Joseph Pairin Kitingan. Tumpuan khusus ini di
berikan di Malaysia Timur ini selepas gerakan Misionari ini telah mencapai kejayaan yang
besar di Indonesia dan Filipina Selatan.

Dalam menjayakan kerja khusus Kristianisasi ini para Mubaligh Kristian


mempunyai strategi tertentu. Perkara ini ditegaskan dalam 'The Gospel and Islam " :
1978, Compendium, secara terperinci ( Lihat Lampiran )

V. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHADAPI PERANCANGAN


OREANTALIS DAN KRISTIANISASI

Langkah yang pertama yang perlu bagi umat Islam adal;ah untuk mengenalpasti
ancaman yang datang dari perencanaan ini, bagaiman ancamnan ini di tadsbir, dalam
apa bentuk dan sumber-sumber yang ada pada golongan ini. Umat Islam perlu bukan
sekadar mengetahui ancaman ini tetapi juga perlu menyebarkannya di kalangan umat
Islam akan bahaya dan ancaman yang dimainkan oleh golongan ini.

Langkah kedua adalah perlunya di kalangan Ulama dan cerdik-pandai Islam


supaya dapat berbincang dan menyusun strategi bagi menyebarkan penyelewengan

15
15. Ibid.  hlm. 63.  

17
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
orieantalis ini serta berusaha untuk meningkatkan penyebaran Islam terutama di dalam
perspektif sejarah Islam dan tamadunnya. Institusi-institusi penyelidikan yang khusus
menyelidik gerakgeri dan tektik golongan Orieantalis juga harus diwujudkan segera bagi
menghalang penyebaran sebarang maklumat mengenai Islam di kalangan golongan
orieantalis.

Langkah ketiga adalah bagi umat Islam membongkar konspirasi golongan


oreantalis ini yang berselindung di bawah 'Islamic Research Centre' yang juga
memperalatkan golongan cendikiawan Islam samada secara disedari atau sebaliknya.
Pusat-pusat penyelidikan ini mempunyai pembiayaan kewangan yang banyak dari
sumber-sumber yang memusuhi Islam dan mereka menggunakan cendikiawan Islam
sebagai 'Fellow' atau rakan penyelidik mereka untuk megkaji Islam dengan lebih
mendalam. 16

Bagi menghadapi ancaman gerakan Misionari pula, Dr. Ghazali Basri mencadangkan dua
tanggungjawab utama kepada Umat Islam:

1. Umat Islam perlulah mendekati mereka dengan sehikmah mungkin.

2. Mereka serta kegiatan mereka perlu dibendung seberkesan mungkin. 17

Sebagai akhirnya sama-samalah kita merenung Firman Allah S.W.T.

"Banyak dari kalangan Ahlli Kitab yang mahu menjadikan kamu kufur selepas kamu
beriman, kerana perasaan dengki mereka terhadap kamu dan selepas kebenaran itu
telah diperjelaskan kepada mereka." ( Baqarah : 109)

16
16. Sila rujuk Dr Ahmad Ghorab, op cit. hlm:61­63.  

17
17. Dr. Ghazali Basri, op cit. hlm. 50.                     

18
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

"Dan golongan Yahudi serta ahli kitab tidak akan merasa senang selama-lamanya dengan
kamu selagi kamu tidak mengikut agama mereka. Katakanlah pertunjuk itu dari Allah dan
dariNyalah pertunjuk yang benar. dan jika kamu mengikut kehendak mereka ini selepas
diberikan pertunjuk dari kamu, ingatlah sesungguhnya Allah tidak akan menjadi penolong
kamu serta pelindung." ( Baqarah : 120)

Oleh : Ust Abd Ghani Bin Shamsuddin


Dr .Syed Azman Bin Syed Ahmad
Universiti Malaya,
Petaling Jaya,
11 Sept 1996,

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000

19

You might also like