You are on page 1of 13

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 5 SESI 2013


BMK3043 SENI MENGARANG
TUGASAN 2

TAJUK ESEI ILMIAH

ANALISIS TEKS KARYA KLASIK MELAYU DARI ASPEK GAYA BAHASA HIKAYAT MALIM DEMAN

SEDIAKAN OLEH NAMA NOOR AZMILI BIN MOHD PITTLI NO. MATRIK D20102040971

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI01 (A 122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: ABU HASSAN BIN ABDUL TARIKH SERAH: 30 APRIL 2013

KANDUNGAN BIL PERKARA 1 2 3 4 PENDAHULUAN DEFINISI GAYA BAHASA CONTOH-CONTOH GAYA BAHASA ANALISIS TEKS KARYA KLASIK MELAYU DARI ASPEK GAYA BAHASA HIKAYAT MALIM DEMAN 5 6 RUMUSAN RUJUKAN

1.PENDAHULUAN Zaman pengunaan bahasa Melayu Klasik melingkungi zaman antara abad ke 14 hingga abad ke 19 Masihi. Zaman permulaannya ditandai dengan prasasti Terengganu (Batu Besurat Terengganu ) yang bertarikh pada 702 H. bersamaan dengan tahun 1303 M. Zaman bahasa Melayu klasik menempuh kemajuan yang pesat berbanding dengan zaman bahasa Melayu kuno. Pada masa ini perkembangan ilmu pengetahuan dan kegiatan intelektual dalam bahasa Melayu mencapai tahap yang tinggi. Pada akhir abad yang ke-16 M, umpamanya, sudah lahir hasil-hasil karya falsafah tasawwuf dalam bahasa Melayu. Bahkan pada awal abad ilmu-ilmu agama yang lain khususnya seperti polemik yang dilakukan oleh Hamzah Fansuri, Syamsudin Pasai, Nurudin Al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel. Kelahiran hasil-hasil karya yang bersifat intelektual ini berpunca daripada pengaruh Islam.

Banyak hasil karya yang berbahasa Melayu yang bersifat falsafah dan agama setelah wujud pengaruh Islam. Dari sejak itu perkembangan ilmu pengetahuan terutama tentang agama dan pentadbiran begitu pesat berkembang dalam bahasa Melayu. Lantara itulah maka bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama di Asia Tenggara untuk urusan pengembangan agama Islam bahkan ia menjadi salah satu di antara enam bahasa dunia Islam iaitu Arab, Parsi dan Hindi.

2. DEFINISI GAYA BAHASA Gaya bahasa adalah susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Zaba mentakrifkan gaya bahasa sebagai rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunan atau bentuk perbahasannya. Terdapat dua jenis gaya bahasa, iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Setiap jenis itu dapat dibahagikan kepada gaya Melayu betul dan gaya bukan Melayu. Ungkapan terlalu sakit dan rumahnya adalah antara contoh gaya Melayu betul. Ungkapan ini sebagai gaya bahasa bukan Melayu atau bahasa pasar disebut banyak sakit dan dia punya rumah. Zaba menegaskan, gaya cakap mulut itu termasuk loghat. Ciri gaya cakap mulut ialah penggunaan perkataan terpotong seperti tak, nak, ni, dan dek dan kok; dan sebutan basahan seperti jugak dan pulak. Gaya cakap mulut ini digunakan sebagai cakap ajuk dalam karangan.

Bagi gaya bahasa surat, Zaba mengatakan susunannya lebih lanjut daripada bahasa cakap mulut, anggota-anggota ayatnya lebih lengkap, dan perbahasannya lebih tinggi atau halus, serta banyak memakai perkataan-perkataan dan rangkaian perkataan yang janggal bunyinya dalam percakapan mulut. Antara perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam gaya bahasa surat termasuklah bahawasanya, sesungguhnya dan oleh sebab itu. Bahasa cakap mulut yang berubah apabila dijadikan bahasa surat pula termasuklah kok (menjadi jikalau), tak ada (menjadi tiada) dan terlampau (menjadi terlalu).

3. CONTOH-CONTOH GAYA BAHASA 1.aliterasi pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata. 2.anafora pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya secara berturutan agar memperoleh kesan tertentu. 3.analogi persamaan sebahagian ciri antara dua benda atau hal yang dapat dipakai untuk dasar perbandingan. 4.antitesis penggunaan kata atau ungkapan dalam frasa, ayat dan sebagainya untuk mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yang seimbang. 5.asonansi pengulangan bunyi vokal yang sama dalam deretan kata. 6.Bahasa Arab perkataan perkataan Arab yang diterapkan ke dalam prosa bagi memberikan kesan yang berbeza. 7.bahasa berirama ungkapan puitis yang dapat menimbulkan kesan yang mendalam tentang sesuatu peristiwa. 8.Bahasa Inggeris street fighter, superman, street soccer, futsal, supermarket, suspense. 9.bahasa istana bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja.

10. bahasa kiasan penggunaan kiasan untuk meningkatkan kesan atau pemerian.

11.bahasa klasik penggunaan perkataan perkataan Melayu klasik seperti sebermula, syahadan. 12.diksi pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama dan puisi. Diksi yang baik terlihat pada a. pemilihan kata yang tepat b. penggunaan kata yang munasabah c. penggunaan kata yang jelas dan khusus. Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat. 13.epifora pengulangan kata kata di akhir baris puisi untuk penegasan. 14.hiperbola gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih lebihan. 15.hybrid penyatuan dua kata menjadi satu kata. 16. inversi pembalikan kata kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim 17.istilah sains dan teknologi virus, skrin LC, karbonit, asid. 18.metafora pemakaian kata kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang sebenarnya (sebagai kiasan) dengan menggunakan dua kata berunsur konkrit dan abstrak. 19.paradoks penyataan yang kelihatan bertentangan (menggunakan unsur positif dan negatif dalam satu baris) tetapi kenyataannya mengandung kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.

20.pengulangan - pengulangan kata, ungkapan, baris atau rangkap 21.peribahasa / simpulan bahasa / perumpaan melukut di tepi gantang, darah daging.

22.personifikasi pemberian sifat sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh tumbuhan, keadaan atau peristiwa.

23. repitisi / repitasi pengulangan kata pada baris yang sama bagi menunjukkan penegasan yang dikehendaki.

24. responsi pengulangan kata di tengah baris

25. simile perumpamaan atau sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata seperti, bagai, umpama, dan macam. ] 26. simplok pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama 27. sinkope / sinkof penggunaan singkatan kata (biasanya dalam cerpen dan novel) seperti tak, nak, ni, dan dah.

28. Imbas kembali - Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. - Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman. 29. Imbas muka - Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. - Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.

4. ANALISIS TEKS KARYA KLASIK MELAYU DARU ASPEK GAYA BAHASA HIKAYAT MALIM DEMAN Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, cerita-cerita penglipur lara memiliki beberapa ciri tersendiri yang tidak terdapat pada bentuk-bentuk yang lain. Di antarnya ialah keistimewaan gaya bahasanya. Gaya bahasa cerita-cerita penglipur lara Melayu dapat dibahagikan kepada dua, iaitu prosa dan puisi. Mungkin kewujudan gaya bahasa begini membawa keistimewaankeistimewaan tertentu pula. Pertama, mungkin untuk mewujudkan identiti sendiri. Kedua, mungkin juga untuk mewujudkan suasana yang lebih seronok apabila pembaca-pembacanya dapat menikmati ketangkasan pencerita berubah dari naratif prosa kepada puisi, tidak akan menimbulkan kebosanan walaupun berjam-jam membacanya. Ini terutamanya apabila dikaji, didapati sesuatu peristiwa tertentu yang di dalam bentuk puisi terdapat juga pada cerita-cerita penglipur lara yang lain. Contohnya gambaran hari nak siang terdapat pada Hikayat Malim Demand an Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Begitu juga gambaran-gambaran lain seperti menyabung ayam dan jamuan, petanda kelahiran seorang putera besar atau gambaran pertikaman antara wira dengan musuhnya, adalah lumrah terdapat pada hikayat-hikayat berlainan. Hal persamaan yang diterangkan di atas jelas menunjukkan adanya keseragaman dan gambaran. Ini juga menguatkan lagi pendapat bahawa pencerita-pencerita dahulu kala tidak mempunyai hak cipta ke atas sesuatu cerita yang dicipta. Hikayat Malim Deman banyak sekali memberi ganbaran-gambaran tertentu yang amat menarik serta mudah untuk diingati. Puisi-puisi tradisionalnya ini terdiri dari gurindam, seloka, pantun dan syair. Pada halaman pertama sahaja telah diturunkan pantun lapan kerat sebagai pengenalan cerita: Bukan teluk parang-parang, Anak ketam di dalam padi, Telutuh dilepuh-lepuh, Enayang di balim rumah; Bukannya makhluk barang-barang, Cucu Adam sepian nabi, Turun di langit yang ketujuh,

Jadi khalifah pada Allah.

Begitu juga terdapat pantun kasih empat kerat pada halaman 5 dan 9. Selain daripada pantun, yang paling lurah diperturunkan adalah gurindam seperti: Gurindam hari hendak siang Gurindam menghadap sembah Gurindam pemanggil rakyat Gurindam kedatangan rakyat Gurindam raja santap Gurindam panau raja - halaman 4 - halaman 8 - halaman 11 - halaman 11 - halaman 14 - halaman 23

Terdapat beberapa lagi gurindam yang ada fungsi-fungsi tertentu untuk menggambarkan sesuatau peristiwa yang ditentukan juga. Sebagai contoh diturunkan Gurindam Menghadap Sembah yang menggambarkan betapa tertib dan hormatnya rakyat jelata dahulu ketika menghadap tuanku sultan. Dari jauh menjunjung dulu, Sudah dekat langsung menyembah, Terangkat kadam jari sepuluh, Kuncup bagai salur bakung, Jari seperti susunan sireh, Berleher lembut berlidah fasih, Menundukkan batu otak kepala Pemilihan kata oleh penulis juga amat tepat dan teliti. Gerak laku yang digambarkan sangat tertob, lembut dan jelas kepada kita. Begitu juga dengan lenggang-lenggok tangan, jari, leher dan kepala seolah-olah menggambarkan gerak seni yang tidaj mudah untuk digurindamkan secara terperinci dan berseni pula. Inilah satu-satunya keistimewaan setiap gambaran yang

digurindamkan oleh pencipta dahulukala. Lihat juga Gurindam Hari Nak Siang untuk meneliti liuk lenggok bahasa berirama yang indah malah mempesonakan. Di samping gurindam, pantun dan syair, perumpaan juga diselitkan di beberapa perenggan cerita. Sireh pulang ke gagangnya, Pinang pulang ke tampuknya, Kuah tumpah ke nasinya, Harta pulang ke empunya; Terdapat juga keadaan yang agak menggelikan hati pembaca di zaman moden ini, ada gambaran yang tidak dapat lagi kita terima sebagai sesuatu keindahan estetik. Contohnya, penulis menggamabarkan raja bermandi limau; Sekali digosoknya, Dua tiga panau tercelik; Sekali digosoknya, Tiga empat panau tercelik; Hilanglah cahaya matahari, Timbullah cahaya Malim Deman. Pada zaman sekarang, panau adalah sejenis penyaki kulit yang sepatutnya disembunyikan kerana memalukan tuan badan. Pada orang dahulukala, tompok-tompok panau itu adalah keindahan atau suatu bentuk daya estetik yang dibanggakan pula. Pada zaman ini, ia adalah sesuatu yang sukar diterima. Pembaca mungkin tersenyum apabila membacanya pula. Pada pencerita dahulukala hal itu tidak serupa penerimaannya dengan kita sekarang. Oleh iru, kita tidak boleh mengatakan bahawa gurindam itu adalah salah. Keadaan yang digunakan pada waktu itu sudah tentu berbeza dengan keadaan sekarang. Situasi indah pada waktu dahulu tidak semestinya indah pada zaman sekarang. Sama juga dengan hal sebaliknya bahawa yang buruk masa dahulu mungkin telah diterima kini sebagai sesuatu yang baik. Setiap kali kita membuat tafsiran, kita mestilah kembali kepada tiga aspek penceritaan yang penting supaya tidak tersalah tafsir. Ketiga-tiga hal itu ialah latar masyarakat, zaman

cerita dihasilkan dan latar tempat cerita itu. Dalam hikayat ini, ia terjadi di bumi dan di kayangan. Masyarakat yang terlibat terdiri daripada manusia dan jin sedangkan zamannya tidak diketahui, setakay menyebut zaman dahulukala. Oleh sebab itu, kita memahami struktur ayatserta penggunaan perkataan yang agak lamayang tidak digunakan secara meluas kini dan mungkin sukar diberikan ertinya oleh orang-orang yang tidak begitu arif mengenainya. Selain daripada gurindam, bentuk nyanyian juga didapati dalam HIkayat Malim Deman. Nyanyian yang dimaksudkan adalah juga baris-baris puisi yang khusus dinyanyikan pada ketika-ketika tertentu, misalnya mendodoikan putera raja yang hendak ditidurkan atau memujuk putera raja yang sedang menangis ketika hendak dimandikan. Kedua-dua hal ini dinyatakan sebagai nyanyian ada bersiram dan nyanyian raja naik buaian. Nama lagu ketika naik buaian ialah Tetak Seranting, antaranya seperti berikut: Tetak seranting buatkan kolek, Buat pagar bunga di taman; Tuanku putera yang kecil molek, Putera Tuanku Malim Deman.

Buat pagar bunga di taman, Ikat dengan rotannya getah; Putera Tuanku Mali Deman, Seisi negeri menjunjung perintah.

Nyanyian di atas sebenarnya adalah pantun berkait. Ia mempunyai tujuh rangkap. Hikayat Malim Deman juga menggunakan penceritaan secara prosa, malah itu yang lebin banyka daripada puisi. Daripada naratif prosa itu, penggunaan Bahasa Melayu lama tetap ada, sama ada dalam bentuk susunan ayat mahupun pemilihan kata-kata. Daftar Kata di bahagian belakang teks Hikayat Malim Deman itu sangat memberi manfaat kepada pembaca. Kata-kata lama yang jarang-jarang digunakan sama ada dalam pertuturan atau tulisan kini, yang terdapat dalam hikayat ini, dijelaskan di situ.

Gaya bahasa yang digunakan amat mudah serta berterus terang. Bahasa berkias dan ibarat tidak digunakan. Secara perbandingan, memahami sebuah novel yang plotnya

berlapis-lapis jauh lebih sukar daripada memahami Hikayat Malim Deman ini kerana bahasanya yang mudah, gaya penceritaan terus terang dan plot ceritanya mudah diikuti dari mula hingga akhir.

RUMUSAN Pada kesimpulannya, menjadikan bahan teks klasik sebagai agen bagi memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap teks klasik memang wajar. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan teks klasik dapat membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa. Teks klasik dapat digunakan untuk meningkatkan dan menggalakkan pembelajaran bahasa. Nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi semantik mahupun pragmatik. Bahasa merupakan akal budi sesuatu bangsa. Kemajuan bahasa menjadi lambang dan cermin kemajuan bangsa dan negara. Melalui bahasa dapat dikenal pasti alur pemikiran, budaya dan sastera sesuatu bangsa .Bahasa mempunyai pertalian yang begiturapat dengan pola pemikiran sesebuah masyarakat kerana bahasa berperanan sebagai penggemblengan jati diri budaya yang diwartakan melalui sastera. Realiti ini telah ditemui dan dihadapi oleh bahasa Melayu sebelum dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan dan komunikasi.

RUJUKAN 1) Lutfi Abas. (1995). Kritikan Karya Sastera : Keindahan Ragam-Ragam Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 2) Sulaiman Masri. (1990). Penulisan dalam Bahasa Malaysia Baku. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 3) Modul Seni Mengarang (2012). Dr Abu Hassan Abdul, phD, Dr Abd Rashid Md. Idris, phD, Pusat Pendidikan Luar University Pendididkan Sultan Idris, Tanjung Malaim, Perak Darul Ridzuan.

You might also like