You are on page 1of 18

TAJUK 4 SISTEM SAPAAN

SINOPSIS Tajuk 4 menjelaskan sistem sapaan bahasa Melayu kepada pelajar iaitu kata panggilan dalam keluarga dan kata panggilan dalam masyarakat serta panggilan hormat dalam majlis rasmi.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan sistem sapaan dalam masyarakat Melayu; menyatakan kata panggilan dalam keluarga dan masyarakat; memberi contoh panggilan hormat dalam majlis rasmi.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

SISTEM SAPAAN

KATA PANGGILAN DALAM KELUARGA

KATA PANGGILAN DALAM MASYARAKAT

PROTOKOL PANGGILAN DALAM MAJLIS RASMI

KANDUNGAN ISI

a. Bahasa Sapaan Apakah maksud bahasa sapaan ? Dalam komunikasi seharian , seseorang itu akan menggunakan perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang lain. Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan ataupun tidak, boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap. Masyarakat menggunakan perbendaharaan kata serta ungkapan yang dikatakan bahasa sapaan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi. Bahasa sapaan itu pula berkait rapat dengan kata ganti nama diri. Penggunaannya juga mesti sesuai dengan struktur masyarakatnya. Ada ketikanya, bahasa sapaan mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dilawan bercakap. Kesimpulannya, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar. Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan. Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal mempunyai system sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa. b. Kata Ganti Diri dan Sapaan dalam Keluarga

Penggunaan nama-nama panggilan kekeluargaan dan bahasa sapaan mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan serta kedudukannya dalam masyarakat amnya. Keluarga Sedarah Keluarga sedarah ialah keluarga yang terdiri daripada saudara-saudara sedarah dalam beberapa generasi. Kata ganti diri dalam sesebuah keluarga sedarah ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/ perut dan keluarga turun-temurun. i. Keluarga asas

PANGGILAN

KEDUDUKAN DALAM KELUARGA

Bapa, ayah, abah, bapak, ba, walid

Ketua keluarga lelaki

Emak, mak, ibu, bu, umi, encik, wan

Ketua keluarga perempuan

PANGGILAN Long Ngah Lang Uda Andak Teh Busu

KEDUDUKAN DALAM KELUARGA Anak sulung / anak pertama Anak kedua Anak ketiga Anak keempat Anak kelima Anak keenam Anak Bongsu / anak terakhir

CARA MENYEBUT Bang Long, Kak long Bang Ngah, Kak Ngah Bang Lang, Kak Lang Bang Uda, Kak Uda Bang Andak, Kak Andak Bang Teh, Kak Teh Busu, Kak Su

PANGGILAN

KEDUDUKAN DALAM KELUARGA Ahli lelaki yang tua dalam keluarga

CARA MENYEBUT

Abang

Abang serta nama Contoh : Abang Ali atau Bang Li

Kakak

Ahli perempuan yang tua dalam keluarga

Kakak serta nama Contoh : Kakak Fatimah atau Kak Timah

Adik

Ahli lelaki / perempuan yang muda dalam keluargu

Adik serta nama Contoh : Adik Rozita atau Adik Ita Adik Azlan atau Adik Lan

ii.

Keluarga Suku / Perut

Keluarga suku atau keluarga perut terdiri daripada ahli-ahli keluarga sebelah ibu atau bapa dalam keluarga asas. Kata ganti diri atau bahasa sapaan bagi ahli-

ahli dalam keluarga jenis ini, sama ada bapa atau emak saudara daripada sebelah bapa atau emak, adalah berdasarkan bahasa sapaan yang digunakan dalam keluarga asas juga.

KELUARGA ASAS Bang Long / Kak Long Bang Ngah / Kak Ngah Bang Lang / Kak Lang Bang Uda / Kak Uda Bang / Kak Andak Bang Teh / Kak Teh Bang Busu / Kak Su

KELUARGA SUKU / PERUT Pak Long / Mak Long Pak Ngah / Mak Ngah Pak Lang / Mak Lang Pak Uda / Mak Uda Pak Andak / Mak Andak Pak Teh / Mak Teh Pak Busu / Mak Busu

PANGGILAN Abang sepupu

GELARAN Sepupu selari lelaki

CARA MENYEBUT Abang + nama Contoh : Abang Ali Kakak + nama Contoh : Kak Lili

Kakak sepupu

Sepupu selari perempuan

Bapa saudara Sepupu lelaki kepada ibu atau Sama seperti sepupu bapa panggilan kepada saudara kandung sebelah ibu atau bapa. Contoh : Pak Ngah atau Pak Ngah Salim Emak saudara Sepupu perempuan kepada ibu Sama seperti sepupu dan bapa panggilan kepada saudara kandung sebelah bapa atau emak. Contoh : Mak Lang atau Mak Lang Kiah Anak sepupu Anak saudara sepupu ( lelaki / Bahasa sapaan nama ( perempuan) tidak mengira umur ) Contoh : Milah, Ahmad Cucu saudara lelaki / perempuan Bahasa sapaan nama (

Cucu saudara

PANGGILAN

GELARAN

CARA MENYEBUT tidak mengira umur) Contoh : Amin Hasnah

iii)

Keluarga Turun-temurun Keluarga turun-temurun ialah keluarga keturunan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain iaitu anak, cucu, baka zuriat ( Teuku Iskandar, 1970: 1304 )

PANGGILAN

GELARAN

CARA MENYEBUT

Onyang, moyang

Generasi yang lebih tua sama Moyang , onyang ada lelaki/ perempuan sebelum Datuk, tok , tok wan

Datuk, tok, tok Generasi lelaki wan keluarga asas

Mak tok, nenek, Generasi perempuan Mak tok, nenek, opah, wan sebelum keluarga asas opah, wan Datuk saudara Saudara lelakisebelah nenek kandung Datuk, tok datuk dan

Nenek saudara

Saudara kandung perempuan Nenek, nek, datuk, sebelah datuk dan nenek tok Cucu lelaki / perempuan Nama cucu itu sendiri atau panggilan keluarga yang diberikan kepada cucu itu. Contoh : Bang Long Bang Ngah

Cucu

b.

Keluarga Semenda

Keluarga semenda ialah keluarga yang pertalian kekeluargaannya terbentuk menerusi perkahwinan. PANGGILAN GELARAN CARA MENYEBUT

Ayah/ mertua

emak Ibu bapa kepada suami atau Ayah, bapak/ ibu, isteri emak

Anak menantu

Suami atau anak sendiri

isteri

kepada Memanggil nama anak menantu tersebut

Ipar

Abang/ adik suami atau isteri

Abang serta nama Contoh: Abang Ali Panggilan Keluarga Contoh : Bang Long Panggilan keluarga serta nama : Alang Hamid Untuk adik dipanggil nama sahaja Contoh : Salleh

Ipar-duai / ipar- Sepupu suami atau sepupu Sama seperti kata lamai isteri sapaan bagi panggilan ipar.

Biras

Suami / isteri kepada abang / Sama seperti kata kakak / adik ipar sapaan bagi panggilan ipar Pasangan suami isteri Memanggil nama ( panggilan untuk isteri) Sayang Yang

Suami / isteri

PANGGILAN

GELARAN

CARA MENYEBUT Abang ( panggilan untuk suami ) Mengikut panggilan dalam keluarga Contoh: Along, Andak Ayah/ abah atau emak diikuti dengan nama anak. Contoh : Ayah Lizanya Mak Lizanya

c.

Keluarga Angkat Keluarga angkat ialah keluarga yang diakui seperti keluarga sendiri. Anak angkat boleh dibahagikan kepada tiga: i) Anak angkat benar Anak angkat benar ialah anak angkat yang tiada pertalian darah langsung dengan keluarga yang memeliharanya, tetapi dipelihara seperti anak kandung sendiri. Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan dalam keluarga sedarah. ii) Anak angkat panggilan Anak angkat panggilan ialah anak yang tidak ada pertalian darah dengan keluarga asas tetapi dianggap sebahagian keluarga sendiri. Contohnya, seseorang yang merantau. Oleh sebab kemesraannya dengan sesebuah keluarga jadilah dia anak angkat keluarga itu. Anak angkat ini akan memanggil ketua keluarga lelaki sebagai pak cik dan perempuannya ialah mak cik. iii) Anak angkat sementara

Seseorang anak yang tiada pertalian darah tetapi tinggal bersama keluarga angkat untuk satu jangka masa tertentu dengan tujuan tertentu dipanggil anak angkat sementara. Contohnya, projek anak angkat. Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan bagi keluarga sedarah. d. Kata Ganti Diri dan Sapaan dalam Masyarakat Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Kata ganti diri dan sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan kepada faktor umur, pangkat atau status dalam masyarakat. i) Kata ganti diri dan sapaan berdasarkan umur dalam pergaulan biasa
UMUR Lebih tua daripada penutur / separuh umur KATA GANTI DIRI Pak, pak cik, mak, mak cik

HUBUNGAN Erat

Lebih erat

Lebih tua daripada penutur / separuh umur

Pak cik + nama Pak + nama Contoh : Pak Man Mak cik + nama Mak + nama Contoh : Mak Munah

Kurang rapat

Jauh lebih tua daripada penutur

Tok + nama Contoh : Tok Man

Rapat

Jauh lebih tua daripada penutur

Tok + gelaran pangkat dalam keluarga Contoh : Tok Cik Nek + gelaran pangkat dalam keluarga Contoh : Nek Ngah

Rapat

Lebih tua daripada penutur

Abang + nama Contoh : Abang Zaki Kak + nama Contoh : Kak Tijah

Rapat

Lebih muda daripada penutur

Nama sahaja ( jika diketahui namanya) Kalau tidak tahu digunakan panggilan adik sahaja.

Rapat

Sebaya

Nama sahaja

Kurang rapat

Sebaya

Saudara ( lelaki ) Saudari ( perempuan)

Bahasa sapaan berdasarkan pangkat atau status seseorang dalam masyarakat.


ii)

Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan. Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara ahli masyarakat itu. Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial. Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau status seseorang itu, pembahagian dibuat seperti berikut: a. b. c. d. e. Gelaran pergaulan tak sengaja Gelaran warisan Gelaran kurniaan kerajaan Gelaran kurniaan ikhtisas Gelaran keagamaan ( Asmah Hj. Omar, 1982) a. Gelaran Pergaulan Tak Sengaja ( formal) Pergaulan tak bersahaja ( formal ) dimaksudkan sebagai pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan sosial disebabkan si penyapa tidak begitu kenal antara satu sama lain.

Kata

ganti

diri

Orang yang ditujukan

sapaan

Tuan

Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur ( dari segi status pekerjaan ) Dirujuk kepada orang yang menjadi Pengerusi Majlis. Contoh : Tuan Pengerusi Majlis Digunakan bersama nama / jenis jawatan Contoh : Tuan Pengetua Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doktor. Contoh : Tuan Hakim Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam sesuatu upacara rasmi. Contoh : Tuan-tuan sekalian Pemilik harta. Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai Orang yang bergelar seperti Haji, Profesor Contoh : Tuan Haji Shukor, Tuan Profesor

Encik

Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur.

Puan

Orang perempuan yang sudah berkahwin Orang perempuan yang memegang jawatan Contoh : Puan Pengetua Pengerusi sesuatu upacara atau majlis Contoh : Puan Pengerusi Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara rasmi

Contoh : Puan-puan sekelian

Cik

Orang perempuan yang belum berkahwin Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur

Saudara ( lelaki)/ Saudari (perempuan)

Orang yang baru dikenali Kaki tangan bawahan atau setaraf dengan penutur Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis Digunakan perdebatan dalam mesyuarat dan majlis

b.

Gelaran Warisan Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak kelahirannya seperti:

GELARAN / BAHASA SAPAAN Tengku, Raja ( Engku) Engku Megat ( Encik Megat) Syed ( Tuan Syed ) Wan ( Encik Wan / Cik Wan) Nik ( Pak Nik ) Abang ( Sarawak) Abang (Brunei) Dayangku ( Brunei) c. Gelaran Kurniaan Kerajaan Gelaran kurniaan kerajaan adalah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa.

GELARAN

BAHASA SAPAAN

Tun Toh Puan Tan Sri Puan Sri Datin Paduka

Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan, Puan , Encik atau Cik kecuali mereka mempunyai gelaran lain seperti Doktor , Profesor , Tengku , atau Haji. Contoh : Tun Dr. Ismail Tan Sri Tengku Ahmad

d.

Gelaran Kurniaan Ikhtisas Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional.

GELARAN

BAHASA SAPAAN

Profesor Doktor Cikgu Ustaz

Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka. Contoh : Seseorang guru agama dipanggil Ustaz Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor. Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor

e.

Gelaran Keagamaan Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam, terdapat beberapa gelaran bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan.

GELARAN Haji Hajah

BAHASA SAPAAN Tuan Haji / Pak Haji Osman Puan Hajah / Mak Hajah Esah Cik Haji ( bagi lelaki / perempuan ) Tuan Imam Pak Lebai

Imam Lebai

Protokol Komunikasi protokol melibatkan penggunaan kata sapaan , adab berbual, penggunaan bahasa istana dan panggilan hormat. Panggilan hormat yang dikuatkuasakan penggunaannya dalam ucapan rasmi atau pengacaraan bagi sesuatu majlis adalah berdasarkan : Gelaran Diraja Gelaran Turun temurun Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran Gelaran Kurniaan Ikhtisas Gelaran Keagamaan

Protokol Panggilan Hormat

Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Tuanku .( nama ) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku .( nama ) Duli Yang Maha Mulia Sultan .( nama ) Duli Yang Maha Mulia Almutawakkil Alallah ( nama ) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan .. ( nama )

Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara negara Asing / Duta Besar / Duta / Pesuruhjaya Tinggi

Tuan Yang Terutama

Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di- Hilir Perak Duli Yang Teramat Mulia Tuanku ( nama ) Duli Yang Amat Mulia Tuanku ( nama ) Yang Amat Mulia Undang ( nama ) Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku ..( nama )

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Besar / Ketua Menteri/ Menteri-menteri/ Timbalan Menteri/ Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri/ Pegawai/ Kaki tangan Kerajaan

Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Mulia Yang Berhormat Yang Berhormat Mulia Tuan Yang Dipertua

Yang Mulia Tuan Yang Dipertua Yang Berhormat Senator Yang Berhormat Mulia Senator

Tun/ Toh Puan/ Kerabat Diraja/ Syed/ Syarifah

Yang Amat Berbahagia Yang Amat Mulia Yang Mulia

Ketua Hakim Negara/ Hakim Besar/ Hakim

Yang Amat Arif Tuan Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Tengku.. Yang Arif Tuan Hakim Besar/ Tuan Hakim

Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk Seri/ Datin Seri/ Datuk Patinggi/ Datin Patinggi/ Datuk/ Datuk Amar/ Datin/ Datin Paduka

Yang Berbahagia Yang Mulia ( untuk kerabat diraja )

Mufti/ Kadi/ Haji/ Hajah

Yang Berbahagia Tuan Mufti Sahibussamahah Tan Sri/ Datuk Mufti ..( nama ) Yang Mulia ( kerabat diraja ) Yang Mulia Tuan Haji Yang Mulia Puan Hajah

Ketua Pengarah/ Pengarah/ Setiausaha/ Setiausaha Agung/ Pengurus Besar / Pengurus

Yang Berbahagia

Residen/ Pegawai Daerah/ Penghulu/ Orang Kaya-kaya/ Sidang

Yang Berbahagia

Ustaz/ Ustazah/ Imam/ Pengetua/ Guru Besar/ Pemangku Ketua

Yang Berbahagia

Syed/ Syarifah/ Profesor/ Profesor Madya/ Drs/ Dra/ Encik/ Nik/ Wan/ Abang/ Megat/ Meor/ Ahmad/ Cik/ Puteri/ Pengerusi Majlis

Yang Mulia Tuan Syed Yang Berbahagia Tuan.. Yang Mulia Cik Yang Mulia Tuan/Puan Pengerusi

Latihan 1 Dengan merujuk bahan multimedia, jelaskan bagaimana sistem sapaan dalam keluarga dan masyarakat dapat melahirkan keluarga bahagia dan masyarakat harmoni.

Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan seterusnya.

Latihan 2 Dengan sokongan bahan grafik, buat simulasi tentang protokol panggilan hormat dalam majlis rasmi.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

TAMAT

Rujukan: Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdull Sukor Shaari et al. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong: PTS Publications. Amat Johari Moain. (1992). Panduan Utamakanlah Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noresah Baharom et al. (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid. (2005, Jun). Konsep kesantunan dalam

masyarakat Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Jilid 3 Bil. 1: 112-128.

You might also like