You are on page 1of 1

2. (a) Mengapakah Nabi Muhammad S.A.W bertindak membuka semula Kota Makkah pada tahun 630 Masihi ?

Pada tahun 630 Masihi , orang Quraisy telah mencabuli salah satu syarat Perjanjian Hudaibiyah . Kaum Quraisy telah membantu Bani Bakar untuk menyerang Bani Khuzaah yang merupakan sekutu Islam . mereka telah membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam. Peristiwa ini telah memberikan kesempatan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk menyerang Kota Makkah. Pembukaan Kota Makkah adalah strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam . Kedudukan agama Islam akan bertambah mantap jika Makkah dapat ditakluki. (b) Jelaskan kepentingan pembukaan Kota Makkah ? Pembukaan Kota Makkah merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam . Ramai orang Quraisy memeluk Islam . Kota Makkah telah muncul sebagai kota suci orang Islam hingga ke hari ini. Pengislaman Abu Sufian dan Abbas merupakan faktor penting yang memudahkan Kota Makkah dikuasai oleh orang Islam . Nabi Muhammad S.A.W juga telah memberikan jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung semasa pembukaan Kota Makkah. Setelah berjaya menguasai Kota Makkah, Nabi Muhammad S.A.W telah tawas sebanyak 7 kali megelilingi Kaabah dan kemudian telah berpidato kepada umat Islam dengan membacakan ayat al-Quran yang menekankan kepentingan perpaduan diamalkan dalam sesebuah masyarakat pelbagai bangsa. Nabi Muhammad S.A.W telah menunjukkan sifat pemaafnya terhadap orang Arab Quraisy yang memberikan kejayaan penyebaran Islam seterusnya. Pembukaan Kota Makkah telah menyebabkan Kaabah telah terpelihara daripada unsur-unsur Jahiliah . Semua berhala yang terdapat di sekeliling Kota Makkah telah dimusnahkan dan digantikan dengan agama menyembah Allah yang Maha Esa. (c) Apakah perbezaan yang terdapat pada pembukaan Kota Makkah dengan peristiwa kemerdekaan tanah melayu 1957? Pembukaan Kota Makkah melalui operasi ketenteraan . Pelubuhan Persekutuan Tanah Melayu melalui rundingan. Pembukaan Kota Makkah cuba menguasai kawasan agama yang penting. Kemerdekaan Tanah Melayu ialah proses memerdekakan tanah air.

You might also like