You are on page 1of 8

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

HST 327/3
ISU-ISU DALAM SEJARAH AWAL ASIA TENGGARA

Kerajaan Awal Tanah Besar Asia Tenggara – “Kemajuan dan Kemunduran Kerajaan
Angkor ditentukan oleh pengenalan konsep Devaraja”. Sejauh manakah anda bersetuju
dengan penyataan di atas.

Kerajaan Angkor
Angkor ialah nama yang digunakan untuk merujuk kepada suatu kawasan di Kemboja
yang merupakan pusat pemerintahan empayar Khmer yang berkuasa di antara abad ke-
9 dan abad ke-15 Masihi. Kerajaan Angkor menerima pengaruh Hindu-Buddha. Raja
Angkor dianggap sebagai Devaraja yang mempunyai kuasa mutlak.
 Raja dibantu oleh kerabatnya dalam menjalankan tugas pentadbiran. Pembinaan
baray menjadikan kerajaan Angkor mendapat hasil pertanian yang lumayan.
Kawasan pertanian terletak di tasik Tonle Sap. Ia dibina pada abad ke-10 Masihi.
Pusat pentadbiran ialah hilir Mekong.
 Jayavarman II (802-834) merupakan pemerintah yang mewujudkan semula
perpaduan untuk menubuhkan persekutuan Kemboja dan telah membina ibu
kotanya di utara Tasik Tonle Sap dan beliau juga merupakan pengasas Kerajaan
Angkor.
 Jayavarman II dinobatkan sebagai Devaraja (Tuhan raja) oleh seorang pendeta
Brahman. Di tahun-tahun berikutnya, Jayavarman berkali-kali memindahkan ibu
kotanya. Pada mulanya di Indrapura (sebelah timur Kampong Cham), kemudian
ke Wat Phou (sekarang Laos ujung selatan) dan terakhir di Rolous (dekat
Angkor).

Konsep Devaraja
 Konsep Devaraja adalah sebuah negara jelmaan dari alam dan ibu negerinya
adalah simbol keduniaan bandaraya syurga. Devaraja dipercayai orang dahulu
sebagai wakil dewa yang dihantar untuk memimpin manusia serta mempunyai
kuasa ajaib.
 Konsep Devaraja bermaksud kekuatan atau esensi kedewataan yang masuk ke
dalam diri raja sehinggakan raja tersebut dianggap terdapat suatu aspek tertentu
dari kewibawaan dewa. Mengikut konsep devaraja ini pemusatan kekuasaan
terhadap negara adalah di bawah kuasa raja. Raja dianggap menduduki status
yang tinggi, dikaitkan dengan dewi-dewi dari kayangan dan penjelmaan daripada
dewa Shiva, Vishnu dan Brahman. Konsep Devaraja menyebabkan seseorang
raja dipandang sebagai penitisan dewa (avatar) Siva atau Vishnu.
 Oleh kerana anutan atau pujaan ini diamalkan oleh kerajaan, maka seorang raja
yang suci dianggap sebagai orang perantaraan di antara Tuhan-Tuhan terutama
sekali Tuhan-Tuhan yang menguasai air dan kesuburan tanah dan pertuanan
sosial.
 Raja, sebagai pemerintah tertinggi dianggap sebagai raja tuhan (Devaraja). Raja
dianggap sebagai wakil tuhan di bumi atau God shadow on earth. Raja
berperanan membuat undang-undang, ketua tentera serta menjadi pemutus
segala hal. Tindakan raja tidak boleh dipersoalkan oleh orang lain terutamanya
rakyat tempatan.

1
Konsep Devaraja dalam Kemajuan dan Kemunduran Kerajaan Angkor

Kemajuan

a) Persetiaan kepada raja


 Keadaan ini dapat dilihat apabila rakyat jelata taat dan patuh kepada
pemerintahan raja. Hal ini kerana raja pada masa ini dianggap sebagai jelmaan
Tuhan. Oleh itu setiap tindakan yang diambil dan dibuat oleh raja adalah
dianggap suci dan mendapat restu daripada Tuhan.
 Pemerintahan seseorang raja itu juga dianggap adalah yang terbaik kerana
terdapatnya konsep Devaraja ini. Oleh itu rakyat harus patuh kepada
pemerintahan raja dan sanggup berkorban apa saja untuk memenuhi keperluan
dalam pemerintahan raja tersebut.
 Raja dianggap penuh suci, istananya tidak boleh diceroboh dan segala
pertuturannya merupakan undang-undang. Penghormatan rakyat kepada
institusi ini sangat tinggi dan raja juga menjadi tempat menaruh harapan kepada
segala masalah yang mereka hadapi.
 Pengaruh Devaraja terhadap rakyat menyebabkan segala dasar dan rancangan
raja untuk kepentingan negara dituruti dengan taat setia. Contohnya seperti
pembinaan monumen-monumen yang besar dan pembinaan sistem pengairan
yang sistemetik merupakan hasil tenaga kerja sepenuhnya daripada rakyat.

b) Mengukuhkan Kedudukan Raja


 Konsep Devaraja yang digunakan telah menyebabkan raja tersebut menjadi kuat
dan digeruni. Keadaan ini dapat dilihat apabila kerajaan Angkor telah berjaya
meluaskan kawasan jajahannya.
 Pembinaan banyak tempat beribadat juga menunjukkan bahawa kerajaan
Angkor pada masa ini merupakan kerajaan yang agung dan kekuatannya tidak
boleh dipertikaikan.
 Hasil seni binaan membuktikan bukan sahaja kegemilangan seni peradaban
tetapi juga untuk menunjukkan organisasi kerajaan yang kompleks dan saiz
tenaga buruhnya yang besar yang terletak dibawah pemerintahan raja yang
berwibawa.
 Hal ini kerana kemakmuran kerajaan itu dipercayai berkait rapat dengan
pemujaan terhadap dewa. Oleh itu kuil-kuil yang besar merupakan kemegahan
kerajaan dan telah dibina oleh setiap raja sebagai tempat perlindungannya.
 Sebagai contohnya, Suryavarman II telah membina Angkor Wat yang merupakan
bangunan keagamaan yg terbesar di dunia. Raja Suryavarman II membina
Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai
pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu, dengan itu menara
tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama
dalam binaan Angkor Wat.
 Selain itu di bawah pemerintahan Jayavarman VII telah terbinanya Angkot Thom
dengan temboknya sepanjang 10 batu, Bayon yang mempunyai banyak menara
dan lain-lain kuil yang tidak terkira banyaknya.

c) Mandat dari Dewa


 Konsep Devaraja telah menyebabkan raja dianggap sebagai perantaran antara
dewa dan rakyat jelata.

2
 Keadaan ini dapat dilihat apabila raja dianggap dapat berhubung denga dewa-
dewa yg membawa keuntungan kepada kerajaan Angkor seperti dewa yg
menguasai air dan tanah.
 Oleh kerana raja merupakan dewa yg berada di bumi dan mempunyai hubungan
yg baik dengan dewa-dewa, maka sistem pertanian dapat dijalankan dengan
baik. Keadaan ini telah menjadikan aktiviti pertanian sebagai satu ekonomi yg
penting. Pada masa ini kemajuan dalam bidang pertanian menyebabkan
kerajaan Angkor dapat mengekalkan pemerintahannya kerana mempunyai hasil
pertanian yang baik.
 Pada masa pemerintahan Suryavarman II, baginda telah berjaya meluaskan
kawansan jajahan Angkor sehingga menjadi sebuah kerajaan yg mempunyai
kawasan jajahan yang luas.

Kemunduran

a) Hilang Pegangan Terhadap Konsep Devaraja


 Kedatangan agama baru telah mengubah haluan di mana berlaku penentangan
terhadap sistem pemerintahan yang lama.
 Buddhisme Theravada telah diperkenalkan adalah berasaskan kepada amalan
bahawa keselamtan dan kesejahteraan seseorg individu itu bergantung kepada
usahanya sendiri.
 Keadaan ini telah meyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada konsep
Devaraja yg diperkenalkan dalam agama Hindu.
 Masalah agama telah menjadi masalah penting dalam empayar Angkor.
Keadaan ini dapat dilihat apabila golongan pemerintah menganuti agama Hindu
manakala kebanyakan rakyat jelata menganuti agama Buddha Mahayana.
 Semasa pemerintahan Suryavarman I, beliau mengamalkan dasar agama
secara bebas di mana agama Hindu dan agama Buddha dianuti secara meluas
pada masa itu.
 Pada abad ke-12 pegangan terhadap konsep Devaraja tidak lagi menjadi
keutamaan raja-raja Angkor. Tradisi agama Hindu telah diputuskan oleh
Dharanindravarman II yang menaiki takhta pada tahun 1150 kerana beliau
merupakan penganut agama Buddha Mahayana.
 Namun keadaan ini telah cuba diperbaiki oleh Jayavarman VIII sekitar tahun
1243 hingga tahun 1295, Beliau dipengaruhi kuat oleh Brahmin dan
mengambalikan semula agama Siva. beliau telah menolak agama Buddha
sepenuhnya. Demi mengekalkan konsep Devaraja dalam sistem pemerintahan,
beliau telah menghapuskan patung2 Buddha dan membina semula tempat
penyembahan agama Hindu. Pada masa ini ramai rakyat yg telah menganuti
agama Buddha.
 Tindakan raja yg ingin menghapuskan agama Buddha telah menyebabkan
berlaku perasaan tidak puas hati kepada sistem pemerintahan raja tersebut.
 Masalah agama yg berlaku dalam Kerajaan Angkor juga telah menyebabkan
sistem pemerintahan kerajaan Angkor menjadi lemah. Hal ini kerana berlaku
pergolakan di antara golongan pemerintah dgn golongan diperintah.
 Selepas Jayavarman VIII zaman, agama buddha Hinayana lebih diutamakan
dikalangan rakyat.
 Dinasti diraja tidak lagi mendapat penghormatan agama dari rakyat untuk
melaksanakan rancangan yang besar.

3
b) Pembinaan Wat
 Pembinaan wat adalah untuk melambangkan kekuatan seseorg raja tersebut.
Semakin banyak wat dibina semakin tinggi dan semakin kuat sesebuah kerajaan
tersebut.
 Namun begitu pembinaan wat ini telah membawa kesan negatif kepada
pembangunan Kerajaan Angkor itu sendiri. Keadaan ini dapat dilihat apabila
rakyat dikerah untuk membina wat tersebut. Selain itu rakyat juga dikehendaki
membayar cukai yg tinggi bagi menampung perbelanjaan pembinaan wat
tersebut.
 Rancangan pembinaan Jayavarman VII meliputi banyak lagi bangunan2 lain
selain dari Angkor Thom dan rumah berhala Bayon. Beribu-ribu kampung
ditugaskan untuk memelihara rumah berhala yang besar tersebut.
 Pembayaran cukai tersebut telah memberi tekanan kepada rakyat. Keadaan ini
akhirnya telah membawa kepada pemberontak rakyat terhadap raja yang
seterusnya membawa kepada kejatuhan Kerajaan Angkor.
 Keadaan ini dapat menunjukan bahawa konsep Devaraja yang diamalkan dalam
memerintahan kerajaan Angkor telah menyebabkan rakyat menderita dan
ditindas bagi memenuhi kehendak raja.

Faktor-Faktor lain dalam Kemajuan dan Kemunduran Kerajaan Angkor

Kemajuan

a) Pemerintah Yang Cekap


 Jayavarman II merupakan pengasas kepada kerajaan Angkor dan berjaya
menyatukan wilayah kerajaan pra-Angkor yang berpecah iaitu Chenla Darat dan
Chenla Air. Beliau telah mendirikan beberapa buah ibu kota di Indrapura, di
Hariharalaya, dan yang terakhir ialah di Mahendraparvata. Ibu kota ini menjadi
tempat untuk menempatkan rumah berhalanya dan sebagai panampan bagi
mempertahankan kerajaan daripada serangan musuh.
 Yasovarman I merupakan pemerintah Angkor yang dianggap mencapai kejayaan
gemilang kerana berjaya mengadakan pembekalan air yang cukup untuk ibu
kotanya. Sistem pengairan yang dibina adalah sangat teratur dengan terbinanya
tali air dan kolam-kolam air. Kekuasaan beliau adalah lebih luas daripada kuasa
Jayavarman. Tanah jajahannya sama luas dengan tanah jajahan kerajaan funan
semasa zaman pemerintahannya.
 Suryawarman II menjadi raja Angkor yang paling berkuasa dalam sejarah Khmer.
Beliau merupakan pengasas kepada pembinaan Angkor Wat. Ia merupakan satu
peninggalan agung seni bina Brahmin di Asia Tenggara. Usaha beliau
memerintahkan pembinaan hospital, rumah persinggahan dan memperbaiki
sistem saliran menyebabkan beliau digelar sebagai ‘bapa Sosialisme Buddha’.

b) Struktur Kerajaan Angkor


 Seluruh sistem kekuasaan dan kemakmuran kerajaan Angkor bergantung pada
wujudnya pengamalan tatacara sosial yang kuat, terbit daripada kultus yang
menganggap raja sebagai tuhan (wakli tuhan) Devaraja. Suryavarman I (1002-

4
1050) merupakan penganut Buddha-Ramayana namun masih mengekalkan
pemujaan Devaraja dalam pemerintahannya.
 Raja adalah penjaga undang-undang dan peraturan, pelindung agama dan
pembela tanah air daripada musuh-musuh luar. Disebabkan Raja begitu banyak
terikat dengan upacara-upacara keagamaan, tugas-tugas pentadbiran dijalankan
oleh oligarki kecil (kaum kerabat diraja dan keluarga2 pembesar agama) dengan
memegang jawatan penting.
 Struktur kerajaan merupakan penguasaan ke atas rakyat dan bukannya ke atas
tanah. Kerana tujuan penaklukan bukan untuk meluaskan tanah tetapi untuk
menambahkan bilangan penduduk. Contohnya : Suryavarman I, selepas
menawan kawasan, mereka melantik ketua-ketua kawasan yang ditawan
sebagai ketua wilayah di kawasan tersebut.
 Inspektor Diraja juga dilantik (Khlan Tamrvac Visaya) bagi menghubungkan
kawasan tersebut dengan kuasa pusat.

c) Ekonomi Padi & Sistem Pengairan Yang Cekap


 Perkembangan ekonomi dalam kerajaan Angkor yang membolehkan kerajaan
membina seni bina yang gemilang dari abad ke-10 hingga abad ke-13 adalah
sangat dipengaruhi oleh kewujudan sistem pengairan yang cekap.
 Kewujudan kawasan tali air memudahkan pembinaan monumen-monumen yang
besar kerana bahan-bahan pembinaan dapat dibawa terus dari kuari. Kawasan
tali air yang terbentang luas melebihi kawasan istana dan rumah-rumah berhala
mendorong penduduk untuk tinggal di kebanyakan tanah sepanjang tali-tali air.
 Keluaran hasil penanaman padi sebanyak 4 kali setahun membuktikan kejayaan
sistem pengairan kerajaan Angkor. Sistem pengairan atau Reseau Hydraulique
yang besar membolehkan air hujan yang banyak pada musim hujan dapat
ditakung dan digunakan semasa musim kemarau.
 Setiap satu daripada kolam binaan yang besar iaitu Baray boleh menampung 30
juta meter padu air dan lengkap dengan alat-alat untuk mengalirkan air pada
bila-bila masa yang dikehendaki.
 Kedudukan kerajaan Angkor yang yang medirikan ibu kota di kawasan yang
subur seperti di Tasik Tonle Sap memudahkan penduduk untuk menjalankan
aktiviti pertanian di kawasan tersebut dengan bantuan daripada kerajaan.

Kemunduran

a) Pemberontakan
 Dalam abad ke-11 kerajaan Angkor banyak menghadapi peperangan, Raja
Udayadityavarman II (1050-1066) terpaksa menghadapi 2 pemberontakan
pada zaman pemerintahannya. Sikap beliau yang hanya membina rumah
berhala Siva dan tidak mempedulikan tentang agama Buddha menyebabkan
timbulnya pemberontakan di bahagian barat laut.
 Jayavarman VI telah mengasaskan satu dinasti baru tetapi pada zaman
pemerintahannya penuh dengan kacau-bilau. Keluarga Harshavarman III telah
mengetuai satu pemberontakan di sebelah selatan. Pemberontakan berlanjutan
sehingga Suryavarman II menaiki takhta kerajaan dalam tahun 1113.

5
 Pada zaman pemerintahan Yasovarman II (1165-1166) 2 pemberontakan telah
meletus iaitu pemberontakan kaum tani dan satu lagi dipimpin oleh pembesar
bernama Tribhuvanadityavarman.
 Jayavarman (1188) juga menghadapi masalah yang sama. Selepas berjaya
menentang orang Campa, beliau merayakan hari pertabalannya di Angkor tetapi
negeri jajahan takluknya iaitu Malyang telah memberontak.
 Pemberontakan kaum petani telah berlaku kerana mereka banyak menanggung
beban yang diwujudkan oleh kerajaan seperti pengenaan cukai yang tinggi,
penggunaan tenaga petani yang besar untuk pembinaan kuil dan kempen-
kempen tentera.

b) Ancaman Orang Siam / Thai


 Kerajaan Thai pada mulanya terletak di bawah naungan raja Khmer di Angkor.
Tetapi kemudiannya cuba membebaskan diri dan meluaskan kawasan di Asia
Tenggara. Kelemahan kerajaan Angkor akibat pertikaian agama telah diambil
kesempatan oleh orang Thai untuk mengukuhkan kuasa mereka di Lembah
Menam.
 Sebuah kerajan Thai yang baru telah ditubuhkan dalam tahun 1350 dengan
Ayuthia sebagai ibu kota. Raja Thai iaitu Ramadhipati telah melancarkan 1
serangan ke atas Kemboja dan berjaya menawan Angkor. Harta kekayaan
dirampas dan ramai orang Kemboja dipaksa ke Siam untuk dijadikan hamba.
 Siam telah meletakkan raja boneka di atas takhta kerajaan kemboja dan
keadaan itu berterusan selama 7 tahun. Pada tahun 1357 orang Khmer berjaya
mengambil semula Angkor dan menghalau orang Siam keluar.
 Ancaman Siam muncul semula pada tahun 1383 berikutan perubahan
pemerintahan di Ayuthia. Serangan ini berlarutan sehingga setengah abad dan
akhirnya kerajaan Angkor ditawan dan dimusnahkan pada tahun 1431 oleh
kerajaan kerajaan Thai.
 Kekalahan kerajaan Angkor juga disebabkan oleh tindakan 2 orang pegawai dan
2 orang sami Buddha yang terkemuka yang telah belot menyebelahi musuh.

d) Kemunculan Doktrin Agama Baru


 Pertentangan berterusan telah berlaku antara 2 agama iaitu Hindu dan Buddha.
 Agama hindu yang menguatkan konsep devaraja telah digantikan dengan agama
Buddha Mahayana (Kenderaan Besar) pada abad ke-12 iaitu pada zaman
pemerintahan Draranindravarman II.
 Menjelang abad ke-13 agama buddha Hinayana (Kenderaan Kecil) telah menjadi
pegangan kebanyakan rakyat dan agama ini hanya pentingkan kesederhanaan
serta tidak berkehendakkan rumah berhala yang besar yang mahal. Sami-
saminya menggalakkan cara hidup yang mudah. Hal ini adalah bertentangan
agama yang dianuti raja-raja yang menjadikan pembinaan rumah berhala yang
besar sebagai sesuatu yang penting.
 Golongan Aristokrat Hindu cuba menyekat perkembangan agama Buddha.
Pengenalan agama Buddha Hinayana (kenderaan kecil) meruncingkan lagi krisis
dalam negera Khmer. Tahun 1336, raja (penganut Hindu) telah dibunuh kerana
menyekat perkembangan agama Buddha, dan pembunuhnya yang bernama
Chay telah berjaya menaiki takhta.

6
 Kultus Tuhan-raja telah dihapuskan dan gelaran Varman terhadap raja
digugurkan. Agama Buddha Sinhala dikekalkan dan dijadikan doktrin rasmi.
Manakala bahasa Sanskrit digantikan dengan bahasa Pali.

Kesimpulan

Kemajuan dan kemunduran kerajaan Angkor memang berkait rapat dengan konsep
Devaraja. Keadaan ini dapat dilihat apabila raja dianggap sebagai jelmaan Tuhan di
bumi. Hal ini juga telah menyebabkan rakyat hormat dan memuja raja tersebut. Konsep
Devaraja juga telah menyebabkan banyak kerajaan lain yang wujud pada ketika itu takut
dan tunduk dengan kerajaan Angkor. Namun begitu selain daripada konsep devaraja
yang diamalkan, terdapat juga banyak faktor lain yang memainkan peranan penting
dalam menentukan kemajuan dan kemunduran kerajaan Angkor. Dengan ini jelaslah
bahawa kemajuan dan kemunduran kerajaan Angkor tidak bergantung semata-mata
dengan pengenalan konsep Devaraja. Hal ini kerana terdapat faktor lain yang turut
mempengaruhi kemajuan dan kemunduran Kerajaan Angkor.

7
Disediakan oleh:
 Ahmad Khairi bin Mohd. [89472]
 Ahmad Ridhwan bin Ariffin [89473]
 Jainah John [89508]

You might also like